Thursday, April 25, 2019

Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Hari Di Bulan Puasa Khas Untuk Kanak-kanak, Dewasa, Warga Emas dan Ibu Menyusukan


Set Berpuasa

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda kekal cergas disamping keluarga tercinta.

Saat Kak Fieza menaip ni, pada 24hb April 2019 bersamaan 18 Syaaban 1440 H. Tinggal 2 minggu je lagi kita nak menemui Bulan Ramadhan Al-Mubaraq 2019.

Didoakan kita semua dikurniakan rezeki umur untuk diketemukan dengan Bulan Ramadhan yang mulia nanti.

Bila tiba bulan puasa, ramai yang tertunggu saat nak melaksanakan rukun Islam yang ketiga ini. Namun begitu ada juga yang risau dengan kesihatan mereka terutama kepada mereka yang menghidap gastrik yang sangat teruk.

Ada pula kes ibu-bapa pening nak melayan anak-anak yang baru pertama kali nak berpuasa. Macam-macam karenah mereka kan?

Kak Fieza dah biasa melayan anak-anak Kak Fieza semasa kecil mereka menjalani ibadah puasa. Ada yang larat puasa setengah hari. Ada yang puasa makan je, minum selamba dia je. Ada juga yang belum bersedia lagi nak berpuasa.

Namun latihan menjalani ibadah puasa perlu dilakukan secara konsisten.

Di sini Kak Fieza kongsikan beberapa tips untuk anda dan seisi keluarga menjalani ibadah puasa dengan selesa kekal cergas bertenaga.


Ramadhan Untuk Anak-Anak Buat Pertama Kali Puasa

(Mealshake + Performance Drink)







Anda parents yang menghadapi anak-anak yang baru pertama kali nak menjalani ibadah puasa ini pasti sukar untuk melayan karenah anak-anak. Kak Fieza dah alami sebelum ni. Apa yang Kak Fieza buat, Kak Fieza akan masakkan mereka menu kegemaran sewaktu sahur dan berbuka puasa.

Sekiranya Kak Fieza tak sempat masak, Kak Fieza akan beli saja makanan kegemaran mereka. Jadi semangat la mereka nak berpuasa untuk hari tu.

Namun begitu Kak Fieza pastikan nutrisi yang mereka ambil setiap hari lengkap. Kak Fieza beri makanan tambahan MEALSHAKE dan PERFORMANCE DRINK setiap hari di Bulan Puasa.

SAHUR

Berikan anak anda permulaan hari berpuasa anak anda dengan
✔ Pemakanan bertenaga tinggi, susu dan telur adalah penggalak tenaga yang hebat.
✔ Segelas MEALSHAKE yang lazat dan kaya dengan zat dan mineral memastikan anak anda kenyang lebih lama.
✔ Minuman yang sihat memastikan mereka terhidrasi sepanjang hari berpuasa tambahan lagi dengan cuaca panas sekarang ni. Disamping tu dapat menahan mereka dari dahaga keterlaluan. Sediakan anak anda dengan PERFORMANCE DRINK yang lazat dengan rasa oren semulajadi yang enak.
✔ Sediakan juga buah-buahan dan sayuran sebagai sumber serat yang penting

IFTAR

Semasa iftar, galakkan anak anda pemakanan yang sihat. Disarankan ambil
✔ Kurma dan air
✔ sup atau stew yang kaya dengan mineral dan garam
✔ Segelas MEALSHAKE untuk memastikan anak anda mudah kenyang dan tidak makan keterlaluan.
✔ Anda juga boleh mencuba PERFORMANCE DRINK sejuk untuk melegakan dahaga sepanjang berpuasa ketika iftar.


TIPS PENTING!

Wajibkan anak-anak bersahur supaya anak sentiasa bertenaga sepanjang berpuasa. Tambahan lagi sahur juga adalah satu sunnah (besar ganjaran pahalanya)

RAMADHAN UNTUK WARGA EMAS DAN DEWASA

(ESP + PERFORMANCE DRINK)



Ikut pengalaman Kak Fieza berpuasa sejak amalkan Nutrisi Shaklee yang sihat ni, Kak Fieza rasa sentiasa bertenaga, jarang rasa lapar dan tidak longlai berbanding sebelum Kak Fieza amalkan Shaklee. Padahal sebelum ni bersahur makan nasi tapi bila jam 10 AM dah terasa lapar.


Tingkatkan Dan Kekalkan Tenaga Anda Dengan ESP

✔ Anda disarankan ambil sekurang-kurangnya 2 SAJIAN PROTEIN SEHARI.
✔ Anda juga disarankan ambil 1 sajian PROTEIN semasa BERBUKA dan 1 sajian PROTEIN semasa BERSAHUR.
✔ Pilih PROTEIN BERKUALITI TINGGI yang MUDAH DISERAP oleh tubuh.
✔ Elakkan sumber PROTEIN yang DISUNTIK atau ANTIBIOTIK.






Kebarangkalian dehidrasi semasa bulan Ramadhan akibat kurangnya minum air sepanjang berpuasa amat tinggi.

Tahukah anda DEHIDRASI memberi kesan kepada pelbagai sistem kesihatan badan kita :

✔ Mempengaruhi prestasi fizikal normal badan
✔ Menyebabkan badan letih dan lesu
✔ Menyebabkan ketidakselesaan dan sembelit
✔ Mengurangkan kadar penyerapan nutrien
✔ Kurangkan keanjalan kulit dan menyebabkan kulit kering kerana 30% dari kulit anda terdiri dari air yang membekalkan daya ketahanan, keanjalan dan seri kepada kulit.

Tips Hidrat Untuk Kekal Aktif Dan Cergas Sepanjang Puasa

✔ Cukupkan pengambilan 8 GELAS AIR MASAK/MINERAL sehari dan semalam sepanjang bulan puasa.

Caranya:
2 Gelas - Iftar
4 Gelas - Malam
2 Gelas - Sahur

✔ Ambil makanan yang tinggi kandungan airnya
✔ Minum PERFORMANCE SHAKLEE dengan rumusan Opti-Lyte Proprietary yang bekalkan:
  • bekalkan elektrolit
  • bekalkan tenaga segera dan berkekalan untuk sentiasa kekal aktif terutamanya untuk menjalani ibadah terawih pada malamnya.
Jemput baca 9 LANGKAH MUDAH MINUM 3 LITER AIR DI BULAN PUASA


RAMADHAN UNTUK PARA IBU MENYUSUKAN



(PERFORMANCE DRINK + MEALSHAKE + CHINCH VANILLA)




Sepanjang pengalaman Kak Fieza, dah 6 kali Kak Fieza menyusukan semasa Bulan Puasa.

Cabaran berpuasa ketika menyusukan sangat tinggi. Alhamdulillah, susu tidak merudum walaupun Kak Fieza berpuasa. Malah, susu EBM Kak Fieza makin bertambah.

Bagaimana Kak Fieza boleh kekal bertenaga semasa menyusukan walaupun berpuasa?

Wajib bersahur. Sahur dengan PROTEIN yang BERKUALITI. Disarankan anda ambil MEALSHAKE, ESP dan CHINCH juga.
✔ Kekalkan minum sekurang-kurangnya 8 GELAS SEHARI AIR SUAM/MINERAL dan 5 GELAS PERFORMANCE DRINK untuk kekalkan terhidrat agar kekal aktif.

Jemput rujuk saranan jadual minum PERFORMANCE DRINK, MEALSHAKE, ESP dan CHINCH seperti dalam poster di atas.

Kepada ibu yang masih menyusu dan ingin mengekalkan penyusuan anda at least sehingga baby 2 tahun, jemput baca link di bawah

7 TIPS DAN PANDUAN BERKESAN KEKALKAN SUSU IBU (KLIK SINI)


TESTIMONI


Di sini Kak Fieza sertakan beberapa testimoni mereka berpuasa walaupun masih menyusukan. Jadi, tiada halangan bagi ibu ingin berpuasa walaupun menyusukan.







Sekiranya anda ingin berpuasa dengan CERGAS dan BERTENAGA jangan segan silu PM saya 019-211 8757 (whatsapp/telegram/sms/call) SILA KLIK. Insya allah Kak Fieza akan berikan hanya yang terbaik untuk anda.

Anda juga boleh dapatkan SET-SET RAMADHAN ANDA dengan HARGA yang ISTIMEWA

PROMO RAMADHAN KAREEM
BELI 2, DISKAUN 10%





Dikesempatan ini, Kak Fieza ingin mengucapkan SALAM RAMADHAN ALMUBARAK dan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA dengan penuh keberkatan.

Sekiranya entri ini boleh memberi manfaat kepada anda dan rakan-rakan anda sila LIKE dan SHARE

Salam sayang,
Hafizah Mahfoz 


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:


pages:


Purplehomeshoppe

Thursday, April 18, 2019

3 Tips Tambah Selera Makan dan Tingkatkan Imunasi Kanak-kanak

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan Allah lindungi anda dunia akhirat.

Baru-baru ni kawan opis Kak Fieza ada tanya.

"Anak saya lepas keluar hospital tak selera makan la Kak, apa patut saya buat?"

Sedihkan, bila anak kita yang sebelum ni berselera makan tetiba menolak sebarang makanan selepas baik dari sakit.

Tambah menyedihkan bila berat badannya semakin menyusut, merungsingkan para ibu.

Di sini Kak Fieza nak share tips mudah tambahkan selera makan anak yang pernah Kak Fieza praktikkan. Insya Allah menjadi.




Nampak tak jelingan manja anak Shaklee. Kuat makan Awina ni.

3 Tips Mudah Tambah Selera Makan Anak

1. Kreatif dalam penyediaan makanan

❤ Masak makanan kegemaran mereka

Anda sebagai ibu perlu peka apa kegemaran anak-anak. Biasa selera mereka akan terbuka sekiranya ibu menyediakan makanan kegemaran mereka.

Seperti anak Kak Fieza gemarkan spagethi dan macaroni cheese. Sesekali masakan ini menjadi menu utama kami sekeluarga.


Lasagna Homemade @Dapurfizah kegemaran anak-anak Kak Fieza (SILA KLIK PHOTO UNTUK RESEPI)

Resepi Lasagna anda boleh KLIK LINK 


Lain anak lain seleranya. Sekiranya anda mampu untuk menyediakan menu kegemaran mereka dalam satu masa apa salahnya.

Sekiranya anda tak berdaya buat la satu menu kegemaran untuk seorang anak dalam satu masa.

Disamping itu para ibu perlu memastikan menu anak-anak mempunyai nutrisi yang seimbang dengan protein, karbohidrat dan serat.

❤ Bento

Para ibu yang rajin juga boleh menyediakan bento untuk anak-anak mereka supaya mereka tertarik untuk makan.


contoh idea bento untuk anak-anak

❤ pelbagaikan menu

Anda juga perlu kreatif untuk mempelbagaikan menu masakan anda. Setiap hari anda boleh cuba menu yang berbeza.

Dari situ anda akan mudah untuk kenalpasti makanan kegemaran mereka.

2. Doa Syifa kepada anak-anak dan ahli keluarga

Tip ini pula Kak Fieza dapat dari mak dan para ustaz dan ustazah.

Setiap kali memasak, anda boleh amalkan

❤ Amalkan basmallah setiap kali nak ambil beras dari tong, setiap kali nak potong ayam, setiap kali nak potong sayur, setiap kali nak campak ramuan ke dalam kuali.

Pendek kata setiap perbuatan dimulai dengan bismillah.

Elok juga baca basmallah ini


Basmallah ini disarankan juga dibaca ketika makan di luar supaya terhindar dari kemudaratan dari makanan.

❤   Selawat ke atas nabi

❤ Disarankan juga baca selawat syifa semasa memasak supaya Allah sentiasa memberi kesihatan dengan setiap makanan yang masuk ke dalam mulut anak-anak dan suami.


Selawat syifa ini juga dikenali sebagai Selawat Tib. Amalan selawat ini Insya Allah anda dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan dunia akhirat.

Selawat Syifa ini juga digalakkan dibaca selepas solat 5 waktu.

3. Beri Suppliment yang terbukti berkesan

Sejak kebelakangan ni, ramai anak-anak kecil yang jatuh sakit. Maklumlah anak-anak kecil ni imunasinya masih lemah.

Teringat zaman anak-anak Kak Fieza kecil dulu. Bergilir-gilir mereka terkena demam, selsema dan batuk.

Sebulan at least sekali mereka perlu ke klinik atau hospital akibat dari kena demam, selsema dan batuk. Hati ibu mana tak runsing bila anak-anak selalu sakit.

Tambahan lagi ada yang pernah ditahan wad akibat jangkitan bronkitis. Bila dah kena tahan wad ibu terpaksa ambil Emergency Leave.

Pelbagai vitamin di pasaran Kak Fieza cuba untuk anak-anak. Farmasi mana yang Kak Fieza tak singgah untuk dapatkan vitamin yang terbaik. Tapi satu vitamin pun tak dapat meningkatkan imunasi anak-anak Kak Fieza.

Hingga satu hari dalam tahun 2015 Kak Fieza decide beri Mealshake dan Omegaguard yang terkandung dalam SET Kanak-kanak Sihat untuk anak-anak. Alhamdulillah sejak itu, dah jarang anak-anak check in hospital. Doktor pun hairan dah lama tak jumpa di klinik untuk dapatkan rawatan.

Alhamdulillah, kesihatan anak-anak bertambah baik asbab Suppliment yang Kak Fieza berikan atas izin Allah.

Apa ada dalam Suppliment Kanak-kanak yang Kak Fieza beri ni? Jemput baca sampai habis.


4 jenis suppliment yang disarankan wajib ambil untuk anak-anak anda

Mealshake



Kenapa pilih Mealshake?

Kak Fieza pilih Mealshake untuk anak-anak Kak Fieza kerana ianya kaya dengan sumber mineral dan multivitamin

1. Mealshake lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral.
2. Mengandungi ASID FOLIK, KALSIUM dan MAGNESIUM untuk bina tulang dan sel-sel semasa membesar.
3. Mengandungi vitamin A,C,E dan ZINK sebagai agen antioksidan yang tinggi.
4. Kaya dengan PROTEIN untuk bina sel-sel yang sihat.
5. Kaya dengan SERAT yang berupaya menyingkirkan lemak jahat dalam usus.
6. Lengkap dengan B Complex dan ZAT BESI untuk membentuk sel darah merah yang sihat.
7. Minuman MULTIVITAMIN yang kaya dengan NUTRISI SIHAT tanpa perasa tiruan, pewarna dan gula.



Awina memang suka sangat minum Mealshake


Mealshake juga berperanan sebagai Instant Breakfast

Setiap pagi, anak-anak Kak Fieza tak sempat nak breakfast. Tapi Kak Fieza risau mereka tak cukup tenaga semasa di sekolah sementara menunggu waktu rehat.

Lagipun anak-anak yang tak breakfast pagi akan menjejaskan prestasi penerimaan pelajaran mereka.

Jadi, untuk mengatasi anak Kak Fieza yang tak breakfast, Kak Fieza siap-siap buatkan Mealshake mix quaker oat atau nestum shake minum dalam kereta.



Ini resepi Mealshake yang paling anak Kak Fieza suka. Aiskrim Oat Mealshake. Boleh cuba ye untuk anak-anak anda.




Ini pula resepi yang penuh dengan nutrisi. Sesuai untuk juadah anak-anak berbuka puasa.


10 sebab mengapa Mealshake jadi pilihan anak-anak

OmegaGuard

Kenapa pilih OmegaGuard untuk anak anda?

1. Omegaguard kaya dengan Omega 3, DHA dan EPA yang baik untuk kesihatan anak-anak.
2. Omegaguard membantu perkembangan otak bayi dan anak-anak.
3. Omegaguard juga berupaya meningkatkan sistem imunasi anak-anak.

Jemput baca info kelebihan Omegaguard. Jemput Klik



Sejak kecil lagi Awina memang suka sangat dengan Omegaguard ni. Omegaguard ni dia buat macam gula-gula je. Kunyah-kunyah sampai leper kapsul tu lepas tu telan selamba je.

Selain MEALSHAKE dan OMEGAGUARD anda boleh juga beri suppliment tambahan anak anda dengan VITALEA Kanak-kanak dan VITA-C CHEWABLE untuk meningkatkan lagi imunasi anak-anak anda.


Testimoni Pengguna

Di sini Kak Fieza share beberapa testimoni yang pernah amalkan SET KANAK-KANAK SIHAT.

1. Selera makan bertambah




 2. Sembelit hilang, selera makan bertambah



3. Sembelit tiada
4. Anak tak sembelit


5. Selera tambah, ekzema hilang



6. Anak dah tak batuk


7. Selsema kering

8. Hilangkan batuk berkahak

 9. Pecahkan Omegaguard dalam susu, demam dan batuk anak reda



Kita hanya ikhtiar. Yang menyembuhkan Allah swt.
Mudahan ikhtiar menyediakan suppliment yang terbukti berkesan untuk anak-anak menjadi asbab mereka sihat dan ceria.

Berbalik kepada soalan kawan Kak Fieza tadi yang mana anaknya tak selera makan. Anaknya baru berusia 5 tahun. Dalam usia begini mereka sangat memerlukan gizi yang seimbang.

Kebetulan Bulan 15-30 April ni ada MEALSHAKE PROMO. Memang tepat pada masanya grab cepat-cepat

MEALSHAKE PROMO 15-30 APRIL 2019

BUY 2 GET 10% DISCOUNT



Saya doakan anak sahabat saya bertambah sihat dan cergas hendaknya selepas amalkan SET KANAK-KANAK yang saya syorkan.

Bagaimana dengan anak anda?

Sekiranya anda mengalami masalah yang sama dengan sahabat saya ni jangan segan silu PM saya 019-211 8757 (whatsapp/telegram/sms/call) SILA KLIK. Insya allah saya akan berikan hanya yang terbaik untuk anak anda.

Sekiranya entri ini boleh memberi manfaat kepada anda dan rakan-rakan anda sila LIKE dan SHARE

Salam sayang,
Hafizah Mahfoz 


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:


pages:

Purplehomeshoppe

Friday, April 12, 2019

Xplorasi 2H1M di Bukit Fraser Rekreasi Keluarga Yang Tak Dapat Dilupakan (29-30 March 2019)

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar pembaca setia fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan dunia akhirat.

Entri kali ini Kak Fieza nak share pengalaman eksplorasi 2 hari 1 malam kami sekeluarga di Bukit Fraser yang menyeronokkan.


Actually, cuti sekolah yang lalu tak ada plan nak bercuti kemana-mana pun memandangkan Eizzatul dan Abang Long Eizz bakal menghadapi exam UPSR, PSRA dan PT3 tahun ni. Sepanjang cuti dipenuhi dengan kelas tambahan yang diadakan di sekolah mereka.

Hari Jumaat saja masa senggang yang kami ada sepanjang cuti tu. Jadi, dah hujung-hujung cuti sekolah tu kami plan ke Bukit Fraser konon nak lari dari cuaca panas di Lembah Klang. Fraser Hill kan sejuk.





Day 1


Rawang Bypass (Highway Tertinggi di Malaysia)




Perjalanan kami dimulai dengan awal Bismillah dari Seri Kembangan melalui jalan Kuala Kubu Baru untuk ke Bukit Fraser. Sebelum sampai ke Kuala Kubu Baru kami melalui Highway Rawang iaitu Highway yang tertinggi di Malaysia.


Highway Rawang Bypass ni dinobatkan sebagai lebuhraya yang tertinggi di Malaysia memandangkan ketinggiannya 60 meter dari aras tanah. Binaannya sangat unik dan tidak lurus bagi meminimakan impak kerosakan ekosistem di Taman Warisan Negeri Selangor.

Bila kereta kami menyusuri Rawang Bypass sepanjang lebih kurang 2 - 3 km panjangnya seolah-olah Kak Fieza melalui atas pokok-pokok hutan yang terpelihara di sini dan ada juga pokok-pokok hutan yang tinggi separas laluan kami. 

Binaan Rawang Bypass ni sangat memelihara ekosistem hutan simpan berhampiran.


Empangan Kuala Kubu Baru

Perjalanan kami diteruskan hingga ke Empangan Kuala Kubu Baru.



Anak bujang je yang turun ambik gambar. Cantik jugak view kat sini. Empangannya dikelilingi gunung-ganang. Empangan Kuala Kubu Baru ini dibina bagi menampung bekalan air di sekitar Hulu Selangor.

Sebelum tu Kak Fieza sempat singgah di Pasar Kuala Kubu Baru. Belilah roti dan kek untuk bekalan di atas Bukit Fraser nanti.

Sempadan Negeri Pahang


Perjalanan kami diteruskan hingga di kaki Bukit Fraser iaitu Sempadan Negeri Pahang.




Sapa yang pernah belajar sejarah confirm familiar dengan nama Sir Henry Gurney kan?

Sir Henry Gurney telah dibunuh oleh komunis di jalan Kuala Kubu Baru nak ke Fraser Hill semasa dalam perjalanan menghadiri mesyuarat di Fraser Hill.



Rumah English kat gambar tu dipercayai rumah penginapan pembesar British suatu ketika dulu. Rumah ini anda akan jumpa sebelum masuk ke pintu gerbang Fraser Hill melalui Jalan Kuala Kubu Baru betul-betul di Sempadan Negeri Selangor dan Pahang.



Ada jambatan gantung jugak berhampiran rumah tersebut.




Photo ni menunjukkan jalan masuk ke Fraser Hill. Bermulanya jalan berliku-liku macam ular.




8 km lagi tau nak sampai ke Pusat Bandar Fraser Hill




Bermulanya cabaran berliku. Masa ni sapa nak uji skill pemanduan anda silalah berkunjung ke Fraser Hill.


Kami dah sampai. Lebih kurang jam 11.30 AM kami sampai di atas Fraser Hill. Memandangkan hari ini hari jumaat. Kami ada masa 1 jam 1/2 untuk jejalan di sini sementara menunggu waktu solat jumaat di masjid di sini.



Photo yang wajib diambil di menara jam. Betul-betul di tengah-tengah bandar Fraser Hill.

Di belakang tu Puncak Inn salah satu hotel di sini. Waktu ni kami jalan-jalan dulu. Tak booking hotel pun. Tengoklah hotel mana yang jadi pilihan.


Cantikkan lanskap ni. Photo ihsan dari cik somi En. Bard


Bergambar dengan Awina dan Affan kat menara jam Fraser Hill (mercu tanda Fraser Hill)



Macam ala-ala kat Amsterdam lak kita kan Affan


Di Padang Golf Fraser Hill yang indah bersama anak bujang Eizz Fitri



Awina bukan main seronok lagi bila dapat jalan-jalan tempat sejuk


6 orang anak Kak Fieza. Happy sangat diorang.



Bonding time with Awina and 5 other kids




Salah satu English House style di sini. Rumah ni berhampiran dengan Puncak Inn Hotel.




Sebelum aktiviti diteruskan kami singgah dulu solat Jumaat di Masjid Sultan Mahmud di atas Bukit Fraser ni.


Sementara menunggu ayah dan anak-anak bujang selesai solat jumaat Kak Fieza cuci mata di rimbunan bunga-bungaan orkid yang segar bugar kat sini. Kalau Mak Mertua Kak Fieza nampak ni confirm geram nak beli sebab mak mertua penggemar orkid.



Affan pun dah macam rimbunan bunga tu. Comel je. Sejuk ke Affan?



Berhadapan masjid ada juga tempat penginapan The Cottage.




Last bergambar lagi sebelum kaum adam selesai solat. Lepas tu kami nak solat jama' qasar pulak di masjid yang sama.

Paddock Fraser Hill

Archery and Horse Riding Time

Seusai solat kami terus menuju ke The Paddock Fraser's Hill. Di sini terdapat aktiviti memanah dan menunggang kuda. Seronoklah anak-anak Kak Fieza, 2 aktiviti tu memang kegemaran mereka.




Awina posing



Menuju ke tapak Archery




Oh ya, di sini ada juga bermain sumpit. Tapi kami hanya mencuba memanah dan menunggang kuda. Bayaran untuk setiap permainan amat berpatutan.



Untuk memanah hanya dikenakan bayaran RM10 untuk 10 anak panah. Manakala menunggang kuda untuk dewasa RM8 dan kanak-kanak RM6. Sekiranya menunggang bersama dewasa dan kanak-kanak dikenakan RM10. Berbaloikan.



10 anak panah Kak Fieza shoot. Lepas tu sakit-sakit tangan dan bahu Kak Fieza.



Kakak Eizzatul pun tak lepaskan peluang memanah. Ada gaya gitu.


Abang Long Eizz dengan gaya super warrior





Who is the champion, Along, Kakak atau Cici



Entah apa yang dibuat Abang Long tu


Ok kita gerak ke kandang kuda pulak ye



Cantik kan view kat sini. Dikelilingi pokok pine yang indah. Rasa aman je. Di hujung sana tu kandang kuda.

Horse Ride at Paddock Fraser Hill



Segar je hirup udara kat sini walaupun dekat dengan kandang kuda. Awina kata kuda tu 'berak'. opsss!!


Faris suka sangat dapat tunggang kuda poney


Awina kena naik dengan ibu. Bahaya kalau tunggang kuda sorang-sorang. Kecik sangat Awina.



Fitri (Cici) pun tak lepaskan peluang tunggang kuda.




Kakak tunggang kuda poney jugak macam Faris

Batu Belah Batu Bertangkup


Batu belah batu bertangkup,
Makanlah aku telanlah aku,
Aku kempunan telur tembakul.

Aduhaiii nak, kalau ibu kempunan pun tak sanggup ibu kena telan dengan batu belah batu bertangkup nih ehhh..

Kebetulan diorang nampak batu ni sebijik macam batu belah batu bertangkup dalam citer Upin Ipin Keris Siamang Tunggal. Terpengaruhlah tu. Diorang ni tak pernah tengok lagi citer batu belah batu bertangkup yang sebenar gamaknya. Citer air mata antara ibu yang merajuk dengan anaknya Pekan yang makan kesemua telur tembakul yang sangat diinginkan.


Cici beriya nak suruh Batu Belah Batu Bertangkup telan kepala dia


Faris relaks je dok sebelah batu belah batu bertangkup


Sementara ibu dan adik-adik tunggang kuda, ayah dan abang Long jaga baby yang behave je tidur kat stroller. Ayah biasalah sibuk dengan customernya.



Inilah gaya bila kaum adam jaga baby.



Giliran Abang Long pulak tunggang kuda.




Cantik sangat tempat ni. Kak Fieza tak lepaskan peluang mengabadikan memori indah ini.

Allan's Water

Eksplorasi kami diteruskan ke Allan's Water pula. Apa yang menariknya di Allan's Water ni?



Jom ikut kami.

Terdapat 3 aktiviti yang menyeronokkan di Allan's Water.


Flying Fox
Water Boat
Fish Feeding


Allan's Water ni asalnya sebuah empangan yang dibina untuk bekalkan sumber air bersih kepada persekitaran Fraser Hill.


Memandangkan demand air semakin tinggi empangan lain pula dibina berhampiran. Jadi dari terbiar begitu sahaja, empangan ini dijadikan sebagai tempat rekreasi.


Allan diambil dr nama pembantu engineer yang bertanggungjawab survey kawasan ini. Namanya J.H Allan.


Yang pasti aktiviti di sini memang menyeronokkan. Bayarannya pun tidak terlalu mahal untuk kami sekeluarga beriadah.

Feeding Fish

Di sini pengunjung boleh beli makanan ikan serendah RM2 sebungkus untuk diberikan kepada ikan-ikan di sini.

Kak Fieza ni buta nama ikan. Tapi cik suami kata ikan kelah yang berenang-renang di situ. Berebut-rebut ikan-ikan ni makan bila dicampakkan makanan. Macam kebuluran nampak gayanya.




Abang Long Eizz, Cici dan Kakak Eizzatul leka tengok ikan berebut makanan


Macam tak cukup air ikan ni berebut makanan. Kalau julur jari mahu putus ikan-ikan ni ngap. Rupa pun dah macam piranha.

Flying Fox

Aktiviti seterusnya, anak-anak Kak Fieza memilih nak mencuba Flying Fox pula. Hanya Abang Long Eizz dan Fitri saja nak mencuba. Faris teringin nak cuba tapi dia masih kecil lagi, tak disarankan demi keselamatan.

Fyling Fox ini dikenakan bayaran RM20/head sekali fly. Boat disediakan FREE.


2 orang bujang ni saja yang mencuba Flying Fox.



Dah siap pakai jaket dan topi keselamatan, mereka di bawa ke hujung sana tasik.

Nun di sana, tempat bermulanya Flying Fox



Speed boat akan membawa mereka ke hujung tasik sebelah sana.



Mereka perlu menaiki plantar menara dulu seorang demi seorang sebelum Flying Fox dilancarkan.




Abang Long dah terbang



Giliran Cici pula terbang. Menjerit anak bujang ni dapat terbang.

Water Boat

Dah penat terbang kat Flying Fox kami ber'water boat' pula. Kali ini Kakak Eizzatul dan Faris boleh turut serta.

Kepada yang teringin nak kayuh Water Boat ni ada syaratnya. Wajib ada orang dewasa sekiranya kanak-kanak yang nak join juga sebagai langkah keselamatan.

Jadinya ayahnya berpasangan dengan Kakak Eizzatul. Abang Long berpasangan dengan Faris.

Sebuah boat dikenakan bayaran RM8. Satu boat boleh muat hanya 2 penumpang.



Abang Long berpasangan dengan Faris.


Restoren Makcik Zah di Restoren Puncak

Tenaga dah habis dah ni. Jam dah menunjukkan pukul 5.00 petang. Perut pun dah berbunyi memandangkan kami tak lunch pun tengah hari tadi. Kami hanya makan bekalan roti dan jajan yang dibawa saja.

Kami pun gerak ke foodcourt berhampiran.

Memandangkan Kak Fieza kelaparan. Kak Fieza cari nasi je. Alhamdulillah masih ada nasi di Restoren Puncak. Berlaukkan sup tulang kaw...perghhh melelehhh..






Bergambar bersama owner Restoren Puncak ni iaitu Makcik Zah dan anaknya Along (panggilan manja anaknya)

Tak Booking Penginapan


Actually kami sekeluarga ke fraser hill ni gamble je. Tak booking pun mana² hotel. redah je. Bukan jauh sangat pun nak ke sini. Dalam 2 jam 40 minit je dari Seri Kembangan.

Sampai sini pun kami jejalan dulu tak terus check in hotel. Dalam hati, ada rezeki anak adalah nanti tempat penginapan. Kalau tak de hotel kita turun je la balik KL lepas puas jalan.

Nak jadikan cerita petang baru kitorang lunch kat restoran Makcik Zah nama pemilik restoren. Sembang² makcik Zah asal segamat. Orang kampung rupanya.

Makcik tanya, "duduk mana malam ni".

"Tak booking mana² hotel lagi acik. Tengoklah kot ada rezeki mana yg ada kosong".

Rezeki tak salah alamat.

Makcik offer.

"Kalau sudi dok homestay acik. Murah je ada 3 bilik".

Ye ke? Alhamdulillah...
Bila Allah nak kurniakan rezeki kat makhlukNya tak kira dimana dan bagaimana.


Homestay Makcik Zah

Duduk kat homestay makcik zah ni terlebih selesa. untuk anak Kak Fieza yang ramai nih.

Bayangkan apartment 3 bilik tidur untuk kami sekeluarga seramai 8 orang. Lebih dari selesa. Harganya pun murah banding hotel.

Kalau booking hotel tak dpt cenggini nih.

Syukur sangat Allah permudahkan.

Suasana sini pun nyaman. lantai rumah ni sejuk sangat. Tak payah ada kipas angin atau aircond dah memang sejuk sangat suasananya.



Air pili dia dah macam ais....sejuk gileeee


Syukur ada pili air panas. Mandi air panas le gamaknya. Tapi Awina mandi air pili biasa je. Tahan sejuk dia.



Bilik tidur utama. Katil king dan sebuah wardrobe disediakan



Bilik belakang sebelah dapur. Tak de sapa nak tidur bilik ni. Kakak Eizzatul takut katanya. Dia lebih rela tidur atas sofa kat ruang tamu. Suka hati kakak la.



Ruangan dapurnya pun selesa. Ada sinki, ada pemanas air, dapur masak pun ada.



Ruang tamunya juga selesa. Ada meja makan dan sofa serta tv. Sesuailah sangat untuk kami sekeluarga merehatkan diri.

Kepada anda yang ingin menginap di Homestay Makcik Zah ni boleh klik link di bawah.

HOMESTAY PUNCAK MAKCIK ZAH

Aktiviti Malam di Fraser Hill

Lepas check in homestay Makcik Zah kami bersiap pula nak keluar semula menikmati suasana malam di Fraser Hill.




Siang tadi kami dah bergambar sakan di Menara Jam Fraser Hill. Kali ni kita bergambar pula di sini waktu malam hari. Sejuk jugak di sini.



Sesekali bila kabus tebal lalu terasa dinginnya yang teramat sangat.



Bujang dua orang ni dah pandai ambik posing cantik.



Nice view, kat hujung sana kabus sedang berlalu.






Sementara tu Awina bukan main seronok lagi dapat bermain bola dan kereta kecil di Astaka. Lupa pula nama tempat ni.


Macam-macam gaya Awina pos



Ini pos Awina di Menara Jam


Kak Fieza pun nak bergaya macam Awina jugak


Di antara kami berdua terselit pulak permata hati pertama kami di tengah-tengah. cheeewaaaahh..



Affan jadi mat bunga lak kali nih


Yang menariknya di sini ada tempat lepak-lepak. Sementara anak-anak bermain. Ahli keluarga lain boleh lepak di Astaka ni. Sambil tu kami menikmati burger di sini. Padahal petang tadi baru je makan nasi. Sejuk punya pasal. Lapar saja.
Masa gambar ini diambil Kakak Eizzatul sedang menunggu burger siap.


 Bunga-bungaan di sini juga segar dan cantik-cantik. Tenang rasa bila dapat menikmati keindahan alam ciptaan Illahi. Mereka (pokok-pokok) ni berzikir sentiasa. Sebab tu kita rasa tenang dikelilingi pokok-pokok dan bunga-bungaan.


Ostematrix di Fraser Hill (Sakit Belakang kurang)




Siang tadi kat paddock Fraser Hill kak fieza try 10 anak panah shoot memanah.

Aduhhh...sekali nak tido punyalah sakit badan, sakit belakang, tangan semua sakit bagai. Terasa diri dah tua sangat.

Alhamdulillah Kak fieza bawak suppliment Ostematrix ni. Oste ni memang tiap² malam Kak Fieza tak miss.

Ke mana-mana balik kg, travel ke, kat rumah Kak fieza mesti ada.

Syukur pagi esoknya bangun tidur, sakit belakang malam tadi terus hilang. Sikit pun tak rasa sakit lagi atas izin Allah.

Barulah seronok nak jejalan lagi. Kalau sakit² mana seronok jalan kan.

Ostematrix ni memang wajib di bawa sewaktu travel. Wajib juga kepada jemaah yang nak menunaikan Haji dan Umrah. Sesuai sangat untuk lenguh-lenguh kaki, sakit-sakit lutut dan sakit kaki gara-gara berjalan-jalan banyak semasa travel.

Ostematrix juga buatkan anda tidur lena walaupun berada tempat orang. Esok bangun tidur dalam keadaan segar bugar untuk teruskan jejalan anda.

Day 2


Pagi di Fraser Hill  kami bangun jam 6.00 pagi solat berjemaah sekali. Syukur ruang tamu Homestay ni agak luas untuk kami sekeluarga. Adalah ruangan untuk berjemaah sekali.

Sesudah subuh cik somi dan anak-anak bujang terus bergegas ke tempat yang lebih tinggi lagi untuk menikmati sunrise di sana.

Kak Fieza hanya menikmati sunrise di homestay ni je.



Subhanallah, tabarakallah...besarnya ciptaanMu. Aurora yang sangat cantik muncul sebelum matahari terbit.




View yang indah sebelum matahari terbit sekitar jam 6.47 pagi. Subhanallah.



satu lagi pemandangan indah dari puncak Bukit Fraser


Matahari dah nak terbit


Menjejaki SMOKE HOUSE


Selepas checkout homestay kami melalui SMOKE HOUSE tempat penginapan yang terkenal di Fraser Hill nih. Hajat nak menginap di sini, Maybe next time.


 Decoration landskap indoor and outdoor di SMOKE HOUSE ni yang ala-ala english style sangat menarik dan sedap mata memandang.


Awina macam anak eskimo lah pakai baju cenggitu


Pagi tu kami sekeluarga bersarapan di Restoren Puncak pemilik homestay Makcik Zah. Kak Fieza memilih roti arab cicah kari ayam kaw kaw...memang the best



Antara menu yang menarik terdapat di restoren ni ialah ubi kayu rebus kelapa, lempeng kelapa, nasi lemak special, mee bandong.

Menu di sini kebanyakkannya berasal dari Johor sebab pemiliknya orang Segamat, Johor. Memang selera Kak Fieza la sebab Kak Fieza kelahiran Johor, suami pula ibunya orang Segamat Johor. Elok sangat lah tu.


Cantik decoration di restoren ini. Di dinding restoren penuh dengan gambar-gambar sejarah Fraser Hill pada zaman Colonial Inggeris suatu ketika dulu. Peminat sejarah pemilik restoren Puncak ni.



Outdoor aktiviti

Di sebelah foodcourt ni ada playground untuk aktiviti outdoor anak-anak.

Mereka boleh berscooter, main scooter kecil (Awina la tu), mini golf dan playground.

Layankan je.


Berskirt pun kakak boleh berscooter


Ada gayalah Cici bergolf



 Ada 3 wajah berbeza. Ayah dengan muka joke nya. Kak Fieza biasalah dengan muka sengeh. Affan macam nak sengeh ada. Macam muka serius ada. Layankan je la.



3 beradik ni nak berentap mini golf



Bila main mini golf ni teringat cerita Mr Bean. Hahahahaha



Awina pulak puas main scooter kecik ni



Strawbery Park at Aida Daniya

Lepas dah puas bermain, kami menuju ke Strawbery Park pulak. Santai-santai sambil makan strawbery coklat berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa. Nyamannnn sangat.



Nampak tak coklat meleleh di sekeliling strawbery tu. Nyummy..


Ada juga dijual aiskrim malaysia perisa strawbery. Sedappp..


Bila coklat menyeliputi strawbery...perghhhh...nyummyy..


Fresh strawbery kat sini. Boleh juga dibawa pulang kudapan untuk keluarga. Kak Fieza makan kat situ je. Tak bawak balik pun.

Fefeling romantik gitu


Bila lagi kan.


Macam-macam gaya anak-anak Kak Fieza nih.


Bungalow Rumah Selangor


Sebelum turun ke KL kami berlegar-legar dulu di sini. Sempatlah kami tinjau-tinjau survey untuk big family day akan datang.


Ada 9 bilik tidur, sebuah dapur yang besar, tempat BBQ, ruang tamu yang luas. bilik air tak ingat berapa bijik. Sewanya untuk satu malam RM1459 (weekend) dan RM1359 (weekdays) untuk sebuah banglow besar tu. Rumah ala-ala English ( lihat photo).


Besar bungalow ni


Ambik kesempatan bergambar di ruangan tamu ala-ala englishnya


Konon sedang berdiang di bara api


Cik abang pun tak lepaskan peluang bergambar di sini


Di hadapan bungalow terdapat tempat rehat keluarga ala-ala english. Dok bayang bersantai petang-petang sambil minum teh di sini.


Ini ruangan dapur yang besar di Bungalow ini

Bungalow Rumah Johor 

ada 4 bilik tidur, 3 bilik air, dapur kering je ada(kecil), tiada tempat BBQ, dekat je dengan bandar Fraser Hill (menara jam), tengah renovate sekarang. By hari raya maybe siap. Rate kena call owner dulu.



Boleh la plan untuk Family Day Amahfoz di sini next time.


Air terjun Jeriau yang terdapat di Fraser Hill. Photo ini diambil oleh Cici. Cici dan ayahnya yang survey air terjun Jeriau.


Tibalah masanya kami turun ke KL semula. Selamat tinggal Fraser Hill until we meet again.

Perjalanan balik kami melalui Jalan Fraser Hill - Raub dan melalui Highway Karak.

Alhamdulillah selesai misi jejalan gamble kami sekeluarga. Boleh dijadikan destinasi budget percutian anda juga. Untuk makluman anda, kami tidak memerlukan budget yang banyak untuk bercuti eksplorasi di Fraser Hill ni. Budget kami hanya sekitar RM500 +- untuk sekeluarga termasuk penginapan dan budget aktiviti mereka.

Kepada anda yang suka bercuti-cuti berkonsepkan eksplorasi dan menikmati keindahan alam, Fraser Hill adalah tempat yang terbaik.

Konsep sebegini adalah konsep percutian yang Kak Fieza gemari. Bila kita lihat keindahan alam ni. Kita akan ingat kepada Allah. Ingat kebesaran Allah. Ingat nikmat Allah yang tidak terhingga.

Terbitlah rasa kesyukuran terhadap Allah yang Maha Agung, Yang Maha Esa, Yang Maha Besar mencipta setiap makhlukNya dengan keunikan tersendiri.

Kepada anda yang ingin bercuti-cuti boleh hubungi En. Badrul Hisham di 019-2118757

atau klik saja link di bawah


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:


pages:

Purplehomeshoppe