MY SUCCESS JOURNEY BEGINS

SHAKLEE MOTIVATION AND RECOGNITION.

MY BIG HAPPY FAMILY

My Business Push Factor .

MY AWESOME BUSINESS MENTOR

MFMS THE MOST FANTASTIC AND TEAM SHAKLEE IN MALAYSIA.

EBOOK SORRY BOSS

Ebook PERCUMA. DOWNLOAD SEKARANG!!.

Tuesday, October 28, 2014

KULIAH DHUHA MUSLIMAH : HAID DAN ISTIHADAH PART 3

Assalamualaikum wbt

Apa khabar rakan-rakan, sahabat-sahabat yang budiman. Saya doakan anda berada dalam naungan Allah swt. Saya doakan anda kaya dan berjaya ( heehheeee..trademark Dr Azizan Osman, pinjam sekejap)

Ada juga orang yang sudi follow topik hot saya ni, HAID DAN ISTIHADAH dan  menunggu-nunggu tarbiah selanjutnya.

Seperti biasa, saya tak akan terlepas peluang untuk kongsikan apa yang saya dapat di Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Ustazah Syarifah, penceramah tetap kuliah dhuha di Surau Al-Mustaqim Taman Lestari Putra, Seri Kembangan Selangor.

Pada kali ini ustazah masih membincangkan tentang Haid dan Istihadah. Kan saya dah kata, topik 2 darah ini makan berminggu-minggu untuk diperbincangkan. Sesiapa yang terlepas dengan kuliah sebelum ini sila klik link di bawah supaya anda lebih faham apa yang diperbincangkan. Entri ini adalah kesinambungan kepada kuliah-kuliah yang lepas.

KULIAH DHUHA MUSLIMAH : HAID DAN ISTIHADAH PART 1

 

KULIAH DHUHA MUSLIMAH : HAID DAN ISTIHADAH PART 2


Saya agak terkilan sebab saya masuk lewat kuliah pagi ini kerana perlu menyiapkan hal-hal rumahtangga dulu kerana suami saya out-station.

Masuk saja kelas, semua tempat duduk dah penuh. Terpaksalah saya duduk menyelit. Tapi tak perlu risau sebab Madrasah Al-Mustaqim sentiasa menyediakan keselesaan untuk kariahnya. Saya dan Awina saya duduk menumpang meja dengan Cikgu Ayu. Terima kasih cikgu Ayu.

terima kasih cikgu Ayu
 Ustazah masih menyambung perbincangan tentang Haid dan Istihadah.

Apakah tanda-tanda terkena Istihadah?

1. Biasanya kanak-kanak yang belum sampai usia baligh. Dalam islam, kanak-kanak perempuan mencapai usia baligh dalam usia 9 tahun. Bermakna sebagai contoh sekiranya kanak-kanak ini keluar darah dalam usia 7 tahun dikira darah istihadah.

2. Darah yang keluar dari wanita hamil.

3. Darah yang keluar bukan dalam tempoh minimum haid. Dalam Islam, darah haid keluar paling minimum sehari semalam, kebiasaannya 7-8 hari, maksimum 15 hari. Sekiranya wanita tersebut mengalami keluar darah dalam jangka masa sangat pendek contoh 1/2 hari saja. Ini bermakna darah tersebut adalah darah istihadah.

4. Darah yang lebih daripada tempoh 15 hari. boleh juga dikenalpasti melalui warna darah tersebut. Sekiranya darah haid warnanya agak kecoklatan. Sedangkan darah istihadah warnanya seakan merah darah. Sekiranya yakin darah tersebut ialah darah istihadah wajib mereka solat.

5. Darah yang lebih dari tempoh darah nifas maksimum 60 hari.

Dalam kes, sekiranya wanita tersebut hanya berdarah nifas seminggu saja sebagai contoh. Selepas suci selama seminggu kemudian keluar semula darah, ini bermakna darah tersebut adalah darah haid.

Awina jadi PA saya catat isi penting


Antara perkara yang bersamaan hukumnya dengan kes istihadah

1. kencing berterusan yang tidak boleh dikawal.
2. Keluar air mazi berterusan.
3. Sentiasa keluar angin.
4. Sentiasa keluar najis dari duburnya.

Cara dan ikhtiar untuk mengatasinya

1. Masukkan kain/kapas tempat yang bermasalah. Caranya:

  • bersihkan tempat tersebut.
  • masukkan kain/kapas di dubur atau di qubul.

soalan: memadaikah sekiranya pakai pad/tuala wanita sahaja?

sekiranya memakai pad sahaja ditakuti cecair masih terasa mengalir dan bocor. Masih terasa sesuatu keluar.

2. Setiap kali nak solat perlu memperbaharui wudhu'nya.
Ustazah ada menyatakan sekiranya ingin solat 2 waktu dalam satu wudhu' diharuskan tetapi dengan syarat buat solat pertama dah nak dekat-dekat waktu solat kedua.

Contoh, solat zohor dan asar. Buat ZoSar (Zohor dan Asar) la nampak gayanya. Untuk keuzuran seperti ini diharuskan.

Anak-anak kecil seperti ini perlu dididik menghadiri majlis ilmu

Awina tenung ustazah ke?
Bila ustazah bercerita

Ada satu kisah ustazah menceritakan tentang gangguan syaitan. Ada seorang hamba Allah bila nak mengangkat takbir seperti ada sesuatu yang menarik tangannya balik. Sedangkan semasa ia nak mengambil wudhu' juga mengambil masa yang agak lama ( penyakit was-was melanda ). Bila masa ingin bersolat, seksanya dia nak membaca fatihah hingga menggelembung-gelembung mulutnya. Dalam kes seperti ini diharuskan untuk melakukan Jama'.

Ustazah bercerita

kami khusyuk mendengar

Apa yang harus dilakukan bila berada dalam istihadah
1. Wajib solat.
2. Iktikaf dalam masjid.
3. Tawaf.

Orang yang dalam haid sekiranya terpaksa melalui atau menyeberangi kawasan masjid kerana tiada laluan laluan lain ketika itu adalah diharuskan dengan syarat mereka tidak berhenti di tengah masjid. Berjalan hingga ke tempat tujuan non-stop.

Sekiranya ada ceramah atau majlis nikah di dalam masjid, tetamu yang dalam keadaan haid diharamkan berada dalam masjid. Mereka perlu berada di luar kawasan masjid. Sekiranya di surau dibolehkan. Surau bukan kategori masjid.
Hukum bersetubuh dengan Wanita Istihadah

Kaum wanita pada zaman Rasulullah lumrahnya ada Istihadah. Allah tidak melarang menyetubuhi  wanita istihadah.

Dibolehkan guna alat pelindung seperti kondom untuk elakkan kemudaratan kerana dinding rahim lemah ketika itu.

Sekiranya bersetubuh dengan wanita istihadah boleh memudaratkan sebelah pihak atau kedua-duanya hukumnya HARAM bersetubuh.

Niat Wudhu' untuk Wanita Istihadah

Niat umum

"Nawaitu wudhu' Lillahitaala"

Boleh buat semua ibadah dengan niat seperti ini.

"Nawaitu istibahatusolah" ( untuk yang beristihadah)

Boleh berniat seperti ini untuk mengharuskan solat


Perbezaan darah HAID dan ISTIHADAH


Ada pendapat sesetengah darah keruh dan kuning bukan darah haid.

Ustazah membawa beberapa situasi untuk dibincangkan.

Situasi 1

Seorang wanita didatangi haid selama 15 hari. Warna darah hari pertama hingga  hari ke-10 adalah kehitaman. Hari yang ke-11 hingga ke-15 berwarna merah darah. Berapa hari waktu haid sebenarnya?

Jawapan: 10 hari

Situasi 2

Seorang wanita mengalami pendarahan selama 15 hari. Kebiasaannya haidnya adalah 5 hari. Berapakah hari haidnya?

Jawapan : 5 hari

Pertanyaan dari Muslimah

Soalan 1

Bagaimanakah dikategorikan sekiranya seminggu haid, seminggu suci. Selepas seminggu datang haid semula?

Jawapan Ustazah

7 hari -> HAID
7 hari -> SUCI
7 hari -> HAID

haid tidak teratur boleh dilihat dari 3 kategori
1. warnanya
2. kepekatan
3. baunya

rujuk seperti di atas.

kena conteng juga di whiteboard lebih faham

haaa...baru la jelas gituu...


Soalan 2
Sekiranya pakai IUCD darah kadang kala keluar non-stop sebulan. Bagaimana nak kenal pasti jenis darahnya?

Jawapan Ustazah

Ada beberapa kes contoh sekiranya 5 hari datang haid kemudian 25 hari adalah istihadah ( boleh dikenalpasti melalui kepekatannya, bau dan rasa seperti jadual kategori di atas ).

Kes lain boleh juga 15 hari haid dan 15 hari istihadah.

Soalan 3

Adakah dibolehkan wanita dalam haid dan istihadah menziarahi kubur?

Jawapan Ustazah:

Diharuskan.


tulisan doktor...alahai asalkan faham. sebab itu kena catat kat blog pulak.
Tamat sudah kuliah Dhuha untuk hari ini.

Seperti biasa kami para muslimah akan di jamu sedikit juadah sarapan pagi sebelum bersurai.

Opsss!! hari ini ada mesyuarat muslimah. Walaupun orang kuat Muslimah Kak Normah tak dapat hadir hari ini, tapi mesyuarat diteruskan juga oleh orang kuat kedua Muslimah LEP7 iaitu Puan Nor Hafizah.


Muslimah LEP7 yang menghadiri mesyuarat

Puan Hafizah selaku orang kuat yang menjayakan aktiviti Muslimah LEP7
 Antara aktiviti yang dicadangkan


  1. Kuliah Feqah untuk wanita 
  2. Kelas memasak Siri 2 (yang pertama telah berjaya dilaksanakan-kelas membuat kek coklat moist)
  3. Masak cara mudah 'Nasi Maglubah @ Nasi Arab Terbalik (yang ni saya pun nak cuba).
  4.  Kelas Aerobik ( I LIKE ).
  5.  Jom kita jogging.
  6.  Jom berkraftangan Siri 1 - "Kelas Felt".
  7.  Kursus pengendalian makanan.
  8.  Kelas berzanji/Marhaban.
  9.  Lawatan ziarah Rumah Warga Emas/ Anak Yatim.
  10. Lawatan ekonomi & sosial @ Rombongan Cik Kiah ( waaahhhh!!! ni yang menarik ni ).
Kak Ani dan Kak Aiza dah terbayang nak join rombongan Cik Kiah la tu...hehehhehehe
Setakat ini saja perkongsian saya kali ini. Insya allah dilain kali ada cerita lagi.

Saya doakan anda mendapat manfaat dari sedikit perkongsian saya yang tidak seberapanya ini. Yang baik datangnya dari Allah. Yang kurang dari saya dan harap maafi. Sekiranya ada tokok tambah sudikan lah KOMEN di bawah ye!

Sekiranya entri ini sangat bermanfaat untuk dikongsikan kepada rakan-rakan anda sila LIKE dan SHARE di button bawah.

SALAM UKHWAH DARI,
Hafizah Mahfoz.


Tuesday, October 21, 2014

DONUT PANDANGAN HATI!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar pembaca-pembaca fiezabard? Saya doakan anda dalam lindungan Allah swt.

Dah hampir 2 minggu saya tak menaip. Rindu pulak rasanya.

Entri kali ini saya nak kongsikan salah satu Motivasi Pagi ikim.fm yang saya dengar setiap pagi.

Kebiasaannya saya ke tempat kerja keseorangan di dalam kereta selama hampir 2 jam driving dari Seri Kembangan ke Wangsa Maju. Jadi masa inilah saya manfaat sepenuhnya untuk mendekatkan diri dengan Allah. 

Antaranya mendengar ceramah-ceramah Ilmu untuk mengisi kekosongan di dada. 40 hari tanpa Ilmu maka gelap lah hati. Rebutlah peluang untuk kita mendapatkan Ilmu walau di mana kita berada.

Rancangan motivasi pagi ikim.fm berkumandang dari jam 7.30 pagi hingga 7.45 pagi setiap hari. Saya sarankan anda tukar channel radio anda ke radio IKIM.FM waktu ini. Insya allah anda dapat manfaatnya. 

Cara Berfikir

Pada kali ini ustaz menerangkan dari segi pandangan kita. Apa yang kita nampak, apa yang kita pandang, dan apa yang kita fikirkan, itulah yang kita dapat.



Saya pernah pergi Kursus DR AZIZAN OSMAN. Di situ baru saya percaya apa ustaz ni nak sampaikan.

Dr ada menyebut,

APA YANG ANDA FIKIR,
APA YANG ANDA UCAPKAN,
APA YANG ANDA RASA,
APA YANG ANDA BUAT,
ITU SEMUANYA DOA!!

Oleh itu berhati-hati dengan setiap sangkaan kita.

Sebagai Contoh, LAUT. Apa yang anda fikirkan tentang laut?



Kalau sayalah, saya fikirkan Laut itu penuh dengan kedamaian. Laut membiru bukan pemisahhhhh (eh nyanyi pulak).

Laut sangat mendamaikan dengan deruan ombak. Laut juga buat hati tenang dengan angin menyapa pipi. Itu saya sebagai Pelancong (pelanconglah sangat).

Sedangkan para nelayan memandang laut itu sebagai punca rezeki mereka. Tanpa laut periuk mereka tak berasap.

Lihat, Satu jisim iaitu LAUT tapi diinterprestasikan dalam kotak fikiran yang berbeza oleh dua individu yang berbeza iaitu Pelancong dan Nelayan.

Di sini ingin disimpulkan terdapat 4 jenis PANDANGAN Manusia.

1. PANDANGAN MATA. Sering Menipu

Contoh, sebatang kayu yang lurus bila dicelupkan ke dalam air kelihatan membengkok ( tak caya, silalah buat eksperimen sendiri ).

Sesiapa yang pernah buat eksperimen ini ketika sekolah dulu, ini dipanggil ILUSI OPTIK. Betullah tu pandangan mata kita ditipu.

2. PANDANGAN AKAL. Sering tersalah.

Dulu pernah seorang saintis berpendapat berkata bentuk muka bumi kita mendatar. Sekiranya pelayar belayar hingga ke hujung laut, pasti akan jatuh. Hahahaha....itu saintis zaman kunolah kata. Sekarang ni sapa kata gitu nak kena gelaklah kan. Itu pandangan Akal saintis itu.

3. PANDANGAN NAFSU. Pandangan yang sentiasa nampak keburukan dan maksiat saja.

4. PANDANGAN HATI. Pandangan Paling Tepat dan Hebat sekiranya hati bersih.

Analogi sebiji Donut



1. Pandangan Mata : Donut ini lawanya, macam comel je, macam cantik je! Boolat...Boolattt!!!

2. Pandangan Akal : Donut dibuat oleh Chef yang terkenal. Diteliti dari segi teksturnya, dari segi kemanisannya, cukup susunya, cukup tepungnya.

3. Pandangan Nafsu : Orang yang pandang donut dari segi nafsu sudah tentu makan tak hingat punya. Sekotak dah habis, nak sekotak lagi.

4. Pandangan Hati : Orang seperti ini akan memandang donut ini dengan rasa bersyukur kerana telah dibesarkan dengan hasil titik peluh ibunya dengan jualan donut tersebut.
 
Apa pula pandangan ANDA??? Mata, Akal, Nafsu atau Hati.
 
Mudah-mudahan anda dapat manfaat dari entri saya kali ini. Sekiranya anda suka entri saya kali ini sila LIKE dan SHARE ye! Apa yang baik kita kongsi-kongsikan.

Lain kali kalau saya dengan motivasi lagi saya kongsikan di sini ok!

Salam sayang,

Hafizah Mahfoz

 
 

Friday, October 17, 2014

KULIAH DHUHA MUSLIMAH : HAID DAN ISTIHADAH PART 2

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat-sahabatku sekalian? saya doakan hari ini anda dalam lindungan Allah swt.

Seperti yang dijanjikan entri kali ini saya nak sambung kuliah Dhuha Ustazah Syarifah yang ditangguhkan daripada minggu lepas. Tajuk kuliah masih sama iaitu HAID DAN ISTIHADAH. Kalau belum baca Kuliah HAID dan ISTIHADAH Part 1 Sila Klik link ini.

KULIAH DHUHA MUSLIMAH : HAID DAN ISTIHADAH PART 1

Nampak tajuk pendek saja, tapi ulasannya makan hari lah. 2 kali kuliah Dhuha tak habis lagi OK!


Para muslimah sedang khusyuk mendengar kuliah
Ustazah memulakan kuliah dengan membawa para muslimah untuk merenung masyarakat Malaysia sekarang. Kajian menunjukkan 70% remaja Malaysia telah rosak. Statistik yang amat membimbangkan.

Ustazah juga mencetuskan isu remaja sekolah berpegang-pegangan tangan sewaktu ustazah melalui kawasan sekolah. Mereka menyelinap di lorong-lorong celah-celah kawasan rumah.

Bagaimana ye? Bagaimana kita nak mengatasi isu ini bilamana Ibu-bapa sibuk seharian bekerja meninggalkan anak-anak. Ibu-bapa tak tahu apakah aktiviti yang anak-anak lakukan di rumah. 


HAID daripada perkataan HA' DA'


HA' DA' bermaksud darah kotor. bila dijama' kan HA' DA' dipanggil HAID iaitu darah yang banyak keluar dari rahim.

Haid akan keluar mengikut saiz badan, umur dan iklim sesuatu tempat. Sebagai contoh, kebiasaannya di Malaysia jangka waktu haid bagi kaum wanita dalam 7-8 hari berbanding di negara lain contohnya negara arab mungkin lebih dari 10 hari bergantung kepada saiz badan setiap individu itu pula.

Menurut imam syafie, jangka waktu haid adalah seperti berikut:
1. Normal 7 Hari
2. Maksimum 15 hari
3. Minimum 1 hari 1 malam

Selepas 15 hari sekiranya masih belum putus darahnya itu dikenali darah istihadah.

Bagaimana mengenali darah HAID dan ISTIHADAH??

Darah HAID - Warna Merah kehitaman
Darah ISTIHADAH - Warna Merah Darah



anak-anak kecil pun turut serta dalam Majlis Ilmu ini

Apa yang diHARAMkan semasa HAID

1. SOLAT
Allah mengharamkan wanita yang dalam haid tunduk kepadaNya. Benci ke Allah dengan wanita haid ini? Tidak, Allah memberi kelonggaran kepada kaum wanita ketika ini dalam melakukan ibadah kepadanya. Allah sangat sayangkan wanita supaya mereka ada masa untuk berehat.

2. PUASA 

3. TAWAF
Persoalannya, bolehkah wanita yang dalam haid ini berada di dalam masjidil haram? Jawapannya: tidak boleh (haram).
Tawaf ini sama seperti solat. Bezanya dibolehkan bercakap perkara-perkara tertentu dan berzikir.

Persoalan lagi, bolehkah berada di tempat Sae'i? Ustazah merujuk dalam kitabnya, Ya, kaum wanita dalam haid boleh lalu dan berada di tempat Sae'i. 

4. Baca Al-Quran
  • Tidak boleh berjunub dan membaca Al-Quran ketika haid.
  • Tidak boleh membawa dan memegang Mazhab Al-Quran.
  • Manakala dibolehkan memegang dan membaca Tafsir Al-Quran.
  • Ambil peluang semasa haid untuk khatamkan tafsir Al-Quran yang tidak kesempatan dibuat ketika hari biasa.
  • Sekiranya dalam Mathurat, baca zikirnya sahaja dan tinggalkan bacaan-bacaan Ayatul Quran. Boleh dibaca tafsirnya sahaja.
Ustazah juga membincangkan tentang hal cara membawa Al-Quran. Bawa Al-Quran dengan cara menampungnya dan dakapnya ke dada. Jangan membawa sambil lewa seperti membawa buku-buku lain.

Cara ini menandakan bagaimana kita sangat memuliakan A-Quran.

cara membawa Al-Quran dengan mendakapnya


Semasa membaca Al-Quran tidak dibenarkan meletakkan Al-Quran di riba. perlu ada alas tinggi untuk memuliakannya seperti menggunakan rihal. Memuliakan Al-Quran sangat dituntut. 

5. Haram duduk dalam masjid

Surau dan masjid bukan dalam kategori yang sama. Dibolehkan wanita dalam haid duduk di dalam surau sedangkan diharamkan duduk di dalam Masjid.

Ustazah membawa isu di mana masyarakat Melayu suka membuat majlis nikah di dalam Masjid. Jadi bagaimana hukumnya mereka yang haid atau pengantin itu sendiri menghadiri majlis di dalam Masjid?

Hukumnya sudah jelas Haram bagi wanita dalam haid berada dalam masjid. Begitu juga dalam majlis ilmu Agama, kariah masjid perlu menyediakan fasiliti untuk wanita HAID supaya dapat mendengar dan turut serta meraikan sebarang majlis di masjid.

6. Diharamkan Jima' 




Dalam hal ini, ustazah menyatakan sekiranya suami ingin bermesra-mesra dengan isteri diboleh kan dari kepala hingga ke pusat. Manakala diharamkan dari pusat ke bawah.

Hikmah larangan Bersetubuh ketika HAID

Kepada wanita
  • Kebarangkalian mendapat anak khunsa ( ada dua alat ).
  • Meningkatkan pengeluaran darah.
  • Dinding rahim luka kerana ketika haid tisu akan rapuh luruh serta rahim sangat lemah.
  • Jangkitan kuman.
  • Tiub Fallopian tersumbat.
  • Emosi terganggu/stress/kemurungan.
Kepada Lelaki
  • Radang pada zakar.
  • Bau tidak menyenangkan.
  • Jangkitan bakteria.Kegatalan pada zakar.
Selingan,
Sedang saya khusyuk mendengar kuliah dari ustazah tetiba datang si tompok melompat di meja saya....
Si Tompok pun nak dengar ceramah ustazah ye. Doakan kami diberi keberkatan di majlis ni ye Tompok.


Allahuakhbar!!! kucing pun nak dengar kuliah Dhuha jugak tau...doa dan zikir kucing lebih makbul dari kita yang banyak dosa ni


Hukum makan ubat penahan HAID semasa mengerjakan haji atau umrah

Saya tak pernah pergi lagi haji dan umrah. Tetapi dari pengalaman rakan-rakan dan saudara mara saya, mereka mengimpikan haid tidak datang ketika mereka beribadah dengan harapan mereka dapat mengerjakan ibadah haji dan umrah dengan sempurna.

Persoalannya, adakah diharuskan memakan ubat penahan HAID sewaktu mengerja haji atau umrah? Hukumnya diharuskan sekiranya tidak memudaratkan. Namun sekiranya terbukti boleh menjadi penyebab kepada penyakit dan memudaratkan wanita tersebut seperti boleh mengakibatkan kanser hukumnya HARAM.

Ustazah ada berkongsikan pengalaman kakak beliau semasa mengerjakan haji tidak didatangi haid sepanjang pemergian ke Tanah Suci. Bila dikorek rahsia apakah ubat yang kakaknya makan? Alhamdulillah ubatnya dengan hanya berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah sebelum pergi Haji supaya semasa mengerjakan haji tidak haid untuk mengerjakan haji dengan sempurna.

Tau tak berapa lama kakak ustazah berdoa? bukan sekali, bukan dua kali. Tetapi 2 tahun dia memohon bersungguh-sungguh submit kepada Allah supaya Allah makbulkan doanya. Oleh itu, jangan mudah putus asa dalam meminta kepada Allah.

Darah yang keluar ketika hamil
  • Darah dari persenyawaan.
  • Jangkitan kuman.
  • Radang.
  • Keguguran.
  • Darah plasenta yang kena jangkitan kuman.
Darah sebelum melahirkan

Ustazah juga membangkitkan isu darah yang keluar sebelum melahirkan. Mengikut pengalaman saya, saya telah mengalami 2 kali pengalaman darah keluar sebelum bersalin. Orang tua kata kembar darah, sesetengahnya pula kata dah ada tanda (darah).

Dalam konteks ini, ada pelbagai pendapat. Sesetengah pendapat menyatakan darah tersebut darah nifas manakala tak kurang juga yang berpendapat bukan darah nifas.

Sekiranya darah nifas sudah tentu wanita tersebut diharamkan melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa bernifas contohnya solat, membaca Al-Quran.

Ustazah akan mengungkai isu ini di kelas kuliah akan datang. Saya pun tak sabar nak mendengar jawapan ustazah kerana saya telah mengalami dengan kelahiran-kelahiran sebelum ini dan saya berpegang kepada pendapat pertama iaitu ianya darah nifas.

Bila dikaji balik makna darah nifas itu adalah darah yang keluar selepas melahirkan. Keliru juga isu ini. So, kita rujuk kepada yang pakar ok! Tunggu next Kuliah pula.

Persediaan menghadapi Menapous

Al-Quran sebagai peneman dari menghadapi tanda-tanda menapous seperti kemurungan. Waktu ini hendaklah kita berbaik sangka dengan orang lain.

Ada sesetengah orang tak nak ke surau atau masjid kerana banyak sangat gossip dalam surau. Didiklah diri anda dan sentiasa berlapang dada dengan teguran.

Tanda-tanda Menapous
  • Pening
  • Gigi lemah/gusi kecut
  • Payudara semakin rata
  • Sakit tulang belakang
  • Abdomen tak kuat
  • Tulang mudah retak
  • Tekanan
  • Vagina kering dan gatal
  • Kulit akan menjadi kering dan mengecut

Tamatlah kuliah untuk minggu ini. Minggu hadapan akan disambung lagi sekira diizinkan.

Sebelum bersurai, kebiasaannya kami ahli jemaah muslimah surau akan dijamu dengan juadah sarapan pagi sumbangan ahli jemaah juga.


Didoakan anda dapat manfaat daripada perkongsian saya ini. Sekiranya ada kekurangan harap dimaafi. Sekiranya ada penambahan sila-silalah kongsikan dengan saya supaya saya boleh update entri saya ini.



Di sini saya kongsikan wajah-wajah ceria muslimah LEP 7 dan penduduk berhampiran di Surau Al-Mustaqim


Kaum hawa LEP 7 sedang membincangkan aktiviti yang bakal diadakan


Rancak cik kak-cik kak bincang no....

 
Cik Sue dan saya (pengguna tegar OmegaGuard)
Sempat lagi bagi poss cun dengan jiran saya cik Sue ni. Sambil-sambil tu kami borak-borak. Biasalah perempuan. Ini antara Perkongsian Cik Sue.


Duduk kena lapik bantal

Sebelum ni Cik Sue mengalami sakit-sakit badan dan sakit-sakit belakang. Sehingga duduk pun kena lapik dengan bantal. Alhamdulillah, selepas 2 minggu Cik Sue mengamalkan Omega Guard, badan Cik Sue mulai ringan dan sakit-sakit pun mulai berkurang...tu Sue sendiri yang kata kat saya tau masa jumpa kat surau tu.

Maaf Cik Sue, saya kongsikan cerita Cik Sue ini untuk manfaat rakan-rakan kita di luar sana. Manalah tahu ada rakan-rakan kita yang mengalami masalah yang sama seperti Cik Sue. Tak pasal-pasal Cik Sue dapat saham kubur hasil daripada perkongsian ini. Senangkan nak dapat pahala.

Kawan-kawan yang mengalami masalah yang sama dengan Cik Sue boleh hubungi saya di contact No di bawah atau cer tanya Cik Sue sendiri #Omegaguard Effect.

Omega Guard ini sejenis kapsul minyak ikan yang betul-betul semulajadi. Kebaikannya ada diceritakan di sini KEBAIKAN OMEGAGUARD (sila klik)

Sekiranya anda rasa entri ini memberi manfaat dan suka entri saya kali ini sila klik button LIKE dan SHARE di bawah. Semoga lebih ramai orang dapat manfaatnya

*************************************************************


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!

Hafizah Mahfoz
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:
hafizahmahfoz

Thursday, October 16, 2014

KL DRIFT DI TBS BANDAR TASIK SELATAN!!!

Assalamualaikum wbt,
 
Allahuakhbar!!...alhamdulillah syukur...ini cerita pagi tadi. Tetiba teringat sebelum nak beradu ni.

Biasalah lately pagi-pagi di KL ni hujan renyai-renyai. Jadi jalan agak licin. Saya kebiasaannya drive tak de la laju sangat.

Tapi tah macam mana sampai satu selekoh di Jalan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan, tetiba saya tak dapat kawal stering saya dan kereta saya berpusing ke arah yang bertentangan. Macam aksi adegan-adegan CAR DRIFT tu.



 
lebih kurang macam ni lah keadaan kereta saya semasa membelok di selekoh tajam tadi


Sapa pernah tengok ‪#‎FAST‬ & FURIOUS atau ‪#‎KL‬ DRIFT tu...haaa macam tu lah aksi saya pagi tadi....

Ya, Allah hanya tuhan saja yang tahu saat cemas ketika itu. Alhamdulillah tak ada kereta atau bas yang lalu di lorong tersebut.

Masa tu saya dah tak terkata apa dah....hanya satu yang saya ucapkan...
Ya, Allah!!!
Allahuakhbar!!
Astaghfirullahalazim!!!

Ya, Allah! syukur kepadaMu kerana aku masih berada di sini. Masih mampu melihat anak-anakku. Masih mampu mencium tangan suamiku...Ya allah!!!.

3 perkara yang saya kongsikan ini untuk memberi iktibar kepada rakan-rakan saya rentetan dari peristiwa ngeri pagi tadi

1. Berhati-hati semasa memandu di kawasan jalan licin semasa hujan.
2. Ajal maut kuasa Allah.... Saya sangat bersyukur kerana Allah masih beri peluang untuk saya bertaubat dan menjadi khalifah di muka bumi ini.
3. Basahkan bibirmu dengan zikir sepanjang perjalanan kerana ia menjadi pendinding kecelakaan....insya allah.
4. Sekiranya terjadi perkara yang mencemaskan seperti saya pagi tadi, sila jangan panik. Ingatkan Allah....insya allah kita akan membuat keputusan dengan waras ( selepas accidently DRIFT tadi, saya beristighfar...cool kan diri.....selepas memastikan jalan clear. saya pun bergerak patah balik hingga ke destinasi...alhamdulillah)

Note: 1st time drift secara tak sengaja. baru ku tahu ....hebat jugak KL DRIFT!!!!


#Ingat mati
Hafizah Mahfoz with love

Sunday, October 12, 2014

KULIAH DHUHA MUSLIMAH : HAID DAN ISTIHADAH PART 1

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian. Saya doakan anda sihat dan dilindungi Allah swt.

Dah lama saya pospone nak cerita pasal entri ini iaitu Kuliah 2 minggu lepas yang sempat saya hadiri di Surau Al-Mustaqim oleh Ustazah Syarifah disebabkan banyak sangat event yang diikuti beberapa minggu yang lepas. Sifu saya kata jangan jadikan alasan.

Di sini saya nak share serba sedikit pengisian yang saya dapat semasa Kuliah Dhuha 2 minggu lepas.

 
Ustazah Syarifah - Penceramah tetap Muslimah Surau Al-Mustaqim
HAID
 
Ustazah menyatakan Haid menjadi penyebab kepada seseorang menjadi perawan. Di negara arab umur 9 tahun telah dikategorikan sebagai wanita. Ada dikalangan mereka telah datang haid pada usia seawal 9 tahun.

Kebiasaanya mereka di negara arab telah didedahkan dengan ilmu seks sebelum mereka mencapai usia baligh lagi. Berbanding dengan masyarakat di negara kita yang agak malu-malu sekiranya bercerita tentang seks.

Mana ada mak-mak kita cerita atau beritahu bagaimana kita nak menghadapi haid masa kita kecil dulu. Pandai-pandai kamulah nak buat macam mana.

Sudah tiba masanya kita ibu moden ini mengubah budaya malu-malu itu untuk memberikan tips dan pendedahan kepada mereka anak-anak yang bakal menjadi dewasa supaya mereka tidak melatah bila tiba saat pertama kali mereka didatangi haid nanti.

Tapi saya percaya ibu-ibu moden sekarang sudah open minded dan mula berkongsi dengan anak-anak masing-masing.

Persoalannya, sejauh mana kita sebagai ibu tahu tentang ILMU HAID ni?

Panjangnya waktu Haid

Jangka waktu datangnya haid adalah paling sedikit sehari semalam, kebiasaannya 7 hari dan paling maksimum 15 hari.

Keistimewaan HAID kepada wanita  

Dalam kuliah ini ustazah ada kata wanita ini sangat istimewa kejadiannya disisi Allah. Kenapa?

Semasa haid Allah berikan kerehatan kepada kaum wanita antaranya:
  • Rehat dari solat
  • Rehat dari membaca Al-Quran
  • Rehat dari berpuasa 
  • Rehat dari bersetubuh. 
Sebagai wanita muslim, janganlah mengeluh sekiranya tidak boleh melakukan perkara-perkara ibadah seperti di atas. Allah berikan keistimewaan kepada anda untuk berehat. Anda hendaklah menerimanya dengan bersyukur.


Kenapa wanita hamil tidak didatangi haid?

Sekiranya hamil, darah haid menjadi makanan bayi dengan izin Allah. Selepas melahirkan pula tidak datang haid kerana bertukar menjadi susu untuk diminum oleh bayi. Itu secara logiklah. 

Macam saya, setahun tidak didatangi haid selepas melahirkan kerana saya fully breastfeed. Alhamdulillah dengan izin Allah juga.

Tapi ikut sesetengah orang walaupun fully breastfeed tetap datang haid setelah 3 bulan melahirkan. Bergantung kepada individu.

Dari segi saintifiknya saya perlu buat kajian dengan dr. pakar dulu yer...

Haid atau Istihadah?

Sekiranya pada kebiasaan wanita didatangi haid normalnya 7 hari, pada hari ke-8 ia suci, namun begitu pada hari ke-9 haid datang semula.

Mengikut ulama', hari ke-9 itu bukan darah haid tetapi darah istihadah.

Namun begitu, sekiranya haidnya sememangnya tak konsisten cyclenya. Ia boleh dikategorikan sebagai darah haid sehingga hari ke 15 (hari haid yang paling maksimum).

Hakikatnya, darah istihadah ini adalah berpunca dari pembuluh darah (luka dari haid). Dari segi saintifik istilahnya darah istihadah ini memang dari pembuluh darah. Dari segi keislaman pula darah istihadah ini adalah darah dari gangguan syaitan.

Benchmark menandakan sudah suci
Ustazah ada share kan cara bagaimana hendak menguji sama ada kita telah suci dari haid atau nifas iaitu dengan menggunakan kapas dan oleskan ke tempat sulit anda. Sekiranya warna lendir keruh dan kuning menandakan telah suci. Sekiranya masih ada tanda-tanda coklat bermakna masih ada lagi haid.

Beza darah Haid dan Istihadah

Darah Haid -> warna kehitaman
Darah Istihadah -> warna merah darah

Apa perlu buat sekiranya tahu darah Istihadah?

Wajib solat seperti biasa tetapi ada syarat-syarat tertentu. Perlu memperbaharui wudhu' setiap kali nak solat. Ustazah menekankan 3 langkah untuk bersolat sekiranya dalam beristihadah.

  1. Istinja' (menyucikan diri. Dalam kes zaman moden ini perlu menukar pad setiap kali ingin mengerjakan solat).
  2. Ambil wudhu'.
  3. Terus bersolat.
Dilarang membaca Al-Quran semasa Haid

Tidak dinafikan kita akan terasa seperti jauh sangat dengan Allah sekiranya tak boleh solat, tak dapat membaca Al-Quran. Namun ada banyak cara untuk kita mendekatkan diri dengan Allah ketika haid contohnya kita masih boleh membaca tafsir Al-Quran.

Ambillah peluang semasa haid ini untuk mendalami tafsir Al-Quran yang sebelum ini kita tak berkesempatan untuk berbuat sedemikian kerana masa kita sibuk dengan ibadah-ibadah yang lain.

Ustazah sangat berpegang kepada larangan keras membaca Al-Quran semasa haid walaupun ada sesetengah berpendapat dibolehkan sekiranya telah menjadi kelaziman.

Ustazah berpegang kepada larangan membaca Al-Quran ketika haid di mana
  1. Tidak boleh ditukar menjadi zikir. Ada banyak zikir lain yang boleh diamalkan.
  2. Mathurat - ambil zikirnya sahaja. sedangkan yang ada ayat Al-Quran boleh dibaca tafsirnya sahaja.
  3. Sekiranya seorang guru yang mengajar Al-Quran sekiranya didatangi haid ketika itu hendaklah menggantikan pelajarannya dengan mengkaji tafsir atau tajwid.
 
khusyuk sungguh para muslimah. Teringat masa sekolah-seklah dulu. Ada macam ni tak?

Setiap penyakit ada ubatnya

Dari segi saintifik, kepada yang mengalami darah istihadah boleh berjumpa dengan pakar sakit puan untuk membuat ujian diagnos sebelum mendapat rawatan selanjutnya.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan rawatan alternatif untuk menyembuhkan darah istihadah ini dengan mengamalkan pemakanan sunnah.

Persoalannya, berapa ramai yang mengambil habatus sawda, madu, delima, kurma dan minyak zaitun sebagai cara perubatan yang boleh mereka usahakan.

Telah terbukti perubatan rasulullah adalah perubatan yang terbaik.

Biasa tak kita dengar bila ada orang sakit saja pergi jumpa ustaz, nak mintak air penawar. Lebih parah lagi sekiranya jumpa bomoh. Nauzubillah himin zalik.

Persoalannya, berapa orang yang ambil air sebotol kemudian hadap di air tersebut dengan membacakan bacaan yassin dan fatihah untuk diri sendiri tanpa ada sebarang perantara. Bukankah Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Tips menghadapi Penyakit.
  • Berdoa bersungguh-sungguh supaya Allah sembuhkan penyakit kita.
  • Jangan kecewa sekiranya lambat dimakbulkan.
  • Yakin apa yang kita minta Allah mendengar dan makbulkan.
  • Pernah tak rasa, tak makbul-makbul doa aku nih. Persoalannya, berapa kali kita bertaubat. Insya allah, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bertaubatlah sebelum kita minta sesuatu dengannya yang Maha Esa dan jangan putus asa.

Sekadar di sini dahulu untuk perkongsian kali ini. Akan disambung untuk Part 2.

Semoga anda dapat manfaatnya dari perkongsian saya ini.

Sekiranya anda suka entri ini sila TEKAN button LIKE dan SHARE di bawah.

Suka majlis Ilmu,
Hafizah Mahfoz