Saturday, November 28, 2015

LAKSA GEBOK MERTUAKU, LAKSA YANG PALING SPECIAL YANG PERNAH SAYA MAKAN

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda dalam sihat dah ceria di samping keluarga tercinta.

Cuti sekolah dah seminggu berlalu. Ke mana anda bercuti ye?

Minggu pertama cuti persekolahan ini saya bawa anak-anak saya balik kampung tok nenek mereka di Panching Kuantan, Pahang. Bukan main seronok lagi mereka.

Bila balik kampung saja, mak dan abah suka masak makanan kegemaran anak dan cucu mereka.

Antara makanan kegemaran mereka adalah LAKSA GEBOK. Selama ni saya anak jati johor ni tak pernah pun tau pasal LAKSA GEBOK ni. Laksa Johor dan laksa Penang tau lah. 

Amende laksa gebok ni? Jom kita tengok..


Pagi-pagi lagi mak mertua saya dah uli tepung untuk laksa gebok. Ramuannya hanya tepung gandum dan air saja. Uli-uli2 dah jadi. Senangnya.

Mak mertua saya kata Laksa Gebok ni asalnya dari Terengganu tapi femes kat Pahang. Okla tu kan Pahang dan Terengganu berjiran je pun. Ada sesetengah orang mengenali laksa ini sebagai Laksa Pahang.


Macam ni lah rupa paras doh tepung laksa yang telah diuli


Alat yang digunakan untuk buat laksa. Ini lah GEBUK namanya. Susah nak dapat ni. Material dari tembaga tu.




Adunan doh tepung disumbat ke dalam GEBUK.



Faris pun sibuk nak cuba.


Macam nak gerudi minyak gayanya lah atok.



Ginilah rupanya tepung doh yang akan terkeluar sikit dari gebok. Ready to masakkannya. Jom kita keluar rumah. Main pondok-pondok kat luar.


Macam ni gayanya buat laksa gebuk ni. Kalau dulu guna kayu api. Pedih mata menahan asap api. Sekarang ni canggih sikitlah. Guna dapur gas lagi senang.


Sapa nak sado, rerajin buat mee laksa gebok macam ni. Anda pasti SADO...


Kacau-kacau mee yang direbus tu supaya tak bergumpal.


Rebus mee selama lebih kurang 10 minit.


Papan ni ditebuk sendiri oleh bapa mertua supaya mudah untuk dimasukkan gebuk. Kreatif tau bapa mertuaku.



Mee diangkat selepas 10 minit direbus.


Adunan ke-2 pulak. Untuk petang ini mak mertua bancuh 3 kilo tepung untuk juadah kami. Banyakkan. Satu Gebuk boleh masuk sehingga sekilo saja. Bermakna 3 kali pak mertua dan abang SADO dok putar Gebuk tu.


Mee sedang diputuskan dari gebuk


Fitri cucu atok sorang ni memang rajin nak mencuba


Nak uji ketahanan tangan kakak SADO pulak ye.


Berat woooo...menggigil tangan akak yang SADO.


Sesudah itu mee dicuci dahulu.


Beginilah rupa 3 kilo Mee Laksa Gebok yang siap untuk di makan.


Apa yang saya perhatikan, Laksa Gebok ni mengeratkan kekeluargaan di mana setiap ahli keluarga bekerjasama menyediakan Laksa Gebok yang paling special ni. Seronokkan?.

Nak makan mee laksa gebok ni tak lengkap tanpa kuah laksa lemak ikannya.

Meh kita tengok macam mana kuah laksa dibuat pulak.


Isi ikan kembung yang telah direbus di blend dahulu. 
Asingkan isi dan tulang. Di blend kedua-duanya secara berasingan.


Tapis tulang ikan yang telah diblend tadi untuk mengasingkan tulang-tulang kasar. tercekik tulang pulak nanti makan laksa.


Bancuhan kuah laksa. Ramuannya, isi ikan kembung (fresh lagi bagus) yang telah dikisar, santan pekat, bawang kecik, bawang putih dikisar, lada hitam, asam keping dan sedikit garam. Mudahkan??


 Ulam-ulaman untuk menambah rasa laksa. kacang panjang, daun kunyit, daun kesum, timun, daun selasih (omputih cakap bay leaves) diracik halus. Tambahkan sikit taugeh.


Sedia untuk di makan. Jangan lupa tambahkan sedikit sambal lada tumbuk pemikat rasa.

Cara nak buat lada tumbuk tu. Ni mak mertua yang buat ye. Beberapa tangkai lada kering di tumbuk hingga lumat. itu je. hidangkan dengan belacan dan limau kasturi. Limau kasturi ye. bukan limau purut atau limau nipis.

Semua bahan-bahan di atas diambil di keliling rumah. Tak payah susah-susah pergi kedai. Tu yang seronok dok kampung tu. So heaven..


Tadaaa.....Laksa Gebok yang ready di ngap...

Saya sarankan anda cuba LAKSA GEBOK ni. Sangat eksotik. Cuma susah nak jumpa di pasaran.

 Rasanya WALLLAAAA!!!!

Mak Mertua saya kata, lebih sedap kalau dimakan menggunakan tangan. Biasanya orang Pahang makan dengan tangan. Saya makan guna dua-dua tangan dan sudu. Tamakkan. Sebab lepas dah habis mee laksa tu saya suka hirup kuah lemak putihnya yang lazat.

Terima kasih Mak Mertua dan Bapa Mertua ku yang baik hati dan sudi menyediakan juadah yang paling hebat di seantero dunia. Tak de makanan lain yang dapat mengalahkan Laksa Gebok Mak dan Pak Mertuaku ini even spagheti kegilaan ramai tu. Memang special. Very special. Tanya lah sesapa yang pernah rasa Laksa Gebok mereka ni pasti termimpi-mimpilah.

Hari ini tak de makan lain dah, dari pagi sampai ke petang bawa ke malam Laksa Gebok kami bedal. Tak jemu tak muak dan mengenyangkan.

Tak sama dengan laksa-laksa lain sebab laksa Home Made ini dibuat daripada tepung gandum yang sangat mantap, bukan dari tepung beras seperti laksa-laksa lain. Dijamin halal dan tiada bahan pengawet...ecehhh macam iklan pulak.

Serius...memang THE BEST LAKSA IN THE WORLD lah!!

Kepada anda yang teringin nak merasa LAKSA GEBOK THE BEST LAKSA IN THE WORLD boleh hubungi Bard Jom Mari Bercuti di 011-3958 3022.

Insya Allah PROJEK LAKSA TOUR akan diadakan di Kampung Panching, Kuantan teratak ibu dan bapa mertua saya.

Dalam LAKSA TOUR ini anda berpeluang:
1) Mengikuti pengalaman sendiri bagaimana membuat laksa gebok secara tradisional (seperti yang saya ceritakan di atas).
2) Merasa sendiri laksa gebok yang sangat lazat (tak caya tak pe, rasalah sendiri). 

Love Laksa,

Hafizah
019-211 8757


4 comments:

  1. Daun selasih BUKAN Bay Leaf. Bay Leaf tu daun salam. Daun Selasih dalam bahasa inggeris ialah BASIL.

    ReplyDelete
  2. sebenarnye ada dua versi kuah laksa gebuk aka laksa pahang satu kuah lemak putih..satu lagi kuah berempah

    ReplyDelete
  3. ni laksa kegemaran saya sejak dari kecil lagi... zaman dulu2, dlm thn 1978-1979,kalau buat laksa ni satu kampung keluar... pakat buat ramai-ramai.
    #rindulaksagebok
    #laksa gamd

    ReplyDelete
  4. Confident je ckp daun selasih tu bay leaf.

    ReplyDelete