MY SUCCESS JOURNEY BEGINS

SHAKLEE MOTIVATION AND RECOGNITION.

MY BIG HAPPY FAMILY

My Business Push Factor .

MY AWESOME BUSINESS MENTOR

MFMS THE MOST FANTASTIC AND TEAM SHAKLEE IN MALAYSIA.

EBOOK SORRY BOSS

Ebook PERCUMA. DOWNLOAD SEKARANG!!.

Monday, February 23, 2015

KETAM MASAK LEMAK CILI API

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat fiezabard. Rindu rasanya nak jumpa anda semua. Dah lama saya tak menulis.

Hari ini saya nak share dengan anda resepi Ketam Masak Lemak Cili Api.



Resepi reka sendiri alter sikit-sikit dari resepi mak dulu.

Itu hari saya ke Pasar Tani Maeps Seri Kembangan. Saya nampak ketam-ketam yang dijual sangat obes...geram tengok. Ada isi telur masing-masing. Terus tanya husband. Masak ketam nak? gemuk-gemuk ketam tu.

tergoda dengan ketam yang obes

ikan merah pun gumuks...gumuks...
sudah-sudah lah tu layan kegemukan ikan dan ketam. Jom kita mula masak.

Bahan-bahannya

Ketam dicuci bersih (ikut suka berapa ekor nak makan) - saya beli 4 ekor utk famili 7 orang
Bawang besar 2 ulas dibuang kulit (kes malas nak kupas bawang kecik. Bawang besar cepat sikit)
Bawang putih 4 ulas dibuang kulit
Lada merah sebiji
Cili api segenggam (ikut suka, nak pedas bubuh banyak)
Serai sebatang
Santan (saya guna santan kotak je, nak pantas)
Asam jawa

tengok tu ketam ni ada telur...

bukan nak promote tapi santan ni la yang sedap yang pernah saya guna

Cara membuat

1. Blendkan semua bumbu di atas ( bawang, bawang putih, lada merah, cili api ).


2. ketukkan serai dengan lesung


3. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, kemudian masukkan bumbu yang telah diblend tadi.


4. Masakkan bumbu tadi hingga naik baunya.

5. Campakkan serai yang telah diketuk tadi.

6. Masukkan santan pula.


7. kacau hingga rata, dan biarkan ia mereneh.

Amaran: Masak dengan api yang kecil. Supaya santan tidak terpecah minyak nanti.

8. Bila santan mulai mereneh, bolehlah masukkan ketam gebus kita ke dalam periuk tersebut.
SEBELUM

SELEPAS
Amacam>?? tergoda tak?

PErghhhh.....tengah mendidih tu..

Dah agak-agak masak ranum, barulah bubuh gula dan garam sedikit. Sikit je tau. bagi rasa masak lemak ni...

Renihkan semula agak-agak 2 minit, bubuh pulak asam jawa.




Renihkan semula seketika dalam 2-3 minit. Kacaukan asam jawa tadi sehingga rata. KEMUDIANNNN>>>>>>>

TADDDDDAAAAA!!!!!

Dah siap, jemput makan.



Amaran: masak lemak cili api ketam ini bersantan mengandungi kalori yang agak tinggi. ~ 140 Cal untuk 100g

Jadi kepada anda yang ingin kurus dan masih mengikuti Cabaran 100 hari bersama Now Every One Can Kurus #NECK dinasihatkan tidak menggunakan resepi ini.....hahahhahahaaa.

Tangisan berdarah sekalipun tidak akan menggantikan KG anda yang kemungkinan akan naik semula.

Enjoy your food!!

Sekiranya anda suka dengan resepi yang saya sharekan ini sila tekan button SHARE dan LIKE di bawah.

Semoga masakan anda hari ini adalah masakan yang paling istimewa untuk si dia.


Love masak,

Hafizah Mahfoz~



Wednesday, February 18, 2015

PENCUCI MULTIPURPOSE YANG WAJIB DIMILIKI : PART 2

Assalamualaikum wbt

Apa khabar sahabat-sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda dalam lindungan Allah swt.

Seperti yang dijanjikan saya ingin berkongsi dengan anda beberapa testimoni Basic H yang telah saya cuba.

Sekiranya anda belum baca entri Basic H saya PART 1, Sila klik link 

PENCUCI MULTIPURPOSE YANG WAJIB DIMILIKI : PART 1

Beberapa testimoni Basic H yang pernah saya dan rakan-rakan saya cuba saya kongsikan di sini. Semoga anda dapat manfaatnya.


Kolar Baju Sekolah



Tudung Sekolah Anak Dara



Cuci Keladak Jam

Testimoni Rakan saya mencuci jamnya yang dah berkeladak



Contengan Maker Pen



Baju Sekolah Comot



Kerak Periuk

Sakit hati tak kalau periuk macam ni?




Rendam 1/2 sudu kecil Basic H dengan air




Hasilnya




Wow!! kilat ....boleh buat cermin...Wahhhh!!!! gitu...

Satu lagi testimoni Kerak periuk



Sukatan Basic H

Untuk sukatan Basic H yang disarankan adalah seperti berikut mengikut kapasiti cucian yang diperlukan



Sekiranya anda suka entri saya kali ini sila tekan button SHARE dan LIKE supaya lebih ramai orang yang dapat manfaatnya nanti.

Sebaik-baik umat adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain. Insya Allah dengan sekali klik anda akan dapat ganjaran yang besar di akhirat kelak...Wallahualam.

Love,
~Hafizah

Beramal seolah-olah mati esok,
Bekerja seolah-olah hidup seribu tahun lagi,


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and


BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Friday, February 13, 2015

TUAN GURU NIK AZIZ : PERGINYA SEORANG ULAMA TERSOHOR

Assalamualaikum wbt,

Salam Jumaat sahabat-sahabat fiezabard yang dikasihi. Bersyukur kita kehadrat Illahi masih berada di Bumi Allah ini untuk menjadi KhalifahNya.

Malam tadi saya tidur agak awal kerana kepenatan seharian bekerja. Handphone pun habis bateri.

Jam 2.00 pagi saya terjaga dari tidur. Saya terkejut bila tengok rakan Whatsapp menyampaikan berita Tuan Guru Nik Aziz telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.45 PM hari Khamis malam Jumaat 12 Februari 2015 bersamaan 22 Rabiulakhir 1436 H.




Saya ni tak de la pro politik sangat. Selama ini sekiranya rakan-rakan bercerita pasal Tuan Guru pun saya buat acuh tak acuh saja.

Tapi bila kehilangan salah seorang yang boleh dikatakan orang yang sangat mendalam Ilmu agamanya, hati saya sangat syahdu dan sebak. Mungkin aura kewarakan Tuan Guru hingga terbawa-bawa hingga ke seluruh pelusuk negara.

Ketika drive kereta dari rumah ke office pun tadi air mata bergenang mengenangkan pemergian seorang ulama tersohor yang memperjuangkan Pentadbiran Islam di Malaysia.

Kepada sesiapa yang belum mengenali Tuan Guru Nik Aziz, Di sini saya share biodata Allahyarham

*******************************************************************

Jika ANDA belum mengenali siapakah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya.

Bolehlah ambil masa sedikit untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini......................... 

Semoga ia menjadi tarbiah pd diri & bermanfaat buat kita semua......

In Shaa Allah

BIODATA~:
Arwah,YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat 

Nama
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Tarikh Lahir
1931

Meninggal
12/2/2015 (22 RabiulAkhir 1436H)

Tempat lahir 
Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan

Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistimewaan
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan

Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan

Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited

Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu me neruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.

_ _ _ _ _ _

Semoga Rohnya dlm peliharaan Allah swt......& semoga Roh TGNA Tenang Di Sana....... Amin..
AL-fatihah

ﺑِــــــــــﺴْﻢِ ﺍﻟَّﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـﻢ
ﺃٌﻟﺤَﻤْﺪُﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِ ﺍٌﻟْﻌَﻠَﻤِﻴﻦَ *
ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْﻢِ *
ﻣَﻠِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍٌﻟﺪِّﻳْﻦِ *
ﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﻮْﺩُ ﻭَﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴْﻦُ *
ﺇٌﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮَﻁَ ﺍٌﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴْﻢُ*
ﺻِﺮَﻁَ ﺍٌﻟَّﺬِﻳْﻦَ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِّﻢْ uﻏَﻴْﺮِﺍٌﻟْﻤَﻐْﺾُﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ﺍٌﻟﻀَّﺂﻟِّﻴﻦَ

*ﺁﻣِـــــــــﻴﻦ


**********************************************************




Hari ini bumi Kelantan di banjiri oleh orang ramai yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia yang ingin bersama-sama memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham Tuan Guru.


Subuh di perkarangan rumah Tuan Guru

Add caption

Suasana di perkarangan Masjid di mana Jenazah Tuan Guru disolatkan
Cuba anda perhatikan betul-betul gambar masjid ini. Cuba tengok di langit. Apa yang anda nampak?

Anda nampak tak apa yang saya nampak?

Catatan hiba seorang sahabat

Hari ini pelbagai cerita berkisar Tuan Guru saya terima di Whatsapp. Semua kisah baik-baik.

Ada satu catatan yang saya rasa nak share ni sini. Saya baca pun sangat hiba dan sebak. Jemput baca....

***************************************
Sebaik sahaja menerima berita kematian Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) pd jam 9.40 mlm, saya terus bertolak ke Pulau Melaka utk bersama rakan-rakan lain menziarahi Allahyarham Tuan Guru (TG). 

Perjalanan biasa selama 20 minit dari rumah saya ke Pulau Melaka mengambil masa hampir sejam kerana jalan sesak dgn ribuan ramai yg datang untuk ziarah TG. 

Sesampai sahaja di rumah TG, ribuan hadirin sedang menunggu giliran utk masuk ke rumah. 

Saya mengambil keputusan untuk menunggu dalam masjid bersebelahan rumah TG bagi memberikan peluang kepada orang lain menziarahi TG. 

Hampir jam 3 pagi apabila hadirin agak kurang sedikit, barulah saya masuk ke rumah untuk melihat wajah TG buat kali terakhir. Jam 3 pagi saya kembali semula ke masjid untuk melelapkan mata sementara menunggu waktu Subuh. 

Ternyata saya tak dapat tidur walaupun saya memaksa & memejamkan mata. Dalam fikiran saya tidak henti2 terbayang wajah TG yg disayangi. Hinggalah jam 5 pagi saya bangun utk bersama2 hadirin yg lain yg sedang solat & baca Quran sementara menunggu solat Subuh. 

Setiap ruang solat dlm Masjid TG dipenuhi oleh orang ramai. Waktu sekarang hampir jam 6 pagi. Kami seperti menunggu-nunggu TG untuk muncul dari pintu kecil bersebelahan rumahnya utk solat bersama. 

Tiba-tiba sahaja saya menjadi sebak. Air mata yg saya tahan dari awal malam tidak dapat dibendung lagi. Ia mengalir dgn deras. Tak mampu lagi saya menahannya.

Saya tahu TG sudah tiada. Tapi saya seperti terbayang-bayang kelibatnya berjalan dengan penuh lembut & sopan melangkah masuk ke masjid untuk mengimami solat Subuh berjemaah, sebagaimana hari-hari biasa. 

Air mata saya mengalir semakin deras. Azan Subuh pula dialunkan begitu mendayu-dayu, sesekali tersekat-sekat seperti menahan sebak. Alunannya begitu menusuk ke hati, menambahkan lagi sebak di dada. 

Kedengaran hadirin lain teresak-esak dalam alunan azan Subuh... Mereka juga merasa spt saya, merasa kehilangan dan kerinduan pda TG. Kerana selepas ini tiada lagi TG yg akan menjadi imam solat, tiada lagi TG yg dgn penuh sabar tanpa jemu menyampaikan ilmu2 agama, tiada lagi TG yg merupakan seorang ulama yg tegas dlm memperjuangkan Islam di bumi tercinta ini. 

Bila iqamah dialunkan, kelihatan adik TG iaitu Ustaz Nik Radzi masuk bagi mengimami solat Subuh. Kelibatnya saling tak tumpah seperti TGNA & suaranya ketika membaca ayat2 suci al-Quran hampir menyerupai suara TG. 

Saya & hadirin lain menjadi semakin sebak & hiba.. sekali sekala kedengaran esakan daripada ahli jemaah semasa solat Subuh pagi Jumaat yg mulia. Kita kehilangan TG... dan kita akan rindu pda TG yg disayangi...

*******************************************************

Amanat terakhir Tuan Guru...


Saya juga ingin share beberapa kata-kata mutiara yang pernah Tuan Guru kongsikan.





Saya dapat rasakan kehilangan seorang Alim Ulama sangat dirasai walaupun tidak pernah bertemu.

Begitu juga Cinta kita kepada Rasulullah. Walaupun kita tidak pernah hidup sezaman dengan baginda. Namun Cinta kita kepada Rasulullah sangat mendalam.

Saya tak tahulah, sejak kebelakangan ini bila saya menyebut nama Rasul pasti ada satu rasa sayu, sebak dan menusuk dalam sanubari. Apakah tandanya itu?




Akhir kata, saya mengucapkan berbanyak takziah kepada kaum keluarga Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz dan diharapkan mereka tabah dan sabar menghadapinya.

Kepada Allahyarham Tuan Guru, Damailah di sana...Ku doakan Tuan Guru dikurniakan syurga tanpa hisab.


Al -fatihah untuk Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat



Cinta Rasul,

~Hafizah Mahfoz

Thursday, February 12, 2015

PENCUCI MULTIPURPOSE YANG SANGAT SUPERB WAJIB ANDA MILIKI!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi sekalian. Saya doakan anda sihat walafiat di samping keluarga tercinta.

Entri kali ini saya nak kongsikan dengan anda pengalaman saya menggunakan pencuci Multipurpose yang sangat SUPERB!

Sebelum tu saya nak tanya anda, Adakah anda suka cuci tandas atau bilik air?

Kalau suka SAY 'I'

Tapi saya confirm ramai yang tak sukakan?

Kalau anda tanya saya, sejujurnya saya tak suka cuci tandas. Tau kenapa? Sebab saya tak suka bau pencuci yang menyesakkan hidung. Cecair pencuci yang merosakkan kulit tangan saya. Pencuci yang meninggalkan kesan melekit pada tangan. Tambah parah bila pencuci tersebut menyebabkan alahan kulit. kadang-kadang kulit terasa panas semacam je. 

Kenapa ye pencuci di pasaran jadi macam tu? sebab kebanyakkan pencuci di pasaran mengandungi bahan-bahan yang beracun seperti ammonia yang meninggalkan bau yang menyesakkan dan sangat berasid (sebab itu tangan kita terasa panas)

Selain itu saya tak suka bila menggunakan pencuci tandas dan bahan peluntur ni biasanya perlu tinggalkan tandas dalam 10-30 minit sebelum dicuci bilas. Sangat tidak menjimatkan masa.

Cuci bilik air jadi hobi

Tau tak selepas saya jumpa Pencuci Multipurpose Basic H ni, terus saya jatuh cinta. 

Kalau dulu saya benci cuci bilik air, sekarang cuci bilik air dah jadi hobi saya. Pantang ada kotor sikit kat bilik air pasti saya cuci dibantu oleh BASIC H.

Mudah, pantas, tidak berbau menyesakkan hidung, tak payah nak tunggu sehingga 10-30 minit untuk bilas. On the spot dah boleh bilas...

senangkan?

Senang sangat terutamanya memudahkan kerja wanita seperti saya yang sentiasa mengejar masa menguruskan rumahtangga.

Cer lihat hobi baru saya


Sinki yang kotor transform jadi kilat blink-blink selepas menggunakan Basic-H
Pengakuan jujur dari seorang wanita

Dinding Karikatur/Corak Kolaj

Tak sangka pulak Pencuci Multipurpose Basic H ni boleh membersihkan dinding yang penuh dengan hasil lukisan Abstract.

Baru-baru ni kawan saya tunjukkan gambar dia bersihkan dinding rumahnya dengan Basic H.

Eh, boleh ye? selama ni saya ingatkan Basic H hanya untuk bersihkan bilik air, kesan gris, mop lantai sahaja. Tak terfikir pulak boleh bersihkan dinding.


Kesan kotoran dinding hilang selepas menggunakan Basic H. Macam baru lepas dicat baru.

Tiang rumah yang penuh corak abstract transform seperti dicat semula setelah digosok dengan Basic H


Tak boleh jadi ni. Dinding rumah kawanku serupa je macam dinding rumah saya. Ramai sangat artis kat rumah saya ni. Tak cukup kertas, dinding yang jadi mangsa. Cer tengok ni.


salah satu dinding bercorak. Banyak lagi corak seperti ini di segenap ruang rumah.



saya percaya almost every house mengalami masalah macam ni
Apa lagi tanpa membuang masa, malam tu lepas segala hal anak-anak diselesaikan, saya capai Basic H saya. Titikkan dalam 2-3 titik dalam semangkuk air, dan gosok menggunakan kain buruk.

Wahhhh!!!.....Nak tau apa hasilnya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

No more conteng-conteng. Tak payah cat dah hilang corak abstrak tu.

dinding yang bercapuk dan comot dah bersih!!!
Syukur sangat, dinding rumah saya yang selama ni comot, bercapok, bercorak-corak macam pasang wallpaper, sekarang dah cantik semula macam dicat baru.

Dah tak sakit mata lagi memandang dinding-dinding penuh dengan corak mural, abstrak dan karikatur.

Bukan itu saja kelebihan Basic H ni tau. Dah katanya Pencuci Multipurpose. Tentu pelbagai kotoran boleh dibersihkan.

Satu lagi masalah.

Kasut sekolah

Setiap hujung minggu saya pasti membebel dengan anak-anak saya yang bersekolah 3 orang supaya mencuci kasut mereka sebersih-bersihnya.

Saya tak puas hati dengan hasil cucian mereka. Walau dah disental pasti ada lagi kotoran yang masih melekat di kasut.

Perlbagai sabun dah mereka guna. Sabun mandi pun pernah digunakan (ikut petua orang dolu-dolu, pakai sabun mandi mudah hilang kotoran degil). Ikutkan je lah.

Sudahnya saya minta mereka cover dengan kapur kasut. Tapi bila dikapur tu bercapuk-capuk pulak. 

Haiii la anak....

Baru-baru ini sekali lagi kawan saya kata Basic H boleh hilangkan kotoran hitam degil kasut sekolah.

Allahuakhbar, kenapalah selama ini saya tak tahu.....kesiannnn saya.

Dah lama botol Basic H tu ada dalam rumah. Tapi tak pernah nak mencuba untuk cuci kasut.

Testing yang pertama, tidak menghampakan. 

Anak dara saya komen " Ibu, kasut kakak tak yah kapur pun dah putih, tengok bu kasut ni akak tak kapur pun" (sambil tunjukkan kasutnya yang putih bersih dengan bangganya)

Bila saya tengok....ye laaahhhh...tak payah kapur pun dah putih secara semulajadi. Tak de kesan capuk putih kapur. 

Anak-anak pun melangkah ke sekolah dengan gembira.



Bestkan cuci kasut kotor kalau macam ni gayanya.

Next weekend confirm senang sangat nak suruh anak-anak saya cuci kasut. Mereka boleh cuci kasut dengan gembira.

Saya jatuh cinta dengan Basic H

Sejujurnya, saya sangat suka dan jatuh cinta dengan Pencuci Multipurpose Basic H ni kerana ianya sangat membantu saya dalam membersihkan seisi rumah. Almaklumlah semua kerja-kerja pembersihan kami sekeluarga buat sendiri. Basic H amat amat amat membantu.

sebab saya suke gile-gile dengan Basic H
Selain itu Basic H juga
  • Jimat wang. 
  • Hanya RMXX boleh tahan sehingga berbulan-bulan (3-4 bulan bergantung kepada kegunaan semasa). Berbanding peluntur dan pencuci komersial tetap dengan harga RMXX tetapi hanya bertahan tak sampai 1 bulan.
  • Gunakan 1 sudu sahaja untuk 1 gelen air
  • Hujung sudu sahaja untuk setiap 6 oz air.
  • biasanya saya bancuh dalam semangkuk air dan hanya titikkan dalam 2-3 titik saja dah boleh mencuci seribu satu kekotoran dalam rumah.
Back to basic (Konsep Hijau)

Berapa ramai orang tahu apa kandungan Basic H?
Kenapa ia sangat superpower?

Sehingga boleh claim hingga hampir boleh membersihkan 997 jenis kekotoran.

Berapa ramai yang lahir tahun 40-50an?

Anda yang hidup dalam tahun 40-50 an pasti pernah menggunakan sabut kelapa dan pelepah-pelepah kelapa untuk bersihkan kotoran. Amacam? Cer anda try..

Alahai mana nak cari sabut kelapa pulak sekarang ni. Entah kenal entah tidak generasi Y ni rupa paras sebiji kelapa. Masak santan pun pakai santan kotak.

inilah rupa paras sabut kelapa
Dulu-dulu, nenek moyang kita menggunakan sabut kelapa untuk membersihkan kotoran di periuk belanga, pinggan mangkuk dan sebarang pembersihan di rumah.

Sebab itu pernah orang tua-tua kata, pokok kelapa itu ada 101 kegunaannya dari pucuk daun hingga ke umbut kelapa (kenal ke umbut kelapa tu apa?). Tak tahu nanti saya cerita di entri lain.

Atas kesedaran Always Green inilah Shaklee telah mencipta pencuci yang organik dari sumber kelapa dan jagung.



Basic H sentiasa SAFE, POWERFUL DAN GREEN!!

Basic H sangat HEBAT dan SUPERB!!!!

Sapa tak cuba memang rugi!!

Sebenarnya ada banyak lagi kegunaan Basic H ini yang belum saya kongsikan. Insya Allah saya akan kongsikan di entri akan datang.

Sekiranya anda suka entri saya kali ini sila tekan button SHARE dan LIKE supaya lebih ramai orang yang dapat manfaatnya nanti.

Sebaik-baik umat adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain. Insya Allah dengan sekali klik anda akan dapat ganjaran yang besar di akhirat kelak...Wallahualam.

Love,
~Hafizah

Beramal seolah-olah mati esok,
Bekerja seolah-olah hidup seribu tahun lagi,

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!