Friday, March 31, 2023

5 Idea Menu Simple Sahur Sihat

 



Hai Asssalamualaikum sahabat fiezabard yang dikasihi. Kak Fieza doakan anda dikurniakan limpahan rahmah dan keberkatan.

Diam tak diam dah masuk minggu ke 2 kita berpuasa. Bagaimana pengalaman puasa anda kali ini? Sama saja ke dengan tahun-tahun sebelum ini?

Anda mungkin ada pengalaman indah nak dikongsikan saat anda mula berpuasa, zaman remaja dan sehingga usia kini.

Begitu juga dengan pengalaman sahur anda. Sekiranya waktu kecil-kecil dahulu saat yang paling malas sekali bila mak kejutkan bangun sahur. Nasi dah terhidang panas-panas tapi mata pun susah nak buka. Lagikan pula mulut nak jamah makanan. Tambahan lagi bila nak makan seawal jam 4 pagi sungguh tidak menyelerakan.

Apa Itu sahur?

Sahur merupakan perbuatan makan dan minum pada awal pagi sebelum terbit fajar dan berniat untuk berpuasa. Fungsinya seperti kita bersarapan pagi di bulan-bulan selain bulan puasa. Bezanya sahur disarankan untuk dapat pahala yang besar dan keberkatan dari Allah. makan pun dapat pahala. Mudahnya Islam.

Memilih makanan yang berkhasiat dan sihat semasa bersahur memainkan peranan membantu kita mengurangkan rasa cepat lapar dan rasa terlalu lapar sepanjang berpuasa selama 14 jam waktu di Malaysia.

Kenapa Perlu Bersahur?

Sahur digalakkan bagi mereka yang berpuasa kerana ianya sunnah.
 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dah makan nasi bertambah pinggan, belum tengahari dah rasa lapar

Sapa pernah rasa begini?

Waktu sahur dah rasa makan dah banyak dah. Tapi disiang hari belum tengahari rasa lapar teramat sangat.

Biasakan jadi begini. Dulu Kak Fieza pun selalu begini.

Kak Fieza ada kupas kenapa kita jadi cepat lapar bila kita sahur nasi. Jemput baca >> Kenapa Sahur Makan Nasi Cepat lapar

 

Gizi Seimbang Menu Sahur

Di sini Kak Fieza nak kongsikan beberapa cadangan Makanan yang perlu ada dalam setiap Menu Sahur anda setiap hari.

#1 : Lebihkan Makanan Tinggi Protein

Protein adalah sumber makanan yang penting untuk bina sel dan kekalkan otot. Protein juga membantu rasa kenyang lebih lama dan kekalkan tenaga sepanjang hari. Protein bantu anda menahan lapar secara berlebihan kerana proses penghadaman protein adalah lebih perlahan berbanding karbohidrat.

Sumber-sumber khasiat protein boleh didapati dari:

  • telur
  • ikan 
  • ayam
  • daging
  • susu
  • tauhu
  • tempe
  • kekacang  

#2 :  Ambil Karbohirat Kompleks

Anda biasa sahur dengan nasi. Kalau tak selera nasi anda makan roti. Tak berapa minit kemudian anda dah rasa lapar. Tak sampai tengahari lagi perut anda dah bernyanyi-nyanyi. 

Ini kerana nasi dan roti adalah karbohidrat ringkas yang mengandungi Glisemik Indeks (GI) yang tinggi. Makanan GI tinggi mengakibatkan anda cepat lapar. Ini kerana makanan yang mengandungi GI tinggi serap tenaga dengan cepat ke dalam badan mengakibatkan anda cepat berasa lapar. Bila lapar anda akan rasa cepat letih berbanding anda ambil makanan berkarbohidrat kompleks.

Karbohidrat Kompleks mengandungi serat yang tinggi dimana tenaga akan diserap secara perlahan dalam badan membantu anda berasa kenyang lebih lama.

Antara cadangan karbohidrat kompleks dari bijirin penuh yang anda boleh dapati dari:

  • Roti gandum penuh
  • Bagel bijirin penuh
  • Roti Naan bijirin penuh
  • Oatmeal
  • Quinoa
  • Barli
#3 : Ambil Lemak Sihat
 
Orang kata tak bagus ambik lemak dalam menu makanan. Tapi lemak sihat adalah sumber penting dalam diet makanan seimbang. Lemak sihat juga membantu anda berasa kenyang. Asid lemak sihat jugak membantu hapuskan asid lemak jahat.
 
Antara cadangan lemak sihat yang boleh anda ambil semasa sahur:
  • Avakado
  • Mentega kacang
  • Kacang dan bijian
  • Biji rami tanah
  • Biji rami
#4 : Ambil Sayuran, buah dan serat

Sayuran dan buahan adalah makanan yang kaya dengan mineral dan vitamin. Ia juga mengandungi serat yang baik untuk sistem penghadaman dan mengelakkan risiko sembelit. Pengambilan buahan juga membantu anda kekalkan hidrasi kerana kandungan air dalam buahan yang amat tinggi berbanding minum air kosong.

Antara cadangan sayur dan buahan yang anda boleh ambil semasa sahur:
  • Tembikai
  • Strawberi
  • Pic
  • Oren
  • Tomato
  • Salad
  • Bayam
  • Saderi
#5 : Ambil air yang cukup


Tips mencukupkan minum 8 gelas air semasa bulan puasa

Dalam bulan puasa tidak ada alasan untuk tidak cukupkan pengambilan air sehari. Sekurang-kurangnya sehari anda disarankan ambil 8 gelas air termasuk semasa berpuasa. Pengambilan air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi. Dehidrasi amat bahaya impaknya terutamanya bila kita terdedah kepada panas melampau. Dehidrasi boleh mengakibatkan strok haba yang boleh membawa maut.
 
Sebab itu nak atau tak nak anda perlu mencukupkan pengambilan air walaupun dalam keadaan berpuasa. 
 
Photo di atas Kak Fieza kongsikan tips cukupkan minum air at least 8 gelas air semasa bulan puasa.
 
5 Idea Menu Simple Sahur Sihat
 
Bila waktu sahur tu ada yang tak selera makan. Maklumlah baru bangun nak makan terkulat-kulat jadinya. Di sini Kak Fieza nak share 5 idea menu simple sahur sihat yang boleh diamalkan sepanjang bulan puasa ini. Insya Allah anda akan suka untuk bangun sahur sekiranya ada menu sihat yang simple, mudah disediakan dan ringkas. Walaupun tinggal 15 min nak imsak pun sempat nak bersahur.
 
#1 : Bersahur dengan Kurma/Tamar
 

 
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
نِعْمَ سَحُورُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ

“Sebaik-baik makanan ketika seseorang mukmin bersahur adalah tamar (kurma kering).” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2345. Shahih Ibnu Hibban, no. 3475. Dinilai sahih oleh Ibnu Hibban, al-Albani, dan Syu’aib al-Arnauth)
 
Kurma ini baik diambil semasa sahur kerana kurma mengandungi tinggi serat, rendah garam,anti-oksidan tinggi, bekalan glukosa, tinggi potassium dan zat besi.
 
 

 #2 : Overnight Oat
 

 Sedapnya tengok overnight oat ni.
 
Bahan-bahan utama yang diperlukan:

• 4-5 sudu rolled oat
• Susu low fat/ full cream/ ESP/ Cinch Shake
• Buah Kiwi tak sesuai untuk overnight ya nanti pahit. Nak makan baru letak. Buah segar lagi bagus untuk lawas. Buah kering pun boleh.

Bahan-bahan tambahan (optional):

• yogurt
• madu
• chia seed/ flaxseed
• kekacang
• peanut butter
• serbuk kayu manis
• serbuk koko 
 
Kepada mereka yang tak selera makan sahur, boleh cuba overnight oat untuk menu sahur anda. Pasti lazat.

#3 : Omelette Telur


Telur adalah salah satu hidangan ringkas paling lazat seantero dunia. Malah telur juga mengandungi khasiat vitamin A, B5, B12, B2, folat, fosfor, kalsium, selenium dan zink.

Salah satu idea menu simple sahur sihat yang boleh anda cuba dengan menghidangkan Omelette Telur. Nak sediakan pun mudah, simple dan ringkas. 10 minit boleh siap.

Cara buat Omelette Telur

Bahan-bahan
3 biji telur, pukul
1 sk garam
4 sudu minyak zaitun
2 ulas bawang putih, cincangkan
1 biji bawang besar/bawang holland, cincang halus
sedikit cendawan
sedikit brokoli, cincangkan
1 tangkai daun bawang, hiris halus

Cara-caranya
Pukulkan telur dengan garam. asingkan.
Tumiskan bawang putih dengan minyak zaitun dan masukkan bawang besar/bawang holland.
Setelah layu, masukkan cendawan, daun bawang dan sedikit garam. 
Kacau hingga masak dan angkat.
Panaskan baki minyak zaitun dan masukkan telur hingga setengah masak.
Masukkan bahan intinya atas telur.
Siap. Boleh hidangkan ikut selera masing-masing.
 
Kalau malas nak buat omelette, boleh je buat telur dadar bawang makan dengan nasi panas...yummy.

#4 : Wholemeal Chicken Wrap


Wholemeal Chicken Wrap ni adalah kegemaran kami sekeluarga. Boleh juga jadikan hidangan simple menu sahur yang sihat.

Intinya anda boleh pelbagaikan. Selain dari ayam anda juga boleh gunakan daging panggang. Salutkan dengan salad, tomato, capsicum dan boleh juga letak avocado.

Hidangan yang lazat dan penuh dengan nutrisi.

#5 : Soy Protein Powder Shaklee

Anda juga boleh cuba bersahur dengan soy protein powder Shaklee. Shakekan sahaja Soy Protein Shaklee , 5 saat sahaja anda telah terhidang dengan khasiat lengkap untuk sahur anda.

Selama 2 minggu berpuasa pada tahun ini Kak Fieza belum pernah menjamah juadah lain selain Soy Protein Powder Shaklee Shake ini dan juga kurma. Alhamdulillah, walaupun tak makan nasi atau juadah berat lain, Kak Fieza kekal bertenaga sepanjang hari, tahan kenyang, tak lesu, kurang rasa mengantuk. Sampai waktu berbuka pun tak rasa lapar sangat.


Soy Protein Powder Shaklee ini memenuhi semua keseluruhan keperluan gizi seimbang yang dinyatakan.

Istimewanya Soy Protein Powder Shaklee ini memenuhi keperluan gizi seimbang sahur yang saya nyatakan di atas tadi,
 
Ia mengandungi:
  • Campuran protein proprietari dan tambahan leusina.
  • Tinggi protein.
  • ada 20 jenis vitamin dan mineral.
  • Tinggi serat untuk penghadaman.
  • Untuk kenyang lebih lama dan berfungsi sebagai meal replacement.
  • Rendah Indeks Glisemik.
  • Tinggi Kalsium.
  • Ada perisa Chocolate, Vanilla dan Caffe Latte.
  • Tanpa perisa tiruan, pemanis, pewarna atau pengawet tambahan.
 
 
 

Untuk kesan yang lebih baik anda disarankan ambil Set Puasa Shaklee yang mengandungi nutrisi lengkap gizi seimbang bersahur anda.
 
Set Puasa Shaklee Untuk Dewasa
 

 
 
Anak-anak pula boleh cuba Set Puasa Untuk Si Manja Shaklee
 


 
Kisah benar pengamal Set Puasa Shaklee

Di sini Kak Fieza sharekan beberapa kisah mereka yang amalkan Set Puasa Shaklee.
 
 
Sekeluarga happy berpuasa

 
Bantu ibu yang berkerja

 
Tak rasa pedih ulu hati lagi sewaktu berpuasa
 
 
Breasfeeding Mom bertenaga berpuasa
 
 
Cergas walaupun ibu sibuk seharian semasa berpuasa
 
 
Tahan berpuasa walaupun hamil
 
 
Anak kekal cergas berpuasa
 

     

Untuk dapatkan Set Puasa anda dengan harga lebih istimewa hubungi saya segera


Living With Harmony With Nature

~falsafah Dr Forrest C Shaklee.

 

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#ShakleeSeriKembangan




 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)

 

Friday, March 24, 2023

SHAKLEE FUN DAY 18 MARCH 2023 YANG SANGAT HAPPENING

 

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi. Kak Fieza doakan anda semua dikurniakan limpahan keberkatan sepanjang hari. 

Hari ini hari kedua kita menjalani ibadah puasa bagi tahun 2023. Bagaimana puasa anda? Alhamdulillah, sekarang menjelang petang hari Kak Fieza belum terasa lapar lagi dan tahan kenyang dengan izin Allah berkat Set Puasa Shaklee yang Kak Fieza amalkan.

Entri kali ini sebenarnya Kak Fieza nak cerita Shaklee Fun Day event yang dilaksanakan di beberapa Branch Shaklee dan HQ.

Beberapa hari sebelum event, kami para distributor telah dimaklum awal untuk sama-sama turut serta. Pelbagai tawaran dan gift yang bakal Shaklee berikan di sana nanti.

Apakan daya Kak Fieza tak dapat join event yang meriah ini memandangkan ada urusan lain hari itu.

Jeles rasa tengok rakan-rakan team yang dapat join. Mereka share gambar-gambar mereka pun dah rasa enjoy sangat.

 Nampak tak happeningnya mereka di sana

Antara team members yang dapat join di Shaklee Fun Day

Shaklee Fun Day Shop ini hanya dibuat sehari sahaja iaitu pada 18 March 2023 di Home Office Petaling Jaya, Branch Kuala Lumpur di Cheras, Branch Kota Baru dan Branch Johor Bahru.

Lebih menyeronokkan Shaklee Fun Day Shop ini boleh bawa keluarga, sanak saudara, rakan-rakan, pelanggan serta prospek. Ia tak terhad kepada distributor Shaklee sahaja.

 

Special Event Day Youth Promo

Apa yang menarik semasa event tersebut adalah Special Event Day Youth Promo. Semasa hari kejadian, Shaklee berbesar hati offer peminat tegar Youth diskaun dari 5%-40%.

Masya Allah, banyaknya diskaun. Shaklee sengaja nak bagi kita-kita ni cantik luar dan dalam. 








Promosi Youth ini tidak boleh didapati di mana-mana platform sama ada dionline atau di branch lain kecuali di Shaklee Fun Day tersebut sahaja.

Kepada ahli baru juga disantapi dengan pelbagai hadiah menarik dari Shaklee. Ada di antaranya dapat Payung Special Vivix printed, notebook, beg tote, beg D'daun special, alfafa complex dan banyak lagi. Tiada yang lebih istimewa bila kita diraikan begini untuk pertama kali belian.

Untuk ahli yang sedia ada pun tidak dilupakan. Setiap pembelian tertentu turut diberi hadiah percuma antaranya ceramin mug, pouch, notebook, Youth blue shimmer cosmetic case, alfafa complex, grocery beg dan banyak lagi.


Rak Youth yang tersusun indah
 
Kawan kita borong habis
 
Masya Allah banyaknya mereka borong. Mana taknya. Hari itu sahaja ada harga runtuh dan dapat special gift sekali. berbaloi sangat.
 

Nampak sampai kena bawak trolly la nak sumbat kotak-kotak Shaklee tu dalam kereta.
 
Tambahan lagi, dalam team kami Duta Vivix , MFMS, Minds, Myracles dan FBG tidak melupakan rakan-rakan yang tak dapat turut serta disebabkan kekangan urusan lain.
 
Sapa nak order boleh kirim dengan team yang berkunjung ke event tersebut. Bestkan.
 
Bisnes kami bertambah maju bila ada team yang saling  bantu membantu walaupun kami buat bisnes yang sama iaitu bisnes Shaklee.
 
 

Sekiranya anda nak berjaya, anda mesti perlu dikelilingi orang yang berjaya. Dalam team kami, sentiasa dikelilingi oleh positif vibes. Ini adalah perkara penting untuk menempa kejayaan bisnes.
 
Tambahan lagi, bisnes berjemaah lebih baik dari bisnes sorang-sorang. Dalam bisnes Shaklee kami buat bisnes yang sama secara berjemaah. 
 
IF You Want To Go FAST, You Go ALONE.
IF You Want To Go FAR, You Go TOGETHER.
 
~African Proverb

 


Kak Fieza masih ingat lagi semasa menghadiri kursus Master Class 2.0 yang lalu. Madam Helen ada berpesan,

"Anda Tidak Akan Berjaya Sehingga Anda Menjayakan Orang Lain" 

Begitulah..

Sekiranya anda berminat nak buat bisnes sama ada part-time atau full-time dengan team kami. Insya Allah kami akan tunjukkan caranya.

 

ANDA BERMINAT JOIN TEAM BISNES KAMI?

 


 

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.



#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#ShakleeSeriKembangan
 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:
hafizahmahfoz (tekan)

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)

Wednesday, March 22, 2023

5 KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

 

 
 
Hai Assalamualaikum sahabat fiezabard yang dikasihi. 
 
Selalunya kita dengar tentang Intermittent Fasting. Semua yang indah-indah diceritakan. Terutamanya impak Intermittent Fasting yang menjadikan dambaan setiap individu.

Manfaat Intermittent Fasting:

  • Turunkan berat badan
  • Kurangkan risiko diabetes
  • Menjaga kesihatan jantung
  • Dapat kulit yang cantik dan awet muda
  • Meningkatkan daya fikir dan fokus
  • Turunkan kolestrol dan tekanan darah 

Namun begitu ramai tak tahu disamping manfaat yang boleh didapati dari kesan amalkan Intermittent Fasting ada keburukan disebaliknya sekiranya tidak diamalkan dengan cara yang betul.

Apa itu Autofagi (Autopaghy)?

Sebelum tu Kak Fieza nak share berkenaan Autofagi (Autopaghy) yang telah disampaikan oleh rakan team selepas beliau mengikuti kelas Dr Redza Benjamin, salah seorang saintis lulusan Harvard Medical School. Kepakaran beliau adalah dalam bidang Nutrigenomics.


Dalam kelas Dr Redza ini beliau share kelebihan berpuasa dan bagaimana Autofagi (Autopaghy) boleh berlaku semasa berpuasa serta apa kebaikannya dalam tubuh kita.



Autofagi (Autopaghy) adalah satu kaedah sel-sel membersihkan dirinya yang rosak untuk menjana semula sel-sel baru yang lebih sihat.

Yoshinori Ohsumi, seorang ahli sains Jepun, dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan untuk penemuannya tentang bagaimana sel tubuh mengalami proses kitar semula yang dikenali sebagai AUTOPHAGY iaitu, istilah Yunani bermaksud "Makan Dengan Sendiri”.

"Auto" bermaksud 'DIRI' dan "Phagy" bermaksud 'MAKAN'

Autophagy adalah satu proses penting dimana ia dirangsang apabila tubuh badan berada dalam keadaan LAPAR. Contohnya apabila tubuh sedang berpuasa untuk tempoh 8-10 jam.

Apabila sedang berpuasa, proses Autophagy akan memecahkan protein dan komponen yang telah rosak dan menggunakannya semula untuk menghasilkan tenaga.

Bukan itu sahaja,sel sel lapar ini akan memusnahkan virus dan bakteria dalam tubuh dan menggunakannya untuk kitar semula.

Proses ini dikatakan sangat PENTING untuk mencegah pembentukan sel kanser, mencegah penyakit berjangkit, penyakit imunologi dan gangguan neurodegeneratif seperti nyanyuk dan parkinson.

Gangguan autophagy juga dianggap memainkan peranan dalam penuaan. Proses penuaan dapat diperlahankan dan sel sel baru yang sihat dan kuat dapat dihasilkan jika proses autophagy ini dapat diaktif.
.
Tubuh badan manusia mempunyai fungsi yang cukup unik untuk memperbaiki kerosakan. Manfaatkan fungsi ini dengan mengamalkan puasa 2 kali setiap minggu serta meningkatkan aktiviti fizikal.

Mekanisme autophagy memberi peluang badan memelihara badan di mana ia boleh keluarkan sel yang tidak berfungsi dan kitar semula bahagian-bahagian yang perlu untuk dibersihkan secara selular.

Bagaimana Autopaghy berlaku?

Andai anda mengamalkan Intermittern Fasting, autopaghy hanya bermula selepas melakukan IF selama 20 jam dan hanya mencapai kemuncak selepas IF selama 72 jam iaitu 3 hari. Bayangkan anda tak boleh makan, berpuasa dan hanya boleh minum air sahaja selama 3 hari. mahu pengsan.

Sedangkan sekiranya kita puasa dry-IF maknanya puasa tanpa makan dan minum dalam 14 jam dah boleh dapat manfaat Autophagy tanpa menyeksa diri. Ini yang telah diwajibkan kepada umat Islam iaitu Puasa di Bulan Ramadhan selama 30 hari atau puasa sunat selain bulan Ramadhan.

 

Dengan berpuasa anda dapat mencapai tahap autophagy 3x lebih cepat berbanding intermittent fasting kerana intermittent fasting (wet fasting) kita masih minum air pada waktu fasting window, jadi badan kita perlukan air dan akan menariknya dari sel untuk memacu pengeluaran tenaga.   

 

Dr Jokers

Ada beberapa cara untuk bantu badan kita capai Autopaghy

  • Mengambil perkara-perkara yang membantu puasa kita lebih sempurna contohnya berpuasa dengan Set Puasa Shaklee.
  • Elakkan mengambil bahan-bahan toksik seperti gula berlebihan.
  • Tidur yang berkualiti
  • Bersenam sekurang-kurangnya 2X seminggu
  • Makan lemak sihat seperti Asid Lemak Omega 3 dan Minyak Zaitun. 
 
Dalam kelas Prof Dr Redza ada kongsikan beberapa jenis suppliment yang dapat membantu mengaktifkan autopaghy:
 
  • Resveratrol (sejenis Polifenol)
  • Astaxantin (sejenis Polifenol)
  • Berberine
  • Citrus Bergamot 
  • Turmeric

Wah, apa yang disebut oleh Prof Dr Redza ada dalam beberapa rangkaian Suppliment Terbaik Shaklee.

Vivix: Resveratrol induces autophagy

Coqtrol Plus: Coenzyme Q10 regulates autophagy

ResV: Dietary polyphenols promotes resilience against sleep deprivation


 

Set Autopaghy Puasa Shaklee

Ok , sekarang kita tengok pula apa keburukan Intermittent Fasting. Kak Fieza percaya ramai yang tak tahu.

5 Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu

1. Tiada Panduan Khusus Untuk Kaedah Pemakanan Yang Betul

Intermittent Fasting ini adalah satu plan pola makanan dan tempoh waktu makan. Andai kata anda tidak ditunjuk cara yang betul untuk melakukan Intermittent Fasting dengan cara berkesan anda akan kecewa bila mana anda tidak mencapai impian turun berat anda dengan optimum.

Bayangkan anda telah berusaha tapi hanya 2kg sahaja turun dalam masa 4 bulan.

Sedangkan anda boleh capai lebih dari itu dengan hanya 14 hari Intermittent Fasting. Ini telah terbukti dalam team IFlat kami laksanakan.

Tambahan lagi cara makan semasa eating window juga memainkan peranan. Anda juga tidak dibenarkan makanan berlebihan mengikut nafsu. Amalan suku-suku separuh semasa eating window juga digalakkan.

2. Collagen Berkurang 90%

menurut kajian Dr Berg, Intermittent Fasting akan menyebabkan penuaan kulit di mana kulit jadi kering dan hilang keanjalan disebabkan kekurangan collagen sebanyak 90%.

Ramai antara mereka yang menjalani Intermittent Fasting, bila mereka berjaya turunkan berat badan tetapi kulit mereka kendur dan nampak tua.

Ini terjadi kerana apabila collegen berkurang dalam badan, kulit menjadi kurang elastik. Bila berat dah turun secara tak langsung akan mengubah juga penghasilan collagen dalam badan menyebabkan kulit kendur dan berkedut.

3. Sakit Badan, Sakit Kepala dan Sengal Otot

Ini adalah kesan buruk yang biasa dialami kepada pengamal Intermittent Fasting dan malah yang berpuasa juga. Dalam waktu tertentu badan kita akan terhidrasi kerana kekurangan bendalir dalam badan.

Simptom kekurangan bendalir mengakibatkan badan terasa sakit-sakit, sakit kepala, kejang otot, mual dan keletihan.

Namun begitu isu ini boleh diatasi dengan mengambil minuman berelektrolit supaya badan kekal terhidarat sepanjang Intermittent Fasting dan puasa.

4. Kegatalan Kulit
 
Kadang-kadang akibat tempoh 12-14 jam berpuasa atau Intermittent Fasting yang dibuat mengakibatkan gejala kegatalan kulit akibat kurang bendalir dalam badan. Isu ini disebabkan kita tidak minum dalam jangka masa tertentu. Jadi badan kita dehidrasi.
 
5. Gangguan Tidur atau Insomnia
 
Biasanya dalam Intermittent Fasting, eating window hanya dibenarkan sebelum pukul 8. Jadi, malam hari tidak dibenarkan menjamah sebarang makanan kecuali minum air.
 
Lantaran itu, ramai orang juga akan mengalami rasa lapar pada waktu malamnya. Rasa lapar yang keterlaluan akan meningkatkan tahap kortisol. Ini mengakibatkan melatonin tidak dapat dikeluarkan padahal melatonin perlu untuk tringger rasa ngantuk. 

Bahaya juga sekiranya lapar keterlaluan pada waktu tidur, badan akan terasa tertekan dan tidak boleh tidur. Bila ini berlanjutan untuk beberapa malam mengakibatkan mereka kurang tidur, stress, lemak tidak berkurangan, tenaga berkurang dan mood juga tidak menentu.


Hakikatnya, Intermittent Fasting ini baik untuk menambah nilai kehidupan anda. Ianya membantu anda:
 
  • Nak turunkan berat badan
  • Nak lebih sihat
  • Nak Reverse Aging 

Namun, Anda perlu lakukan Intermittent Fasting dengan berilmu supaya tidak memudaratkan diri anda nanti.

YOUR FUTURE LIFE WILL BE EXACTLY WHAT YOU DECIDE AND MAKE IT

    Dr Forrest C Shaklee

 

Sekiranya anda rasa sukar untuk melakukan Intermittent Fasting sendiri. Anda rasa dah buat lama dah tapi berat tak jugak turun-turun. Anda boleh join team Intermittent Fasting kami bersama #iFLAT.

Kami akan guide anda cara yang betul bagaimana nak buat Intermittent Fasting berkesan dengan cara yang betul.

Di sini saya share beberapa feedback dari peserta iFLAT.




 
Anda ingin miliki berat yang diimpikan?
Anda ingin Intermittent Fasting bersama kami?



Kak Fieza doakan anda capai berat yang diimpikan dengan sihat.

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT, supaya lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah mereka menjadi lebih baik lagi. Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best. Kak Fieza doakan anda dapat berat ideal yang anda impikan kelak.


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#ShakleeSeriKembangan
 
-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin
menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:-


tekan : WHATSAPP 019-2118757

email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

Sunday, March 19, 2023

9 Sebab Kenapa Suppliment Shaklee Terbaik

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi. Kak Fieza doakan Allah pelihara anda dunia akhirat.

Entri kali ini Kak Fieza nak share 10 sebab kenapa Suppliment Shaklee Terbaik.

1) Inovasi 100 Tahun


Betul ke Shaklee mencipta multivitamin pertama di dunia? tak tahu pun...yer la tak ada orang nak bagitahu mana nak tahu.

Saya sangat beruntung kerana diperkenalkan dengan vitamin yang pertama di dunia. Malah perkataan vita-min yang digunapakai selama ini adalah berasal dari perkataan 'VITALIZED-MINERALS' yang dicipta oleh Dr. Forrest C. Shaklee iaitu individu yang bertanggungjawab memperkenalkan kepada dunia vitamin semulajadi ini.

Sejak 1951 ciptaan pertama Dr. Forrest telah menemui "VITALIZED MINERALS" ini dalam bentuk cecair kemudiannya diubah ke bentuk tablet yang dikenali sebagai VITALEA.

inilah rupa paras vitalea pada mula2 ciptaannya


tadaaaaaa!!!!



rupa paras yang telah diubahsuai dan ditambahbaik kandungan nutrientnya kini dan di jamin HALAL pula tu.

Ye, produk Shaklee bukan produk timbang kati. Produk shaklee bukan setahun jagung diciptakan. Lebih 100 tahun supplimet Shaklee membantu ramai manusia menjalani hidup lebih harmoni dan sihat.

2) Shaklee Difference


Apa yang istimewanya Shaklee ini berpegang kepada falsafahnya Living in Harmony With Nature.

Kak Fieza yakin dengan produk Shaklee dan makan tanpa was-was kerana

  • Produk Shaklee bebas daripada bahan tiruan dan bahan kimia yang berbahaya.
  • Produk Shaklee mematuhi standard keselamatan tertinggi.
  • Produk Shaklee lembut pada persekitaran.
  • Kesemua suppliment Shaklee bebas gluten.
  • Shaklee tidak pernah melakukan ujian ke atas haiwan dan bebas dari penganiayaan.

 3) TULEN, SELAMAT DAN BERKESAN

Apa yang membuatkan Kak Fieza lebih yakin dengan produk Shaklee ni kerana Syarikat Shaklee betul-betul berikan komitmen Jangka Panjang untuk memastikan kesemua produknya TULEN, SELAMAT dan TERBUKTI BERKESAN.

Shaklee menumpukan sepenuhnya kepada kualiti setiap produknya. Walaupun pengeluar telah menjalani ujian, namun apabila produk dihantar ke Shaklee, Syarikat Shaklee akan menjalani ujian bebasnya sendiri.

Shaklee mengendalikan lebih 100,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun untuk memastikan kualiti dan potensi produk.

4) BEYOND ORGANIC

 

Produk Shaklee bukan saja organik malah melangkaui organik (Beyond Organic). Syarikat Shaklee melaksanakan lebih dari 350 ujian ke atas setiap bahan botani baru untuk pencemaran yang berbahaya, racun perosak dan sisa lain. Ujian ini dilakukan demi memastikan ketulenan dan keselamatan setiap produk Shaklee terjamin.


Shaklee juga menjalani 300 lebih ujian sebanyak 3 kali lebih setiap ujian terhadap racun perosak dari yang diperlukan oleh Pharmacopeia Amerika Syarikat. Sebab itu dikatakan produk Shaklee ini Beyond Organic. Shaklee melakukan ujian setiap produknya lebih dari yang diperlukan.

5) TERBUKTI BERKESAN

Shaklee menyediakan Formula Unik dan Ekslusif kepada penggunanya. Produk Shaklee disokong oleh lebih daripada 100 paten dan yang sedang dipaten. Shaklee mempunyai lebih daripada 135 kajian klinikal, kertas saintifik dan pembentangan termasuk Kajian Lanmark (Landmark Study) dan Kajian Telomere (Telomere Study).


Kak Fieza pernah hadir BLNC 2018, Ketika itu Shaklee menjemput Mr Les Wong telah bekerja dengan Shaklee Cooperation sejak 40 tahun yang lalu. Beliau bertanggungjawab dalam setiap Research and Development (R & D)  yang dijalankan terhadap produk Shaklee.

Beliau kata sejak 1980, Shaklee telah membuktikan yang Atlet pengguna Shaklee telah berjaya hingga ke peringkat Antarabangsa. Para atlet USA menjadikan Performance Drink minuman elektrolit Shaklee adalah minuman rasmi mereka.

 

 
Tambah beliau lagi sejak 1993, pihak NASA telah menjadikan Shaklee sebagai pembekal rasmi makanan tambahan untuk para astronot mereka. Maklumlah bila berada di angkasa lepas, sumber makanan mereka sangat terhad. Mereka tidak berupaya untuk makan seperti kita di darat.

Perfomance Drink Shaklee adalah minuman rasmi yang para astronot ambil di angkasa untuk elakkan terhidrasi.

Yesss!!!! bangganya saya bila apa yang saya minum, astronot pun minum juga. Serius saya tak dapat sangkal. Terbukti, bila kita meneguk Performance Drink (PD). Setiap aliran air Performance Drink (PD) yang mengalir bak aliran elektrik yang akan mengecas badan kita menjadi kembali bertenaga. Macam spring jadinya.

Tak tahu nak cerita lebih-lebih. Anda kena rasa dulu baru anda dapat bayangkan. Dah nak dekat puasa ni, elok dapatkan Performance Drink utk sahur dan iftar anda nanti.
 

Yang terkini kejayaan Suppliment Shaklee adalah ramai yang telah berjaya Kurus dengan Set Kurus Shaklee

 

6) Kajian Landmark (Landmark Study)

 


Kajian Landmark, diketuai oleh penyelidik pemakanan yang terkenal, Dr. Gladys Block bersama University of California, Berkeley, merupakan salah satu kajian terbesar pengguna jangka panjang pelbagai suplemen. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil makanan tambahan Shaklee mempunyai lebih banyak biomarker yang lebih sihat untuk jantung, otak, dan kesihatan kognitif berbanding dengan pengguna yang tidak mengambil suplemen atau pengambil suplemen bukan produk Shaklee.

 


Kajian menunjukkan bahawa mereka yang menggunakan Suppliment Shaklee mempunyai biomaker kesihatan utama yang lebih baik berbanding dengan pengguna yang tidak mengambil makanan tambahan.

Hasilnya sangat menakjubkan!
Kajian klinikal memerlukan para peserta menjalani pengambilan darah untuk memeriksa biomarker kesihatan utama. Oleh itu, kajian menunjukkan bahawa pengguna suplemen jangka panjang Shaklee menunjukkan peningkatan dalam kesihatan mereka.
 

7) Kajian Telomere (Telomere Study)

Mengekalkan telomere dari pemendekan boleh membantu anda menjalani kehidupan yang lebih lama dan sihat.

Ahli Lembaga Penasihat Saintifik Shaklee Dr. Elizabeth Blackburn adalah Pemenang Hadiah Nobel dalam Perubatan dan dianggap sebagai individu terpenting dalam sains telomere. 

Shaklee telah bekerjasama dengan Dr. Blackburn dan terbukti bahawa menggunakan suppliment Shaklee untuk jangka masa panjang menyebabkan penurunan kadar kependekan telomere sebanyak 40% di kalangan umur orang dewasa berbanding dengan kumpulan kawalan yang sihat.


 

 

Pengguna Shaklee untuk jangka panjang menyebabkan penurunan kadar kependekan telomere sebanyak 40% di kalangan umur orang dewasa dan nyata sekali mempunyai telemore yang lebih panjang pada kumpulan umur 50an, 60an, dan 70an berbanding dengan kumpulan kawalan yang sihat.


 
Kajian Telomere menunjukkan bahawa Pengguna Shaklee nyata sekali mempunyai Telomere yang lebih panjang.
 
 Dalam kajian klinikal awal, pengguna Shaklee yang mengambil Vivix dan makanan tambahan Shaklee yang lain mempunyai kadar pengurangan telomere 40% di seluruh julat usia dewasa, berbanding kumpulan kawalan yang sihat.
 

8 ) Trusted Brand Award Oleh Readers Digest 

 

Syukur Shaklee adalah pemegang Trusted Brand Award 2021 dan 2022 oleh Ridest Digest

Award ini di vote oleh para pengguna Malaysia. Ini bermakna Pengguna Malaysia mempercayai brand Shaklee adalah Vitamin yang dipercayai diyakini oleh pengguna keberkesanannya, ketulenannya dan selamat digunakan.

9) Harga Murah Berbanding Kualiti Premiumnya

Shaklee menawarkan produk yang boleh dikatakan harga yang murah berbanding kualiti premium yang ditawarkan.

Bayangkan sebiji Vitamin C Sustained Release Shaklee dijual dengan harga hanya 50 sen sebiji. Mahal lagi harga coklat di kedai runcit.

Dengan harga 50 sen itu anda dapat harga kesihatan yang tidak ada galang gantinya.

 

Anda yang masih tercari-cari suppliment terbaik pastikan dapatkan suppliment yang betul-betul SEMULAJADI, SELAMAT untuk diri anda dan persekitaran anda juga dan TERBUKTI BERKESAN.

Kak Fieza sebagai pengguna tegar Shaklee selama 10 tahun yakin Suppliment Shaklee Terbaik di dunia setakat ini.

Sekiranya anda ingin dapatkan SUPPLIMENT SHAKLEE anda hari ini. Jemput klik ye. Insya Allah Kak Fieza akan berikan konsultansi percuma.

ANDA NAK SUPPLIMENT SHAKLEE?

HUBUNGI SAYA 

 


 

 

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT, supaya lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah mereka menjadi lebih baik lagi. Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best. Kak Fieza doakan anda dapat berat ideal yang anda impikan kelak.


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#ShakleeSeriKembangan
 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:
hafizahmahfoz (tekan)

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)