Sunday, May 24, 2015

KARNIVAL SUKAN TRADISIONAL YANG SANGAT AWESOME!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat dan pembaca fiezabard yang dihormati? Saya doakan anda dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tercinta.

Semalam 23 hb Mei 2015 telah berlangsungnya Karnival Sukan Tradisional di kejiranan Penduduk Taman Lestari Putra, LEP 7, Seri Kembangan Selangor.

Perancangan telah dibuat untuk menjayakan program yang sederhana tetapi gilang gemilang beberapa minggu sebelum Karnival berlangsung.

Karnival ini adalah tajaan Persatuan Penduduk Lestari Putra 7 dan KRT (Rukun Tetangga LEP7) dengan kerjasama Surau Al Mustaqim LEP 7.






Hasil kerjasama yang padu 3 komuniti ini terhasillah karnival yang gilang gemilang ini.

Jom layan apa aktiviti sepanjang Karnival ini.

Daftar Peserta

Setelah siap semua kerja rumah saya dan Awina menuju ke padang. Anak-anak dan suami sejak awal pagi dah terpacak di sana.







Berebut-rebut anak-anak nak mendaftar acara yang disukai.


Senamrobik

Acara dimulai dengan senamrobik diketuai oleh Pn Aliwati selaku intructor tetap Aerobik Muslimah Penduduk LEP7. Kalau anda nak tahu mereka selalu bersenamrobik di Padang ini sejak beberapa bulan yang lalu seminggu sekali setiap hari sabtu. Terima kasih Pn. Aliwati kerana sudi menjadi intructor senamrobik secara PERCUMA.




Bukan main semangat lagi mereka ikut step-step aerobik. Step yang mereka gemari cuci pinggan.

Seterusnya acara diteruskan dengan dimulai dengan acara mencari gula dalam tepung kanak-kanak di bawah 12 tahun.

Perghhh...gamat masa nih.

Gula-gula dalam tepung kanak-kanak bawah 6 tahun






Berbaloi muka Faris cenggini. Banyak gula-gula dapat dalam baju tu.

Gula-gula dalam tepung bawah 12 tahun


Macam tepung komak la Fitri. Buncit baju tu. Penuh gula-gula la tu.
Acara diteruskan dengan 

Golek roda basikal kategori lelaki dan wanita.

Layan je la photo kat bawah nih..











Baling Tin

Acara ketiga ialah Baling Tin






Gaya Fitri anakku yang tak boleh blah. Alhamdulillah...mujur menang tempat pertama.


Capteh

Acara seterusnya Capteh, sapa yang tak tahu capteh ni...rugi!

Bukan main lagi gaya pengerusi surau. cayalah!

Cam mana rupe capteh nih?


Ini la dia rupa paras capteh yang anggun. Ada orang panggil sepak bulu ayam. Apa pun panggilannya mainnya tetap sama.

Imbang bulu ayam tu jangan sampai terjatuh. sesiapa yang terbanyak kiraan dikira pemenang.



Macam-macam gaya mereka.

Antara penduduk yang turut serta memeriahkan karnival. Walaupun sederhana tetapi sangat meriah. Masa ni lah mereka dapat beramah mesra dan mengeratkan silaturahim.





Selingan dari En. Badrul Hisham selaku MC majlis. Selaku CEO Jom Mari Bercuti En. Badrul juga berbesar hati memberi hadiah kepada beberapa soalan yang diberikan. Hadiah adalah didatangkan khas dari Negeri Di Bawah Bayu.

Sekiranya anda ingin bercuti-cuti Malaysia boleh hubungi En Badrul Hisham atau LIKE FB Jom Mari Bercuti (Sila Klik)



Antara sumbangan dari pihak Jom Mari Bercuti khas untuk para penduduk
Anyam Ketupat

Acara seterusnya adalah Menganyam ketupat.

Acara yang saya tunggu-tunggu. Saya memang suka menganyam ketupat. Setahun 2 kali je kot dapat menganyam. Entah ingat ke tidak step-stepnya. Tu yang kena praktis dulu sebelum pertandingan.




sapa tak kenal daun kelapa. Ini lah dia daun untuk buat kelongsong ketupat.

ketupat rehearsel. Ini ketupat sate namanya.

Rehearsal dulu beb! ramai pulak peminat.


Ready to anyam

saingan sengit saya

Baju merah sebelah sana tu juara anyam, Kak Jalina.

konsentrasi beb!

Sambil gelek ikut rentak 'Sakitnya di sini'

Di garisan penamat. Sarung ketupat perlu kemas. Tengah kemaskan lah tu.
Pengerusi surau En. Shaari nak buat sarung ketupat terbuat gelang tangan la. Boleh bagi kat Kak Zuraidah.
Musical Chair

Acara seterusnya Musical Chair. Nampak macam mudah acara ini. Tetapi bila dibuat di padang berumput dan berbonggol-bonggol ni jadi satu cabaran kepada pemain kerana silap langkah boleh membawa padah.


Ini la yang saya kata musical chair di padang sangat mencabar. Bentuk muka bumi tak rata menyebabkan kerusi mudah tergolek. Eizzatul anak saya antara mangsa 2 kali tergolek, kesian kakak.




Kategori kanak-kanak lelaki Musical Chair
Lambungan Asmara

Acara semakin kemuncak, acara seterusnya Lambungan Asmara

Apa mende ni?


Lambung kak ...lambung!

Sebelum mula dengar syarat-syaratnya ye!

Dah habis ke?

Eh belum ada 2 acara lagi. Acara seterusnya Basikal Lambat.

Basikal Lambat

Ape kemende Basikal Lambat ni? Biasanya kalau champion basikal sapa yang pertama ke garisan penamat dinobatkan pemenangkan.

Tapi kali ini, siapa yang paling lambat bawa basikal, dialah diumumkan pemenang.

Nampak macam senangkan.

Syaratnya mereka perlu imbangkan badan di atas basikal tu. Kepada sesiapa yang jejak kaki ke tanah di kira 'out'. Kalau orang kampung kata 'dah mati'.







haaa....apa pulak nih...en. MC buat apa tu dengan kanak-kanak riang LEP7?


Pecah Belon

Acara kemuncak. Letupkan belon rakan.



Fuhhhh!!!....selesai sudah Acara Karnival Tradisional Kampung Style.

Penyampaian Hadiah

Tiba la masanya penyampaian hadiah.

Sementara menunggu keputusan apalah gamaknya cik abang celoteh
Antara Hadiah-hadiah yang disampaikan

Tahniah kepada anak-anak ibu Fitri dan Abang Long dan the team. Tempat ke-2 baling tin.

Ini juara golek roda. Kak Jalina dan Kak Aiza,..Chaiyokla kak!

Anyam ketupat tempat ke-3...alhamdulillah

Pesaing terdekat anyam ketupat

Juara anyam ketupat. Senyum lebo kak Ina


Seronok mereka yang dapat hadiah.

Ini antara yang sempat kami kaut bawa balik. Alhamdulillah...



Sebelum pulang kami sempat posing...cheeeeesseeee!!!




Kepada sesiapa yang nak tengok lebih banyak lagi photo semasa acara berlangsung boleh ke FB Persatuan Penduduk LEP 7 (PPLEP7). Sila KLIK PHOTO di bawah.



Alhamdulillah, saya dikelilingi oleh jiran tetangga yang sangat sporting dan ceria.

Semoga Penduduk LEP7 dan penduduk sekitarnya sentiasa dilindungi Allah swt.

Sekiranya anda suka dengan entri saya kali ini sila tekan button SHARE dan LIKE di bawah.

Love,
Hafizah

~design yourlife not by default

Friday, May 15, 2015

RAHSIA SUPAYA ANAK SENTIASA MENDENGAR KATA DAN TIDAK KELUAR MALAM YANG WAJIB DIAMALKAN

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar ya sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda sihat disamping keluarga tercinta.

Semalam saya dengar ikim.fm motivasi pagi on the way ke opis. Rancangan kegemaran radio saya.

Saya suka nak share dengan anda perkongsian Ustaz pagi ini.

Kenapa anak muda sekarang suka berpeleseran di luar, balik hingga lewat malam?

Ada yang lebih parah, langsung tak balik rumah.

Ya Allah, bagaimanakah perasaan ibu bapa mereka bila anak yang ditunggu tidak pulang ke rumah.

Isu ini kena berbalik kepada ibu bapa.

Sejauh mana kita dekat dengan anak-anak dan beri kasih sayang kepada mereka.

Pelukkan Suatu Terapi

Ustaz ada kongsikan rahsia supaya anak kita sentiasa mendengar kata dan tidak keluar malam.

1. Peluk anak at least 5 kali sehari semasa anak diusia bawah 13 tahun.

2. Sesibuk mana pun kita, peluklah mereka walau dalam beberapa saat. Lebih elok dalam 10 minit.

3. Ketika usia sebegini anak sentiasa inginkan kasih sayang dan rasa dihargai.

4. Semasa usia sebegini anak-anak masih boleh dibentuk. Mereka sangat dahagakan kasih sayang daripada Ibu Bapa.

5. Insya Allah, bila mereka meningkat remaja mereka akan sentiasa melekat di rumah, tidak keluar malam dan tidak liar.

Kebahagian akan terpancar dengan sekali pelukan.

6. 5 Waktu yang sesuai memeluk anak-anak:
  • Selepas solat jemaah subuh.
  • Sebelum mereka ke sekolah.
  • Waktu balik dari tempat kerja sejurus sampai rumah.
  • Selepas solat jemaah maghrib.
  • Sebelum tidur.

Belum terlambat kita sebagai ibu bapa nak transform.

Malu??

Biar malu sekarang, jangan kita dimalukan pula kemudian hari.

Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda.

Sayangilah anak anda. Permata hati Amanah Allah. Jangan sia-siakan mereka.

Sekiranya anda suka entri saya ini sila tekan button SHARE dan LIKE supaya lebih ramai rakan-rakan yang dapat manfaatnya.

Sayang All my kids,
Hafizah

~design yourlife not by default

Wednesday, May 13, 2015

8 TIPS NAK DAPAT ANAK YANG SOLEH

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat fiezabard yang dikasihi sekalian. Saya doakan anda sihat dan ceria di samping keluarga tercinta.

Pada hari Ahad yang lalu, Alhamdulillah saya dan suami serta baby Awina berpeluang ke Surau Al-Munir, Equine Park Bandar Putra Permai, Seri Kembangan Selangor untuk mengikuti Ceramah Dhuha oleh Ustaz Badlishah, ustaz tersohor di Malaysia.

Saya sangat minat dengan setiap ceramah Ustaz Badlishah. Sama ada di corong-corong radio atau di televisyen.

Antara Ustaz yang saya gemari

Tajuk Ceramah hari ini amat menarik, nak tau apa?

Anak Soleh (Pahala Mentaati Ibu Bapa)

Ustaz Badlishah memulakan ceramahnya dengan menceritakan dari sebuah hadis yang pada suatu ketika sahabat bertanya Rasulullah "Apa amalan utama dalam Islam?"

Amalan Utama Dalam Islam

1. Solat diawal waktu
2. Berbuat baik kepada IBU BAPA
3. Jihad Fisabilillah

Lihat, buat baik kepada Ibu Bapa jatuh kepada ranking kedua mengalahkan ranking Jihad Fisabilillah. Menunjukkan bahawa, amalan berbuat baik kepada ibu bapa sangat dipandang mulia oleh Allah swt berbanding individu yang berjihad.

Jodoh Tak Sampai

Ustaz menceritakan, seorang sahabat bernama Abu Nawas adalah seorang teruna yang sangat inginkan jodoh. Setiap malam ia berdoa kepada Allah supaya dikurniakan jodoh. Pada mulanya Abu Nawas berdoa begini

1. Ya Allah, kurniakan aku jodoh yang baik.

Bertahun lamanya Abu Nawas berdoa sedemikian namun tiada jodoh baginya, hinggakan satu hari Abu Nawas menukarkan doanya begini,

2. Ya Allah, kurniakanlah ibuku menantu yang baik, yang menyenangkan ibuku dan memuliakannya.

Tidak lama kemudian, Alhamdulillah Abu Nawas diperkenankan doa oleh Allah dipertemukan jodohnya.

Moral: Kepada sesiapa yang belum sampai jodohnya eloklah ikut contoh Abu Nawas ini. Insya Allah...sampailah jodoh.

Ustaz juga ada berkongsikan:

7 Amalan Pencen Kubur
  1. Bina Masjid selagi mana masjid dimanfaatkan
  2. Mengalirkan Air Sungai.
  3. Tulis Mazhab ( Al-Quran ) walaupun tulis hanya surah Yaasin dengan tulisan sendiri.
  4. Menggali perigi selagi mana perigi itu dimanfaatkan
  5. Mengajar Ilmu - tidak semesti mengajar ilmu agama. Guru driving school pun dikira mengajar ilmu. Bagaimana guru yang nak mengajar Ilmu agama nak datang mengajar di Surau kalau tidak tahu driving. Tentunya sebelum itu ustaz dah belajar dulu dengan Guru driving school cara memandu dengan berhemah. Ini bermakna guru driving school lebih banyak pahala (ustaz berseloroh)
  6. Tanam tanaman selagi mana hasilnya dimanfaatkan.
  7. Anak-anak yang soleh yang mendoakan ibu bapanya.
Tips nak dapat anak yang SOLEH

Alolooo....comelnya anak soleh ni
  • Nak dapat anak yang soleh kena ikut jejak nabi.
  • Sentiasa berdoa nak dapat anak yang soleh.
  • Doa Nabi Ibrahim yang kita tahu dalam sirah bertahun lamanya dia ingin menimang cahaya mata hingga usianya dah meningkat baru dapat anak. Doanya ialah "Ya Allah, Anugerahkan aku anak yang soleh"Akhirnya, Allah kurniakan Nabi Ishak dan Nabi Ismail iaitu kedua-duanya adalah di kalangan anbiya'.
  • Nabi Zakaria juga mendoakan anak dan zuriat yang soleh.
  • Jangan cakap perkara atau perbuatan yang tak sepatutnya. Kerana percakapan Ibu Bapa itu adalah DOA.
  • Jangan cakap beruk, monyet atau king kong ke terhadap anak-anak.
  • Orang dulu-dulu bila anak-anaknya nakal mereka akan kata "Bertuah betul anak ni, mudahan nanti jadi macam Hang Tuah." kan elok sekiranya kita mendoakan mereka yang baik-baik.
  • Orang Arab pula panggil anak-anaknya yang nakal dengan panggilan 'BAHLUL'. Bahlul adalah nama orang yang cerdik zaman arab dahulu kala bernama Bahlul. Bahlul adalah seorang yang cerdik tetapi berlagak bodoh. Orang Arab mendoakan anak-anak mereka cerdik dan bijak seperti Bahlul. 
Tapi sekiranya anda perasan orang Melayu yang dibesarkan dengan filem Studio Jalan Ampas menganggap Bahlul tu sesuatu yang hina dan bodoh. Silap rupanya..

Apa itu Anak Soleh?

1. Seorang anak yang taat kepada ibu bapanya.

2. Sepintar atau sebagus manapun anak tersebut tidak bermakna sekiranya tidak taat kepada ibu bapanya.

3. Soleh bukan dinilai dari ilmu agama yang tinggi.

Nabi Ismail adalah salah satu contoh para anbiya' yang taat ibu bapanya ditahap luar biasa. Bila mana Nabi Ibrahim iaitu bapanya mendapat wahyu supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail. Disampaikan suruhan Allah itu kepada anaknya Nabi Ismail, lantas tanpa berfikir panjang, Nabi Ismail bersetuju tidak membantah.

Sebagai anak bukan sekadar lulus cemerlang dalam UPSR, SPM tetapi wajib taat kepada ibu bapanya selagi tidak melanggar hukum syariah.

3 Amalan Tidak Boleh Dipisahkan (Amalan Kembar)

1. Taat Allah Taat Rasul

    Allah Matlamat kita.
    Rasul adalah jalan menuju keredhaan Allah.

2. Dirikan Solat Tunaikan Zakat




Sekiranya hanya buat solat saja tetapi tidak berzakat, amalan solat tidak diterima. Begitu juga sekiranya zakat saja tetapi tidak mendirikan solat, zakatnya tidak diterima.

3. Syukur kepada Allah Buat Baik Kepada Ibu Bapa

Taat kepada Allah, ibu bapa jatuh ranking no. 2 selepas taat kepada Allah. Besarkan darjat ibu bapa. Sangat hampir dengan Allah.

Siapa lebih utama (perlu ditaati dahulu)? Ibu atau Bapa?

Rasulullah pernah ditanya oleh para sahabat " siapakah yang perlu aku taat ?"

Rasulullah jawab: Ibu Mu....

Sahabat bertanya lagi, siapa lagi..

Rasulullah jawab: Ibu Mu...

Sahabat bertanya lagi: Siapa selepas itu


Rasulullah jawab: Ibu Mu...

last sekali baru la Rasulullah menjawab BapaMu..

Ini pulak anak solehah ibu

Kenapa Ibu Diberi Keistimewaan Lebih Berbanding Bapa?

Dari segi biologi, ibu mengandungkan anak yang bapa tidak sama sekali boleh lakukan even bapa merayu-rayu nak beranak sekalipun.

Dalam sebuah hadis maksudnya lebih kurang begini.

"Ibu yang mengandung ini ibarat susah dalam kesusahan"

Kenapa dikatakan begitu?

1. Ibu mengandung akan mengidam

2. Ibu mengandung akan mabuk atau morning sickness

Menurut kajian Jurnal, alahan yang dialami sepanjang ibu yang mengandung akan melahirkan bayi yang mempunyai IQ yang tinggi.

Manakala, loya pula untuk mengurangkan risiko gugur.

3. Bebanan bawa perut. Cer bayangkan anda pikul 2 kg batu-bata.

4. Beri susu selama 2 tahun.

Cer bayangkan para ibu berkorban demi memenuhi tuntutan susu si bayi.
Tengok je la bayi sekarang, kalau nak menyusu bukan sopan macam bayi zaman dulu.
Dibuatnya stunt, kaki ke atas, tertonggeng sana, tertonggeng sini. Ye...betul, macam tau tau je ustaz situasi saya bila menyusukan baby Awina. Gitulah gayanya.

5. Ibu yang meninggal ketika/dalam bersalin di'makam'kan sebagai syuhada'. Maksudnya, perempuan meninggal semasa bersalin adalah mati syahid.

Tetapi, lazimnya masyarakat Melayu dahulu kala memandang hina kepada wanita yang mati bersalin. Mereka kata kalau perempuan mati bersalin, nantinya jadi Pontianak (Pompuan Mati Anak)...hahahha...kesian pompuan.

Antara Ibu dan Ayah siapa yang SANGAT SABAR?? Cer teka?



10 Tanggungjawab kepada Ibu Bapa

Sekiranya anak tidak dapat melaksanakan 10 perkara ini, bermakna tidak menjadi anak solehlah ia.

1. Menyuapkan mak makan.

2. Beri khidmat ketika diperlukan

Sekiranya ibu meminta sesuatu hajat hendaklah menjadi kewajiban anaknya memenuhi hajat ibunya itu.

Ustaz cerita, pada zaman nabi dulu ada seorang pemuda bernama Uwais yang duduk di Yaman. Dia sangat ingin berjumpa dengan Rasulullah di Madinah. Jarak Yaman dan Madinah dalam lingkungan 400km.

Dulu mana ada kenderaan seperti sekarang. Kalau Uwais nak berjumpa Rasulullah sudah tentu beliau perlu berjalan merentasi padang pasir.

Uwais ada seorang ibu yang tinggal bersama-samanya. Uwais meminta kebenaran ibunya untuk berjumpa Rasulullah.

Tetapi ibunya agak berat nak lepaskan Uwais memandangkan faktor umur dan kesihatan ibunya.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Keinginan Uwais untuk berjumpa Rasulullah amat tinggi.

Akhir sekali permintaan Uwais untuk bertemu Rasulullah diperkenankan oleh ibunya dengan syarat Uwais bawa ibunya sekali.

Uwais sangat gembira dan sangat bersetuju dengan syarat ibunya kerana memang dia berhajat untuk membawa ibunya sekali berjumpa Rasulullah.

Dalam perjalanan yang sangat panjang, ibu Uwais yang uzur tidak berdaya untuk berjalan. Uwais mendokong ibunya dalam terik panas.

Dukacita menimpa Uwais, belum pun sampai di Madinah, ibunya meninggal dunia. Uwais sangat terkilan dan sangat sedih kerana tidak kesampaian memenuhi hajat ibunya.

Sesudah selesai menguruskan jenazah ibunya, Uwais meneruskan perjalanan ke Madinah.

Bila sampai Madinah, Uwais bertanya orang sekeliling di mana Rasulullah. Orang keliling semua berpandangan sesama sendiri.

Dengan sedih, mereka kata Rasulullah dah wafat.

Uwais sangat sedih mendengar berita dukacita ini. 2 kali Uwais ditimpa kesedihan. Kematian ibunya dan tak sempat berjumpa Rasulullah.

Saidina Ali ketika itu menghampirinya hairan kenapa anak muda ini sedih yang amat.

Bila Saidina Ali dapati anak muda ini adalah Uwais, lantas Saidina Ali meminta Uwais mendoakannya.

Uwais hairan kenapalah sahabat nabi yang tersohor meminta ia mendoakannya sedangkan dia hanya orang biasa-biasa.

Ini kerana sebelum kewafatan Rasulullah, baginda menyuruh Saidina Ali jumpa Uwais dan minta Uwais doakannya.

Sedangkan ketika itu Rasulullah tak pernah kenal dan tak pernah jumpa pun Uwais.

Ya Allah, betapa besarnya individu yang sangat memuliakan ibunya. 

3. Menjawab panggilan dengan segera bila dipanggil

Pernah tak anda hadapi semasa dalam meeting, atau anda sedang sibuk di pejabat tetiba ada call dari ibu anda?

Dan anda biarkan 'Miss Call'.

Alaaa...jap lagi la aku call back. Pernah ke pernah?

Ustaz berpesan.

"No More Miss Call To Your Mother"

 Ada satu riwayat menyatakan. Rasulullah pernah berkata, sekiranya aku sedang bersolat, mak dan ayahku memanggil nescaya aku akan batalkan solatku. Namun aku tidak dapat merasai semua itu.

Kerana Rasulullah adalah anak yatim piatu, bapanya telah meninggal dalam usianya dalam kandungan lagi sedangkan ibunya meninggal semasa baginda kecil lagi.

4. Taat kepada Ibu Bapa selagi tidak menjurus kepada maksiat.

5. Bercakap dengan Ibu Bapa dengan bahasa yang sangat lembut.

6. Anak wajib berjalan di belakang Ibu Bapa.

7. Jangan panggil Ibu Bapa dengan namanya.

Contoh : " Orang tua nyanyuk ni.."

8. Setiap kali doa untuk diri sendiri, jangan lupa doakan untuk Ibu Bapa sekali.

9. Kalau mereka berhajat beli barang, anak wajib belikan selagi mana berkempuan.

10. Buat perkara yang Ibu suka.

Para hadirin khusyuk mendengar

Apa perlu buat sekiranya Ibu Bapa dah tiada?

1. Buat perkara baik dan sentiasa mendoakan mereka.

2. Menziarahi rakan-rakan mereka.

3. Sedekahkan On behalf untuk Ibu dan Ayah.

Alhamdulillah, ini adalah sedikit perkongsian Ustaz Badlishah dalam ceramah Dhuhanya kali ini selama lebih kurang 1 jam 1/2. Banyak sangat ilmu yang saya perolehi.

Sebelum bersurai saya dan sebahagian penduduk Bandar Putra Permai berkesempatan bergambar dengan ustaz favorite saya ini. Selalunya dengar dan lihat dicorong radio dan televisyen je. kali ini Alhamdulillah rasa bersyukur dapat dekatkan diri dengan Mu'alim.

Jemput jenguk warna warni Majlis.


En Badrul Hisham (my darling) dengan orang kampung dia. Sama-sama Pahang diorang ni.

Cam mimpi je dapat jumpa Ustaz favorite

Bersama-sama jemaah surau

Antara rakan muslimah yang hadir dari kiri Kak Rubi, Mimi, Saya dan Ustazah Asiah

Acara terakhir ...biasalah...makan-makan
Alhamdulillah, syukur sangat saya dapat banyak timba ilmu. Semoga ilmu ini kekal dan diamalkan.

Saya harap perkongsian saya ini dapat memberi manfaat kepada pembaca setia blog saya ini.

Sekiranya anda suka entri saya kali ini sila tekan button SHARE dan LIKE supaya lebih ramai orang dapat manfaatnya. Tambah lagi satu pencen kubur anda.

Insya Allah semoga kita sama-sama dapat manfaatnya. Sayangi dan kasihi Ibu Bapa kita.

Terima kasih kerana membaca.

Sayang Mak, Sayang Bapak.

Hafizah

~Design yourlife not by default

Monday, May 4, 2015

VITA-LEA MULTIVITAMIN BERNILAI RM94 DIBERI PERCUMA!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Saya doakan anda dalam lindungan Allah swt.

Saya baru saja balik dari kampung sempena cuti Hari Pekerja 1 May yang lalu. Perjalanan dari kampung Muar, Johor hingga ke Seri Kembangan, Selangor (kediaman kami) tidaklah begitu jauh hanya dalam 130km dan hanya memakan masa dalam 2 jam perjalanan.

Tetapi sekiranya traffic jem kami memerlukan masa yang lebih. Kadang-kadang hingga memakan masa selama 5 jam perjalanan.

Perjalanan yang panjang kalau ikutkan amat meletihkan. Tambahan lagi melayan anak-anak yang pelbagai karenah di dalam kereta. Tambahan lagi saya driving seorang diri kerana suami saya out-station.

Stamina yang tinggi amat saya perlukan saat ini. Alhamdulillah dengan izin Allah saya dapat menghadapinya dengan baik dan penuh energy sehingga sampai ke destinasi.

Apa rahsia saya??? Nanti saya kongsikan

FREE VITA-LEA BERNILAI RM94, ANDA NAK??

Saya amat teruja dengan berita yang saya terima 1 May yang lalu, pihak Shaklee dengan murah hatinya menyediakan pelbagai Tawaran Istimewa untuk para pelanggannya.

Yang paling saya suka, buat julung kalinya pihak Shaklee berbesar hati menghadiahkan SEBOTOL VITA-LEA PERCUMA (BERNILAI RM94) kepada setiap ahli barunya yang mendaftar pada bulan MAY 2015.

Wahhh!!! berbaloi-baloi...rasa macam nak daftar balik je. Sebab dulu saya daftar tak dapat free apa-apa pun. jeles lah!!!



Kenapa saya kata berbaloi. Mahu tak berbaloi register cuma RM69 tapi dapat hadiah lebih besar nilai dari registeration. Rugi! Rugi! sapa tak join member bulan MAY 2015 ni.

GST vs PROMOSI

Bukan itu saja pihak Shaklee juga menawarkan pelbagai Tawaran Hebat lain bulan May 2015 ini kepada pelanggan-pelanggannya yang berdaftar.

Di saat GST dilaksanakan mulai April 2015 yang lalu, pihak Shaklee melipat kali gandakan pelbagai tawaran dengan HARGA PROMOSi dan PRODUK FREE

Best ke Best!!



KENAPA VITA-LEA FREE?

Tahukah anda berapa usia Vita-Lea?

Sejak 1915 hingga 2015 Multivitamin pertama di dunia ini masih kekal

100 tahun??

Dah 100 tahun Vita-Lea sejak dicipta oleh Dr. Forrest C. Shaklee iaitu individu yang bertanggungjawab memperkenalkan kepada dunia vitamin semulajadi ini. Masa tu Dr. Forrest baru berusia 21 tahun.

Hebat ke hebat!!

Alhamdulillah, kalau tidak kerana kehebatan kualiti dan kebaikannya manakan tidak Vita-Lea kekal selama 100 tahun di pasaran.

betul ke betul!

Antara kebaikan VITA-LEA (Multivitamin yang hebat)


Jemput baca kisah selanjutnya tentang kehebatan VITA-LEA di :


KENAPA SAYA PILIH SHAKLEE?

Banyak-banyak produk yang berada di pasaran saya tetap pilih Shaklee. Saya ni susah nak makan ubat, terutamanya ubat hospital. Sebab saya tahu keburukan makan ubat. Sila ke link ini BAHAYA MAKAN UBAT (SILA KLIK).

Tapi sejak saya diperkenalkan dengan Shaklee terus saya jatuh cinta. Lebih-lebih lagi bila saya dapat tahu Shaklee ini adalah produk No. 2 yang terbaik di dunia (Ranking terkini)

Di dunia ye...bukan di Malaysia.

Vitamin yang terbaik adalah vitamin yang melebihi skor 8.0. Namun hanya 8 daripada 101 produk sahaja yang melepasi BENCHMARK dunia ini. Para pengguna dinasihatkan dan disyorkan untuk mengambil produk multivitamin yang melepasi skor 8.0 ke atas.

Sila rujuk di link di bawah untuk info tentang scoring vitamin tersebut:



Selain itu, produk-produk Shaklee juga merangkumi keperluan dan kegunaan seisi keluarga yang SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM.



Alhamdulillah, ingat lagi cerita traffic jem saya di atas?

Ye, sudah terjawab kenapa saya masih maintain ber'energy' walaupun memandu sehingga 5 jam dalam traffic jem dan melayan karenah anak-anak dalam kereta tanpa bantuan orang lain.

Pilihan di tangan anda!


KENAPA SAYA DI BAWAH SUSUR GALUR MARIA FIRDAUS?

Saya sangat bersyukur dan bertuah kerana dijodohkan berada di bawah Susur Galur Maria Firdaus.

Sebelum ini saya pernah menjadi ahli Shaklee tetapi sekadar makan dan tidak aktif langsung untuk bisnes.

Padahal saya dah berdaftar sejak tahun 2006 lagi. Saya tak tahu pun macam mana nak bisnes masa tu. Akhirnya keahlian saya terbiar saja. Saya pun stop makan sebab tiada follow up.

Akhirnya saya disponsor semula oleh rakan saya di bawah Empayar Maria Firdaus pada tahun 2013.

Sejak itu, baru saya tahu indahnya berbisnes. Kita makan, kita guna dan kita share dengan orang lain. Alhamdulillah, dari saya tak tahu langsung nak buat bisnes ,sekarang saya dah dapat pegang BONUS 4 ANGKA sebulan Shaklee bayarkan.


Pastikan anda memilih untuk register di bawah GROUP YANG BETUL, yang memberikan anda support, guide dan consultation terbaik, walaupun anda hanya register sebagai pengguna saja. 


Sebabnya, ramai ahli Shaklee yang TERSALAH LANGKAH, bila mereka register sebagai ahli dengan sesiapa saja, hanya sebab nak beli produk dengan HARGA AHLI.

Malangnya, lepas tu mereka dibiarkan terkontang-kanting sendirian tanpa sebarang consultation, support and guide. Kesian sangat kat mereka ni.  Jangan ulangi sejarah silam saya.

Tapi, jangan risau!! 

Bagi mereka yang mendaftar di bawah group kami, iaitu MARIA FIRDAUS MILLIONAIRES IN SHAKLEE (MFMS) EMPIRE, anda akan dapat pelbagai support dan guide, samada sebagai PENGGUNA ataupun sebagai USAHAWAN SHAKLEE!!


BAGAIMANA MENJADI AHLI SHAKLEE?


Sebenarnya ada 2 pilihan untuk menjadi ahli:-


1) Yuran Pendaftaran hanya RM69 (Postage RM11 Semenanjung / RM22 Sabah dan Sarawak). Yuran ni hanya perlu dibayar SEKALI SEUMUR HIDUP saja yer. Tak perlu renew every year macam company lain. Yuran ini adalah untuk menampung kos BUSINESS KIT yang mengandungi catalog, product guide dan business manual. 

ATAU

2) Buat pembelian sebarang produk dalam 1 RESIT minimum 200 point UV (Unit Value), iaitu lebih kurang belian berjumlah RM700+ dan anda akan mendapat KEAHLIAN PERCUMA (bernilai RM69) dan juga CASH BONUS (bernilai RM30+). Penjimatan hampir RM100.

Untuk mendaftar, anda boleh terus hubungi saya Hafizah di 019-211 8757, Saya akan bantu daftarkan anda yer. 

Atau boleh juga gunakan Shaklee ID saya iaitu 961265 (HAFIZAH MAHFOZ) sebagai SPONSOR

Jadi, kalau anda dah bersedia nak menjadi ahli dan dapat FREE VITA-LEA bernilai RM94, cepat-cepat hubungi saya yer. InsyaAllah, saya bersedia membantu anda :)


FREE VITA-LEA for New Registeration hanya sah sehingga 31 MAY 2015 sahaja! 

HURRY! sebelum terlambat!

Sekiranya anda suka baca entri ini sila tekan button SHARE dan LIKE di bawah. Semoga dengan sekali sharing anda dapat memberi manfaat kepada ramai orang. Insya Allah anda dapat Pencen Kubur FREE pula. Senangkan nak dapat FREE.

Terima kasih kerana membaca,


----------------------------------------------------------------------------------


SETIAP KEJAYAAN BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA!!


LANGKAH PERTAMA SAYA BERMULA DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE.

ANDA BAGAIMANA? :)

Nak tahu lebih lanjut bagaimana saya bermula?

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah kejayaan Maria menjalankan bisnes online SHAKLEE sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer walaupun bergaji RM5k sebulan. 

Kini Master Maria menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5-angka setiap bulan hanya DARI RUMAH. Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Hafizah untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

HAFIZAH MAHFOZ
Shaklee ID : 961265
hafizahmahfoz@gmail.com
019-211 8757 (Call, SMS, WhatsApp)


Friday, May 1, 2015

KISAH SLIP DISC RAKAN SAYA EIDA

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar rakan-rakan fiezabard sekalian. Lama rasanya kita tak bersua. rindu dengan anda semua. Saya doakan anda sihat dan dilindungi Allah swt.

Kali ini saya terpanggil nak bercerita tentang kawan saya yang menghidap Slip Disc Eida.

Eida ini satu office dengan saya. Orangnya ceria dan peramah. Sebelum ni saya tak begitu rapat dengannya kerana dia berlainan department dah berlainan blok juga.

Saya rapat dengan eida sejak kami sama-sama join program Now Everyone Can Kurus (NECK).

Antara Geng NECK yang juga join Bigger Losser program anjuran office kami.
Yang paling kiri tu saya. Eida yang berbaju t-shirt biru.

Dari segi fizikalnya saya nampak Eida ni tak lah gemuk pun. Saya agak pelik, kenapa Eida nak join program Kurus lagi. Sedangkan ramai lagi individu yang bam bam yang tak nak join Now Everyone Can Kurus.

Rupanya ada cerita di sebalik kenapa Eida beriya-iya join NECK. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kisah Syadis Eida

Nama saya Eida. Berusia 36 tahun. Saya berasal dari Kedah.

Di bawah ini adalah perkongsian tentang pengalaman saya sendiri. 

Semoga apa yang saya kongsikan ini menjadi inspirasi kepada pembaca blog ini.

Mula Menghadapi Masalah Slip Discs

Pada awal tahun ni, saya disahkan oleh doctor menghidapi Slip Dics di bahagian L4/L5. 

Ia bermula dengan saya sering rasa sakit di bahagian belakang badan saya dan kaki saya selalu terasa kebas.

Selepas membuat pemeriksaan, terkejut saya apabila doktor memaklumkan saya ada masalah tulang belakang.

Ini bukan masalah kecil. Tapi ini masalah besar buat diri saya. Sejujurnya, saya tak sangka badan macam saya pun boleh mengalami masalah slip discs. Saya bukanlah gemuk sangat pun. 

Punca Saya Terkena Slip Disk

Sebenarnya saya melahirkan anak kembar.

Syukur Alhamdulillah atas kurniaan Allah.

Kedua dua anak perempuan saya ini mempunyai 'habit' yang sama. Kalau seorang menangis, dua dua akan menangis.

Since kedua dua menangis serentak, saya perlu mendukung kedua dua baby serentak untuk mendiamkan mereka.

Kalau seorang 12kg, dua orang dah 24kg.


Itulah beban yang badan saya perlu tampung untuk mententeramkan keadaan.

you are super duper mom la eida. Sooo....cute your twin
Kesannya, saya mula rasa sakit belakang.

Mula mula saya ingat sakit itu biasa biasa sahaja. Rupa rupanya tak. Tulang L4 dan L5 saya dah mula bergesel. Dan saya sering rasa kebas dibahagian kaki kerana darah kurang sampai ke bahagian itu.

Selain itu, saya seorang yang bekerja di pejabat. Setiap hari kerja saya mengadap komputer. Seharian saya duduk atas kerusi di pejabat. 

Ini menambah lagi kesan sakit di bahagian tulang belakang saya. 

Apa Itu Slip Discs? 

Slipped disc secara ringkas bermaksud tulang belakang yang “teralih” atau “mengelongsor dari kedudukan asal. 

Hal ini berlaku disebabkab oleh gel antara tulang yang berfungsi menyerap tekanan telah bocor dan mengakibatkan tulang bergerak. 

Apabila perkara ini terjadi, tulang akan menekan pula saraf-saraf yang mengawal anggota badan seperti kaki, tangan dan leher. Kesannya, banyak anggota badan saya menjadi kebas dan pergerakan saya sangat terbatas.

Hanya satu ubat yang saya ada bila kaki saya kebas atau kejang. Iaitu SABAR.

Bermula Titik Perubahan Dalam Hidup

Namun begitu, saya menadah tangan mengucap syukur kerana dipertemukan dan dijodohkan dengan Program NECK. 

Alhamdulillah dengan ilmu, bantuan, serta tunjukkan ajar, dari coach dan bimbingan dari rakan-rakan yang berpengalaman di dalam program ini saya berasa lebih sihat sekarang dengan izin Allah.

Sebelum ini, saya selalu rasa sakit dibahagian tulang belakang saya. Sakit itu akan terasa hingga keseluruhan kaki. 

Kesakitan itu sangat ketara terutama waktu bangun pagi, dan dalam keadaan duduk yang terlalu lama semasa bekerja di pejabat. Segala kerja menjadi terbatas dan menggangu prestasi kerja kerana hal. 

Sebelum ni saya hanya mampu bertahan utk duduk selama 2 jam dan perlu baring untuk redakan kesakitan.

Tetapi....... 

Segalanya Berubah Selepas Menyertai Now Everyone Can Kurus

Kehidupan saya banyak berubah selepas menyertai program ini. Saya terasa kelainannya. 


Walaupun agak terlewat sedikit menyertainya dan hanya baru 2 minggu, perubahan yang amat ketara dapat saya rasakan. 






antara diskusi dalam NECK


Saya sangat teruja dan menadah tangan tanda syukur padaNYA. 

Semangat untuk SIHAT dan TERPAKSA KURUS meningkat dan makin berkobar-kobar dari sehari ke sehari. 

Saya sedar, hanya dengan SIHAT kita boleh menikmati hidup dengan selesa dan happy bersama orang-orang tersayang. 

Alhamdulillah dan terima kasih... kepada team NECK.

Apa Yang Saya Belajar?

Dalam NECK, banyak yang saya belajar. 

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada coach dan mentor yang banyak kongsikan ilmu dengan saya dan para peserta yang lain.

Yang penting, saya mula belajar mengira kalori. Selepas saya belajar, baru saya tahu.

"Laaa.... Senangnyer nak turunkan berat kalau dah tahu formula ini".

Saya mula belajar kira kalori.

Setiap kali nak makan, saya akan perhatikan dan kira berapa kalori makanan yang saya makan. Syukur Alhamdulillah. Berat saya menurun 3 kg dalam tempoh 2 minggu.

"Saya suke saya suke............."

Apa yang lebih saya hargai apabila bersama NECK adalah sifat peramah coach dalam mendidik kami.

Coach saya Abang Ketak tak kisah saya PM beliau secara personal.

Since saya sakit tulang belakang, Abang Ketak kongsikan banyak senaman yang boleh saya buat tanpa membebankan tulang belakang saya.

inilah akibatnya join NECK. Dalam masa 2 minggu Eida turun 3 kg. Wow!!

Perubahan yang saya rasa dalam tempoh 2 minggu ini sangat amazing.

Syukur Alhamdulillah, saya sangat bersyukur pada Allah. Sekarang saya dah tak rasa kebas kebas di kaki saya lagi.

Sakit dibahagian tulang belakang pun semakin berkurang.

"Ya Allah... Nikmat apakah lagi yang ingin aku dustakan"

Ternyata... Benarlah apa yang coach selalu pesan kepada kami semua.

"Nak diet dan bersenam bukan untuk kurus. Tapi untuk sihat. Bila sihat, kita terpaksa kurus".

Sekarang saya dapat merasai kembali 'nikmat' hidup sihat. Anda mungkin tak memahami apa yang cuba saya sampaikan.

Sebab anda tak rasa apa itu sakit tulang belakang. Anda tak rasa apa itu kebas dibahagian kaki. Apa itu sakit ketika duduk dan terpaksa berbaring sehingga menjejaskan kualiti kerja.

Eida sekarang

Syukur, sekarang kesihatan saya bertambah baik.

Alhamdulillah. Terima kasih NECK. Terima kasih Abang Ketak. Terima kasih semua.

Wassalam

Eida
Peserta NECK Batch 3

"Jom Kurus Dan Sihat Hanya Dari Rumah"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Begitulah kisahnya kenapa Eida yang nampak macam kurus join NECK. NECK bukan semata-mata nak anda kurus. Target NECK nak supaya anda merasai nikmat SIHAT bila anda KURUS.

Bila anda KURUS anda terpaksa SIHAT.

Betul ke betul!

Semoga perkongsian kisah Eida memberi manfaat kepada anda. Sila sebarkan kepada rakan-rakan lain yang mungkin mengalami masalah seperti Eida ini.

Sekiranya anda sendiri yang inginkan tips kurus dan sihat sila taip "Saya nak tips kurus" ke 019-211 8757 (Telegram/Whatsapp) sekarang.

Saya doakan anda kurus dan sihat

Love,
Hafizah
#Jomkurusdarirumah
#Noweveryonecankurus
#Noweveryonecansihat


Sila tekan button SHARE dan LIKE di bawah. Semoga dengan sekali klik anda memberi seribu harapan kepada pesakit slip disc yang lain.