Showing posts with label nak kurus. Show all posts
Showing posts with label nak kurus. Show all posts

Tuesday, February 14, 2023

Set Kurus Shaklee Premium Berkesan Turunkan Berat Badan Dengan Mudah

 

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat Fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda dilindungi Allah swt.

Anda tahu , Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami OBESITI dan jatuh tempat ke-6 di negara Asia Pasifik.

Kajian ini membimbangkan kita. Tambahan lagi kajian juga menunjukkan 48.8% Rakyat Malaysia mengalami kenaikan berat badan mendadak semasa pandemik. Manakala rakyat Malaysia cenderung untuk naik berat badan semsa perayaan kerana makan terlalu banyak.

Malaysia syurga makanan. 


 

Punca Obesiti

Di sini Kak Fieza senaraikan beberapa punca obesiti

  • Makanan manis
  • Makan banyak
  • kurang bersenam
  • Kalori menjadi lemak
  • Genetik
  • Sebab kesihatan

 

Namun begitu obesiti dapat dielakkan dengan amalkan gaya hidup sihat. Dalam Shaklee kita berpegang kepada 3 perkara:

Eat Healthy

Exercise Regularly

Supplement Wisely


Kenapa perlu supplement untuk kurus?

"Kak, saya nak kurus tapi saya nak kurus secara natural, tak nak ambik ubat-ubat atau supplement, boleh ke?

"Pengambilan ubatan memang tidak disarankan. Sebab ianya memudaratkan untuk jangka masa panjang."

"Boleh tak salah nak kurus tanpa ambik sebarang supplement"

Sebelum tu Kak Fieza nak cerita sikit kenapa perlu ambil supplement semasa proses menurunkan berat badan. Baca dulu sampai habis. Kemudian anda boleh buat pilihan.

✅ Saya dah cukup ambik protein dengan makan ayam.

✅ Saya dah cukup nutrien dengan ambil sayuran dan buahan setiap hari.

✅ Cukuplah tak payah ambil suppliment dah. Badan saya dah cukup nutrien.

 

Betul ke cukup?

Anda perlu ingat, tiada manusia yang bawa penimbang nak timbang berapa gram pengambilan sayur kita. Tak ada manusia yang bawa penimbang nak timbang berapa protein, berapa kalsium, berapa magnesium, berapa vitamin C dalam makanan yang kita makan.

Jadi, bagaimana anda nak tahu pengambilan makanan harian anda cukup dah nutrien ikut keperluan badan anda? Pernahkah anda timbang zat setiap makanan tersebut?

Belum lagi ambil kira, zat yang terurai selepas dimasak. Belum lagi dikira pengambilan sayuran dan buahan kita yang mengandungi kandungan bahan kimia akibat dari penanaman komersial. Tak mudahkan?

Sebab itu, badan kita tak cukup nutrien pun daily. Kelompongan nutrien badan itu perlu disokong dengan pengambilan Healthy Nutrition melalui suppliment yang natural dan betul. Bukan semua suppliment kita boleh ambil ye. Pastikan suppliment yang kita ambil SELAMAT, SEMULAJADI dan TERBUKTI BERKESAN.

Set Kurus Shaklee Premium


Dalam rangkaian produk Shaklee, terdapat Set Kurus Shaklee Premium yang terbukti dapat turunkan berat badan dengan mudah.


1) Cinch Shake



 
  • Cinch Shake merupakan agen pembakar dan bina.
  • Cinch Shake adalah minuman yang lazat dan bermanfaat untuk kesihatan anda.
  • mengandungi Leusina (Leucine) untuk membantu proses turunkan berat anda.
  • Leusina ini berfungsi membina dan mengekalkan otot untuk berat badan yang lebih sihat dan badn yang tegap. Tak de la lepas dah kurus otot mengeleber.
  • Leusina juga membantu membakar lemak secara efektif tanpa memberikan kesan Yo-Yo.

Tak nak lah jadi macam ni. Berjaya kurus selepas diet, kemudian naik balik selepas berhenti diet. Inilah dinamakan kesan Yo-Yo.

2) Omega Guard


 
 

  • Omega Guard pula merupakan agen meningkat metabolisme.
  • menyediakan spektrum asid lemak, Omega 3 yang penting untuk proses penurunan berat badan. Sapa kata nak kurus tak boleh makan lemak?
  • Omega Guard meningkatkan kadar metabolik dan mempercepatkan proses pembakaran lemak.
  • Omega Guard juga membantu meningkatkan sensitiviti insulin untuk mengawal penyimpanan lemak.

3) Lecithin


 

  • Lecithin pula adalah agen pemecah lemak degil.
  • Lecithin berupaya mengemulsi lemak dalam badan menjadi butiran-butiran kecil supaya mudah dibuang.
  • Lecithin berfungsi mempercepatkan pemecahan lemak serta menghalang pengumpulan lemak dan mengeluarkan toksin dari hati.
 
 

4) Herb-Lax


 

  • Sumber utama Herba-Lax adalah daun Senna sebagai agen Detoks.
  • herba-Lax membantu proses penghadaman dan pembersihan organ terutamanya usus dengan lebih baik.
  • Daun Senna yang terdapat dalam Herb-Lax telah digunakan oleh masyarakat dahulu kala untuk proses pencernaan yang lebih efektif. Pendek kata cuci usus senang membuang.
  • Herba-Lax meningkatkan pergerakan usus membantu proses semulajadi badan.
  • Herba-Lax Membantu mengeluarkan toksin daripada badan.


5) Vivix

Rangkaian premium yang paling utama dalam SET KURUS SHAKLEE ialah Vivix. Bagaimana Vivix membantu turunkan berat badan dengan mudah?

Jom kita bongkar. 



🍇 Vivix Tinggi Antioksidan

Vivix membantu melindungi sel-sel badan sehingga peringkat DNA serta memelihara sel sihat dan tidak mudah rosak. Bila sel sihat, maka tisu juga sihat. Bila tisu sihat, maka organ kita juga sihat. Secara tak langsung seluruh badan kita juga sihat. begitulah.


🍇 Vivix membantu memecahkan lemak dan mengecutkan sel lemak.

 Kajian dapati Resveratrol menyebabkan Lipolysis dalam sel lemak badan manusia. Lemak dalam badan kita disimpan dalam sel. Maka, Vivix menggalakkan proses pemecahan lemak. Jadi, saiz sel lemak pun mengecut.

Bila berjuta-juta saiz sel lemak mengecut, maka banyaklah inchloss pada badan kita.

 

🍇 Vivix juga membantu meningkatkan energy dan metabolisme

 Polifenol dalam Vivix meningkatkan penghasilan tenaga diperingkat Mitokondria (kilang tenaga). Bila ada polifenol dalam badan, Mitokondria pun banyak. Jadi, lebih banyak tenaga dihasilkan dalam badan.

Bayangkan, setiap sel badan menghasilkan lebih banyak tenaga daripada biasa. Memang kita akan rasa energitic, tak lemau dan tak letih.

Tambahan lagi, kita akan lebih banyak tenaga untuk lebih banyak bergerak dan membuat aktiviti keluarkan peluh. Kita akan lebih aktif bersukan dan bersenam. Mudahlah lemak terbakar dan mudah kurus. Begitulah.


Testimoni Set Kurus Shaklee

Di sini saya kongsikan beberapa testimoni mereka yang telah berjaya dapatkan berat ideal mereka dengan Set Kurus Shaklee Hello New You.






 

Wah, hebatkan mereka. 

Meh tengok testimoni Kak Fieza pula



 

Jadi apa tunggu lagi, Jom KURUS dan SIHAT dengan SET KURUS SHAKLEE PREMIUM Hello New You.
 

Klik link 👇👇 untuk dapatkan Set Kurus Shaklee Hello New You anda hari ini

NAK SET KURUS SHAKLEE HELLO NEW YOU  

(KLIK DI SINI)

 

Untuk kesan yang lebih baik dan pantas untuk turunkan berat anda digalakkan ambil SET KURUS SHAKLEE PREMIUM HELLO NEW YOU ini bersama-sama program Intermittent Fasting untuk gaya hidup baru anda. 

Untuk info lanjut tentang Intermittent Fasting anda dijemput klik link 

👉👉👉 Kaedah Intermittent Fasting Yang Berkesan

Anda ingin mencari artikel berkaitan yang lebih berinformasi , anda boleh tekan link:

👉👉👉 Set Kurus Shaklee Boleh Kurus Lepas Bersalin


Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT, supaya lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah mereka menjadi lebih baik lagi. Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best. Kak Fieza doakan anda dapat berat ideal yang anda impikan kelak.





 

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#ShakleeSeriKembangan
 

 

 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:
hafizahmahfoz (tekan)

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)

Thursday, July 11, 2019

Program 17 Hari #JOMDETOX Janjikan Anda Lebih Sihat, Kurus dan Awet Muda Secara Semulajadi


Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda dalam keadaan sihat walafiat disamping keluarga tercinta.

Sejak penghujung tahun 2018 lagi, team kami telah melaksanakan Program 17 Hari #JOMDETOX untuk menambah nilai kesihatan kepada anda dengan cara detoks

APA ITU DETOX?

Anda pasti selalu dengar perkataan DETOX kan? Ramai juga yang berjinak-jinak dengan cara detox ni. Ada juga yang guna Detoxpatch untuk tarik toksin dalam badan katanya. Kak Fieza pun pernah terjebak dengan Detoxpatch ni. Air Detox pun ada. Pelbagai ramuan air detox yang dikongsikan dalam laman sosial. Ramai yang telah mencuba. Namun, sejauh mana air detox berkesan untuk 

DETOX ni apa sebenarnya?

Detox adalah kata singkat daripada perkataan DETOXIFICATION.
Detoxification adalah proses menyingkiran toksin dalam badan melalui organ dalaman badan untuk menambahkan nilai kesihatan dan tubuh lebih ringan dan cergas.

Kenapa Perlu Detox?

Cuba anda perhatikan persekitaran anda. Bayangkan, berapa banyak anda terdedah dengan pencemaran setiap hari, radiasi dan juga racun septik.

Walaupun anda elakkan dari guna bahan-bahan beracun, tapi anda pasti tak dapat elakkan guna handphone kan? Sekarang pun ada pegang handphone baca entri saya ni kan?

Handphone adalah penyumbang radiasi yang paling tinggi. Bagaimana kita nak jaga diri, protect diri macam mana pun contoh anda makan makanan organik, minum air bertapis, hidup di kelilingi pohon hijau, anda masih terdedah kepada pencemaran, racun, radiasi, asap rokok, asap kenderaan, jerebu, racun dari pertanian, pencuci rumah yang bukan organik, kosmetik yang digunakan, radiasi TV, Handphone. Memang tak boleh elak.

Tambahan lagi kita sering terdedah dengan semua benda yang menyebabkan toksin dalam badan semakin meningkat melalui cara pemakanan harian kita.

Bayangkan, berapa banyak fast food yang kita telan. Berapa banyak juga makanan yang tinggi gula contoh teh tarik, kopi tarik, air 3 layer, tealive, starbuck, air yang berbubble-bubble kegemaran anak-anak tu.

Manakala yang non-muslim pula gemar dengan minuman beralkohol yang boleh menyebabkan kanser hati.

Bayangkan sekiranya kita berusia 40 tahun sekarang, kita mula boleh makan seawal usia 6 bulan. Ini bermakna 40 tahun juga badan kita telah terdedah kepada toksin. Kesian kan badan kita.

Nutrien yang sihat dan sepatutnya diambil tapi tidak diambil peduli. Kalau ambil pun kemungkinan tidak begitu efektif oleh kerana keladak toksin dah tepu sangat dalam badan. Sukar untuk nutrien baik serap secara efisien dalam badan. Maka organ detox pun semakin lemah untuk berfungsi dan kurang efektif untuk nyah-toksin.


Tanda-tanda Anda Perlu Detox

Nak tahu sama ada anda perlu detox diri anda. Jemput renung-renungkan senarai di bawah:
  • Berat badan bertambah - metabolisma badan dan hormon terganggu
  • Sembelit
  • Kulit Kusam
  • Cepat letih, cepat lemau, stress dan rasa lembab
  • Cepat marah dan rasa nak mengamuk je
  • Keinginan makan banyak. Craving sugary foods (sel lapar membiak dan tak cukup nutrien). Kategori seperti ini bila pergi ke kenduri atau open house pinggan penuh dan tamak sangat.
  • Sudah nak fokus dalam masa lama
  • Penyerapan nutrisi kurang - makan vitamin pelbagai tapi tak ada kesan. Orang lain makan vitamin berkesan.
  • Mudah dijangkiti penyakit contoh demam, selsema dan batuk
  • Susah tidur.
  • Sering mengalami kembung perut. Perut tidak selesa dalam keadaan biasa dan selepas makan.
  • Sering ada lingkaran hitam bawah mata.
  • Badan berbau jika tidak menggunakan deadorant atau pewangi.
  • Merokok atau sering bersama dengan orang merokok.
  • Mulut/Nafas berbau.
  • Menghadapi masalah ALERGIK.
  • Pengambilan sayuran kurang dari 1/2 cawan sehari.
  • Mengalami Ekzema, jerawat dan psoriasis



Amacam?

Anda rasa anda kena Detox?

Lagi banyak anda tick senarai di atas, maknanya SEGERA lah anda Detox ye sebelum terlambat.

Sekiranya ada silalah #JomDetox

Punca Perut Buncit Bukan Lemak Semata

Tahukah anda semua bahawa punca PERUT BUNCIT bukan hanya disebabkan oleh lemak semata-mata, tetapi ianya juga berpunca dari USUS yang sangat kotor sehingga membentuk LAPISAN yang amat TEBAL di DINDING USUS.


Tengok gambar ni. Macam nii la gmbar usus kita. 

Sebenarnya tubuh kita ibarat sebuah mesin yang perlu diservis sekali sekala supaya prestasinya kekal unggul dan berfungsi dengan baik. 

Bila terlalu banyak toksin, usus kita akan kotor dan bermasalah. Bila dah bermasalah, mulalah pelbagai penyakit akan terjadi seperti kanser contohnya. Ia terjadi dari usus yang kotor dan tidak sihat.

Dengan DETOKS yang betul, kita membantu sistem penghadaman badan kita kembali pada asal (reset) dan berfungsi dengan lebih baik.

Jadi, apa tunggu lagi? #JomDetox lah segera.😄😄

10 Sebab Kenapa Perlu Detox?

1. Untuk buang Toksin daripada badan
2. Untuk mencegah penyakit kronik
3. Meningkatkan sistem imunisasi badan
4. Mengurangkan berat badan
5. Memperlahankan proses tua sebelum waktunya
6. Meningkatkan kualiti kehidupan
7. Meningkatkan tenaga
8. Kualiti kulit semakin cantik
9. Ketenangan mental dan emosi
10. Mengembalikan kestabilan kepada sistem badan.

Dengan detox, kita akan mengembalikan semula kestabilan kepada sistem badan dan ini akan membolehkan sistem badan berfungsi dengan sempurna.

Apa Beza Diet vs Detox 



kalau tgk pd gambar, Cleansing (Detox) is better than dieting.

Kalau sekadar diet sahaja, berat akan rebound. Kalau detox, and sambung diet..berat takkan rebound. Ia akan maintain.

Kenapa Kena Join #JomDetox Shaklee?

Kebanyakkan program DETOX hanya tertumpu pada detoksifikasi organ tertentu sahaja seperti USUS sahaja. Ianya tidak detox menyeluruh seluruh badan.

Kita memerlukan Program Detox secara menyeluruh untuk memastikan detoksifikasi dilakukan secara berkesan dan kesihatan optimum dapat dicapai.

Program ini adalah kerjasama untuk memastikan Detox secara holistik ke atas sistem detox tubuh. Menu Detox yang disediakan adalah dari Pakar Nutrisi dan disahkan oleh Doktor. Bukan suka suki je tau buat Program nih.

Contoh Program Detox di luar sana hanya tertumpu pada usus saja, sedangkan Organ Utama Detox ada 6.

Organ Detox

Kolon (Colon)
Buah Pinggang (Kidneys)
Hati (Liver)
Paru-paru (Lungs)
Kulit (Skin)
Limfa (Lymphatic)


Rugi sangat sekiranya kita hanya tumpukan kepada Usus sahaja untuk detox, padahal ada 5 lagi organ yang sama pentingnya untuk didetoks.

Apa Program 17 Hari #JOMDETOX?

Program 17 hari #JomDetox merupakan Program yang ditubuhkan untuk membantu anda menjalani proses detox dengan cara yang betul.

Program 17 Hari #JomDetox merangkumi
  • ONLINE GROUP COACHING dalam whatsapp group selama 17 Hari dipantau oleh COACH DETOX yang diiktiraf.
  • 3 Fasa Program

Week 1 (Pre-Detox) - 5 Hari : 
Coach akan share tips-tips dan cara untuk adapt healthy habit dalam diri kita. Ubah mind set kita untuk kita lebih bersedia week 2 iaitu hari Detox kita.

Week2 (Detox) - 7 Hari : 
Kita akan buat detoks dan ikut meal plan yang telah disediakan.

Week 3 (Post-Detox) - 5 Hari : 
Post Detox. Siapa yang buat Detox betul-betul akan dapat result badan lebih cergas, berat badan continues turun, kulit cantik, nampak lebih muda.

  • FREE DETOX MEAL PLAN (Disediakan oleh Pakar Nutrisi dan diperakui oleh Doktor)
  • FREE GROCERIES LIST (panduan membeli bahan makanan mengikut saranan detox)
  • SET DETOX SHAKLEE digunakan dalam Program ini istimewa untuk AHLI  dibawah FB Empire SAHAJA.
Apa beza program Detox ni dengan Program Detox yang lain?

1) Kami sediakan coaching 3 weeks di group whatsapp merangkumi Predetox week, Detox Week dan Post Detox Week. Satu satunya Group yang ada Predetox & Post Detox Week. 

2) Kami guide untuk detox dengan ilmu. Bukan semberono atau ikut ikutan. 

3) Kami beri meal plan yang di sediakan oleh Pakar Nutrisi dan dipersetujui oleh Doktor. Insya Allah anda tak akan kelaparan. 

4) Program kami TERBUKTI BERKESAN bagi peserta sebelum ni yang betul betul ikuti panduan yang kami beri (boleh rujuk testimoni sebelu

Faedah Detox

✔Kulit yang lebih sihat dan berseri
✔Tingkatkan tenaga
✔Pemikiran yan lebih jelas
✔Fungsi badan yang lebih normal dan dikawal selia
✔Kolon yang lebih sihat, kurang kembung dan takde sembelit
✔Kurangkan rasa nak makan manis dan berminyak
✔Turun berat badan
✔Kurangkan stress
✔Tingkatkan sistem imun

Bagaimana nak join program #JomDetox ni?

Haaa.. mudah je. Ni caranya ye,

Untuk menyertai program #JOMDETOX, anda hanya perlu buat pembelian salah satu set di bawah daripada Kak Fieza atau mana-mana Ahli Shaklee yang Sah di bawah team Kak Fieza.



SET PLATINUM





SET GOLD




Dengan pembelian ini, anda terus dapat KEAHLIAN SHAKLEE di bawah team kami.

Anda tak tahu caranya jemput hubungi Kak Fieza ye.

Feedback Yang Pernah Join #JomDetox









































ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK SERTAI PROGRAM #JOMDETOX?

Pengambilan berlangsung setiap bulan. Hubungi kami segera!

CONTACT : Click to CALL (019-2118757)
Click to WHATSAPP

FACEBOOK : Hafizah Mahfoz

INSTAGRAM : Hafizah Mahfoz

EMAIL : hafizahmahfoz@gmail.com