Showing posts with label diabetis. Show all posts
Showing posts with label diabetis. Show all posts

Thursday, March 9, 2023

Apa itu Indeks Glisemik (GI) Yang Anda Perlu Tahu?

Hai Assalamualaikum sahabat fiezabard yang dikasihi. Kak Fieza doakan Allah limpahi kebahagiaan kepada anda semua.

Siapa time puasa sahur makan nasi? Lepas tu tengahari dah rasa lapar. Tak sampai petang badan dah lemah longlai? Nak tahu tak sebab apa?

Ini disebabkan makanan yang kita ambil tinggi GI (Indeks Glisemik)?

GI (Indeks Glisemik) tu apa?

GI atau nama penuhnya dikenali sebagai Indeks Glisemik merupakan tanda ukur berapa pantas badan anda menukarkan karbohidrat kepada gula supaya boleh serap ke dalam darah.

Skor ukuran GI :

GI rendah : 55 atau kurang

GI sederhana : 56 hingga 69

GI tinggi : 70 hingga 100

 



Nasi antara makanan yang tinggi Indeks Glisemik

Sebab itu bila kita makan nasi, kita cepat rasa lapar balik kerana Indeks Glisemik nasi tinggi.

Kenapa jadi begitu.

Konsepnya begini.

 

kredit to : http://www.bondamiza.com/

Makanan yang Indeks Glisemiknya tinggi adalah makanan yang cepat dicerna dan diserap ke dalam darah sehingga kadar gula dalam darah meningkat dengan cepat. Sebab gula ditukarkan kepada tenaga pantas dan cepat tenaga merudum. Jadi gula akan ditukar menjadi lemak pulak dalam hati.

Manakala, makanan yang Indeks Glisemiknya rendah akan dicerna dan diserap ke dalam darah lebih lambat. Jadi, peningkatan glukosa dan insulin terjadi secara perlahan-lahan. Jadi glukosa tersebut bertukar menjadi tenaga secara beransur-ansur.

Makanan dengan Indeks Glisemik yang rendah terbukti memperbaiki kadar glukosa dan lemak kepada pengidap diabetis terutamanya. Ia juga berupaya memperbaiki resisten insulin.

Apa Resisten Insulin?

Resisten Insulin adalah keadaan dimana sel-sel tubuh tidak dapat menggunakan gula darah dengan baik akibat adanya gangguan dalam tindakbalas dengan insulin. Resisten insulin ini terjadi selama bertahun-tahun tanpa disedari.

Sistem badan kita ni unik Allah jadikan. Dalam sistem badan berupaya menukarkan karbohidrat kepada glukosa dan dilepaskan ke dalam darah. Glukosa kemudian diserap oleh sistem badan dengan bantuan hormon Insulin yang dihasilkan  oleh kelenjar pankreas. Seterusnya glukosa akan ditukar menjadi tenaga dalma sel.


KARBOHIDRAT > GLUKOSA + INSULIN >TENAGA

 


 

Insulin ibarat anak kunci Glukosa bertukar menjadi tenaga. Insulin sentiasa dihasilkan oleh pankreas. Resisten Insulan terjadi bilamana terdapat gangguan proses Glikosis dimana pankreas tetap hasilkan Insulin tetapi sel-sel badan tidak menyerap glukosa sebaiknya. Keadaan ini menyebabkan kandungan glukosa berlebihan dalam darah sehingga kadar glukosa tinggi dalam darah. 


Kadar kenaikan paras glukosa yang terlalu tinggi dengan cepat selepas makan harus dielakkan kerana boleh memudaratkan kesihatan untuk jangka masa panjang. Anda disarankan mengambil makann yang rendah Indeks Glisemik (GI) supaya paras glukosa darah stabil. Bila paras glukosa stabil dapat mencegah pelbagai penyakit kronik.

Penyakit akibat Indek Glisemik(GI) Tinggi

Antara penyakit kronik yang berpunca dari Indeks Glisemik tinggi

  • Kencing manis (diabetis)
  • darah tinggi
  • sakit jantung
  • kolestrol tinggi
  • strok 
  • kanser

Antara contoh makanan dan kiraan Indeks Glisemiknya


1. ROTI DAN BIJIRIN

• Roti Putih - 78
• Nasi Putih - 77
• Kentang Lenyek - 82
• Beras Perang - 55
• Pasta - 60
• Mi - 80
• Tepung Gandum - 75
• Oat - 80
• Bijirin Jagung - 54

.
2. SAYUR-SAYURAN

• Lobak merah - 50
• Asparagus - 15
• Brokoli-15
• Kacang Buncis - 30

.
3. BUAH-BUAHAN

• Epal - 39
• Oren - 42
• Pisang - 40
• Kismis - 64

.
4. MINUMAN / MAKANAN RINGAN

• Minuman bergas - 70
• Teh tarik - 72
• Gula pasir - 70
• Madu - antara 35 hingga 64 (bergantung pada kualiti)
• Jus Oren - 80
• Kacang pea - 10
• Kentang goreng - 58

.

Kredit to : Dr Zubaidi health sharing

Jadi anda ada pilihan makanan apakah yang patut masuk dalam mulut anda. Namun, jika anda anda terpaksa memilih makanan Indeks Glisemik (GI) tinggi, disarankan ambil dalam kuantiti sedikit.

Berbanding makanan yang Indeks Glisemik (GI) rendah , anda boleh ambil dalam kuantiti yang banyak.

Begitulah. 

Kak Fieza doakan anda sentiasa dikurniakan limpahan kesihatan oleh Allah swt.

 

Living With Harmony With Nature

~falsafah Dr Forrest C Shaklee.

 

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#ShakleeSeriKembangan




 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)



Thursday, January 8, 2015

KOS PERUBATAN SEMAKIN MENINGKAT!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat setia fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda sentiasa sihat dan ceria disamping keluarga tercinta.

Alhamdulillah kita masih berupaya untuk membaca, masih berupaya untuk menatap screen PC atau screen HP. tak kira HP smart atau tak smart. Jari jemari kita masih berupaya untuk menari-nari di keyboard. Hargailah nikmat Allah yang diberikan.

Tiba-tiba saya rasa sebak dan insaf. Allah masih sayangkan saya dan keluarga tercinta. Masih diberi peluang untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Semalam pada 7 Januari 2015, kembalinya salah seorang ibu saudara saya ke rahmatullah kerana sakit yang ditanggungnya selama 18 tahun dalam usianya 70 tahun.

Itu hanya asbab kematiannya saja, hanya Allah yang menghidupkan dan mematikan makhluknya.

Bukan itu perkara utama yang nak saya bincangkan kali ini. Ceritanya begini. Ibu saudara saya dah lama menanggung sakit kegagalan buah pinggang dan terpaksa menjalani dialisis 3 kali seminggu untuk membersihkan darahnya.

sila ikuti kisah dialisis di sini (sila klik) Trauma Dialisis

Tau tak berapa kos sekali dialisis? Saya diberitahu sekali dialisis lebih kurang RM 300 diperlukan. Seminggu 3 kali. Ini bermakna kosnya 3 X RM300 = RM900. Sebulan?? 3 X RM300 X 4 = RM3,600.

Alaaa....murah je la kan. Setakat RM 3,600 sebulan. Apalah sangat...

Allahuakhbar!!...

Bagi yang mempunyai kekangan kewangan terpaksa ke hospital bantuan kerajaan yang lebih menjimatkan. Tetapi, sepupu saya pernah cerita. Bilamana ibunya iaitu ibu saudara saya mendapat perkhidmatan dialisis di sana, kelengkapannya tidaklah serapi seperti di hospital swasta. Almaklumlah, tentulah tak sama nak dibandingkan hospital berbayar ribuan kan.

Perasan tak, berapa orang yang sedar wang tidak ternilai dengan kesihatan yang Allah berikan.

Kalau tak perasan lagi. Saya masih fikirkan berapa kos sehari semalam untuk seseorang pesakit ditahan wad di hospital swasta?

Bagi yang mempunyai kemampuan sudah tentunya inginkan keselesaan, sudah tentu hospital swasta menjadi pilihan.

Baru-baru ini saya bertanyakan kos rawatan ibu saudara saya selama lebih kurang seminggu itu menelan belanja hingga RM16 K lebih kurang.

Wow! boleh buat downpayment pembelian rumah kos sederhana gitu!!

Berapa juta wang yang kita ada pun tidak boleh digantikan dengan Nikmat kesihatan. Alhamdulillah....


Kos perubatan yang semakin meningkat

Alhamdulillah saya tidak pernah di tahan wad kerana sakit melainkan disebabkan bersalin.

Saya hanya pernah ditahan wad kerana nak bersalin. Sepanjang pengalaman saya bersalin di hospital swasta, kononnya nak pilih doktor perempuan dan doktor muslim seperti yang dituntut syariah. 

Semasa anak pertama tak silap saya kos untuk bersalin normal dalam RM 1,300, tetapi setelah 10 tahun berlalu kos semakin meningkat. Baru-baru ini saya melahirkan anak yang ke 5, kos bersalin normal saya meningkat ke RM 2,200 lebih kurang. Lebih RM1,000 kot peningkatannya. Banyakkan??

Itu baru kos bersalin. Bagaimana kos perubatan lain?


Bila saya renung anggaran kos ini, saya sangat bersyukur....bersyukur sangat. Ya Allah! Nikmat kesihatan yang Allah masih kurniakan kepada saya sekeluarga. Kalau Allah nak tarik bila-bila masa saja boleh ditarik.

Suppliment Mahal??

Atas kesedaran itulah saya sering berkongsikan dengan rakan-rakan saya bagaimana usaha saya menjaga kesihatan.

Contoh, pagi tadi kawan dalam group wassap saya mengadu sakit kepala yang amat sangat pasal Migrain, dan minta nasihat ubat apa yang boleh menghilangkan sakit kepala migrain tu.

Atas pengalaman saya selama setahun lebih dengan Shaklee dan ramai kawan-kawan saya yang migrain telah pulih dari penderitaan migrain itu saya suggest kawan saya ambil #set migrain. 

Jawapan yang saya terima


Kita Ada Pilihan

Pilihan di tangan kita, dulu saya seperti anda, ambil suppliment pun tak konsisten dan tak tahu pun sebenarnya cara makan dengan betul. Acuh tak acuh saja.

Sekarang, bila saya dah tahu kelebihan setiap produk suppliment ini dan dengan cara makan yang betul. Alhamdulillah saya dah tak sakit belakang lagi seperti sebelum ini.

Ya Allah, tuhan saja yang tahu seksaan sakit belakang saya. Sila ke klik link ini DERITA SAKIT BELAKANG SAYA.

Tambahan lagi, penderitaan kaki krem saya pun beransur-ansur pulih, malah sekarang no more krem kaki. Even tidur dalam keadaan sejuk sekalipun. Syokkan, almost masalah kesihatan kita telah diselesaikan.

Set Budget Kesihatan

Kalau and perasan, Shaklee ada pelbagai jenis produk untuk kesihatan seisi keluarga tak mengira peringkat usia. Dari anak kecil seusia setahun, dewasa sehinggalah warga emas. Bestkan!

Anak selalu demam ada #set kesihatan anak-anak
Nak anak genius ada #set anak genius 
Nak banyakkan susu ibu ada #set booster susu ibu 
Nak kekal kekal bertenaga semasa hamil dan berpantan ada #set hamil dan berpantang
Untuk warga emas yang sentiasa sakit lutut ada #set sakit lutut

Pendek kata, serba serbi adalah.

Mahal??

Cer tengok harga kat photo di bawah...


Mahal ke? Makan KFC sepinggan Snack Plate pun tak leh dapat harga cenggini kan? Renung-renungkanlah.

Di sini saya share sedikit kelebihan suppliment di atas


Cuba anda bayangkan, dengan spend beberapa sen saja dari poket anda sehari anda boleh dapat banyak khasiat untuk kesihatan tubuh anda. Berbaloi ke baloi!!


Panel Dah Cover Kos Perubatan

Saya maklum anda akan beri alasan, tak keluar duit pun nak beli ubat, Panel dah cover. jimat sikit...

Saya hormati pilihan anda. Pilihan ditangan anda, pilihan ditangan anda. Panel always cover kos perubatan anda dan tidak pernah cover kos suppliment yang anda perlukan.



Kalau saya lah kan, saya fikir macam ni

"Takkan Dah Kena, Baru Nak Terngadah"

Apa yang saya nak share di sini, sama ada anda tahu atau tidak. sebarang ubat-ubatan hospital bila diamalkan dalam jangkamasa yang lama akan menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik.

Sebelum ini saya pernah bincangkan bahaya ubat-ubatan dalam entri yang lepas-lepas.
Sila ke klik

Dan impaknya jauh lebih teruk lagi sekiranya buah pinggang gagal berfungsi, akibatnya, kebarangkalian untuk mendapat penyakit 3 serangkai adalah cerah iaitu jantung, diabetis dan tekanan darah tinggi (penyakit glemer di Malaysia).

Saya doakan rakan-rakan saya tidak tergolong dalam penyakit glemer ini.

Suplemen adalah sebahagian daripada makanan. Dan SUPLEMEN adalah salah satu FAKTOR yang menyumbang kepada KESIHATAN MANUSIA. UBAT-UBATAN pula adalah SUMBER RACUN UTAMA terhadap TUBUH MANUSIA.
Pilihan ditangan anda. Fikirkanlah...sekiranya ubatlah menjadi pilihan anda, anda kena ingat apakah akibatnya kelak. 

"Prevention is better than cure"

Kita ada pilihan sama ada MENCEGAH atau MENGUBATI. Percayalah, bila anda congaklah. Hakikatnya MENCEGAH lebih MURAH dari MENGUBATI.
Important thing, kita kena pandai pilih produk yang HALAL, SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN.

satu lagi yang penting, ianya pasti MAMPU-MILIK!!

Ingat!! kesihatan tiada galang gantinya even dengan emas sekalipun. Bersyukur dengan NIKMAT KESIHATAN yang Allah kurniakan.


Terima kasih kerana membaca.


kredit to mommyshahab


Sekiranya anda suka entri saya kali ini dan boleh beri manfaat kepada orang lain sila klik button LIKE dan SHARE supaya lebih ramai orang yang dapat manfaatnya nanti.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!