Tuesday, March 19, 2019

9 Sebab Bisnes Mobile SPA Satu Pelaburan Bisnes Yang Bijak, No 9 Paling Win

Kak Fieza semasa mengikuti Kursus Mobile SPA TWB Academy


Assalamualaikum wbt,

Hai apa khabar sahabat pembaca setia fiezabard? Kak Fieza doakan anda dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan dunia akhirat.

Sekiranya anda perasan, sejak anak-anak muda tergile-gilekan game PUBG dan Mobile Legend ni, ramai dikalangan individu yang berkejar-kejar nak berbisnes. Ekonomi Malaysia yang dulunya bergantung kepada pertanian pun berubah kepada ekonomi bidang industri era kini.

"Sekiranya anda nak mulakan bisnes, cipta bisnes yang BERISIKO RENDAH" ~ Dr Azizan Osman.

Kak Fieza sendiri terkena tempias tsunami bisnes ni sejak 2013. Bila Kak Fieza rasakan ekonomi keluarga semakin mendesak dan tidak boleh hanya bergantung kepada kerja makan gaji saja.

Kak Fieza mula mencari-cari bisnes apa yang terbaik untuk Kak Fieza, memandangkan Kak Fieza tidak pernah berbisnes sebelum ni.

Namun, bisnes Mobile SPA ni baru saja Kak Fieza ceburi bila Kak Fieza dapati ianya sangat sesuai untuk semua golongan. Apa yang menyebabkan Kak Fieza tertarik nak join bisnes Mobile SPA ni?

9 Sebab Bisnes SPA Satu Pelaburan Bisnes Yang Bijak

1. Modal Yang Rendah, Pulangan Yang Besar

"Saya nak bisnes, tapi saya tak de modal besar" ~ 

Kak Fieza faham sangat isu mereka yang nak memulakan bisnes. 

MODAL!

ye, modal yang menjadi isu besar mereka stuck nak buat bisnes.

Sekiranya anda nak bisnes even bisnes tudung pun anda perlukan modal besar.

Modal nak beli kain ela nak buat tudung. Kain kena pilih yang berkualiti untuk memenuhi permintaan pelanggan yang high taste.
Modal nak beli mesin jahit.
Sekiranya tak tahu menjahit anda perlu kos untuk upah tukang jahit. Tak masuk lagi kos marketing, kos pengangkutan, kos setup kedai (sekiranya ingin membuka kedai tudung). Modalnya besar tau. Tapi pulangannya tak jamin lagi.

Anda percaya atau tidak dengan Mobile SPA anda hanya memerlukan MODAL YANG RENDAH.

Mobile SPA tidak perlukan KEDAI. Kami faham ramai yang nak bisnes tapi bila mengenangkan nak buka kedai. Hasrat mereka terbantut.


Anda tahukan, nak setup kedai SPA yang cantik-cantik tu, kita kena ada modal yang beratus ribu RM. Tak caya tanyalah para pengusaha Kedai SPA sendiri. Berapa modal mereka nak mulakan kedai SPA.



Itu baru masa nak setup. Bila dah siap, kena fikir kos operasi setiap bulan pulak. Nak cover kos sewa kedai, kos gaji pekerja, kos bil air dan elektrik, kos marketing, dan banyak lagi.



Sebab itulah Mobile SPA adalah bisnes yang tepat TANPA KEDAI yang boleh dijalankan di mana-mana saja (rumah sendiri atau rumah customer) dengan kos yang sangat minimum.



Dengan Mobile SPA, selepas anda menjalani Kursus Mobile Spa hanya tak sampai 1 HARI anda dah boleh mulakan BISNES ON THE SPOT.

Ilmu, Skill & Tools yang diberikan semasa Kursus Mobile SPA serta Sijil Certified Beautician yang diiktiraf meyakinkan para beautician kami untuk memulakan bisnes Mobile atau Home SPA hanya dari rumah saja.

2. Rendah Risiko

Ramai dikalangan anda fikir sekiranya nak bisnes mesti ada kedai. Mesti perlu modal yang besar. Paling kurang pun 5 ANGKA laburkan untuk buka kedai. Dah tentu risikonya pun besar. Kita tak tahu lagi untung ke rugi bisnes kita. Sekiranya untung dan balik modal, Allhamdulillah. Sekiranya rugi...meraung tak berlagu.

Terus terang Kak Fieza bagitau, dulu pun Kak Fieza fikir seperti yang anda fikirkan.

Tapi bila Kak Fieza dah join Mobile SPA TWB ni, sangkaan Kak Fieza silap rupanya.

Kak Fieza tak risau langsung risiko kerugian berpuluh-puluh ribu sebab nak join Mobile SPA TWB ni pun modalnya sangat rendah dan termurah berbanding kursus-kursus SPA di tempat lain.

Jemput klik


Tambahan lagi, anda tidak perlu fikir nak buka kedai beratus-ratus ribu, nak cari staff, nak bayar bil utiliti kedai, tak perlu fikir kos marketing dan lain-lain yang pasti memeningkan kepala.

3. Demand Tinggi

"Di mana ada wanita, di situ ada bisnes" ~

Ye, bisnes yang paling mudah ialah bisnes yang melibatkan wanita.

Bisnes Mobile SPA adalah dari wanita untuk wanita. Sesuai sangatlah dengan Bulan Wanita bulan March 2019 ni.

Anda bayangkan, ramai wanita letih bekerja. Tak kira sama ada suri rumah atau bekerjaya. Kerja sendiri atau kerja makan gaji.

Ramai dikalangan mereka yang tak de masa nak ke butik SPA. Leceh nak parking la, kos servis yang lebih mahal lah... Ini menyebabkan permintaan yang meningkat untuk servis Mobile Spa. Kak Fieza sendiri pun rasa macam tu. Malas sangat nak pergi ke butik SPA. Even depan rumah sekalipun.

Berdasarkan pengalaman kami, SPA sangat membantu untuk hilangkan stress dan membangkitkan mood happy wanita, selepas berspa rata rata pelanggan akan rasa segar dan lebih produktif ๐Ÿ‘. 

Tambahan lagi, ramai dikalangan wanita sukakan kecantikan. Dengan SPA aura wajah wanita akan bertambah cantik.

Sebab tu lah bisnes Mobile SPA sangat mendapat sambutan hebat.

Jangan risau, bisnes Mobile SPA ini sentiasa ada repeat customer. Jangan jeles bila ada antara TWB Beautician yang dah dibooking awal-awal hingga setahun. 


4. Masa yang Fleksible

Dengan Mobile SPA, bisnes anda tidak terikat dengan masa yang tetap seperti anda bekerja di opis 9-6 .

Anda boleh tetapkan masa yang bersesuaian dan keselesaan anda dan pelanggan.

Anda juga boleh buat secara part-time job. Time lunch hour pun boleh buat Mobile SPA.

Orang lain time lunch hour keluar duit, Beautician TWB time lunch hour duit sentiasa masyukkkk...


5. Bisnes Portable ( boleh dijalankan di mana-mana )

Mobile SPA ini saya percaya adalah satu-satunya bisnes portable, boleh dijalankan di mana-mana saja tempat yang bersesuaian.

Mobile SPA Boleh dilakukan di rumah sendiri, rumah pelanggan, di pejabat, di hotel, di surau atau di mana saja tempat yang dipersetujui antara beautician dan pelanggan.

Mobile SPA bersama TWB ini juga bukan saja dilaksanakan di Malaysia saja tau. Kami juga ada beautician di Mesir, Dubai dan Australia.


International OK bisnes Mobile SPA kami nih

6. Sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur

Kursus Mobile SPA ini tidak tertumpu hanya kepada satu golongan saja. Kursus ini sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur asalkan mereka mumaiz dan bergelar WANITA.

- WANITA yang nak bisnes tapi tak tahu nak bisnes apa
- WANITA yang masih bekerja tapi nak buat PART TIME bisnes
- WANITA surirumah tapi nak jana income dari rumah
- WANITA graduan
- WANITA pelajar kolej dan universiti yang inginkan duit poket extra
- WANITA yang minat buat SPA tapi tak de modal besar nak buka butik SPA
- WANITA yang memang berminat nak buka SPA
- WANITA yang bekerjaya tetapi teringin nak BERHENTI KERJA dan nak bisnes
- WANITA pengusaha SPA tetapi tak de pelanggan, ingin buat Mobile SPA.

Insya Allah dengan Kursus Mobile SPA TWB hasrat anda akan menjadi kenyataan.

7. Ilmu dan Skill yang diikuti Dalam Kursus TWB Sah Untuk Seumur Hidup

Sejujurnya Kak Fieza nak nyatakan, ilmu dan skill yang diikuti hanya sekali tersebut boleh digunakan sepanjang usia selagi umur dikandung badan.

Anda bayangkan, Training hanya 3 jam tapi anda boleh gunakan sepanjang hayat.

Amacam?? berbaloi kan?

8. Online dan Offline Support Group

Kak Fieza difahamkan kebanyakan kursus SPA di luar sana hanya menawarkan ilmu untuk jalankan service SPA, tapi takde support selepas kursus berakhir.

Kalau kita belajar teknik urutan spa terbaik sekalipun, tetapi kalau kita tak pandai nak marketkan bisnes kita. Bagaimana kita nak terus survive dalam bisnes SPA kita?

SPA TWB menawarkan bimbingan daripada mentor yang dah terbukti berjaya dan support group (Online Dan Offline) kepada anda selepas training. 



Antara bimbingan secara Offline TWB SPA dari Mentor yang telah berjaya. Kalau anda nak tahu Mentor kami ni telah berjaya meraih 5 ANGKA sebulan hanya dengan TWB Mobile SPA.

Anda mesti tertanya-tanya ye kenapa Mentor kami seorang lelaki ye. Ye Mentor kami suami kepada founder TWB adalah Mentor Strategi Marketing kami.

Itu yang uniknya Kursus TWB Mobile SPA. Bisnes SPA yang boleh dilaksanakan suami dan isteri. Berdua lebih baik.




Para Beautician TWB Mobile SPA. Kami bantu membantu antara satu sama lain secara Offline atau Online walaupun kami dalam bidang bisnes yang sama iaitu Mobile SPA. Bisnes secara jemaah lebih afdal dan mudah nak berjaya.


Buat bisnes secara berjemaah lagi seronok tau. Semuanya sentiasa bersemangat nak bantu each others.

Di TWB anda dapat kursus mobile SPA dari segi teknik urutan muka yang betul, anda dapat juga belajar teknik marketing terulung.

Selepas dah join kursus ini, Nak tak nak je anda buat.

Anda buat anda dapat fulusss...

Anda tak buat ternganga je la.

9. Peluang Jana Income Dari 6 Penjuru

"Saya nak bisnes, tapi saya sangat sibuk, lagipun saya tak suka tenyeh-tenyeh muka orang nih"

Ini adalah alasan yang biasa Kak Fieza dengar.

Usah risau, dalam TWB buat service atau dalam kata lain tenyeh-tenyeh muka itu hanya salah satu dari 6 PENJURU INCOME yang ditawarkan.

Untuk pengetahuan anda TWB menawarkan PENDAPATAN DARI 6 PENJURU.

Wow!, tak ada mana-mana kursus SPA lain yang tawarkan 6 PENJURU PENDAPATAN yang pernah Kak Fieza dengar.

Tambahan lagi sekiranya anda dilanda sakit atau berada di luar negara, bisnes anda tetap berjalan kerana TWB ada 6 PENJURU PENDAPATAN. Sedangkan SPA lain sekiranya anda sakit atau ada urusan lain, bisnes anda akan terhenti. Duit  tak masyuk.

Dengan TWB, peluang duit masyuk tiap-tiap hari tak jadi isu.

Anda bertuah kerana diberi peluang besar untuk rebut peluang meraih 6 PENJURU PENDAPATAN ditawarkan.

Ada dikalangan ahli TWB yang konsisten jana pendapatan 5 ANGKA SETIAP BULAN hasil dari 6 PENJURU PENDAPATAN TWB tersebut. Best ke best.

Inilah ilmu yang sangat mahal yang kami akan share HANYA kepada ahli Beautician TWB dan menjadi RAHSIA sumber pendapatan TWB.

Rahsia sumber pendapatan lain hanya boleh kami kongsikan dengan anda selepas anda join kursus ini.


Kalau nak tahu, jom register sebagai TWB Beautician sekarang!

Bagaimana Nak Join Bisnes Mobile SPA TWB?





Mulai March 2019, kami menawarkan 2 PILIHAN PAKEJ untuk anda mulakan bisnes Mobile SPA anda.


1) PAKEJ SILVER (RM1,999)


Details Pakej SILVER




Produk dan kelengkapan yang akan anda dapat dengan Pakej SILVER


2) PAKEJ GOLD (RM 2,999)

Details Pakej GOLD


Produk dan kelengkapan yang bakal anda dapat dengan Pakej GOLD

๐ŸŒทBUAT DUIT DENGAN MOBILE SPA๐ŸŒท

Anda akan belajar 6 KURSUS SPA (Latihan Secara Individu):-

๐ŸŒธ1. Facial SPA Treatment
๐ŸŒธ2. Flower Milk Bath
๐ŸŒธ3. Hand & Foot SPA
๐ŸŒธ4. Body Scrub And Lulur
๐ŸŒธ5. Herbs Aroma Sauna
๐ŸŒธ6. How to Setup Your Mobile SPA

============

๐ŸŒŸPAKEJ SILVER : RM1,999๐ŸŒŸ

Pakej termasuk:-

• 6 Kursus SPA (Latihan Secara Individu)
• Set Skincare YOUTH SHAKLEE (STARTER SET : 4 Item)
• Beg SPA Kecil (Sling Bag)
• Produk Kecantikan SHAKLEE (Masker, Scrub)
• Ion Massager
• Spa Trial Kit
• Keahlian Shaklee PERCUMA
• Sijil Tamat Latihan
• Support Group
• Perkembangan Kerjaya Dalam Industri Spa
• 6 Penjuru Pendapatan
• Cash Back RM100+ (Bulan Seterusnya)

================

๐ŸŒŸPAKEJ GOLD : RM2,999๐ŸŒŸ

Pakej termasuk:-

• 6 Kursus SPA (Latihan Secara Individu)
• Set Skincare YOUTH SHAKLEE (COMPLETE SET : 7 Item)
• Beg SPA Besar (Trolley Bag)
• Skin Analyzer
• Produk Kecantikan SHAKLEE (Masker, Scrub)
• Ion Massager
• Spa Trial Kit
• Keahlian Shaklee PERCUMA
• Sijil Tamat Latihan
• Support Group
• Perkembangan Kerjaya Dalam Industri Spa
• 6 Penjuru Pendapatan
• Cash Back RM200+ (Bulan Seterusnya)

• BONUS KURSUS MAKE OVER PERCUMA! (Optional) 

1) Forever MakeUp (sekali belajar, boleh digunakan sampai bila-bila dan sesuai untuk setiap masa)
2) Cara makeup pantas siap dalam 10 minit
3) Cara pemilihan alatan makeup yang betul mengikut jenis kulit
3) Kenali Skintone
4) Kenali Undertone
5) Tips pilih foundation, eyeliner, eyebrow pencil, lipstick
6) Teknik makeup yang betul supaya nampak natural dan tahan lama
7) Kenali bentuk muka
8) Hijab styling untuk shawl sesuai dengan bentuk muka
9) Hijab styling untuk bawal sesuai dengan bentuk muka

10) Overall image untuk tampil berkeyakinan




Inilah wajah-wajah yang telah di makeover




Perbezaan Pakej Silver Vs Pakej Gold



Amacam?

Berbaloi tak laburkan untuk Mobile SPA Anda yang semestinya dapat pulangan yang besar.

Kalau nak diikutkan, jumlah kos sebenar untuk ilmu dan skills serta lengkap dengan tools yang diberikan di atas berharga lebih dari RM5,000.

Hanya dengan Projek TWB sahaja anda hanya perlu laburkan dengan pelaburan yang lebih rendah dari harga sebenar. Tambahan lagi anda boleh terus bawa pulang ilmu, produk dan kelengkapan untuk memulakan bisnes Mobile SPA dengan jenama anda sendiri.

Kalau anda nak tahu, kursus Mobile di luar sana ada yang lebih mahal dan diajar secara berkumpulan berbanding dengan Kursus Mobile SPA kami di ajar secara Hands On Training (secara individu). Kalau dalam bahasa engineeringnya On Job Training. Lepas training terus boleh buat SPA.

Dalam TWB Training kami ajar One-To-One Personal Coaching. Diajar secara teori dan juga Praktikal. Di samping itu kami juga ajar cara marketing yang betul. Ayat marketing pun kami ajar tau.

Sekiranya anda rasa Pelaburan Kursus Mobile SPA bersama TWB ni amat berbaloi. Jangan tunggu lama. Jangan fikir lama-lama.

Jom join Kursus Mobile SPA kami.

Anda masih ragu-ragu, jemput jenguk kejayaan-kejayaan para Beautician yang pernah ikuti Kursus Mobila SPA kami.











Amacam??

Caya ke caya?

Tak caya tak pe buat je..

Anda buat anda dapat.

Saya percaya Bisnes Mobile SPA bersama TWB adalah satu pelaburan bisnes yang bijak dan dapat pulangan yang hebat.

Anda dah bersedia. Buat duit kepok-kepok setiap hari?

Jom Join Mobile SPA Academy kami




Serius, bisnes Mobile SPA bersama TWB adalah bisnes yang paling mudah dan murah serta satu pelaburan yang sangat bijak yang Kak Fieza pernah jumpa.

Rugi sangat kalau anda lepaskan peluang ni.

NAK JOIN KURSUS MOBILE SPA TWB ACADEMY

๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰ NAK JOIN (SILA KLIK)
๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰ NAK JOIN (SILA KLIK)
๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰ NAK JOIN (SILA KLIK)


Sekiranya anda rasa Projek TWB ini dapat memberi manfaat kepada rakan taulan anda. Sudilah kiranya anda SHARE kepada rakan-rakan anda.

Mudahan dengan asbab perkongsian anda ini, anda dapat mengubah kedudukan kewangan mereka. Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat FREE. Best ke best.

Jemput baca perkongsian Success Story TWB di bawah

>> TWB Success Story : Ujian Demi Ujian Tidak Jadi Halangan, TWB Beri Sinar Untuk Teruskan Kehidupan Lin (SILA KLIK)

>> TWB Success Story : 3 Bulan Tiada Pendapatan, TWB Menjadi Penyelamat Kewangan (SILA KLIK)

>> TWB Success Story : Income TWB Menjadi Penyelamat Kewangan Ibu Tunggal 2 Anak (SILA KLIK)

-----------------------------------------------------------------------------------------


Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes HOME & MOBILE SPA?
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:
hafizahmahfoz (tekan)

Instagram:

No comments:

Post a Comment