Thursday, January 29, 2015

HANDPHONEKU BERASAP!!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat setia fiezabard? Saya doakan anda sihat walafiat disamping keluarga tercinta.

Entri kali ini saya nak cerita sedikit cerita lucu petang tadi.

Saya terima call lebih kurang pukul 4 petang dari seorang lelaki bernama suami.

"Yang, nak tau tak cerita aneh?"

"Haaa....aneh kenapa?"

"Handphone abang berasap"

"Subhanallah, macam mana boleh berasap tu?" suspend pulak saya. Selalu saya cuma dengar handphone crack, handphone pecah berderai sebab anak jatuhkan (anak juga yang bersalah) atau handphone radiasi bahaya kepada manusia. Tak pernah pulak dengar handphone berasap....gelak gak la saya.

"Betul yang, tadi abang letak handphone kat poket seluar. Tetiba apsal rasa poket abang panas semacam je macam terbakar? Bila seluk dalam poket rupanya handphone yang tengah berasap....panas yang macam pegang periuk panas"

"Allahuakhbar, sib baik peha abang tak berlubang..." sempat gurau tu.

"Abih tu ni abang call guna handphone berasap tu ke?"

"Eh, tak lah..abang dah beli yang baru"

Inilah rupa paras handphone yang telah dibaik pulih setelah seketika berasap
Handphone Berasap

Aduhai...heavy duty sangat handphone en. Badrul ni. Almaklum lah bisnes man. Sebagai CEO dan pengasas JOM MARI BERCUTI, handphone ni tak berhenti-henti menerima pesanan sama ada di Whatsapp ataupun di laman sosial Facebook.

Boleh dikatakan 100% bisnes En. Badrul adalah online. Handphone memainkan peranan penting dalam bisnes online seperti En. Badrul selain Laptop.

Dua peranti ini ibarat gula dan garam dalam makanan. Tanpa peranti ini pincanglah bisnes online En. Badrul.

Dah lebih setahun kot handphone ini berjasa dengan tuannya. Dah puluhan ribu la masyuuukkkk dek jasa baik handphonenya.

Walaupun handphone En. Badrul tidaklah secanggih mana, tidak se'updated' remaja-remaja sekarang. Handphone canggih dengan Iphone6 laa...Oppo laahh...Samsung 5S laaa....ada ke? maaf saya tak terikut perkembangan alat celular yang begitu pantas inovasinya.

Tapi walaupun handphone secanggih dan se'smart' manapun, kalau tuannya tak pandai menggunakannya secara bijak dan boleh jana duit, tiada gunanya. Buat perabih boreh mak bapak je namanya.

Saya bangga dengan suami saya kerana menggunakan handphone yang tak seberapa canggihnya itu secara maksimum sampai BERASAP!!!

Agaknya kalau handphone tu boleh bercakap ini dialognya

"Udah-udahlah tu bang, saya dah tak mampu nak tampung bisnes abang yang laju sangat tu"

Itu yang dia sakit tu....kesian handphone

Pengajaran

Oleh itu, saya nasihatkan kepada sesiapa yang bisnes onlinenya semakin laju, silalah cari handphone yang sama taraf dengan keupayaan bisnes anda.

handphone saya pun semakin lama semakin sakit...ada tanda-tandalah tu nak senasib dengan partnernya.

Agak-agak sapalah yang baik hati nak hadiah kan handphone canggih manggih dan kapasiti tinggi untuk melajukan lagi bisnes saya yer? (sedang me'LUA'kan)


Cerita suka suki di dinihari,
Hafizah Mahfoz

#Handphonecanggih
#smartphone
#handphoneberasap

0 comments:

Post a Comment