MY SUCCESS JOURNEY BEGINS

SHAKLEE MOTIVATION AND RECOGNITION.

MY BIG HAPPY FAMILY

My Business Push Factor .

MY AWESOME BUSINESS MENTOR

MFMS THE MOST FANTASTIC AND TEAM SHAKLEE IN MALAYSIA.

EBOOK SORRY BOSS

Ebook PERCUMA. DOWNLOAD SEKARANG!!.

Saturday, November 12, 2016

PROGRAM HIJAB 2016! ANGGUN BERHIJAB, INDAH BERAKHLAK

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat fiezabard? Saya doakan anda sihat walafiat disamping keluarga tercinta.

Baru-baru ini pada 12/11/2016 ni fiza dan kawan-kawan muslimah diberi rezeki masa dan kelapangan untuk mengikuti program HIJAB 2016 bertema ANGGUN BERHIJAB, INDAH BERAKHLAK anjuran IMWU (International Muslim Women Union). Program diadakan di Perpustakaan Tun Uda Shah Alam Seksyen 13.

Seronok dapat outing bersama-sama rakan-rakan muslimah. Bukan outing shopping ye. Tapi outing menuntut ilmu, dan berada di taman-taman syurga.

Terima kasih kepada ketua rombongan cik kiah, Kak Normah yang dikasihi dan Hafizah Yahya (sama nama dengan saya) selaku penggerak program ini.

 Cik Kiah dah ready nak bertolak ke Shah Alam, tempat event. Kami berkumpul di Surau Al-Mustaqim sebelum pukul 8 pagi. Bas sampai 5 minit kemudian. Akak bawak bekal tupperware you. Tolong bawak je. Bekal tu dari Cik Noriah.

 Akak kawasan Kak Normah selaku ketua rombongan Cik Kiah mengajak kawan-kawan naik bas. Bas dah sampai.

 Geng masak kecoh nak naik bas

 Eh dalam bas macam dalam hotel lah. Eksklusif betul. Ada sofa.

 Bawak bekal lagi you. Kak Normah selaku kakak kawasan dan Acik Noriah bawak bekal untuk keluarga besar Muslimah Taman Lestari Putra.

 Eizzatul dan Aina kawannya excited naik bas. Kami jarang naik bas. Last Eizzatul kata masa dia rombongan tadika.

 Ibu dan anak serupa tak?

Saya suka duduk depan. Dulu-dulu masa zaman bujang pun suka duduk depan sekiranya naik bas.

Dah sampai Perpustakaan Tun Uda Shah Alam

Register dulu, dapat goodies

 Dapat majalah SOLUSI lah. Ada voucher lunch pula tu. Dah la program FREE. Dapat makan pula tu. Semoga pihak penganjur dipermudahkan dan ditambah-tambah rezeki.

 Selfie dulu


Gembiranya wajah-wajah ayu muslimah Al-Mustaqim


Saya bawa anak dara saya turut serta


Tengok tu cik sue tabah bawa baby dia bersama mengejar ilmu akhirat. Warga veteran LEP juga tak ketinggalan turut serta.


Gaya ayu la tu

Program Hijab dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Yusof dari JAIS


Kemudian kata alu-aluan pula oleh Ustaz Basori bin Umar



PU Rahmat selaku moderator memulakan program. Lawak juga PU Rahmat ni ye.


 Dr Robiah suka berdiri semasa ceramahnya. Itu agaknya rahsia awet mudanya.

Program dimulakan oleh Moderator PU Rahmat mengemukakan soalan kepada Dr Robiah K. Hamzah.

MAKSUD HIJAB

Hijab - apa sahaja yang digunakan untuk menutup contohnya kain untuk menutup hingga ke dada.

Kesilapan bertudung sekarang tudung dijadikan sebagai PERHIASAN. Contohnya tudung F****A yang banyak kerawang cantik bertingkat-tingkat tapi tak mengikut syariat. Harga dia boleh tahan pulak tu.

CIRI-CIRI HIJAB IKUT SYARIAT
1. Tebal
2. Tak nampak bentuk tubuh
3. Tidak melekat (Tidak nampak sesuatu yang tak harus nampak)
4. Ukuran - tudung yang ikut ukuran syariat
5. Menutup 'perhiasan'

PU Rahmat ada tambahan, katanya Ustaz Kazim pernah berkata sekiranya tak nak pakai tudung boleh, pakailah kotak. Asalkan menutupi.

Boleh pakai tudung lilit-lilit tapi jangan TABARUJ.

HIJAB HATI DULU KE, HIJAB KEPALA DULU?

Allah beri kita:
1. Fizikal
2. Mental
3. Emosi
4. Hubungan dengan Allah

Untuk menjadi apa pun bina hati dulu.

Ajar kepada anak. Basuh tangan untuk apa?
Basuh tangan sebab tangan hadiah dari Allah. Makanan dari Allah. Tangan dipinjamkan dari Allah.

Kenapa pakai tudung? Why Allah kata kena pakai hijab?

1. Melambangkan kita akur kepada perintah Allah dan RasulNya.
2. Ilmu Hijab No 1.

Latih anak-anak berhijab dari kita sendiri. Ibu bapa jadi contoh. Sekiranya mak pakai tudung, bapaknya pakai seluar pendek pun something wrong jugak.

Nak berhijab kena ada:
1. Ilmu
2. Ibu beri contoh kepada anak-anak. Apa salahnya belikan tudung yang paling cantik kepada anak-anak supaya anak-anak suka dan termotivasi nak pakai tudung.
3. Penguatkuasaan/Perihatin
Salah satu cara supaya anak-anak terdidik untuk bertudung dengan sekolahkan anak di sekolah yang uniformnya menutup aurat.


PU Rahmat ada advice beri sistem dalam berhijab. Ramai orang percaya tuhan, tetapi ramai orang tak tahu tuhan.

Kalau tentera yang berpakaian uniform sudah tentu berdisiplin tidak melakukan kesalahan. Jadi samalah dengan wanita yang sudah tentu perlu memakai 'uniform' dari ALLAH. Adakah wanita ini boleh berdisiplin dengan syariat Allah seperti tentera berdisiplin.



KENAPA WANITA PAKAI TUDUNG TAPI BUAT MAKSIAT

PU Rahmat membawa isu kenapa ramai wanita yang bertudung tapi ada yang merokok. Ada juga orang yang pakai tudung tapi curi laki orang.

Dr Robiah menjawab, pakai hijab dengan niat yakin Allah yang syariatkan. Kita takut melanggar peraturan seperti takutnya tentera yang wajib pakai uniform semasa bertugas. Sama juga seperti anak-anak sekolah wajib pakai uniform di sekolah. Kenapa uniform Allah kita perkotak-katikkan?

Kenapa masih buat maksiat?

1. Jasad bersih dan hati juga perlu bersih
2. Orang yang paling jahat adalah orang yang mengata orang lain jahat.
3. Dah pakai tudung cantik dah, tapi mata lidah dan telinga tak bertudung.

Bila tidak seimbang apa yang dipakai untuk dosa dan pahala maka maksiat akan senang berlaku.

Semasa nak menyarungkan pakaian/tudung berdoa begini:
"Ya Allah, sekiranya aku pakai pakaian ini, jangan jadikan pakaian ini menjauhkan hubungan denganMu Ya Allah"

PU Rahmat ada berkongsi, barangsiapa yang telah mengucapkan 'Lailahaillallah' (mengaku dirinya muslim) tunjukkan:
1. Akhlak baik
2. Pakaian baik

Soalan dari penonton:

Adakah kaki juga aurat?
Dr Robiah jawab: Kaki juga hijab. Hijab kita adalah seperti pakaian solat. Sah kah solat kita sekiranya nampak kaki?



Sebelum bersurai geng Muslimah bergambar kenangan bersama Dr Robiah dan PU Rahmat


Memandangkan saya ketinggalan bergambar kenangan so saya ambil peluang selfie dengan Dr Robiah. Walaupun Dr Robiah dah masuk 6 series, tapi wajahnya tetap jelita dan berseri. Sejuk je tengok...dapat peluk cium dengannya. Macam peluk cium mak saya dikampung pulak.


Siap ada autograph lagi


Dah sampai ke Surau Al-Mustaqim semula. Walaupun semua kepenatan tapi kami mampu tersenyum lagi.  Mudah-mudahan Ilmu yang diperolehi pagi tadi menjadi iktibar dan dimanfaatkan oleh para muslimah termasuk diri saya sendiri. Doakan kami istiqomah dalam memenuhi syariatNya.

Dah nampak bantal je saat nih. Dalam gambar ni macam saya pulak paling rendah. Saya paling kiri.

Terima kasih ABAM BOMBA kerana menyediakan perkhidmatan bas ke program Ilmu tadi. Pemanduan yang sangat cekap walaupun nyaris berdepan dengan lori hilang kawalan.

Setakat ini dahulu perkongsian saya kali ini. Sekiranya anda suka dengan entri saya sila SHARE dan LIKE dengan menekan button SHARE dan LIKE ye. Mudah-mudahan dengan perkongsian anda ramai yang dapat manfaatnya. Insya Allah anda juga mendapat saham kubur nanti.

Segala kekurangan saya mohon maaf. Terima kasih kerana sudi membaca.

Dahaga ILMU,
Hafizah
~design your life not by default

Friday, November 11, 2016

WOW! SUAMIKU JADI BADANG GARA-GARA VIVIX

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda dalam lindungan ALLAH swt.

Kali ini saya nak cerita kisah suami saya En. Badrul Hisham selaku Director Travel Online Jom Mari Bercuti Prestige.

Tahun 2016 ini dah masuk 3 tahun suami saya bekerja sendiri menjalankan bisnes sebagai AGEN TRAVEL setelah nekad berhenti kerja dengan majikan.

Bekerja sendiri sangat berbeza dengan kerja makan gaji. Yang saya nampak depan mata saya bagaimana suami saya bekerja sendiri, dialah kuli dan dialah bos. Kehidupannya sangat huru huru-hara hara bak kata dr Azizan Osman.  

En. Badrul buat marketing di FB, Insta, WhatsApp. En. Badrul jugalah yang buat booking hotel, Booking Event, Booking tempat lawatan. En. Badrul jugalah yang buat invoice, buat Itenary customer...

Allahuakhbar, saya yang melihat rutin kerja dia setiap hari pun letih. Kerja dioffice pun tak seletih macam tu.

Allamdulillah En. Badrul masih ada rezeki kelapangan, masa dan kesihatan untuk mengimarahkan kudratnya untuk kebajikan anak-anak.

Yang saya solute suami saya pandai membahagikan masa kerjanya dengan tugasan menghantar dan mengambil anak sekolah.

Anak kami 5 orang ye. 4 sudah bersekolah dan seorang baru 3 tahun. 

Rutin harian En. Badrul sangat sibuk. Sekiranya beliau tidak ke luar kawasan. Aktiviti harian di SOHOnya (SMALL OFFICE HOME OFFICE) sangat padat.

Contohnya dalam bulan November dan December setiap tahun adalah hari Cuti-Cuti 1Malaysia. Saat ni huru-haralah keadaan En. Badrul memenuhi kehendak pelanggan yang tak putus inginkan khidmatnya.

Last week baru saja En Badrul ke Ho Chi Minh. Bukan berpoya-poya shopping ye. Tapi beliau diamanahkan sebagai tourist guide di sana.

3 Hari 2 Malam di sana cukup memenatkan. 

Perjalanan En. Badrul ni tak kira masa. Dikala anda sedang diulit mimpi. Ketika anak masih bergelimpangan tidur, jam 4 pagi En. Badrul dah bersiap-siap untuk mengejar flight yang tak tunggu kita.

Saya belanja sikit photo perjalanan En Badrul di Hoo Chi Minh.

Kapal terbang dah jadi kenderaan rasmi En Badrul sekarang. Pemandangan dari udara Bandar Ho Chi Minh.

Sampai di sana kena naik bot pula tu

Cuaca kurang mengizinkan untuk berjimba-jimba. Lebat Hujan tu.

Terpaksalah berselubung baju hujan Tour Guide kita. Demi sesuap nasi, hujan sanggup ku redah...chewaaahhh. Kesian suamiku.

Bukan semua orang boleh buat kerja seperti En Badrul buat. All everything from A to Z beliau lakukan sendiri.

Bila balik rumah dah terbersin-bersin. sok sek sok sek...tetiba

En Badrul : " Yang buatkan Nutriferon untuk abang"

Amende NUTRIFERON ni...

Tada....

NUTRIFERON BOOSTER ANTIBODI SEMULAJADI
Kenapa Nutriferon??

Tentu anda hairankan, kenapa suami saya minta saya Nutriferon untuk melegakan selsema dan sakit kepalanya. Kenapa tak ambil paracetamol?

Kami dah sedar sangat BAHAYANYA PARACETAMOL kepada sistem badan kita sekiranya diambil secara berterusan.

Anda tak tahu bahaya PARACETAMOL?

Meh baca artikel ni (SILA KLIK) BAHAYA PARACETAMOL

Sejak kami sedar BAHAYANYA PARACETAMOL, tiada lagi simpanan paracetamol di dalam rumah.

Kami sekeluarga mengambil NUTRIFERON sekiranya ada tanda-tanda nak demam, selsema, sakit kepala dan juga batuk.

Contoh baru-baru ini saya mengalami MILD VERTIGO dimana saya mengalami sakit kepala berdenyut dan seperti bumi berputar. Saya tak ambil sebarang ubatan sintetik even paracetamol walaupun doktor bekalkan ubat pening. Jom baca kisah saya diserang VERTIGO buat pertama kalinya (SILA KLIK)

Bukan saya nak menidakkan kepada ubatan yang doktor bekalkan tetapi saya nak yang terbaik untuk saya dan saya yakin NUTRIFERON lebih SELAMAT dan LEBIH BERKESAN kerana ia adalah dari sumber SEMULAJADI dan TULEN.

Kandungan NUTRIFERON SEMULAJADI dari biji labu, benih plantago, honeysuckle Jepun dan bunga safflower (TIADA BAHAN SINTETIK/DADAH). Very rare kan tumbuhan ni. Jarang dengar. Yang selalu dengar biji labu betul ke betul?

kredit to www.vitaminkita.com

NUTRIFERON mengandungi INTERFERON!!


Apa fungsi Interferon dalam Nutriferon?

NUTRIFERON berfungsi sebagai pemangkin pengeluaran semulajadi INTERFERON tubuh. INTERFERON pula berfungsi sebagai ALARM untuk mengejutkan ANTIBODI-ANTIBODI yang sedia ada dalam tubuh kita yang selama ini tak berkerja (seolah-olah tidur dalam tubuh kita). ANTIBODI yang paling baik adalah ANTIBODI yang terbina sendiri dari dalam tubuh kita.

Saya dan keluarga tak ragu-ragu sentiasa amalkan NUTRIFERON untuk kesihatan kami.

VITA C PLUS SUMBER IMUNASI SEMULAJADI

Satu lagi suppliment yang saya selalu bekalkan untuk En Badrul sekiranya beliau bertugas di luar kawasan adalah VITA C SUSTAINED RELEASE.


Suppliment ni wajib di bawa sekiranya En. Badrul Travel.


En Badrul sarapan pagi dalam flight Malindo. Mana nak sempat sarapan di daratan sekiranya flight jam 7 pagi. Tak lupa suppliment SHAKLEE di meja makannya.

VITA C berfungsi untuk meningkatkan daya ketahanan/imunasi badan sepanjang En. Badrul travel. Anda bayangkan sepanjang perjalanan En. Badrul terdedah dengan pelbagai sumber radikal bebas dan virus ntah datangnya dari mana. Jadi, VITA C adalah langkah yang paling baik untuk 'protect' dirinya dari mudah dijangkiti penyakit.

Uniknya VITA C SUSTAINED RELEASE ini berbanding vitamin C yang melambak di pasaran adalah VITA C SR ini berupaya 'sustained' bekalan vitamin C dalam badan kita sepanjang hari at least 5 jam selepas pengambilan kerana VITA C hanya akan melepaskan khasiatnya setiap 1 jam 100mg vitamin. VITA C SR ini mengandungi 500mg dalam setiap tablet. Ini bermakna ia berupaya melepaskan khasiatnya sehingga 5 jam untuk mencukupkan habis 500mg vitamin tersebut. Faham ke Faham ni?

Jadi, badan kita sentiasa dilindungi dari dijangkiti penyakit selama mana pengambilan VITA C kita Insya Allah.


Jom kita tengok pulak ke mana En. Badrul selepas ini.


silap-silap orang tak tahan naik bot ni, boleh mabuk bot gitu.


Trip ke Sabah dah lebih 10 kali kot En badrul uruskan

kalau ke Sabah tak pekena Lobster fresh tak sah.
Cam mana En Badrul nak angkat beg-beg ni kena jadi 'badang' dulu
Kenangan di Bali

Selepas satu trip satu lagi trip menanti. Begitulah pekerjaan En Badrul.

Kesihatan, stamina dan kecergasan En Badrul perlu dijaga. Kalau tidak macam mana nak beri yang terbaik untuk customer.

Setiap malam, saya pastikan En Badrul ambil VIVIX untuk meningkatkan staminanya.

Apa pulak VIVIX ni?

Tada....

VIVIX BUAT SUAMIKU JADI BADANG

comelkan botol purple ni? Comel je rupa parasnya. Tapi jangan sangka kecil-kecil cili padi. Kesannya sangat power.

Buktinya, nak cerita ni, 2 hari lepas En Badrul baru saja balik dari Ho Chi Min. Beliau hanya ada 1 hari saja berehat di rumah dan keesokan harinya beliau perlu berangkat pula ke Sabah untuk trip yang berikutnya.

dah sampai pun Sabah En. Badrul

Demam tak jadi lepas ambik VIVIX

Sebenarnya En Badrul balik dari Ho Chi Min dah pun demam, kena hujan di sana agaknya.

Macam mana nak ke trip seterusnya ni sekiranya demamnya tak surut?

Malam sebelumnya saya beri En Badrul SESUDU KECIL VIVIX. Sesudu sahaja ye. Pagi tu jam 3.30 pagi lagi En Badrul dah bangun dari tidur dengan keadaan yang cergas kerana jam 4.00 pagi beliau perlu bertolak ke KLIA untuk ke Sabah.

Alhamdulillah syukur, En Badrul dah beransur sihat, ceria dan cergas pulak tu . Sebelum ni kalau demam ke, selsema ke sudah pasti En Badrul tak bermaya. Terbaring sajalah. 

Hebat sungguh penangan VIVIX, dengan hanya sesudu kecil telah kembalikan semula stamina En Badrul kembali cergas. Tu yang saya kata suamiku jadi badang. Ye lah, badangkan jadi kuat lepas minum tonik dot dot dot (sila baca kisah badang kepada yang belum tahu kisahnya).

Apa kandungan Vivix ni sehingga jadi suamiku badang?




Inilah kandungan utama VIVIX. Pernah jumpa ke?



Nak tahu khasiatnya

Kombinasi Nutriferon, Vita C dan Vivix Alhamdulillah dengan izin Allah En Badrul dapat meneruskan tugasannya sebagai AGEN TRAVEL yang berkaliber.

Saya nasihatkan anda yang suka travel at least membawa bersama Vita C dan Nutriferon sebagai bekalan wajib sepanjang perjalanan anda.

Cuti-cuti kalau sakit tak syok la kan. Jom Mari bercuti bersama badang saya ...hahahahhahahha...


Kombinasi Vivix, Nutriferon dan Vita C menjadikan percutian anda suatu yang menyeronokkan

Mulakan perjalanan cuti-cuti anda dengan Bismillah, tawakal dan pastikan kesihatan anda ditahap optimum. Dapatkan suppliment yang terbaik dan dijamin berkesan untuk melancarkan aktiviti percutian anda.


Rezeki kesihatan ALLAH swt yang beri. Kita BERDOA, BERUSAHA untuk menyembuhkan dan BERTAWAKAL supaya sentiasa dikurniakan kesihatan untuk beribadah kepadaNya. Travel ni satu ibadah juga ye. Salah satu riadah yang baik untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah.

Terima kasih kerana sudi membaca kisah 'BADANG' saya. Sekiranya ada kawan-kawan yang suka travel, mohon anda SHARE perkongsian saya ini supaya lebih ramai yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan perkongsian sedikit yang diberikan ini mendapat syafaat di akhirat kelak.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

hafizahmahfoz

pages:

Purplehomeshoppe

Tuesday, November 8, 2016

AWAS! PERTAMA KALI DISERANG VERTIGO! SIMPTOM, PUNCA DAN RAWATANNYA

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard? Saya doakan sahabat-sahabat yang dikasihi dilindungi Allah sentiasa.

Kali ini saya nak cerita penyakit yang baru saja menyerang saya.


VERTIGO??


Semalam dapat je surat MC terus simpan dalam wallet. Tak larat nak belek. Bila tengok balik hari ni check, rupanya saya  didiagnose "VERTIGO".


Cam mana rupanya vertigo ni? Bila anak saya tanya penyakit apa tu ibu? macam transformers ke? hahahahha....kelako la anak-anakku.

Selama ni pernah terbaca pasal Vertigo nih. Tak ambik pot langsung pun hingga semalam saya sendiri mengalami MILD VERTIGO baru tahu cam ne rasanya.

Amende VERTIGO ni? Terus ku gugel.
Vertigo merupakan keadaan dimana seseorang merasa dirinya atau ruangan di sekitarnya seolah-olah berputar.

Simptom Vertigo

Haaa...betullah tu, situasi seolah-olah dalam bilik saya macam gempa bumi. Nak bangun je saya terhoyong-hayang. Nak ke toilet tu rasa terumbang-ambing. Nak tumbang je badan ni. 

Macam dalam bot kena hempas ombak

Cer anda bayangkan anda berada dalam sebuah bot dialun ombak. Macam tu lah saya rasa saat itu. Nak berdiri tak stabil. Tapi gagahkan jugak la bangun sebab nak hantar anak-anak ke sekolah.

 macam ni lah keadaan saya diserang Vertigo semalam. Sehingga saya menaip cerita ini pun masih terasa beban kepala ni.

Kalau vertigo yang lebih dahsyat hingga muntah-muntah teruk dan loya.

Alhamdulillah, saya belum berada ditahap kritikal, boleh lagi layan si kecil Awina yang banyak karenah tu. (bila saya cuti, saya tak hantar Awina ke TASKA).

Punca Vertigo

Vertigo ni antara puncanya adalah bila anda melakukan perubahan posisi secara mendadak. Contohnya, saya akui semalam saya agak terkejut bangun tidur bila terdengar alarm phone berbunyi. Saya terus bangun secara mengejut.

Tolong jangan amalkan bangun secara mengejut seperti saya ye. Kebarangkalian anda akan mengalami gejala Vertigo tinggi sekiranya anda bangun tidur secara mengejut.

Situasi ini terjadi disebabkan darah pada otak sedang beredar mengalir dengan baik tetiba tersentap dengan keadaan perubahan posisi mengejut badan kita. Ketika inilah Vertigo akan menyerang.

Antara punca lain:
๐Ÿ”นstress - tak de la saya stress sangat. cuma agak keletihan melayan karenah anak-anak yang kian membesar seorang diri sedangkan encik suami outstation.
๐Ÿ”นalkohol - tidak sama sekali. haram minum alkohol.
๐Ÿ”นposisi tidur yang salah. Bantal terlalu rendah.
๐Ÿ”นanemia
๐Ÿ”นtekanan darah rendah
๐Ÿ”นsering mengambil ubatan sintetik/kimia secara berterusan
๐Ÿ”นsakit jantung
๐Ÿ”นstroke

Bahaya ke Vertigo?

Dalam kajian gejala Vertigo ini bukan dalam kategori penyakit kritikal seperti darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis.

Namun jangan anda pandang remeh, gejala Vertigo ini juga boleh membawa MAUT. Nauzubillahiminzalik...Matikan lah aku dalam keadaan Husnul Khotimah.

1. Sekiranya serangan Vertigo berlaku ketika anda dalam pemanduan. Potensi untuk berlaku kemalangan ketika serangan adalah tinggi. Kerana ketika ini tahap konsentrasi anda sangat lemah.

2. Vertigo juga adalah punca penyebab penyakit lain. Contoh kepala yang sangat sakit dan seolah-olah berpusing itu adalah tanda-tanda awal penyakit tumor otak. Dinasihatkan anda jumpa dengan doktor segera sekiranya ada tanda-tanda Vertigo.

3. Kehilangan pendengaran.
Sekiranya serangan Vertigo ini berulang-ulang, kebarangkalian mendapat gangguan pada telinga dan organ pendengaran amat tinggi. Kesannya kepada telinga menyebabkan organ pendengaran rosak dan akibatkan akan kehilangan pendengaran kekal.

4. Kurang produktif
Gangguan-gangguan yang menyerang akan mengganggu kehidupan harian pesakit. Macam saya, dah terpaksa ambil MC sehari. Mujur MILD VERTIGO boleh juga uruskan anak-anak.

Solusi Gejala Vertigo

Bila dah terkena gejala Vertigo ni, kenalah cari solution nak menyembuhkannya. Setiap penyakit tu pasti ada ubatnya.

Selepas ambil breakfast saya terus ambik Vitalea dan Vita C. lagipun VITA C dan VITALEA memang saya tak miss tiap-tiap hari ambil.

VITA C untuk meningkatkan daya ketahanan badan saya. 



Manakala VITALEA WITH IRON pula sebagai sumber multivitamin yang kaya dengan khasiat yang mengandungi 28 jenis vitamin & minerals yg diperlukan badan. Mengurangkan keletihan, dan untuk kesihatan & kecergasan badan. Iron penting bagi menjaga tahap hemoglobin (hb) yang sihat. Almaklumlah saya ni ada history TEKANAN DARAH RENDAH (Low Blood Preasure). kena tingkatkan tahap hemoglobin saya.



Lepas saya ambik 2 remidi ni saya rehatkan diri, tidur selepas buat sedikit kerja-kerja rumah sebagai exercise di rumah.

Malamnya saya ambil NUTRIFERON pula. Nutriferon merupakan satu formula eksklusif dan dipatenkan dan tidak dijual dikedai-kedai biasa. Dr. Kojima iaitu satu-satunya saintis yang telah membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan. Akhirnya berjaya membangunkan satu-satunya INTERFERON semulajadi di dunia (NUTRIFERON).

Nutriferon pengganti paracetamol ketika sakit kepala melanda. Nutriferon adalah dari sumber semulajadi.

NUTRIFERON berfungsi sebagai pemangkin pengeluaran semulajadi INTERFERON tubuh. INTERFERON pula berfungsi sebagai ALARM untuk mengejutkan ANTIBODI-ANTIBODI yang sedia ada dalam tubuh kita yang selama ini tak berkerja (seolah-olah tidur dalam tubuh kita). Antibodi yang paling baik adalah antibodi yang terbina sendiri dari dalam tubuh kita.

NUTRIFERON hasil dari formula SEMULAJADI, SELAMAT, TULEN dan BERKESAN. Ianya hanya dari ekstrak 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga sunflower, honeysuckle Jepun dan biji Plantago. Tiada langsung bahan sintetik dan dadah kandungannya.

Sebab itu saya percayakan NUTRIFERON.

Selain itu, antara cara nak mengurangkan gejala VERTIGO adalah:
1. tidur
2. exercise
3. kurangkan stress
4. minum air banyak at least 2 liter sehari

Selepas sehari Vertigo saya berkurang walaupun ada rasa sedikit terhuyung-hayang. Bila naik tangga office rasa macam nak tumbang tapi masih terkawal.

Saya dapat tahu ada satu lagi remidi yang saya belum ambil iaitu VIVIX.

pengakuan pengidap Vertigo dengan kehebatan VIVIX

Hampir terlupa saya dengan kehebatan #VIVIX.

Vivix berupaya membaikpulih sel-sel yang rosak dan membantu melindungi sel tubuh hingga keperingkat DNA.

Di rumah masih ada stok Vivix. Balik rumah nanti akanku ambil HANYA SESUDU sehari. Insya Allah, doakan saya pulih sepenuhnya dari serangan Vertigo ni ye. 

Sebab ada banyak testimoni yang menyatakan VIVIX sangat baik untuk perlindungan/pencegahan daripada serangan VERTIGO.

Jom tengok apa kata pengguna VIVIX terhadap VERTIGO. Testimoni #1 ada di atas.

TESTIMONI #2 : Vivix dan Vertigo


TESTIMONI #3 : Vivix dan Vertigo


TESTIMONI #4 : Vivix dan Vertigo


TESTIMONI #5 : Vivix dan Vertigo

Cukup 5 testimoni yang saya jumpa ini untuk meyakinkan saya VIVIX Insya Allah mengurangkan gejala VERTIGO saya. Mudah-mudahan dengan izin Allah Vertigo saya tidak akan menyerang lagi buat kali kedua.

Mohon anda doakan saya juga ye.

Rezeki kesihatan ALLAH swt yang beri. Kita BERDOA, BERUSAHA untuk menyembuhkan dan BERTAWAKAL supaya pulih dengan sempurna.

Terima kasih kerana sudi membaca kisah VERTIGO saya. Sekiranya ada kawan-kawan yang mengalami situasi seperti saya, mohon anda SHARE perkongsian saya ini supaya lebih ramai yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan perkongsian sedikit yang diberikan ini mendapat syafaat di akhirat kelak.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

hafizahmahfoz

pages:

Purplehomeshoppe