Wednesday, October 1, 2014

THE POWER OF BLOG

Assalamualaikum wbt,

Salam ukhwah sahabat-sahabatku sekalian, Apa khabar? Saya doakan anda berada dalam lindungan Allah sentiasa. Lama rasanya saya tak post entri. Rindu pula.

Kali ini saya nak bercerita tentang betapa Powernya Ber'Blog'. Sapa yang tak tahu Blog tu apa? Inilah fiezabard.blogspot.com adalah salah satu blog yang anda baca. Terima kasih kerana sudi baca.

Beberapa tahun dulu saya suka follow satu blog dikenali sebagai Red Mummy. Saya sangat pelik macam mana Red Mummy boleh menjana puluhan ribu income dengan hanya berblog. Anda pernah follow Red Mummy?

Rupa paras RedMummy blog

Cuma cerita-cerita kisah hidup seharian dia pun boleh dapat duit poket kan? Heran tak?

Masa tu saya pun heran? Macam mana dia buat ni? dan tak pernah terfikir pun nak contact Red Mummy ni. Kesian saya kan.

Bila saya baca Red Mummy blog ni tercetuslah minat saya nak menulis di blog jugak. Alkisahnya, terciptalah blog fieeeza.blogspot.com mengisahkan hal family saya bermula pada tahun 2008. Tujuannya hanya ingin menyimpan gambar-gambar peribadi family saya.

Tapi saya tak tahu macam mana cara nak jadikan blog lubuk duit. Makanya, jadi lah blog suka suki saja. Sekarang dah lama terkubur.

rupa paras blog pertama saya.
Terkubur tu maksudnya dah lama saya tak update blog ni. Tapi masih ada yang follow saya bila saya check chit chat dalam blog tersebut.

ada lagi follower tu. Tarikh last 4 Jun 2014.
Blog Boleh Buat Duit

Bermulanya kisah blog yang boleh buat duit ni bila saya join Empayar Maria Firdaus. Saya join Empayar Maria Firdaus pada bulan September 2013. Bermakna dah lebih setahun bersama-sama mereka.

Mereka mencadangkan kalau nak buat bisnes rajin-rajinlah ber'blog'. Dan mereka selalu....selalu sangat berpesan.

"Kalau nak berjaya dalam bisnes, onlinekan hidup anda, maka bisnes anda akan ter'online' dengan sendirinya"

Apa kenalah Sifu saya ni minta saya online kan hidup pulak ini. Ingat Banking Online ke? Terfikir juga saya mula-mula macam tu. Online! Online! Online! Almaklumlah dunia tanpa batasan ni, semuanya kena online. Hidup pun nak kena online.

Tak kisahlah nak cerita apa pun. Cerita hari ni masak udang special. Hari ini pergi Zoo Negara. Hari ini dengar kuliah muslimah....

Share...dan share ...dan share macam Red Mummy blog. Saya suka baca blog dia sebab dia suka bercerita kisah harian dia setiap hari. 

Biasalah, anda sendiri suka baca kisah hidup orang kan? Haaa....jangan tipulah tak suka...

Fitrah masyarakat kita terutamanya masyarakat Melayu, rata-rata suka busy body. Macam mak Jemah, sapa mak Jemah ni. Alahai, macam tak biasa sok sek sok sek. Bila jumpa kat toilet je sok sek sok sek. Bila sekali sekali jumpa kat pasar je sok sek sok sek.

Daripada sok sek sok sek hal orang. dah tentunya dapat saham kubur. Baik kita sok sek hal sendiri. Dapat gak saham kubur. Tapi saham yang membawa kebaikan kerana kita share perkara yang baik-baik saja supaya boleh dimanfaatkan oleh ramai orang.

Sifu saya pesan lagi,

"Kalau kita nak berjaya, kita kena bantu ramai orang"
"Lebih ramai orang yang kita bantu, kejayaan akan datang dengan sendirinya"
"Help Others to Help Others To Help Others"

Mulanya, saya tak setuju dengan Sifu saya ni. Perlukah kita kongsikan dengan orang luar apa yang kita buat seharian? Haishhhh....malulah orang lain tahu kisah hidup kita.

Tapi orang kata, jangan engkar cakap sifu. Buat je!

Jadi, saya ikut cakap sifu. Dalam seminggu at least saya pastikan ada entri yang saya post dalam blog fiezabard ini. Tambahan lagi, kali ini saya rasa amat mudah ber'blog' berbanding dengan blog yang pertama kerana kami ada Group Blogger di bawah naungan Empayar Maria Firdaus (MFMS)

Dalam group ini kami boleh berkongsi, bertanya dan bercerita pengalaman khas hanya untuk para blogger MFMS.

Tak kurang juga yang rajin mengkritik dan memberi komen. Mereka ini adalah Mentor Blogger saya. Kerana tanpa pengkritik dan peng'komen' blog kita tak akan ada 'improvement'. Saya sangat berterima kasih dengan Para Pengkritik tetap Blog MFMS iaitu En. Faizal dan En. Azman.

releks la En Faizal. Saya ni jenis boleh terima kritikkan membina. Takut pulak En Faizal kot saya kecik hati.
The Power Of Blog

Saya tak percaya tau macam mana blog bercerita kisah-kisah kita boleh buat duit. Ada saja suara-suara kecil yang bisik " Blog MariaFirdaus boleh lah, dah ramai follower dia, lagipun ayat dia power gileeee".

Allah maha berkuasa nak menunjukkan kepada hambaNya yang naif ni, Kebetulan semalam Closing Day, 30 hb kan. Saya belum cukup point lagi seperti yang di 'target' kan.

Entah macam mana, selepas solat dhuha pagi semalam saya tengok handphone saya. Dan ada message Whatsapp dari orang yang tak pernah saya kenali.

Whatsapp dari orang yang saya tak pernah jumpa dan kenali.
Ok...seronoklah saya kan dapat order baru untuk mencukupkan point target saya. Syukur alhamdulillah.

Selidik punya selidik rupanya dia dapat nombor saya dari blog fiezabard (blog sayalah tu) bila dia google. Wow! ini yang saya kata Blog Impact! First time saya dapat customer dari blog saya. Sapa tak happy!!

1st time dapat customer from my blog. I am sooooo...happy
Kalau MariaFirdaus confirm dah terlalu biasa dengan situasi ini. Tetapi bagi saya inilah saat yang beri inspirasi kepada saya. Baru lah ku tahu macam ni rasanya bila kita ada follower. Dari situ baru saya percaya BLOG BOLEH BUAT DUIT! macam Red Mummy buat. Macam blog MariaFirdaus. 95% customer MariaFirdaus adalah dari pembaca dan follower blognya. Insya allah, kalau MariaFirdaus boleh, kalau Red Mummy boleh, confirm saya boleh juga.

blog MariaFirdaus yang awesome


Amacam! percaya tak BLOG WILL MAKE JUTARIA!!!!

Selain Maria Firdaus dan Red Mummy yang telah menjadikan blog sebagai lubuk duit. Ada seorang lagi jutawan yang sekarang telah menjana lebih 1 Juta sebulan incomenya hanya dengan ber'blog'

tadaaaaaa!!!!! this is my idola merangkap grand grand grand nanny dalam bisnes saya.

my idola, muda lagi dalam awal 30-an telah menjadi Jutawan Muda hanya dengan blog
Walau apa pun strategi bisnes kita, hanya Allah yang menentukan kejayaan kita. Dekatkan dengan Allah. Kami di Empayar Maria Firdaus sangat menekankan hubungan dengan Allah untuk menjamin keberkatan dan kejayaan dunia akhirat.

Sekiranya anda rasa entri saya kali ini boleh dimanfaatkan sudi-sudikan LIKE dan SHARE.

Sekiranya anda nak rasa macam saya rasa. Nak jadikan blog lubuk duit macam saya boleh klik e-book saya di bawah.

EBOOK MOTIVASI USAHAWAN PERCUMA!!






DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! 

Hayati KISAH BENAR pengalaman Maria yang merupakan seorang bekas Engineer.  Dari seorang yang TIDAK MAHU dan TIDAK TAHU BERNIAGA, kemudiannya mula berniaga dari rumah hanya melalui ONLINE.  
Kini Maria Menjadi WORKING-AT-HOME-MOM (WAHM) Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan. FROM ZERO to HEROin.. Semoga bermanfaat..


Terima kasih kerana sudi membaca, Enjoy Your BlogWalking!

Blogger Amatur,
Hafizah Mahfoz.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete