Wednesday, March 6, 2019

Breast Milk Story : Beza Susu Awal (Foremilk) dan Susu Akhir (Hindmilk)

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar pembaca fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda dikurniakan kesihatan yang melimpah ruah.

Seperti yang dijanjikan saya nak share beza antara susu awal (Foremilk) dan susu akhir (Handmilk).

Jemput baca perkongsian sebelum ini

Susu ibu meriah selepas melahirkan (SILA KLIK)

Dalam entri lepas Kak Fieza ada cerita bagaimana staff nurse Andorra Hospital beri tunjuk ajak Kak Fieza nak collect lebihan susu yang melimpah ruah.

Semasa collect susu tu, Kak Fieza dapati warna susu antara 2 botol Milk Collector sangat berbeza.

Kenapa ye?




Sebelah kiri : Susu Awal (Foremilk), Sebelah kanan : Susu Akhir (Hindmilk)


Kenapa susu sebelah kiri lebih jernih warnanya banding susu sebelah kanan gambar ye?

Jom Kak Fieza ceritakan.


Apa itu Susu Awal (Foremilk)?

Sebelum ni Kak Fieza pelik jugak kenapa ada susu yang berwarna cair dan ada pula susu yang berwarna putih pekat.

Foremilk adalah susu yang berasa di depan kilang susu ibu (bahagian dalam breast). Jadi bila baby mula menyusu, foremilk akan keluar dulu.

Kandungan Foremilk lebih cair kerana tinggi kandungan airnya. Manakala warnanya pula kehijauan dan kebiruan.

Foremilk mengandungi KARBOHIDRAT, PROTEIN dan VITAMIN.

Apa itu Susu Akhir (Hindmilk)

Hindmilk ialah susu yang berada di belakang breast. Hindmilk lebih pekat berbanding foremilk. Ia mengandungi KALORI dan LEMAK yang lebih tinggi. Manakala warnanya lebih kelihatan pekat dan rich.

Mana Penting, Foremilk atau Hindmilk?

Kedua-dua Foremilk dan Hindmilk sama pentingnya untuk bayi anda.

Foremilk mengandungi protein, vitamin, karbohidrat dan laktosa yang penting untuk perkembangan otak dan tenaga bayi.

Foremilk menghilangkan dahaga bayi kerana kandungan airnya tinggi. Sebab itu, bayi yang menyusukan sepenuhnya susu ibu tidak perlu air masak. Dalam susu dah cukup airnya.

Manakala Hindmilk pula mengandungi lemak yang penting untuk tumbesaran dan mengenyangkan bayi. 

Sekiranya bayi tidak dapat cukup Foremilk, bayi boleh dehidrasi (kurang air dalam badan).


Manakala sekiranya kurang Hindmilk pula, bayi tidak kenyang dan tumbesaran tidak berkembang.

Jadi, penting bagi ibu menyusukan sehingga payudara berasa ringan sehingga anak mendapat Hindmilk. Jadi bayi merasa kenyang dan mendapat semua kebaikan foremilk dan hindmilk.

Ibu menyusu PASTIKAN kerap mengosongkan payudaranya dengan cara mengepam atau menyusukan secara kerap direct feeding. Secara teori, semakin sedikit susu yang berada dalam payudara, semakin banyak Hindmilk. Jadi, semakin pekat susu yang dihasilkan.

Sebab itulah, ikut pengalaman Kak Fieza, susu lebih pekat dan banyak di bulan puasa atau semasa puasa.

Manakala ibu yang membiarkan payudaranya bengkak dan tunggu susu penuh kononnya akan mendapati susunya lebih kelihatan cair apabila dipam.

Waktu ini, terjadinya ketidakseimbangan antara Foremilk dan Hindmilk. Tika ini Foremilk lebih banyak banding Hindmilk. Sekiranya Foremilk lebih banyak, bayi akan minum lebih banyak susu cair. Ini akan menyebabkan bayi tidak mantap rasa  kenyangnya.

Antara tanda-tanda bayi anda tak dapat susu yang berkualiti

1. bayi akan meragam, 
2. kembung, 
3. najis bayi menjadi kehijauan, 
4. tak kenyang, 
5. berat bayi tidak meningkat dan 
6. bayi kerap buang air besar.

Sekiranya bayi anda mengalami tanda-tanda diatas, antara puncanya

1. Susu ibu yang tidak seimbang antara Foremilk dan Hindmilk ( Foremilk lebih banyak).
2. Ibu cepat sangat menukar payudara semasa menyusukan. Bayi tidak sempat nak dapatkan Hindmilk memandangkan susu ibu terlalu banyak (over supply ).
3. Bayi tertidur semasa menyusu ( tak sempat dapatkan Hindmilk ).

Cara atasi

Sekiranya anda mengalami situasi seperti di atas, cara yang terbaik kepada ibu yang over supply untuk mengatasinya adalah dengan menyusukan bayi anda dengan sebelah payudara, sedangkan payudara sebelah lagi perlu dipam secara konsisten dan susukan bayi.

Kesimpulannya, ada beberapa cara mudah supaya bayi anda dapat susu yang betul-betul berkualiti, antaranya:

1. ibu perlu mengepam sedikit sebelum menyusukan bayi supaya bayi dapat Hindmilk.

2. ibu perlu mengepam secara konsisten agar lebih kerap payudara dikosongkan.

3. Ibu wajib mengambil makanan yang tinggi protin dan serat.

Jadi, kepada anda ibu yang mengalami situasi bayi seperti ini, tak perlu risau. Anda boleh cuba cara mudah mengatasinya. Ikut saja cara yang dinyatakan di atas.

Disamping itu, anda boleh amalkan SET MENYUSU LENGKAP Shaklee untuk dapatkan susu yang berkualiti.


kredit to mamapeduli dan mysuperkid.net


#SetMenyusuShaklee
#SetPantang
#SetLepasBersalin
#FullyBreastMilk
#PantangHariKe8
#AffanDiary
#StokEBM



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:


pages:


Purplehomeshoppe

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adakah Anda Suka Dengan Perkongsian Di fiezabard.blogspot.my? 

Jika Anda Mahu, Saya Boleh Update Terus Whatsapp Ke Phone Anda Bila Saya Buat Posting Posting Baru, Menarik Dan Bermanfaat. Klik Link Ini: 


So Lepas Ni Bila Ada Update Terbaru, Saya Akan Broadcast Terus Ke Whatsapp Anda Secara Personal.


Kepada anda yang suka entri saya kali ini mohon tekan button SHARE dan LIKE. Mudahan ramai yang dapat manfaatnya.

1 comment: