Showing posts with label nak bisnes dari rumah. Show all posts
Showing posts with label nak bisnes dari rumah. Show all posts

Sunday, September 22, 2019

5 Sebab Kenapa Orang Muda Patut Mulakan Bisnes Dari Awal




Assalamualaikum wbt


Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda dikurniakan kesihatan dan kebahagian dunia akhirat.

Kali ni Kak Fieza nak kongsikan kenapa anda perlu bisnes dari muda belia lagi. Kak Fieza bukan pakar motivasi, bukan juga penasihat terhormat.

Kak Fieza hanya ingin berkongsi dengan anda, dari pembacaan Kak Fieza baru-baru ini dari artikel sifufbads dan Dr Azizan Osman kenapa orang muda patut mulakan bisnes dari awal.

Kak Fieza pernah dengar rakan-rakan merungut

"Boleh lagi ke aku nak bisnes ni, umur dah setengah abad dah ni"

Manakala rakan lain pula yang lebih muda pula kata,

"Belum tiba masanya lagilah nak bisnes, tak konfiden pulak nak bisnes muda lagi ni"

Sebenarkan, dalam kamus bisnes tiada istilah dah terlambat atau terlalu awal nak bisnes.

Dalam dunia tanpa sempadan sekarang ni, ramai dikalangan remaja malah anak-anak yang masih bersekolah telah memulakan bisnes mereka.

Kenapa anda patut mulakan bisnes diusia muda?

Meh Kak Fieza ceritakan kenapa anda perlu mulakan bisnes diusia muda ye. 

5 Sebab Kenapa Orang Muda Patut Mulakan Bisnes Dari Awal

1. Kurang Komitmen Diusia Muda

Kalau anda perasan dalam usia muda anda belum banyak lagi komitmen. Komitmen dari segi masa, kewangan, kehidupan dan keluarga.

Dari segi masa, anda yang masih muda banyak lagi masa senggang memandangkan anda tidak lagi terikat dengan komitmen masa seperti orang dewasa.

Jadi, ketika usia ini banyak masa anda boleh diberikan kepada komitmen-komitmen bisnes yang bakal anda jalankan.

Terutamanya yang sedang belajar. Jadi, masa yang anda ada sekarang ini lah waktu yang sesuai untuk belajar buat bisnes.

Dari segi kewangan, anda juga belum banyak komitmen dengan kekangan kewangan seperti orang yang lebih dewasa. Orang yang lebih dewasa sudah tentu banyak hutang yang nak dilangsaikan. Belum lagi komitmen kepada kewangan keluarga.

Anda bayangkan, sekiranya orang dewasa ada hutang rumah, kereta, bayar utiliti elektrik, air, unifi, astro, bayaran yuran anak-anak, yuran taska dan pelbagai lagi komitmen yang difikirkan.

Jadi, dalam usia muda anda boleh fokus kewangan anda dengan hal-hal bisnes sebab pada usia ini, anda tidak fikirkan lagi hal-hal komitmen seperti di atas. Ada juga dikalangan anda dalam usia muda masih duduk dengan keluarga.

2. Menjana Sumber Kewangan Sampingan 

Bisnes adalah salah satu cara jana sumber kewangan sampingan yang menjamin masa depan mereka.

Salah satu cara nak jana kewangan sampingan adalah dengan menjalankan bisnes online.

Kenapa bisnes online?

Bisnes online lebih stabil, tak perlu modal yang besar, rendah risiko dan boleh jana hasil kewangan dengan mudah. 

Namun begitu walau apa pun bisnes yang nak dijalankan anda perlu ada ILMU.

Bayangkan, dalam usia muda anda dah jana pendapatan sampingan tinggi. Dan dalam masa yang sama anda ada ilmu gunakan pendapatan anda untuk melabur dalam bisnes korporat dan hartanah. Dah tentu bisnes anda lebih menarik dan kewangan anda bertambah stabil.

Dengan bisnes akan berikan anda kewangan yang lebih stabil, JIKA kita pandai uruskan kewangan dengan lebih baik.

Anda cuma perlu tahu berapa anda nak dapat pada bulan itu, dan anda berusahalah untuk capai sales target yang dah anda tetapkan. Mudahkan?

Tapi! Jangan boros. Cari ilmu pengurusan kewangan. Anda kan nak pencen awal, supaya dapat menikmati hidup dan buat apa yang anda nak buat lebih awal.
Pada zaman ekonomi yang semakin mencabar ini, generasi muda amat digalakkan untuk mencari alternatif kewangan lain agar mereka tidak sengsara pada usia tua nanti.

Daripada mereka hanya bergantung pada pekerjaan dari jam 9-5, lebih baik anda fikirkan jalan bagaimana nak jadi JUTAWAN suatu hari nanti.


3. Ada Banyak Masa Untuk Mematangkan Diri dan Menimba Pengalaman

Tiada apa yang boleh membuatkan anda menjadi matang dengan lebih cepat (pada usia muda) melainkan dengan anda menguruskan bisnes sendiri.

Dari situ, anda akan rasa betapa susahnya untuk hidup dalam kalangan jerung-jerung bisnes yang sudah berpengalaman meneroka dunia mereka. Tetapi, itulah faktor yang boleh membuatkan anda berfikir semakin KREATIF dan KRITIS untuk menyelesaikan isu-isu yang berlaku di sekeliling anda.

Apabila anda menjalankan bisnes, anda akan berhadapan dengan pelbagai ujian, halangan dan pengajaran. Apabila anda menghadapi perkara sedemikian pada usia muda, anda akan jadi semakin matang, semakin berpengalaman dalam menguruskan masalah atas tunjuk ajar mentor-mentor yang berjaya, sekaligus menjadikan anda seorang anak muda yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.

4. Kos Bisnes Yang Rendah

Sekiranya anda lahir pada tahun 70-an, anda pasti sukar nak memulakan bisnes. Dahulu memang sekiranya nak bisnes agak canggung dikalangan usia muda. 

Waktu tu nak bisnes perlu modal yang besar, perlu ada kedai, perlu pelaburan besar.

Sedangkan, dalam era kemajuan sekarang, banyak perubahan teknologi yang bangkit drastik. Media tanpa sempadan. Maklumat dihujung jari anda. Anda boleh buat bisnes dengan mudah secara ONLINE.

Syukur sangat, sekarang nak bisnes jauh lebih mudah berbanding masa zaman Kak Fieza muda-muda dulu. 

Walaupun anda masih di kolej atau di Universiti malah pelajar sekolah juga boleh mulakan bisnes dengan modal yang rendah atau tanpa modal.

Jadi, sekiranya anda adalah generasi muda, apa alasan lagi yang anda berikan untuk tidak memulakan bisnes anda sendiri SEKARANG.

5. Banyak Masa Untuk Perbaiki Bisnes



Anda mungkin ada terfikir mengenai banyak kemungkinan bila dah ada bisnes. Kerana, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi pada perjalanan bisnes anda di masa akan datang.

Air ada pasang surutnya, sama juga dengan bisnes. Ada kala anda di atas dan ada masanya anda di bawah. Itu realitinya.

Tak kira sama ada anda berjaya teruskan perjalan ini atau ia hanya separuh jalan, jangan cepat mengalah dan berputus asa. Jangan jadikan bisnes ini yang terakhir dalam hidup anda.

Anda masih muda dan ada banyak masa. Jadikan bisnes ini sebagai permulaan dan sesi pembelajaran bagi anda. Tuntut ilmu dan cari mentor. Mulakan semula kerjaya bisnes anda.

Bila anda berniaga pada usia muda, anda ada lebih banyak peluang untuk menuntut ilmu dah buat tindakan. Anda ada tenaga yang kuat, dan akal fikiran yang masih muda untuk belajar dan buat banyak perkara.

Jika anda gagal pun, anda akan lebih cepat bangkit kembali dan buat lagi.



Sekiranya anda nak bisnes, nasihat utama Kak Fieza and patut ada M.E.S.T.I

M-Mentor yang berjaya
E-Elmu (Emosi dan Ilmu)
S-Strategi
T-Target
I-Impian

Sekiranya anda dah ada semua tu. Apa tunggu lagi. Teruskan bisnes anda.

Sekiranya anda belum ada lagi 5 ASAS BISNES BERJAYA tersebut, Insya Allah, Kak Fieza boleh bantu anda.

Kak Fieza juga dulu tak pernah bisnes sehinggakan Kak Fieza join bisnes Shaklee ini. Sehingga sekarang Kak Fieza rasakan ini adalah bisnes yang mudah, ada mentor berjaya, ada strategi tersendiri, target pun jelas serta Impian kami ingin jadi Jutawan Bertaqwa.

Anda nak Kak Fieza bantu?

---------------------------------------------------------------------------------------

SETIAP KEJAYAAN BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA!!


LANGKAH PERTAMA SAYA BERMULA DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE.

ANDA BAGAIMANA? :)

Nak tahu lebih lanjut bagaimana saya bermula?

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah kejayaan Maria menjalankan bisnes online SHAKLEE sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer walaupun bergaji RM5k sebulan. 


Kini Master Maria menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5-angka setiap bulan hanya DARI RUMAH. Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Hafizah untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

HAFIZAH MAHFOZ
Shaklee ID : 961265
hafizahmahfoz@gmail.com

(Call, SMS, WhatsApp, Telegram)


Sekiranya anda suka entri saya kali ini sila SHARE dan LIKE supaya ramai lagi yang boleh dapat manfaatnya. Nak dapat saham kubur sila la SHARE.


9 Sebab Apa Yang Best Join #TeamJutawan

Assalamualaikum wbt,

Hai, apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda dikurniakan rezeki kesihatan yang melimpah ruah.
Magic Start Here

Wow ayat ini adalah ayat keramat doa dari Jutawan.

Ye Team Jutawan adalah team yang sustained dan hebat yang pernah Kak Fieza jumpa.

Kak Fieza join Team Jutawan ni sejak 2013. Selama 6 tahun ni Kak Fieza bersama Team Jutawan pelbagai asam garam yang ditemui dan mereka yang berada dalam Team ini adalah dikalangan insan terpilih yang hebat-hebat.

Anda nak tahu apa yang best sangat bila join Team Jutawan nih?

1. #TeamJutawan Gabungan 10 Master Coordinator yang sangat hebat 



Dalam Team Jutawan penerajunya bukan seorang Leader, malah 10 orang Leaders yang berpadu idea, berpadu jiwa, berpadu tenaga untuk memastikan ahli-ahli di bawah Team Jutawan mencapai kejayaan.

Sebab itu Kak Fieza kata Team Jutawan ini hebat. Bukan Team biasa-biasa. Tapi Team yang sangat luar biasa.

Barisan 10 orang wanita yang telah terbukti berjaya dalam Team Jutawan adalah:

❥Master Nur Laila (Penaung Team Jutawan yang hebat)

❥Master Nur Zahirah

❥Master Habsah

❥Master Ainul Shahrazad

❥Master Kam Maria

❥Master Zura Betty

❥Master Wan Muliani

❥Master Athirah

❥Master Farina

❥Master Abby Misaha

Hebatkan Team Jutawan ni. 10 serikandi ini tak jemu dan sentiasa komited mencurahkan ilmu dan tunjuk ajar kepada team di bawah susur galur Team Jutawan.

2. #TeamJutawan diterajui oleh Leaders yang Berwibawa dan komited


Dari kanan Master Laila, tengah Master Zahirah dan saya paling kemetot. hehehehe...

Master Laila adalah pemegang title Presidential Master sebanyak 2 kali. hebat ke hebat?

Jemput tonton video Master Laila ni ye.



Manakala Master Nur Zahirah pula pernah dinobatkan sebagai The Millionare Best Earner. Anugerah ini hanya diberikan kepada mereka yang memperolehi Bonus lebih dari 100K sebulan. Tahniah Master Nur Zahirah.

Jemput tonton video yang sangat berinspirasi dari Master Nur Zahirah.



3. #TeamJutawan sarat dengan ilmu ukhrawi dan duniawi

Untuk makluman anda, Kak Fieza ni dulu sangat lagho. Lagho bermaksud Kak Fieza jarang buat amalan-amalan rohani secara konsisten.

Anda tahu, atas asbab join Team Jutawan inilah Kak Fieza mula berjinak-jinak dengan solat dhuha. Mula-mula 2 rakaat, lepas tu upgrade ke 4 dan 6 rakaat. 

Sejak tahun 2013 lah Kak Fieza mula bangun malam untuk bertahajud. Ini semua atas izin Allah dan asbab Team Jutawan yang menjurus ke arah Jutawan Bertaqwa.

Kalau nak bisnes berjaya Kebergantungan kita kepada Allah 300%. Malah lebih dari itu.

Dari itu untuk berjaya dalam bisnes kita perlu dekatkan diri sangat-sangat kepada Allah.

Dalam Team Jutawan ada menyediakan Master Check List iaitu senarai amalan yang perlu diamalkan oleh ahli-ahlinya setiap hari dari segi ukhrawi dan duniawi.

Kami ahli dalam Team Jutawan selalu diingatkan dengan zikir-zikir untuk didik jiwa.

Bila Kak Fieza berada dalam Team Jutawan, Kak Fieza dapati diri Kak Fieza sangat dekat dengan Allah.


Antara aktiviti Team Jutawan yang Kak Fieza join. Kami berkumpul di sebuah homestay seramai 20 orang untuk brainstorm bukan saja strategi dalam bisnes malah strategi mendekatkan diri kepada Allah.




Syukur Alhamdulillah, Allah turunkan Team Jutawan kepada Kak Fieza untuk menjadi Jutawan yang bertaqwa.

4. #TeamJutawan banyak program meningkatkan grow bisnes

Dalam Team Jutawan kami disediakan dengan pelbagai MODULE bisnes yang hebat.

Dahulu team kami ada melaksanakan Program Now Everyone Can Kurus. Dan ramai yang mencapai berat yang diidamkan dengan program ini.

Team Jutawan juga ada program The Walking Beauty yang menjanjikan ahli di bawah Team jana pendapatan dari 6 PENJURU INCOME. Best ke best?

Team Jutawan juga ada program MakeOver 360 yang diterajui oleh salah seorang Mentor yang hebat.

Dan yang terkini Team Jutawan menlaksanakan Program Jom Detox Jutawan yang ramai orang berjaya sihat dan kurus diguide oleh COACH Jom Detox Jutawan yang awesome


Ini antara aktiviti dalam Team Jutawan
  
Actually ada banyak lagi program yang disediakan oleh Team Jutawan. Setiap hari dan setiap minggu ada saja program untuk ahli-ahlinya.

5. #TeamJutawan penuh dengan perkongsian ilmu ONLINE dan OFFLINE

Ini adalah salah satu perkongsian ilmu dari salah seorang dari 10 orang mentor dalam Team Jutawan yang sangat mengujakan.

Setiap minggu dalam Group Team Jutawan (Secret Group) kami sentiasa didedahkan perkongsian ilmu secara bergilir-gilir oleh 10 orang mentor tersebut.

Anda bayangkan bukan seorang Mentor ye. 10 orang mentor sogokkan ilmu dan tips bisnes dan kehidupan setiap minggu. Best ke best?

Tak cukup dengan ONLINE COACHING. Ada ketikanya kami juga sering berkongsi ilmu secara OFFLINE COACHING.

Tak kiralah secara formal atau tidak formal, mentor kami bersedia untuk coach kami di mana saja.


Kadang kami dijemput ke rumah mereka untuk coaching. Kadang kala kami gunakan masa lunch untuk coaching.


Ada juga mentor kami buat satu program coaching dalam kumpulan kecil di Homestay.




Selepas Coaching kita potong-potong kek eh. Happening sangat masa tu. Terasa sangat ukhwah kami erat.



Kami lahir dari latar belakang yang berbeza, ada antara kami suri rumah, engineer, peguam, guru, akauntan dan pelbagai lagi latar belakang yang berbeza namun kami hanya ada satu matlamat iaitu menjadi JUTAWAN BERTAQWA.

6. #TeamJutawan support each other

Dalam Team Jutawan kami tidak dibiarkan berbisnes sorang-sorang.

Kami dibimbing hingga kami berjaya.

Banyak sangat tips dan guidance yang diberikan oleh mentor-mentor kami sama ada ONLINE dan OFFLINE.

Group kami juga besar. Jadi bila seorang rasa nak jatuh, yang lain akan tarik ke atas each other.

Bila ada ahli yang down, ahli yang lain akan bangkitkan semula semangat mereka. So, kami akan bangkit semula bersama-sama.

Tiada rasa iri antara kami.

Yang kami pegang, The More You Give The More You Get Back.




P.A.S.K.A.L adalah barisan para mentor di bawah Team Jutawan yang tak jemu kongsikan strategi bisnes untuk grow bisnes lebih hebat. Wujudnya Team PASKAL ini pun idea dari mereka di Las Vegas baru-baru ini iaitu trip International FREE tajaan Shaklee.

7. #TeamJutawan tak lokek ilmu walau dari sideline or upline or downline 

Ini yang paling Kak Fieza suka.

Dalam Team Jutawan tidak mengira anda dari downline, upline atau sideline berbeza, mereka akan berkongsi ilmu tidak mengira bulu asalkan anda berada dalam susur galur #TeamJutawan.

Yang penting anda dapat ilmu, anda bertindak dengan bersungguh dan pasti anda dapat habuannya. 

8. #TeamJutawan berasaskan dari produk, sistem dan mentor yang hebat

Anda tahukan Team Jutawan tercipta berasaskan dari Produk yang sangat awesome iaitu Suppliment No 1 di dunia iaitu Shaklee.

Siapa yang masih tak kenal Shaklee. Produk suppliment SEMULA JADI, SELAMAT dan TERBUKTI BERKESAN.

Produk Shaklee bukan produk timbang kati tepi jalan ye. Semua produk Shaklee telah diuji dan mempunyai Landmark Studynya sendiri.

Apa itu Landmark Study, jemput tonton video




Dalam Team Jutawan juga ada Sistem Bisnes yang terbukti berjaya jana pendapatan ahlinya hingga 4, 5 dan ada yang mencecah 6 ANGKA.

Ini adalah hasil dari Mentor-mentor yang hebat.

9. #TeamJutawan adalah bisnes High Class



Team Jutawan bukan calang-calang bisnes team ye. Team Jutawan adalah Team Bisnes High Class setaraf bisnes profesional bertaraf antarabangsa yang lain.

Ini terbukti dengan layanan yang diberikan kepada ahlinya bagaikan ahli korporat.



Jemput baca perkongsian Kak Fieza menghadiri BLNC iaitu Conference yang hebat pernah Kak Fieza hadiri.


----------------------------------------------------

SETIAP KEJAYAAN BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA!!



LANGKAH PERTAMA SAYA BERMULA DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE.

ANDA BAGAIMANA? :)

Nak tahu lebih lanjut bagaimana saya bermula?

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah kejayaan Maria menjalankan bisnes online SHAKLEE sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer walaupun bergaji RM5k sebulan. 

Kini Master Maria menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5-angka setiap bulan hanya DARI RUMAH. Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Hafizah untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

HAFIZAH MAHFOZ
Shaklee ID : 961265
hafizahmahfoz@gmail.com

(Call, SMS, WhatsApp, Telegram)


Terima kasih kerana sudi baca entri Kak Fieza kali ini. Mohon anda klik button SHARE and LIKE. Mudahan dapat manfaat rakan-rakan anda. Didoakan anda dapat saham akhirat dari perkongsian anda.

Tuesday, September 17, 2019

Kisah Kejayaan Saya Dalam Shaklee

Assalamualaikum wbt,

Hai Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi?

Kak Fieza doakan anda dikurniakan rezeki kesihatan dan kebahagian dunia akhirat.

Kata orang, tak kenal maka tak cinta.

Ye, dulu Kak Fieza sangat skeptikal dengan suppliment. Nampak orang tayang botol suppliment kat meja opis diorang, Kak Fieza pandang sebelah mata je tau.

Sombongkan? 😅😅

Ada orang offer ambil suppliment pun Kak Fieza acuh tak acuh je.

At last, kesombongan Kak Fieza memakan diri sendiri.


APA YANG SAYA DAH TERHUTANG BUDI DENGAN SHAKLEE? 


Actually banyak sangat Kak Fieza terhutang budi dengan Shaklee sejak join Shaklee 2013.

Saya cerita satu-satu ye.

Kejayaan Shaklee Effect

Yang ni memang banyak. Bukan Kak Fieza je yg dapat Shaklee Effect ni tau, tapi berjangkit kat whole family, suami dan anak-anak juga. mak kat kampung dan kakak yang pernah consume Shaklee.

Customer Kak Fieza sudah tentulah banyak yang dapat effect positif.

Oklah, Kak Fieza story kisah Kak Fieza dulu ye.

Kak Fieza kenal Shaklee ni asalnya sebab Sakit Belakang yang ditanggung sejak pregnant anak pertama lagi.

Tapi anda tahu tak, Allah bagi jawapan solusinya hanya selepas kelahiran anak Kak Fieza yang ke-5. Lamakan Kak Fieza tanggung sakit belakang Kak Fieza tu. Allah saja yang tahu macam mana menanggung sakit belakang macam kena siat-siat dan ditarik-tarik otot Kak Fieza terutamanya bila hamil.

Bila tanya orang tua, mereka kata biasalah tu pregnant memang macam tu. Aduhai..macam tak ada solusi dah. Mereka sarankan pergi berurut. Ye, memang tiap kali pregnant Kak Fieza pergi berurut tapi ini tidak melegakan kesakitan belakang Kak Fieza. Masih lagi sakit bagai ditarik-tarik dan disiat-siat. Rasa sangat tidak selesa.

Masa dalam pantang anak ke-5 Kak Fieza bagai digerakkan Allah untuk contact kawan opis Kak Fieza yang buat bisnes Shaklee. Masa tu actually nak tanya macam mana nak join bisnes macam dia. Tapi tah macam mana terceritalah kisah syadis sakit belakang Kak Fieza ni. Kawan Kak Fieza sarankan ambil Set Bersalin Shaklee. Dalam set tu ada Ostematrix.

Anda nak tahu lepas Kak Fieza makan 4 biji pada malamnya, esoknya sakit-sakit belakang Kak Fieza hilang terus 100%. Sikit pun tak rasa sakit lagi.

Ya Allah, masa tu kan...rasa macam nak lompat bintang je. Syukur sangat sangat. Sakit yang Kak Fieza tanggung selama ni dah hilang.💃💃💃💃 Bestnyaaaa... Syukur Ya Allah.

Macam tak percaya je tau. Selama ni Kak Fieza tercari-cari macam mana hilangkan kesakitan Kak Fieza ni akhirnya Allah dah selesaikan atas asbab produk Shaklee.

Ya Allah, terima kasih Allah.
Terima kasih Shaklee.

Kat sini bila anda dah rasa effect positifnya, akan timbul rasa love, rasa sangat best, rasa percaya.

Tu yang sayang sangat dengan Shaklee tu. Syukur Alhamdulillah 😁😁

Jemput baca kisah kejayaan Shaklee Effect keluarga Kak Fieza (SILA KLIK)



3. Saat Digeruni Dan Ditakuti Oleh Wanita Berpantang 

Rentetan dari kejayaan Kak Fieza dapat solusi sakit belakang Kak Fieza atas izin Allah itulah, makanya dengan izin Allah juga Kak Fieza terjebak dengan dunia bisnes Shaklee yang awesome ni.


Dulu Kak Fieza pernah juga join bisnes lain. Tanpa guidance alamatnya terkubur bisnes Kak Fieza begitu saja. Sebab Kak Fieza tak tahu cara bagaimana nak jalankan bisnes tersebut.


Beza dalam Shaklee, Kak Fieza diberi tunjuk ajar hingga anda mencapai kejayaan.

Berjaya Naik Stage Buat Kali Pertama Dalam Shaklee

Kejayaan yang paling best yang Kak Fieza pernah kecapi dalam bisnes Shaklee ini apabila Kak Fieza berjaya melayakkan diri naik stage buat kali pertama.

Hari Ini Dalam Sejarah saya pada tanggal 1 MAC 2015.

Hari yang sangat bahagia saat itu.



Jakun Naik Stage

Dah lama Kak Fieza tak naik stage menerima sebarang anugerah. Seingat Kak Fieza, kali terakhir naik stage ialah semasa menerima ijazah di USM tahun 1999, lama kan?

Bila tiba giliran Kak Fieza untuk naik ke pentas terasa menggigil dan dup dap dup dap pula dibuatnya.

Yang paling excited anak-anak Kak Fieza. Mereka lah sumber inspirasi Kak Fieza.

Sebelum ni, Kak Fieza pernah pergi ke Majlis seperti ini tahun sebelumnya. Tapi waktu itu Kak Fieza belum terima apa-apa anugerah lagi.

Anak Kak Fieza tanya " Bila ibu nak naik pentas?"

Nahhh!!! hari ini...semua sekaliku angkut naik pentas. Macam jakun je kan? Cik Abang Kak Fieza dah ajak naik pentas tapi ia menolak. Tu yang jadi kameraman tu.

Majlis yang Gemilang

Kak Fieza telah dijemput oleh pihak penganjur untuk menghadirkan diri ke Majlis yang dipercayai menelan puluhan ribu ini sejak 16 FEB 2015 lagi iaitu 2 minggu sebelum Majlis. Email dan sms sering diberikan. Tak cukup dengan itu, mereka telefon untuk pastikan Kak Fieza benar-benar boleh hadir ke Majlis tersebut.


Invitation letter dari pihak penganjur


Offcourselah nak join kan. Majlis yang meraikan kejayaan kita. Rugi lah tak datang. 

Setengah individu menganggap jemputan ini biasa-biasa saja. Tapi pada Kak Fieza, jemputan ini adalah jemputan yang sangat istimewa sepanjang Kak Fieza join bisnes Shaklee. Bukan semua orang dapat naik stage ni ye. Hanya mereka yang layak saja yang dapat naik stage. Alhamdulillah, syukur.

Saya sampai di Hotel Sunway Resort and SPA lebih kurang pukul 2 petang. Hotel 5 STARS tu. Majlis dijangkakan bermula pada 2.30 petang.


Anak-anak dah geram tengok Water Park


pendaftaran. Ada cabutan bertuah. Ada ke nama kita?

Dewan Yang Gah


 berjimba-jimba dalam dewan hotel 5 stars


ada gaya Yang Berhormat tak?

Bisnes Famili

kenapa saya suka bisnes yang saya buat ni?

Saya sangat-sangat suka sebab saya boleh bawak famili saya turut serta dalam bisnes.

Dulu saya tak suka bisnes sebab saya nampak kalau orang sibuk dengan bisnes, mereka terpaksa tinggalkan famili mereka. Banyak masa mereka di luar untuk memenuhi tuntutan bisnes mereka. Sedangkan anak, isteri/suami mereka terbiar. 

Tapi saya nampak dalam bisnes ini, saya makin dekat dengan famili saya. Any event bisnes yang saya join make  sure saya bawa famili saya seramai 8 orang ni.

Sebab itu saya kata bisnes ini adalah bisnes famili oriented. Bisnes macam ni lah yang saya cari.


Post dalam Dewan yang gah bersama askar-askarku

President of Shaklee Malaysia ketika itu mencanangkan kepada sesiapa yang inginkan gaji sebulan mereka seperti gaji setahun kerja makan gaji mereka sekarang. Di sinilah tempatnya. Malah boleh dapat lebih dari gaji setahun kerja hakiki mereka. Dah terbukti pun. 

Sila klik link kejayaan mentor saya di sini. 5 Rahsia Kejayaan Jutawan Dalam Masa 9 Bulan.

Pesan beliau lagi, sekiranya anda ingin menjadi orang yang luar biasa, anda kena bertindak luar biasa.

Sejauh mana anda ingin berjaya dan serius ingin berjaya anda perlu korbankan beberapa perkara yang biasa-biasa anda buat contohnya korbankan program tv kegemaran anda.

YESSSS!!!! perkara inilah yang telah berlaku kepada saya. Saya telah korbankan program TV saya sejak beberapa tahun lalu.

Sampaikan satu ketika, saya berfikir...kalau tak ada TV pun tak jadi hal kepada saya.

Untuk pengetahuan anda, saya tak pernah melanggan channel ASTRO di rumah. Pernah saya diajukan soalan oleh seorang rakan.

" Kau boleh hidup tanpa ASTRO?"

Kenapa pulak tak boleh hidup? Anda tak boleh hidup ke tanpa TV?

Hasil Luar Biasa Bila Ada Produk Luar Biasa

Saya beruntung kerana saya diperkenalkan dengan suppliment yang terbaik di Malaysia dan di dunia.

Sekiranya kita ingin mudah berjaya kita kena pastikan kita ada produk yang luar biasa bagus.

Sapa nak diri dia nampak cantik dan gojes? 
Sapa nak diri dia hidup cergas dan sihat sepanjang waktu? 
Sapa nak diri dia bebas dari sebarang penyakit? 
Sapa nak diri dia bebas dari sebarang ubat-ubatan? 

Saat yang ditunggu-tunggu

Dup dap dup dap menunggu giliran nak naik stage. Almaklumlah first time sejak join bisnes daku naik stage.


Sedang menunggu giliran untuk naik stage


Saya yang paling ramai bodyguard



The journey begins

 The new success journey begins "Design your life not by default"

Anda tau apa keistimewaan rank "Supervisor" ni.



Sejujurnya bukan itu yang saya kejar. Tapi niat saya nak bantu lebih ramai orang di luar sana dan menyelesaikan masalah serta memudahkan urusan orang lain. Niat saya untuk menambah nilai hidup orang lain dengan lebih baik lagi. Saya pegang kata Mentor saya.

"The More You Give, The More You Get Back"


Bukti kejayaan yang saya terima

Title hanya di atas kertas. Bila pandang kertas ini saya teringat karton "Kungfu Panda".

Sapa pernah tengok Karton "Kungfu Panda 1" angkat tangan.

Ok, movie macam ni Kak Fieza tonton sebab ceritanya ada pengajaran dan teladan.



Scroll yang menjadi rebutan antara Panda dengan Harimau putih (tak ingat gelaran dia) sebenarnya kosong.

Kenapa kosong? Apa istimewanya sampai bersabung nyawa rebutkan scroll tu. At last bukak scroll .....kosong....kecewa tak?

Jadi, moral of the story.....

Bila ada Push Factor, baru kita akan bertindak mempamerkan keistimewaan kita. Semua orang ada keistimewaan...

Pernah tak anda dengar macam ni..

"dah memang dah takdir, aku jadi macam ni.....redha je lahhh..."

takdir juga yang salah.

Sebenarnya, Diri anda sendiri yang menentukan corak hidup anda.

Anda nak kaya, anda yang corakkan
Anda nak sihat, anda yang corakkan
Anda nak kuat, anda yang corakkan
Anda nak kurus, anda yang corakkan

"Design your life not by default"

Doa, usaha dan berdoa tawakal atas usaha kita supaya membawa kejayaan. Insya Allah, Allah akan permudahkan.

Ini satu lagi kata keramat yang Mentor saya ulang-ulang cakap.

Actually banyak lagi Moment indah yang saya dapat sepanjang saya join BISNES SHAKLEE ni. Terutamanya Bisnes Shaklee dalam Team Jutawan nih. Sangat happening dan hebat.

Jemput baca kisah-kisah Kak Fieza dengan bisnes Shaklee




----------------------------------------------------

SETIAP KEJAYAAN BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA!!



LANGKAH PERTAMA SAYA BERMULA DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE.

ANDA BAGAIMANA? :)

Nak tahu lebih lanjut bagaimana saya bermula?

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah kejayaan Maria menjalankan bisnes online SHAKLEE sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer walaupun bergaji RM5k sebulan. 

Kini Master Maria menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5-angka setiap bulan hanya DARI RUMAH. Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan.




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Hafizah untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

HAFIZAH MAHFOZ
Shaklee ID : 961265
hafizahmahfoz@gmail.com

(Call, SMS, WhatsApp, Telegram)

Terima kasih kerana sudi baca entri Kak Fieza kali ini. Mohon anda klik button SHARE and LIKE. Mudahan dapat manfaat rakan-rakan anda. Didoakan anda dapat saham akhirat dari perkongsian anda.