Tuesday, December 30, 2014

ALHAMDULILLAH! BANTUAN BANJIR MELIMPAH RUAH...

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar para pembaca fiezabard? Sahabat-sahabatku sekalian. Saya doakan anda dalam keadaan sihat dan ceria.

Walaupun sejak kebelakangan ini kita sering membaca, mendengar dan melihat pelbagai musibah yang melanda Negara kita, dari kejadian air bah yang tidak surut-surut hinggalah semalam berita Kapal Terbang AirAsia dikhuatiri hilang tanpa kesan dalam penerbangannya ke Singapura dari Surabaya, Indonesia.


 

Apa yang berlaku ini sekadar cubit-cubit sayang dari Allah swt.
 
Cuba anda bayangkan, bila seorang anak yang melakukan kesalahan. Tentu bapanya marah bukan.

Amaran pertama: Bapanya hanya menegur manja " Nak...jangan buat begitu.."
Namun anaknya tidak endahkan nasihat bapanya.
Amaran kedua: Bapanya meninggikan sedikit suara "Nak...kan dah cakap tadi jangan buat begitu"
Tapi anaknya masih tidak endahkan larangan bapanya.
Apa lagi bapanya naik berang...
Amaran ketiga: Bapanya pun naiklah tangan...
Waktu ini barulah si anak nak meminta ampun dan maaf kepada bapanya atas kesalahannya. Dalam hal ini adakah bapanya tidak sayangkan anaknya.

************************************************************

Petang tadi dalam perjalanan pulang ke rumah dari office biasanya radio ikim.fm yang jadi peneman. 

Saya dengar salah seorang ustaz ada menyatakan

"Ujian yang menimpa jadikan sebagai jambatan untuk kita lebih dekat kepada Allah"

"Life is The Test"

"Berilah khabar gembira kepada orang yang bersabar"




 Dalam dada akhbar sering memaparkan perkataan "Musibah" untuk sebarang perkara buruk yang berlaku. Kita pula gerun bila mendengar perkataan "Musibah" itu. Seolah-olah perkataan itu suatu perkara yang patut dielak.

Namun begitu orang yang beriman memandang Musibah sebagai tanda kasih sayang Allah kepada makhluknya.

Sebagai makhluknya, kita tidak boleh menilai kekufuran seseorang. Kita tidak boleh menjatuhkan hukuman sama ada sesuatu ujian itu adalah kifarah dari Allah. Hanya Allah sahaja yang menentukan dan menilai makhluknya.









Kita tak tahu apa rahsia Allah. Apa yang berlaku ada tersurat dan tersirat yang tidak boleh terungkai dek aqal.

Apa yang saya nak rumuskan, kemungkinan Allah menarik nyawa orang yang kita sayang misalannya tidak lain dan tidak bukan kerana Allah sangat kasih dan sangat sayangkan mereka.

Kenapa anak kecil itu terlepas dari tangan ibunya semasa dalam banjir besar itu hari sehingga anak itu maut. Tak sayangkah Allah dengan mereka? Allah sangat sayangkan anak kecil itu untuk selamatkannya dari pancaroba hidup dunia yang penuh dengan dosa. Insya Allah syurga lah tempat anak kecil ini.



Ujian banjir ini juga membawa kita lebih dekat kepada Allah. Saya dah jelaskan di atas tadi.

"Ujian yang menimpa jadikan sebagai jambatan untuk kita lebih dekat kepada Allah"


INFAQ

Allah sayangkan kita. Allah nak kita dekat denganNya. Waktu inilah Allah nak ajar kita ber'infaq'. Waktu inilah Allah nak ajar kita wajibnya berzakat. Waktu inilah Allah nak ajar kita berkat kepada memberi.

Alhamdulillah, masyarakat di Malaysia sangat pemurah. Apabila dengar sahaja sahabat yang ditimpa musibah, cepat sahaja yang menghulurkan bantuan.

Antara barangan yang dikumpulkan di kejiranan LEP7 (Taman saya)

Antara sebahagian barangan yang dihantar ke Putraya ke tempat pengumpulan Bantuan Banjir

Ramai yang menghulurkan bantuan


Aset Bomba semua dah habis digunapakai. Hanya tinggal bas ini untuk menghantar Bantuan Banjir yang dikumpulkan.

Kak Normah dan anak-anaknya antara orang kuat Taman LEP7 yang sukarela mengumpulkan barang-barang Bantuan Banjir dari penduduk. Terima kasih Kak Normah atas jasa baik. Allah saja yang dapat membalas.

Penuh bas dengan barangan Bantuan Banjir


En Badrul Hisham mengagihkan Bantuan sumbangan penduduk LEP7 di Pekan Pahang.

Air yang semakin naik di Pekan, Pahang

Tempat pemindahan Pekan Pahang

Inisiatif company tempat saya bekerja Sapura dengan sumbangan Banjirnya. bantuan banjir di bungkus sehingga 3 lapis untuk mengelakkan basah terkena air banjir semasa agihan nanti.

Pesawat Karebo dari TUDM sedia untuk membawa Bantuan Banjir ke tempat kejadian

Salah seorang rakan sepejabat saya En. Yazid yang turut serta dalam misi Bantuan Banjir

Antara sumbangan Rakyat Malaysia yang perihatin untuk mangsa

Pandangan Kelantan dari Pesawat (ihsan En. Yazid)

sawah padi di Kelantan yang menjadi lautan (photo ihsan En. Yazid)

Sungai Kelantan (selepas 4 hari di landa Banjir paling hebat)
Misi Bantuan Vitamin C

Satu lagi inisiatif dari Group bisnes saya iaitu Misi Bantuan Vitamin C kepada mangsa banjir. Mereka mangsa banjir sudah tentunya memerlukan vitamin untuk imunasi mereka. Tika ini mereka lebih mudah terdedah kepada sebarang penyakit. Langkah ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka meningkat tahap imunasi mereka.

Vitamin C sumbangan dari MFMS Group (kredit to Kam Maria)
Mudah-mudahan Allah menjauhkan mereka dari sebarang penyakit yang merbahaya.


Konsert Batal

Yang paling menggembirakan saya, dan sangat bersyukur kerana kesemua Konsert Ambang Tahun Baru di Malaysia dibatalkan serta merta hikmah dari kejadian Banjir ini.



Alhamdulillah kos yang sepatutnya digunakan untuk Ambang Tahun Baru tersebut digunakan untuk Bantuan Banjir. Itu yang sepatutnya.

Di sini Allah nak tunjuk bahawa kita wajib membelanjakan kepada sesuatu perkara yang memberi faedah kepada kita.

Malam Cinta Rasul

Bersyukur juga ke hadrat Illahi, Malam Cinta Rasul tetap diteruskan pada malam itu kerana beberapa hari lagi kita akan menyambut Maulidurasul iaitu Sambutan Kelahiran Nabi Junjungan kita Rasulullah saw yang tercinta.



Lihatlah, sesuatu ujian yang Allah beri sudah pastikan Allah ingin dekat dengan kita. Hanya makhlukNya yang sering lupa dan alpha dengan Allah sedangkan Allah tetap kasih. Allah tetap sayangkan kita.

Setakat ini dahulu nukilan saya untuk kali ini, semoga entri saya ini dapat menjadi ikhtibar dan manfaat anda.

Sekiranya anda suka dengan entri saya kali ini sila klik button LIKE dan SHARE supaya lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. 

Hanya luahan dari sekeping hati yang masih mengejar CINTA ALLAH.

#BanjirKelantan
#BantuanBanjir
#Banjir
#AirAsia
#CintaRasul
Cinta Allah dan Rasul,
Hafizah Mahfoz

Wednesday, December 24, 2014

RAHSIA KEJELITAAN DATO' SARIMAH AHMAD TELAH TERBONGKAR!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabatku sekalian. Saya doakan anda dalam keadaan sihat sejahtera ceria selalu ye.

Hujung-hujung tahun ni musim tengkujuh melanda. Sana sini kedengaran berita banjir dan air bah naik. Kepada mangsa banjir terutamanya di negeri Pantai Timur saya doakan anda tabah dan dilindungi Allah hendaknya. Kepada mereka yang masih dilindungi Allah dari bencana tersebut hendaklah sentiasa berwaspada dan sentiasa mendoakan mereka.

Baru-baru ini saya berborak dengan rakan saya En. Halim di pejabat. Usia beliau bakal meniti 5 series. Namun fizikalnya tidak menggambarkan usianya. Beliau nampak 10 tahun lebih muda dari usianya. 

Kebetulan saya pernah terbaca amalan Dato' Sarimah Ahmad untuk kekal jelita. Tak sangka Dato' Sarimah dan En. Halim berkongsi rahsia yang sama untuk kelihatan sentiasa Muda Belia awet muda.
  
Mandi Pagi Sebelum Subuh

Dari sumber bacaan saya, rupanya Dato Sarimah Ahmad pelakon tersohor suatu ketika dahulu mengamalkan mandi sebelum subuh sebagai rahsia awet mudanya. Sekarang umurnya telah menjangkau 72 tahun, namun tetap anggun dan jelita.

Bekas pelakon veteran Dato' Sarimah Ahmad dulu dan sekarang
Tak makan ayam dan daging? 


Selain itu beliau juga mengamalkan makanan yang seimbang dan sihat. Menurut Dato' Sarimah, ia tidak makan daging dan ayam. Bukan sebab pantang, tapi beliau sendiri yang tidak gemar.

Disamping itu beliau banyak makan sayur dan buahan. Itulah makanan ruji beliau.

Makanan yang berminyak sangat dielakkan dan sering ambil makanan bersup.

Tambahan lagi beliau juga mengamalkan suppliment Vitamin C dan suppliment-suppliment lain untuk menampung keperluan vitamin yang diperlukan dalam badan mencukupi. Tak kisah lah suppliment dari brand apa pun kan. Yang penting ianya yang terbaik dan natural.

Rahsia kejelitaan Dato' Sarimah Ahmad hingga hari ini telah terbongkar!!

Yang ini pula siapa???

Gambar terkini
Sapa pulak mamat macho ni kan? Inilah En Halim yang empunya cerita di atas. En. Halim yang tak lokek berkongsi rahsia awet mudanya. Cuba teka umur En. halim berapa?

Saya pun ringankan mulut bertanya rahsia awet mudanya.

itu dia rahsia muda remaja rupanya
Yang bestnya, En. Halim ada kongsikan beberapa kebaikan kenapa kita perlu mandi pagi sebelum subuh.
10 Kebaikan Mandi Air Sejuk Sebelum Subuh

1.  Meningkatkan Imunasi Badan
2.  Melancarkan aliran darah
3.  Mengawal suhu badan
4.  Membantu untuk kurus / Meningkatkan Metabolisme badan
5.  Mengurangkan Tekanan Perasaan
6.  Meningkatkan Pergerakan Cecair Limpa
7.  Menguatkan pernafasan
8.  Menjadikan kulit dan rambut lebih sihat
9.  Meningkatkan Tenaga
10.Meningkatkan Penghasilan Hormon.

Mandi air sejuk boleh membantu sistem reproduksi dan peranakan. Sistem reproduksi lelaki tidak boleh terdedah kepada panas yang berlebihan.

Sperma akan berkurang dengan peningkatan suhu. Lelaki yang mandi air panas selama 30 minit setiap hari untuk 3 minggu akan mengalami ketidaksuburan bagi tempoh 6 bulan. Mandi air panas akan mengawal sistem endokrin.

Kepada anda yang telah mendirikan rumahtangga tetapi belum lagi dikurniakan cahaya mata, boleh juga amalkan petua ini.

Untuk tips Mudah Hamil boleh ke link ini. TIPS MUDAH HAMIL.

Tambahan tips awet muda: Selepas mandi sebelum subuh, boleh disusuli dengan solat tahajud, solat taubat dan hajat sementara menunggu solat subuh di awal waktu (sekadar perkongsian). Insya allah Miracle akan berlaku.
Sekiranya anda suka entri ini sila tekan button LIKE dan SHARE di bawah. Semoga entri ini dapat manfaat dari sekelumit perkongsian saya ini.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Sweet 18...ahaks,
Hafizah Mahfoz

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

Tuesday, December 23, 2014

7 PETUA MENGELAKKAN BAYI RUAM MELECET DI PELIPAT

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat dan pembaca setia blog fiezabard. Hari ini saya nak share sikit pengalaman saya tentang penjagaan bayi yang tak boleh dianggap remeh. 

Baru-baru ini saya terbaca satu soalan dari group Kelab Ibu Hamil, Menyusu dan Berpantang.

"macam mana nak hilangkan ruam peluh kat baby ea...dah berdarah pun...kesian baby...risau sangat"

Photo yang dilampirkan


kredit to admin Kelab Ibu Hamil, Menyusu dan Pantang

Bila saya terpandang photo anak kecil ini saya teringatkan petua ibu saya yang diamalkan sejak turun temurun dalam penjagaan bayi terutamanya bayi yang baru lahir dan dalam pantang khususnya bagi menggelakkan ruam seperti sehingga seolah-olah ada kesan kelaran pada leher.

Yang lebih parah lagi bila ruam bertambah teruk hingga berdarah. Kesian kan kat bayi. Si kecil yang tak tahu mengadu hanya menangis saja la bila ia rasa tak selesa. Akibatnya mama yang tak boleh tidur malam kerana menghadap rengekan si kecil.

Tidak dinafikan saya banyak belajar dari ibu saya tentang penjagaan bayi dengan sempurna.

Semasa melahirkan anak sulong, saya berpantang di rumah ibu saya sehingga habis pantang. Sejak itulah saya belajar petua-petua orang lama tentang penjagaan rapi bayi.

Petua-petua yang ibu saya turunkan saya gunapakai hingga sekarang. Walaupun pelbagai sabun dan lotion yang keluar dipasaran, namun saya tetap menggunakan petua ibu saya. Petua yang baik apa salahnya kita ikutkan. Lagipun hasilnya sangat berkesan dan tak tinggalkan kesan sampingan pun

Apa petua dia, Jom baca sampai habis.


Punca Ruam Bayi
  1. Bekas lelehan susu yang terkena kulit
  2. Peluh
  3. Lelehan lebihan air bilasan mandi yang tidak dikeringkan betul-betul pada kulit
  4. Cuaca yang panas dan lembab
  5. Ellergic kulit yang teruk
Kenalpasti Ruam Bayi

Kepada mereka yang baru pertama kali menimang cahaya mata, sekiranya anda ingin mengenalpasti bagaimanakah rupa ruam bayi ini, biasanya bayi yang dijangkiti ruam akan mengalami tanda-tanda seperti berikut di bahagian pelipat lengan, kaki (terutama kaki yang berketak-ketak untuk bayi yang sihat), leher, bahagian atas dada, belakang kepala, punggung dan kawasan sulit serta belakang telinga, Tanda berikut akan jelas kelihatan:
  • Kemerah-merahan pada kulit. 
  • Bintik-bintik merah pada kulit.
  • Lebih kritikal hingga meninggalkan kesan seakan-akan berdarah
  • Kulit seolah-olah tersiat (aaarrhhh sian baby!!)

Mudah saja petuanya, semua orang boleh ikut.
Petua ibu mengelakkan bayi ruam 

1. Pastikan mandikan bayi dengan air suam
2. Semasa mandi, tidak perlu sabun atau sebarang antiseptik. Cukup sekadar  anda menyediakan sehelai tuala kecil seperti ini


Tapi biasanya saya gunakan lampin bayi kerana lampin lebih lembut berbanding tuala kecil. Almaklumlah bayi yang baru lahir sangat lembut kulitnya. Harus dibelai dengan berhati-hati.



Basahkan tuala kecil dengan air suam. Lap dan sapukan tuala basah tersebut dikawasan 'spot' ruam contoh dipelipat leher, ketiak, celahan lengan, celahan kaki, celahan kelengkang yang berketak-ketak, belakang telinga dan di bahagian pipi.

Bahagian pipi selalunya timbul kesan ruam kerana bekas lelehan susu. Kadang-kadang bukan sekadar ruam...pipi mereka boleh berkerak pula. Alaaa....dah tak comel nanti bayi sekiranya tidak dibersihkan segera.

3. Selepas mandi, pastikan bayi dilap sekering-keringnya dengan tuala yang kering sekali lagi di kawasan 'spot' yang disebutkan tadi. Kawasan 'spot' tersebut perlu lebih perhatian.

Peringatan : Belek betul-betul di kawasan spot sehingga betul-betul tiada lembapan atau air di situ. Selak-selak la sikit spot tu. Air lembapanlah yang akan menyumbangkan kepada ruam nanti. Sekiranya dibiarkan dalam jangkamasa yang lama akan mengakibatkan kulit mereka kemerahan seperti dihiris..(auchhh!!!)


Baby saya Eizzatul semasa usianya beberapa hari diurut oleh ibu saya selepas mandi.
4. Pastikan lampin sering ditukar terutamanya yang kulit sensitif. Ikut pengalaman saya, bayi yang menyusu badan sepenuhnya kerap kali buang air besar ketika dalam pantang. 

Boleh dikatakan setiap jam akan buang air. Kekadang tu lepas salin lampin dah membuang lagi. 

Saat ini, ibu perlu beri sepenuh perhatian memastikan bayi dalam keadaan bebas najis.

kalau dibiarkan walau seminit, punggung bayi akan mulai kemerah-merahan. Lebih parah sekiranya melecet. Bila dicuci dengan air tentu pedihkan. Bayi tak tahu nak cakap, menangis sajalah tahunya.

5. Elakkan guna bedak keterlaluan, atau tidak perlu guna bedak langsung.

6. Elakkan guna ubat sapu mengandungi paraben atau steroid. Kesian kulit bayi yang masih halus mulus dicemari dengan bahan kimia merbahaya.

7. Lebih elok gunakan sapuan semulajadi antaranya

Tepung ubi

Tepung ubi adalah bersifat lembut dan halus. Tidak melekit dan tidak merengsakan. Lembut untuk kulit bayi. Orang tua selalu syorkan guna tepung ubi untuk melegakan ruam pada bayi.

Kalau tanya saya, saya jawap 'YES' tepung ubi adalah remidi yang sangat awesome dan mustajab untuk mengurangkan ruam bayi. Untuk ruam bayi yang tidak begitu teruk, tepung ubi sangat efektif.



Herbablend

Remidi lain yang tak kurang hebat juga ialah herbablend. Herbablend ini adalah remidi semulajadi yang telah dimodenkan dan diekstrakkan didalam bentuk krim dan mudah digunakan.


uniknya herbablend
ingredients herbablend dari ekstrak semulajadi
Testimoni




Peringatan: sekiranya ruam bayi adalah jenis yang tidak boleh dikawal dan berdarah, tidak perlu disapukan sebarang krim even herbablend. Cukup sekadar ikut petua di atas. Dan dinasihatkan berjumpa doktor sekiranya ia berlanjutan dan ada tanda-tanda membahayakan.

Perlukan jumpa doktor?

Waktu bagaimana perlu anda rujuk kepada doktor?
  • Sekiranya bayi anda mempunyai suhu yang tinggi (lebih dari 39 degree) dan tidak menunjukkan tanda-tanda reda selepas diberi ubat.
  • Ruam tidak hilang lebih dari 3-4 hari.
  • Ruam bertambah teruk. 
Cukup sekadar ini dahulu petua untuk penjagaan bayi khas untuk mengelakkan ruam. Insya allah saya akan berkongsikan lebih banyak lagi petua yang ibu saya perturunkan kepada saya sepanjang menjaga bayi. Check it out!

Sekiranya anda suka entri saya kali ini mohon tekan button LIKE dan SHARE di bawah supaya ramai lagi ibu-ibu even bapa-bapa yang dapat manfaatnya dan dapat dikongsi-kongsikan bersama.
Terima kasih kerana sudi menjenguk perkongsian saya.

Ibu perihatin,
Hafizah Mahfoz.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

Saturday, December 20, 2014

KOMUNIS MENYERANG PORT DICKSON??

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian. Confirm sahabat-sahabat terkejut kan dengan tajuk entri saya kali ini.

Tak caya ke?

Meh sini saya cerita.

Dalam perjalan pulang dari holiday di Morib menuju ke kampung halaman di Muar baru-baru ini, kami singgah sebentar di Port Dickson. Biasanya bila sebut Port Dickson (PD) confirm dalam fikiran kita terbayangkan pantai PD yang indah tempat berkelah dan bermandi mandi bukan?

Tapi hari ini berita yang menggemparkan bila Komunis menyerang Markas Tentera Port Dickson. Surprise tak??? Tak masuk news pun? Tak masuk paper pun?

Tak caya ke??

Kisahnya begini, kami berpeluang melawat Muzium Tentera Port Dickson setelah 2 kali percubaan untuk melawat muzium ini sebelum ini gagal.

Alhamdulillah, syukur..hari ini cuaca baik seperti menantikan ketibaan kami.

pandangan hadapan Muzium Tentera

Kami terutamanya anak-anak tentunya sangat teruja dengan jet pejuang yang dipamerkan di sini.  Di samping itu terdapat juga pameran peralatan-peralatan yang digunakan semasa perang suatu ketika dulu.



post di depan robot tentera



en Badrul Hisham khusyuk melihat replikak paracute

replika tatoo

shoot satu photo di Mural Kekejaman semasa perang
Nak kata saya tipu ye sebab tak ada komunis pun kan??

haaa....cuba tengok nih...

kami dah berada di Terowong bawah tanah komunis

di sinilah ubat-ubatan dan segala kelengkapan keperluan harian mereka di simpan


dapur minyak tanah pun mereka ada

operation room mereka.
Tempat yang sempit seperti ini pun mereka boleh hidup.
Tentera komunis sangat berdikari.

Motor yang mereka gunakan untuk pengangkutan pantas

Post sikit atas motor.

Tak kenal ke gambar sapa sebelah Cici tu?

Tolonglah jangan kembali ke Malaysia ye!

Bilik mesyuarat mereka.
Terowong bawah tanah tempat persembunyian Komunis ini sangat sempit. Saya tak dapat bayangkan bagaimana mereka boleh bersembunyi di dalam terowong yang kekurangan oksigen ini begitu lama.

Sedangkan saya yang tak sampai beberapa minit di dalam terowong ini nak keluar cepat-cepat kerana kekurangan oksigen. Padahal ada penghawa dingin.

Tak dapat saya bayangkan kehidupan mereka masyarakat dinamakan komunis di Terowong bawah tanah mereka suatu ketika dulu.

Oklah, anak-anak pun dah ajak keluar...takut katanya, terutamanya Faris...jom kita keluar...

Keluar dari terowong....BEBAS!!!

Anak-anak dah berlari bebas dulu

Dah sampai atas dah

Pengalaman adventure yang menyeronokkan

pondok ni tempat komunis lepak dalam hutan

Pondok ini pulak dibina hanya satu minggu saja.
Tempat lepak sementara komunis la kot sebelum mereka ke misi seterusnya.

sedang membayangkan kehidupan komunis yang sangat berdikari

ini namanya pondok paya

bukan main seronok lagi mereka merasai jambatan gantung

muka princess eizzatul macam cuak je. Seram ke?

wahh!!! steady la Faris

Saya pun tidak melepaskan peluang adventure ni

hensem sangat la tu

sedang pasang strategi

alaaa...kuingat senapang komunis. Sekali monopod la.

Awina tensen tak dapat naik jambatan gantung

selfieee skeeettt...

tarzan moden

mak tarzan

releksss bro...

bergaya di tempat tinjau komunis

princess eizzatul, mula-mula takut..at last dia yang lebih.





pintu keluar yang kedua dari terowong bawah tanah.
Belum di buka kepada umum

Tak dapat bawak jet pejuang...post kat sayap jadilah yer..

Haaa....sekarang caya tak caya, ada komunis kat PD?

Sebelum pulang dan meninggal Markas Komunis kami sempat shoot beberapa gambar untuk tatapan. Sudikan lah menatap album kenangan sepetang kami di Muzium Tentera Port Dickson.

berlatar kan jet pejuang

Alor Gajah! Alor Gajah...sapa nak balik Alor Gajah.

Ada gaya staff KTM tak?

Yang pakai baju putih tu Mandor

Kenapa nak balik Alor Gajah pulak? bukan kampungku pun...


Tetiba Eizz jadi Incredible Hulk

Adakah bakal prajurit?


Alahai comelnya prajurit ni

Ni lagi cute

Eh! Sapa Chin Peng ? Tak kenal...


Berlatarkan Monumen para prajurit yang terkorban


kereta perisai yang digunakan semasa perang

hai beranilah jenguk meriam tu!!

Readyyyy!!! kebabommmm!!!
 Jemput cuci mata gaya bebas anak-anakku yang 5 orang.






Ini juga yang delicious!!

Tamatlah kisah kami berada di Markas Komunis Malaya. Muzium yang saya rasa sangat awesome. 

Saya syorkan anda bawa anak-anak anda melawat Muzium Tentera Port Dickson ini, supaya mereka mengetahui sejarah bagaimana mereka boleh hidup senang seperti sekarang ini.

Bagaimana para prajurit dahulu mempertaruhkan nyawa mereka demi negara tercinta.

Alhamdulillah...syukur, kita dilahirkan dan hidup dalam sedia KEMERDEKAAN.

Sekiranya anda suka entri saya ini sila tekan button LIKE dan SHARE di bawah ini supaya lebih ramai orang yang tahu kewujudan Muzium Tentera Port Dickson ini.

Salam sejarah,
Hafizah Mahfoz