Friday, May 15, 2015

RAHSIA SUPAYA ANAK SENTIASA MENDENGAR KATA DAN TIDAK KELUAR MALAM YANG WAJIB DIAMALKAN

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar ya sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda sihat disamping keluarga tercinta.

Semalam saya dengar ikim.fm motivasi pagi on the way ke opis. Rancangan kegemaran radio saya.

Saya suka nak share dengan anda perkongsian Ustaz pagi ini.

Kenapa anak muda sekarang suka berpeleseran di luar, balik hingga lewat malam?

Ada yang lebih parah, langsung tak balik rumah.

Ya Allah, bagaimanakah perasaan ibu bapa mereka bila anak yang ditunggu tidak pulang ke rumah.

Isu ini kena berbalik kepada ibu bapa.

Sejauh mana kita dekat dengan anak-anak dan beri kasih sayang kepada mereka.

Pelukkan Suatu Terapi

Ustaz ada kongsikan rahsia supaya anak kita sentiasa mendengar kata dan tidak keluar malam.

1. Peluk anak at least 5 kali sehari semasa anak diusia bawah 13 tahun.

2. Sesibuk mana pun kita, peluklah mereka walau dalam beberapa saat. Lebih elok dalam 10 minit.

3. Ketika usia sebegini anak sentiasa inginkan kasih sayang dan rasa dihargai.

4. Semasa usia sebegini anak-anak masih boleh dibentuk. Mereka sangat dahagakan kasih sayang daripada Ibu Bapa.

5. Insya Allah, bila mereka meningkat remaja mereka akan sentiasa melekat di rumah, tidak keluar malam dan tidak liar.

Kebahagian akan terpancar dengan sekali pelukan.

6. 5 Waktu yang sesuai memeluk anak-anak:
  • Selepas solat jemaah subuh.
  • Sebelum mereka ke sekolah.
  • Waktu balik dari tempat kerja sejurus sampai rumah.
  • Selepas solat jemaah maghrib.
  • Sebelum tidur.

Belum terlambat kita sebagai ibu bapa nak transform.

Malu??

Biar malu sekarang, jangan kita dimalukan pula kemudian hari.

Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda.

Sayangilah anak anda. Permata hati Amanah Allah. Jangan sia-siakan mereka.

Sekiranya anda suka entri saya ini sila tekan button SHARE dan LIKE supaya lebih ramai rakan-rakan yang dapat manfaatnya.

Sayang All my kids,
Hafizah

~design yourlife not by default

0 comments:

Post a Comment