Sunday, October 12, 2014

KULIAH DHUHA MUSLIMAH : HAID DAN ISTIHADAH PART 1

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian. Saya doakan anda sihat dan dilindungi Allah swt.

Dah lama saya pospone nak cerita pasal entri ini iaitu Kuliah 2 minggu lepas yang sempat saya hadiri di Surau Al-Mustaqim oleh Ustazah Syarifah disebabkan banyak sangat event yang diikuti beberapa minggu yang lepas. Sifu saya kata jangan jadikan alasan.

Di sini saya nak share serba sedikit pengisian yang saya dapat semasa Kuliah Dhuha 2 minggu lepas.

 
Ustazah Syarifah - Penceramah tetap Muslimah Surau Al-Mustaqim
HAID
 
Ustazah menyatakan Haid menjadi penyebab kepada seseorang menjadi perawan. Di negara arab umur 9 tahun telah dikategorikan sebagai wanita. Ada dikalangan mereka telah datang haid pada usia seawal 9 tahun.

Kebiasaanya mereka di negara arab telah didedahkan dengan ilmu seks sebelum mereka mencapai usia baligh lagi. Berbanding dengan masyarakat di negara kita yang agak malu-malu sekiranya bercerita tentang seks.

Mana ada mak-mak kita cerita atau beritahu bagaimana kita nak menghadapi haid masa kita kecil dulu. Pandai-pandai kamulah nak buat macam mana.

Sudah tiba masanya kita ibu moden ini mengubah budaya malu-malu itu untuk memberikan tips dan pendedahan kepada mereka anak-anak yang bakal menjadi dewasa supaya mereka tidak melatah bila tiba saat pertama kali mereka didatangi haid nanti.

Tapi saya percaya ibu-ibu moden sekarang sudah open minded dan mula berkongsi dengan anak-anak masing-masing.

Persoalannya, sejauh mana kita sebagai ibu tahu tentang ILMU HAID ni?

Panjangnya waktu Haid

Jangka waktu datangnya haid adalah paling sedikit sehari semalam, kebiasaannya 7 hari dan paling maksimum 15 hari.

Keistimewaan HAID kepada wanita  

Dalam kuliah ini ustazah ada kata wanita ini sangat istimewa kejadiannya disisi Allah. Kenapa?

Semasa haid Allah berikan kerehatan kepada kaum wanita antaranya:
  • Rehat dari solat
  • Rehat dari membaca Al-Quran
  • Rehat dari berpuasa 
  • Rehat dari bersetubuh. 
Sebagai wanita muslim, janganlah mengeluh sekiranya tidak boleh melakukan perkara-perkara ibadah seperti di atas. Allah berikan keistimewaan kepada anda untuk berehat. Anda hendaklah menerimanya dengan bersyukur.


Kenapa wanita hamil tidak didatangi haid?

Sekiranya hamil, darah haid menjadi makanan bayi dengan izin Allah. Selepas melahirkan pula tidak datang haid kerana bertukar menjadi susu untuk diminum oleh bayi. Itu secara logiklah. 

Macam saya, setahun tidak didatangi haid selepas melahirkan kerana saya fully breastfeed. Alhamdulillah dengan izin Allah juga.

Tapi ikut sesetengah orang walaupun fully breastfeed tetap datang haid setelah 3 bulan melahirkan. Bergantung kepada individu.

Dari segi saintifiknya saya perlu buat kajian dengan dr. pakar dulu yer...

Haid atau Istihadah?

Sekiranya pada kebiasaan wanita didatangi haid normalnya 7 hari, pada hari ke-8 ia suci, namun begitu pada hari ke-9 haid datang semula.

Mengikut ulama', hari ke-9 itu bukan darah haid tetapi darah istihadah.

Namun begitu, sekiranya haidnya sememangnya tak konsisten cyclenya. Ia boleh dikategorikan sebagai darah haid sehingga hari ke 15 (hari haid yang paling maksimum).

Hakikatnya, darah istihadah ini adalah berpunca dari pembuluh darah (luka dari haid). Dari segi saintifik istilahnya darah istihadah ini memang dari pembuluh darah. Dari segi keislaman pula darah istihadah ini adalah darah dari gangguan syaitan.

Benchmark menandakan sudah suci
Ustazah ada share kan cara bagaimana hendak menguji sama ada kita telah suci dari haid atau nifas iaitu dengan menggunakan kapas dan oleskan ke tempat sulit anda. Sekiranya warna lendir keruh dan kuning menandakan telah suci. Sekiranya masih ada tanda-tanda coklat bermakna masih ada lagi haid.

Beza darah Haid dan Istihadah

Darah Haid -> warna kehitaman
Darah Istihadah -> warna merah darah

Apa perlu buat sekiranya tahu darah Istihadah?

Wajib solat seperti biasa tetapi ada syarat-syarat tertentu. Perlu memperbaharui wudhu' setiap kali nak solat. Ustazah menekankan 3 langkah untuk bersolat sekiranya dalam beristihadah.

  1. Istinja' (menyucikan diri. Dalam kes zaman moden ini perlu menukar pad setiap kali ingin mengerjakan solat).
  2. Ambil wudhu'.
  3. Terus bersolat.
Dilarang membaca Al-Quran semasa Haid

Tidak dinafikan kita akan terasa seperti jauh sangat dengan Allah sekiranya tak boleh solat, tak dapat membaca Al-Quran. Namun ada banyak cara untuk kita mendekatkan diri dengan Allah ketika haid contohnya kita masih boleh membaca tafsir Al-Quran.

Ambillah peluang semasa haid ini untuk mendalami tafsir Al-Quran yang sebelum ini kita tak berkesempatan untuk berbuat sedemikian kerana masa kita sibuk dengan ibadah-ibadah yang lain.

Ustazah sangat berpegang kepada larangan keras membaca Al-Quran semasa haid walaupun ada sesetengah berpendapat dibolehkan sekiranya telah menjadi kelaziman.

Ustazah berpegang kepada larangan membaca Al-Quran ketika haid di mana
  1. Tidak boleh ditukar menjadi zikir. Ada banyak zikir lain yang boleh diamalkan.
  2. Mathurat - ambil zikirnya sahaja. sedangkan yang ada ayat Al-Quran boleh dibaca tafsirnya sahaja.
  3. Sekiranya seorang guru yang mengajar Al-Quran sekiranya didatangi haid ketika itu hendaklah menggantikan pelajarannya dengan mengkaji tafsir atau tajwid.
 
khusyuk sungguh para muslimah. Teringat masa sekolah-seklah dulu. Ada macam ni tak?

Setiap penyakit ada ubatnya

Dari segi saintifik, kepada yang mengalami darah istihadah boleh berjumpa dengan pakar sakit puan untuk membuat ujian diagnos sebelum mendapat rawatan selanjutnya.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan rawatan alternatif untuk menyembuhkan darah istihadah ini dengan mengamalkan pemakanan sunnah.

Persoalannya, berapa ramai yang mengambil habatus sawda, madu, delima, kurma dan minyak zaitun sebagai cara perubatan yang boleh mereka usahakan.

Telah terbukti perubatan rasulullah adalah perubatan yang terbaik.

Biasa tak kita dengar bila ada orang sakit saja pergi jumpa ustaz, nak mintak air penawar. Lebih parah lagi sekiranya jumpa bomoh. Nauzubillah himin zalik.

Persoalannya, berapa orang yang ambil air sebotol kemudian hadap di air tersebut dengan membacakan bacaan yassin dan fatihah untuk diri sendiri tanpa ada sebarang perantara. Bukankah Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Tips menghadapi Penyakit.
  • Berdoa bersungguh-sungguh supaya Allah sembuhkan penyakit kita.
  • Jangan kecewa sekiranya lambat dimakbulkan.
  • Yakin apa yang kita minta Allah mendengar dan makbulkan.
  • Pernah tak rasa, tak makbul-makbul doa aku nih. Persoalannya, berapa kali kita bertaubat. Insya allah, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bertaubatlah sebelum kita minta sesuatu dengannya yang Maha Esa dan jangan putus asa.

Sekadar di sini dahulu untuk perkongsian kali ini. Akan disambung untuk Part 2.

Semoga anda dapat manfaatnya dari perkongsian saya ini.

Sekiranya anda suka entri ini sila TEKAN button LIKE dan SHARE di bawah.

Suka majlis Ilmu,
Hafizah Mahfoz


 
 

No comments:

Post a Comment