Assalamualaikum wbt,
Apa khabar sahabat-sahabatku sekalian? Saya doakan anda dalam keadaan sihat walafiat. Tak berapa hari saja lagi kita nak menyambut Hari Raya Qurban kan?
Manakala ada juga saudara mara yang telah selamat berada di Tanah Suci. Alhamdulillah, saya doakan mereka mendapat Haji Mabrur.
Hari ini saya bukan nak bercerita tentang Haji, mungkin di entri yang akan datang insya allah. Tetapi kali ini saya ingin berkongsi sebuah kisah seorang ayah. Kisah yang dikongsikan oleh rakan saya yang sangat terkesan dalam diri saya.
~sharing kisah dari Group
Kisahnya begini..........
Sebuah teksi berhenti dibelakang kereta isteri saya yg menghantar saya untuk rawatan. Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana orang tua yg dibawanya tak berupaya berjalan.Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk disebelahnya.
sekadar gambar hiasan |
"Saya tengok Tn Hj selalu dihantar oleh teksi, tak ada anak ka?" Soal saya memula bicara.
"Isteri dah meninggal. Anak dah kerja dan dah kahwin, tinggal berasing. Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak, memberi alasan, atau menghantar dengan masam perasaan. Biarlah saya upah teksi. "
Dia diam sejenak.Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya.
"Sekarang saya sedar, kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya. Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita. " Dia mula mengesat air mata.
"Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pada seorang anak, inikan mula menolak, memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu.
Biarlah, saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mereka. Biarlah mereka merenangi hidup tanpa diganggu.
"Allahuakbar!. Saya pula yg menitis air mata
Kata-katanya benar benar meredupkan hati saya. Bukan tak pernah menolak permintaan ayah, bukan pernah memberi alasan untuk tidak menunai permintaannya, bukan tak pernah bermasam muka dengannya.
Ya.Allah... Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunai tanggungjawabnya, tetapi melakukan lebih lagi dengan mengelak anak anak terjerumus dosa.
Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yg ada demi kesejahteraan anak, yg lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yg tuhan jadikan.
Jauh disudut hati mereka mengharap anak anak tempat bergantung dihari tua. Tetapi bagai dikata oleh orang tua yg saya temui, akhirnya bila zaman berubah, ramai anak yg terlupa, yg teralpa bila sibuk mengejar dunia, ada anak yg hilang pertimbangan antara bapa yg telah tak berupaya serta membebankan dg dunia yg perlu dihambat.
Bapa yg baik akan meneruskan pengorbanannya seperti orang tua yg saya ceritakan, sehingga akhir hayatnya.
Berhentilah memberi alasan kpd ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan utk memenuhi permintaanmu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!!
Oleh itu bertanya khabar lah kiranya orang tua kita masih hidup...dan sedekahkan Alfatihah....kepada ibubapa kita samada yg masih hidup atau telah meninggal dunia.
Wallahua'lam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kisah di atas buatkan saya tersentap. Bagaimana pula saya ? Sejauh mana saya ambil kisah dengan ibu ayah saya di kampung?
Saya duduk berjauhan dengan mak dan ayah saya. Saya di Lembah Klang sedangkan mereka di Muar, Johor. Tak jauh manalah kan. Tapi jarak antara kami membataskan kami untuk bersama sentiasa.
Lantaran itu, saya pastikan setiap hari atau selang 2 hari saya tak akan terlupa untuk bertanyakan khabar Mak dan ayah saya.
Selalunya setiap pagi sebelum sampai di Pejabat saya akan menelefon mak untuk berborak-borak dan bertanyakan kesihatan bapa saya.
Setiap pagi saya pastikan saya memohon kemaafan dengan mak dan meminta mak mendoakan kejayaan saya.
Tidak dilupai, setiap kali lepas solat al-Fatihah saya sedekahkan untuk mereka berdua begitu juga ibu bapa mertua saya.
Saya sangat bersyukur masih ada mak, masih ada bapa. Masih ada ibu mertua dan juga bapa mertua. Sapa lagi yang boleh mendoakan saya selain dari mak dan ayah yang insya allah sangat makbul doanya.
Saya juga seorang ibu. Sekiranya dipanjangkan usia, sudah tentu saya tidak mahu anak saya melupakan saya kelak.
Anda masih ada ibu dan ayah? Hargailah mereka.
Sekiranya entri saya ini dapat memberi manfaat kepada anda sila LIKE dan Share supaya dapat dikongsikan dengan sahabat-sahabat yang lain.
sayang ibu,
Hafizah Mahfoz