MY SUCCESS JOURNEY BEGINS

SHAKLEE MOTIVATION AND RECOGNITION.

MY BIG HAPPY FAMILY

My Business Push Factor .

MY AWESOME BUSINESS MENTOR

MFMS THE MOST FANTASTIC AND TEAM SHAKLEE IN MALAYSIA.

EBOOK SORRY BOSS

Ebook PERCUMA. DOWNLOAD SEKARANG!!.

Tuesday, June 23, 2015

AQLAN DAH PANDAI BER'BLOG'

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat fiezabard yang dikasihi, saya doakan anda sihat dan ceria di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Bila bulan Ramadhan tiba, parents tentu menghadapi pelbagai karenah anak-anak yang berlatih berpuasa. Termasuk saya.

Ada yang pepagi lagi dah merengek-rengek sakit perut mintak makan. Ada yang lagi beberapa minit nak berbuka dah minta air.

Tahun lepas saya ada share kan tips menghadapi anak-anak berlatih puasa. Sila Klik link di bawah.


Insya Allah tips ini dapat dimanfaatkan anda untuk menghadapi anak-anak berpuasa.

Tambahan tips,

Semalam anak sulong saya minta saya ajarkan buat blog. Ada projek sekolah katanya.

Jadi antara aktiviti yang boleh anak anda lakukan sepanjang bulan puasa sekiranya mereka tak bersekolah adalah buat entri blog. Aktiviti ini hanya sesuai untuk anak yang dah mumaiz yer....

semalam Aqlan anak sulong saya berjaya mencipta blog khas untuk dia www.eizzaqlan.blogspot.com


Hari ini saya tengok report overviewnya. Tak disangka ada juga orang yang jenguk blog anak sulong saya ni untuk entri sulongnya.

Ada audience dari USA pulak tu. Orang USA mana yang minta dengan Aqlan nih.

overview Blog Aqlan

Tahniah Aqlan hasil blog yang pertama success!

Kebetulan saya blogger, bolehlah tolong ajar acaner nak siapkan projek sekolah Aqlan nih.

Bukan main advance lagi 'project school' zaman sekarang ni ye. Kecik-kecik lagi dah cipta blog. Anda yang dah besar bila nak ber'blog'?

Jemput jenguk hasil entri blog sulong anak sulong saya ye. SILA KLIK


Hari ini, Insya Allah Aqlan nak continue create entri kedua blognya pulak. BRAVO MY HERO!

Manalah tahu suatu hari nanti Abang Long Aqlan jadi Jutawan Bertaqwa dengan hanya ber'blog' macam Pakcik Irfan Khairi Jutawan Internet tu kan??


Sekiranya anda suka entri saya sila LIKE dan SHARE entri saya ini ye!...


Sayang ibu,

Hafizah
~design your life not by default



Friday, June 19, 2015

SMART DETOX SMART RAMADHAN

Assalamualaikum wbt,


Apa khabar sahabat dan pembaca setia fiezabard. Saya doakan anda sihat dan ceria di Bulan Ramadhan Al-Mubaraq ini. Semoga bulan ini lebih bermakna buat anda semua.

Di sini saya nak nak share apa yang saya pernah baca,

SMART DETOX DI BULAN PUASA




Kredit to Dr. Suriyakhatun

Semasa berpuasa sistem tubuh akan keluarkan toksin dari dalam sel, terutama sel lemak . 

Semasa kita tidak puasa, diperingkat sel, badan kita akan cuba keluarkan kesemua kimia dan bahan perkumuhan sel dari dalam sel balik ke darah.

Dari darah, bahan buangan dan kimia yang tidak diperlukan di keluarkan dari badan melalui air kencing, peluh, wap nafas dan juga berak melalui hempedu. 

Toksin yang tidak berjaya dikeluarkan dari dalam badan dimasukkan kedalam sel lemak. 

Lemak dibakar menjadi tenaga

Apabila kita berpuasa, bila bekalan karbohidrat sudah habis digunakan, lemak akan mula dibakar untuk jadikan tenaga .

Proses ini akan berlaku lebih baik jika semasa puasa, dalam masa yang sama kita banyak gunakan tenaga fizikal atau kita bersenam . 

Kajian menunjukkan hormon endorphin akan mula meningkat dalam darah semasa puasa dan orang yang puasa akan mengalami perasaan positif dan segar dengan syarat berbuka dengan makanan seimbang dan bersih dari toksin, senang hadam serta mengandungi khasiat secukupnya .

Air juga perlulah yang bersih, bebas dari kimia, mengandungi zat galian yang selalunya ada dalam air mineral dari sumber yang baik . 

Ginjal ( kidney) amat efisyen mengimbangi kandungan air dalam badan ( intracellular) serta kandungan zat galian sel seperti natrium dan kalium . 

Zat galian ini akan keluar dari badan melalui peluh maka makanan berbuka perlu mengandungi zat galian dan protein serta karbohidrat complex serta lemak. 

Rumusan

Makanan berbuka perlu mengandungi:

protein
karbohidrat
lemak
zat galian
vitamin asli
air secukupnya (at least 3 liter sehari) 

Tips minum air at least 3 liter sehari di bulan puasa ada saya kongsikan dalam entri saya SILA KLIK 



Makanan Siap Proses

Perasan tak, lately ramai ibu bapa tak kisah tentang khasiat makanan yang diberikan untuk anak-anak mereka.

Mereka lebih kepada mementingkan ringkas dan pantas. Apa makanan yang ringkas dan pantas?

Fast Food, Frozen food dan pelbagai makanan yang siap diproses contohnya sosej, nugget, fun fries, burger dan lain-lain lagi yang melambak di pasar-pasar ramadhan.

Nampak mengiurkan kan sosej bakar ni....
Anak-anak saya juga sering merengek-rengek inginkan makanan sebegini. Kanak-kanak memang sukakan makanan seperti ini. 

Rasanya yang sedap dek kerana perasa tiruannya yang sangat melampau, padahal setiap gigitan mereka tidak ada khasiat langsung.

Adalah amat ditekankan bahawa memakan makanan berkimia, berproses, tercemar semasa berbuka mengurangkan khasiat puasa.

Halalan Toiyiban

Apa erti halalan toyiban? Cukupkah halalan toyiban jika kita memakan daging yang disembelih dan juga tidak memakan babi ?

Apa pula jika kita makan daging yang sudah disembelih tetapi sudah melalui proses pembusukkan atau daging dicemari kimia sedangkan kita ketahuinya dan kita berikan pula makanan itu kepada ahli keluarga kita ? Maksud saya daging tak fresh, daging penuh kimia seperti sosej dan burger seperti itu .

Mungkin saya tidak ada kepakaran untuk huraikan akibatnya diakhirat. Namun didunia ini jika kita memakan makanan tersebut pada waktu berbuka, kesannya kita akan dapat rasakan secara tunai !

Muhasabah diri,

Salam Ramadhan,
Hafizah

Wednesday, June 17, 2015

12 CABARAN 30 HARI BULAN RAMADHAN YANG PERLU KITA LAKSANAKAN

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat dan pembaca setia fiezabard. Saya doakan anda dilindungi Allah sentiasa dan sihat walafiat di samping keluarga tercinta.

Esok iaitu 18 Jun 2015 bersamaan 1 Ramadhan 1436 H kita umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggu.

Masuk Ramadhan bermakna umat Islam wajib berpuasa. Di samping itu bulan ini dijanjikan Allah dengan pahala yang berlipat kali ganda sekiranya amalan baik yang kita buat.

Saya mengambil kesempatan ini memohon keampunan dan maaf sekiranya ada sila dan salah serta kekhilafan sepanjang saya berblog. Semoga Ramadhan tahun ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.





Di sini sedikit perkongsian dari Kuliah Muslimah pada 13 Jun 2015, Sabtu lepas di Surau Al Mustaqim bersama Ustazah Noraini.

Untuk renungan Bersama & Muhasabah Diri.

Amalan Harian yang boleh kita amalkan untuk memborong pahala Ramadhan ini. InsyaAllah. 

1.Bangun malam ( sekitar jam 3 atau 4 pagi) 

-sebelum sahur tu ambil kesempatan ini.
#boleh la ajak anak2 sama.
- digalakkan kalau nak mandi dan ambil wuduk.

*Solat sunat Tahajud sekurangnya 2 rakaat
*Solat sunat Taubat - kalau sempat buat 2 rakaat.
*Solat sunat Hajat ( minta Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita minta).

* Solat sunat witir 3 rakaat.

2. Sahur - seeloknya masak ala kadar tetapi berkhasiat.

3. Solat sunat sebelum Subuh.

4. Solat Subuh.

5. Baca Al Quran 2 helai lepas subuh.

6. Solat sunat Dhuha 2 rakaat.

7. Solat Zohor.

- solat sunat sebelum
- solat sunat selepas
- Baca Al Quran 2 helai.

8. Solat Asar

- solat sunat sebelum
- baca Al Quran 2 helai.

9. Solat Maghrib

- solat sunat selepas
- baca Al Quran 2 helai.

10. Solat Isya'

- solat sunat sebelum
- solat sunat selepas
- solat Tarawih 8 rakaat
- baca Al Quran 2 helai.

11. Sebelum tidur baca 

Cadangan/tambahan
- Surah Al-Mulk
- Surah Sajjadah
- Surah Al-Waqiah

12. Setiap hari mesti Sedekah, walaupun sedikit.

*tips baca Al Quran 2 helai (bersamaan 4 mukasurat)

 setiap selepas solat fardu = 5*4 > 20 ms sehari atau bersamaan 1 juz sehari.

 Sebulan Ramadhan InsyaAllah kita boleh khatam Al-Quran


* Jika tak dapat buat semua, lakukanlah yang termampu sebaiknya...

Jom sebarkan & kita pakat2 buat amal soleh..

In Syaa Allah.

Sekadar ini saja sekelumit perkongsian bulan Ramadhan saya kali ini. Insya Allah semoga ia memberi manfaat kepada anda dan saya sendiri. Mudah-mudahan kita istiqomah dalam melaksanakan Cabaran Bulan Ramadhan yang menjanjikan ganjaran berlipat kali ganda ini.

Sapa yang nak Sahut Cabaran 30 Hari Bulan Ramadhan SAY 'I'

Pantun sikit,

Lagi sehari rumah kita akan didatangi tetamu, 
suaminya bernama Ramadhan
Isterinya bernama Terawih
Anaknya bernama Sahur
Cucunya bernama Iftar......

Mereka akan menumpang di rumah kita selama sebulan sahaja. 
Maka layanlah mereka dengan baik2 supaya kita akan mendapat ganjaran daripada Nya..... 

Selepas sebulan dia akan pergi meninggalkan kita dan dia akan pulang dengan pesawat Syawal Air.... 

Selamat berpuasa semua drpd kami sekeluarga.

Sekiranya anda suka entri saya ini sila tekan button SHARE dan LIKE di bawah. Semoga dengan sekali share, anda mendapat ganjaran syurga tanpa hisab Insya Allah.

Salam Ramadhan,
Hafizah
~design your life not by default

Sunday, June 14, 2015

KHAS BUAT 6,000 KAKITANGAN MAS YANG DIBERHENTIKAN KERJA!

Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan pemberhentian kerja seramai 6,000 orang kakitangan MAS secara serta merta.

Saya sangat bersimpati dengan mereka kerana mereka secara tak langsung hilang sumber pendapatan.



Kalau saya ditempat mereka juga saya mungkin hilang punca kerana memikirkan bagaimana nanti nak melangsaikan hutang piutang, bagaimana nak membiayai anak-anak, bagaimana nak melalui hidup seterusnya tanpa ada punca pendapatan.

Saya ucapkan takziah kepada anda, sekiranya anda salah seorang antara 6,000 yang terbabit.

Namun pada masa yang sama saya ucapkan TAHNIAH kepada anda!

Tahniah kerana anda adalah insan terpilih daripada 30 juta rakyat Malaysia. Seharusnya anda bersyukur jika anda melihatnya dari luar kotak. Jangan sempitkan minda anda. Diberhentikan tidak bermakna anda stop your life. 

Habislah aku dah tak de harapan dah!! Sambil garu-garu kepala yang tak de kutu.

Anda fikirkan, masa inilah anda boleh mengorak langkah membina kerjaya atau perniagaan baru yang lebih baik lagi Insya Allah.

Perkara yang mungkin sukar untuk anda lakukan semasa anda masih dalam perkhidmatan bersama MAS dahulu. Saya faham, masa yang sangat terhad sewaktu anda bertugas dengan syarikat dahulu agak mustahil untuk anda memulakan bisnes.

Jadi, bersyukurlah anda, Allah telah beri ruang anda buka mata sekarang.

THINK POSITIF!
THINK BIG AND BIGGER!

Ada 5 perkara penting yang suka saya ingatkan kepada sesiapa yang terlibat dengan VSS (Volunteer Separation Scheme) yakni tawaran diberhentikan kerja sukarela dengan tawaran pampasan atau paksarela dengan pampasan:-

  • Solat Hajat - Memohon agar Allah swt beri kekuatan dan rancang masa untuk lebih rapat kepadaNya.
  • Syukur - Di atas nikmat sebentar yang dipinjamkan mencari rezeki di tempat tersebut.
  • Yakin - Yakin bahawa pasti ada rezeki lain yang Tuhan aturkan untuk anda.
  • Sangka baik - Teruskan bersangka baik dengan Tuhan.
  • Sediakan diri - Ya, sediakan diri untuk merancang kewangan anda dan buat tindakan segera untuk mendapatkan ilmu tentang bisnes atau pelaburan.



Amaran Keras!!

  • Jangan bergantung kepada duit simpanan anda.
  • Jangan pinjam duit daripada ahli keluarga anda, apatah lagi meminjam dengan ALONG...No!No!No!
  • Jangan menyertai SKIM CEPAT KAYAP.
  • Jangan sertai mana-mana Pelaburan.
Ingat! anda selama ini tidak pernah pernah bisnes even jual sebatang pen pun. Mungkin tidak pernah dan tidak biasa menyertai sebarang pelaburan. Jangan terburu-buru membuat keputusan.

Saya sarankan anda buat 3 perkara ini saja:

PERTAMA:

Ambil Tempoh Bertenang.

Ya, anda telah bekerja bertahun-tahun dan tiba-tiba diberhentikan. Mungkin anda bersedia dan mungkin tidak. 

Ambil tempoh 1-2 minggu untuk bertenang. Spend time dengan Allah dan keluarga serta pada masa yang sama buat research tentang apa pilihan anda. 

Cari ilmu dan jika boleh rancang untuk tidak menggunakan simpanan yang ada untuk menampung hidup anda lebih dari 1 bulan. 

Kurangkan kos dan perbelanjaan yang tidak perlu.

KEDUA:

Baca buku motivasi

Serius, saya nak kongsi pengalaman saya ye. Saya juga bekerja makan gaji. Dengan gaji 4 Angka sebulan, rasanya banyak lagi gaji anda di MAS ye.

Lately saya suka baca buku motivasi terutamanya buku-buku dari Dr Azizan dan buku-buku motivasi lain juga.

Insya Allah apa yang kita baca dapat memberi tarikan Magnet Kekayaan dan Kejayaan anda.

Antara senarai buku yang saya sering baca ialah:

1. Magnet Kekayaan dan Kejayaan


2. Mudahnya Menjemput Rezeki



3. 21 Formula Hidup Luar Biasa


4. Ebook Sorry Bos!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja


KETIGA:

Ikuti Program Motivasi

Sebelum saya menceburkan diri  ke dunia perniagaan saya terlebih dahulu mengikuti program Motivasi yang dianjurkan oleh Dr Azizan. Saya ingat lagi pada bulan Mei 2013. Waktu itu saya tak tahu bagaimana cara nak menambahkan pendapatan.

Saya makan gaji dengan pendapatan 4K.
Banyakkan gaji 4K hidup di Lembah Klang ini. Banyaklah sangaaattt!!!

Waktu tu saya mengandungkan anak yang ke-5. Sedangkan suami saya terpaksa berhenti kerja makan gajinya. 

Anda tahu perasaan saya ketika itu? Mungkin sama rasanya seperti yang anda rasai sekarang.

Saya perlu buat sesuatu untuk bantu suami saya. Saya bantu suami saya cari ILMU untuk bisnes.

Langkah pertama kami dengan mengikuti seminar BERANI BERNIAGA oleh Dr Azizan.


Seminar ini lah yang telah berjaya transform kami suami isteri dari hidup biasa-biasa ke hidup luar biasa.

Sebab itu, saya sangat sarankan anda juga perlu mengikuti mana-mana seminar motivasi supaya anda dapat tarik magnet kekayaan dan kejayaan anda yang dah lama terperap dalam jiwa anda.

KEEMPAT:

Sila tonton video di bawah sampai habis.

1. Kisah Seorang Kerani Berhenti Kerja Menjadi Usahawan Berjaya.

video



2. 3 Nasihat Daripada Jutawan Cina

sila klik link di bawah

3 Nasihat Daripada Jutawan Cina. (SILA KLIK)


Semoga video ini memberi inspirasi kepada anda.

KELIMA:

Sentiasa mohon bantuan dan petunjuk dari Allah Maha Esa. Berdoalah, Allah menyukai mahkluknya yang meminta.


Minta doa kepada Allah apa yang kita hajati spesifik. Insya Allah, doa anda diperkenankan.




Jika anda mahu berniaga, NANTI DULU!! Anda wajib dapatkan ebook SORRY BOSS!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja SECARA PERCUMA yang pernah saya baca ini. Anda tak akan menyesal.

Bagaimana saya yang tak tahu berniaga, tak pernah berniaga even sebatang pen.

Bagaimana saya bisnes dengan hanya bermodalkan RM XX sahaja. 

Tanpa pinjam ALONG ...tanpa pinjam saudara mara. 

Sekarang Alhamdulillah modal 2 ANGKA telah beranak menjadi 4 ANGKA setiap bulan.

Tak caya tak apa, anda baca ebook ini dulu.

Saya berbesar hati ingin hadiahkan anda ebook motivasi ini kepada anda secara PERCUMA! sekali lagi saya katakan PERCUMA! Let's grab segera!



SETIAP KEJAYAAN BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA!!

ANDA BAGAIMANA? :)

Nak tahu lebih lanjut bagaimana saya bermula?

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah kejayaan Maria menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer walaupun bergaji RM5k sebulan. 

Kini Master Maria menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5-angka setiap bulan hanya DARI RUMAH. Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan.




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Sekiranya anda hadapi kesulitan download ebook ini sila hubungi saya seperti no phone di bawah.

Hubungi Hafizah untuk:-
FREE CONSULTATION

HAFIZAH MAHFOZ
Shaklee ID : 961265
hafizahmahfoz@gmail.com
FB: Hafizahmahfoz (sila klik)

019-211 8757 
(Call, SMS, WhatsApp, Telegram)


Saya syorkan anda tekan button SHARE dan LIKE di bawah supaya lebih ramai rakan-rakan anda dapat manfaatnya. Insya Allah saham akhirat anda dapat dengan hanya sekali tekan button SHARE dan LIKE tersebut.

Saya doakan anda kaya dan berjaya dunia akhirat. Dan Allah permudahkan urusan anda Insya Allah.



Wednesday, June 10, 2015

NATIONAL CONFERENCE 2014/2015 di MIECC 6-7 JUNE 2015 - DAY 2

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat setia fiezabard. Bertemu kembali diruangan kecil ini. Saya doakan anda diberi rahmah dan hasanah.

Seperti yang dijanjikan, saya nak sambung cerita National Conference di MIECC yang saya hadiri baru-baru ini.

Kepada yang belum berkesempatan membaca cerita National COnference saya pada hari pertama sila KLIK link di bawah

NATIONAL CONFERENCE 2014/2015 di MIECC 6-7 JUNE 2015 - DAY 1

Conference yang diadakan selama 2 hari ini memang sangat hebat. Saya yang biasa-biasa orangnya ni jadi macam teruja dan luar biasa. Kerana saya dikelilingi oleh orang yang berjaya dan sudah tentu mereka adalah orang yang luar biasa.

Hari kedua lebih glemeres. Ye la ramai yang hadir masa tu adalah orang yang dalam rank tertinggi Syarikat.

Sementara menunggu pintu masuk dibuka saya berlegar-legar lagi di ruang EXPO. Alih-alih terjumpa seorang yang menjadi idola saya.




Master Muliani adalah idola saya kerana saya suka dengan karektornya yang sangat hamble. Nampak riang diwajahnya. Namun tiada siapa yang tahu disebalik senyuman ceria itu ada seribu satu kisah manis dan pahit dalam menempuh kejayaan.

Dalam kesibukan orang ramai ini, tetiba saya kehilangan orang tersayang. Mana suami saya nih?



Laaa,....kat luar ruang legar rupanya mereka. Master Firdaus dan suami saya ntah apa yang dibincangkan. Bila bisnesman bertemu dengan bisnesman, mereka ada matlamat yang sama walau dalam bidang yang berbeza.

Bila pintu masuk dibuka kami meluru masuk untuk dapatkan kerusi yang paling hadapan sebagai tetamu.





Kerusi di hadapan untuk para Achiever yang diraikan. Insya Allah Next year saya pulak dapat kerusi hadapan ni.




Hari ini lebih semangat. Pembukaan hari ini dimulai dengan muzik dan tarian yang penuh semangat. Tariannya ala-ala aerobik gitu.


Kami diajak turut mengambil bahagian. Aerobik bersama ikut rentak mereka di atas pentas.


Tengoklah mereka ni, very sporting. Tak kira tua atau muda sama-sama ikut rentak. Bukan berdisko ye tetapi ber'aerobik'.

Dr Azizan pesan, nak berjaya anda perlu ada FULL OF ENERGY. Dengan melakukan pergerakan seperti aerobik ini memberikan anda energy yang luar biasa.



wajah kami di hari kedua. Lebih semangat bila tengok raaaammmaaaiii orang bersemangat. (maaf gambar kurang memuaskan, guna Handphone samseng je)


Kami sangat bertuah kerana kami berada dalam group yang betul. Group yang membawa kami terus ke jalan highway kejayaan. Terpulang kepada kami nak bawa kenderaan bagaimana untuk sampai ke destinasi. 

Nak bawa Ferrari ke? Nak bawa Kan***


Mommy dan daddy Shaklee saya penerima Award Top 3 Achievers - Enrollers Awards dan mereka adalah tempat yang pertama.

Perkongsian dari Master Coordinator Usharani

Master Usha dulunya merupakan seorang lawyer tetapi menjadi surirumah sepenuh masa selepas berkahwin.

Surirumah sepertinya sudah tentu mengharapkan duit belanja dari suami. Sedangkan pelbagai impiannya yang belum terlaksana yang mungkin agak mustahil untuk dicapai sekiranya ia masih mengharapkan wang poket dari suami.

Hidupnya melalui turning point yang drastik dalam tahun 2011. Master Usha membina perniagaan Shaklee ini dengan bersungguh-sungguh. Ia melangkah tanpa menoleh kebelakang.

Dan akhirnya, ia dapat mencapai impiannya hanya dengan Shaklee.

Moto yang diguna oleh Master Usha ialah

"Whatever you do, be different. If you're different, you will stand out"

Sebenarnya banyak lagi perkongsian dari orang-orang yang berjaya dikongsikan hari ini. Tetapi saya tidak dapat hadir acara pada petang hari disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan.

Selepas acara pagi itu kami sempat berlegar-legar lagi di EXPO

Shaklee Mobile App


Ayahanda Awina mencuba Shaklee Mobila App yang baru dilancarkan tadi. Serius betul anakanda dan ayahanda.

Sejajar dengan perkembangan teknologi yang begitu pantas, Shaklee tidak ketinggalan sering upgrade sistem mereka. 

Sebelum ni sejak tahun 2013 kami telah didedahkan dengan sistem pembelian secara online di Shaklee2u untuk memudahkan para SID membuat pembelian dalam talian tanpa ke Branch atau telefon ( pembelian secara tradisional ).

Kini Shaklee telah melancarkan Mobile App untuk kemudahan para SID melakukan urusan bisnes mereka, segalanya hanya dihujung jari anda, di mana jua anda berada. mudahkan?

"Everything you need to build and run a successful business on-the-go"

Jadi, tiada alasan untuk anda tidak ber'bisnes'.

Bagaimana Nak Download Shaklee Mobile App


1. Syarat pertama, anda perlu ada Smart Phone atau gadget yang seumpama dengannya seperti tab, ipad dll.
2. Ada Wifi Connection.
3. Pergi ke App / Google Play Store
4. Muat turun "My Shaklee" App
5. Daftar App dengan Shaklee ID dan nama anda
6. Dapatkan Pin Log in di email anda
7. Log in App menggunakan Shaklee ID anda dan Pin Mobile App anda.

Jom Bisnes hanya dihujung jari anda!



Beratur order Promo Set berakhir hari ini juga.



Snap sikit dengan My Great Mentor Master Maria dan Master Firdaus



Bergambar dengan MILLION DOLLAR EARNER (Master Zahirah bertudung hijau). Insya Allah saya follow Master Ira (panggilan manjanya)


Dreaming is free. Tak kena bayar pun.


Insya Allah ini saya punya tahun hadapan.


Senyum lebar dengan mommy Shaklee saya. Kam Haryatie yang membawa saya ke dunia bisnes ini.


Cukuplah setakat ini dahulu perkongsian saya kali ini. Insya Allah saya akan terus menulis dan menulis.

Sekiranya anda suka entri saya kali ini sila SHARE dan LIKE supaya ramai lagi yang boleh dapat manfaatnya. Nak dapat saham kubur sila la SHARE.

_______________________________________________________________


SETIAP KEJAYAAN BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA!!


LANGKAH PERTAMA SAYA BERMULA DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE.

ANDA BAGAIMANA? :)

Nak tahu lebih lanjut bagaimana saya bermula?

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah kejayaan Maria menjalankan bisnes online SHAKLEE sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer walaupun bergaji RM5k sebulan. 

Kini Master Maria menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5-angka setiap bulan hanya DARI RUMAH. Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan.




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Hafizah untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

HAFIZAH MAHFOZ
Shaklee ID : 961265
hafizahmahfoz@gmail.com
FB: Hafizahmahfoz (sila klik)

019-211 8757 
(Call, SMS, WhatsApp, Telegram)


Monday, June 8, 2015

NATIONAL CONFERENCE 2014/2015 di MIECC 6-7 JUNE 2015 - DAY 1

Assalamualaikum wbt,

Terima kasih kepada pembaca setia fiezabard. Saya doakan anda dikurniakan rahmah dan keberkatan dunia akhirat.

Alhamdulillah syukur saya dan family diberi kesihatan dan kecergasan untuk sama-sama turut serta dalam National Conference 2014/2015 pada 6-7 June 2015.

National Conference merupakan acara yang gilang gemilang untuk para bisneswoman dan bisnesman untuk menerima AWARD atas usaha mereka selama setahun.

Ala-ala GRAMMY AWARD gitu.




Pintu masuk je nak menggambarkan keadaan event yang berprestij ini

Cer masuk pulak




Wow! banyak lampu laser! macam Grammy Award gitu..

Sampainya kami di MIECC pada jam 12 tengah hari. Dewan belum dibuka jadi kami berjimba-jimba di ruang legar di luar dewan.

Ada pelbagai aktiviti disediakan. Jom layan warna-warni event.


Register dulu sebelum boleh masuk. Once register dapat Goodie Bag ni. Macam-macam ada dalam tu.


Berjimba dengan bisnes partner Eida di poster Liberty


lagi berjimba, Eida, saya dan Noraini


Eh, Ada lagi bersama Noraini, saya dan Zara


Tak dapat bergambar dengan orangnya, poster dia pun ok gak. Mama Cery pemegang 7 Angka bonus bulanan hanya dengan Shaklee.


Sama tak?
Tengah NLP kan poster tu nanti adalah gambar kami berdua.


Dah penat pergi jejalan, Faris dahaga nak minum.

Wahhh!! Shaklee bagi FREE Cinch untuk para peserta. Cinch membekalkan tenaga sepanjang hari. Kalau jadikan minuman boleh rasa kenyang. Sesuai untuk membantu anda dalam proses slimming. Amaran: Cinch tidak sesuai untuk kanak-kanak. Jadi, Faris ambik air kosong saja ye.





Bergambar lagi dengan eida dan Gee rakan partner saya.

Jom round-round lagi


Disediakan juga pemeriksaan kesihatan.


Ini pula demo Water Pitcher. Portable Penapis air yang mudah dibawa ke mana sahaja. Penapis bebas elektrik. Jadikan minuman anda bersih untuk lebih sihat dan lebih sedap.



Ada juga jualan barangan terhad hanya di Expo ini dengan harga yang berpatutan.  

Antara barangan yang dijual


Saya pernah beritahu sebelum ni. Syarikat ini adalah bisnes family oriented. Day Care Room juga disediakan.


Register dulu sebelum masuk Day Care Room



Kakak Eizzatul sibuk bermain coloring sand.



Ada movie show disediakan untuk anak-anak


Breastfeeding Zone pun ada disediakan. Mesra ibu menyusu juga event ni.


Faris menyiapkan paintingnya

Pintu masuk dewan dibuka lebih kurang pukul 2.00 petang. Ini lah masanya untuk memulakan majlis. Jom anak-anakku.

Sejurus pintu dibuka, ramai yang serbu masuk.




Sebaris tu family saya yang conquer



Awina ni cam ngantukkk je...

Master Parade

Kebiasaannya sebelum masjlis bermula, para Master akan diraikan dengan berarak melalui carpet merah ke dalam dewan.


Master Maria dan Master Firdaus My Great Mentor bisnes saya


Tengah boyot pun masih bertenaga dan nampak comel je Master Maria ni. Master Firdaus pun apa kurang comelnya juga. Nak jadi Abam Sado pulak katanya.


Majlis dimulai dengan persembahan tarian yang sangat menarik. Tarian berinovasi dan sangat memberi semangat. Saya lupa apa nama tarian ini.


Seperti biasa pembukaan majlis akan dimulakan penampilan President Shaklee Malaysia Mr. Victor Lim. Para SID yang tak kenal Victor Lim, tak tahu nak kata apalah. Uncle Cina yang paling glemer di Shaklee. Sapa tak kenal.

Kali ini Mr Victor Lim tidak terus menyampaikan ucapan seperti event-event lain yang pernah saya join.

Yang paling syahdu Mr Victor muncul dengan Lagu You Raise Me Up, Lagu yang pernah kami anak didik Empayar Maria Firdaus dendangkan untuk Mentor Kami semasa Master Celebration Maria Firdaus akhir tahun 2014.

Tetiba air mata saya mengalir sebab saya terkenangkan Master Celebration yang paling happening pernah kami raikan dulu. lagu "You Raise Me Up" yang kami buat surprise berjaya membuatkan Master berdua berjuraian air mata.

Sila tonton di MASTER CELEBRATION (MASCEL) MARIA FIRDAUS. (KLIK DI SINI)

Majlis berlangsung dengan penyampaian Award dan diselang-selikan perkongsian kejayaan para Master yang terpilih. Untuk mengetahuan anda, Master adalah rank yang tertinggi dalam 7 rank yang disediakan oleh Syarikat. Dan rata-rata pemegang rank Master ini setiap bulannya memegang BONUS hingga 6 ANGKA. 

3 RAHSIA HEBAT MASTER ZURAIFAH (MASTER IFFAH)


Perkongsian Master Iffah.

Pesanan Master Iffah 

Jika anda mahukan sesuatu dari kehidupan anda
• Jika anda punya impian untuk dicapai
• Jika anda ingin merubah kehidupan anda
• Ubahlah sikap anda
• Buanglah segala sifat yang negatif, be positif.

• Hari ini adalah hari yang paling penting dalam hidup anda
• Terbentang peluang yang tanpa batas dihadapan anda.
• Ianya mungkin sekali seumur hidup anda

Namun, 

• Ia tidak bermakna sama sekali jika anda mensia-siakannya!
• Inilah masanya anda katakan YES:
• YES kepada hidup anda
• YES kepada Impian anda
• YES kepada masa depan anda
• YES kepada Potensi Diri anda

Nak tau apa 3 RAHSIA HEBAT yang Master Iffah gunakan?

PERTAMA : 

FOKUS!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
KEDUA : 

FOKUS!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
KETIGA : 

FOKUS!

Aiks! tiga-tiga fokus. Bermakna bertapa hebatnya perkataan FOKUS ni.


Fokus apa yang nak kita lakukan. Insya Allah kita akan berjaya.

YES SHAKLEE "SEBUAH PELUANG TANPA BATAS" (pesanan terakhir Master Iffah)




Inilah Master Iffah dari dekat. Wanita yang bersemangat waja. Dalam melawan penyakitnya tiada alasan untuk berjaya dalam bisnes. Pemegang Award A Milion Dollar Earner.

Mentor bisnesku Terima 4 Awards, 
Tahniah! Mommy Kam Haryatie dan Daddy Hafiz Kaulat


Award yang diterima oleh Mommy Shaklee saya. Kam Haryatie dan Hafiz Kaulat. Mereka yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar bisnes kepada saya. Terima kasih Mentor ku. Tahniah atas pencapaian anda berdua. I will follow you!


Dr Azizan pernah pesan, nak bisnes kita kena ada MENTOR. Nak bisnes kena ada MENTOR yang telah terbukti berjaya. Insya Allah anda pasti berjaya.

Alhamdulillah saya ada ramai Mentor yang berjaya dan group yang berjaya. 

Insya Allah Ada STARS yang menanti saya.

Anda bila lagi nak STARS!

PERKONGSIAN MASTER COORDINATOR DR. ANDREW PANG




Dr Andrew ni join Shaklee November 2001. Pada 2003 dia dah achieve Rank Master Coordinator dan dalam masa yang sama dapat Master Degree dalam bidang Nutrisi dan Dietary.

Kenapa dia teruskan dengan Shaklee padahal dah ada Master Degree dah? Kerana beliau percaya dengan syarikat yang establish ini IMPIANNYA YANG BESAR akan tercapai.

Beliau suka melancong. Hampir semua tempat di dunia ini termasuk 7 tempat ajaib di dunia ini telah dijejaki. Semua ini dapat dicapai dengan hasil titik peluhnya dengan Shaklee.

MOTO keramatnya ialah "IF YOU THINK YOU CAN, YOU CAN!"

Menggapai BINTANG

Sudikanlah menatap warna-warni sepanjang Event ini


My Push Factor


Dream For Our STARS


Di Kelilingi bintang-bintang


Dengan Eida my bisnes partner


Macam iklan ubat gigi la beb!


Bersama-sama rakan bisnes di bawah Empayar Maria Firdaus. You Are Awesome!




CAR BONUS



Sebelum pulang sempat bergambar dengan bisnes partner. Nampak tak itu KUNCI BESARRR punya.

Kepada penerima Award Car Bonus Achiever, syarikat tidak menghadiahkan kereta sebuah kepada mereka seperti kebanyakan syarikat lain yang menghadiahkan kereta mewah kepada Achiever.

Dah tu kalau tak beri kereta, buat apa kunci besar tu?

Ini yang istimewanya Shaklee. Syarikat akan beri Car Bonus kepada Achiever sebagai Bonus kepada mereka yang telah mencapai tahap bisnes yang tertentu.

Terpulang kepada anda sama ada nak gunakan Car Bonus berupa ganjaran wang tunai tersebut untuk membeli kereta idaman anda, atau anda gunakan Car Bonus tersebut untuk membayar ansuran kereta anda setiap bulan, atau anda boleh menggunakan Car Bonus tersebut untuk kegunaan lain juga atau boleh jadikan simpanan juga.Kerana Shaklee bayar tunai Car Bonus anda.


Bas Mini 5 STARS ini adalah My Dream Car. Tak payah susah-susah bayar kereta. Shaklee bayarkan untuk kereta ni nanti, Insya Allah.

Amacam?

Setakat ini dulu perkongsian saya sepanjang National Conference untuk Day 1. Cerita tak habis di sini saja. Jemput ikuti sambungannya Day 2 di link di bawah.


Sekiranya anda suka entri saya sila tekan button SHARE dan LIKE. Insya Allah, dengan sekali tekan anda dapat membantu rakan-rakan lain yang ingin transform diri mereka ke arah kejayaan. Saham kubur anda dapat, Insya Allah...

**************************************************************

SETIAP KEJAYAAN BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA!!


LANGKAH PERTAMA SAYA BERMULA DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE.

ANDA BAGAIMANA? :)

Nak tahu lebih lanjut bagaimana saya bermula?

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah kejayaan Maria menjalankan bisnes online SHAKLEE sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer walaupun bergaji RM5k sebulan. 

Kini Master Maria menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5-angka setiap bulan hanya DARI RUMAH. Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan.




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Hafizah untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

HAFIZAH MAHFOZ
Shaklee ID : 961265
hafizahmahfoz@gmail.com
019-211 8757
 (Call, SMS, WhatsApp, Telegram)