Friday, January 24, 2014

KALOGEN SEMULAJADI

Sekarang ni famous kalau orang kata nak cantik pasti cari kalogen. Banyak sangat dah kalogen di pasaran.

Saya tak pasti kalogen yang lain. Tapi nak tau tak apa perbezaan kalogen Shaklee?


1) kolagen daripada sisik ikan merah

  • Sumber kolagen premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan


2) Ekstrak biji Camellia Japonica

  • Terdiri daripada asid oleik, atu omelien dan pelembab kulit yang hebat, dan isoflavon; antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas. 
3) Ekstrak Pfaffia

  • Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camellia Japonica, membantu pembentukan kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembab dan licin.

4) Elastin daripada kolagen ikan

  • Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik
5) Vitamin C dan vitamin B

  • Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.
  • Vitamin B turut serta dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel
6) Ekstrak kekerang

  • Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata
7) Lactobacillus Acidophillus
  • Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

Wow 7 sumber yang terkandung dalam 1 sachet...bayangkan. Patutla hasilnya tak boleh disangkal lagi.

Ini ada beberapa testimoni kejayaan Kolagen yang boleh saya share.



Nak menukarkan wajah anda lebih anjal dan gebussss...marilah ber "KOLAGEN"


Lagipun Kalogen Shaklee terbukti berkesan memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Sila rujuk graf di bawah.



kredit kepada ummuainan blog, UmmiNiena blog, milkymommy blog


Terima kasih kerana sudi membaca.
Mudah-mudahan anda dapat manfaatnya.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?


Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!

 
  

CANTIK LUAR DAN DALAM TANPA MAKEUP

Semua orang nak cantik. yang bestnya kalau kita cantik luar dan dalam.


Kakak Tea Lady : Fiza ni lepas balik bersalin nampak semakin cantik.

Saya : Oh, yer ke ...alhamdulillah kak berkat saya makan set menyusu Shaklee. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aiks!! apa kaitan set menyusu dan saya nampak cantik. Bukan set menyusu untuk boost bekalan susu saya ke?

Oh tidak rupanya dalam set menyusu tu ada jugak suppliment untuk kecantikan. Lagipun suppliment ini bukan untuk satu-satu fungsi saja. Secara tak langsung suppliment ini akan memperbaiki sistem tubuh badan kita dari sel-sel hingga ke organ hingga ke tubuh badan kita.

Kebiasaannya saya tidak begitu gemar menggunakan alat-alat makeup seperti pelembap, krim malam, krim siang la, penyegarlah...lepas tu tempek lagi bedak asas la, lepas tu bedak compact la....fuhhh...berapa lapisan daaa nak kena tempek kat muka.

Kesannya pun sementara je. dah la nak menempek tu ambik masa berjam-jam. nak membuangnya satu hal lagi terutamanya bila nak mendirikan solat. Satu hal lagi lepas solat kena tempek lagi. 

Oh tidak, masa saya tidak akan dibazirkan untuk wajah saya saja. Tak menjaminkan kecantikan kekal pulak tu. Cuma sementara saja. Bila makeup dah luntur muka kembali asal.



Tapi sekiranya kita rawat dari dalam, dari segi pemakanan kita..apa yang kita ambil untuk memperbaiki sel, dari sel ke organ, dari organ ke tubuh badan kita, secara tak langsung akan memperbaiki kecantikan luaran dan dalaman kita.

Tak perlu makeup tebal lagi!!!

Saya suka nak share beberapa testimoni set pengguna suppliment ini.


mereka adalah penguna suppliment-suppliment yang terhebat ini dah telah dapat merasai kesan yang optimum.

Saya....


Haha....perasan cunlah tu,
Apa bezanya...tak de la beza sangat kan...
Alhamdulillah saya tidak mempunyai masalah kulit wajah yang serius, jadi tidak begitu ketara perbezaannya bila dilihat sekali imbas dalam gambar. Cuma sekarang umur dah meningkat hehehee...dah nak masuk 4 series pun...sedarlah diri.

Tapi saya sendiri dapat merasai perbezaannya. Kulit saya bertambah halus mulus bak sutera hahahhahaa...macam iklan pulak. But, serius...saya suka usap pipi saya sebab licin dan halus. tidak berminyak pun. So, saya tak perlukan daily krim lagi. Cuma oleskan compact powder dan secalit lipstik saja untuk ke pejabat atau bersiar-siar. Kadang tu malas nak oles apa2 pun. Pergi jejalan tanpa sebarang makeup. Natural beauty katakan.

Cantik dalaman, Cantik Luaran


Banyak produk kecantikan yang berada di pasaran, ada yang murah dan ada yang mahal hingga beribu-ribu harganya. Tapi saya tetap memilih Shaklee. Saya telah jatuh cinta dengan Shaklee. Kenapa pilih Shaklee kerana produknya bukan saja mencantikkan dari luaran kulit sahaja malah memulihkan kecantikan dari dalam. Bermakna ia tidak tertumpu kepada satu2 tujuan saja malah untuk kesihatan juga. Dah la cantik, badan pun sihat...tak ke macam bonus tu.

Biarlah kita cantik dari dalam supaya kekal aura kecantikannya hingga ke luar.

Anti-penuaan

Vivix dan kalogen adalah tonik yang paling hebat merawat kesan penuaan semulajadi.

Untuk mengetahui lebih lanjut kehebatan vivix untuk kecantikan sila ke link VIVIX


Kalogen pulak, semua sure dah tahu kelebihan kalogen kan. Sudah tentulah untuk keremajaan kulit untuk nampak lebih gebu dan menawan serta menganjalkan kulit wajah. Tapi apa beza kalogen Shaklee ini berbanding kalogen lain yang melambak di pasaran

Kalogen Shaklee bezanya?



Kalogen Shaklee tiada langsung bahan tambahan perisa. Kandungannya adalah sangat semulajadi dari sisik ikan dan beberapa kandungan semulajadi lain.

Kalau kalogen yang sedap tu sebenarnya perisa je lebih. Takkan la kita bayar dengan belian ratusan kadang tu semata-mata nak perisanya. Baik kita minum air jus saja.
Untuk maklumat lanjut tentang kalogen sila ke link KALOGEN INI.
Mahallah!! 
Ada orang kata nak cantik mahalnya...
Tentula, nak dapat hasil yang optimum tentulah kena pelaburan lebih. bak kata kalau nak kereta biasa2 je beli lah kereta nasional...MURAH ke? boleh la nak bandingkan kalau beli kereta Porshe kan!!!

Tapi tak perlu risau.
Shaklee juga ada set budget untuk orang yang tidak berkemampuan memiliki Vivix dan Kalogen seperti di bawah.
  

Insyaallah...dengan izin Allah dan suppliment-suppliment di atas akan menjadikan wajah anda kelihatan muda remaja walaupun dah nak masuk 4 series macam saya.
Di samping itu tak lupa juga amalan rohani kita. Kerana sekiranya hati kita bersih, jiwa kita bersih, insyaallah akan mencerahkan aura wajah kita jugak.
Jiwa bersih
Antara amalan-amalan rohani yang perlu diamalkan.

1. solat wajib jangan tinggal.
2. selawat ke atas rasulullah 100X sehari
3. istighfar 100X sehari
4. maafkan semua orang sebelum tidur
5. Amalkan juga Doa penyeri wajah seperti di bawah.
 Doa ini adalah pesanan mak saya suatu ketika dulu. Saya siap buka al-quran dan terus hafaz. Terima kasih mak kerana banyak beri tips untuk anaknya ini.

Semoga anda dapat manfaat.
Terima kasih kerana membaca.
  
Kalau suka entry ini sila LIKE dan SHARE

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!



Tuesday, January 14, 2014

MAULIDUR RASUL ( CINTA RASUL DALAM KENANGAN )

Hari ini 12 Rabiulawal 1435, sapa tahu tarikh apa ni?
Birthday saya ke? Anniversary saya ke?

No...hari ini hari keramat...amat keramat iaitu kelahiran Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Sejak kecil saya takkan lupa tarikh ini takkan lupai seperti saya mengingati tarikh lahir saya dan tarikh anniversary saya.

Terkilan saya tahun ini saya tak dapat turut serta dengan keluarga di Muar untuk meraikan Majlis besar-besaran ini.

Kalau di kampung kami panggil Sambutan ini "Maulud Nabi". Ikut slang orang 'MUO' la....Jom pegi Maulud Nabi...

Teringat masa kecil-kecil dulu setiap tahun mak bapak saya tak ketinggalan akan membawa kami sekeluarga ke Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar. Terletak 1 km dari Bandar Maharani, masjid ini amat terkenal sebagai Masjid bersejarah di Bandar Muar. Kedudukannya masjid ini di tepi Sungai Muar amat indah sekali.

 Masjid Sultan Ibrahim, Muar. Nostalgia aku semasa kecil. Mak suka membawa aku mengaji di sini sejak aku berumur 5 tahun lagi. aku pulak dok ngintai2 bapak yg duduk di sudut jemaah lelaki. mengintai di celah2 bidai bahagian jemaah perempuan. sungguh nostalgia...syahdu bila teringat.


Seawal 8.00 pagi Majlis Maulidurasul dimulakan. dimulai dengan perarakan badan2 kerajaan dan kanak-kanak sekolah dan juga anak yatim menuju ke perkarangan masjid. kemudian disambung bacaan Berzanji, Marhaban dan Selawat keatas nabi para tetamu masjid dari pelusuk kampung di Muar ini akan menghadirkan diri ke Majlis tersebut.


Tak kira tua, muda malah kanak-kanak kecil turut sama memeriahkan Majlis Maulidurasul yg menjadi Sambutan Wajib di Masjid ini. Ramai memang ramai sekali. Seronok tengok...ada yang datang dari kampung saya Parit Keroma, ada datang dari Serom, ada yang datang dari Pagoh, ada juga yg datang dari Panchor.

Semuanya dengan niat yang satu, meraikan Sambutan Maulidurasul di samping mengeratkan silaturrahim.

Yang meriahnya di sini selepas bacaan berzanji dan selawat ke atas junjungan Rasulullah SAW. Majlis akan diteruskan dengan syarahan atau ceramah dari penceramah jemputan yang terdiri dari kalangan ustaz yang tersohor.

NASI DULANG

Sejurus selepas itu para jemputan dijemput untuk menjamu selera di belakang masjid berlatar belakangkan sungai Muar.

Yang paling istimewanya bila nasi minyak yang dihidangkan hanya dalam dulang saja. Jadi kami sekeluarga beramai-ramai makan nasi minyak dalam dulang secara berjemaah. Sangat mencuit hati kenangan terindah ini. Ikut sunnah nabi, makan beramai-ramai dalam satu dulang telah menjadi satu tradisi Sambutan Majlis Maulidurasul di Masjid ini.

 para tetamu sedang menjamu selera secara jemaah nasi mintak di dalam dulang.


 ini la rupanya nasi minyak dalam dulang yang dijamu kepada setiap jemputan Maulidurasul


Gambar di atas tu agak formal sikit sebab waktu tu Sultan Johor turut mencemar duli bersama-sama rakyatnya di Muar untuk meraikan Sambutan Maulidurasul ini. Waktu tu seingat saya tahun 2012. Saat itu juga Baginda sultan mengumumkan MUAR sebagai BANDAR DI RAJA...

huhuhuuuu...bangganya tempat kelahiranku dinobatkan sebagai BANDAR DIRAJA. Seumur hidup saya dilahirkan di Johor, bila orang tanya apa Bandar Di Raja Johor. Saya jawab " Ntah, tak de kot...tak macam Perak bandar di Rajanya Kuala kangsar"

Tapi kini dengan bangganya, bila org tanya apa bandar di Raja Johor. Apa lagi saya jawablah " MUAR tanah tumpah darahku Bandar Di Raja Johor!!!".

Oh! sambung pasal makan dalam dulang tadi, kalau nak diikutkan selepas kami ambil juadah masing-masing, kami akan makan berselerak bersama-sama keluarga atau rakan masing-masing. sama ada di tepi-tepi tembok batu tebing sungai atau di padang saja. Kami tak kisah...duduk bersila dah boleh mengadap dulang makanan beramai-ramai. Amat bersederhana.

 makan secara jemaah memang menyelerakan ditambah lagi gulai daging yang perrrghhh ...lazat...alhamdulillah...

Telah menjadi amalan kami nasi di dalam dulang tersebut perlu dilicinkan. Jangan ditinggal walau sebutir nasi. Kebiasaannya mak saya akan membawa plastik dari rumah untuk membungkus lebihan nasi untuk dibawa pulang. Bawa pulang BERKAT mak kata. Sungguh-sungguh ikut sunnah nabi. Masa tu saya dapat bayangkan macam mana Rasulullah dan sahabat2nya mengahdapi hidangan makanan sebegini.

AIR BANDUNG BANCUH DALAM PERIUK

Satu lagi menu special Maulidurasul ini ialah Air Bandungnya...
PErghhhhhh...bila diingat-ingatkan balik. terliur rasa....

yang istimewanya cara penyediaan air bandung itu. Bukan dibancuh di dalam jug atau dalam bekas air tapi dibancuh air bandung tersebut di dalam periuk BESAR yang biasanya digunakan untuk memasak nasi minyak.

dah tu, mereka mengodak (istilah org Muo jugak ni) bancuhan air bandung ini dengan menggunakan senduk besar pendayung perahu tu yg biasanya digunakan utk mengodak lauk dalam periuk besar bila masak kenduri kendara....

wahhh ..gitu. itu yang sedap tu....deliciouso...
saya tak jumpa gambar nak bayangkan macam mana penyediaan air ni. nanti bila dah jumpa saya post ok...

tujuannya supaya bancuhan soda, sirap dan susu cair ditambah sedikit garam teradun dengan sebatinya. baru la kaw kaw bandung soda muar...

 Air bandung dibancuh di dalam besin atau periuk besar. baru dapat keasliannya.

Terliur tak....ummmmppphhhh


AIS KRIM

satu lagi tarikan di sini...
kami juga berpeluang mendapatkan aiskrim secara percuma di perkarangan masjid. Bukan saja kanak-kanak yang seronok menikmati aiskrim FREE ni, malah mak-mak budak pun turut serta.

 Aiskrim cup yang menjadi rebutan kanak-kanak dan orang dewasa
 Ini namanya aiskrim Malaysia. boleh didapati di sini juga secara PERCUMA.

waaaaa......I MISS MUAR, I LOVE MUAR....everything ada di sana. Nostalgia dan kenangan terindah saya banyak di sana...yang takkan dapat di tempat2 lain....

Sedih tak dapat pulang menyambut di Muar tahun ini,....insyaallah next tahun sekiranya masih diizinkan.

Kita perlu menerapkan cinta rasul sejak dari kecil lagi seperti mak bapa kita terapkan kita suatu ketika dulu. Dengan cara memeriahkan sambutan maulidurasul bersama anak2 inilah akan menanamkan sifat CINTA RASUL ke hati nurani mereka.
------------------------------------------------------------------




BIODATA RASULULLAH SAW

NAMA :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib.

TARIKH LAHIR :
Subuh Isnin,12 Rabi'ulawwal bersamaan 20 April 571 Masehi Tahun Gajah.

TEMPAT LAHIR :
Rumah Abu Talib,Maakatul Mukarramah.

Gelaran: AL AMIN

Pengasuh Pertama:
Ummu Aiman

Ibu Susu Pertama:
Thuwaibatul Aslamiah

Ibu Susu Kedua:
Halimah As Saadiah

Isteri-Isteri Rasulullah :
1] Khadijah bt Khuwailid.
2] Aisyah bt Abu Bakar.
3] Hafsah bt Umar.
4] Ummi Habibah bt Abu Sufyan
5] Hindun bt Umaiyah.
6] Saudah bt Zam'ah
7] Zainab bt Jahsy.
8] Zainab bt Khuzaimah
9] Maimunah bt Harith.
10] Safiyah bt Huyai.

Anak-Anak Rasulullah :
1) Qassim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Az Zahra'

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas)

SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H . ✅

Perpanjangkan kepada seluruh Umat ISLAM sebagai tanda kecintaan kita kepada
NABI MUHAMMAD SAW.


---------------------------------------------------------------------------------------------------



Terima kasih kerana membaca kenangan saya di Masjid yang amat bersejarah ini dalam Menyambut Maulidurasul.

kalau anda suka FEEL FREE tekan button LIKE atau SHARE kat bawah tu ye

semoga anda dapat manfaat bersama.

Dari Hati,
hafizah

Sunday, January 5, 2014

Hari Orientasi Eizzatul Syarafana

Ingatkan zaman masuk Universiti je ada orientasi day dan orientasi week.
Anak2 yang nak masuk sekolah Tahun 1 pun ada orientasi rupanya.

Pada 30 December 2013 yang lalu my princess Eizzatul Syarafana telah menjalani hari orientasi di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti, Seri Kembangan sebagai persediaan untuk anak kecil ini membiasakan diri di alam persekolahan.

Almaklumla alam persekolahan sebenar tak sama dengan alam tadika yang segalanya diuruskan oleh teacher-teacher yang baik hati.

ready go to school

Awal pagi dah bersiap untuk ke sekolah. Semangat tengah membara.
Sampai saja di sekolah murid-murid telah ditetapkan di kelas masing-masing. My princess Eizzatul di tempatkan di Kelas 1 UiTM. Kelas-kelas di sekolah ini dinamakan sempena Universiti-universiti di Malaysia. Terdapat 10 kelas untuk darjah 1 iaitu 1 UPM, 1 UM, 1 UitM, 1 UIA, 1 UUM, 1 UKM, 1 USM, 1 UPSI, 1UTM, 1 UMS.
 My Princess antara yang paling comel dan cilik
 Parent masing-masing pun turut serta memeriahkan sekolah
Saya perhatikan macam-macam gelagat anak-anak kita ni. Ada yang menangis. Ada yang pandai berdikari. dan ada juga yang tak nak berpisah dengan ibu bapa mereka. Saya tahu masa ini mereka masih dalam keadaan 'blur'. Tak tahu apa yang perlu dibuat selepas ini. Saya tahu la sebab saya pun pernah masuk darjah satu suatu ketika dahulu....1983...lama kan.
Untuk memastikan kelancaran pengurusan anak-anak bersama-sama guru-guru, ibu-bapa tidak dibenarkan berada disamping anak-anak. Ibu-bapa diwajibkan ke dewan untuk mendengar taklimat oleh guru besar dan guru-guru yang bertugas.
 Guru Besar sedang memberikan taklimat
 Bersama jiran se Taman. Anak mereka juga darjah 1.

Selepas sessi taklimat, ibu bapa perlu ke Kantin untuk urusan pembayaran yuran pula. Ada beberapa maklumat perlu diisi rupanya.

Maklumat pergigian, maklumat imunasi anak dan maklumat pelajar.

Untuk ibu bapa yang baru pertama kali mendaftarkan anak ke Tahun 1 di sekolah kerajaan Malaysia hendaklah memastikan buku imunasi anak dari sejak lahir perlu di jaga rapi kerana buku imunasi tersebut amat diperlukan semasa pendaftaran kemasukan anak ke Tahun 1 nanti.

 Mengisi maklumat Imunasi pelajar

Beratur di barisan hadapan sekali kerana 
anakku paling kecil dalam kelas

 
 With my princess di hari orientasinya


To be continue....Hari Pertama Sekolah

Saturday, January 4, 2014

JAMU MODEN DAN SEMULAJADI ( ALFAFA )


Kalau semasa berpantang soalan pertama yang akan dikemukakan pastinya "Kau makan jamu apa?".

Jamu apa ek....yang sesuai. Sama lah seperti saya 5 kali menjalani proses berpantang hanya sekali saja iaitu berpantang anak sulong mak saya bekalkan jamu tradisional yang dibuat sendiri oleh seorang jiran di kampung.

uhhh!!!....nak menelannya ...melekat di tekak...rasa tak tertelan lah. At last 4 anak2 yang lain langsung tak makan jamu. Mak pun bising jugak lah tapi saya cuba cari alternatif lain menggantikan jamu yang amat menjengkelkan.

Namun sekarang saya telah dipertemukan Jamu Moden yang amat mudah dimakan. Dengan menelan beberapa biji saja selesai masalah penelanan jamu saya....hehehehhee

Malah khasiatnya lebih dari sekadar jamu tradisional.
Bukan untuk ibu berpantang saja tau.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


kalau cerita pasal set-set yang disyorkan dalam suppliment Shaklee mesti ada jamu moden dan semulajadi ni iaitu ALFAFA

Set Langsing dan sihat ada Alfafa
Set Berpantang dan Penyusuan ada Alfafa
Set Resdung ada Alfafa
Set Asthma ada Alfafa
Set merawat eczema ada Alfafa
Set Kesuburan ada Alfafa

Apa sebenarnya ALFAFA ni?

Kenapa alfafa ada dihampir semua set-set asas makanan tambahan yang disyorkan ini. Hebat sangatkah ia.

Mari kita tengok

Kandungan Alfafa

 
Kenapa Alfafa Shaklee?

Daun Alfafa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak.Daun alfafa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung didalamnya. Sedangkan bahagian lain yang tidak penting akan dilupuskan.

Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dipadatkan menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Malah, setiap tablet mengandungi 300mg Alfafa.

Khasiat Alfafa

khasiat Alfafa tiada tolok bandingnya. Sebab itu ia akan berada disetiap set yang kami syorkan.

Di bawah ini ada tersenarai 23 khasiat dan kebaikan Alfafa.


Khasiat Alfafa ini tidak dapat disangkal bila mana ada beberapa testimoni yang telah membuktikan Alfafa Jamu Herba Moden yang hebat.

Saya sendiri telah mengalaminya.

Asalnya saya hanya mengambil set penyusuan memandangkan saya masih menyusukan baby. Di dalam set tersebut terdapat Alfafa. Yang saya tahu Alfafa berfungsi untuk Booster Milk sahaja tanpa mengetahui khasiat yang lain.

Tapi sejak saya makan Alfafa dengan izin Allah, sistem perkumuhan saya bertambah baik. Sembelit yang saya alami kadang kala dah tak ada lagi.

Ingat lagi saya semasa dalam pantang anak yang ke-5 ini. Ada satu hari saya berada dalam toilet dari pukul 10 pagi hingga 12 tengahari dek penangan sembelit saya yang amat teruk. Masa tu tuhan saja yang tahu betapa seksanya saya. Seperti nak beranak buat kali kedua rasanya. Malah lebih merana dari itu.

Waktu tu saya belum berkenalan dengan sebarang produk Shaklee lagi.
Alhamdulillah bila saya dipertemukan jodoh dengan Alfafa, setiap pagi pasti saya akan mengadap ke toilet dulu. dan sistem perkumuhan saya amat baik dan lancar. Dari itu badan saya juga sangat ringan dan berenergi.

Di bawah ini saya sertakan juga testimoni-testimoni pengamal Alfafa.








Banyakkan kebaikkan Alfafa. Ada banyak lagi testi sebenarnya. Tapi setakat ini dululah yang saya berikan.

Harap anda dapat sedikit manfaat dari perkongsian Alfafa saya yang tidak seberapa ini.

Terima kasih kerana membaca~


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!