Assalamualaikum wbt
Apa khabar rakan-rakan, sahabat-sahabat yang budiman. Saya doakan anda berada dalam naungan Allah swt. Saya doakan anda kaya dan berjaya ( heehheeee..trademark Dr Azizan Osman, pinjam sekejap)
Ada juga orang yang sudi follow topik hot saya ni, HAID DAN ISTIHADAH dan menunggu-nunggu tarbiah selanjutnya.
Seperti biasa, saya tak akan terlepas peluang untuk kongsikan apa yang saya dapat di Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Ustazah Syarifah, penceramah tetap kuliah dhuha di Surau Al-Mustaqim Taman Lestari Putra, Seri Kembangan Selangor.
Pada kali ini ustazah masih membincangkan tentang Haid dan Istihadah. Kan saya dah kata, topik 2 darah ini makan berminggu-minggu untuk diperbincangkan. Sesiapa yang terlepas dengan kuliah sebelum ini sila klik link di bawah supaya anda lebih faham apa yang diperbincangkan. Entri ini adalah kesinambungan kepada kuliah-kuliah yang lepas.
KULIAH DHUHA MUSLIMAH : HAID DAN ISTIHADAH PART 1
KULIAH DHUHA MUSLIMAH : HAID DAN ISTIHADAH PART 2
Saya agak terkilan sebab saya masuk lewat kuliah pagi ini kerana perlu menyiapkan hal-hal rumahtangga dulu kerana suami saya out-station.
Masuk saja kelas, semua tempat duduk dah penuh. Terpaksalah saya duduk menyelit. Tapi tak perlu risau sebab Madrasah Al-Mustaqim sentiasa menyediakan keselesaan untuk kariahnya. Saya dan Awina saya duduk menumpang meja dengan Cikgu Ayu. Terima kasih cikgu Ayu.
terima kasih cikgu Ayu |
Ustazah masih menyambung perbincangan tentang Haid dan Istihadah.
Apakah tanda-tanda terkena Istihadah?
1. Biasanya kanak-kanak yang belum sampai usia baligh. Dalam islam, kanak-kanak perempuan mencapai usia baligh dalam usia 9 tahun. Bermakna sebagai contoh sekiranya kanak-kanak ini keluar darah dalam usia 7 tahun dikira darah istihadah.
2. Darah yang keluar dari wanita hamil.
3. Darah yang keluar bukan dalam tempoh minimum haid. Dalam Islam, darah haid keluar paling minimum sehari semalam, kebiasaannya 7-8 hari, maksimum 15 hari. Sekiranya wanita tersebut mengalami keluar darah dalam jangka masa sangat pendek contoh 1/2 hari saja. Ini bermakna darah tersebut adalah darah istihadah.
4. Darah yang lebih daripada tempoh 15 hari. boleh juga dikenalpasti melalui warna darah tersebut. Sekiranya darah haid warnanya agak kecoklatan. Sedangkan darah istihadah warnanya seakan merah darah. Sekiranya yakin darah tersebut ialah darah istihadah wajib mereka solat.
5. Darah yang lebih dari tempoh darah nifas maksimum 60 hari.
Dalam kes, sekiranya wanita tersebut hanya berdarah nifas seminggu saja sebagai contoh. Selepas suci selama seminggu kemudian keluar semula darah, ini bermakna darah tersebut adalah darah haid.
Awina jadi PA saya catat isi penting |
Antara perkara yang bersamaan hukumnya dengan kes istihadah
1. kencing berterusan yang tidak boleh dikawal.
2. Keluar air mazi berterusan.
3. Sentiasa keluar angin.
4. Sentiasa keluar najis dari duburnya.
Cara dan ikhtiar untuk mengatasinya
1. Masukkan kain/kapas tempat yang bermasalah. Caranya:
- bersihkan tempat tersebut.
- masukkan kain/kapas di dubur atau di qubul.
soalan: memadaikah sekiranya pakai pad/tuala wanita sahaja?
sekiranya memakai pad sahaja ditakuti cecair masih terasa mengalir dan bocor. Masih terasa sesuatu keluar.
2. Setiap kali nak solat perlu memperbaharui wudhu'nya.
Ustazah ada menyatakan sekiranya ingin solat 2 waktu dalam satu wudhu' diharuskan tetapi dengan syarat buat solat pertama dah nak dekat-dekat waktu solat kedua.
Contoh, solat zohor dan asar. Buat ZoSar (Zohor dan Asar) la nampak gayanya. Untuk keuzuran seperti ini diharuskan.
Anak-anak kecil seperti ini perlu dididik menghadiri majlis ilmu |
Awina tenung ustazah ke? |
Bila ustazah bercerita
Ada satu kisah ustazah menceritakan tentang gangguan syaitan. Ada seorang hamba Allah bila nak mengangkat takbir seperti ada sesuatu yang menarik tangannya balik. Sedangkan semasa ia nak mengambil wudhu' juga mengambil masa yang agak lama ( penyakit was-was melanda ). Bila masa ingin bersolat, seksanya dia nak membaca fatihah hingga menggelembung-gelembung mulutnya. Dalam kes seperti ini diharuskan untuk melakukan Jama'.
Ustazah bercerita |
kami khusyuk mendengar |
Apa yang harus dilakukan bila berada dalam istihadah
1. Wajib solat.
2. Iktikaf dalam masjid.
3. Tawaf.
Orang yang dalam haid sekiranya terpaksa melalui atau menyeberangi kawasan masjid kerana tiada laluan laluan lain ketika itu adalah diharuskan dengan syarat mereka tidak berhenti di tengah masjid. Berjalan hingga ke tempat tujuan non-stop.
Sekiranya ada ceramah atau majlis nikah di dalam masjid, tetamu yang dalam keadaan haid diharamkan berada dalam masjid. Mereka perlu berada di luar kawasan masjid. Sekiranya di surau dibolehkan. Surau bukan kategori masjid.
Hukum bersetubuh dengan Wanita Istihadah
Kaum wanita pada zaman Rasulullah lumrahnya ada Istihadah. Allah tidak melarang menyetubuhi wanita istihadah.
Dibolehkan guna alat pelindung seperti kondom untuk elakkan kemudaratan kerana dinding rahim lemah ketika itu.
Sekiranya bersetubuh dengan wanita istihadah boleh memudaratkan sebelah pihak atau kedua-duanya hukumnya HARAM bersetubuh.
Niat Wudhu' untuk Wanita Istihadah
Niat umum
"Nawaitu wudhu' Lillahitaala"
Boleh buat semua ibadah dengan niat seperti ini.
"Nawaitu istibahatusolah" ( untuk yang beristihadah)
Boleh berniat seperti ini untuk mengharuskan solat
Perbezaan darah HAID dan ISTIHADAH
Ada pendapat sesetengah darah keruh dan kuning bukan darah haid.
Ustazah membawa beberapa situasi untuk dibincangkan.
Situasi 1
Seorang wanita didatangi haid selama 15 hari. Warna darah hari pertama hingga hari ke-10 adalah kehitaman. Hari yang ke-11 hingga ke-15 berwarna merah darah. Berapa hari waktu haid sebenarnya?
Jawapan: 10 hari
Situasi 2
Seorang wanita mengalami pendarahan selama 15 hari. Kebiasaannya haidnya adalah 5 hari. Berapakah hari haidnya?
Jawapan : 5 hari
Pertanyaan dari Muslimah
Soalan 1
Bagaimanakah dikategorikan sekiranya seminggu haid, seminggu suci. Selepas seminggu datang haid semula?
Jawapan Ustazah
7 hari -> HAID
7 hari -> SUCI
7 hari -> HAID
haid tidak teratur boleh dilihat dari 3 kategori
1. warnanya
2. kepekatan
3. baunya
rujuk seperti di atas.
kena conteng juga di whiteboard lebih faham |
haaa...baru la jelas gituu... |
Soalan 2
Sekiranya pakai IUCD darah kadang kala keluar non-stop sebulan. Bagaimana nak kenal pasti jenis darahnya?
Jawapan Ustazah
Ada beberapa kes contoh sekiranya 5 hari datang haid kemudian 25 hari adalah istihadah ( boleh dikenalpasti melalui kepekatannya, bau dan rasa seperti jadual kategori di atas ).
Kes lain boleh juga 15 hari haid dan 15 hari istihadah.
Soalan 3
Adakah dibolehkan wanita dalam haid dan istihadah menziarahi kubur?
Jawapan Ustazah:
Diharuskan.
tulisan doktor...alahai asalkan faham. sebab itu kena catat kat blog pulak. |
Seperti biasa kami para muslimah akan di jamu sedikit juadah sarapan pagi sebelum bersurai.
Opsss!! hari ini ada mesyuarat muslimah. Walaupun orang kuat Muslimah Kak Normah tak dapat hadir hari ini, tapi mesyuarat diteruskan juga oleh orang kuat kedua Muslimah LEP7 iaitu Puan Nor Hafizah.
Muslimah LEP7 yang menghadiri mesyuarat |
Puan Hafizah selaku orang kuat yang menjayakan aktiviti Muslimah LEP7 |
- Kuliah Feqah untuk wanita
- Kelas memasak Siri 2 (yang pertama telah berjaya dilaksanakan-kelas membuat kek coklat moist)
- Masak cara mudah 'Nasi Maglubah @ Nasi Arab Terbalik (yang ni saya pun nak cuba).
- Kelas Aerobik ( I LIKE ).
- Jom kita jogging.
- Jom berkraftangan Siri 1 - "Kelas Felt".
- Kursus pengendalian makanan.
- Kelas berzanji/Marhaban.
- Lawatan ziarah Rumah Warga Emas/ Anak Yatim.
- Lawatan ekonomi & sosial @ Rombongan Cik Kiah ( waaahhhh!!! ni yang menarik ni ).
Kak Ani dan Kak Aiza dah terbayang nak join rombongan Cik Kiah la tu...hehehhehehe |
Saya doakan anda mendapat manfaat dari sedikit perkongsian saya yang tidak seberapanya ini. Yang baik datangnya dari Allah. Yang kurang dari saya dan harap maafi. Sekiranya ada tokok tambah sudikan lah KOMEN di bawah ye!
Sekiranya entri ini sangat bermanfaat untuk dikongsikan kepada rakan-rakan anda sila LIKE dan SHARE di button bawah.
SALAM UKHWAH DARI,
Hafizah Mahfoz.
Assalamualaikum. Saya datang haid pada 1st January dan berhenti 15th January. Lepas 8 hari, datang balik. Saya boleh semayang atau tak?
ReplyDeleteDan berapa hari untuk tentukan haid yang sterusnya? Minta penjelasan. Tq