Sunday, March 16, 2014

Fadhilat Selawat Tafrijiyah (Kamilah)

Semalam saya diizinkan Allah untuk turut serta mengikuti Ceramah Bulanan dianjurkan oleh para jemaah Surau/Madrasah Al-Mustaqim.

 Para Muslimah khusyuk mendengar ceramah ustaz Mohadir

 Dai' Cilik

Hari ini sambil-sambil menemankan anak gadisku membuat ulangkaji esok untuk peperiksaan Sekolah Agamanya. Saya tergerak nak share diblog ini. Semoga kalian dapat sedikit Ilmu yang nak saya kongsikan ini.

Banyak sebenarnya Ustaz Mohadir nak kongsikan pada malam tersebut. Sebabnya Ilmunya sangat banyak.

antara intipati yang dapat saya kongsikan.

Apakah amalan yang paling afdal diamalkan ketika malam Lailatul Qadar.

Ulama' pertama menyatakan DOA sepanjang malam.

Ulama' kedua menyatakan Membaca AL-QURAN. Bila dikira dari analoginya 1 huruf dalam bacaan Al-Quran mendapat 10X ganda ganjaran untuk hari-hari biasa. Sedangkan 1 huruf dalam membaca Al-Quran diberikan 100X ganda ganjaran pada bulan ramadhan.

Ulama' ketiga menyatakan amalan yang paling afdal ketika malam Lailatul Qadar adalah SOLAT. Kenapa Solat?
Kerana dalam solat ada bacaan Al-Quran.
Kerana dalam solat ada DOA.

Nampak disini amalan SOLAT merangkumi semua amalan yang dinyatakan oleh 2 ulama' di atas. Jadi SOLAT adalah amalan yang paling afdhal.

Solat diwahyukan di Sidratul Muntaha.
Allah menyuruh  "mendirikan solat" bukan "menunaikan solat" atau "melakukan solat"  dalam wahyunya kerana kebanyakkan perbuatan solat atau rukun solat adalah 'berdiri' .

Sekiranya ingin berhubung dengan Allah hanya dengan SOLAT.

Dari segi definisinya SOLAT bermaksud Perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbiratulihram dan disudahi dengan salam.

Antara tips yang ustaz Mohadir kongsikan di sini. 

Tips 1 :
Semasa ceramahnya sekiranya tibanya waktu solat hendaklah berhenti untuk diperdengarkan azan, kemudian selepas azan disambung kembali pengajian. 

Jarang sekali ustaz yang berbuat sedemikian di dalam kelas-kelas yang saya hadiri. Kebiasaan mereka akan meneruskan pengajian hingga habis barulah dilaungkan azan apabila ingin menunaikan solat.

Semasa azan ustaz Mohadir sengaja membuka air minumannya seluas2nya supaya azan dilaungkan meresap ke dalam molekul-molekul air yang akan diminum. Khasiat air yang telah diazankan atau dibacakan ayat al-Quran sangat banyak.

Tips 2 :
Tips lain yang ustaz kongsikan. Bacakan Al-fatihah 7X ke dalam air untuk dijadikan penawar sebarang penyakit atau perkara contohnya air penerang hati untuk anak-anak.

Tips 3 :
Yang lebih menarik perhatian saya adalah Selawat Tafrijiyah atau dikenali sebagai Selawat Kamilah.

Semasa saya belajar di Universiti pada tahun 1996 dahulu, saya ingat mak saya telah memberi ijazah kepada saya iaitu satu kertas potostat yang mengandungi beberapa selawat yang perlu diamalkan.

Saya ingat lagi

Mak : " Ann ( nama manja saya dalam keluarga ), ambik selawat-selawat ni dan hafal lepas tu amalkan selepas solat atau bila2 waktu yang diperlukan."

ada 5 Selawat yang mak highlight kan supaya diamalkan antaranya selawat Kamilah ini.

Saya tak begitu paham apa khafiat atau kelebihan selawat2 ini. Masa itu bila mak kata amalkan so, saya pun amalkan dan mula menghafaz. Lagipun masa muda remaja dulu mudah sikit nak menghafaz. Kalau sekarang nak minta hafaz....hmmm lambat sikit la kot.

alhamdulillah, berkat apa yang mak suruh dan selawat yang diamalkan, proses pembelajaran saya berjalan lancar walaupun pelbagai ranjau dan duri dilalui...almaklumlah saya bukan la pandai sangat.

Hari ini bila ustaz memberitahu fadhilat selawat Kamilah antaranya:

1.Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai.
5.Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
Imam ad-Dainuri r..a.


Antara tips yang boleh diamalkan:

11 x – setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.

41 x – setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.

100 x – setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.

313x – setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.

1000x – tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.

Oleh Imam Qurtubi r.a.

41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.

 

kredit to http://atsixty-zakriali.blogspot.com

oooo....barulah saya tahu kenapa mak minta saya amalkan selawat kamilah ni dulu disamping selawat-selawat lain...wallauallam.

Terima kasih kerana sudi membaca. 

Sekiranya anda suka dengan entri ini, mohon anda tekan button LIKE dan SHARE di bawah. Semoga ia turut memberi manfaat kepada orang lain untuk turut mengamalkannya.

Saya doakan anda kaya, berjaya dan bertaqwa dunia akhirat.

Friday, March 14, 2014

Mencedok Air Dengan Raga

Saya suka dengar Motivasi Pagi setiap pagi di Radio ikim.fm
Tetapi motivasi pagi semalam yang paling saya suka hingga terpanggil untuk share di blog ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pada satu ketika diceritakan seorang ulama' meminta anak muridnya mengambil raga dan membawanya ke sungai.

Beliau mengarahkan mengambil air dari sungai tersebut untuk menyiram tanaman di kebunnya.

Dengan perasaan jengkel anak murid melakukan apa yang disuruh. Tapi hampa, air yang ditangguk menggunakan raga mengalir keluar. Tak berjaya ditangguk air itu.


Bagaimana mereka hendak menyiram tanaman tanpa dapat takung air menggunakan raga. Anak murid kembali kepada gurunya menyatakan masalah yang dihadapi. Guru hanya mengarahkan anak muridnya kembali menangguk air dengan raga tersebut.

Sekali lagi anak muridnya mengulangi menimba air dengan raga dengan harapan air dapat ditakungnya kali ini. Sekali lagi air tetap tidak boleh ditakung dengan raga.

Anak muridnya kembali kepada gurunya mengadu masalah yang dihadapi. Sekali lagi ulama' tersebut mengarahkan kembali ke sungai dan tangguk air menggunakan raga tadi untuk menyiram tanamannya.

Sekali lagi anak muridnya sangat hampa kerana air tetap tidak boleh ditakung dalam raga.

anak muridnya kembali kepada gurunya untuk kali ke-3, mengadu masalah yang sama seperti tadi. Air tetap tidak boleh ditakung.

Ulama' tersebut sekali lagi meyuruh anak muridnya menangguk air menggunakan raga yang sama sehingga terbit perasaan marah yang membuak-buak. Mana mungkin air dapat ditakung kerana raga banyak lobang-lobang. 



Kali ini apabila anak muridnya datang mengadu kepadanya, ulama' ini menyatakan

Tahukah kamu apa pengajarannya?

Air itu ibarat Ilmu....
Raga itu Ibarat Alatan........

Dalam mencari Ilmu perlukan alatan yang sesuai.
Raga adalah Alatan yang tidak sesuai untuk menimba.

Pada kebiasaannya anak muridnya datang menuntut Ilmu dengan dengan lenggang kangkung tanpa membawa sebarang alatan sedangkan alatan menuntut Ilmu adalah BUKU CATATAN dan PENA.


Sekiranya tanpa ALATAN, Ilmu yang ditimba akan mengalir begitu saja.


Itulah yang ditekankan dalam mana-mana Seminar Dr Azizan Osman yang pernah saya sertai supaya membawa BUKU dan PEN semasa seminarnya. Kalau tak bawa...KESIANNNNNNN.....
cakap dengan orang sebelah ....KESIANNNN......

BUKU dan PENA lah kunci kejayaan individu.


Dari penelitian saya, orang yang selalu menulis tidak kira tulis apa sekali pun mereka lah orang yang terkehadapan.
 



Sekiranya anda suka entry ini sila LIKE and SHARE.

Semoga anda dapat manfaatnya.

Terima kasih kerana membaca.

Wednesday, March 12, 2014

SUSU SOYA MERBAHAYA??...

Assalamualaikum,

Entry kali ini saya hendak bercerita pasal SOYA.

Saya ini memang penggemar susu SOYA tegar. Kalau ada gerai SOYA tepi jalan je saya beli. Kalau beli air kotak pasti saya pilih air SOYA. Kalau bulan puasa je pasti saya cari air SOYA dan Taufu fah sebagai pembuka selera waktu Berbuka. Bila pergi pasar malam je pasti beli SOYA atau Taufu fah.




Pernah satu ketika baby saya yang sulong punyalah saya tak nak berikan dia susu lembu saya sediakan baby susu berasaskan soya kepada penjaga semata-mata nak pastikan baby saya cukup protein lah sangat.

TAPIIII.....tanpa menyelidik secara mendalam SOYA yang bagaimanakah yang harus kita ambil untuk pastikan tubuh badan kita tidak mendapat kesan sampingan yang tidak pasti dengan SOYA.

Ketika itu saya tidak mempunyai kesedaran untuk mencari soya yang betul-betul memberikan cukup nutrien untuk tubuh badan individu. Bila mana ada desas-desus menyatakan soya ni MERBAHAYA!!

Haaa....BAHAYA!! Apsal BAHAYA...

Pada mulanya kenyataan yang menyatakan soya ni tak bagus menjengkelkan saya. Apsal pulak soya sebagai sumber protein berkhasiat dikatakan tak elok diambil. Allah dah jadikan elok-elok je kacang soya itu untuk diambil manfaatnya.

Bila diselidik...ooo...memang betullah kata-kata mereka yang menyatakan SOYA ini tak bagus dengan beberapa kondisi :

Tinggi kandungan asid phytic

apa ke mende nya asid phytic ni. Makcik jual kangkung tak paham lah. asid phytic ini adalah sejenis asid yang menghalang menyerapan zat dan mineral dalam usus. Akibatnya, zat-zat yang kita makan dalam hidangan seharian kita tak memberi apa-apa manfaat kepada tubuh kerana tidak diserap ke dalam tubuh.

Mengandungi Hemaglutinin

boleh mengakibatkan sel darah bercantum sesama sendiri.

Mengandungi Goitrogen

Akibatnya fungsi tiroid menjadi lemah. Agaknya tu pasallah ramai rakan-rakan yang mempunyai masalah tiroid. sedangkan tiroid amat penting dalam mengawal metabolisme tubuh.

Genetically Modified Organism(GMO) Soy

Kebanyakan soya adalah "Genetically Modified  Organism Soy" atau dalam terjemahan bahasa ibunda "Organisma Pengubahsuaian Genetik" atau dikenali sebagai "Genetik Engineering (GE)" yang bertujuan semata-mata untuk memperbaiki kualiti dan saiz kononnya dengan penggabungan DNA dari spesies yang berlainan.


Hasilnya terjadilah kombinasi tumbuhan atau haiwan atau bakteria dan genetic viral yang tidak stabil dimana tidak akan pernah terjadi kepada sumber asli CIPTAAN ILLAHI.

Salah satu masalah utama GE ini adalah para saintis pun buntu memikirkan bila terjadinya gangguan fungsi genetik semasa proses memasukkan genetik DNA makanan/tumbuhan tersebut. Ianya mengganggu fungsi genetik yang lain pula yang menyebabkan toksin dan alahan terhadap makanan/tumbuhan tersebut.
 

Haisshhh....ngerilah bila toksin mengalir dalam badan kita nanti. nak ke kita ambik SOYA yang sebegini.

Tinggi kandungan natural Toxin

iaitu Antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh.

Yang malangnya toksin ini tidak musnah walaupun dalam proses memasak. Akibatnya individu yang mengambilnya akan mengalami:

  • kembung perut,
  • kekurangan asid amino sedangkan fungsi asal pengambilan SOYA untuk menambahkan asid amino, dan
  • kerosakan pankreas.
dan akhir sekali, disebabkan unsur antizat di dalam soya. Sesetengah pengilang membasuh soya dengan asid dalam tangki aluminium untuk memastikan antizat itu hilang. Malangnya ia mengakibatkan wujudnya Heavy Metal Acid dalam badan yang boleh mengakibatkan NYANYUK....arghhh sudah. nak makan/minum pun susah.

Kesan-kesan lain GMO Soya
 

  • Melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. 
  • Meningkatkan risiko barah payudara di kalangan wanita.
  • Berupaya mempengaruhi dan melembabkan minda/otak.
  • Punca proses pertumbuhan luar biasa kepada perkembangan bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
  • FAKTA: menyatakan bayi yang diberikan susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya yang telah di 'GE' kan seolah-olah menerima 5 biji pil perancang satu hari.
  • Manakala, pada 1991 penyelidik jepun ada menyatakan penggunaan 30gram bersamaan 2 sudu makan untuk sebulan SOYA GE ini boleh menyumbang kepada peningkatan hormon tiroid yang mengakibatkan CANCER TIROID.
Takut tak????

Banyaknya keburukan SOYA ni...

Tapi sebenarnya soya ni tak bersalah pun. Manusia lah yang menyebabkan soya ni dipersalahkan.

Jadi macam mana kita nak makan SOYA NATURAL ni dan nak dapatkan sumber protein yang semulajadi.

Apa lagi makan tempe la....ummmphh sedap dan berkhasiat.

tempe makanan kegemaran saya. cicah sambal kicap...ummmppphhh lazatnya.



TAPIIIIII...........

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.



PENTINGKAH PROTEIN?

Protein amat penting untuk membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan.

Badan kita memerlukan protein untuk tumbesaran. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita adalah daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water

2. 25% Protein

3. 8% Fats

4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%


TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.


SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis,pewarna dan bahan pengawet.



PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan.



KELEBIHAN ESP

Siapa yang PERLU ambil ESP??

  • Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management).
  • Lelaki : melindungi dari any disease(heart, cancer etc).
  • Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.
  • Ibu menyusu : para ibu yang menyusukan seperti saya insha allah dapat kebaikan ESP ini dengan menambahkan kepekatan susu yg
  • dihasilkan. Sumber protein utama untuk ibu dan baby.Ibu dapat manfaat, baby pun sihat....wallahualam
  • Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).
SET NUTRISI LENGKAP DENGAN ESP

Antara set nutrisi yang disyorkan yang mengandungi ESP

SET IBU HAMIL, BERPANTANG DAN MENYUSU

SET KULIT HALUS MULUS dan GEBUS

SET WEIGHT GAIN

SET LANGSING DAN SIHAT

SET KESUBURAN

SET MENGATASI MASALAH GASTRIK

SET KESIHATAN OPTIMUM

pendek kata ESP ini adalah segala-galanya lah. Insha allah dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan IZIN ALLAH.

Pengalaman saya pula bersama ESP SHAKLEE adalah dengan SET MENYUSU. Cadangnya saya ambil ESP untuk memekatkan kandungan susu saya dan sebagai sumber protein utama dalam susu saya.


Yang mengejutkan saya SHAKLEE telah menipu saya kerana bukan khasiat itu saja yang saya dapat malah kulit saya semakin gebu, mulus seperti bayi. Yang paling seronok wajah saya semakin glowing blink...blink...alhamdulillah.

Tambahan lagi saya semakin bertenaga. Walaupun saya tidur selewat 12-1 AM namun saya boleh bangun seawal 5 pagi untuk persiapan anak-anak saya yang 4 orang untuk ke sekolah dan seorang si kecil ke pengasuh.

Selain persiapan sarapan pagi mereka seperti nasi goreng, roti bakar atau sekadar cekodok bawang, sempat juga saya shake my LOVELY ESP SHAKE.

Saya memang dah jatuh hati dengan ESP sejak pandang pertama lagi.

-------------------------------------------------------------------------------------

Testimoni dari saya sendiri selepas mengamalkan ESP setiap pagi semasa breakfast saya dapat manfaatnya:

1. Pengeluaran susu ibu saya bertambah pekat

2. Saya sentiasa bertenaga walaupun perlu bangun seawal 5 pagi

3. Kulit wajah saya semakin halus, mulus dan gebu

4. Badan saya semakin ringan dan bertenaga (sentiasa bersemangat)

RESEPI BREAKFAST SAYA BERSAMA ESP WITH LOVE

ESP semata-mata
ESP with LEMPENG
ESP With PANCAKE

Lepas saya dah jatuh cinta dengan ESP, No More SOYA pasar malam lagi dah....
 

Apa yang penting kita ENJOYYYY ESP!!!!

Selamat menikmati ESP.

Terima kasih kerana membaca.

Please SHARE n LIKE kalau suka ENTRY saya ini. 



DAPATKAN TAWARAN HEBAT BULAN MAC 2015 SEBELUM MENJELANG GST BULAN APRIL NANTI. RUGI SAPA TAK REBUT TAWARAN NI. ORDER 6 DAPAT 7. ORDER 2 DAPAT DISKAUN 5%.

APA LAGI. LETS GRAB SEBELUM GST BULAN DEPAN. CONFIRM HARGA NAIK 6%....




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!