MY SUCCESS JOURNEY BEGINS

SHAKLEE MOTIVATION AND RECOGNITION.

MY BIG HAPPY FAMILY

My Business Push Factor .

MY AWESOME BUSINESS MENTOR

MFMS THE MOST FANTASTIC AND TEAM SHAKLEE IN MALAYSIA.

EBOOK SORRY BOSS

Ebook PERCUMA. DOWNLOAD SEKARANG!!.

Tuesday, June 24, 2014

10 PANDUAN MENGHADAPI BULAN RAMADHAN


Bismillahirahmanirahim...

Sedar tak sedar, tinggal beberapa hari lagi kita akan menghadapi ramadhan Al-Mubaraq yang ditunggu-tunggu. Di mana ramadhan adalah penghulu segala bulan.

Sejauh mana persiapan kita untuk menghadapi ramadhan? Ataupun demam raya dah bermula. Masa ini dah terfikir baju sedondon apa yang akan dipakai di pagi raya. Tudung blink blink kak Faridah belum beli lagi. Baju ropol smoke 'gegirl' mana nak cari. Langsir pun belum tempah lagi. Semua perkara yang menyerabutkan menjelangnya raya dah menerawang dalam kepala sebelum tiba puasa lagi. Saya tak cakap orang lain, sayalah macam tu.

Kita bukan maksum, tidak dinafikan sedikit sebanyak kita ingin meraikan hari raya nanti dengan meriah bukan? Beginilah, saya cadangkan memang patut pun persiapan di pagi raya seperti yang dinyatakan di atas seeloknya disiapkan sebelum tiba bulan ramadhan lagi. Tiap-tiap tahun saya buat persiapan raya anak sebelum ramadhan.

Dengan harapan kita tidak pening-pening lagi nak fikirkan dalam bulan ramadhan pula nanti. Jadi, pada bulan ramadhan kita boleh menumpukan perhatian kepada ibadah. Meriahkan Ramadhan dengan Ibadah 100%.

Tak ada lah kejadian nanti 2 minggu pertama saf-saf di surau dan masjid sangat penuh sehingga terpaksa solat di beranda masjid. Tapi bila 2 minggu terakhir saf-saf terawih tinggal 2 saf saja. sedihkan!

Ke mana mereka? Makcik Milah sedang buat kuih semprit malam ni. Makcik Temah pulak sedang menjahit langsir coklat. Yang lelaki pulak sedang sibuk membakar mercun...haaaaa!!!

Sedangkan 2 minggu terakhir atau 10 malam terakhir bulan Ramadhan itulah yng banyak fadhilatnya. Malam lailatul Qadar adalah jatuhnya pada bila-bila masa pada malam 10 Malam terakhir. Kenapa kita sia-siakan peluang keemasan ini. Markah extra kita dapat di akhirat kelak bila kita dapat manfaatkan malam Lailatul Qadar Insha allah.

PERSIAPAN RAMADHAN

PERSIAPAN DARI SUDUT ROHANI

1. Berdoa
Berdoa akan diberikan kesempatan berjumpa dengan Ramadhan pada tahun ini.

2. Bersyukur dan gembira
Bersyukur dan gembira dengan kedatangan Ramadhan supaya dapat memeriahkan ibadah bersama-sama jemaah.

3. Rancang Agenda
Merancang agenda dan bertekad untuk mengisi waktu sebulan dengan mengimarahkan ramadhan.

4. Persiapkan jiwa dan ruhiyah dengan menghadiri majlis Ilmu yang membahaskan tentang keutamaan, hukum dan hikmah berpuasa supaya secara mental kita bersiap siaga melaksanakan ketaatan bulan Ramadhan

5. Lembaran Baru
Bersedia membuka lembaran baru dengan hati yang bersih.

kredit :http://usrahkeluarga.blogspot.com

PERSIAPAN DARI SUDUT JASMANI

Amal ibadah di bulan Ramadhan akan terjejas sekiranya kesihatan kita terjejas. Kita wajib memastikan kesihatan jasmani supaya kita dapat beribadah dengan sempurna.

1. Jangan Tamak Makanan

Orang kata bulan puasa inilah waktu yang terbaik menguji nafsu kita. Bila lapar semua kita nak kan!

Bila singgah pasar ramadhan, dari hujung barat ke hujung timur semua nak di rembatnya. Sampaikan kedua-dua tangan tak cukup nak bawa kuih muih.

Elakkan perasaan tamak dengan makanan.

Bulan puasa inilah masa untuk melatih nafsu kita. Syaitan telah dibelenggu, jangan salahkan syaitan tetapi nafsu yang telah sebati dalam jiwa kita yang menentukan ketamakkan kita.

Beri sedikit ruang rehat dalam sistem badan dalam masa sebulan ini untuk overhaul semula sistem badan kita yang setahun tidak berhenti bekerja. Kereta pun kena overhaul. kena tukar minyak hitam setiap bulan. Inikan pula sistem badan kita. Berpada-pada dan bersederhana dalam membuat persiapan berbuka puasa.

dari hujung sana ke hujung sini nak di rembatnya


2. Masak sendiri

Adalah lebih baik persiapan berbuka puasa disediakan sendiri di rumah. Disamping terjamin kebersihan dan kehalalannya (sudah tentu kita cari yang halal), pembaziran juga dapat dielakkan.

Pernah diriwayatkan, Rasulullah hanya berbuka dengan 2 biji kurma.

3. Amalan minum air secukupnya

Dijangkakan rakyat Malaysia akan menghadapi puasa dengan cuaca yang agak panas.

Bagaimana hendak memastikan tubuh kita tidak dehadrasi semasa bulan puasa nanti.

Sila klik ke 9 LANGKAH MINUM 3 LITER AIR DI BULAN PUASA. Semoga anda dapat manfaatnya.

4. Awalkan berbuka dan Lewatkan bersahur

Saya perhatikan ramai dikalangan kita suka bersahur lewat malam. Terutamanya para penggemar bola. Sambil menonton WORLD CUP yang berlangsung sekarang, sambil-sambil mengunyah kononnya untuk bersahur.

Bukan tak boleh, tapi tak dapatlah pahala sunat. Umat Islam disunatkan melewatkan waktu bersahur dan awalkan waktu berbuka.



Kenapa?
Amalan melewatkan bersahur adalah sunnah rasulullah. Dari segi islamnya, kita dapat banyak pahala sunat kerana mengikuti amalan sunnah rasulullah. Dari segi saintifiknya kenapa kita perlu melewatkan bersahur sehingga sebelumnya masuk waktu subuh kerana bersahur ini menyamai bersarapan pagi.

Apa kepentingan bersarapan pagi? Kajian menentukan makanan paling utama dalam masa 24 jam adalah sarapan pagi.

BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. 

Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yg tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis. Kajian sama juga menunjukkan, mereka yg sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yg jarang bersarapan pagi.

Yang menjadi bertambah kronik apabila kanak-kanak yg berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yg kecil. 

Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dlm darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan pd pelajaran. 

Satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yg tidak bersarapan pagi menanggung risiko 2x ganda mengalami kekurangan zat besi dlm darah.

Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.

Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudharatan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. 

Lebih daripada itu, bersahur juga dikira sebagai suatu ibadah kerana ia merupakan sunnah, dan waktu bersahur juga merupakan masa yang dipenuhi keberkatan.

kredit kepada http://kongsibersama07.blogspot.com

5. Pemakanan Suppliment menambah kecergasan

Lumrah bila tiba bulan puasa sahaja ramai yang letih, lesu dan kurang bermaya. Kesannya yang bekerja dipejabat berkurangnya prestasi kerja. yang bekerja di kebun. baru mencangkul 1 batas dah rasa nak pitam.

Belum lagi bila tiba musim puasa masa itu juga musim Gastrik berleluasa. Tak pasal-pasal banyak hari kena hutang puasa. Kan susah kena ganti puasa. Kalau larat ganti. Habis tu kalau memanjang gastrik, tak sudah-sudah bertahun-tahun nak kena ganti puasa dan bayar fidyah.

Pengalaman saya sendiri, tahun lepas saya melahirkan anak pada bulan puasa dan perlu menggantikan puasa sebanyak 26 hari pada tahun ini. Alhamdulillah, walaupun saya menyusukan baby saya. Tidak menjadi penghalang atau alasan kelesuan untuk berpuasa ganti. Malah saya masih bertenaga untuk menjalankan tugasan harian saya sehingga waktu berbuka. Rahsianya apa?

Jeng! Jeng! Jeng!

Ini dia. Dah tak jadi rahsia lagi. Segala telah terbongkar.



Performance Drink

  • Meningkatkan daya ketahanan.
  • Mencegah penghidratan terutama musim panas melampau.
  • Mengekalkan tahap glukosa dalam darah untuk stamina dan tenaga yang berterusan.
  • Membekalkan tenaga yang maksimum sepanjang hari.
ESP (Energizing Soy Protein)

  • Membekalkan tenaga segera.
  • Meningkatkan sistem imunasi.
  • Mencegah Migrain dan Insomnia.
  • Milk booster kepada ibu mengandung.
  • Mengelakkan gejala gastrik kerana ia mengenyangkan.
  • Membantu dalam pembinaan sel baru dalam tubuh.
Mealshake
  • Sumber 24 vitamin dan mineral sebagai nutrisi lengkap.
  • Membekal nutrisi kepada tubuh.
  • Agen antioksida.
  • Sesuai diminum oleh ibu mengandung, pesakit athma dan demam.
  • Membantu masalah sembelit dan obesiti.
Saya doakan anda dapat mengerjakan ibadah puasa pada tahun ini dengan lebih sempurna dan marilah kita meriahkan ibadah di BULAN RAMADHAN ini, insha allah.

Semoga anda dapat manfaat dari perkongsian saya ini.

"Di Bulan Yang Mulia Ramadhan Al-Mubaraq ini saya mengambil kesempatan ingin memohon maaf atas kekhilafan saya sepanjang berblog ini. Semoga Ramadhan kali ini menjadi memori indah buat kita semua. Salam Ramadhan"

Salam sayang,
~Hafizah dan famili.

Sekira anda suka entri ini sila LIKE dan SHARE.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!




Monday, June 23, 2014

9 LANGKAH MUDAH MINUM 3 LITER AIR DI BULAN PUASA


Bismillahirahmanirahim.

Dijangkakan bulan Ramadhan pada tahun 2014 berlakunya fenomena kepanasan yang melampau. Sehinggakan dijangkakan suhu di Malaysia terutamanya di Lembah Kelang purata 35 darjah Celcius. Laporan dari Berita Harian bertajuk Bahaya Panas Melampau.



Tahu tak kepanasan yang melampau boleh membawa ke tahap kritikal terhadap sistem tubuh hingga boleh mengakibatkan strok.

Oleh itu pastikan tubuh kita tidak dehidrasi dengan mendapat bekalan air secukupnya untuk sistem badan kita.

Macam mana tu? Kalau bukan dalam bulan puasa boleh lah kita minum air di siang dan malam hari. Bulan puasa macam mana?

Antara tips yang boleh diamalkan untuk mengambil air secukupnya 3 liter dalam sehari. Tapi ini kalau bukan bulan puasa ye!


9 Langkah Mudah Minum 3 Liter dan lebih di Bulan Puasa.


Oleh kerana masa untuk minum air pada bulan puasa sangat terhad. Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk mencukupkan keperluan air harian kita.





Nota : Pastikan segelas air sukatannya 250 ml.Untuk mencukupkan 2 Liter air = 2000 ml air bersamaan dengan 8 gelas air bersukatan 250ml segelas.
INGAT!!

Untuk setiap 25 kg berat badan anda memerlukan 1 liter air.
Jadi, sekiranya berat anda 50kg anda memerlukan 2 liter air atau lebih. 
Sekiranya anda 100kg anda memerlukan 4 liter air atau lebih.

Disarankan setiap orang dewasa mengambil sekurang-kurangnya 3 liter = 3000 ml air sehari.

Panduan mencukupkan 2 liter air dalam bulan puasa

1. Semasa berbuka, sila mulakan berbuka anda dengan  1 gelas air suam (250ml )kemudian disusuli dengan buah kurma ( sunnah ). - 1 Gelas Pertama

2. Hindarkan dari minum air manis atau berperisa lebih dari 1 cawan kerana boleh menyebabkan anda kurang minum air suam nanti.

3. Sebelum solat maghrib minum 1 gelas air suam. - 1 Gelas Kedua

4. Sebelum solat isya' minum 1 gelas air lagi - 1 Gelas Ketiga

5. Sebelum solat Terawih minum 1 gelas air lagi - 1 Gelas Keempat

6. Selepas solat Terawih minum 1 gelas air lagi - 1 Gelas Kelima

7. Sebelum tidur minum 1 gelas air lagi - 1 Gelas Keenam

8. Sebelum bersahur 1 gelas air lagi - 1 Gelas Ketujuh

9 Selepas bersahur 1 segelas air lagi - 1 Gelas Kelapan

Sekiranya anda ingin minum lebih dari 2 liter, anda boleh tambah segelas lagi setiap sessi minum. Contoh sebelum solat maghrib minum 2 gelas air bersamaan 500 ml setiap sessi.

Insha allah dengan usaha kita untuk mencukupkan 3 liter sehari tercapai pada bulan puasa ini.

Saya doakan ujian kepanasan ini menjadi iktibar kepada kita semua untuk mendapat pahala yang lebih lagi.

Lagipun percayakah anda, berat badan anda pasti berkurang dengan mengamalkan minum air 3 liter sehari secara konsisten.

Tak percaya tak apa, buat je!

Salam Ramadhan kepada anda semua.

Semoga entri saya ini dapat dimanfaatkan.

Sekiranya anda suka entri ini sila LIKE dan SHARE.

Salam ramadhan buat anda semua dari kami sekeluarga.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!






Sunday, June 22, 2014

70% RAKYAT MALAYSIA RASA TERSEPIT 2014

Assalamualaikum wbt.

~Petikan dari malaysiakini.com
70% rakyat M'sia rasa tersepit pada 2014| 10:38AM Jun 17 2014


Sebanyak 70 peratus rakyat Malaysia yang ditinjau berkata mereka merasakan bahawa ia lebih sukar untuk mengharungi kehidupan pada 2014, kata firma penyelidikan Ipsos Malaysia.


Pengarah Eksekutif Ipsos Malaysia Katherine Davis (kiri) berkata, hal ini didorong oleh kebimbangan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015.


"Pengumuman pelaksanaan GST akan datang telah meningkat kebimbangan tahun ini untuk meneruskan kehidupan kerana terdapat persepsi bahawa harga akan mula naik dari tahun ini dan seterusnya.


"Hal ini membimbangkan khususnya bagi mereka yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah," kata Davis dalam satu kenyataan.


Menurut tinjauan pendapat itu, dijalankan melalui telefon di 1,000 responden di seluruh negara pada Mac lalu, mereka yang paling mengambil berat tentang kedudukan ekonomi mereka adalah yang berpendapatan kurang RM3,000 dan pengundi luar bandar.


sumber : http://www.malaysiakini.com/news/265892 

---------------------------------------------------------------------------------------------

15 tahun yang lalu selepas saya mendapat ijazah pada tahun 1999, saya dibayar gaji serius RM 1,500. Itu gaji pertama saya sebagai graduate Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer di sebuah 'Corporate Company' di Kuala Lumpur.

Dulu saya rasakan bayaran gaji saya itu banyaklah sangat memandangkan saya masih bujang dan tiada sebarang tanggungan.

Kini, setelah setengah tahun melangkau tahun 2014 gaji saya meningkat hampir lebih kurang 3 kali ganda dari gaji pertama saya. Banyakkan? Alhamdulillah.....setelah 15 tahun bekerja.

Sebenarnya, kalau diikutkan saya jauh ketinggalan dengan era BERDUIT ni. No Money No Talk! Everything is money!

Serius saya sangat tertekan dengan era everything is money ini. Betul kata Dr Azizan Osman, ibarat pagi 25hb dapat gaji, petangnya sudah tinggal baki RM 32.50 dalam akaun bank.

Betul! Macam itu lah saya hadapi.Tambahan lagi potongan cukai pendapatan telah di tolak automatik sebelum terima gaji lagi. 

Atas kesedaran itulah, saya tidak boleh berdiam diri. Saya perlu lakukan sesuatu sebelum saya Muflis di Negara sendiri.

Saya masih ada 5 orang anak yang masih memerlukan saya untuk saraan hidup mereka.

Setiap hari saya berulang alik kerja, saya akan melalui sebuah perumahan Mewah di Puchong yang anggaran sebuah rumah dalam RM 1.5 juta. Saya terfikir, bagaimana mereka ada duit untuk bayar ansuran installment loan rumah mereka. Kayanya mereka.

Sedangkan saya yang membayar installment rumah yang hanya baru berharga tak sampai 150K ini pun semput nak bayar. Inikan pula 1.5 juta. Memang tak ada dalam kamus hidup saya lah.

Tapi dalam hati dan impian saya, alangkah bestnya kalau saya miliki rumah itu. I dream of Jenny bring me that home!


Laluan saya setiap hari. Terbakar tengok rumah rm1.5 juta di sini.


Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan pada 1 April tahun 2015. Rakyat Malaysia tentunya panikkan?

Tak perlu panik?
Pasti ada jalan penyelesaiannya.

Kepada sesiapa yang kurang pasti atau masih blur tentang GST boleh rujuk di sini ( sila klik ).

Bukan semua barangan dikenakan GST.


Barangan yang tidak dikenakan GST

Tunggu bulan jatuh ke riba

70% rakyat Malaysia tersepit? Saya tak nak berada dalam lingkungan 70% itu. Jadi saya ambil tindakan drastik untuk berhijrah dari hidup biasa-biasa dengan hanya menerima kenaikan 3 kali ganda sahaja dalam tempuh 15 tahun perkhidmatan kepada hidup luar biasa dengan menggenggam kenaikan sehingga 10 kali ganda insha allah.

Percaya tak anda sebenarnya boleh dapat pendapatan 10 kali ganda dari pendapatan sekarang dalam masa 1 tahun?

Percaya tak anda boleh suka-suka taburkan wang anda di mana-mana badan kebajikan dan masjid-masjid yang memerlukan dalam masa 1 tahun dari sekarang tanpa berkira langsung?

Percaya tak anda tak perlu risau pun perlaksanaan GST yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan? Tak menjejaskan langsung kehidupan anda, malah lebih selesa.

Tak payah percaya! Semua tu mengarut saja.

Duduklah di tempat anda yang sangat selesa. Kerusi baldu yang sangat empuk. Bilik yang berhawa dingin. Boleh pakai baju kot dan bertali leher setiap hari.

Yang wanita pula boleh menggayakan handbag yang bertukar-tukar setiap hari ikut tema baju. Hari ni baju hijau kita pakai handbag hijau Prada ek? Esok...esok kita pakai Coach pink lah sebab esok nak pakai baju pink. Selesa lah sangat dengan keadaan kita hari ini.

Gaya saja lebih tapi semuanya guna kad plastik warna emas atau warna platinum. Dalam wallet sesen pun tak ada. harapkan bulan jatuh ke riba. Cukup bulan tak habis pun bayar riba'. Woopppsss sori! terkasar pulak....

Ada kurang dari setahun kita nak ubah hidup kita sebelum berlaksanaan GST.
Jangan nanti anda menyalahkan kami.
Kenapa tak ajak?
Kenapa tak cakap dari dulu?

Dah terantuk baru nak terngadah!

e-book Super Power

Saya tak nak anda salahkan saya tahun hadapan. Tahun ini saya nak hadiahkan anda ebook motivasi ini. Jangan sia-siakan ebook ini. Ini adalah anugerah terhebat yang pernah saya terima, yang telah mengubah hidup saya.
Sila klik di photo di bawah dan download ebook saya ini.





Saya doakan dengan hadiah ebook ini, anda dapat menghadapi sebarang kemungkinan pada tahun 2015.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Sekiranya anda suka entri ini sila LIKE dan SHARE


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!



Wednesday, June 18, 2014

10 KEBAIKAN VITAMIN E

Assalamualaikum wbt.

Perasan tak kenapa mat saleh atau minah saleh suka berjemur di tepi-tepi pantai? kenapa ye?

pemandangan di tepi pantai. pasti ada yang berjemur. tengah panas pulak tu. Makcik tak lahhh...

















Saya assume mereka berjemur ni kemungkinan untuk dapatkan kulit yang cantik agaknya. Almaklumlah, mereka percaya pancaran cahaya matahari dapat membekalkan vitamin yang boleh membaik pulih keanjalan kulit. Tak tahu lah betul atau tidak. Tapi matahari ciptaan Allah. Sudah tentunya mempunyai pelbagai kebaikan untuk mahkluknya di bumi ini.

Cumanya, mahkluk Allah juga yang memusnahkannya. Pancaran cahaya matahari sekarang agak tidak sesuai untuk kulit kita kerana lapisan ozon di bumi kita semakin menipis. Tambahan lagi cahaya Ultra Violit amat tidak sesuai untuk kesihatan mata begitu juga kulit.

Adalah lebih elok kita mencari alternatif lain untuk kesihatan kulit kita yang tidak memudaratkan kita. Apa kata kita cari suppliment yang tidak ada kesan sampingan insha allah.

10 Kebaikan Vitamin E Shaklee



Vitamin E Complex Shaklee bukan saja baik untuk kulit malah ianya juga terkenal sebagai VITAMIN CINTA.


Kenapa Pilih Vitamin-E Complex Shaklee?

Shaklee adalah vitamin no 1 di Malaysia di mana satu-satunya vitamin semulajadi yang diuji secara klinikal. Kebiasaannya sekiranya vitamin semulajadi tidak perlu diuji tahap klinikalnya, tetapi Shaklee tetap diuji untuk memberikan hanya yang terbaik kepada pengguna.


Kandungan sebiji kapsul

Tahu tak, sebiji kapsul Vit-E Complex Shaklee mengandungi 400IU yang menyamai dengan 1kg benih gandum, 500gram badam, 8kg bayam dan 500ml Minyak Safflower.

Aduh! macam mana nak makan semua tu sekaligus. Minyak Safflower pun kita tak kenal dan susah nak carikan. Jadi, Shaklee telah menyelesaikan masalah dengan menyediakan hanya sebiji kapsul Vit-E Complex. Senang bukan? telan saja.

Kebiasaannya Vit-E Complex Shaklee tidak diambil secara individu. Ia digandingkan dengan Vitamin-Vitamin Shaklee lain untuk mendapatkan kesan optimum iaitu:

SET KECANTIKAN
SET KESUBURAN

Testimoni Vit-E Complex

Doktor Hamid Arshat Pakar Sakit Puan pun sangat mengsyorkan Vitamin E selain vitamin-vitamin lain untuk mendapatkan anak.


Kesan parut yang pantas pudar dalam beberapa hari

Wajah bertambah berseri selepas mengambil Vitamin E dalam Set Kecantikan
 tak payah cayalah! Ambil je!

Saya doakan anda dapat manfaat dari entry saya kali ini.



Anda suka entri ini sila LIKE dan SHARE.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!



5 TIPS ELAKKAN BERBORAK SEMASA MENGAMBIL WUDHU'

Bismillahirohmanirahim...

Assalamualaikum wbt.

Dah lama saya nak tulis entri pasal wudhu' ni tapi asyik tertangguh saja. Saya takut ilmu yang saya dapat berkarat. terpendam. terbenam langsung terkubur.

Seeloknya saya coretkan di sini untuk tatapan rakan-rakan dan saya sendiri.

Pada 15hb Jun 2014 yang lalu Allah mengizinkan saya mengikuti Kuliah Muslimah Oleh Ustazah Syarifah yang diadakan di Surau Al- Mustaqim iaitu surau di kejiranan saya LEP 7 di Seri Kembangan.


Tajuk yang dibincangkan pada hari itu ialah WUDHU' .

Bagi masyarakat islam wudhu' bukan perkataan asing bagi mereka. Tajuk macam simple kan tetapi huraiannya sangat panjang. Kuliah 2 jam pun rasa tak cukup lagi tu.

Ustazah kata, wudhu' maksudnya membasuh bahagian tertentu.

Dari segi takrifannya, wudhu' diambil dari perkataan arab Al-Wada'a yang bermaksud kebaikan dan kebersihan.

Manakala dari segi syarak (istilah) wudhu' itu membawa maksud penggunaan air yang suci pada anggota tertentu iaitu membasuh muka, tangan kedua-duanya hingga ke siku, membasuh kepala dan membasuh kedua kaki hingga ke buku lali dengan air yang suci. ( catitan dari taklimat ustazah)

Bila disyariatkan wudhu'?

Whudu' disyariatkan pada malam isra' dan mi'raj seiring dengan wajibnya solat.

Fadhilat wudhu' sangat banyak antaranya yang paling best. Sekiranya dalam keadaan marah ambillah wudhu'. Insha allah terus tak jadi marah. Sekiranya sedang memegang rotan terus letak rotan tak jadi merotan.

Ustazah ada menceritakan sekiranya di negara arab, sekiranya ada seorang sahabat dalam keadaan marah mereka tidak menenangkan sahabat tersebut supaya bersabar...bersabar... seperti masyarakat melayu amalkan. Tetapi mereka akan menyuruh sahabat yang marah itu supaya berselawat. "Allahummasoliala muhammad". Insha allah ..rasa marahnya akan reda serta merta.

Jadi, sekiranya anak atau suami kita atau diri kita sendiri dalam keadaan marah mintalah mereka "INGAT RASULULLAH" kerana nabi Muhammad rasulullah junjungan kita tak suka marah.

Teringat masa belajar kat Universiti dulu. Cengginilah kat bilik Tutorial. Tekun mendengar dan mencatit.


Hikmah Berwudhu'

Hikmah Dari Segi Saintifik.

1. Mencegah Kanser Kulit. Sebanyak 5 kali sehari kita basahi setiap lapisan kulit kita dengan air whudu'. Kulit kita akan sentiasa bersih.

2. Membersihkan mulut dapat mengelakkan kerosakan gigi dan mulut berbau.

3. Menghilangkan kotoran hidung untuk mengelakkan penyakit resdung.

4. Mencegah kedutan awal dimana wudhu' sebagai terapi anti penuaan dan dapat membersihkan mata.

5.Mencegah jangkitan kuman dimana tangan yang sentiasa terdedahkan kepada kuman persekitaran dapat dibersihkan dengan setiap kali berwudhu'

6. Membersihkan jari kaki dengan menyelati celah-celah jari kaki.

7. Menguatkan pinggang ketika menyelati jari kaki dengan membongkok.

Hikmah Dari Segi Syariat

1. Menghapus dosa

2. Meningkatkan darjat

3. Allah menjaga diri kita dari melakukan maksiat sekiranya kita berwudhu' contohnya mengumpat.

dengan syarat semasa berwudhu hendaklah berniat " Ya, Allah jauhilah aku dari mengumpat"

Sekiranya rakan kita ingin mengajak kita mengumpat, bagaimana kita nak menjawab. Ustazah ajar " Kita bersangka baik dengannya, kita doakan supaya dia dapat hidayah"

Kerana manusia hanya dibezakan antara syurga dan nerakanya hanya bila saat-saat kematiannya. Manalah tahu sedetik lagi kematiannya Allah beri hidayah kepada mereka. Kita juga yang mengumpat ni yang melopong sebab pahala kita dah diberikan kepada mereka yang kita umpat.

Satu lagi pesanan ustazah, bila wudhu' kita sempurna, solat kita juga sempurna. Wallahu'alam.

Anak-anak pun turut serta belajar. Sangat kagum dengan para Muslimah LEP7. menuntut Ilmu walaupun kena kelek baby. Caya lah!


Perkara yang wajib berwudhu'

1. Solat

2. Menyentuh dan mengangkat Al-Quran. Dalam mazhab Al-Shafie menyentuh tafsir Al-Quran juga disunatkan ambil wudhu'

3. Tawaf

Hukum Sunat Berwhudu'

1. Memperbaharui wudhu' setiap kali solat.
2. Sebelum mandi wajib. Ambil wudhu' muka, tangan, kepala kecuali kaki.
3. Selepas mandi wajib.
4. Sunat ambil wudhu' sebelum berjunub. Sunat juga berwudhu' untuk 2nd round berjunub.
5. Wanita yang bersih dari haid dan nifas tetapi belum mandi wajib lagi.
6. Sunat berwudhu' ketika marah. Kemarahan daripada syaitan. Syaitan asalnya dari api. Padamkan api dengan air wudhu'.
7. Menyentuh kitab agama dan tafsir Al-Quran.
8. Selepas menyentuh dan mengusung mayat.
9. Selepas mandikan jenazah. Sunat juga mandi.
10. Ketika hendak menuntut ilmu.
11. Apabila melakukan dosa.
12. Sunat berwudhu' selepas makan daging unta kerana daging unta agak panas ( yang ni baru daya tahu ).
13. Duduk dalam masjid.
14. Wukuf di Arafah.
15. Manziarahi makam Rasulullah.
16. Sai safa marwah.
17. Sesiapa kembali kepada Islam.
18. Cukup baligh.
19. Menziarahi kubur.
20. Mencukur kepala.
21. Sebelum berkhutbah.
22. Memegang kemaluan haiwan.

Haram Wudhu'

Haram wudhu' bagi wanita yang keluar Haid dan Nifas yang mengalir dengan banyak.

Tetapi sekiranya niat kita untuk hindarkan dari gangguan dan menjadi amalan rutin setiap hari dibolehkan.

Fardhu Wudhu'

1. Niat


"Sahaja aku berwudhu' kerana Allah Ta'ala"

2. Basuh Muka
Dari tempat tumbuh rambut hingga anak telinga hingga ke bawah dagu.
Air Wudhu' mesti  mengalir ke wajah.
 
lingkungan kawasan muka yang wajib dibasuh

3. Basuh tangan hingga ke siku.


4. Mengusap kepala
Sahabat Rasulullah pernah ternampak Rasulullah kadangkala mengusap atas serban sahaja.


Dengan bertudung pun masih boleh berwudhu' dengan syarat air sampai kepada anggota-anggota wajib wudhu'.

5. Basuh kaki.
Anggota kaki dari hujung jari kaki hingga atas buku lali
6. Tertib ( ikut turutan ).

Perkara yang disunatkan dalam berwudhu'

1. Baca bismillah.
2. Mengadap Qiblat.
3. Membasuh tapak tangan hingga pergelangan.
4. Menyilati anak jari tangan dan kaki.
5. Memasukkan air dalam hidung.
6. Bersugi (gosok gigi)
7. Berkumur-kumur 3X.
8. Dahulukan anggota kanan.
9. Menyapu seluruh kepala.
10. Menyilati janggut.
11. Membasuh secara berturut-turut.
12. Membaca doa selepas berwudhu'

Cara wudhu' dengan betul


Perkara yang menarik minat saya semasa kuliah ini dimana Ustazah berkongsikan Tips bagaimana cara mengelakkan kita berborak semasa berwudhu'. 

Almaklumlah kadangkala bila dah beramai-ramai mengambil wudhu' sudah tentu ada saja sesuatu nak diborakkan walaupun sedang mengambil whudu' sedangkan bercakap semasa berwudhu' adalah makhruh hukumnya. Adalah lebih baik mengelakkannya.

Cara Mengelakkan Berborak Semasa Berwudhu'

1. Semasa Membasuh Muka
DOA : "Ya, Allah! Putihkan mukaku di akhirat dan jangan hitamkannya."

2. Semasa Membasuh Tangan
 DOA : " Ya, Allah! Tunjukkan surat amal di tangan kananku. Jangan tunjukkan amal yang di tangan kiriku."

3. Semasa Membasuh Kepala
DOA : " Ya, Allah! bersihkan kepalaku dari sebarang kekotoran.

4. Semasa Membasuh Telinga
DOA : "Ya, Allah! Lindungilah telingaku dari mendengar sebarang perkara yang dilarang."

5. Semasa Membasuh Kaki
DOA : "Ya, Allah! Lepaskan kakiku dari Titian Siratul Mustaqim."

Agak-agak sempat ke kita nak sembang kiranya kita buat macam ni?


Akhir sekali ustazah mengajak kami berwudhu' dengan betul secara praktikalnya. Teori saja kadang tu tak dapat digambarkan. Jadi, sangat elok ustazah mempraktikkan apa yang diajar teori tadi.

Para muslimah menunggu giliran untuk praktikal mengambil wudhu' dengan betul. Sesiapa yang lulus dengan cemerlang ustazah bagi 10 markah.
Setelah selesai praktikal berwudhu' dengan cara yang betul, rata-rata para muslimah sangat arif dengan berwudhu' dan ustazah berikan 10 markah penuh kepada kami. Ada seorang kakak dapat markah extra dari ustazah kerana membaca doa dengan bersungguh-sungguh selepas berwudhu'.

Kuliah hari ini sangat best, sebab walaupun perkara berwudhu' ini selalu kita buat bila nak beribadah tetapi kita perlu sentiasa menambahkan pengetahuan kita walau sebesar zarah sekalipun. Ada perkara yang kita terlepas pandang.

Ustazah juga menegaskan sentiasa berjimat cermat semasa mengambil wudhu', macam mana tu? Air yang kita buka untuk mengambil wudhu' jangan dibuka terlalu besar. Cukuplah setakat boleh mengalirkan keseluruhan anggota wudhu'. Kerana membazir itu antara sifat syaitan.

Memperlahankan air semasa mengambil wudhu' adalah barokah

Saya doakan anda dapat manfaat dari sedikit ilmu yang dikongsikan ini.

Sekiranya anda suka entri ini sila LIKE dan SHARE kepada rakan-rakan lain supaya mereka dapat manfaatnya juga. Wallahua'alam.

Terima kasih kerana sudi membaca.

#dahaga ilmu

HAFIZAH MAHFOZ



Friday, June 13, 2014

5 TIPS MENGATASI MENGANTUK SEMASA WORLD CUP 2014

Bismillahirohmanirahim

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? sudah pasti jam 4 pagi ni ramai yang bangun pagi-pagi kan. Almaklumlah pagi ini pembukaan World Cup yang ditunggu-tunggu oleh para peminat bola.

Team mana yang anda gemari?

Apatah lagi World cup kali ini ada yang berlangsung dalam bulan puasa. Mudahlah segelintir dari kita untuk bangun sahur nanti.

Walaupun saya bukan peminat bola. Tapi saya ingin memberi anda para peminat tegar bola dengan tip-tip untuk mengatasi masalah ngantuk yang biasa dihadapi bila tiba saja musim WORLD CUP ini.

Perkongsian ini saya adaptasikan daripada pengalaman saya. Saya tidak ada pengalaman tengok bola sampai larut malam atau subuh tetapi saya ada pengalaman bangun pukul 4 pagi untuk bertahajud dan baby menangis.

Insha allah, pengalaman saya ini dapat diimplemenkan untuk MUSIM WORLD CUP ini juga.

Tidak dinafikan bila kita tak cukup tidur masalah mengantuk yang tidak dapat tertahan akan terjadi di tempat kerja keesokan harinya. Lebih berat lagi sakit kepala pula melanda sehingga kepala ini seperti ada batu menimpa.

Akibatnya, mulalah letih, lesu dan tidak bermaya di pejabat sehinggakan menjejaskan prestasi kerja merosot.

Kesian bos, dateline kerjanya akan tertangguh dek kerana kelewatan dan kerja kita yang tak memuaskan.

Sapa yang susah.....kita juga.

Ini lah terjadi bila demam World Cup

 lagi best macam ni, syok je lena..

Apa susah-susah buat macam ni

Di sini saya nak share bagaimana anda boleh selesa ber WORLD CUP tanpa menjejaskan prestasi kerja harian anda.

TIP-TIP WORLD CUP JADI BEST!

1. Pilih Games Favorite (kegemaran)

Anda dinasihatkan jangan pulun semua games setiap hari selama sebulan tu. Akibatnya anda jadi zombie nanti.

Makanya, anda pilihlah mana-mana siaran games yang anda gemar dan yang anda sangat suka menyokong pasukan itu. Sebagai contoh suami saya suka sangat pasukan Germany. Jadi, saya nasihatkan suami saya menonton yang mana Germany akan bermain saja.

Sebagai rujukan saya sertakan jadual Games sepanjang sebulan berlangsungnya WORLD CUP ini.

Check it out!

 Jadual Kumpulan Piala Dunia 2014 - Brazil

Jadual Kalah Mati Piala Dunia 2014 - Brazil
kredit to utusan.com dan MalaysiaTercinta.com

Dalam kes suami saya yang penyokong tegar Germany ini, jadual berkumpulan hanya pada pagi 17/6 dan 22/6. Jadi, suami saya hanya perlu memberikan kosentrasi kepada 2 pagi itu saja untuk pasukan kegemarannya.

Tak adalah nanti jadi zombie selama sebulan. Saya harap anda juga merancang jadual tontonan anda mengikut jadual yang dipaparkan.

2.Tidur Awal

Biasanya game akan bermula pada jam 3 atau 4 pagi. Saya syorkan anda tidur awal untuk mendapatkan rehat secukupnya. Badan kita perlukan rehat. Jadi tidur dalam lingkungan jam 10 malam adalah lebih baik.

Dapatkan tidur yang berkualiti

3. Set Mind

Apa yang saya selalu praktikkan sekiranya saya nak bangun malam, sebelum tidur saya akan set mind saya pada keesokkan hari saya nak bangun pukul 4 pagi sebagai contoh.

Insha allah keesokan harinya secara automatik kita akan terjaga dengan sendirinya tanpa ada jam loceng atau sesiapa yang bangunkan.

Itu sayalah, anda boleh cuba.

4. Bersahur sambil BER'BOLA'

Memandangkan World Cup juga jatuh pada bulan ramadhan, niat nak bangun awal untuk bersahur. sambil ber'bola' at least anda dapat pahala sahur.

Sambil-sambil tu sebelum menonton bola bentang-bentang lah dulu tikar sembahyang dirikan barang 2 rakaat solat tahajud.Dapat lagi satu pahala. Lepas tu tontonlah BOLA.

5. Ambil Suppliment terbaik

Untuk mendapatkan kecergasan sepanjang hari sepanjang WORLD CUP selama sebulan ini saya juga menyarankan anda mengambil suppliment.

Tubuh badan kita tak akan bertahan sekiranya tiada bantuan pemakanan tambahan untuk mengembalikan kecergasan dan kekuatan dalaman.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya. Walaupun saya bukan peminat bola tetapi situasi saya lebih kurang sama dengan anda yang ingin bangun awal.

Untuk memastikan saya sentiasa bertenaga sepanjang hari saya makan suppliment No 1 di Malaysia ini.

Anda saya syorkan SET TENAGA WORLD CUP yang awesome ini! amacam...

Set ini sama seperti yang saya ambil setiap hari. Jangan ambil kalau anda takut kesan sampingannya!

Kesannya anda akan rasa sangat bertenaga dan seperti nak terbang saja berjalan pada keesokkan harinya. Sangat bertenaga selepas saya mengamalkan pemakanan suppliment ini sejak tahun lepas lagi.



Vita-Lea - Sebagai sumber 24 multivitamin dan mineral untuk sel badan. Meningkatkan kecerdasan dan ketahanan sel badan.

B-Complex - Sebagai sumber anti-stress. Almaklumlah bila dan ngantuk dan lesu tentula stress kan.

Ostematrix - Sebagai sumber kalsium dan magnesium untuk menjadikan tidur kita sangat berkualiti walaupun tidur hanya beberapa jam saja. Tidur yang berkualiti membuatkan badan kita segar bugar bila bangun tidur nanti.

ESP - Sebagai sumber protein untuk menjana tenaga segera. Ia juga membekalkan tenaga berpanjangan (amat sesuai untuk berpuasa ). Tugasnya juga untuk mengoptimumkan penyerapan nutrien lain.

ALERT : Jangan minum minuman berkafein seperti kopi dan teh sebelum tidur pleaseeee!!!

Saya dah consume, saya dah rasa dan saya boleh kata. Memang Best!

Terima kasih kerana sudi membaca.

Saya doakan anda dapat manfaat sepenuhnya sepanjang FIFA 2014 ini. Enjoy BOLA!

TIDUR BOLA!
MAIN BOLA!
INGAT BOLA!
MAKAN SHAKLEE! YEEEE HAAAAA!

Anda suka entri ini sila LIKE dan SHARE.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!