Tuesday, March 5, 2019

Breast Milk Story : Milk Collector Cara Mudah Untuk Atasi Lelehan Susu Ibu

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda dikurniakan rezeki kesihatan melimpah ruah.

Dah lama tak berblog. Bila dah mula nak menulis Kak Fieza tak berhenti nak menulis. Idea mencurah-curah.

Kak Fieza terpaksa bercuti berblog untuk beberapa bulan yang lalu sebab Kak Fieza baru saja melahirkan baby Affan. Jadi masa lebih tertumpu kepada proses kelahiran dan berpantang. Alasan kan.

Entri kali ini Kak Fieza nak share dengan anda pengalaman Kak Fieza menyusukan penuh konsisten kepada baby Affan ( baby yang ke 6 ). Insya Allah baby bongsu keluarga kami.

Pada hari ke 7 berpantang, staff nurse dari hospital Andorra datang melakukan pemeriksaan ibu dan baby. Tak sangka pulak Kak Fieza bila dapat call mereka nak datang buat follow up check up lepas melahirkan. 

Biasanya nurse atau biasa kita panggil misi kerajaan je yang datang check up. Memandangkan Kak Fieza tak buat laporan di mana-mana klinik kesihatan, misi tak datang ke rumah check up.

Istimewanya kali ini bila staff nurse Andorra kurniakan satu ilmu tentang penyusuan walaupun dah 5 kali Kak Fieza menyusukan baby sebelum ini.

Setiap kali berpantang, masalah utama ialah bila baju Kak Fieza lencun dengan air susu lebihan. Bila baby menyusu sebelah kanan, susu sebelah kira akan mencurah-curah keluar. 

Kak Fieza pasti anda para ibu pun hadapi masalah sama macam Kak Fieza kan.

Solution Kak Fieza, apa yang Kak Fieza buat selama ini hanya menekapnya dengan kain lampin. Itu pun basah lencun juga. Kak Fieza perlu tukar baju banyak kali, sebab susu ibu ini melekit. Mulalah rasa tak selesa.

Staff nurse dari Andorra Hospital datang check. Terkejut juga mereka datang, sebab tak perasan pun rupanya service lawatan nurse ke rumah termasuk dalam pakej. Ala-ala Misi kat kampung tu la datang check postnatal. Terbaik service Andorra ni.

Mereka check luka jahitan, check baby dan yang paling bestnya mereka share ilmu mcm mana nak mengatasi susu badan yang melimpah ruah.

Alhamdulillah, Baby dikurniakan Allah susu badan yang sangat mencukupi. Terlebih dari demand. Always, ibu ni lencun basah dengan susu. Tak payah mandi susu @ #fiezaDBeautyHomeSpa. Mandi susu sendiri jadinya. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Bila nurse tengok susu saya melimpah banyak walaupun baby dah banyak kali menyusu. Mereka suggest guna 'Milk Collector'.

Ya Allah, kenapalah selama ni ibu tak tahu nak guna Milk Collector nih. Jakun pulak bila nurse demo cara guna Milk Collector dengan betul.๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… 



Ni la Milk Collector yang Kak Fieza katakan, Mudah sangat nak collect susu lebihan tanpa pump. Portable boleh bawak ke mana-mana tanpa pegang. Ada cara yang betul nak mengunakannya hingga dapat sebotol penuh tu. Kadang dapat dua-dua botol penuh.


Sangat sangat membantu kepada ibu yang melimpah ruah susu badan.

Selama ni nampak je kat kedai jual pump susu. Tak terasa pun nak beli sebab tak tahu functionnya. 


Bilamana nurse tu ajar cara yang betul menggunakan Milk Collector tu, Syukur sangat dapat selesaikan masalah ibu yang sentiasa bermandikan susu. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Terus Kak Fieza beli sepasang Milk Collector dengan nurse yang ready stok Milk Collector. Efisien sungguh nurse Andorra.

Bukan apa. bila dah mandi susu lencun melekit satu badan, menyebabkan ibu sangat-sangat tak selesa.

Milk collector ni tak sama dengan breastpump. Ia sekadar memungut lebihan susu yang meleleh semasa menyusukan baby atau diluar sessi penyusuan.

Siapa yang biasa susukan baby belah kanan, susu belah kiri meleleh banyak terbuang sampai baju basah lencun? Haaaa....saya la tu.

Mudah sangat penggunaannya. Tak perlu pump. Hanya dibiarkan susu meleleh sendiri dalam Milk Collector. 

Sangat portable. Boleh dibawa kemana-mana. Dalam diam-diam, Dalam 5-10 minit je dah dapat collect 10 oz kiri dan kanan. Sambil² borak dengan nurse. Perghhh...banyak tu. selama ni susu sebanyak tu terbuang begitu saja melencunkan diri ibu.

Dah tak pasal-pasal Kak Fieza terbuat stok susu awal. Setakat 2 hari ni Kak Fieza dah berjaya buat stok susu EBM lebih dari 60 oz. Hmmm...boleh tahan jugakkan. Tanpa pump dapat banyak mcm tu. Kalau pump nanti lagilah banyak.




Syukur sangat.
Tak de rahsia pun nak susu banyak. Makan lauk berpantang. Jangan ngelat. Minum air banyak dan yang penting ambil #fullsetBerpantang Shaklee.

Insya Allah, baby kenyang sekenyang² nya.



#SetMenyusuShaklee
#SetPantang
#SetLepasBersalin
#FullyBreastMilk
#PantangHariKe8
#AffanDiary
#StokEBM


Entri lain yang anda boleh lihat:( SILA KLIK)

>> Beza Susu Awal (Foremilk) dan Susu Akhir (Hindmilk)


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:


pages:


Purplehomeshoppe

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adakah Anda Suka Dengan Perkongsian Di fiezabard.blogspot.my? 

Jika Anda Mahu, Saya Boleh Update Terus Whatsapp Ke Phone Anda Bila Saya Buat Posting Posting Baru, Menarik Dan Bermanfaat. Klik Link Ini: 


So Lepas Ni Bila Ada Update Terbaru, Saya Akan Broadcast Terus Ke Whatsapp Anda Secara Personal.


Kepada anda yang suka entri saya kali ini mohon tekan button SHARE dan LIKE. Mudahan ramai yang dapat manfaatnya.

2 comments: