MY SUCCESS JOURNEY BEGINS

SHAKLEE MOTIVATION AND RECOGNITION.

MY BIG HAPPY FAMILY

My Business Push Factor .

MY AWESOME BUSINESS MENTOR

MFMS THE MOST FANTASTIC AND TEAM SHAKLEE IN MALAYSIA.

EBOOK SORRY BOSS

Ebook PERCUMA. DOWNLOAD SEKARANG!!.

Thursday, January 29, 2015

HANDPHONEKU BERASAP!!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat setia fiezabard? Saya doakan anda sihat walafiat disamping keluarga tercinta.

Entri kali ini saya nak cerita sedikit cerita lucu petang tadi.

Saya terima call lebih kurang pukul 4 petang dari seorang lelaki bernama suami.

"Yang, nak tau tak cerita aneh?"

"Haaa....aneh kenapa?"

"Handphone abang berasap"

"Subhanallah, macam mana boleh berasap tu?" suspend pulak saya. Selalu saya cuma dengar handphone crack, handphone pecah berderai sebab anak jatuhkan (anak juga yang bersalah) atau handphone radiasi bahaya kepada manusia. Tak pernah pulak dengar handphone berasap....gelak gak la saya.

"Betul yang, tadi abang letak handphone kat poket seluar. Tetiba apsal rasa poket abang panas semacam je macam terbakar? Bila seluk dalam poket rupanya handphone yang tengah berasap....panas yang macam pegang periuk panas"

"Allahuakhbar, sib baik peha abang tak berlubang..." sempat gurau tu.

"Abih tu ni abang call guna handphone berasap tu ke?"

"Eh, tak lah..abang dah beli yang baru"

Inilah rupa paras handphone yang telah dibaik pulih setelah seketika berasap
Handphone Berasap

Aduhai...heavy duty sangat handphone en. Badrul ni. Almaklum lah bisnes man. Sebagai CEO dan pengasas JOM MARI BERCUTI, handphone ni tak berhenti-henti menerima pesanan sama ada di Whatsapp ataupun di laman sosial Facebook.

Boleh dikatakan 100% bisnes En. Badrul adalah online. Handphone memainkan peranan penting dalam bisnes online seperti En. Badrul selain Laptop.

Dua peranti ini ibarat gula dan garam dalam makanan. Tanpa peranti ini pincanglah bisnes online En. Badrul.

Dah lebih setahun kot handphone ini berjasa dengan tuannya. Dah puluhan ribu la masyuuukkkk dek jasa baik handphonenya.

Walaupun handphone En. Badrul tidaklah secanggih mana, tidak se'updated' remaja-remaja sekarang. Handphone canggih dengan Iphone6 laa...Oppo laahh...Samsung 5S laaa....ada ke? maaf saya tak terikut perkembangan alat celular yang begitu pantas inovasinya.

Tapi walaupun handphone secanggih dan se'smart' manapun, kalau tuannya tak pandai menggunakannya secara bijak dan boleh jana duit, tiada gunanya. Buat perabih boreh mak bapak je namanya.

Saya bangga dengan suami saya kerana menggunakan handphone yang tak seberapa canggihnya itu secara maksimum sampai BERASAP!!!

Agaknya kalau handphone tu boleh bercakap ini dialognya

"Udah-udahlah tu bang, saya dah tak mampu nak tampung bisnes abang yang laju sangat tu"

Itu yang dia sakit tu....kesian handphone

Pengajaran

Oleh itu, saya nasihatkan kepada sesiapa yang bisnes onlinenya semakin laju, silalah cari handphone yang sama taraf dengan keupayaan bisnes anda.

handphone saya pun semakin lama semakin sakit...ada tanda-tandalah tu nak senasib dengan partnernya.

Agak-agak sapalah yang baik hati nak hadiah kan handphone canggih manggih dan kapasiti tinggi untuk melajukan lagi bisnes saya yer? (sedang me'LUA'kan)


Cerita suka suki di dinihari,
Hafizah Mahfoz

#Handphonecanggih
#smartphone
#handphoneberasap

Wednesday, January 28, 2015

MENJAWAB ISU ROTAN SATU JENAYAH??

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian, saya doakan anda sihat dan sejahtera dilindungi Allah swt.

Ingat tak entri saya 2 hari lepas pasal isu Rotan yang hangat sekarang ni. seminggu pun belum habis cerita lagi pasal rotan ni.

Rotan Anak Bakal Jadi Kesalahan Jenayah!!! (sila klik)

Rupanya apa yang diberitakan dalam akhbar-akhbar tempatan tidak tepat. Allahuakhbar, sebab itu saya dah lama tak baca paper sebab diragui kesahihannya.

Komen dari sahabat saya kerana mengingatkan. Terima kasih sahabat.
 Namun begitu kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menjelaskan.

" Perlakuan merotan, sekiranya sehingga menyebabkan kecederaan Mental dan Fizikal boleh terjumlah kepada melakukan kesalahan JENAYAH"

Macam tu rupanya cerita sebenar, Dato' Sri Rohani hanya ingin menjelaskan kesalahan jenayah yang hanya akan jatuh kepada mereka yang merotan hingga mencederakan mental dan fizikal kanak-kanak tersebut. Bukan dalam kes guru atau ibu-bapa yang merotan sebagai pengajaran atau meng'adab'kan mereka.

Alhamdulillah, kalau inilah langkah yang perlu diambil, saya sokong sepenuhnya. Kerana kategori seperti ini ada kes penderaan. Individu yang sewenang-wenangnya menggunakan kuasa 'Dewasa' mereka untuk menghukum anak-anak kecil hingga melampaui batas perlu dihukum.

Lagipun undang-undang dalam kes penderaan ini telah sedia ada buat masa ini di bawah seksyen 31(1) Akta kanak-kanak 2001.


Tohmahan dijawab

Apabila isu ini semakin menjadi viral di dada-dada akhbar dan juga rangkaian sosial yang tiada batasan, maka Kementrian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil langkah drastik untuk menjawab balas tohmahan yang dilemparkan.




Insya Allah dengan penggubalan rang undang-undang ini nanti dapat menambahbaikan dan tidak mengganggu institusi kekeluargaan Masyarakat di negara kita kerana isu ROTAN ini sangat sensitif dikalangan Masyarakat Melayu umumnya dan Masyarakat Islam khususnya.
 
Semoga kementerian yang berkenaan meneliti dan menkaji sebaik-baik mungkin sebelum undang-undang dilaksanakan.

Jangan nanti isu seperti pasangan Malaysia di Sweden yang dipenjara untuk beberapa bulan lamanya demi untuk meng'adab'kan anak-anak mereka akan berlaku di Tanah air tercinta kita ini juga.

Sekiranya anda perihatin dan suka entri saya, sila tekan button LIKE dan SHARE supaya ramai orang yang tak tahu hal sebenar akan lebih jelas lagi tentang isu Rotan ini.

Terima kasih kerana membaca.

Love,
Hafizah Mahfoz

Monday, January 26, 2015

ROTAN ANAK BAKAL JADI KESALAHAN JENAYAH!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat sekalian?? Saya doakan anda dalam lindungan Allah dan akan dikurniakan ganjaran syurga tanpa hisab kelak.

Entri kali ini saya buat kerana saya amat tertarik dengan tajuk di dada-dada akhbar lately tentang ROTAN!!


Allahuakhbar!! agak terkejut jugalah saya dengan undang-undang negara yang bakal rakyat jelata ikut.

berita penuh
 
Serius saya nak tanya anda, sapa yang pernah kena rotan?

Saya pulak, saya tak ingat sama ada saya pernah kena rotan atau tidak. Tapi cubit-cubit sayang tu adalah.

Oh,ya! pernah sekali dengan cikgu, tapi saya tak ingat apa kesalahan saya masa tu. Dengan rotan yang hinggap di tangan itulah menjadikan saya melangkah ke Universiti dan seterusnya bergelar Jurutera sekarang. Alhamdulillah, terima kasih cikgu.
 
Perasan tak, masyarakat Melayu khususnya sememangnya telah dibiasakan dengan didikan Rotan.

Kalau dulu guru-guru yang masuk kelas pasti memegang sebatang rotan tak kira guru disiplin atau guru biasa. Manakala ustaz ustazah mengaji Al-Quran kalau tak pegang rotan ditangan tak namanya ustaz/ustazah mengaji gitu.

Begitu juga dengan ibu bapa. Pantang silap sikit confirm rotan hinggap di badan. Kalau tak rotan pun, anak-anak yang agak nakal akan diikat di pokok yang ada kerengga, betul tak? sapa pernah merasa SAY 'I'...

Bagaimana anak kita nanti
Sebenarnya, hukuman rotan ini telah termaktub dalam hadis sejak dahulu lagi sebagai salah satu cara mendidik anak berlandaskan islam.

Tapi kemungkinan ada segelintir ibu bapa dan guru tersalah gunakan kuasa ROTAN itu untuk mendera anak-anak kecil ini.

SUNNAH MENGGANTUNG ROTAN DI RUMAH (mengadabkan anak-anak)

عن ابن عباس رضي الله عنه،
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
علقوا السوط حيث يراه أهل البيت فإنه أدب لهم.

- رواه الطبراني في الكبير، بسند حسن.
- ورواه البزار عنه بلفظ : ضع السوط حيث يراه الخادم.
- ورواه البخاري في الأدب المفرد.
- ورواه أبو نعيم عن ابن عمر.

Dari Ibnu Abbas r.a,
Rasulullah s.a.w bersabda :

Gantunglah rotan di rumah kamu supaya dilihat oleh penghuni rumah, maka sesungguhnya rotan itu mengadabkan mereka.

- Riwayat At-Tobrani di dalam kitab Al-Kabir, dengan sanad HASAN.
- Riwayat Al-Bazar dengan lafaz "letakkan rotan dirumah mu supaya dilihat oleh org yg khidmat bg mu".
- Riwayat Al-Bukhari di dalam kitab Adabul Mufrad.
- Riwayat Abu Nuaim dari Ibnu Umar r.a.
_______________

Dalil Pukul Anak.


"Perintahkan anak mu solat pada usia tujuh tahun,dan pukullah jika pada usia sepuluh tahun jika ia meninggalkan solat dan pisahkan tempat tidurnya”.

(HR Ahmad dan Abu Daud dan Hakim dari ibn ‘Umar r.a)

___________________



Had Tangan ketika merotan


Islam telah menggariskan beberapa panduan bagaimana merotan anak-anak untuk tujuan mendidik bukan menghukum atau mendera.

1. Rotan dengan niat untuk mendidik adabnya
2. Rotan di tapak kaki
3. Tidak merotan kerana mengikut nafsu amarahmu
4. Had tangan ketika merotan tidak melebihi paras ketiak.
    Macam mana tu ye?
    Ibarat kepit buku di ketiak dan buku tak jatuh semasa mengangkat tangan.
    (harap anda faham apa yang nak saya sampaikan)
5. Pukul atau rotan bukan ikut nafsu syaitan, anak adalah amanah Allah.
    Mereka penghuni syurga, Jangan sampai dilaknat Allah kerana menzalimi 
    mereka.
6. Paling penting, jangan merotan ketika marah!!!


Islam itu indah, Allah telah mengaturkan percaturan kehidupan Mahkluknya dengan baik sekali. Janganlah kita engkar.

Sejujurnya, saya sebagai ibu kepada 5 orang anak sudah tentu menghadapi seribu satu karenah anak-anak yang kian membesar.

Alhamdulillah saya ikut sunnah Rasulullah menggantungkan rotan sebagai salah satu cara untuk mengadabkan mereka.

Jangan nanti dengan undang-undang yang dicipta, akan melahirkan anak-anak yang Derhaka!....kesian mereka...

Cubalah anda tanya kepada semua orang even perompak sekali pun, nak masuk Syurga ke Neraka?

Rata-rata mereka mengimpikan kehidupan disyurga yang kekal abadi bukan?

Takkan lah kita sampai hati nak tinggalkan anak kita ke lembah neraka kelak. Sedangkan kita syok dalam syurga sorang-sorang. 
Allahuakhbar,nauzubillahimin zalik...


Ya Allah, jauhilah anak-anakku dari menderhakaiku




Saya doakan orang yang berkuasa yang akan menggubal undang-undang ini supaya fikirkan semula PRO dan KONTRA nya dan saya bermohon supaya berbalik kepada Ajaran Sunnah Rasulullah yang sangat mengasihi kanak-kanak.

Kembalilah kepada Islam dalam mendidik anak-anak. Dan terapkan Cinta Rasul dalam didikan mereka.

Wallahua'alam bissawab...
Mohon anda yang baik hati LIKE dan SHARE entri saya.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Ibu 5 anak, ibu perihatin,muhasabah diri
Hafizah Mahfoz

#CintaRasul
#Rotanjenayah
#Rotananakjenayah
#Rotan

Sunday, January 25, 2015

KUBUR RAJA ARAB SAUDI, RAJA ABDULLAH TANPA BERTANDA

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard sekalian? Saya doakan anda dilindungi Allah dan dikurniakan syafaat syurga tanpa dihisab di sana nanti.

Lama juga saya menyepi dirikan. Rindu rasanya nak bernukilan di blog ini.

Kali ini saya nak berceloteh tentang Raja Arab Saudi iaitu Raja Abdullah yang tersohor di seantero dunia ini telah meninggal dunia 2 hari yang lalu iaitu pada hari Jumaat, 23 Januari 2015 dalam usianya 90 tahun kerana menghidap jangkitan patu-paru.

Berakhirnya riwayat Raja Abdullah dalam usia 90 tahun

Apa yang menarik perhatian saya nak berkongsi cerita di sini bila saya terdengar berita di radio ikim.fm pada hari Jumaat yang lalu dalam perjalanan ke pejabat bahawa Raja Abdullah akan dikebumikan di kubur tanpa tanda.

Ketika saya mendengar berita itu, jantung saya terhenti seketika, speech less!!
Subhanallah, maha suci Allah, siapa yang tidak kenal Raja Abdullah. Raja yang disegani di dunia. Sikapnya yang sangat suka bersedekah kepada mereka yang memerlukan harus menjadi contoh kepada para jutawan di dunia.

kalau anda ingat lagi, pada satu ketika dahulu ada rakyat Malaysia yang mempunyai anak kembar siam memerlukan kos pembedahan yang sangat mahal untuk memisahkan mereka berdua. Raja Abdullah lah yang tampil menghulurkan bantuan untuk menaja pembedahan tersebut. Lihat, Raja Abdullah tidak mengira bangsa dan negara untuk bersedekah.

Sifatnya yang bersederhana terbawa-bawa oleh rakyat jelata sehingga kematiannya.

Tiada istiadat rasmi semasa sepanjang pengurusan jenazahnya seperti kebiasaan raja-raja.

Yang menjadi saya terharu, Raja yang tersohor ini, kuburnya tidak ada tanda sepertimana kebiasaan orang-orang kenamaan yang sudah tentu dibinakan kubur yang indah-indah. Malah, jenazahnya dikapankan dengan kain putih seperti rakyat jelata....Allahuakhbar!!

Kuburannya juga hanya ditempat awam bersama-sama kuburan rakyat jelata. Tiada kubur khas untuknya.


Jenazah Raja Abdullah dikebumikan di kawasan Awam Al-Aoud Riyyad

Walaupun populariti Raja Abdullah ini sangat gah dikalangan rakyat, tetapi yang menjadi keanehannya, tiada perhimpunan khas besar-besaran di jalanan meratapi pemergian Allahyarham.

Sementara itu, bendera negara mereka tak pun diturunkan separuh tanda berkabung. Bendera masih berkibar seperti hari-hari biasa kerana tiada tempoh rasmi berkabung diumumkan oleh kerajaan mereka.

Kebetulan kematian Raja Abdullah jatuh pada hari Jumaat, maka pejabat-pejabat tentunya tutup kerana cuti hujung minggu di sana. Dan kerajaan mereka tidak mengumumkan pun sebarang cuti khas untuk memperingati kematian Raja mereka.

Manakala pertabalan rasmi pengganti Raja Arab Saudi juga dilakukan dengan acara yang sangat ringkas. Tidaklah terlalu rumit protokolnya. 

Adik tirinya Putera Mahkota, Salman 79 tahun dengan rasminya menggantikan tahta Di Raja Arab Saudi bagi menggantikan Almarhum.

Sangat bersederhana pengurusannya dan Alhamdulillah Allah permudahkan urusan mereka.

Ya, secara jujurnya, saya sangat sebak dengan kisah kematian Raja Abdullah yang tidak mengira darjat dan pangkat dalam pengurusan jenazahnya. Sangat bersederhana.

Bagaimana ye dengan negara kita?

Saya doakan Raja Abdullah yang dikasihi rakyat jelata dikurniakan syurga tanpa hisab.

Begitu juga saya doakan kesejahteraan rakyat Arab Saudi dengan pemerintahan Raja yang baru.

Terima kasih kerana sudi membaca celoteh saya.

Sekiranya celoteh saya ini menarik hati anda sila tekan button LIKE dan SHARE di bawah.


Hidup sederhana,

~Hafizah Mahfoz

Thursday, January 15, 2015

FREE - EBOOK NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK)

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi sekalian? Saya doakan anda dalam keadaan sihat dan ceria selalu.

Alhamdulillah....syukur, dengan rasa penuh kesyukuran pada 13 hb Januari 2015 yang lalu Ebook Now Everyone Can Kurus (NECK) telah berjaya dilancarkan dengan rasminya.

Kalau anda nak tahu, Ebook ini telah dibaca oleh lebih 20 orang yang telah Preview. Mereka komen, EBOOK ini sangat "SUPERB".

Saya pun dah baca...memang SUPERB!!
Rugilah sapa tak baca.

Serius!! ramai yang teruja sesangat dengan kualiti EBOOK ni. Sapa yang rasa badan DEBAB confirm termotivasi nak kurus. Sapa yang kurus teruja macam nak lebih kurus lagi.

Ebook ni ditulis dalam bentuk penceritaan dan penyampaian yang santai dan mudah difahami. Seolah-olah kita sedang berhadapan dengan si penulis gituuu...

Dalam EBOOK ni penulis berkongsi pengalamannya BERJAYA menurunkan berat badan sebanyak 11.5 kg dalam masa 100 hari dengan Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus yang digunakan. Best kan!!



Bagaimana nak dapatkan ebook ini?


Ada 2 cara untuk anda dapatkan EBOOK ini.

1. Beli Pada Harga RM10

Anda boleh Bank in RM 10 kepada saya.

CIMB Islamik Bank 7600 993 001
HAFIZAH MAHFOZ
hafizahmahfoz@gmail.com

ATAU

2. Dapatkan EBOOK ini secara PERCUMA

Caranya, anda WAJIB klik button SHARE di bawah entri saya ini.

(Sila Amanah dalam perkara ini)

Selepas anda Bank in RM10 atau SHARE Status ini (Ikut Pilihan Anda)

Sila download ebook ini di





       www.noweveryonecankurus.com/hafizah



www.noweveryonecankurus.com/hafizah
(SILA KLIK PHOTO)


 

Ebook ini diberikan secara PERCUMA kerana saya kesian sangat, ramai orang Malaysia obesiti.

Kenapa ramai orang nak kurus tapi tak berjaya? Nak kurus kena ada caranya.

Caranya telah terbongkar dalam EBOOK Now Everyone Can Kurus ini.



Kenapa? Tak percaya.....

Dah terbukti pun.

 



Saya dah baca, memang awesome ebook ni!

Saya berbesar hati nak share dengan anda.

Saya mohon anda bantu saya untuk SHARE kan juga maklumat ini supaya ramai orang yang tahu  

"Oooo....nak kurus senang rupanya kalau kena caranya!"

Semoga ia memberi manfaat kepada rakan-rakan anda yang lain.

Saya doakan, " Allah memberi ganjaran syurga tanpa hisab untuk anda yang sudi SHARE status ini"

"Sharing is caring"

Thanks for reading


Salam sayang kesihatan dan kekurusan,

Hafizah Mahfoz

#NECK
#NowEveryOneCanKurus
#CaraMudahMESTIKurus



Feel Free To Click SHARE and LIKE button below

Thursday, January 8, 2015

KOS PERUBATAN SEMAKIN MENINGKAT!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat setia fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda sentiasa sihat dan ceria disamping keluarga tercinta.

Alhamdulillah kita masih berupaya untuk membaca, masih berupaya untuk menatap screen PC atau screen HP. tak kira HP smart atau tak smart. Jari jemari kita masih berupaya untuk menari-nari di keyboard. Hargailah nikmat Allah yang diberikan.

Tiba-tiba saya rasa sebak dan insaf. Allah masih sayangkan saya dan keluarga tercinta. Masih diberi peluang untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Semalam pada 7 Januari 2015, kembalinya salah seorang ibu saudara saya ke rahmatullah kerana sakit yang ditanggungnya selama 18 tahun dalam usianya 70 tahun.

Itu hanya asbab kematiannya saja, hanya Allah yang menghidupkan dan mematikan makhluknya.

Bukan itu perkara utama yang nak saya bincangkan kali ini. Ceritanya begini. Ibu saudara saya dah lama menanggung sakit kegagalan buah pinggang dan terpaksa menjalani dialisis 3 kali seminggu untuk membersihkan darahnya.

sila ikuti kisah dialisis di sini (sila klik) Trauma Dialisis

Tau tak berapa kos sekali dialisis? Saya diberitahu sekali dialisis lebih kurang RM 300 diperlukan. Seminggu 3 kali. Ini bermakna kosnya 3 X RM300 = RM900. Sebulan?? 3 X RM300 X 4 = RM3,600.

Alaaa....murah je la kan. Setakat RM 3,600 sebulan. Apalah sangat...

Allahuakhbar!!...

Bagi yang mempunyai kekangan kewangan terpaksa ke hospital bantuan kerajaan yang lebih menjimatkan. Tetapi, sepupu saya pernah cerita. Bilamana ibunya iaitu ibu saudara saya mendapat perkhidmatan dialisis di sana, kelengkapannya tidaklah serapi seperti di hospital swasta. Almaklumlah, tentulah tak sama nak dibandingkan hospital berbayar ribuan kan.

Perasan tak, berapa orang yang sedar wang tidak ternilai dengan kesihatan yang Allah berikan.

Kalau tak perasan lagi. Saya masih fikirkan berapa kos sehari semalam untuk seseorang pesakit ditahan wad di hospital swasta?

Bagi yang mempunyai kemampuan sudah tentunya inginkan keselesaan, sudah tentu hospital swasta menjadi pilihan.

Baru-baru ini saya bertanyakan kos rawatan ibu saudara saya selama lebih kurang seminggu itu menelan belanja hingga RM16 K lebih kurang.

Wow! boleh buat downpayment pembelian rumah kos sederhana gitu!!

Berapa juta wang yang kita ada pun tidak boleh digantikan dengan Nikmat kesihatan. Alhamdulillah....


Kos perubatan yang semakin meningkat

Alhamdulillah saya tidak pernah di tahan wad kerana sakit melainkan disebabkan bersalin.

Saya hanya pernah ditahan wad kerana nak bersalin. Sepanjang pengalaman saya bersalin di hospital swasta, kononnya nak pilih doktor perempuan dan doktor muslim seperti yang dituntut syariah. 

Semasa anak pertama tak silap saya kos untuk bersalin normal dalam RM 1,300, tetapi setelah 10 tahun berlalu kos semakin meningkat. Baru-baru ini saya melahirkan anak yang ke 5, kos bersalin normal saya meningkat ke RM 2,200 lebih kurang. Lebih RM1,000 kot peningkatannya. Banyakkan??

Itu baru kos bersalin. Bagaimana kos perubatan lain?


Bila saya renung anggaran kos ini, saya sangat bersyukur....bersyukur sangat. Ya Allah! Nikmat kesihatan yang Allah masih kurniakan kepada saya sekeluarga. Kalau Allah nak tarik bila-bila masa saja boleh ditarik.

Suppliment Mahal??

Atas kesedaran itulah saya sering berkongsikan dengan rakan-rakan saya bagaimana usaha saya menjaga kesihatan.

Contoh, pagi tadi kawan dalam group wassap saya mengadu sakit kepala yang amat sangat pasal Migrain, dan minta nasihat ubat apa yang boleh menghilangkan sakit kepala migrain tu.

Atas pengalaman saya selama setahun lebih dengan Shaklee dan ramai kawan-kawan saya yang migrain telah pulih dari penderitaan migrain itu saya suggest kawan saya ambil #set migrain. 

Jawapan yang saya terima


Kita Ada Pilihan

Pilihan di tangan kita, dulu saya seperti anda, ambil suppliment pun tak konsisten dan tak tahu pun sebenarnya cara makan dengan betul. Acuh tak acuh saja.

Sekarang, bila saya dah tahu kelebihan setiap produk suppliment ini dan dengan cara makan yang betul. Alhamdulillah saya dah tak sakit belakang lagi seperti sebelum ini.

Ya Allah, tuhan saja yang tahu seksaan sakit belakang saya. Sila ke klik link ini DERITA SAKIT BELAKANG SAYA.

Tambahan lagi, penderitaan kaki krem saya pun beransur-ansur pulih, malah sekarang no more krem kaki. Even tidur dalam keadaan sejuk sekalipun. Syokkan, almost masalah kesihatan kita telah diselesaikan.

Set Budget Kesihatan

Kalau and perasan, Shaklee ada pelbagai jenis produk untuk kesihatan seisi keluarga tak mengira peringkat usia. Dari anak kecil seusia setahun, dewasa sehinggalah warga emas. Bestkan!

Anak selalu demam ada #set kesihatan anak-anak
Nak anak genius ada #set anak genius 
Nak banyakkan susu ibu ada #set booster susu ibu 
Nak kekal kekal bertenaga semasa hamil dan berpantan ada #set hamil dan berpantang
Untuk warga emas yang sentiasa sakit lutut ada #set sakit lutut

Pendek kata, serba serbi adalah.

Mahal??

Cer tengok harga kat photo di bawah...


Mahal ke? Makan KFC sepinggan Snack Plate pun tak leh dapat harga cenggini kan? Renung-renungkanlah.

Di sini saya share sedikit kelebihan suppliment di atas


Cuba anda bayangkan, dengan spend beberapa sen saja dari poket anda sehari anda boleh dapat banyak khasiat untuk kesihatan tubuh anda. Berbaloi ke baloi!!


Panel Dah Cover Kos Perubatan

Saya maklum anda akan beri alasan, tak keluar duit pun nak beli ubat, Panel dah cover. jimat sikit...

Saya hormati pilihan anda. Pilihan ditangan anda, pilihan ditangan anda. Panel always cover kos perubatan anda dan tidak pernah cover kos suppliment yang anda perlukan.



Kalau saya lah kan, saya fikir macam ni

"Takkan Dah Kena, Baru Nak Terngadah"

Apa yang saya nak share di sini, sama ada anda tahu atau tidak. sebarang ubat-ubatan hospital bila diamalkan dalam jangkamasa yang lama akan menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik.

Sebelum ini saya pernah bincangkan bahaya ubat-ubatan dalam entri yang lepas-lepas.
Sila ke klik

Dan impaknya jauh lebih teruk lagi sekiranya buah pinggang gagal berfungsi, akibatnya, kebarangkalian untuk mendapat penyakit 3 serangkai adalah cerah iaitu jantung, diabetis dan tekanan darah tinggi (penyakit glemer di Malaysia).

Saya doakan rakan-rakan saya tidak tergolong dalam penyakit glemer ini.

Suplemen adalah sebahagian daripada makanan. Dan SUPLEMEN adalah salah satu FAKTOR yang menyumbang kepada KESIHATAN MANUSIA. UBAT-UBATAN pula adalah SUMBER RACUN UTAMA terhadap TUBUH MANUSIA.
Pilihan ditangan anda. Fikirkanlah...sekiranya ubatlah menjadi pilihan anda, anda kena ingat apakah akibatnya kelak. 

"Prevention is better than cure"

Kita ada pilihan sama ada MENCEGAH atau MENGUBATI. Percayalah, bila anda congaklah. Hakikatnya MENCEGAH lebih MURAH dari MENGUBATI.
Important thing, kita kena pandai pilih produk yang HALAL, SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN.

satu lagi yang penting, ianya pasti MAMPU-MILIK!!

Ingat!! kesihatan tiada galang gantinya even dengan emas sekalipun. Bersyukur dengan NIKMAT KESIHATAN yang Allah kurniakan.


Terima kasih kerana membaca.


kredit to mommyshahab


Sekiranya anda suka entri saya kali ini dan boleh beri manfaat kepada orang lain sila klik button LIKE dan SHARE supaya lebih ramai orang yang dapat manfaatnya nanti.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!



Monday, January 5, 2015

VITA-LEA FOR CHILDREN, MULTIVITAMIN HEBAT UNTUK SIMANJA

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat fiezabard sekalian? Saya doakan anda dalam keadaan sihat walafiat dan dilindungi Allah. Anak anda bagaimana? Sihat? Adik sihat ke?

Saya bertanya begitu kerana entri kali ini saya nak fokus dengan kesihatan anak-anak.

Berapa ramai yang peka dengan kesihatan anak-anak mereka. Kalau tak ada anak, berapa pekakah anda dengan pemakanan adik anda, anak sedara anda, anak jiran anda?

Perasan tak? biasanya sekiranya rakan-rakan anda atau anda even saya sendiri. Apa menu untuk majlis Hari Kelahiran anak anda?

seronok anak-anak bila dapat goodies macam ni kan?
 Cer tengok apa dalamnya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ini kan isi dalam goodies bag tu
Sejauh mana isi dalam goodies itu makanan yang sihat untuk anak-anak kita. Anak-anak tentunya tak menolak makanan ini. Lagi-lagi anak saya. Berebut-rebut merengek-rengek nak dapatkan makanan yang tak tentu khasiatnya ini.

Makanan di kantin

Kalau anda perasan apa makanan yang dihidangkan di kantin-kantin sekolah? Minggu hadapan anak-anak saya dah memulakan sessi persekolahan 2015.

Pengalaman saya yang menyekolahkan 3 orang anak sejak 4 tahun lalu, rata-rata mereka lebih suka makan makanan junkfood di sekolah.

Bila balik sekolah saja, saya tak miss bertanyakan apa yang mereka makan waktu rehat sekolah kebangsaan dan sekolah agama.

Tau tak apa jawapan mereka?

Ibu tanya : "Duit RM 5 yang ibu bagi beli apa siang tadi" (soalan lazim bila mereka balik sekolah)

Mereka jawab : " RM1 beli hotdog 2, nasi lemak RM 1, maggi campur telur RM1.60, nugget 2 keping RM1"

alaaaa....kesiannyaaa anak-anakku. Apalah nilai RM5 anak saya sehari untuk khasiat nutrisi harian mereka.

VITA-LEA MULTIVITAMIN UNTUK KANAK-KANAK

Pada 1 Januari 2015 yang lalu saya diberitahu Vitalea Multivitamin Untuk Kanak-kanak yang dah 3 tahun menyepi, kembali semula.

Macam nak melonjak kegembiraan saya saat itu. Sebab dah lama saya tunggu Multivitamin ini untuk diberikan kepada anak-anak saya.

Yeh! Vita-Lea coming back!
Tahu tak, sejak saya join inilah satu-satunya vitamin yang tak pernah saya pegang. Sebab masa saya join pada September 2013, Vita-Lea For Children ini dihentikan jualannya buat sementara waktu untuk proses improvise multivitamin ini.

Lazimnya, Shaklee ini adalah syarikat vitamin yang berprestij tinggi. Bila sesuatu produk yang mereka ingin improvise, proses kelulusan dan proses kehalalannya juga dilakukan sekali lagi seperti produk baru.Itu yang memakan masa yang lama.

Dan kini Multivitamin Vita-Lea untuk kanak-kanak ini muncul kembali setelah hampir 2 tahun penantian dengan FORMULA YANG DIPERBAIKI! Bestlah...

Tau tak kalau anak kita sering demam, selsema dan batuk, itu tandanya anak kita lemah antibodi kerana kekurangan vitamin yang menyokong antibodi dalam tubuh seperti kalsium, vitamin C, Vitamin B, Vitamin D dan banyak lagi. Kebanyakan vitamin tidak boleh terbina sendiri oleh tubuh. Ia perlukan dari sumber luar.

Macam mana nak cukup vitamin kalau dah tiap-tiap hari dah disogokkan dengan makanan yang tidak berkhasiat.


Cuba anda bayangkan, bayanggg...bayanggg...sempatkah kita nak memastikan anak-anak kita mengambil nutrisi yang seimbang?

Berapa mangkuk mereka makan buah sehari?
Berapa cawan mereka minum jus oren asli? Larat ke nak perah setiap kali hidangan.
Berapa gelas susu mereka minum?
Berapa mangkuk brokoli mereka makan? ...haaaa...brokoli (musuh ketat anak-anak saya)

Gaya hidup kita sekarang tidak memungkinkan kita memenuhi keperluan nutrisi mereka setiap hari. kesiannnnkan? kesian anak kita.

Kelebihan Vita-Lea For Children Yang Perlu Kita Tahu

Jom kita tengok apa ada dalam Vita-Lea yang telah di'improvise' kandungannya.

kandungan Vita-Lea For Children yang telah ditambahbaik

Beza Vita-Lea For Children Shaklee dengan Multivitamin Produk lain di pasaran




Terdapat 18 jenis nutrisi yang diperlukan oleh kanak-kanak ada dalam Vita-Lea. Sedangkan produk lain ada yang tidak lengkap nutrisi multivitaminnya.

Terpulang kepada kita inginkan yang terbaik untuk anak kita atau yang biasa-biasa saja.

Yang paling utama, Vita-Lea 100% diekstrak dari sumber semulajadi. Ia nya tidak mengandungi perasa, pewarna, pengawet atau pemanis tambahan.

Rasanya adalah semulajadi rasa anggur yang sedap yang pasti digemari oleh anak-anak. Ia mudah dikunyah dan rasa manis-manis buah anggur yang semulajadi yang tidak merangsang kaviti.


Ini yang membuak-buak lagi saya nak mencuba untuk anak saya Vita-Lea ini. 

Tak caya tak apa, buat je!

Sebelum tu saya jenguk-jenguk dulu testimoni di google. Saya jumpa ini.


 kredit to CTSumiza

Dah ada proven, boleh lah cuba.

Tambahan lagi bulan Januari 2015 ini ada PROMOSI. Siapa BELI 3 Dapat FREE 1. Siapa BELI 6 Dapat FREE 2!! tak gitu. menggoda betullah. PROMOSI BERAKHIR PADA 31 JANUARI 2015.



Sementara tengah promo ni jom kita grab. Sesiapa yang nak cuba boleh hubungi saya ok!

Cuba anda bayangkan sekiranya anak-anak anda sering sakit, tentu anda terpaksa ambil cuti kecemasan.

Berapakah sangat nilai pelaburan demi kesihatan anak-anak anda. Anak-anak sihat, ibu-bapa pun ceria dan gembira. Kerja pun dalam keadaan tenang.

Untuk alternatif, Shaklee ada juga menyediakan Multivitamin dalam bentuk susu iaitu MEALSHAKE untuk anak-anak yang tidak suka menguyah.

Sila ke klik photo untuk kebaikan MealShake kepada kanak-kanak

http://fiezabard.blogspot.com/search/label/Mealshake


Terima kasih kerana sudi membaca.

Sekiranya anda suka entri saya kali ini dan boleh beri manfaat kepada orang lain sila klik button LIKE dan SHARE supaya lebih ramai orang yang dapat manfaatnya nanti.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!