Thursday, August 28, 2014

JANGAN AMBIL PANADOL ACTIFAST ATAU SOLUBLE LAGI!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian, saya doakan anda dalam lindungan rahmah Allah swt.

Entri kali ini saya nak berkongsi sedikit hasil dari bacaan beberapa blog berkenaan bahayanya panadol. Bukan nak memburukkan sesebuah pengeluar ubat-ubatan. Tetapi saya sekadar ingin berkongsi kebenaran.


siapa yang masih rasa wajib simpan stok panadol kat rumah macam ni?


Mengapa tidak boleh ambil Panadol Actifast dan Soluble lagi!

Ada suatu kajian dilakukan untuk pengetahuan, ikuti sebuah kisah benar seorang sahabat dari pengalaman beliau sendiri.



Ceritanya begini, "Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pangkalan data untuk pesakitnya.

Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau sebarang Paracetamol.

Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan Herba Cina atau mencari alternatif lain sebagai rawatan kesakitan dialaminya.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik dalam tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun.

Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri semasa sepanjang penerbangan.

Akibatnya, dia kini perlu menjalani rawatan dialisis setiap bulan padahal umurnya baru menjangkau 30-an."

Rawatan alternatif

Doktor itu menasihatkan supaya mengambil rawatan alternatif sekiranya sakit kepala. Katanya, sakit kepala disebabkan ketidakseimbangan elektron / ion di dalam sel otak.

1. Minuman Isotonik

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2 . Mudahkan! secawan isotonik dapat menghilangkan sakit kepala anda tanpa merbahayakan diri anda dek kerana sebutir Panadol.

Dengan cara lain, anda boleh menggantikan air isotonik tersebut dengan minuman PERFORMANCE DRINK yang dicipta dari sumber semulajadi.



2. Nutriferon



untuk makluman anda, pengalaman saya selama hampir 40 tahun hidup di dunia ini asyik disogokkan dengan paracetamol bila sakit.

Sejak saya sedar bahayanya paracetamol dalam badan kita, saya mencari inisiatif dengan sentiasa bersama Nutriferon di kala sakit pening atau demam sekalipun. Mengapa saya pilih Nutriferon kerana Nutriferon menggalakkan menghasilan interferon semulajadi dalam badan kita yang menjadi seperti 'alarm' (jam penggera) kepada sistem antibodi semulajadi badan kita.

Ianya bukan saja melegakan sakit malah merawat penyakit yang kita alami ini sehingga ke sel-sel tubuh.

Walau apapun, harus kita berdoa kepada Allah supaya dilindungi dari sebarang jangkitan penyakit dan dipercepatkan sembuhnya sekiranya diserang penyakit tersebut.

Hanya Allah yang menyembuhkan penyakit yang datang. Kita hanya berusaha.

Testimoni









Sekian serba sedikit perkongsian saya kali ini. Semoga anda dapat manfaatnya.

Sekiranya anda suka entri ini sila LIKE dan SHARE

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Wednesday, August 20, 2014

7 TIPS DAN PANDUAN BERKESAN KEKALKAN SUSU IBU

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar rakan-rakan sekalian?
Hari ini dah masuk 23 Syawal 1435H. Tinggal 7 hari saja lagi bulan Syawal. Sudahkah anda berpuasa 6?

-------------------------------------------
Pagi tadi semasa dalam perjalanan menghantar anak saya ke sekolah:

Eizz : "Ibu hebatlah! Ibu puasa tapi tak nampak letih pun."

Ibu : "Alhamdulillah abang long, doakan ibu sentiasa cergas dan sihat untuk jaga anak-anak ibu ni yer!"
         "Sebab itu ibu kena makan vitamin untuk sihat dan cergas selalu" ( sambung ibu)

-------------------------------------------


Puasa 6 sunnah je pun, tapi ganjarannya sangat banyak.



Bila namanya pahala sunnah ni biasanya kita tidak titik beratkan. Tapi sekiranya kita faham dan tahu fadhilatnya kita tak akan ketinggalan merebut peluang yang hanya setahun sekali ini.

Alhamdulillah, saya dalam usaha untuk menghabiskan sehari saja lagi puasa 6 pada tahun ini. Doakan saya supaya saya dapat tamatkan ibadah yang sangat dituntut ini dengan penuh keberkatan.

Dalam keadaan saya masih menyusukan anak kecil saya yang sekarang tak akan jadikan alasan saya tidak boleh berpuasa.

Malah, alhamdulillah berkat puasa, pengeluaran susu EBM saya semakin banyak nak dibandingkan sekiranya saya tidak berpuasa. Berkat orang kata.

Untuk puasa 6 ini tidak menjadi masalah kepada saya bimbang sekiranya susu merudum kerana saya telah mempraktikkan sejak sebulan berpuasa Ramadhan yang lalu.

Untuk pengetahuan anda, tahun 2014 ini saya berjaya berpuasa penuh tanpa cuti-cuti berkat saya menyusukan bayi saya sepenuhnya.

Sekarang Awina dah masuk 1 tahun 1 bulan, alhamdulillah masih menyusu badan dan tidak pernah minum susu formula lagi. Syukur nikmat Allah tiada tolok bandingnya.


bukan gambar sebenar
ini baru gambar sebenar, saya dan Awinaku

Rutin harian saya sejak melahirkan Awina hingga sekarang telah berbeza. Saya pastikan at least 2 kali saya mengepam untuk EBM.

Tau tak, setiap kali bila saya mengepam at least saya akan dapat lebih dari 10 oz untuk satu sessi. Dan saya menetapkan KPI saya untuk mengepam 10 oz sekurang-kurang satu sessi. Sehari saya pastikan mengepam untuk dua sessi. Bermakna satu hari saya dapat hasil lebih dari 20 oz. Alhamdulillah...just for my lovely Awina.

Kawan-kawan saya dan para ibu kelab ibu menyusu di pejabat saya sering bertanya apa petua boleh susu banyak macam ni? Padahal anak dah lebih setahun.

Alhamdulillah...wahai kawan-kawanku. Ya, Allah syukur sesangat, Allah melebihkan rezeki saya di sini. Saya tak perlu membeli susu-susu formula yang menelan belanja berpuluh ringgit untuk satu tin. Sudah tentu setin susu tu tak cukup untuk sebulan. Dengan susu ibu ini saya jimat dari segi kewangan menyediakan susu ini.

Mereka selalu merungut, bila puasa susu merudum. Susu pun mulai cair.

Sebenarnya, saya tak ada tips atau petua istimewa untuk mengekalkan pengeluaran susu saya sejak beranak 5 terutamanya ketika berpuasa.

Walaubagaimanapun saya akan share sedikit sebanyak apa yang saya amalkan sepanjang saya menyusukan 5 orang anak saya di sini.

7 TIPS DAN PANDUAN BERKESAN KEKALKAN SUSU IBU

1. Minum air secukupnya

Air amat penting ketika anda menyusukan bayi. Sekiranya kekurangan air reproduction susu pun semakin kurang kerana 2/3 daripada kandungan susu tersebut ialah air.

Air juga bagi mengelakkan diri ibu terhedrasi. Bagaimana cara memastikan anda minum secukupnya at least 3 liter dalam sehari boleh ke link ini terutama bila ibu berpuasa. 9 langkah minum 3 liter air bila berpuasa (sila klik).




2. Makan makanan seimbang

Saya selalu diajukan soalan, "akak boleh tak makan ubi ni?" "boleh tak makan pucuk ubi, angin nanti?".

Pada saya, Allah menurunkan sesuatu makanan di muka bumi ini untuk manfaat makhluknya. Ambil yang baik dan tinggalkan yang memudaratkan kepada kita.

Bagi saya, semua makanan saya makan tiada berpantang. Yang penting ianya halal dan bersih serta gizi yang seimbang.




Untuk ibu menyusu perlu banyakkan makan dari sumber protein dan kalsium untuk kembalikan semula apa yang telah dikeluarkan dalam produksi susu tersebut.

Sekiranya para ibu kekurangan 2 sumber utama ini, dikhuatiri anda akan mengalami kesan-kesan sampingan seperti sakit tulang belakang yang pernah saya alami dulu. Sila Klik Kisah Sakit Belakang Saya.

3. Sering memberi bayi menyusu

Perasan tak, orang-orang tua kita selalu menyuruh kita menyulam dengan air masak sekiranya selepas bayi menyusu.

Pada pandangan saya, air tidak diperlukan untuk bayi di bawah umur 6 bulan kerana susu ibu adalah makanan terbaik no. 1 dan paling sempurna nutrisinya untuk bayi.

Kandungan air dan nutrisi-nutrisi yang lainnya dah cukup lengkap dan sempurna nisbahnya untuk keperluan bayi tersebut. Allahuakbar! Allah menjadikan makhluknya mengikut keperluannya. Allah Maha besar menciptakan setiap kejadian itu cukup sempurna.

Kebiasaannya untuk bayi saya di bawah umur 6 bulan, saya tidak akan mencampurkan pemakanan mereka selain dengan susu saya sendiri even air masak sekalipun. Sebab saya percaya susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi saya.

Susukan bayi anda mengikut keperluan mereka "demand basis". Kebiasaannya saya akan notice bayi saya akan gelisah dan sedikit merengek bila dia kelaparan atau kehausan. Jangan berlengah lagi, ketika inilah masa yang tepat untuk memberikan penyusuan badan.


menyusukan sambil berbaring adalah saat paling indah setiap ibu rasai. Saat yang paling menenangkan dan sangat rapat dengan bayi ketika ini

4. Pam susu secara konsisten

Para ibu tidak boleh ngelat (orang johor kata) untuk mengepam. Sekali ngelat, punah lah harapan untuk meneruskan EBM hingga 2 tahun.

Saya memastikan sessi pam susu di pejabat sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Kebiasaannya saya akan pam pada jam 10 pagi sekali sessi dan jam 3 petang satu lagi sessi.

Jangan biarkan susu anda "terbiar lama" dalam payudara. Ini kerana susu mengandungi FIL iaitu Feedback Inhibitor of Lactation ( Faktor Penghalang Penyusuan).

Konsepnya begini, bila payudara penuh susu, FIL akan memperlahankan pengeluaran susu. Manakala bila payudara kosong, FIL berkurang dan meningkatkan produksi pengeluaran susu.

Secara kesimpulannya apabila payudara dikosongkan segera, semakin banyaklah reproduksi susu.

Dengan bahasa mudah, kilang susu seakan memberi signal bahawa susu perlu di produce baru setelah payudara kosong.

pam susu antara peralatan yang wajib di bawa ke pejabat

5. PERCAYA

Di pejabat sekiranya ada kawan-kawan yang baru melahirkan anak dan baru naik kerja selepas cuti berpantang, saya suka bertanyakan mereka tak pam susu ke?

Adakalanya, jawapan mereka menyedihkan saya.

"Susu tak keluarlah kak"

"Setitik-setitik, penat je pam"

"Susahlah nak pam, busy sangat ni"

Saya kasihan sekiranya ada sesetengah ibu yang mengalami masalah seperti ini. Prinsip saya, sekiranya anda berfikiran bahawa menyusukan bayi dan mengepam itu adalah menyusahkan dan menjadi beban, maka itulah yang terjadi. Susu akan semakin merudum akhirnya tamat pengeluaran.

"Allah mengikut sangkaan hambanya"

Sekiranya anda telah percaya anda susah dan tidak boleh menyusukan, itulah yang Allah beri.

Manakala, sekiranya sebaliknya, insha allah Allah akan permudahkan dan beri jalan supaya susu anda sentiasa cukup untuk anak anda.


tetiba pulak gambar Dr Azizan. Baca point penting yang nak disampaikan.
6. Makanan Sunnah dan Suppliment

Bagi yang masih menyusukan, apa yang anda makan jangan di ambil remeh. Anda perlu memastikan nutrisi untuk bayi dan anda sendiri cukup.

Pemakanan dengan gizi seimbang yang saya nyatakan di atas tadi tidak menjamin anda mendapat sepenuhnya khasiat yang terdapat dalam makanan tadi.

Oleh itu, anda perlu top-up dengan nutrisi dengan makanan sunnah contohnya kurma, madu dan habatusaudah. Ternyata makanan sunnah ini tidak menghampakan mereka yang masih menyusukan.

Perkara ini terjadi kepada diri saya sendiri, pengeluaran susu saya memang meriah dan tidak menghampakan. Namun, bila saya mengamalkan pemakanan sunnah di samping suppliment yang saya ambil, pengeluaran susu saya bertambah meriah dan semakin pekat dan berkualiti.

Saya tidak risau kelaparan bila saya puasa saat saya menyusukan kerana ketika bersahur saya ambil kurma, madu di campur dengan ESP. Sila ke link 10 Khasiat Kurma.


minuman wajib sewaktu sarapan pagi, ESP shake mix Madu.

7. Vitamin dan Suppliment

Sejak saya mengamalkan vitamin dan suppliment Shaklee ini, pengeluaran susu saya tidak menghampakan. Sangat meriah. Sehinggakan ada satu ketika saya perlu membeli botol berdozen-dozen untuk penyimpanan susu-susu saya.




Tau tak apa yang saya ambil?


Tadaaa......
Antara Nutrisi lengkap untuk ibu meyusu
Kebaikan mengambil suppliment:

VitaLea
sebagai sumber multivitamin mengandungi 24 sumber mineral.

Vita C
Untuk Booster imunasi para ibu.

B Complex
Sebagai daya tahan kepada stress. Biasalah, ibu yang ingin menyusukan sering mengalami gangguan tekanan. Tekanan susu kurang, tekanan di tempat kerja, tekanan di rumah. Perkara tersebut boleh mengganggu produksi laktasi.

Alfafa
sebagai booster pengeluaran susu (pemangkin susu banyak)

ESP
Sumber utama protein lengkap Non-GMO sebagai booster pengeluaran susu juga (pemangkin memekatkan susu badan).

Omega Guard
mengandungi DHA yang baik untuk perkembangan otak dan minda bayi disamping menyahkan kolestrol jahat si ibu. ( secara tak langsung ibu boleh langsing dan sihat )

Ostematrix
Sumber kalsium dan magnesium yang amat penting untuk ibu dan bayi. ( Kalsium adalah sumber nutrisi utama selain protein bagi bayi )

Apa yang saya kongsikan ini adalah untuk manfaat anda semua.

Sekiranya anda suka dengan entri saya ini sila LIKE dan SHARE.

Terima kasih kerana membaca.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!



Monday, August 18, 2014

BOLA GOLF DAN BOLA PINGPONG

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar rakan-rakan blogger? Saya doakan anda hari ini beroleh kesejahteraan dunia dan akhirat.

Anda sedang buat apa sekarang? eh...sudah tentu sedang membelek blog saya kan. 5 minit sebelum belek blog saya apa yang anda lakukan? 10 minit sebelum tu perkara apa yang anda buat? 20 minit lalu? 30 minit yang lepas? 1 jam ...2 jam yang lepas?

Dalam entri kali ini saya ingin membawa anda ke sebuah kisah seorang ulama' yang pernah saya dengar di sebuah stesen radio berlandaskan islamik.

Kisahnya secara ringkasnya begini ( agak dah lama cerita ini, ingat-ingat lupa pulak ).



 
Suatu petang seorang ulama' atau tuan guru meminta kepada anak didiknya membawakan 10 biji bola golf, 10 bola pingpong, semangkuk kacang parang, semangkuk bijirin gandum dan semangkuk biji sawi ( lebih kurang begitulah permulaan ceritanya ).

Beliau meminta anak didiknya memasukkan kesemua objek yang dibawa tadi ke dalam sebuah bekas kecil sebesar botol 1 liter air mineral.




Lantas anak didiknya memasukkan semangkuk biji sawi dahulu diikuti semangkuk bijirin gandum, dan semangkuk kacang parang ke dalam bekas tadi.

Bila tiba masa anak didiknya hendak memasukkan bola pingpong dan bola golf, ruangan di dalam bekas tersebut tidak boleh dimasuki lagi kerana telah sesak dengan biji sawi, gandum dan kacang parang tadi.

Anak didiknya sangat kecewa dan sangat hampa kerana takut dimarahi oleh tuan gurunya nanti disebabkan tidak berjaya memenuhi arahan tuan gurunya.

Keesokan harinya, anak didiknya membawa hasil tugasannya kepada tuan guru dengan perasaan hampa.

Tuan guru hanya tersenyum bila anak didiknya merungut tidak berjaya memasukkan bola-bola golf dan bola pingpong.

Tuan guru dengan tenang menyatakan, bekas yang kecil itu diibaratkan seperti MASA.


segugus bola golf


Bola golf ibarat amalan wajib dan ibadah khusus yang difardhukan oleh Allah kepada makhluknya. Manakala bola pingpong diibarat amalan sunnah yang sangat-sangat dituntut dilakukan bagi mengisi rompong-rompong kecacatan kepada amalan wajib tadi. Ibadah umum seperti mencari rezeki, belajar, menjaga anak-anak dan melakukan tugasan hal rumahtangga dikira ibadah juga ye.


segugus bola pingpong

Sedangkan bijirin gandum, kacang parang dan biji sawi tadi ibarat perkara-perkara sampingan dan aktiviti yang melekakan yang sering kita lakukan contohnya menonton televisyen sehingga larut malam, berchating dan ber'whatsapp', main game, lepak-lepak kedai kopi (mengeteh orang kata), ber'ASTRO' dan sebagainya.

Sekiranya perkara-perkara yang melekakan itu kita dahulukan. Maka kita akan lupa dengan perkara-perkara wajib yang difardhukan kepada kita contohnya solat lima waktu hendaklah didahulukan awal waktu.

Kemudian amalan fardhu ini dicantikkan lagi dengan amalan sunnah seperti solat-solat sunnah dhuha dan tahajjud. Di tambah lagi dengan amalan zikrullah.

24 JAM TAK CUKUP!

Cuba anda bayangkan, sekiranya anak didik tuan guru tadi memasukkan bola golf dan bola pingpong tadi ke dalam bekas itu dahulu. Sudah pasti bijirin gandum, kacang parang dan biji sawi akan senang dimasukkan ke dalam bekas kecil itu kerana biji-bijian ini akan menerobos memenuhi ruang-ruang rompong di antara bola golf dan bola pingpong tadi.

Jadi tidak ada lagi rungutan bekas ini terlampau kecil untuk memasuki semua objek tersebut. Begitu juga dengan kehidupan kita. Sering kita merungut masa 24 jam yang Allah pinjamkan tidak cukup untuk kita, sedangkan Allah beri masa semua sama kepada semua makhluknya.Tidak terkurang dan tidak terlebih.

Pandai-pandai kitalah dan dengan akal kitalah untuk menguruskan masa 24 jam yang diberikan untuk manfaat hidup di dunia dan ganjarannya di akhirat kelak.

Perasan tak, biasanya masa kita banyak dihabiskan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti berchating untuk perkara-perkara yang melaghokan, berFB dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat, menonton cerita drama korea dan layan hindustan Kuch Kuch Hota Hai. Sedangkan solat kita ditangguh-tangguhkan sehingga drama-drama kegemaran kita selesai. Sedangkan solat adalah perkara yang amat penting yang menjadi tiang kehidupan kita.

" Ditanya Nabi SAW, apakah amalan terbaik, maka jawab nabi: Solat Awal Waktu ( Riwayat Al-Tarmizi dan Abu Daud, Albani : Sohih ) "


Disamping itu, ulama' ada menyatakan dengan menjaga solat, Allah akan mengurniakan lima keistimewaan:
  • Akan mengangkat kesempitan hidup di dunia. maksudnya Allah akan memberikan kelapangan urusannya di dunia.
  • Akan dihindarkan azab kubur.
  • Akan mendapat buku catatan amalnya melalui tangan kanan.
  • Akan melintas Titian Sirat sepantas kilat.
  • Akan memasuki syurga tanpa hisab.
Subhanallah, maha suci Allah memberikan ganjaran yang sangat besar hanya dengan menjaga solat.

Perubahan diri saya sebelum dan selepas
Percayalah, dengan tidak melengah-lengah solat anda akan rasa nikmat masa tersebut amat panjang pada hari itu. Saya dah amalkan, dan saya rasa sendiri. Tak percaya tak apa! Buat je!

Dulu, saya hanya dengar sahaja ustaz dan ustazah yang saya belajar di surau- surau dan masjid sangat menekankan solat awal waktu. Tetapi ketika itu saya tak ambil kisah pun. 

Saya masih dengan dunia saya yang sangat leka seperti orang-orang lain yang suka melewat-lewatkan solat fardhu. Agaknya masa tu ustaz tak bagitau "Tak percaya tak apa! Buat je!"

Bila dah mengadap cerita Kuch Kuch Hota Hai atau Dil To Pagal Hai mulalah solat tersasar ke akhir-akhir waktu. Yang paling parah bila saya sanggup tunggu iklan untuk mengambil wudhu' kemudian boleh sambung balik tonton watak Kajol dan Shah Rukh Khan yang kononnya pasangan secocok itu. Tahan wudhu' sehingga iklan yang seterusnya untuk solat pula. Terukkan saya masa tu. Tu dululah, masa zaman jahiliyah.

Manakala bila di pejabat, selalu sangat saya melengah-lengahkan solat waktu zohor hingga hampir waktu solat asar. Alasannya sebab malas nak ambil wudhu' dan buka tudung banyak kali. Jadilah solat jama' "ZoSar".

Saya lebih rela mendahulukan tugasan-tugasan lain di pejabat dahulu untuk memenuhi kehendak BOS saya sedangkan 'appointment' dengan Allah lebih penting. Allah adalah BOS yang Maha Besar.




Namun zaman jahiliyah saya kini saya tinggalkan setelah saya join group yang banyak memberi kesedaran saya.

Alhamdulillah, Allah telah melorongkan saya kepada yang lebih baik. Syukur yang tak terhingga. Allah membuka hati saya untuk  join Group MFMS yang sangat-sangat memberi kesedaran bukan saja dari segi duniawi malah akhirat juga. 

Banyak sangat, banyak sangat perkara yang dikongsikan dalam Group MFMS ini yang membawa keinsafan kepada saya. Maaf, anda jangan salah faham pula. Group ini bukan group Tarikat atau Group Guru Yahya ye ( hehehehe....zaman saya dulu terkenal dengan Kumpulan Tarikat Guru Yahya yang terpesong dari aqidah ). Jauh sekali kumpulan Ayah Pin.

Master CheckList

Dalam group inilah saya amat ditekankan Master CheckList yang begitu power. Saya kata power kerana ia boleh mengubah individu dari hidup biasa-biasa kepada hidup luar biasa.

Dengan Master CheckList inilah yang mengubah hidup zaman jahiliyah saya kepada yang lebih baik. Solat saya lebih terjaga. Dan serius saya dapat merasai kemanisan dengan menjaga solat awal waktu yang pernah ustaz ustazah beritahu dulu tapi mereka tak cakap "Tak Caya Tak apa! buat je!"

Sekarang saya dah percaya. Saya ingin mengajak anda juga percaya keajaiban yang terjadi bila buat Master CheckList dan Join Group MFMS ini.

2 IN 1

Asalnya saya nak mengubah kewangan saya yang semakin tenat, akhirnya dapat mengubah cara hidup saya ke arah yang lebih baik untuk dapat markah penuh di akhirat nanti. Insha allah...

Kiranya saya beruntung join group ini. Dunia dapat, akhirat pun dapat. Alhamdulillah...2 in 1.

Di sini kami ditekankan untuk mendekat hubungan diri dengan Allah semaksimum yang mungkin dengan mengamalkan Dhuha dan Tahajud serta zikrullah secara konsisten serta amalan-amalan lain yang boleh menjadi MAGNET REZEKI.

Kami percaya bila hubungan dengan Allah semakin rapat, Insha allah Allah akan melancarkan urusan kita di dunia pula.

Nak jadi jutawan senang je ...Allah kan ada.
Nak jadi genius senang je... Allah kan ada.
Nak kereta besar, nak rumah besar, nak isteri besar ( whopsss gurau je)...
Mudah! sangat mudah, kerana Allah sentiasa bersama kita.

"Alang-Alang Jadi Jutawan, Biarlah Jadi Jutawan Bertaqwa"

Saya sangat bertuah berada bersama MFMS Group, "The Most Happening Shaklee Team In Malaysia"
 
Saya doakan anda dapat manfaat dari entri saya kali ini. Entri ini pun sebenarnya untuk peringatan diri saya sendiri. Maaf sekiranya ada kekurangan. Yang baik datang dari Allah dan yang kurang sempurna datang dari diri saya sendiri.

Semoga anda dapat manfaatnya dari kisah Bola Golf dan Bola Ping Pong ini.

Sekiranya anda suka entri ini sila LIKE dan SHARE supaya ramai lagi yang dapat manfaatnya.


-----------------------------------------------------------------


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:
hafizahmahfoz




EBOOK MOTIVASI USAHAWAN PERCUMA!!
DOWNLOAD DI SINI!!




DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! 
Hayati KISAH BENAR pengalaman Maria yang merupakan seorang bekas Engineer.  Dari seorang yang TIDAK MAHU dan TIDAK TAHU BERNIAGA, kemudiannya mula berniaga dari rumah hanya melalui ONLINE.  
Kini Maria Menjadi WORKING-AT-HOME-MOM (WAHM) Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan. FROM ZERO to HEROin.. Semoga bermanfaat..

Friday, August 15, 2014

SINGA,TIKUS,ULAR DAN LEBAH MADU

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar rakan-rakan bloggerku. Banyak jemputan Open House? wahhh! 10 jemputan. Macam mana nak masuk perut semua tu.

Berpada-padalah ye dengan juadah yang dihidangkan. Memenuhi jemputan Open House tu tujuannya untuk mengeratkan silaturahim. Ingat makan jangan keterlaluan. Kesihatan perlu dijaga.

Sambil-sambil makan tu jom singgah sekejap di blog saya ni untuk sedikit perkongsian yang saya harap boleh memberi iktibar dan manfaat anda semua.

Petikan ini saya ambil dari group whatsapp. Terpanggil untuk dikongsikan dengan anda semua.

Suatu malam seorang lelaki bermimpi, didalam mimpinya seekor singa mengejarnya.lelaki itupun berlari sekuat hati ke sepohon pokok besar.tanpa berlengah dia memanjat dan duduk di dahan paling tinggi..dia memandang ke bawah..singa tidak berganjak menantinya di bawah pokok itu..



Kemudian lelaki itu menoleh kesebelah pada pangkal dahan itu ada dua ekor tikus...seekor putih dan seekor hitam.sedang mengelilingi dahan tempatnya duduk dan menggigit dahan tersebut.pasti! Tidak lama lagi dahan itu akan patah dan jatuh.




Dalam keadaan cemas lelaki itu sempat menjeling kebawah,bukan saja ada singa tapi juga seekor ular hitam yang besar sedang mengangakan mulutnya.ular itu benar2 berada di bawah tempatnya duduk...andai kata dahan tempatnya berpaut patah sudah tentu dia akan terus masuk ke dalam mulut ular.



Didalam kegelisahannya ria memandang keatas,mencari kalau-kalau ada dahan yang lebih kukuh untuk dia berpaut.Tiba- tiba dia terpandang dahan diatas kepalanya ada sarang lebah madu yang penuh dengan madunya.Beberapa tetes madu menitis dari sarang itu,lelaki itu tertarik dan teringin untuk merasai madu itu.Dijelirnya lidahnya dan dapatlah dia merasai madu yang menetes dari sarang lebah itu.



Wau,sedap! Hatinya berbunga riang.dia ingin menikmati lebih banyak lagi madu,semakin banyak ditelan semakin sedap hingga dia lupa pada bahaya yang sedang menantinya...

Kemanisan madu menyebabkan dia lupa pada dua ekor tikus yang sedang menggigit dahan tempatnya duduk.pada ular besar yang sedang menanti untuk menelannya dan pada singa yang setia menantinya dibawah.tiba- tiba dahan tempat duduknya patah.pada ketika itu baru dia teringatkan bahaya yang sedang menantinya .lelaki itu terjaga dari tidurnya...

Keesokan harinya dia bertemu dengan seorang alim untuk bertanyakan akan maksud mimpinya.Orang alim itu berkata " singa itu adalah kematian kamu.ia akan sentiasa mengejarmu ke mana saja kamu pergi.Dua tikus hitam dan putih adalah siang dan malam.Hitam adalah malam.Putih adalah siang yang sentiasa silih berganti menarikmu semakin hampir pada kematian.Ular hitam besar yang sedang mengangakan mulutnya adalah kubur kamu.kubur yang sentiasa menantimu sampai tiba saatnya kamu di kebumikan.

Manakala sarang lebah itu adalah dunia dan kemanisan madu yang menitis itu adalah kemewahan dunia.kita tertarik untuk menjamah sedikit kemewahan dunia dan ia amat menyeronokkan.Keseronokan kemewahan dunia menarik kita untuk merasanya lagi dan lagi.Akhirnya kita hanyut didalam kemewahan serta kemanisan dunia.Kita lupa tentang masa yang berputar,kita lupa tentang kematian begitu hampir dan kita lupa tentang kubur yang menanti dan memanggil...

Jadikan cerita ini peringatan dan iktibar untuk kita menjadi yang lebih baik...carilah dunia untuk kesinambungan kehidupan dan kejarlah akhirat untuk bekalan untuk bertemunya ...

Tak salah andai kita ingat mengingati...selepas baca forwardslah agar ia boleh menjadi panduan dan peringatan bersama...


Sekiranya anda suka entri ini sila LIKE dan SHARE untuk memberi manfaat ramai lagi orang.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


---------------------------------------------
EBOOK MOTIVASI USAHAWAN PERCUMA!!


DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! 
Hayati KISAH BENAR pengalaman Maria yang merupakan seorang bekas Engineer.  Dari seorang yang TIDAK MAHU dan TIDAK TAHU BERNIAGA, kemudiannya mula berniaga dari rumah hanya melalui ONLINE.  
Kini Maria Menjadi WORKING-AT-HOME-MOM (WAHM) Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan. FROM ZERO to HEROin.. Semoga bermanfaat..

HARI RAYA 2014 - PART 2

Assalamualaikum wbt.

Bertemu kembali diruangan blog fiezabard ini. Apa Khabar rakan-rakan semua? Saya doakan anda sentiasa sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.

Didoakan juga kesejahteraan kepada keluarga Mangsa MH17 dan MH370 supaya tabah dan bersabar dalam menghadapi ujian dan dugaan besar yang kita tak tahu apa hikmahnya. Allahuakbar.

Seperti dijanjikan, saya ingin menyambung kisah Hari Raya saya yang lalu. Kali ini di kampung kelahiran saya pula Muar Bandar Di Raja, Johor.

Hari Raya Kedua

Saya pulang ke kampung kelahiran saya pada hari raya kedua setelah seharian berhari raya di Kuantan, Pahang rumah ibu bapa mertua.

Agak lewat kami bertolak dari Kuantan sekitar jam 5 petang.

Kami singgah ke Segamat untuk menghantar ibu bapa mertua saya ke kampung halamannya di Kampung Sermin Segamat.

Dah lama tak balik kampung mak mertua saya kata. Kebetulan di kampungnya ada majlis pertunangan anak saudara ibu mertua. Mereka ambil peluang ini untuk berkumpul bersama walaupun orang tua telah tiada.

memulakan perjalanan ke Segamat

Di Rumah Mak Ngah Segamat

Awina pose sikit
Jam 9.30 malam kami meneruskan perjalanan ke Muar untuk berhari raya bersama keluarga saya pula.

Jom nikmati photo-photo kami. Photo yang menceritakan segalanya.

ready berhari raya di rumah makcik-makcik kat Muar

kereta dah penuh, naik kuda laaa...

Awina dan kakak Eizzatul

Awina dan Kak Ngah

Berkumpul di rumah Abang Been di Parit Raja

Semua generasi ada dari kiri makcik Ucu, Mak, Saya, anak saudara Faizah dan yang paling kecil Awina.

Sesekali berkumpul macam-macam nak diceritakan

Dari kiri: Faizah (anak saudara sulongku), Sareah (sepupu) dan Cik Ruliah (mak saudara)

Hero-hero sedang menikmati juadah

kecoh sekali-sekala berjumpa

anak-anak saudara saya dari kiri : Kak Ngah, Kak Long, Kak uda dan si kecil Haziqah

oh!...tambah sorang lagi yang berbaju ungu itu Norazlin (anak saudara saya juga)

Ibu saudara bongsu dan anak saudara yang sulong. Ada serupakah?

Keluarga besar Amah dan Mahfoz. Ini tak turun semua ni. Kalau turun semua maunya tangga tu tak muat tu.

Terima kasih kerana sudi menatap corat-coret hari raya keluarga saya.

Saya doakan Hari Raya anda juga meriah di samping keluarga.

Salam Aidilfitri,

Hafizah Mahfoz