Wednesday, March 20, 2019

TWB Success Story : Myra Seorang Surirumah Berjaya Jana Income RM3000 Sebulan Melalui Mobile SPA dan Projek TWB

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar pembaca fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat.

Baru-baru ini Team TWB mengadakan sharing dari salah seorang Beautician TWB seorang suri rumah yang berjaya menjana income RM 3,000 hanya dengan mobile SPAnya. Kisahnya sangat memberi inspirasi.



Jom ikuti kisahnya.

Kisah Myra Seorang Surirumah Jana Income RM3,000 Sebulan

Nama saya Shamira Binti Mohammad Nasir berumur 25 tahun berasal dari Kedah. Saya sudah berkahwin.

Sebelum join TWB saya adalah suri rumah sepenuh masa. Sebab suami tak izinkan saya bekerja. 

Pernah buat pelbagai pekerjaan dan pekerjaan terakhir saya adalah operator pengeluaran di sebuah kilang bertempat di Hitech Kulim, Kedah.

Saya join training TWB pada 25 Mac 2018 di Bangi di rumah MAS. U all tahu tak? Ketika saya buat keputusan nak join TWB saya tak ada modal dalam simpanan walaupun Rm100. Sedih sangat bila ingat balik 😭😭


Myra semasa menjalani Kursus Mobile SPA TWB

Dalam keadaan tak ada modal saat itulah saya betul-betul berserah & bergantung sepenuhnya pada Allah dan yakin 100% Allah akan bantu saya. Setiap hari saya positifkan diri dengan ayat "Antara tanda Allah nak beri sesuatu pada hambanya adalah dengan gerakkan bibir kita untuk meminta"

Dan.. 

Bayangkan lagi 5 hari nak training dalam tangan saya masih kosong macam-macam saya fikir! 

Tapi..!  Tapi kan.. 

Allah tu baik sangat! Dalam keadaan saya serabut Allah hantar seseorang untuk bantu saya, dia bukan sesiapa jauh sekali keluarga & adik beradik tak ada pertalian darah lansung! 

Dari Kedah ke Bangi sorang-sorang tau.. Rasa jauh jer perjalanan layan feeling padahal 4 jam je pun naik ets 😝

Perjalanan saya tak berhenti disini. Setiap orang Allah beri ujian lain-lain. Kita terus kepada tajuk kemuncak kita malam ini, iaitu

"TWB Penyelamat Kewangan Keluarga"

Kenapa penyelamat?  TWB ni bomba ke? Mesti korang tertanya-tanya kan? Hehe..

Nak dijadikan cerita seminggu lepas berpuasa pada tahun lepas suami saya berhenti kerja, atas sebab yang dia sendiri tak boleh tahan. 

Walaupun gaji suami merupakan pendapatan utama keluarga kami tapi  Alhamdulillah tanpa gaji utama tersebut kami masih survive sehingga ke hari ini..

Macam mana kami survive? 

Tak susah pun.. Bila kita ada ilmu & skills. Percayalah senang gila nak buat duit dengan TWB.

Betul ke? 

Betul uolss.. Bayangkan suami berhenti macam tu jer.😭


"Kalau tak kuat, boleh perang dengan suami"

Berhenti pulak dalam bulan puasa.. Nak buat persiapan raya lagi, sewa rumah, duit motor,duit kereta itu, ini macam-macam tau.. Bayangkan kalau tak kuat? Boleh perang dunia dengan suami. 

Tapi.. Ntahlah bila kita ada sesuatu sebagai backup kita takkan takut nak hadap tu semua.. Saya tak marah cuma macam tak percaya suami berhenti kerja, ceerr uolss yang kawen bayangkan suami korang benti kerja 😜 apa perasaan? 

Takut? 
Gelisah? 
Rasa nak mati?? 

Jangan pernah ada perasaan macam ni sebab Allah yang bagi rezeki kat kita. Bukan bos kat tempat kerja.


"Percayalah Allah yang beri kita rezeki 100% bukan bossku"

Berbekalkan ilmu dan skills yang ada saya dan suami mula susun strategi jeng! Jeng!

Saya mula buat promosi spa dan collect customer banyak-banyak. 

Malu??  Malu apa bossku.
Lagi tebal muka dan malu kalau mintak duit kat orang..

Tahu tak masa saya diuji tu. Saya masih baru dalam bidang spa. Tapi Alhamdulillah saya boleh survive sebab tu saya cakap, SENANG GILER BUAT DUIT DENGAN MOBILE SPA! 

Sebab apa? sebab kita ada ilmu.. buat apa pun bila ada ilmu yang betul semuanya mudah.

Tahu tak..

Pernah tau sesak sangat tak ada duit. Lauk dah habis. Apa nak makan? Ya Allah sedih ingat balik.. 😫😫Tapi nak cerita jugak.. 

Tahu apa saya buat?  Saya buat offer facial murah-murah tapi bersyarat datang rumah sebab duit minyak kereta pun tak mampu nak isi pergi rumah customer. Tahu apa jadi?? 

Bersusun orang book slot dengan saya. Penat memang penat tapi berbaloi. 

Inilah cara saya survive.. 

Orang perempuan, korang kena ada satu bisnes backup yang boleh dapat instant cash

Memang kita bersangka baik dengan Allah mintak dijauhkan dari ujian yang kita tak nak. Tapi andai kata terjadi jugak pernah bayangkan tak apa nak buat bila kita tak ada apa-apa?

TWB sebagai backup
- suami hilang kerja
- suami meninggal
- suami anda tak jumpa jalan balik rumah

Okay.. Gurau πŸ˜†
Banyak sangat tau kalau nak cerita bagaimana TWB sebagai penyelamat kewangan keluarga saya.

Walau rasa susah tapi banyak lagi hikmah yang Allah beri disebalik ujian ini, antaranya nikmat kebebasan masa.

Pesanan saya,

Bertangguh dan takut. Dua ciri yang akan menjerumuskan kita kepada penyesalan yang tak sudah. 

Hidup dalam penangguhan ibarat menunggu kucing bertanduk. 

Masa terbuang dan tiada pencapaian yang kita dapat. Statik!

Terlalu banyak berfikir akibat dari tindakan kita. Akan bantutkan usaha kita untuk berubah dan berjaya. 

Kita ada Allah. Doa adalah senjata paling kuat orang mukmin. Angkat tangan dan doa. 

Nanti Allah bantu kita. 😘

Dan specialnya dalam TWB anda boleh belajar spa dlm utube juga.


Tp korang takkan tahu ilmu pikat hati org supaya tertarik dgn spa korang.. benda ni ilmu yg sgt berharga yg akan kami ajar dlm twb πŸ€—


Myra bina Mobile SPA dengan jenama sendiri

Myra,
TWB Beautician

Menawarkan Servis Mobile SPA sekitar Padang Serai,Kedah atau sekitarnya.

=====

# Jika anda ingin mendapatkan SERVIS SPA Area Padang Serai,Kedah atau sekitarnya daripada Myra, mohon klik link di bawah


# Jika anda ingin belajar jana pendapatan harian melalui Mobile Spa seperti Myra, boleh hubungi Kak Fieza untuk maklumat lanjut.

---------------------------------------------------------------------------------------

Kisah Myra ni mengingatkan peristiwa suami Kak Fieza tetiba berhenti kerja suatu ketika dulu.

Bezanya masa tu Kak Fieza masih bekerja makan gaji. Jadi masih ada backup dalam keluarga.

Nasihat saya, para wanita sekarang tidak boleh mengharapkan gaji suami sahaja. Anda perlu ada backup at least sekiranya ada emergency kes yang melanda.

Tak pun, anda juga perlukan extra money untuk hulurkan kepada ibu dan bapa di kampung. Takkan anda tak nak menggembirakan orang tersayang.

Alhamdulillah. Sekarang Dah Ramai Yang Berjaya

Jika ada sahabat yang nak tahu detail pasal bisnes mobile spa ni. Boleh PM Kak Fieza di 019-2118757.

ATAU

klik  πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Nanti Kak Fieza kongsikan detail macam mana anda pun boleh jana pendapatan melalui Mobile Spa seperti Myra.

#silasharekegrouplain
#semogabermanfaat
#thewalkingbeauty
#FBEEmpire
#TWB
#fiezaDBeautyHomeSPA

Ini adalah peluang anda untuk mendapat income secara konsisten setiap bulan.

Perlu diingat, ini adalah BUSINES SPA ok! Bukan duduk goyang kaki duit tetiba datang bergolek. No...No...No....

Tiada istilah goyang kaki dapat duit. Sapa usaha dia dapat. Sapa tak buat melopongla dia.



Nak tahu lebih lanjut tentang TWB, jemput baca di sini ye. Klik LINK di bawah



Jangan tunggu lagi!

Trainers TWB berada di SELURUH MALAYSIA!
Jom sama-sama kita jana pendapatan dengan skill mobile spa dengan team TWB sekarang!

Sila hubungi saya untuk menjadi sebahagian daripada 
TWB BEAUTICIAN dalam team
FIEZABARD EMPIRE (FBE) !

Sila klik


Atau 

hubungi talian 019-211 8757

SEKARANG!

Sekiranya anda suka entri ini, sila Tekan Button LIKE dan SHARE supaya lebih ramai yang dapat manfaatnya.

Hafizah
019-211 8757
*Founder Fieza D'Beauty Home SPA*
*Certified TWB Beautician*


Anda mungkin berminat membaca perkongsian seterusnya






>>> TWB Success Story : Puan Syahida Mampu Jana 4 ANGKA SEBULAN Sambil Jaga 3 Anak Kecil Dengan Bisnes Mobile SPA  (SILA KLIK)

No comments:

Post a Comment