Sunday, August 5, 2018

Malam Ramadhan Yang Tragis: 5 Pilihan Mengatasi Sakit Batu Karang Dalam Buah Pinggang

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Kak fieza doakan anda dilindungi Allah swt. Lama betul Kak fieza tak menulis panjang-panjang macam ni ye. Maklumlah, baru jadi Mak Yong semula. Dalam trimester pertama memang sangat meletihkan dan memalaskan. Alasankan.

Oklah, saya tak nak cerita panjang lagi. Kali ini Kak fieza nak cerita kisah tragis yang berlaku dalam bulan Ramadhan yang lalu.

Malam Ramadhan yang tragis

Pada malam ramadhan yang lalu, balik saja dari solat terawih, tetiba suami Kak fieza tertonggeng-tonggeng dan mengerang kesakitan.

Pelik juga. Macam nak beranak gayanya. Suami mengadu belakang dia teramat sakit dan beberapa kali keluar masuk bilik air kerana muntah.

Alamak, alahan hamil berpindah ke suami ke?

Masa tu kebetulan saya baru 5 minggu hamil dan saya memang mengalami alahan hamil yang tak begitu teruk. Cuma rasa keletihan sedikit. Rasa nak baring je. Muntah-muntah tak de la pulak. Sebab tu la Kak fieza suspect suami pulak yang kena alahan 😆😆😆😆

Tapi, bila tengok keadaannya semakin serius. Kak fieza bawa suami ke hospital Annur Hasanah Bangi malam tu jugak. Waktu tu dah jam 11 malam.

Dalam keadaan yang lemah dan letih, terpaksa jugaklah Mak Yong memandu menemani suami. Suami tak boleh memandu tika itu sebab menahan sakit yang teramat sangat.


Nampak tak keadaan suami Kak fieza. Memang tak boleh selindung. Wajahnya menggambarkan betapa seksanya dia melawan sakit yang ditanggung.

Pada mulanya suami Kak fieza tak nak kena cucuk sebab takut sangat dengan jarum. Doktor pun beri ubat tahan sakit dan boleh balik.

Baru je sepelaung Kak fieza memandu nak pulang, suami menonggeng-nonggeng semula dalam kereta menahan kesakitan semula. Ubat tahan sakit yang dimakannya tak dapat mengatasi kesakitan yang ditanggung.

Apa lagi Kak fieza patah balik ke hospital. No kompromi, suami Kak fieza perlu drip air 2 botol dan cucuk ubat tahan sakit dan ubatan lain.

Doktor suspect suami diserang gejala Batu Karang di buah pinggang bila dikaji dari simptom-simptom yang diceritakan. Doktor nasihatkan supaya rujuk kepada pakar.

Rujuk Hospital Pakar KPJ Kajang

Esok paginya kami ke Hospital Pakar KPJ Kajang untuk rawatan seterusnya.

Di sana suami saya perlu menjalani CT Scan untuk mengesan batu karang di buang pinggang secara terperinci. Sebelum itu sekali lagi suami perlu drip air, tetapi kali ini hanya 1/2 botol saja memandangkan suami Kak fieza masih terasa kesakitannya.

Tak lama pun buat CT Scan tu, 15 minit je dan menunggu dalam 1/2 jam dah dapat keputusan.

Keputusan CT Scan dapati ada 4 batu karang di dalam buah pinggang suami Kak fieza dan 1 telah keluar dengan sendirinya.

3 batu masih tinggal. Allahuakhbar, ku ingat 1 batu. Ada lebih dari 1 batu rupanya.




Buah pinggang kanan terdapat 2 batu berukuran 4 mm dan 5 mm. Buah pinggang sebelah kiri pula terdapat batu sebesar 3 mm.

Apa itu Batu Karang?

Saya tanya apa sebenarnya batu karang ni?

Doktor jawab,

Batu karang ni terjadi daripada mineral terlarut yang telah terkumpul pada lapisan dalaman buah pinggang. Biasanya batu karang ni terdiri daripada calcium oxalate dan sebatian lain.

Saiznya boleh berkembang hingga sebesar saiz bola golf dan strukturnya tajam dan berkristal.


Sekiranya saiznya kecil boleh keluar sendiri melalui saluran air kencing tanpa disedari.

Memandangkan strukturnya yang tajam dan berkristal akan mengakibatkan kesakitan melampau apabila batu tu melalui saluran air kencing (ureter) yang hanya berdiameter 3 mm sahaja.


Patutla suami Kak fieza menonggeng-nonggeng menahan sakit. Batu yang satu lagi tu dah keluar la tu ikut saluran air kencing yang sempit. Fuhhh....tak dapat bayangkan 😣😣😣

Suami juga ada mengadu air kencingnya ada darah jernih. Ini adalah antara simptom batu karang.

Punca Batu Karang

Doktor kata lagi punca utama batu karang adalah disebabkan kekurangan air dalam badan.

Bila diingat balik. Suami saya sebelum ni memang kurang minum air memandangkan kerjanya sentiasa berada di luar kawasan dan travel. 

Mengikut pengalaman doktor yang merawat pesakit batu karang ni biasanya mereka kurang minum air seperti yang disyorkan untuk setiap individu sepatutnya minum sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas sehari atau mencukupkan sekurang-kurangnya 2 liter air sehari.

Bila air tidak mencukupi, makanya asid urik tidak mudah terlarut dalam air kencing. Air kencing menjadi lebih berasid dan kebarangkalian pembentukan batu karang lebih besar. 

Gejala dan Tanda-Tanda Sakit Batu Karang Melanda

Biasanya, tanda-tanda atau gejala yang sering menyerang pesakit batu karang adalah seperti


  • Darah dalam air kencing (air kencing berwarna merah, merah jambu, atau coklat)
  • Muntah
  • Loya
  • Air kencing yang berbau busuk
  • Menggigil
  • Demam
  • Kerap buang air kecil
  • Jumlah air kencing yang sedikit

Biasanya pesakit tidak akan menyedari mereka ada batu karang sehingga batu tersebut mula bergerak ke bahagian ureter.



Tika itu mereka akan mengalami sakit di bahagian kiri dan kanan pinggang hingga melarat ke bahagian belakang atau abdomen seperti yang suami Kak fieza alami. Sebab tu tertonggeng-tonggeng suami menahan sakit melampau. Kesakitan yang teruk ini dipanggil kolik buah pinggang atau “renal colic”.


Namun begitu ada juga kes yang pesakit tidak merasai sakit bila batu karang bersaiz kecil.

================================

Selepas mendapat rawatan pesakit luar hari itu, doktor menasihatkan supaya mendapatkan rawatan susulan dengan Doktor Pakar Urologi selepas hari raya.

Jumpa Pakar Urologi

Temankan yang tersayang saat Anniversary perkahwinan kami yang ke - 15

Rawatan susulan ini memerlukan suami menjalani CT Scan sekali lagi. Sebelum tu doktor hanya menjalankan Ultrasound ke atas suami saya. Ultrasound seperti doktor scan baby dalam perut. Keadaan terperinci buang pinggang tak dapat diperhatikan. Lantas, doktor ambil keputusan buat CT Scan untuk kali ke-2 pada appointment yang akan datang.

CT Scan Kali Ke-2

Takutnya masuk dalam terowong masa nih. Inilah yang telah dilalui oleh suami saya. CT Scan kali ke-2.

Dari CT Scan kali ke-2, inilah keputusannya.


Nampak macam dah mengecil batu karang dari 4 mm sebelum ni ke 3.2 mm




Doktor kata, buah pinggang kanan suami bengkak berbanding buah pinggang kiri.

Ini disebabkan terdapat 2 batu karang dijumpai di buah pinggang kanan. 1 batu berukuran 3.2 mm dan yang satu lagi berukuran 5 mm.

Manakala batu di sebelah kiri yang dijumpai semasa rawatan pertama pada bulan Ramadhan yang lalu tidak pula kelihatan kali ini. Mungkin dah keluar dengan sendirinya atau saiznya terlalu kecil.

Pilihan Rawatan Batu Karang

Pakar urologi menjelaskan terdapat beberapa rawatan untuk batu karang mengikut jenis batu karang tersebut.

Antara pilihan rawatan yang ada:


1. Ubat



Ubat yang normal diberikan kepada pesakit ialah ubat tahan sakit yang merupakan ubatan narkotik. Sekiranya ada jangkitan, pesakit akan diberi antibiotik.


Kalau melibatkan ubat tahan sakit dan narkotik pula lebih merbahaya. Sebab sekiranya diambil dalam jangka masa panjang akan mengakibatkan sakit buah pinggang yang teruk pula nanti hingga boleh ke tahap didialisis. Lain penyakit nak diubati, penyakit lain pula dapat nanti.

2. “Lithotripsy”

Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi untuk memecahkan batu-batu besar supaya ia dengan mudah melepasi ureter yang kemudian masuk ke dalam pundi kencing. Prosedur ini boleh menjadi tidak selesa dan mungkin memerlukan anestesia ringan. 

Risikonya bagi rawatan ini, ia boleh menyebabkan lebam pada bahagian abdomen dan belakang dan pendarahan di sekitar buah pinggang dan organ-organ berhampiran.

Doktor kata lagi, sekiranya kebarangkalian gelombang bunyi itu tidak memecahkan batu tersebut disebabkan sedikit pergerakan badan juga akan terjadi. Jadi pecahan batu tersebut mungkin gagal dilakukan.

3. “Percutaneous nephrolithotomy”

Batu-batu dikeluarkan melalui potongan kecil di bahagian belakang pesakit. 

Prosedur hanya dilakukan sekiranya:
  • batu itu menyebabkan halangan dan jangkitan atau merosakkan buah pinggang.
  • batu itu terlalu besar untuk melepasi saluran kencing. 
  • Kesakitan tidak boleh dikawal.

4. Ureteroskopi

Apabila batu tersekat di dalam ureter atau pundi kencing, doktor sarankan membuat rawatan menggunakan instrumen yang dipanggil ureteroskop untuk mengeluarkannya. 

Wayar kecil dengan kamera yang dilekatkan dimasukkan ke dalam uretra dan juga ke dalam pundi kencing. Doktor kemudian menggunakan sangkar kecil untuk memecahkan batu itu, menangkap dan mengeluarkannya. Batu itu kemudiannya dihantar ke makmal untuk dianalisis.

Kebanyakkan pilihan rawatan yang disyorkan itu memerlukan kos perubatan yang sangat tinggi antara RM4,000-RM10,000. Allahuakhabar, mahalnya nak bagitau.

5. Minum air mencukupi 3.5 liter sehari

Alhamdulillah, untuk kes suami saya yang tidak begitu kritikal, doktor hanya sarankan suami minum air secukupnya. Doktor sarankan minum air sekurang-kurangnya 3.5 liter sehari untuk melarutkan asid urik yang banyak dalam badan.

Dengan cara ini, batu tersebut dapat keluar dengan sendirinya melalui saluran air kencing.

Pantang larang

Disamping itu doktor juga menasihatkan kurangkan makanan
  • kekacang
  • makanan bergaram
  • minuman berkabornat
  • kurangkan protein haiwan
  • kurangkan minuman berkafein
Makanan yang disyorkan

  • Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 3.5 liter sehari (wajib).
  • Makanan yang kaya dengan vitamin B6 dan potassium seperti Barli, kentang, bunga kobis dan pisang.
  • Banyakkan makan sayur dan buahan berserat seperti tembikai.
Makanan Tambahan Semulajadi

Sebagai seorang isteri, Kak fieza sangat bersimpati dengan kesakitan yang suami tanggung. Pernah dengar, bagi pesakit wanita yang pernah sakit batu karang ni mereka kata, kesakitan batu karang ni lebih sakit dari sakit nak beranak.

Allahuakhbar, Kak fieza dah pernah merasai sakit beranak. Jadi, dapat merasai  dan bayangkan betapa sakitnya suami ketika gejala batu karang menyerang.

Atas rasa simpati, setiap hari Kak fieza pastikan suami Kak fiza tak miss ambil VIVIX sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan gejala batu karangnya dan mencegah dari sakit batu karangnya berulang.

Alhamdulillah, setelah sebulan konsisten makan VIVIX, kesihatan suami bertambah baik. Gejala batu karangnya semakin berkurang. Ada sesekali mengadu sakit tetapi tidak keterlaluan.

Sakit itu kemungkinan besar batu yang masih tinggal mula nak turun ke pundi kencing.



Feveret Suppliment En Badrul Hisham. VIVIX DIHATI ❤❤


Bagaimana VIVIX bertindak mengatasi sel-sel rosak?

Bila salah satu anggota badan anda telah terbabit dengan gejala seperti batu karang ini, tentu sel-sel badan kita telah rosak. 

Vivix berupaya mencegah dan memperbaiki sel-sel rosak hingga ke tahap DNA. Kandungan Vivix pula adalah dari sumber semulajadi dan produk yang telah dipatenkan. Vivix juga telah menjalani ujian klinikal secara terperinci terhadap kandungannya sedangkan kebanyakkan produk makanan tambahan tidak perlu ujian klinikal sebenarnya. Tetapi Shaklee tetap buat ujian klinikal untuk setiap produknya. Ini menunjukkan Shaklee begitu komited dengan pengeluaran produk mereka. VIVIX adalah produk eksklusif hanya dari Shaklee.

Bagaimana produk ini dipatenkan? Jemput baca perkongsian saya di sini

👉👉👉👉 8 PATEN PENDING SELAMA 8 TAHUN KAJIAN



Saya hanya beri sesudu sehari kepada suami.

VIVIX ni apa sebenarnya hingga sesudu saja dapat mencegah Batu Karang dari bermaharajalela.

Apa itu Vivix?

Vivix mengandungi campuran Polifenol semula jadi dari anggur Muscadine luar biasa, Polygonum Cuspidatun, Ederberi Eropah dan Lobak Unggu direka untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan dan ianya dipatenkan.



Sila ikuti perkongsian tentang VIVIX dan suami Kak fieza ni ye.

Sila klik di bawah

👉👉👉👉WOW! Suamiku Jadi Badang Gara-Gara VIVIX!!

Lagi kisah VIVIX yang menarik yang perlu anda tahu

👉👉👉👉AWAS! Pertama Kali Diserang Vertigo
👉👉👉👉Wonderful Life With Vivix


Testimoni suami saya setelah sebulan konsisten ambil VIVIX.


Kebetulan bulan Ogos 2018 adalah Bulan VIVIX.

Banyak tawaran hebat yang ditawarkan oleh Shaklee khas untuk pengguna VIVIX yang disayangi.

TAWARAN ISTIMEWA VIVIX BULAN KEMERDEKAAN


Kak fieza dan suami takkan lepaskan peluang keemasan tawaran ini.

Bukan selalu ada tawaran hebat ni tau.

Mudah-mudahan suami Kak fieza bebas dari gejala batu karang dan dikurniakan kesihatan melimpahan ruah dari Allah swt.

Sekiranya anda ada simptom-simptom batu karang berikut:

👉 sakit di bahagian kiri dan kanan pinggang hingga melarat ke bahagian belakang atau abdomen
👉 Darah dalam air kencing (air kencing berwarna merah, merah jambu, atau coklat)
👉 Muntah
👉 Loya
👉 Air kencing yang berbau busuk
👉 Menggigil
👉 Demam
👉 Kerap buang air kecil
👉 Jumlah air kencing yang sedikit

Kak fieza sarankan cepat-cepat jumpa doktor ye. Jangan biarkan batu karang anda melarat.

Rezeki kesihatan ALLAH swt yang beri. Kita BERDOABERUSAHA untuk menyembuhkan dan BERTAWAKAL supaya sentiasa dikurniakan kesihatan untuk beribadah kepadaNya.

Terima kasih kerana sudi membaca kisah 'Batu Karang' suami Kak fieza. Sekiranya anda atau rakan anda mengalami seksaan gejala batu karang seperti suami Kak fieza, mohon anda SHARE perkongsian ini supaya lebih ramai yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan perkongsian sedikit yang diberikan ini mendapat syafaat di akhirat kelak.

Kepada anda yang ingin mendapatkan VIVIX dengan tawaran hebat hanya pada BULAN OGOS 2018 ini sahaja boleh hubungi saya seperti nombor tertera di bawah.

Tawaran hanya sah dari 1 Ogos - 31 Ogos 2018 Sahaja OK!

Contact Kak fieza segera supaya tidak terlepas dengan tawaran hebat nih.

KLIK 'Nak Vivix' DI BAWAH

👉👉👉👉 NAK VIVIX


Jom amalkan VIVIX untuk TAMBAHKAN KUALITI KESIHATAN anda

Hubungi Kak FIEZA (019-211 8757) segera untuk HARGA TERBAIK!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

TAWARAN HEBAT VIVIX 1-31 OGOS (SEMPENA BULAN MERDEKA)
🌟BUY 6 FREE 1🌟
🌟BUY 2 GET 5% OFF🌟
✅FREE SHAKLEE MEMBERSHIP!
✅FREE DELIVERY!

✅CASH BACK UP TO RM250!



EKSKLUSIF COOLER BAG DAN SPECIAL SPOON VIVIX boleh didapati dengan belian Tawaran Bulan MERDEKA ini ❤❤❤

KLIK 'Nak Vivix' DI BAWAH

👉👉👉👉 NAK VIVIX
👉👉👉👉 NAK VIVIX
👉👉👉👉 NAK VIVIX
-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

hafizahmahfoz

pages:

Purplehomeshoppe

Thursday, August 2, 2018

Kenapa dah Makan Kalsium Masih Sakit Belakang?

Assalamualaikum wbt.

Hai apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi sekalian. Saya doakan sahabat sekalian dalam lindungan Allah swt.

Lama benar saya tak bersiarankan? Lama betul blog ni terperap.Bz sangat la kot konon.

Kali ini entri saya mengisahkan suatu hari perbualan antara saya dan bos.

Baca ye 😊😊😊

Sudah Makan Kalsium Tapi Masih Krem

Wife bos saya ni sedang hamil 5 bulan.

Bos :"wife dah makan kalsium. bila malam selalu KREM. Tiap-tiap hari ngadu sakit belakang. masih tak cukup ke Kalsiumnya"

Fizah :"oh...dah makan kalsium ke, Nak ambik kalsium bukan boleh tangkap muat je bos.

Seorang ibu mengandung sangat perlukan Kalsium 3x ganda dari orang biasa. Busuk-busuk pun 1000mg-1300mg Kalsium yang mereka perlukan.



Cuba bos tengok label Kalsium yang wife bos makan. ada Magnesium tak? dan berapa mg sukatannya dlm 1 tablet.

Kalsium dan Magnesium Kembar Siam

KALSIUM dan MAGNESIUM ni macam kembar siam tau bos.
KALSIUM perlukan MAGNESIUM dan MINERAL lain untuk membantu serapan Kalsium secara optimum ke dalam tubuh. Tanpa magnesium dan mineral, sia-sia je ambil Kalsium tapi tak de kesan.

Macam mana nak berkesan, Kalsium tak de kenderaan nak ditumpang untuk sampai ke tulang dan badan. Magnesium ni ibarat kenderaan buat Kalsium. Silap haribulan boleh kena batu karang pulak bila Kalsium terenap tanpa disebarkan."

Saya faham sangat situasi wife bos tu sebab saya pun pernah alaminya sebelum jatuh cinta dengan #OSTEMATRIX. Bukan saja berdarah gusi, kopak gigi...sakit belakang, krem, lenguh2, sembelit semua saya hadap masa pregnant dulu.

Dah anak 5 baru lah saya dapat solutionnya...kesian kat saya kan bos.

Nak tahu macam mana kisah tragis saya tanpa Kalsium Magnesium secukup zaman dahulu kala jemput baca di link 👇👇👇




TESTIMONI OSTEMATRIX

Testimoni 1


Testimoni 2


Testimoni 3


#sakitbelakang
#kalsium
#krem
#gusiberdarah
#osteoporosis
# Ostematrix
# Gusiberdarah
# Gigigoyang
# KalsiumMagnesium
# LiveAmazing
# SetPregnancy
# MengandungSihat


Sekiranya anda suka dengan entri saya sila tekan button SHARE dan LIKE di bawah. Semoga dengan sekali tekan anda ramai yang akan dapat manfaat. Anda akan dapat pahala FREE je.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

hafizahmahfoz

pages:

Purplehomeshoppe