Sunday, May 24, 2015

KARNIVAL SUKAN TRADISIONAL YANG SANGAT AWESOME!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat dan pembaca fiezabard yang dihormati? Saya doakan anda dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tercinta.

Semalam 23 hb Mei 2015 telah berlangsungnya Karnival Sukan Tradisional di kejiranan Penduduk Taman Lestari Putra, LEP 7, Seri Kembangan Selangor.

Perancangan telah dibuat untuk menjayakan program yang sederhana tetapi gilang gemilang beberapa minggu sebelum Karnival berlangsung.

Karnival ini adalah tajaan Persatuan Penduduk Lestari Putra 7 dan KRT (Rukun Tetangga LEP7) dengan kerjasama Surau Al Mustaqim LEP 7.






Hasil kerjasama yang padu 3 komuniti ini terhasillah karnival yang gilang gemilang ini.

Jom layan apa aktiviti sepanjang Karnival ini.

Daftar Peserta

Setelah siap semua kerja rumah saya dan Awina menuju ke padang. Anak-anak dan suami sejak awal pagi dah terpacak di sana.







Berebut-rebut anak-anak nak mendaftar acara yang disukai.


Senamrobik

Acara dimulai dengan senamrobik diketuai oleh Pn Aliwati selaku intructor tetap Aerobik Muslimah Penduduk LEP7. Kalau anda nak tahu mereka selalu bersenamrobik di Padang ini sejak beberapa bulan yang lalu seminggu sekali setiap hari sabtu. Terima kasih Pn. Aliwati kerana sudi menjadi intructor senamrobik secara PERCUMA.




Bukan main semangat lagi mereka ikut step-step aerobik. Step yang mereka gemari cuci pinggan.

Seterusnya acara diteruskan dengan dimulai dengan acara mencari gula dalam tepung kanak-kanak di bawah 12 tahun.

Perghhh...gamat masa nih.

Gula-gula dalam tepung kanak-kanak bawah 6 tahun






Berbaloi muka Faris cenggini. Banyak gula-gula dapat dalam baju tu.

Gula-gula dalam tepung bawah 12 tahun


Macam tepung komak la Fitri. Buncit baju tu. Penuh gula-gula la tu.
Acara diteruskan dengan 

Golek roda basikal kategori lelaki dan wanita.

Layan je la photo kat bawah nih..











Baling Tin

Acara ketiga ialah Baling Tin






Gaya Fitri anakku yang tak boleh blah. Alhamdulillah...mujur menang tempat pertama.


Capteh

Acara seterusnya Capteh, sapa yang tak tahu capteh ni...rugi!

Bukan main lagi gaya pengerusi surau. cayalah!

Cam mana rupe capteh nih?


Ini la dia rupa paras capteh yang anggun. Ada orang panggil sepak bulu ayam. Apa pun panggilannya mainnya tetap sama.

Imbang bulu ayam tu jangan sampai terjatuh. sesiapa yang terbanyak kiraan dikira pemenang.



Macam-macam gaya mereka.

Antara penduduk yang turut serta memeriahkan karnival. Walaupun sederhana tetapi sangat meriah. Masa ni lah mereka dapat beramah mesra dan mengeratkan silaturahim.





Selingan dari En. Badrul Hisham selaku MC majlis. Selaku CEO Jom Mari Bercuti En. Badrul juga berbesar hati memberi hadiah kepada beberapa soalan yang diberikan. Hadiah adalah didatangkan khas dari Negeri Di Bawah Bayu.

Sekiranya anda ingin bercuti-cuti Malaysia boleh hubungi En Badrul Hisham atau LIKE FB Jom Mari Bercuti (Sila Klik)



Antara sumbangan dari pihak Jom Mari Bercuti khas untuk para penduduk
Anyam Ketupat

Acara seterusnya adalah Menganyam ketupat.

Acara yang saya tunggu-tunggu. Saya memang suka menganyam ketupat. Setahun 2 kali je kot dapat menganyam. Entah ingat ke tidak step-stepnya. Tu yang kena praktis dulu sebelum pertandingan.




sapa tak kenal daun kelapa. Ini lah dia daun untuk buat kelongsong ketupat.

ketupat rehearsel. Ini ketupat sate namanya.

Rehearsal dulu beb! ramai pulak peminat.


Ready to anyam

saingan sengit saya

Baju merah sebelah sana tu juara anyam, Kak Jalina.

konsentrasi beb!

Sambil gelek ikut rentak 'Sakitnya di sini'

Di garisan penamat. Sarung ketupat perlu kemas. Tengah kemaskan lah tu.
Pengerusi surau En. Shaari nak buat sarung ketupat terbuat gelang tangan la. Boleh bagi kat Kak Zuraidah.
Musical Chair

Acara seterusnya Musical Chair. Nampak macam mudah acara ini. Tetapi bila dibuat di padang berumput dan berbonggol-bonggol ni jadi satu cabaran kepada pemain kerana silap langkah boleh membawa padah.


Ini la yang saya kata musical chair di padang sangat mencabar. Bentuk muka bumi tak rata menyebabkan kerusi mudah tergolek. Eizzatul anak saya antara mangsa 2 kali tergolek, kesian kakak.




Kategori kanak-kanak lelaki Musical Chair
Lambungan Asmara

Acara semakin kemuncak, acara seterusnya Lambungan Asmara

Apa mende ni?


Lambung kak ...lambung!

Sebelum mula dengar syarat-syaratnya ye!

Dah habis ke?

Eh belum ada 2 acara lagi. Acara seterusnya Basikal Lambat.

Basikal Lambat

Ape kemende Basikal Lambat ni? Biasanya kalau champion basikal sapa yang pertama ke garisan penamat dinobatkan pemenangkan.

Tapi kali ini, siapa yang paling lambat bawa basikal, dialah diumumkan pemenang.

Nampak macam senangkan.

Syaratnya mereka perlu imbangkan badan di atas basikal tu. Kepada sesiapa yang jejak kaki ke tanah di kira 'out'. Kalau orang kampung kata 'dah mati'.







haaa....apa pulak nih...en. MC buat apa tu dengan kanak-kanak riang LEP7?


Pecah Belon

Acara kemuncak. Letupkan belon rakan.



Fuhhhh!!!....selesai sudah Acara Karnival Tradisional Kampung Style.

Penyampaian Hadiah

Tiba la masanya penyampaian hadiah.

Sementara menunggu keputusan apalah gamaknya cik abang celoteh
Antara Hadiah-hadiah yang disampaikan

Tahniah kepada anak-anak ibu Fitri dan Abang Long dan the team. Tempat ke-2 baling tin.

Ini juara golek roda. Kak Jalina dan Kak Aiza,..Chaiyokla kak!

Anyam ketupat tempat ke-3...alhamdulillah

Pesaing terdekat anyam ketupat

Juara anyam ketupat. Senyum lebo kak Ina


Seronok mereka yang dapat hadiah.

Ini antara yang sempat kami kaut bawa balik. Alhamdulillah...



Sebelum pulang kami sempat posing...cheeeeesseeee!!!




Kepada sesiapa yang nak tengok lebih banyak lagi photo semasa acara berlangsung boleh ke FB Persatuan Penduduk LEP 7 (PPLEP7). Sila KLIK PHOTO di bawah.



Alhamdulillah, saya dikelilingi oleh jiran tetangga yang sangat sporting dan ceria.

Semoga Penduduk LEP7 dan penduduk sekitarnya sentiasa dilindungi Allah swt.

Sekiranya anda suka dengan entri saya kali ini sila tekan button SHARE dan LIKE di bawah.

Love,
Hafizah

~design yourlife not by default

0 comments:

Post a Comment