Tuesday, October 7, 2014

QURBAN DAN AQIQAH 2014 SURAU AL-MUSTAQIM MENCATAT SEJARAH!

Assalamualaikum wbt,

Bismillahirohmanirahim. Segala puji bagi Allah tuhan semesta Alam. Alhamdulillah, saya diberi kesempatan sekali lagi untuk bertemu kembali di Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini iaitu tahun 1435 Hijriah bersamaan tahun 2014 Masihi. 

Apa khabar sahabat-sahabatku sekalian? Saya doakan anda dalam lindungan Allah swt disamping keluarga tercinta dalam menyambut Aidil Adha.

Seperti tahun-tahun yang lepas, tahun ini saya tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam Ibadah Aqiqah dan Qurban yang diadakan oleh Jemaah Surau Al-Mustaqim di Kejiranan Taman Lestari Putra 7 (LEP 7) Seri Kembangan, Selangor.

Lazimnya, saya akan mengambil bahagian untuk Aqiqah anak-anak saya. Almaklumlah anak ramai. Setiap tahun hantar borang Aqiqah.

Insya allah sekiranya dipanjangkan usia, tahun hadapan saya nak isi borang Qurban pula.


Bermulalah sirah disunatkan Qurban dan kisah Habil dan Qabil 2 orang anak Nabi Adam
Hadis tuntutan Sunat Ibadah Aqiqah

Syukur alhamdulillah tahun ini Surau Al-Mustaqim mencatat sejarah sepanjang beberapa tahun melaksanakan Ibadah Qurban dan Aqiqah tahun ini surau menerima penyertaan Aqiqah paling ramai. Hampir 2 1/2 ekor lembu dari 5 ekor lembu yang dikorbankan hanya untuk aqiqah. Manakala 2 1/2 bahagian lagi untuk Qurban. Alhamdulillah....syukur, ini bermakna semakin ramai masyarakat kita sedar sangat besar fadilatnya Ibadah Qurban dan Aqiqah.

Logo Qurban Jemaah Surau Al-Mustaqim

Memandangkan Aqiqah disunatkan disedekahkan dalam keadaan telah dimasak, ini bermakna tahun ini jemaah memasak kena kerja keraslah sikit.
 
Jom layan photo-photo yang sempat dirakamkan sepanjang Qurban dan Aqiqah yang dilaksanakan seawal jam 7.30 pagi hingga ke waktu zohor.

Lembu dah sampai seawal pukul 1 pagi di Surau Al-Mustaqim


5 ekor lembu di tambat rapi menunggu untuk dikorbankan
Mujurlah 5 kawan lembu tu tak terfikir nak buat macam ni.

Pengerusi Jemaah surau memberi amanat kepada penyembelih lembu.

Khemah untuk proses melapah pun dah get ready
Ok, tukang sembelih dah ready..
Khemah pun dah ready...
On your mark, get set, GOOO!!!....marathon sembelihan Qurban bermula.

Anak-anak pula tak sabar-sabar ingin menonton acara seterusnya yang menjadi pengalaman dan ingatan mereka dewasa kelak

Peringatan, untuk aksi seterusnya sekiranya anda lemah semangat tolong scroll laju-laju yer...jangan marahkan saya kalau anda pengsan pulak.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Allahuakhbar..Allahuakhbar..Allahuakhbar....
Sekejapan telah dilapah


Meh! Meh! salam mintak maaf dulu dengan lembu ni.
Jom tengok video dia pulak. Lagi nampak real! Check it out!


video


Sementara menunggu giliran 5 ekor lembu untuk dikorbankan. Jom kita jengah di belakang surau pulak.

WAhhhh!!!! lagi happening kat belakang surau nih. Ingatkan kaum muslimin saja yang ada, Kaum muslimah menyorok di dapur surau rupanya ye...

Dah namanya orang dapur sudah tentu berhappening di dapur ye tak?

Makan kenyang-kenyang dulu ye sebelum kerah tenaga melapah daging.

Sekali sekala main masak-masak cenggini seronok jugak kan...
 
Isi perut dulu lah. Pengsan nanti nak lapah 5 ekor lembu nih.
 Lapah Time


kaum muslimin berhempas pulas melapah daging

ada 5 kepala ni. Selesailah!!!

lenguh tengkuk aku bro!!
Sementara kaum muslimah di bahagian dapur surau

Boleh interview tak sikit? Dah berapa ekor lembu cik zah lapah eh?

Anak-anak pun sibuk tunjuk kreativiti mereka di samping daging lembu

lidah lembu ni, sapa makan mulut boleh becoookkk...

liat jugak nak siat lidah nih!

Jemaah muslimah yang tekun melapah daging, cyioookkk lah!

Alahai cik Tina, kontrol ayu la konon cuci daging gitu.

Jemaah bawang-bawangan.

Jemaah lapah-lapahan
sambil-sambil tu jamah-jamahan

Seronok sekali-sekala gotong-royong bersama kejiranan Taman. Dapat mengeratkan silaturahim dan ukhwah.
Daging Qurban vs Daging Aqiqah

Memandangkan kami jemaah surau Al-Mustaqim membuat ibadah Qurban dan Aqiqah dalam waktu yang sama, jadi untuk daging Qurban kami bahagi-bahagikan dan sedekahkan dalam keadaan mentah sedangkan aqiqah dagingnya sunat dimasak dan disedekahkan dalam keadaan telah dimasak dagingnya.

proses menimbang daging Qurban
 
Daging Qurban yang akan diagih-agihkan
Daging Aqiqah perlu dimasak dahulu sebelum disedekah dan diagih-agihkan

Berkawah-kawah masak tu

Paru masak kicap

Sup tulang...pergghhhh terliur tu

Kari daging in the making

bilalah dapat makan ni, bau dah sedap nih!!

Garangnya Master Chef Cik Zah nih!!!


Tahlil dan doa selamat ringkas

Sementara mereka yang di dapur menyiapkan hidangan. Tepat jam 12.30 tengah hari selepas majlis lapah melapah selesai. Jemaah surau mengadakan majlis tahlil dan doa selamat ringkas.

Didoakan semua jemaah surau dan kejiranan LEP 7 serta kejiranan berhampiran kami , ibu bapa kami, saudara mara kami, sahabat handai kami, guru-guru kami serta seluruh kaum muslimin dan muslimah beroleh kesejahteraan dan keberkatan dunia akhirat.

Makan Time

Inilah saat yang ditunggu-tunggu. Setelah hampir terputus tenaga berhempas pulas melangsaikan 5 ekor lembu untuk dilapah, mereka dijamu dengan lauk-pauk hasil lapahan mereka.


Alhamdulillah...yeh! makan time.

Ibadah Qurban dan Aqiqah tamat sejurus selepas azan zohor berkumandang. Namun begitu ada proses pembungkusan masih diteruskan untuk lauk-pauk yang bakal disedekahkan.

Saya sangat bertuah dan bersyukur kerana dikelilingi oleh jiran tetangga yang masih mengamalkan gotong-royong dan masih mengekalkan ukhwah dan silaturahim.

Apa yang saya nampak di sini, sesuatu perkara kalau buat secara jemaah akan menjadi mudah.

Cuba anda bayangkan bagaimana nak selesaikan 5 ekor lembu dalam masa hanya setengah hari siap masak sekali untuk aqiqah sekiranya tanpa jemaah.

Persoalannya, berapa ramai orang yang hidup di bandar masih mengamalkan hidup berjemaah dan ukhwah seperti ini?

Renung-renungkanlah!

Anda suka dengan entri saya kali ini. Anda suka? sila LIKE dan SHARE dengan menekan button di bawah.

Terima kasih kerana sudi mencuci mata.

Salam Aidil Adha,
Hafizah Mahfoz sekeluarga.







































0 comments:

Post a Comment