Showing posts with label Multipurpose cleaning. Show all posts
Showing posts with label Multipurpose cleaning. Show all posts

Thursday, February 11, 2016

GAGAK OH GAGAK! DENGAN BASIC H KAU TUMPAS JUA.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard? Saya doakan anda dalam lindungi Allah swt.

2 minggu yang lepas anak saya ditahan ward di Hospital Annur Hasanah selama 3 Hari 2 Malam, Macam cuti-cuti Malaysia pulak.

Sepanjang berada di hospital saya tak turun dari hospital memandangkan baby saya perlukan 24 jam perhatian. 

Jadi 'Baby Green' (kereta kesayangan saya) selama 3 hari tu la bertapa di bawah pohon yang rendang. Saya parking di bawah pokok kononnya nak elakkan dari kena panas mentari. Memanglah tak panas, sejuk kereta tu dilindungi pohon tapi lain pula jadinya. Nak tahu apa terjadi?

Allahuakhbar!..
2 hari ku tinggalkan 'baby green' di parking lot hospital. Gini jadinya...aduhai...rasa nak nangis pun ada.
Sekali KEBABOMMMM! Gagak kat sini kerjakan keretaku.
Cermin depan gelap gelita dibuatnya. Driving jugak la sampai ke rumah.

 huhuhuhu....nak nangis rasanya, tak nampak tu cermin depan. Orang sekeliling semua pandang rupa paras 'Baby Greenku'

Ini dah sampai rumah dah kena sembur sikit ni. Kalau tidak lagi dahsyat rupanya. Tak sanggup nak snap gambo rupa buruk 'Baby Greenku'.

On the way nak sampai rumah rumah singgah CAR WASH konon nak bagi sembur sikit dengan air sabun.

Sekali orang car wash kata.
"Ini tak boleh ilang kak. Kena polish."
"Aik, apsal kena polish. Sembur sabun je takan tak ilang." (Dalam hati, ko nak tipu aku ye, takkan tak ilang, taik burung je kot)
"Tak boleh kak, kena polish baru ilang...dah lekat ni. Saya bagi murah je polish"
"Polish berapa lama" (dalam hati kalau polish mahunya dia charge aku paling murah pun RM100 ni)
"1 jam" 
(Jangkaan saya mesti lebih 1 jam sebab ada kereta lain yg dipolishnya)
"Tak payahlah, dah nak maghrib ni, saya balik dululah, anak saya ni baru keluar wad spital, letih pulak dia nunggu nanti" sambil tengok Awina kat car seat sebelah.

Sampai je rumah, bawa Awina ke dalam rumah saya terus seng seng (lipat lengan baju) capai baldi, capai kain buruk, capai ‪#‎BASIC‬ H (bubuh beberapa titik je pun)

Nah! Puas hati...ku polish sendiri 'BOM ATOM GAGAK' dengan bantuan Basic H.
Cik abang yang kebetulan baru sampai dari Vietnam pun dengan rela hati tolong polish sekali. Sebab mudah sangat. Sekali sembur. Lap..lap sikit....sapu..sapu sikit. Sembur air..


Cer tengok shining shining! Blink blink keretaku macam baru je tadi beli..lebih hebat dari POLISH car wash.

Rasa macam nak drift je depan car wash tu. Nak cakap 'Meh saya ajar cam ne nak polish dengan murah'.

Macam ni saya boleh bukak CAR WASH lah...murah! Murah je saya bagi...hehehehehee.

Sebotol RMXX je. Guna beberapa titik je. Jimat tak jimat!
Sebotol boleh tahan berbulan-bulan ikut penggunaan seisi rumah.

Macam saya guna Basic H ni untuk semua keperluan basuh-membasuh, cuci mencuci saya dari basuh tandas, cuci lantai, cuci dapur, cuci baju sekolah yang hitam legam, Cuci bilik air, cuci dapur berkerak, cuci dinding yang kena conteng , cuci buahan, cuci sayur dan segala bagai lah yang boleh dicuci. Tahanlah sebotol untuk 6 bulan.


tau tak beza basic H dengan pencuci lain.

Tengok je la sendiri ye.




Saya suka guna Basic H sebab dia Selamat, Berkesan dan Mesra Alam.


Inilah Basic H saya. Pencuci Multipurpose yang sangat saya gemari. Dah tak de pencuci lain dah.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!

Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:



Wednesday, February 18, 2015

PENCUCI MULTIPURPOSE YANG WAJIB DIMILIKI : PART 2

Assalamualaikum wbt

Apa khabar sahabat-sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda dalam lindungan Allah swt.

Seperti yang dijanjikan saya ingin berkongsi dengan anda beberapa testimoni Basic H yang telah saya cuba.

Sekiranya anda belum baca entri Basic H saya PART 1, Sila klik link 

PENCUCI MULTIPURPOSE YANG WAJIB DIMILIKI : PART 1

Beberapa testimoni Basic H yang pernah saya dan rakan-rakan saya cuba saya kongsikan di sini. Semoga anda dapat manfaatnya.


Kolar Baju Sekolah



Tudung Sekolah Anak Dara



Cuci Keladak Jam

Testimoni Rakan saya mencuci jamnya yang dah berkeladak



Contengan Maker Pen



Baju Sekolah Comot



Kerak Periuk

Sakit hati tak kalau periuk macam ni?




Rendam 1/2 sudu kecil Basic H dengan air




Hasilnya




Wow!! kilat ....boleh buat cermin...Wahhhh!!!! gitu...

Satu lagi testimoni Kerak periuk



Sukatan Basic H

Untuk sukatan Basic H yang disarankan adalah seperti berikut mengikut kapasiti cucian yang diperlukan



Sekiranya anda suka entri saya kali ini sila tekan button SHARE dan LIKE supaya lebih ramai orang yang dapat manfaatnya nanti.

Sebaik-baik umat adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain. Insya Allah dengan sekali klik anda akan dapat ganjaran yang besar di akhirat kelak...Wallahualam.

Love,
~Hafizah

Beramal seolah-olah mati esok,
Bekerja seolah-olah hidup seribu tahun lagi,


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and


BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Thursday, February 12, 2015

PENCUCI MULTIPURPOSE YANG SANGAT SUPERB WAJIB ANDA MILIKI!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi sekalian. Saya doakan anda sihat walafiat di samping keluarga tercinta.

Entri kali ini saya nak kongsikan dengan anda pengalaman saya menggunakan pencuci Multipurpose yang sangat SUPERB!

Sebelum tu saya nak tanya anda, Adakah anda suka cuci tandas atau bilik air?

Kalau suka SAY 'I'

Tapi saya confirm ramai yang tak sukakan?

Kalau anda tanya saya, sejujurnya saya tak suka cuci tandas. Tau kenapa? Sebab saya tak suka bau pencuci yang menyesakkan hidung. Cecair pencuci yang merosakkan kulit tangan saya. Pencuci yang meninggalkan kesan melekit pada tangan. Tambah parah bila pencuci tersebut menyebabkan alahan kulit. kadang-kadang kulit terasa panas semacam je. 

Kenapa ye pencuci di pasaran jadi macam tu? sebab kebanyakkan pencuci di pasaran mengandungi bahan-bahan yang beracun seperti ammonia yang meninggalkan bau yang menyesakkan dan sangat berasid (sebab itu tangan kita terasa panas)

Selain itu saya tak suka bila menggunakan pencuci tandas dan bahan peluntur ni biasanya perlu tinggalkan tandas dalam 10-30 minit sebelum dicuci bilas. Sangat tidak menjimatkan masa.

Cuci bilik air jadi hobi

Tau tak selepas saya jumpa Pencuci Multipurpose Basic H ni, terus saya jatuh cinta. 

Kalau dulu saya benci cuci bilik air, sekarang cuci bilik air dah jadi hobi saya. Pantang ada kotor sikit kat bilik air pasti saya cuci dibantu oleh BASIC H.

Mudah, pantas, tidak berbau menyesakkan hidung, tak payah nak tunggu sehingga 10-30 minit untuk bilas. On the spot dah boleh bilas...

senangkan?

Senang sangat terutamanya memudahkan kerja wanita seperti saya yang sentiasa mengejar masa menguruskan rumahtangga.

Cer lihat hobi baru saya


Sinki yang kotor transform jadi kilat blink-blink selepas menggunakan Basic-H
Pengakuan jujur dari seorang wanita

Dinding Karikatur/Corak Kolaj

Tak sangka pulak Pencuci Multipurpose Basic H ni boleh membersihkan dinding yang penuh dengan hasil lukisan Abstract.

Baru-baru ni kawan saya tunjukkan gambar dia bersihkan dinding rumahnya dengan Basic H.

Eh, boleh ye? selama ni saya ingatkan Basic H hanya untuk bersihkan bilik air, kesan gris, mop lantai sahaja. Tak terfikir pulak boleh bersihkan dinding.


Kesan kotoran dinding hilang selepas menggunakan Basic H. Macam baru lepas dicat baru.

Tiang rumah yang penuh corak abstract transform seperti dicat semula setelah digosok dengan Basic H


Tak boleh jadi ni. Dinding rumah kawanku serupa je macam dinding rumah saya. Ramai sangat artis kat rumah saya ni. Tak cukup kertas, dinding yang jadi mangsa. Cer tengok ni.


salah satu dinding bercorak. Banyak lagi corak seperti ini di segenap ruang rumah.



saya percaya almost every house mengalami masalah macam ni
Apa lagi tanpa membuang masa, malam tu lepas segala hal anak-anak diselesaikan, saya capai Basic H saya. Titikkan dalam 2-3 titik dalam semangkuk air, dan gosok menggunakan kain buruk.

Wahhhh!!!.....Nak tau apa hasilnya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

No more conteng-conteng. Tak payah cat dah hilang corak abstrak tu.

dinding yang bercapuk dan comot dah bersih!!!
Syukur sangat, dinding rumah saya yang selama ni comot, bercapok, bercorak-corak macam pasang wallpaper, sekarang dah cantik semula macam dicat baru.

Dah tak sakit mata lagi memandang dinding-dinding penuh dengan corak mural, abstrak dan karikatur.

Bukan itu saja kelebihan Basic H ni tau. Dah katanya Pencuci Multipurpose. Tentu pelbagai kotoran boleh dibersihkan.

Satu lagi masalah.

Kasut sekolah

Setiap hujung minggu saya pasti membebel dengan anak-anak saya yang bersekolah 3 orang supaya mencuci kasut mereka sebersih-bersihnya.

Saya tak puas hati dengan hasil cucian mereka. Walau dah disental pasti ada lagi kotoran yang masih melekat di kasut.

Perlbagai sabun dah mereka guna. Sabun mandi pun pernah digunakan (ikut petua orang dolu-dolu, pakai sabun mandi mudah hilang kotoran degil). Ikutkan je lah.

Sudahnya saya minta mereka cover dengan kapur kasut. Tapi bila dikapur tu bercapuk-capuk pulak. 

Haiii la anak....

Baru-baru ini sekali lagi kawan saya kata Basic H boleh hilangkan kotoran hitam degil kasut sekolah.

Allahuakhbar, kenapalah selama ini saya tak tahu.....kesiannnn saya.

Dah lama botol Basic H tu ada dalam rumah. Tapi tak pernah nak mencuba untuk cuci kasut.

Testing yang pertama, tidak menghampakan. 

Anak dara saya komen " Ibu, kasut kakak tak yah kapur pun dah putih, tengok bu kasut ni akak tak kapur pun" (sambil tunjukkan kasutnya yang putih bersih dengan bangganya)

Bila saya tengok....ye laaahhhh...tak payah kapur pun dah putih secara semulajadi. Tak de kesan capuk putih kapur. 

Anak-anak pun melangkah ke sekolah dengan gembira.



Bestkan cuci kasut kotor kalau macam ni gayanya.

Next weekend confirm senang sangat nak suruh anak-anak saya cuci kasut. Mereka boleh cuci kasut dengan gembira.

Saya jatuh cinta dengan Basic H

Sejujurnya, saya sangat suka dan jatuh cinta dengan Pencuci Multipurpose Basic H ni kerana ianya sangat membantu saya dalam membersihkan seisi rumah. Almaklumlah semua kerja-kerja pembersihan kami sekeluarga buat sendiri. Basic H amat amat amat membantu.

sebab saya suke gile-gile dengan Basic H
Selain itu Basic H juga
  • Jimat wang. 
  • Hanya RMXX boleh tahan sehingga berbulan-bulan (3-4 bulan bergantung kepada kegunaan semasa). Berbanding peluntur dan pencuci komersial tetap dengan harga RMXX tetapi hanya bertahan tak sampai 1 bulan.
  • Gunakan 1 sudu sahaja untuk 1 gelen air
  • Hujung sudu sahaja untuk setiap 6 oz air.
  • biasanya saya bancuh dalam semangkuk air dan hanya titikkan dalam 2-3 titik saja dah boleh mencuci seribu satu kekotoran dalam rumah.
Back to basic (Konsep Hijau)

Berapa ramai orang tahu apa kandungan Basic H?
Kenapa ia sangat superpower?

Sehingga boleh claim hingga hampir boleh membersihkan 997 jenis kekotoran.

Berapa ramai yang lahir tahun 40-50an?

Anda yang hidup dalam tahun 40-50 an pasti pernah menggunakan sabut kelapa dan pelepah-pelepah kelapa untuk bersihkan kotoran. Amacam? Cer anda try..

Alahai mana nak cari sabut kelapa pulak sekarang ni. Entah kenal entah tidak generasi Y ni rupa paras sebiji kelapa. Masak santan pun pakai santan kotak.

inilah rupa paras sabut kelapa
Dulu-dulu, nenek moyang kita menggunakan sabut kelapa untuk membersihkan kotoran di periuk belanga, pinggan mangkuk dan sebarang pembersihan di rumah.

Sebab itu pernah orang tua-tua kata, pokok kelapa itu ada 101 kegunaannya dari pucuk daun hingga ke umbut kelapa (kenal ke umbut kelapa tu apa?). Tak tahu nanti saya cerita di entri lain.

Atas kesedaran Always Green inilah Shaklee telah mencipta pencuci yang organik dari sumber kelapa dan jagung.



Basic H sentiasa SAFE, POWERFUL DAN GREEN!!

Basic H sangat HEBAT dan SUPERB!!!!

Sapa tak cuba memang rugi!!

Sebenarnya ada banyak lagi kegunaan Basic H ini yang belum saya kongsikan. Insya Allah saya akan kongsikan di entri akan datang.

Sekiranya anda suka entri saya kali ini sila tekan button SHARE dan LIKE supaya lebih ramai orang yang dapat manfaatnya nanti.

Sebaik-baik umat adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain. Insya Allah dengan sekali klik anda akan dapat ganjaran yang besar di akhirat kelak...Wallahualam.

Love,
~Hafizah

Beramal seolah-olah mati esok,
Bekerja seolah-olah hidup seribu tahun lagi,

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!