MY SUCCESS JOURNEY BEGINS

SHAKLEE MOTIVATION AND RECOGNITION.

MY BIG HAPPY FAMILY

My Business Push Factor .

MY AWESOME BUSINESS MENTOR

MFMS THE MOST FANTASTIC AND TEAM SHAKLEE IN MALAYSIA.

EBOOK SORRY BOSS

Ebook PERCUMA. DOWNLOAD SEKARANG!!.

Saturday, April 11, 2015

PETUA MERAWAT DEMAM SECARA SEMULAJADI UNTUK ORANG DEWASA YANG WAJIB DIIKUTI

Assalamualaikum wbt,


Apa khabar sahabat fiezabard sekalian? Saya doakan anda dalam kandungan sihat walafiat dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Hari ni saya nak cerita kisah saya, dah 2 hari saya demam, berdenyut-denyut kepala saya. Bila malam saya rasa seram sejuk. Suhu badan saya sekejap panas sekejap sejuk.

Bila sejuk tu saya rasa macam berada di kutub utara. Boleh menggigil kesejukkan hingga ke tulang sum-sum.

Kejadian ini dah 2 kali saya alami. Seingat saya pernah saya terkena demam seperti ini pada tahun 2011.

Peristiwa Tragis

Ketika itu sangat tragis, saya terpaksa menjaga anak kecil saya yang dijangkiti virus bronkitis di hospital selama seminggu. Selama itu juga saya seram sejuk setiap 4 jam sekali. Bila telan paracetamol, demamnya reda. Habis dos paracetamol, demamnya kembali semula. Seram sejuk yang tak tertahan. 

Menggigil disamping anak yang sedang sakit di sebelah. Macam kena drug addicted gayanya. 


lebih kurang macam ni lah keadaan saya kena viral fever
Ketika itu saya hanya berserah kepada Allah, dalam keadaan anak saya sakit, saya juga tak sihat.

Saat itu saya dah tak ingat lain dah, saya seperti orang kebanyakan lain juga bila demam ambil ubat...bila demam ambil ubat. Belum ada kesedaran lagi tentang bahayanya ubat bila diambil terlalu banyak. Ya, Allah.....syukur Alhamdulillah, Allah masih pelihara saya sehingga kini.

Sila rujuk link ini untuk mengetahui BAHAYA PARACETAMOL (KLIK DI SINI)

Ambil MC

Pernah tak dengar.

"Demam ke? pergilah ambil MC, berehat kat rumah"

Biasakan. Bila demam ke, sakit ke, kawan-kawan kita suruh berehat, baring, tidur...

Saya pun macam tu, bila demam je mula la lemau. En. hubby pun suka batu api, "MC je laaa... hari ni". Itulah kata-kata keramat dia kalau saya tak begitu sihat.

Berbalik pada cerita demam saya tadi, kali ini saya dah tak macam dulu lagi. Bila demam je lemau. Bila demam je tidur...baring.

Saya jumpa doktor. Doktor check suhu 37.9 darjah celsius. Viral Fever katanya. Dapat MC sehari...tapi saya tak boleh berehat sesaja je. Bila namanya duduk rumah, saya tak akan berbaring-baringan begitu saja.

Lainlah kalau saya memang terpengsan atau terpitam ( perkara yang sering saya alami dulu sebelum saya consume suppliment).

Saya buat kerja rumah seperti biasa ikut kemampuan. Alhamdulillah saya dikurniakan En. Hubby yang banyak menolong kerja-kerja rumah saya. Beruntung saya kerana En. Hubby dah lama jadi WAHD (Work-At- Home-Dad). Banyak kerja-kerja rumah yang dia bantu.

Selesai kerja-kerja rumah, saya buat Workout pulak. Aiks! demam-demam pun gedik nak ber'workout'.

Ofcourse!....selagi berdaya saya tetap ingin ber'workout'. Kepala masih berdenyut.

Now Everyone Can Kurus

Sejak saya join Now Everyone Can Kurus, kalau seminggu tu tak exercise macam tak lengkap je hidup.

Tujuan saya join Now Everyone Can Kurus sebenarnya bukan nak kurus sangat pun, tapi saya nak tahu bagaimana kita sebenarnya boleh mengubah cara hidup kita sekeluarga dengan lebih sihat. 

Sebagai Bonus saya dapat berat yang paling ideal untuk saya.




Sila Klik Link ini untuk Now Everyone Can Kurus (Klik Di sini)

Jom Workout!

Meh saya kongsikan Antara Workout yang saya gemari.

1. 10 minute to tone! Workout by FitSugar

Saya suka instructornya yang maintain tersenyum walaupun penat macam mana pun.


video

2. 10 Minutes ABS Workout

Ini untuk kecilkan perut dan peha. Tak berapa suka modelnya sebab masam mencuka. Tapi kerana nak kecilkan perutku dan pehaku turutkan.



video

3. 400 Calories Fix Workout

Yang ni pun saya suka sebab dia memerlukan pergerakan yang laju dan ala-ala menari gitu.


video

Ada banyak lagi workout yang boleh didapati di Utube. Pilih saja yang mana kita suka.

Alhamdulillah.....syukur, sangat amazing. Selepas saya membuat beberapa Workout dalam keadaan demam dan sakit kepala berdenyut akhirnya demam saya mulai berkurang. Dan beberapa minit kemudian sakit kepala saya hilang.

Magic kan? Tak ada yang magic, itu semua dengan izin Allah. Allah nak permudahkan saya.

Sebenarnya ada betulnya dari kajian saintifik tindakbalas peluh dan demam.

Ada satu kajian yang dibuat oleh seorang doktor menyatakan


Sila klik untuk maklumat lanjut tentang bahaya panas melampau

Patutlah, sejak kebelakangan ini di Malaysia mengalami cuaca panas yang melampau.

Dalam cuaca panas ni, ramai yang dijangkiti demam (viral fever) dan batuk-batuk berpanjangan.

Paling parah lagi sekiranya terkena jangkitan demam denggi. Kerana nyamuk Aedes dan Malaria mudah membiak dalam keadaan panas dan kering. Nauzubillah ...

Aktifkan kilang peluh

Oleh itu bila kita exercise atau Workout secara tak langsung mengaktifkan kilang-kilang peluh tersebut supaya tidak tersekat dan tersumbat.

Peluh yang mengandungi toksin akan keluar dengan mudah. jadi, badan kita bebas dari toksin selepas Workout.

Alhamdulillah saya dapat satu lagi solusi semulajadi penawar demam yang sangat awesome!


diskusi hangat dalam Group Now Everyone Can Kurus dalam isu demam dan peluh

Suppliment Penting

Di samping itu saya tidak nafikan suppliment yang saya makan juga membantu mempercepatkan proses menyembuhan demam yang saya alami.

Nak tau saya ambil apa.

Saya ambil 3 jenis suppliment untuk mempercepatkan proses penyembuhan iaitu:

1. Vita C Sustained Release
2. Nutriferon
3. Performance Drink

VITA C SUSTAINED RELEASE


Patahkan 2 setiap satu untuk penyerapan segera dan pantas ke dalam tubuh
(SILA KLIK DI PHOTO)

NUTRIFERON


Nutriferon bukan sejenis ubat demam tetapi sebagai pemangkin penghasilan interferon (SILA KLIK PHOTO UNTUK MAKLUMAT LANJUT)

PERFORMANCE DRINK


Mengembalikan energy dalam badan dan mengurangkan sakit kepala

Testimoni lain

Yang di atas tu testimoni saya.

Ada beberapa lagi testimoni lain yang saya akan kongsikan.

Testimoni 1



Testimoni 2



Testimoni 3




Testimoni 4



Amacam! Tak caya tak apa...buat je!


Doa

Jangan lupa sesuatu yang kita buat hendaklah diiringi doa. Sebelum mengambil suppliment dan workout saya berdoa supaya demam saya cepat sembuh dan Allah permudahkan urusan saya dengan my lovely family.

Selepas itu juga saya sentiasa bertawakal kerana Allah juga yang berkehendakkan sesuatu kepada umatNya.


Saya doakan anda juga sentiasa sihat dan sering dilindungi Allah di dunia dan Akhirat.

Sekiranya anda suka entri ini mohon SHARE dan LIKE supaya lebih ramai rakan-rakan kita mendapat manfaatnya.

Kalau tahu sesuatu ilmu hendaklah disebar-sebarkan. Jangan simpan sendiri ye. Insya Allah anda dapat pencen KUBUR PERCUMA kelak...

Terima kasih kerana sudi membaca.



Love,
Hafizah
019-211 8757 (Telegram/Whatsapp)



~Design Your life Not By Default~





Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Sunday, April 5, 2015

I AM SUPER UMMI!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard. Saya doakan anda sihat dan ceria selalu.

Seminggu saya tertangguh nak cerita pasal Gajah, tikus dan cacing ni.

Ramaiii rakan-rakan saya nak tahu apa kisahnya.

Cerita ini bermula kisahnya semasa saya berpeluang mengikuti ceramah Muslimah pagi pada 28 Mac 2015 yang lalu di Masjid Al-Mustaqim LEP 7 Taman Lestari Putra, iaitu kejiranan lestari saya.

Tajuk ceramah Muslimah kali ini menarik minat saya "I AM SUPER UMMI"

Macam kena sangat dengan diri dan situasi saya ketika ini.

Tetamu jemputan yang menyampaikan tajuk power ini adalah Puan Aida dari Penang.


Saya, Awina dan Pn Aida dari Penang
GAJAH KECIK...TIKUS BESAR....CACING PENDEK!

Yang saya suka Pn Aida memulakan ceramahnya dengan permainan GAJAH...TIKUS...CACING...



Saya sangkakan Pn Aida ingin bercerita kisah gajah yang takutkan tikus. Rupanya Pn Aida nak mengajak para hadirin bermain satu permainan.

Bila sebut TIKUS KECIKKKK ..tangan seperti pegang bola kecil
Bila sebut GAJAH BESARRR ..tangan seperti pegang bola yang sangat besar
Bila sebut CACING PANJANGGGG ..tangan seperti menarik tali yang panjang.

Buat banyak kali....hahahaha...menarik betul masa ni.

Cer buat sebaliknya pulak, macam ni..

Bila sebut TIKUS BESARRR ..tangan masih seperti pegang bola kecil.
Bila sebut GAJAH KECILLL   ..tangan masih seperti pegang bola sangat besar.
Bila sebut CACINGGG PENDEKK ..tangan masih seperti menarik tali yang panjang.

Buat laju-laju dan banyak kali.

Ada tak yang silap?

Confirm adakan....tangan tergeliat..mulut pun dah tak betul nak sebut besar...kecik..panjang...

hahaaaa....(seronok pulak main permainan ini)

Moral of the story nak disampaikan oleh Pn Aida ialah bila bercakap biarlah berpadanan dengan perbuatannya. Tak lah nanti orang kata Cakap tak serupa bikin.

--------------------------------------------------------------

Pn Aida meneruskan lagi ceramahnya, beliau kata nak jadi Super Ummi kena ada Prinsip 3T iaitu:


  • Ta'aruf - berkenalan/mesra
  • Tarbiyah - amalan/latihan
  • Ta'alim - belajar/pembelajaran
Bagaimana nak berkenalan dan menimbulkan kemesraan dengan setiap ahli keluarga kita?

mengenalpasti kegemaran anak-anak setiap seorang. Apa makanan kegemaran mereka, minuman kegemaran mereka, hobi mereka dan dengan siapa mereka berkawan.

Perasan tak, kadangkala bila order makanan di kedai para ibu bapa ni nak senang, semua sekali order air sirap tanpa minta pendapat mereka sama ada nak memilih air pilihan mereka masing-masing (hahahaaa...ni macam biasa saya buat...Allah hai anak ibu, maaf lah kadang tu apa yang mereka pilih tak habis kan membazir kiranya tu).

Insya Allah saya sebagai Super Ummi sedaya upaya akan memenuhi dan memahami kegemaran setiap anak-anak saya. Permudahkan Ya Allah.

Masak dari Hati

Pn Aida juga menyarankan sebagai Super Ummi, supaya kita masak sendiri makanan yang dihidangkan untuk keluarga.

Air tangan ibu yang memasak sangat berkat. Baca Bismillah dan doa dari hati untuk melembutkan hati anak-anak.

Sambil masak mulut Super Ummi dibasahi dengan selawat dan doa yang baik-baik. Insya Allah harmoni keluarga dunia akhirat.

Bukan basah dengan bebelan...Allahuakhbar muhasabah diri. Sebab perkara ini lah selalu berlaku.

Makan secara berjemaah

Sentiasa amalkan makan secara berjemaah. Makan bersama-sama keluarga. Kerana waktu itulah masa untuk ibu bapa berkenalan rapat dengan anak-anak. Bertanyakan aktiviti persekolah mereka, bertanyakan apa yang mereka perlukan, ambil tahu kesihatan mereka.

Orang tua kata kalau tengah makan tak boleh bercakap. Hmm...petua ini dah tak boleh pakai. Waktu makanlah masa yang sesuai untuk berinteraksi. Waktu yang paling releks.

Latih anak bekerjasama

Pn Aida menyarankan dalam keluarga perlu diterapkan amalan bekerjasama antara ahli.

Ya, saya setuju dengan saranan Pn Aida tu. Sejak anak-anak saya membesar, saya dan suami sering melatih anak-anak tak kira lelaki atau perempuan untuk membuat kerja rumah secara kerjasama.

Sebagai contoh, selepas dinner kami akan pastikan setiap orang ada tugasan masing-masing. Abang Long sapu lantai, Cici lap meja sementara kakak pula basuh pinggan dibantu oleh Faris.

Begitulah rutin harian selepas makan tugasan diberikan bergilir-gilir. Saya dan suami buat begitu bukan untuk mendera. Tujuan kami untuk melatih mereka dengan kemahiran rumahtangga yang sangat mahal nilainya.

Mereka tidak akan belajar kemahiran menguruskan hal-hal rumah ini di sekolah walaupun di Universiti sekalipun.

Pendekatan 4T

  • TALK
  • TOUCH
  • TIME
  • TRUST

TALK - Bercakap dan berinteraksi sangat penting. Talk each others. Sekarang ramai menggunakan handphone sebagai alat interaksi. Ini adalah amalan tidak sihat. Nak mintak anak turun makan pun guna wassap. Pn Aida sarankan sewaktu makan adalah waktu larangan handphone.

TOUCH - Bersentuhan selalu dengan anak. Nak marah pun sentuh dan peluk mereka. Tunjukkan kat anak kita suami isteri bersalaman dan cium dahi. Tanda keluarga penuh kasih sayang.

TIME - Masa bersama anak-anak. Layanlah anak dan spend more time dengan mereka. Hinggakan sekiranya kita tengah masak, mereka mengadu kepada kita, sampai satu tahap kita perlu matikan api dapur masakan kita dan beri perhatian barang 10 minit tumpukan perhatian kepada mereka ( wow! ini yang sangat mencabar nak dipraktikkan ).

Puan Aida menasihatkan supaya tolong jangan 'ignoring' mereka. Jangan pandang enteng mereka. Nanti mereka akan merasa mereka seperti tidak dihargai. Jangan salahkan orang lain sekiranya bila remaja mereka lebih rapat dan meluahkan perasaan dengan rakan sebaya.

Kalau dapat rakan sebaya yang elok tak apa lah jugak, Kalau sebaliknya. FIkirlah sendiri wahai ibu-bapa. Semuanya berbalik kepada diri kita.

TRUST - Saling percaya mempercayai. Sering ambil tahu hal mereka. Ambil tahu dengan siapa mereka berkawan.

3 Strategi Super Ummi

Tugasan utama super ummi adalah melahirkan anak yang solehah.

Bagaimanakah ianya menjadi kenyataan. 3 Strategi utama perlu dipraktikkan.

1. 7 tahun pertama ( umur 1-7 ) - Input/Nilai
2. 7 tahun kedua ( umur 7-15 ) - Ta'bid/Hukuman
3. 7 tahun ketiga ( umur 16-21 ) - kawan/sahabat


Awina pun catat apa yang Pn Aida celotehkan

Bagaimana Super Ummi Beraksi

Hidupkan syiar keagamaan

1. Bina kesatuan keluarga

- solat
- makan bersama
- kerja rumah bersama
- Rehlah bersama/outing

2. Bina Kasih Sayang

- melayan mereka sama rata. Tiada pilih kasih.

3. Musyawwarah/kesepakatan

- Tidak guna kuasa veto
- berbincang dengan jelas, telus dan terus terang
- Keputusan dibuat bersama

4. Komunikasi terbuka/2 hala

5. Guna Deria secara positif

- akal untuk rasionalise
- tidak membabi buta
- kebijaksanaan tidak berat sebelah
- kawal suara. Jangan tinggi /kuat
- Jangan membebel
- kawal telinga

6. Bahasa dalam rumah

- Bahasa yang tidak melampau
- Panggilan dengan nama yang baik dan disukai
- Sering beri pujian
- Tegur dengan berhemah

7. Persekitaran Rumah

- Kondusif
- Kemas, bersih dan teratur

8. Keterampilan diri

- Sesuai dengan ibu-bapa
- Sesuai dengan anak
- Ibu-bapa menjadi kebanggaan anak-anak.

9. Buang perasaan EGO

- Akui jika buat silap
- Terbuka untuk belajar sekiranya tidak tahu.

Cabaran Super Ummi

1. Gejala sosial
2. Teknologi Tinggi / Langit terbuka
3. Perubahan persekitaran
4. Perubahan gaya hidup
5. Perubahan budaya
6. Cabaran Gen Y dan Gen X

Sebagai Super Ummi yang inginkan anak-anak yang super duper takwa perlu menyesuaikan persekitaran semasa. 

Anak-anak sekarang terdedah dengan pelbagai gadget dan teknologi semasa. Super Ummi juga harus mengikuti aliran teknologi untuk mendidik anak-anak mereka.

Cara didikan mereka tak sama dengan cara didikan anak-anak sekarang.

Super Ummi perlu pandai mengawal stress.

Dalam ceramah Pn Aida saya ada usulkan soalan. Bagaimana saya nak kawal stress saya di kala menghadapi anak-anak yang meningkat membesar ini. Almaklumlah anak-anak saya yang 5 orang pelbagai perangainya.

Jawapan Pn Aida : Super Ummi perlu mangawal stress. Rajin-rajin bangun malam, solat tahajud minta Allah permudahkan urusan. dan sentiasa senyum...

Ya...ubatnya adalah senyum...


serupa tak kami berdua senyummm....
Semoga perkongsian saya kali ini memberi inspirasi kepada ibu-ibu yang berimpian menjadi SUPER UMMI seperti saya.

Kalau ada ELMU Insya Allah,  I AM SUPER UMMI mudah saja diamalkan.

Sebelum bersurai kami sempat bergambar bersama-sama kaum Muslimah Taman Lestari Putra dengan penceramah Puan Aida. Semoga bertemuan singkat ini menjadi bekalan para ibu menjadi SUPER UMMI.

Terima kasih Pn Aida.


Para Muslimah Taman Lestari Putra bergambar kenangan bersama Puan Aida
Sekiranya anda suka entri saya kali ini sila Tekan button SHARE dan LIKE supaya lebih ramai lagi rakan-rakan anda mendapat manfaatnya.

Terima kasih kerana membaca.

I Am Super Ummi,

Hafizah with love.

~design your life not by default

Saturday, April 4, 2015

FENOMENA GERHANA BULAN PENUH 4 APRIL 2015

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat fiezabard. Saya doakan anda berbahagia di samping keluarga tercinta.

Hujung-hujung minggu ni ke mana anda bawa family anda?

ke shopping complex? Tengok wayang? pergi zoo?,...

Hujung minggu lah hari yang paling bahagia bersama keluarga kan?

Entri kali ini saya ingin membawa anda seketika untuk menikmati kebesaran Allah. Apa ye?

Pernah dengar Gerhana Bulan?

Gerhana Bulan Penuh

Hari ini pada 4 April 2015, sebentar tadi baru saja berlaku fenomena Gerhana Bulan. Saya sangat terkilan kerana tak dapat menyaksikan detik-detik kekuasaan Allah swt ini. 

Kali terakhir saya dapat menyaksikan Gerhana Bulan secara 'live' seingat saya 30 tahun lalu. Waktu tu saya masih kecil lagi. Subhanallah ...Allah Maha Besar menciptakan makhluknya.

Real Gerhana Bulan 4 April 2015

Ini adalah gambar sebenar gerhana bulan 4 April 2015 sebentar tadi.
Photo kiri adalah Gerhana Bulan yang sempat di photo shoot oleh sahabat saya di Sabah.

Photo kanan pula adalah Bulan Normal. Bezakan antara dua photo tersebut.

Terima kasih gambar ihsan dari Tuan Ismet sahabat saya dari Sabah yang sempat merakamkan detik-detik indah ini dengan rakan-rakan terutamanya rakan yang tak dapat menyaksikannya seperti saya ni.

Bagaimana Gerhana Bulan Terjadi?

Gerhana Bulan terjadi apabila Matahari, Bumi dan Bulan dalam kedudukan selari. Bumi berada ditengah-tengah antara matahari dan bulan. Begitulah yang saya belajar dalam Sains waktu sekolah dahulu. Ingat lagi nampak gayanya.

bagaimana Gerhana boleh terjadi?
Sebaran Berita Gerhana Bulan 4 April

Berita akan munculnya fenomena ini telah diwar-warkan oleh pihak Jabatan Agama setiap negeri beberapa minggu yang lalu.

Ramai juga yang share di Laman Sosial seperti FB, Whatsapp dan Telegram.

Antaranya Jabatan Agama Islam Johor telah menyebarkan watikah ke setiap Masjid di jajahan takluknya seperti di bawah.

Watikah Jabatan Agama Islam Johor


Saya walaupun anak kelahiran Johor tetapi telah bermastautin di Selangor sejak 10 tahun lalu sangat terkilan kerana tak dapat menyaksikan fenomena kekuasaan Allah ini kerana petang tadi cuaca tidak mengizinkan di kawasan rumah saya. Awan sangat tebal hingga membataskan penglihatan sang bulan.

Namun begitu rasa sangat bersyukur kerana saya masih berupaya untuk menunaikan solat sunat Gerhana yang sangat-sangat dituntut (sunat Mu'akad).

Antara waktu-waktu Gerhana tersebut adalah seperti di bawah yang dikeluarkan oleh MOSTI dan ANGKASA.



Waktu Gerhana Penuh berlaku adalah pada jam 9.01 malam tadi. 

Solat Sunat Gerhana

Saya percaya masjid-masjid di seluruh negara tidak melepaskan peluang untuk mendirikan solat sunat Gerhana ini memandangkan jarang sekali kita jumpa Gerhana Bulan Penuh sebegini.




Entah berapa tahun lagi kita akan menemui Gerhana ini.

Amalan lain sewaktu Gerhana


Antara sunnah lain yang dituntut semasa Gerhana ini adalah:



1) Sedekah
2) Berdoa
3) Takbir (Allahuakbar)
4) Mengingati kebesaran dan takut azab Allah

Dalil-dalil Gerhana

Solat gerhana-

ุนَู†ْ ุนَุงุฆِุดَุฉَ، ุฃَู†َّู‡َุง ู‚َุงู„َุชْ ุฎَุณَูَุชِ ุงู„ุดَّู…ْุณُ ูِูŠ ุนَู‡ْุฏِ ุฑَุณُูˆู„ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…

Daripada 'Aisyah radiallahu 'anha, beliau berkata: Gerhana matahari telah berlaku di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.

ูَุตَู„َّู‰ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุจِุงู„ู†َّุงุณِ، 

Lalu baginda mendirikan solat bersama orang ramai.

ูَู‚َุงู…َ ูَุฃَุทَุงู„َ ุงู„ْู‚ِูŠَุงู…َ، ุซُู…َّ ุฑَูƒَุนَ ูَุฃَุทَุงู„َ ุงู„ุฑُّูƒُูˆุนَ، 

Baginda berdiri dan memanjangkan berdirinya. Kemudian ruku' dan memanjang ruku'nya.

ุซُู…َّ ู‚َุงู…َ ูَุฃَุทَุงู„َ ุงู„ْู‚ِูŠَุงู…َ ูˆَู‡ْูˆَ ุฏُูˆู†َ ุงู„ْู‚ِูŠَุงู…ِ ุงู„ุฃَูˆَّู„ِ، ุซُู…َّ ุฑَูƒَุนَ ูَุฃَุทَุงู„َ ุงู„ุฑُّูƒُูˆุนَ، ูˆَู‡ْูˆَ ุฏُูˆู†َ ุงู„ุฑُّูƒُูˆุนِ ุงู„ุฃَูˆَّู„ِ،

Kemudian berdiri dan memanjangkan berdirinya tetapi lebih pendek daripada berdiri yang pertama. Kemudian baginda ruku' dan memanjangkan ruku'nya tetapi lebih pendek daripada ruku' yang pertama.

ุซُู…َّ ุณَุฌَุฏَ ูَุฃَุทَุงู„َ ุงู„ุณُّุฌُูˆุฏَ، ุซُู…َّ ูَุนَู„َ ูِูŠ ุงู„ุฑَّูƒْุนَุฉِ ุงู„ุซَّุงู†ِูŠَุฉِ ู…ِุซْู„َ ู…َุง ูَุนَู„َ ูِูŠ ุงู„ุฃُูˆู„َู‰، 

Kemudian baginda sujud dan memanjangkan sujudnya. Kemudian baginda melakukan perkara yang sama dalam rakaat kedua sebagaimana dalam rakaat pertama.

ุซُู…َّ ุงู†ْุตَุฑَูَ ูˆَู‚َุฏِ ุงู†ْุฌَู„َุชِ ุงู„ุดَّู…ْุณُ، ูَุฎَุทَุจَ ุงู„ู†َّุงุณَ، ูَุญَู…ِุฏَ ุงู„ู„َّู‡َ، ูˆَุฃَุซْู†َู‰ ุนَู„َูŠْู‡ِ ุซُู…َّ ู‚َุงู„َ

Kemudian, baginda selesai solat ketika gerhana telah pun tamat. Kemudian baginda berkhutbah, baginda memuji Allah lalu berkata:


ุฅِู†َّ ุงู„ุดَّู…ْุณَ ูˆَุงู„ْู‚َู…َุฑَ ุขูŠَุชَุงู†ِ ู…ِู†ْ ุขูŠَุงุชِ ุงู„ู„َّู‡ِ، ู„ุงَ ูŠَู†ْุฎَุณِูَุงู†ِ ู„ِู…َูˆْุชِ ุฃَุญَุฏٍ ูˆَู„ุงَ ู„ِุญَูŠَุงุชِู‡ِ، 

Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda Allah. Ia tidak gerhana kerana kematian atau kehidupan seseorang.

ูَุฅِุฐَุง ุฑَุฃَูŠْุชُู…ْ ุฐَู„ِูƒَ ูَุงุฏْุนُูˆุง ุงู„ู„َّู‡َ ูˆَูƒَุจِّุฑُูˆุง، ูˆَุตَู„ُّูˆุง ูˆَุชَุตَุฏَّู‚ُูˆุง . 

Apabila kalian melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, dirikanlah solat, dan bersedekahlah.

ุซُู…َّ ู‚َุงู„َ : ูŠَุง ุฃُู…َّุฉَ ู…ُุญَู…َّุฏٍ، ูˆَุงู„ู„َّู‡ِ ู…َุง ู…ِู†ْ ุฃَุญَุฏٍ ุฃَุบْูŠَุฑُ ู…ِู†َ ุงู„ู„َّู‡ِ ุฃَู†ْ ูŠَุฒْู†ِูŠَ ุนَุจْุฏُู‡ُ ุฃَูˆْ ุชَุฒْู†ِูŠَ ุฃَู…َุชُู‡ُ، ูŠَุง ุฃُู…َّุฉَ ู…ُุญَู…َّุฏٍ، ูˆَุงู„ู„َّู‡ِ ู„َูˆْ ุชَุนْู„َู…ُูˆู†َ ู…َุง ุฃَุนْู„َู…ُ ู„َุถَุญِูƒْุชُู…ْ ู‚َู„ِูŠู„ุงً ูˆَู„َุจَูƒَูŠْุชُู…ْ ูƒَุซِูŠุฑًุง 

Kemudian baginda berkata: Wahai umat Muhammad. Demi Allah! Tiada yang lebih cemburu daripada Allah apabila ada hambanya lelaki atau perempuan yang berzina. Wahai umat Muhammad. Demi Allah! Jika kalian tahu apa yang aku tahu, kalian akan sedikit ketawa dan banyak menangis.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Kusuf, hadis no: 1044]

Kefahaman karut

ุนَู†ِ ุงู„ْู…ُุบِูŠุฑَุฉِ ุจْู†ِ ุดُุนْุจَุฉَ، ู‚َุงู„َ ูƒَุณَูَุชِ ุงู„ุดَّู…ْุณُ ุนَู„َู‰ ุนَู‡ْุฏِ ุฑَุณُูˆู„ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูŠَูˆْู…َ ู…َุงุชَ ุฅِุจْุฑَุงู‡ِูŠู…ُ، 
Al-Mughirah bin Syu'bah radiallahu 'anhu berkata: Matahari telah gerhana di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pada hari meninggalnya Ibrahim (anak lelaki baginda)

ูَู‚َุงู„َ ุงู„ู†َّุงุณُ ูƒَุณَูَุชِ ุงู„ุดَّู…ْุณُ ู„ِู…َูˆْุชِ ุฅِุจْุฑَุงู‡ِูŠู…َ.

Orang ramai berkata: Gerhana matahari berlaku kerana kematian Ibrahim.

ูَู‚َุงู„َ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… " ุฅِู†َّ ุงู„ุดَّู…ْุณَ ูˆَุงู„ْู‚َู…َุฑَ ู„ุงَ ูŠَู†ْูƒَุณِูَุงู†ِ ู„ِู…َูˆْุชِ ุฃَุญَุฏٍ ูˆَู„ุงَ ู„ِุญَูŠَุงุชِู‡ِ، ูَุฅِุฐَุง ุฑَุฃَูŠْุชُู…ْ ูَุตَู„ُّูˆุง ูˆَุงุฏْุนُูˆุง ุงู„ู„َّู‡َ

Lalu Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan tidak gerhana kerana kematian atau kehidupan seseorang. Apabila kalian melihatnya, solatlah dan berdoalah kepada Allah.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Kusuf, hadis no: 1043]

Gerhana adalah amaran Allah

ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠ ุจَูƒْุฑَุฉَ، ู‚َุงู„َ ู‚َุงู„َ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… 
Abu Bakrah radiallahu 'anhu berkata: Rasululla sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

ุฅِู†َّ ุงู„ุดَّู…ْุณَ ูˆَุงู„ْู‚َู…َุฑَ ุขูŠَุชَุงู†ِ ู…ِู†ْ ุขูŠَุงุชِ ุงู„ู„َّู‡ِ، ู„ุงَ ูŠَู†ْูƒَุณِูَุงู†ِ ู„ِู…َูˆْุชِ ุฃَุญَุฏٍ، ูˆَู„َูƒِู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ุชَุนَุงู„َู‰ ูŠُุฎَูˆِّูُ ุจِู‡َุง ุนِุจَุงุฏَู‡ُ 

Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda Allah. Ia tidak gerhana kerana kematian seseorang. Tetapi Allah mahu menimbulkan rasa takut pada hamba-hambaNya.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Kusuf, hadis no: 1048].

kredit to fb ustaz abdul basit...


Saya doakan kita semua dalam peliharaan dan lindungan Allah. Semoga dengan fenomena yang dapat kita saksikan ini menjadi keinsafan kepada kita mahkluknya untuk lebih dekat kepada Allah.

Amar makruf nahi mungkar.

Sekira anda suka dengan entri saya ini sila tekan button SHARE dan LIKE supaya lebih ramai orang yang dapat manfaatnya. Wallahua'lam.

love,
Hafizah

~design your life not by default


RESEPI RAHSIA NOW EVERYONE CAN KURUS : AYAM MASAK UNGKEP

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Saya doakan anda kurus dan sihat...

Dah lama saya tak menulis entri blog. Rindu rasanya dengan kawan-kawan. Kali ini saya nak berkongsi dengan anda satu resepi yang sangat special.

Special khas untuk pembaca blog fiezabard dan tak jumpa di mana-mana blog resepi yang lain.


Pilih Cara Masakan Yang Sihat

Sejak saya join Now Everyone Can Kurus, cara masakan saya pun dah berubah.

Semalam Ikan Siakap Stim, hari ini ayam ungkep menggunakan periuk ajaib.

Suka sangat periuk ajaib ni sebab membantu saya masak dengan cara yang sihat sebab periuk ni tak melekat even masak tak menggunakan minyak. Best sangat.
  • NO GARAM
  • NO GULA
  • NO SANTAN
  • NO GORENG
  • NO MINYAK
Resepi rahsia saya untuk mengekalkan rasa sedap setiap masakan saya walaupun tanpa gula dan garam ialah gunakan perasa asli dari perahan lemon atau limau nipis atau limau kasturi...

Perghhhh!!!...lazattt

Tak caya tak apa....buat je!
Mudah, ringkas dan pantas masak secara sihat. 10 minit dah boleh makan.
Anak-anak pun suka sangat resepi baru ibunya.




Ramailah pulak yang menanya nak Resepi Rahsia Ayam Masak Ungkep ini. Oklah saya share. 

Sebenarnya resepi Ayam Ungkep ini adalah resepi turun temurun ibu saya. Tapi saya dah 'customize'kan menjadi resepi yang lebih sihat. Ayam Ungkep ini adalah masakan orang jawa. Dah memang family saya jawa...

Terima kasih tak terhingga kepada ibu saya yang sentiasa berkongsi resepi yang lazat-lazat waktu saya kecil-kecil dulu.


Bumbu (bahan-bahannya)

1/2 - 1 ekor ayam (ikut saiz famili)
Seulas Bawang besar
4 ulas Bawang putih
Seinci Halia
Sedudu besar ketumbar 
Sesudu besar jintan putih
3 sudu besar cili kering blender (kalau nak pedas. kalau tak nak pedas tak payah bubuh)
3 sudu serbuk kari (jika nak tambah kelazatannya)
Lemon atau limau nipis atau limau kasturi ( perisa asli-pengganti garam/perasa )

Cara-cara masak

1. Basuh ayam yang telah dipotong kecil dan toskan.




2. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia hingga agak-agak tidak terlalu halus dan tidak terlalu kasar. Saya gunakan Chopper Magic brand Tupperware untuk memudahkan kerja-kerja dapur saya.

hasil yang memuaskan. Hancur dengan sekata.
3. Hancurkan ketumbar dan jintan putih. 2 bahan ini terpaksa guna lesung sebab tak akan hancur guna Chopper Magic. Inilah kelemahannya. Back to traditional way. Oklah kan ketumbar dan jintan tak pedihkan mata.


ketumbar yang telah dilenyek


kenapa saya tak guna serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih saja? Jawapannya, saya tak begitu gemar gunakan serbuk ready made kerana dah tak rasa keasliannya. Sedap lagi yang original.

Sekiranya anda 'rajin' boleh saja nak gunakan serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih tersebut. Tak jadi halangan.

4. Gaulkan sekata ayam tadi dengan bumbu yang telah ditumbuk tadi. Gaulkan sekali dengan cili blender atau serbuk kari atau kedua-duanya sekali.


Gaul ratakan nya
5. Perahkan lemon atau limau nipis atau limau kasturi (mengikut citarasa kesukaan anda) ke atas ayam tadi. Gaulkan rata sekali lagi.

Air perahan limau ini adalah pengganti garam atau serbuk perasa. Rasanya nanti sangat enak dan asli. Tak caya tak per...buat je!

limau kasturi dari kampung Panching, Kuantan
Boleh juga diperap dalam 10 minit. Tapi biasanya saya tak perap sebab nak pantas.

6. Masukkan ayam ke dalam Magic Pan. Di larang bubuh minyak even sedikit. Insya Allah Magic Pan tidak melekat. Ayam pun tidak hangus.

7. Kecilkan api.

8. Biarkan Magic Pan masakkan ayam untuk anda. Tutupkan penutupnya rapat-rapat.

9. Biarkan selama lebih kurang 10-15 minit atau sehingga ayam empuk..

Kemudian silalah makan dengan gembira....

Mudahkan?? 10 minit dah boleh ngapppp!!!

Maaf tiada gambar selepas ayam masak sebab tak sempat ambil gambar dah kena belasah dulu.

Ubah kaedah masak anda, Insya Allah tahap kesihatan anda akan terubah kepada yang lebih baik.

Ubah untuk mengamalkan gaya hidup dan makanan yang sihat.

Saya doakan anda sihat dan ceria disamping keluarga tercinta

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Ebook Now Everyone Can Kurus

Anda nak kurus? Tak tahu caranya?

Dah banyak kali cuba tapi tak berjaya?

Baca Ebook ini dahulu


DAPATKAN PERCUMA!!!

Nak ebook ni? Sila Whatsapp/Telegram saya Hafizah (019-211 8757).

1. Sila Taip " Saya Nak Kurus "
2. Tulis nama penuh
3. Beri Email

Saya berbesar hati nak beri PERCUMA ebook ini kepada semua pembaca resepi saya ini. BONUS UNTUK ANDA!!!! suka tak?

Saya doakan "Anda Sihat dan Kurus"

Terima kasih kerana sudi baca resepi saya. Sekiranya anda suka resepi saya ini mohon tekan button SHARE dan LIKE supaya ramai lagi rakan-rakan kita dapat memasak dengan cara sihat.

Love, 
Hafizah

#design your life not by default