Showing posts with label NECK. Show all posts
Showing posts with label NECK. Show all posts

Tuesday, May 10, 2016

KISAH BENAR : RIZAL DAH TAK MAKAN UBAT DARAH TINGGI

Assalamualaikum wbt?

Apa khabar sahabat fiezabard? Saya doakan anda sihat walafiat di samping keluarga tercinta.

Entri kali ini saya nak cerita kisah kawan saya. Kalau anda perasan saya pernah cerita tentang dia dalam entri yang lalu. 

DENGKURAN DAN HILANG (SILA KLIK)
TERTIDUR SEMASA MEMANDU (SILA KLIK)

Kali ini saya nak sambung lagi kisah menariknya atas izin.




Ini Rizal kawan lama saya.
Alhamdulillah kini hidup beliau lebih semangat dan sihat.

Rizal ada kongsikan photo sensasi sejak tahun 2010 hingga 2016. Anda boleh tenung ye...bezakan? dulu dan sekarang.




Sekarang nampak lebih muda dan bertenaga.
Perut pun dah kempis.

Rizal Join Now Everyone Can Kurus (NECK) Batch 7 pada 1/8/2015 dengan berat asal 113kg. Atas kesedaran sendiri Rizal berjaya turunkan berat hingga 90kg maintain sekarang. Tahniah bro..!

NO MORE UBAT DARAH TINGGI

23 kg turun tu....tak pernah dalam sejarahnya boleh turun macam tu.
Yang lebih bernilai, sekarang Rizal bebas dari sebarang ubat-ubatan untuk darah tingginya.

Sebab dalam Now Everyone Can Kurus kami menekankan gaya hidup sihat untuk jadi sihat.


Anda selalu dengar slogan "amalkan gaya hidup sihat", "amalkan pemakanan sihat". Anda tentu terfikir bagaimana nak amalkan gaya hidup dan makanan sihat?

Saya dah makan buah, dah makan nasi, dah makan sayur ikut carta makanan seimbang yang disarankan. Tapi kenapa saya masih GEMUK?

Tentu anda terfikir macam tu kan? Saya tak bersenam, tapi saya tiap-tiap hari mengemop lantai sehingga mencurah-curah peluh. Tapi kenapa saya masih GEMUK?

Maknanya, amalan gaya hidup anda belum cukup sihat. 

Macam saya dulu sebelum join NECK semua makanan saya makan. Sebab saya fikir apa yang saya makan semuanya sihat-sihat belaka tanpa ilmu.

Bila join NECK, barulah saya faham apa yang dinamakan gaya hidup sihat dan bagaimana makanan harian kita boleh sediakan dengan sihat. Bagaimana nak kira kalori setiap hari sebab setiap individu berbeza keperluan kalorinya.

Target NECK nak ramai orang lebih sihat, bukan target nak kurus semata-mata.
Kalau kurus tapi cengkung tak bermaya tak guna juga.

NO MORE SLEEP EPNIA

Tambahan lagi Rizal dapat mengatasi masalah Sleep Epnia nya dengan berjaya balik kampung tanpa terlelap semasa memandu.

Nak tahu lebih lanjut Rizal pernah patah bahu kerana memandu disebabkan tertidur sila klik link ini. Tragis kisahnya. Klik la..

RIZAL PATAH BAHU, TERTIDUR SEMASA MEMANDU (SILA KLIK)

Saya doakan anda tak mengalami seperti Rizal satu ketika dulu. Sayangi diri anda. Keluarga anda masih memerlukan anda lagi.

Kepada anda yang mengalami situasi seperti Rizal, Now Everyone Can Kurus ada jalan penyelesaiannya.

Hubungi saya Hafizah 019-211 8757
NOW OR NEVER!

Kepada Bro Ahmad Ibrahim Rizal, saya doakan anda berjaya jadi CAPTAIN MALAYSIA macam dalam movie CIVIL WAR tu...cayalah. sado beb!💪💪💪💪💪

Ebook Now Everyone Can Kurus

Anda nak kurus? Tak tahu caranya?

Dah banyak kali cuba tapi tak berjaya?


Baca Ebook ini dahulu



Anda serius nak kurus? Nak ebook ni? Ebook ni la yang Rizal baca sehingga beliau boleh transform dirinya.

Sila Whatsapp/Telegram saya Hafizah (019-211 8757).

1. Sila Taip " Saya Nak Kurus "
2. Tulis nama penuh
3. Beri Email

Saya berbesar hati nak beri PERCUMA ebook ini kepada ada. 

Saya doakan "Anda Sihat dan Kurus"

Terima kasih kerana sudi membaca kisah entri blog saya kali ini. Semoga anda dapat manfaatnya. 

Sekiranya anda suka entri ini sila tekan button LIKE dan SHARE supaya ramai lagi orang lain dapat manfaatnya.

Love, 
Team NECK,
Hafizah

019-211 8757

Tuesday, September 15, 2015

RAHSIA DATIN ELLY KURUS DALAM MASA YANG SINGKAT

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda sihat dan kurus.

Semalam saya dah sharekan satu perkongsian Sakinah boleh turun berat badan hingga 21kg dalam masa 100 hari. Sekiranya anda belum baca sila ikuti kisah Sakinah di link di bawah.


Hari ini saya nak share satu lagi perkongsian Rahsia Kurus dengan Mudah dialami sendiri oleh Datin Elly.

Datin Elly saya kenal hanya dari photo-photo yang di share dalam group NECK.


Suka tengok beliau yang nampak muda, vouge, ceria dan sangat ber'energy'.

Datin Elly kata sekarang dah berani tak ambil ubat-ubatan selepas join NECK kerana High Blood Preasure yang dialaminya selama ini dah kembali normal.



Amacam? Bezakan Dulu dan Sekarang?

Datin Elly komen "Dengan NECK makan 5 kali, tapi boleh kurus" . Pelikkan. Apa rahsia datin Elly boleh kurus dalam masa yang singkat?

Jom tonton apa rahsia datin Elly.


Sekiranya anda mengalami masalah view video di atas sila klik link youtube dengan klik photo di bawah ye.

Enjoy tonton!


SILA KLIK

Dah kata dah. Mudah sangat nak kurus kalau kita tahu rahsianya. Rahsia dah saya bongkarkan atas izin.

Masih ragu-ragu lagi dengan NECK?

Sekiranya anda serius nak KURUS anda boleh taip "Saya nak tips kurus" ke 019-211 8757.

Saya akan berikan ebook FORMULA MUDAH MESTI KURUS secara PERCUMA kepada 10 orang terawal yang Whatsapp/Telegram saya.


Saya doakan anda kurus dan sihat.

Saya mohon anda bantu saya untuk SHARE kan juga maklumat ini supaya ramai orang yang tahu  
"Oooo....nak kurus senang rupanya kalau kena caranya!"

Semoga ia memberi manfaat kepada rakan-rakan anda yang lain.

Saya doakan, " Allah memberi ganjaran syurga tanpa hisab untuk anda yang sudi SHARE status ini"

"Sharing is caring"

Thanks for reading.

Salam sayang kesihatan dan kekurusan,

HAFIZAH MAHFOZ

hafizahmahfoz@gmail.com
019-211 8757
 (Call, SMS, WhatsApp, Telegram)


#NECK
#NowEveryOneCanKurus
#CaraMudahMESTIKurus
#JomKurusDariRumah

Sekiranya anda suka entri saya sila tekan button SHARE dan LIKE. Insya Allah, dengan sekali tekan anda dapat membantu rakan-rakan lain yang ingin transform diri mereka ke arah kekurusan. Saham kubur anda dapat, Insya Allah...

Monday, September 14, 2015

RAHSIA SAKINAH TURUNKAN 21 KG DALAM MASA 100 HARI

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda sihat dan ceria.

Entri kali ini saya nak kongsikan dengan anda satu testimoni salah seorang bekas peserta NECK batch yang terdahulu.

Untuk pengetahuan anda, sehingga entri ini ditulis Program Now Everyone Can Kurus (NECK) telah berjalan hingga batch 8.

Sejak NECK dilancarkan pada bulan Februari 2015, ramai orang telah berjaya dikuruskan. Setiap bulan 1 batch akan dilancarkan. Setiap batch secara averange seramai 100 atau lebih orang akan menyertainya.

Cer bayangkan sebulan 1 batch. 1 bulan 100 orang atau lebih. Jadi, 8 bulan bermakna dah hampir 1000 orang telah berjaya dikuruskan.

Ramai yang berjaya kurus sebagaimana berat yang diinginkan. Ramai yang berpuas hati dengan program NECK ini.


 Ramai dah berjaya buktikan dengan NECK mereka berjaya capai berat impian


Yang sangat saya suka NECK kerana tidak menyekat diet anda.

Para peserta diwajibkan makan 5 kali sehari dan wajib makan nasi.

Yang peliknya makan banyak kali tapi boleh kurus kan?

Apa rahsianya ye? 



Sakinah dulu dan sekarang amat berbeza

Jom tanya Sakinah salah seorang graduation NECK yang berjaya turunkan berat sebanyak 21 kg dalam masa 100 hari.

Check it out!




Sekiranya anda mengalami masalah view video di atas sila klik link youtube dengan klik photo di bawah ye.

Enjoy tonton!


SILA KLIK

Senangkan nak kurus?

Saya pun salah seorang graduation NECK dan saya setuju dengan Sakinah.

Anda??

Sampai bila nak biarkan diri anda bam bam?

Jangan bimbang, saya sedia membantu dan saya memahami perasaan anda.

Sekiranya anda serius nak KURUS anda boleh taip "Saya nak tips kurus" ke 019-211 8757.

Saya akan berikan ebook FORMULA MUDAH MESTI KURUS secara PERCUMA kepada 10 orang terawal yang Whatsapp/Telegram saya.



Saya doakan anda kurus dan sihat.

Saya mohon anda bantu saya untuk SHARE kan juga maklumat ini supaya ramai orang yang tahu  
"Oooo....nak kurus senang rupanya kalau kena caranya!"

Semoga ia memberi manfaat kepada rakan-rakan anda yang lain.

Saya doakan, " Allah memberi ganjaran syurga tanpa hisab untuk anda yang sudi SHARE status ini"

Ada satu lagi sharing dari Datin Elly yang saya kongsikan. Apa pula Rahsia Datin Elly Kurus Dalam Masa Yang Singkat. Sila klik link di bawah.

Rahsia Datin Elly Kurus Dalam Masa Yang Singkat (SILA KLIK)

"Sharing is caring"

Thanks for reading.

Salam sayang kesihatan dan kekurusan,


HAFIZAH MAHFOZ

hafizahmahfoz@gmail.com


019-211 8757

 (Call, SMS, WhatsApp, Telegram)


#NECK
#NowEveryOneCanKurus
#CaraMudahMESTIKurus
#JomKurusDariRumah

Sekiranya anda suka entri saya sila tekan button SHARE dan LIKE. Insya Allah, dengan sekali tekan anda dapat membantu rakan-rakan lain yang ingin transform diri mereka ke arah kekurusan. Saham kubur anda dapat, Insya Allah...

Sunday, August 16, 2015

KAMBING TERGOLEK DI SAPURA MINES

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda dalam lindungan kesejahteraan Allah swt.

Dah habis raya pun kan. Hari ni last day syawal 2015. Tapi masih rancak jemputan rumah terbuka di sana sini.

Sebab tu lately blog saya ni penuh dengan jamuan-jamuan raya. Sorry la ye, saya just nak simpan memori indah syawal 2015 ni.

Hari ini saya kongsikan lagi satu lagi Majlis Jamuan Hari Raya yang saya hadiri pada hari Jumaat yang lalu 2 hari sebelum syawal berakhir.

Kalau anda perasan sebelum ni saya pernah buat entri Hari Raya di Sapura Secured Technologies kan? Sila klik link.


Yang itu opis kecik, kali ni kita beraya di opis besar pulak. Check it out!

Biasanya pihak Sapura Mines menjemput semua staff dan ahli keluarga di awal-awal syawal. Tapi hairan juga saya tahun ni lewat sikit jemputannya. Dah nak habis syawal baru dapat email jemputan.

Anyway, syukur alhamdulillah kemeriahannya tetap sama seperti tahun-tahun lepas. Saya tak pernah miss sambutan syawal ni setiap tahun sejak saya berkhidmat di Sapura sejak 15 tahun yg lalu.

Terima kasih kepada pihak penganjur Majlis Hari Raya Sapura Mines yang tak jemu-jemu meraikan kami.



Kalau anda nak tahu setiap tahun juga saya mengangkut semua askar-askar saya. Dan kami akan pastikan kami mengenakan busana sedondon.

Nampak tak apa yang mereka pegang? Duit Raya. Nak tahu berapa isi setiap satu sampul duit raya tu? jeng jeng jeng!!!

Baca sampai habis.


Apa yang special dan menarik menu juadah hari raya di sini ialah KAMBING GOLEK!!

Boleh dikatakan setiap tahun berbelas ekor kambing terpaksa menjadi korban di Sapura MINES untuk dijamu oleh warga Sapura.

Cik Abang ku suka sangat posing dengan KAMBING TERGOLEK ni.


Sanggup tu beratur panjang demi KAMBING GOLEK.


Aisyah rakan saya ni seronok dia nak ambik kambing golek.


Saya pula memilih LAKSA PENANG yang sangat sedap setakat ini yang pernah saya rasa.

Konsep gerai untuk menu-menu yang disajikan berikan keselesaan kepada kami para pengunjung. Kami boleh memilih apa saja menu kegemaran yang disukai tanpa batasan.

Tapi ingat, jangan terlebih melantak pulak ye. OBES nanti dah terpaksa join #NECK (Now Everyone Can Kurus)

Banyak lagi menu sebenarnya yang disediakan di sini. Tak habis makan! 

Antara menu yang tak larat dah perut yang dah di 'NECK' kan ini nak isi ialah satay sedap, tauhu bakar dan kangkung, mee rebus, lemang, taufo fa, kuew tiaw goreng atau char kuew tiaw, ayam panggang, cendol.

Maaflah, bila perut dah di 'NECK' kan ni macam paham-paham pulak. Walaupun makanan sedap macam mana pun bila perut ni kata udah-udah le tu! Makanya stop la sampai situ.

Perut telah diajar merasa ye, bukan melantak.

Makanya, tak sia-sialah usaha saya menguruskan badan selama 100 hari. Tak adalah nanti kata berat badan Yo-Yo.. Kejap turun kejap naik. Yang me 'Yo-Yo' kan bukan orang lain. Diri sendiri. Sendiri mau ingat lahhh!!

Menu untuk kanak-kanak riang!!

Yang menariknya di sini juga menyediakan menu untuk kanak-kanak. Jom kita tinjau apa yang ada.


Aiskrim! bukan kanak-kanak je yang suka. mak budak, bapak budak pun turut beratur ambil aiskrim. Free je!


Satu lagi menu wajib kanak-kanak yang disajikan. Roti Sosej besaaarrr punya!!
Walaupun sosej ni tak bagus untuk kesihatan. Tapi manakan boleh mereka dihalang. OKlah bagi can. Ini kali only ye!


Gula kapas pun ada. Seronoklah mereka berkapas.


Amboi Awina, bukan main fokus menikmati aiskrim yang lazat itu ye.



Si ayah sibuk dengan bisnes #JOM MARI BERCUTI nya. Kambing golek depan mata pun tak dihiraukannya. Bisnes is no 1 ye cik abang.

Si abang long EIzz fokus dengan aiskrim dan sosej 2 ketul tu...

Aiks! sapa pulak yang sedang ngap sosej kat sebelah kanan nih?




Perghhh!!! lazatnya aiskrim nihhh...
Fitri biar betul kamu makan bukan main feel lagi.



Faris makan sosej dengan sopannya. Imam mude katakan.



Tetiba nak bergambar berdua. Me and my Mr. charming.


Aktiviti Riang Ria!

Dah kenyang semua. Mari ke aktiviti yang disediakan pulak.

Setiap tahun ada pelbagai aktiviti yang menarik disediakan antaranya belon dan clown, mewarna muka dan photo studio. Jom layan aktiviti kami.





Dragon worrior


Dah namanya gegirl....butterfly jugak dia nak.


Bersama bro clown yang wajib di 'NECK' kan ni.



Menunggu giliran belon.



Kakak Eizzatul lukis 2 kali tu. sebelum dan selepas solat.
Nice pipi.


Gamelan show pun ada. Syok je dengar.

Beramah Mesra dengan Rakan Opis

Sambil-sambil beraktiviti merayau-rayau la ke meja-meja rakan taulan. Walaupun kami satu opis tapi kekadang tu jarang berjumpa kiranya berlainan department.

Sibuk dengan hal opis memasing, satu opis pun jarang jumpa. Waktu begini lah masanya nak beramah mesra.


Dari kiri Affni, anak-anak Affni, Yurwirda (berdiri), Saya(Fizah) dan Kam Haryatie (selaku mentor rapat bisnesku)



Liyana dan saya bersama baby masing-masing (icha dan awina)



Kak Maria dan saya
Tak lama lagi kak Maria akan menunjukkan penampilan yang sangat berbeza. Nantikan 100 hari lagi akan saya kongsikan di blog saya. Insya Allah...surpriseee!!!

Photo Shoot Studio

Sebelum balik, kami berkesempatan merakamkan gambar di studio photo shoot yang disediakan di sini.

Alhamdulillah, meriah betul keluarga saya.



Terima kasih kerana sudi menatap photo-photo saya sepanjang Majlis di Sapura Mines.

Photo-photo ini saya share sekadar untuk kenangan.

Eh lupa pulak, 

Saya ada janjikan nak share berapa RM anak saya dapat duit raya ye!

JENG! JENG! JENG!


TADAAAAA!!!!!

Amacam!!
Alhamdulillah, syukur rezeki anak-anak sentiasa anda.

Untuk makluman anda, anak-anak saya tak miss dapat duit raya dari Sapura every year di hari raya.

Tu yang sayang Sapura tu.

Oklah, Terima kasih kerana menatap photo-photo saya.

Insya Allah saya terus berblog sekiranya dipanjangkan usia.

Salam sayang,
Salam Syawal terakhir,

Hafizah Mahfoz.
~design your life not by default

Friday, May 1, 2015

KISAH SLIP DISC RAKAN SAYA EIDA

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar rakan-rakan fiezabard sekalian. Lama rasanya kita tak bersua. rindu dengan anda semua. Saya doakan anda sihat dan dilindungi Allah swt.

Kali ini saya terpanggil nak bercerita tentang kawan saya yang menghidap Slip Disc Eida.

Eida ini satu office dengan saya. Orangnya ceria dan peramah. Sebelum ni saya tak begitu rapat dengannya kerana dia berlainan department dah berlainan blok juga.

Saya rapat dengan eida sejak kami sama-sama join program Now Everyone Can Kurus (NECK).

Antara Geng NECK yang juga join Bigger Losser program anjuran office kami.
Yang paling kiri tu saya. Eida yang berbaju t-shirt biru.

Dari segi fizikalnya saya nampak Eida ni tak lah gemuk pun. Saya agak pelik, kenapa Eida nak join program Kurus lagi. Sedangkan ramai lagi individu yang bam bam yang tak nak join Now Everyone Can Kurus.

Rupanya ada cerita di sebalik kenapa Eida beriya-iya join NECK. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kisah Syadis Eida

Nama saya Eida. Berusia 36 tahun. Saya berasal dari Kedah.

Di bawah ini adalah perkongsian tentang pengalaman saya sendiri. 

Semoga apa yang saya kongsikan ini menjadi inspirasi kepada pembaca blog ini.

Mula Menghadapi Masalah Slip Discs

Pada awal tahun ni, saya disahkan oleh doctor menghidapi Slip Dics di bahagian L4/L5. 

Ia bermula dengan saya sering rasa sakit di bahagian belakang badan saya dan kaki saya selalu terasa kebas.

Selepas membuat pemeriksaan, terkejut saya apabila doktor memaklumkan saya ada masalah tulang belakang.

Ini bukan masalah kecil. Tapi ini masalah besar buat diri saya. Sejujurnya, saya tak sangka badan macam saya pun boleh mengalami masalah slip discs. Saya bukanlah gemuk sangat pun. 

Punca Saya Terkena Slip Disk

Sebenarnya saya melahirkan anak kembar.

Syukur Alhamdulillah atas kurniaan Allah.

Kedua dua anak perempuan saya ini mempunyai 'habit' yang sama. Kalau seorang menangis, dua dua akan menangis.

Since kedua dua menangis serentak, saya perlu mendukung kedua dua baby serentak untuk mendiamkan mereka.

Kalau seorang 12kg, dua orang dah 24kg.


Itulah beban yang badan saya perlu tampung untuk mententeramkan keadaan.

you are super duper mom la eida. Sooo....cute your twin
Kesannya, saya mula rasa sakit belakang.

Mula mula saya ingat sakit itu biasa biasa sahaja. Rupa rupanya tak. Tulang L4 dan L5 saya dah mula bergesel. Dan saya sering rasa kebas dibahagian kaki kerana darah kurang sampai ke bahagian itu.

Selain itu, saya seorang yang bekerja di pejabat. Setiap hari kerja saya mengadap komputer. Seharian saya duduk atas kerusi di pejabat. 

Ini menambah lagi kesan sakit di bahagian tulang belakang saya. 

Apa Itu Slip Discs? 

Slipped disc secara ringkas bermaksud tulang belakang yang “teralih” atau “mengelongsor dari kedudukan asal. 

Hal ini berlaku disebabkab oleh gel antara tulang yang berfungsi menyerap tekanan telah bocor dan mengakibatkan tulang bergerak. 

Apabila perkara ini terjadi, tulang akan menekan pula saraf-saraf yang mengawal anggota badan seperti kaki, tangan dan leher. Kesannya, banyak anggota badan saya menjadi kebas dan pergerakan saya sangat terbatas.

Hanya satu ubat yang saya ada bila kaki saya kebas atau kejang. Iaitu SABAR.

Bermula Titik Perubahan Dalam Hidup

Namun begitu, saya menadah tangan mengucap syukur kerana dipertemukan dan dijodohkan dengan Program NECK. 

Alhamdulillah dengan ilmu, bantuan, serta tunjukkan ajar, dari coach dan bimbingan dari rakan-rakan yang berpengalaman di dalam program ini saya berasa lebih sihat sekarang dengan izin Allah.

Sebelum ini, saya selalu rasa sakit dibahagian tulang belakang saya. Sakit itu akan terasa hingga keseluruhan kaki. 

Kesakitan itu sangat ketara terutama waktu bangun pagi, dan dalam keadaan duduk yang terlalu lama semasa bekerja di pejabat. Segala kerja menjadi terbatas dan menggangu prestasi kerja kerana hal. 

Sebelum ni saya hanya mampu bertahan utk duduk selama 2 jam dan perlu baring untuk redakan kesakitan.

Tetapi....... 

Segalanya Berubah Selepas Menyertai Now Everyone Can Kurus

Kehidupan saya banyak berubah selepas menyertai program ini. Saya terasa kelainannya. 


Walaupun agak terlewat sedikit menyertainya dan hanya baru 2 minggu, perubahan yang amat ketara dapat saya rasakan. 






antara diskusi dalam NECK


Saya sangat teruja dan menadah tangan tanda syukur padaNYA. 

Semangat untuk SIHAT dan TERPAKSA KURUS meningkat dan makin berkobar-kobar dari sehari ke sehari. 

Saya sedar, hanya dengan SIHAT kita boleh menikmati hidup dengan selesa dan happy bersama orang-orang tersayang. 

Alhamdulillah dan terima kasih... kepada team NECK.

Apa Yang Saya Belajar?

Dalam NECK, banyak yang saya belajar. 

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada coach dan mentor yang banyak kongsikan ilmu dengan saya dan para peserta yang lain.

Yang penting, saya mula belajar mengira kalori. Selepas saya belajar, baru saya tahu.

"Laaa.... Senangnyer nak turunkan berat kalau dah tahu formula ini".

Saya mula belajar kira kalori.

Setiap kali nak makan, saya akan perhatikan dan kira berapa kalori makanan yang saya makan. Syukur Alhamdulillah. Berat saya menurun 3 kg dalam tempoh 2 minggu.

"Saya suke saya suke............."

Apa yang lebih saya hargai apabila bersama NECK adalah sifat peramah coach dalam mendidik kami.

Coach saya Abang Ketak tak kisah saya PM beliau secara personal.

Since saya sakit tulang belakang, Abang Ketak kongsikan banyak senaman yang boleh saya buat tanpa membebankan tulang belakang saya.

inilah akibatnya join NECK. Dalam masa 2 minggu Eida turun 3 kg. Wow!!

Perubahan yang saya rasa dalam tempoh 2 minggu ini sangat amazing.

Syukur Alhamdulillah, saya sangat bersyukur pada Allah. Sekarang saya dah tak rasa kebas kebas di kaki saya lagi.

Sakit dibahagian tulang belakang pun semakin berkurang.

"Ya Allah... Nikmat apakah lagi yang ingin aku dustakan"

Ternyata... Benarlah apa yang coach selalu pesan kepada kami semua.

"Nak diet dan bersenam bukan untuk kurus. Tapi untuk sihat. Bila sihat, kita terpaksa kurus".

Sekarang saya dapat merasai kembali 'nikmat' hidup sihat. Anda mungkin tak memahami apa yang cuba saya sampaikan.

Sebab anda tak rasa apa itu sakit tulang belakang. Anda tak rasa apa itu kebas dibahagian kaki. Apa itu sakit ketika duduk dan terpaksa berbaring sehingga menjejaskan kualiti kerja.

Eida sekarang

Syukur, sekarang kesihatan saya bertambah baik.

Alhamdulillah. Terima kasih NECK. Terima kasih Abang Ketak. Terima kasih semua.

Wassalam

Eida
Peserta NECK Batch 3

"Jom Kurus Dan Sihat Hanya Dari Rumah"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Begitulah kisahnya kenapa Eida yang nampak macam kurus join NECK. NECK bukan semata-mata nak anda kurus. Target NECK nak supaya anda merasai nikmat SIHAT bila anda KURUS.

Bila anda KURUS anda terpaksa SIHAT.

Betul ke betul!

Semoga perkongsian kisah Eida memberi manfaat kepada anda. Sila sebarkan kepada rakan-rakan lain yang mungkin mengalami masalah seperti Eida ini.

Sekiranya anda sendiri yang inginkan tips kurus dan sihat sila taip "Saya nak tips kurus" ke 019-211 8757 (Telegram/Whatsapp) sekarang.

Saya doakan anda kurus dan sihat

Love,
Hafizah
#Jomkurusdarirumah
#Noweveryonecankurus
#Noweveryonecansihat


Sila tekan button SHARE dan LIKE di bawah. Semoga dengan sekali klik anda memberi seribu harapan kepada pesakit slip disc yang lain.