Tuesday, August 22, 2023

3 Doa Yang Bagus Untuk Wanita Amalkan

 


Assalamualaikum wbt,

Hai Apa Khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan Allah lindungi dan kurniakan rahmah keberkatan dunia akhirat.

Ada pepatah menyatakan, 

Wanita Boleh Gegarkan Dunia!

Ramai menganggap wanita adalah insan lemah. Ye, ada kebarangkalian lemah dari segi fizikal berbanding lelaki. Namun begitu wanita terbukti kuat dari segi mental dan naluri.

Antara kekuatan Wanita adalah terletak pada DOA mereka.

Kak Fieza ada baca 1 petikan artikel, DOA yang paling mustajab di dunia ini adalah terletak pada WANITA.

3 DOA GOLONGAN WANITA PALING MUSTAJAB

#1 DOA IBU KEPADA ANAKNYA

#2 DOA ANAK PEREMPUAN KEPADA IBU BAPANYA

#3 DOA ISTERI KEPADA SUAMINYA


Jadi, para kaum adam tidak perlu mencari orang lain untuk menjampikan doa untuk anda. Carilah 3 golongan ini yang paling hampir dengan anda untuk mendoakan anda.

Wanita selalu diuji dengan pelbagai rintangan. Kekuatan wanita adalah dengan berdoa.

Dahului sesuatu usaha dengan doa. Antara fadhilat wanita berdoa ialah:

#1 Hadapi kehidupan dengan tenang

#2 Yakin Allah bantu setiap kesusahan

#3 Hadapi cabaran hidup dengan lebih berani

#4 Dapat keberkatan Allah

#5 Tanda kita berserah kepada Allah, kita hamba Allah.


3 DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA AMALKAN

Banyak himpunan doa yang Rasulullah ajarkan untuk wanita amalkan. Namun di sini saya hanya kongsikan 3 doa yang paling disukai oleh ramai wanita. Doa ini adalah DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA amalkan.


#1 DOA WANITA DI PAGI HARI



Sebelum memulakan rutin harian. Wanita digalakkan amalkan doa ini. Terutamanya selepas solat subuh kerana ianya pemula hari.

Fadhilat doa ini.

Membaca doa pagi hari juga dapat mendatangkan keberkatan pembuka pintu rezeki yang melimpah ruah dan lancar yang diinginkan oleh semua umat islam. Rasulullah juga mengajar kita agar sentiasa membaca doa dan berzikir seusai solat subuh ataupun di waktu pagi.

PAGI adalah permulaan hari. Islam memberikan perhatian khusus pada waktu pagi hari ini. Rasulullah bahkan memanjatkan doa khusus bagi umatnya terkait pagi hari:


اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِى فِى بُكُورِهَا 

“Ya Allah, berkahilah umatku di waktu paginya.”

Rasulullah Saw juga mengajarkan kepada kita untuk senantiasa berdoa seusai sholat Subuh atau waktu pagi hari sebagai berikut:


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Allahumma inni as aluka ‘ilman naafi’aa wa rizqan toyyibaa wa ‘amalan mutaqabbalaa

“Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang manfaat, rizki yang baik dan amal yang diterima.” (HR. Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah).


#2 DOA PENYERI WAJAH


Doa ini ramai wanita paling suka.

Siapa yang tak nak kelihatan cantik. Semua wanita dambakan kelihatan cantik dan berseri, wajah yang manis jadi impian dan badan yang ramping juga sangat diinginkan. 

Malah semenjak zaman Rasulullah lagi penampilan juga menjadi antara perbahasan penting sering dibincangkan dan doa agar muka nampak cantik dan wajah berseri. Tambahan lagi ianya telah disebut dalam AlQuran dalam surah Yusuf.

Kepada anda yang inginkan kelihatan cantik berseri dan manis dipandang amalkan surah Yusof ayat 4 ini konsisten. Pastikan anda lakukan doa ini dengan ikhlas dan tidak tinggalkan solat fardhu.

Fadhilat doa ini;

#1 Doa ini juga dikenali sebagai ayat pengasih untuk eratkan hubungan suami isteri. Niatkan supaya suami lebih menyayangi dan mengasihinya.

#2 Niatkan juga supaya anak-anak menghormati kita sebagai ibu-bapa mereka

#3 Doa ini juga supaya kita disenangi oleh keluarga dan sahabat handai.

#4 Dengan doa ini kita akan nampak cantik dan wajah bercahaya di depan suami

#5 Pemanis wajah supaya ramai orang sukakan kita.

Kaedah berdoa:

#1 Baca doa ini 3 kali berturut-turut.

#2 Selepas doa sapukan di wajah.


Sebaiknya selepas membaca Doa Surah Yusof Ayat 4 ini, doa ini dikembarkan dengan Surah Thoha ayat 39.

Selepas doa Surah Yusof Ayat 4 di atas. Berhenti sekejap selepas itu sambung dengan doa surah Thoha ayat 39 pula.


Anda juga disarankan membaca 2 ayat ini apabila bersua muka dengan orang yang dicintai kekasih, isteri atau suami untuk mendapatkan kesan yang lebih baik amalkan secara konsisten dan baca di hadapan orang yang kita sayang.

Anda tidak perlu membacanya dengan kuat. Cukup sekadar membaca dalam hati.

Sekiranya anda ingin disenangi oleh masyarakat, sahabat dan orang ramai anda boleh amalkan dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali dengan ikhlas. Niat kena betulkan.


#3 DOA AGAR ANAK JADI PENYEJUK MATA



رَبَّنَا هَبۡ لَـنَا مِنۡ اَزۡوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعۡيُنٍ وَّاجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِيۡنَ اِمَامًا‏

Maksudnya: “…Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan ayat 74)

Doa ini sangat elok diamalkan oleh setiap pasangan yang mendambakan keluarga yang bahagia. Ini kerana, doa ini bukan sahaja memohon agar beroleh pasangan serta anak-anak yang menjadi penyejuk mata dan penenang hati, malah, doa ini juga memohon agar kita sebagaiibu bapa dapat menjadi role model (qudwah hasanah) buat anak-anak.

3 doa ini Insya Allah menjadi panduan anda seorang wanita khususnya menghadapi kehidupan yang sangat mencabar dewasa ini.






Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.


#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeSeriKembangan


-----------------------------------------------------------------------------------------


Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya

 HAFIZAH : 019-2118757



Saturday, August 19, 2023

4 Vitamin Terbaik Untuk Wanita 40an, Rahsia Awet Muda

 


Hai Assalamualaikum sahabat fiezabard yang dikasihi. Kak Fieza doakan anda berada dalam lindungan Allah.

Anda perasan, bila usia semakin meningkat keupayaan badan semakin berkurang. Tambahan lagi tenaga semakin berkurang berbanding usia sebelumnya.

Kalau dulu usia belasan tahun dan 20-an berjaga malam, panjat bukit, berjalan seharian tak jadi hal. Namun bila masuk usia 30-an, 40-an apatah lagi 50-an keupayaan seperti zaman remaja semakin merudum.

Badan manusia ini ibarat mesin dan jentera dengan sistem dan fungsi yang akan merosot seiring dengan peredaran waktu.

Tambahan lagi manusia yang tergolong dalam golongan wanita, di mana wanita mengalami pelbagai fasa yang sangat banyak sepanjang usianya. Wanita melalui fasa keremajaan, dewasa, hamil, melahirkan, premenopous dan menopous.

Dalam melangkau usia 40-an wanita melalui fasa dimana fizikal dan mental akan mengalami perubahan ketara. Yang mana dulu anda pantas melakukan sesuatu kini agak lambat. Sebelum ini anda tak perlu pakai cermin mata untuk membaca tapi kini terpaksa memakai cermin mata kanta dekat. Kalau dulu anda tak rasa sakit-sakit kaki bila berlari dan berjalan dalam jarak yang jauh tetapi kini anda akan terasa kejang. Kalau dulu wajah anda tak ada jeragat, kali ini timbul pula tompok-tompok hitam pudar yang menjengkelkan.

Ini antara tanda-tanda symptom 40-an. Dalam usaha untuk mengelakkan atau mencegah dari symptom 40-an ini berlaku sebelum waktunya para wanita disarankan ambil langkah berjaga-jaga seawalnya sebelum masuk usia 40-an.

Apa yang anda wanita yang bakal menjangkau 40-an atau sudah 40-an boleh lakukan adalah jangan abaikan pengambilan nutrisi penting seperti protein, karbohidrat dan zat mineral lain agar sel anda bertenaga dalam usia lanjut.

Disamping penjagaan makanan, anda juga disarankan amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam.

Apa 4 Vitamin Terbaik Untuk Wanita 40-an?

Anda dah makan makanan seimbang tetapi sejauh mana anda tahu ia cukup untuk keperluan harian anda? Sebab itu anda disarankan ambil Vitamin tambahan untuk melengkapkan keperluan nutrisi anda setiap hari.

4 Vitamin Terbaik Untuk Wanita 40-an

  • Vita-Lize
  • GLA
  • Omegaguard
  • Ostenutrix
#1 VITA-LIZE



Sebagaimana dinyatakan di atas, wanita 40-an sangat perlu mengambil nutrisi yang lengkap setiap hari.

Persoalannya sekarang, adakah anda benar-benar mendapat nutrien yang mencukupi setiap hari? Kajian telah menunjukkan bahawa makanan hari ini mempunyai paras protein, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, riboflavin (vitamin B2) dan vitamin C yang lebih rendah berbanding beberapa dekad yang lalu. 

Walaupun kita telah cuba dengan sebaik mungkin untuk makan makanan yang seimbang, kita masih memerlukan nutrien tambahan melalui suplemen multivitamin untuk menutup jurang nutrien agar dapat mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.


Syukur, pada tahun 1915 Dr Forrest C Shaklee telah menciptakan salah satu Multivitamin Pertama di Amerika Syarikat untuk manfaat manusia sejagat dan wanita seluruh dunia khasnya. Bermakna ia telah dicipta lebih dari 100 tahun yang lalu. Kita pun tak lahir lagi saat itu.

Selepas inovasi selama bertahun-tahun, kini Multivitamin ini telah berkembang menjadi Shaklee Vita-Lize untuk menyokong gaya hidup moden yang lebih mencabar nutrisinya.

Baca >> Multivitamin Shaklee Berwajah Baru Inovasi Terkini

Shaklee Vita-Lize dirumus untuk melengkapi gaya pemakanan moden. Vita-Lize dilengkapi dengan:

  • 25 Vitamin dan Mineral.
  • Termasuk Vitamin C, Kalsium, Zat Besi, Vitamin B dan Asid Folik.
  • Sistem penghantaran yang dipatenkan untuk penyerapan optimum bagi setiap tablet.

Terdapat 28 Essential Nutrien di dalam satu tablet Vita-Lize melengkapi nutrien harian anda.

Cuba anda kaji diri anda sendiri seperti photo di bawah

Anda mengalami
Jari kebas?
Denyutan jantung tidak normal?
Masalah tulang>
Perubahan Mood?
Lesu?
Sesak nafas?
Sejuk pada tangan dan kaki?
Kuku rapuh?
Risiko kecacatan kehamilan?
Cirit Birit?
Sakit perut?

Berapa banyak yang anda tick? Banyak?

Tiba masanya anda cuba Vita-Lize sekarang.

#2 GLA


Apabila usia semakin meningkat tubuh badan wanita akan melalui perubahan dari segi fizikal dan hormon serta keperluan nutrisi juga terus berkembang. Wanita terutamanya memerlukan Asid Linolenik Gamma (GLA) untuk merangsang tahap kesihatan anda. Asid lemak ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan, makanya Asid Lemak GLA ini perlu diambil melalui pemakanan atau supleman harian.



Sumber GLA Complex ini adalah daripada minyak borage yang mengandungi GLA berkepekatan tinggi (17%-25%) tulen dan semula jadi dalam bentuk yang mudah diserap.

Ia juga diformulasi khas gadungan GLA (asid lemak Omega-6)
  • Minyak bunga Borage
  • Minyak Biji Bunga Matahari
  • Vitamin E

ketiga-tiga sumber ini berfungsi untuk mengekalkan kesejahteraan dan kesihatan kulit.


Asid Lemak Gamma (GLA) inisumbernya selain dari Minyak Bunga Borage, ia juga boleh diperolehi dari Minyak Blackcurrant dan Minyak Evening Promerose. Kajian dapat Minyak Bunga Borage lebih tinggi kepekatannya berbanding dua sumber lain.

Shaklee hanya memilih yang terbaik dari yang terbaik. Ternyata Minyak Bunga Borage adalah sumber GLA yang terbaik.

Apa Istimewanya GLA dengan Wanita?



1) Memelihara Sendi dan jantung yang kuat


2) Melegakan Sindrom Pra-Haid (PMS) Sentiasa Ceria dan Gembira


3) Mengurangkan Gejala Menopous


4) Kulit Berseri dan Sihat



#3 OMEGAGUARD


Lemak amat ditakuti oleh ramai kaum wanita sebab takut gemuk. Tetapi ada satu lemak ni sangat digemari oleh ramai wanita. Ia bukan saya untuk menambah baik kesihatan malah lemak ini juga boleh membantu menurunkan berat badan.

Lemak ini adalah Asid Lemak Omega-3 yang baik untuk kesihatan wanita. Dalam Shaklee Asid Lemak Omega-3 dikenali sebagai Omegaguard.


Gaya kehidupan zaman sekarang tak sama dengan mak-mak kita dulu. Sekarang wanita turut bersama-sama berjuang memikul tanggungjawab keluarga. Disamping itu wanita juga perlu bekerja untuk menambahkan ekonomi keluarga. kadangkala ia membuatkan ramai wanita berasa tertekan hingga mengakibatkan depressi dan anxiety.

Oleh itu, Asid Lemak Omega-3 diperlukan untuk mengatasi isu wanita ini kerana Omega-3 membantu wanita untuk kesihatan mentalnya.

Omega-3 membantu mengawal tahap Neurotransmitter di dalam otak yang boleh memberi kesan kepada mood dan tingkah laku.

Omegaguard juga mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan kekejangan haid. Kepada mereka yang sering terkena period pain sewaktu period elok amalkan Omega-3.

Bagi wanita yang mengalami fasa menopous sering moody. Tiba-tiba mood swing. Rasa nak marah tak pasal-pasal. Kucing tengah makan pun rasa nak marah. Perasaan ini kadang datang tanpa sedar dan kawalan. Jadi, Omega-3 membantu perubahan mood dengan meningkatkan fungsi otak.

Banyak brand minyak ikan yang boleh kita pilih di pasaran. Tapi minyak ikan bagaimana jadi pilihan anda?

Kenapa Perlu Pilih Omegaguard?


Antara kelebihan Minyak Ikan Omegaguard yang anda pilih



# OSTENUTRIX



Anda tahu kan, 99% Kalsium dalam badan kita disimpan dalam tulang dan gigi. Hanya 1% sahaja Kalsium berada dalam saluran darah kita.

Setiap individu dewasa memerlukan 1000mg Kalsium sehari untuk tampung keperluan asas badan minimum. 

Anda wanita perlu lebih dari itu. 


Perasan tak, gaya hidup dan diet makanan harian anda seharian sedikit sebanyak menyebabkan kemerosotan Kalsium dalam badan anda.

Lebih-lebih lagi sekiranya anda suka makan:
Masin
Air soda
Kafein
Daging merah
Rokok 

Senarai di atas ini akan mengurangkan simpanan Kalsium dalam badan anda.

Apa jadi sekiranya anda kekurangan Kalsium?









Ini adalah carta keperluan Kalsium dan Magnesium yang disarankan oleh RNI untuk setiap golongan. Pada golongan yang mana satukah anda?

Anda bayangkan untuk mencukupkan keperluan Kalsium seharian anda ini anda perlu ambik sekurang-kurangnya 4 gelas susu segar asli atau 320 biji kacang badam. 

Masya Allah, larat ke nak telan sebanyak itu. Lagipun kos untuk susu segar dan kacang badam juga agak mahal.


Shaklee telah mencipta Ostenutrix diformulasikan khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk KALSIUM, MAGNESIUM, ZINK, KUPRUM, MANGAN dan BORON untuk membantu membina ketumpatan tulang. Lagipun kapletnya bersaiz kecik dan mudah ditelan. Harganya juga sangat murah berbanding kos minum susu dan kacang badam.



Istimewanya Ostenutrix bukan hanya sekadar Kalsium malah lebih daripada Kalsium. 

MITOS,
Tak boleh makan Kalsium berpanjangan nanti sakit buah pinggang.

Ye, betul MITOS tu tapi tidak kepada Ostenutrix kerana Ostenutrix bukan hanya Kalsium. Ia mengandungi:

Kalsium - sebagai bahan asas untuk bina tulang
Magnesium - Membantu menghantar kalsium kepada tulang
Vitamin D - Merangsang penyerapan kalsium keseluruh badan
Boron - Membantu metabolisme tulang
Mangan, Kuprum dan Zink - Mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang.

Berbanding anda makan Kalsium sahaja kebarangkalian kalsium terenap ke dalam buah pinggang agak tinggi disebabkan tiada kenderaan iaitu Magnesium dan Vitamin D untuk membawa keseluruh badan.

Jadi, pilihlah Ostenutrix untuk sumber Kalsium terbaik anda.







Pada usia 30 tahun, tulang anda mula kehilangan lebih banyak kalsium berbanding kebolehan badan untuk bina tulang.

Mulakan pembinaan tulang anda SEKARANG sebelum anda menyesal nanti.

Wanita adalah tunjang sesebuah institusi kekeluargaan. Tanpa anda pincanglah keluarga. 

Sayangi diri anda sebelum anda menyayangi orang lain.
Hadiahkan kesihatan kepada diri anda sendiri dengan 
VITAMIN UNTUK WANITA terbaik dari Shaklee.
Kerana DIRIMU BEGITU BERHARGA.

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.


#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeSeriKembangan


-----------------------------------------------------------------------------------------


Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya

 HAFIZAH : 019-2118757




Thursday, August 3, 2023

Coq-Trol Plus Shaklee Bukan Sekadar Coenzym Q10

 

Hai Assalamualaikum sahabat fiezabard yang dikasihi. Apa khabar anda hari ini? Kak Fieza doakan anda dikurniakan limpahan kebahagiaan dan keceriaan.

Anda pernah dengar Coenzym Q10?

Kak Fieza akui sebelum Kak Fieza kenal Shaklee tak pernah wujud pun dalam kamus bahasa Kak Fieza perkataan Coenzym Q10 ni. 

Rupanya Coenzym Q10 ini sangat penting dalam sistem badan kita. Mari Kak Fieza story apa benda Coenzym Q10 ni.

Apa Coenzym Q10?

Coenzyme Q10 adalah sejenis coenzyme yang juga dikenali sebagai ubiquinone, diambil dari perkataan bahasa Inggeris ubiquitous yang bermakna ‘didapati di mana-mana’. 

Ia didapati secara semulajadi di dalam sel-sel badan kita. Coenzyme Q10 adalah bahan yang larut di dalam lemak dan bentuknya seperti vitamin K. Ada orang yang memanggilnya ‘Vitamin Q’. Namun begitu Coenzym Q10 bukan sejenis vitamin.

Fungsi Coenzym Q10

Coenzyme Q10 berfungsi untuk membekalkan atau membuang oksigen dari molekul yang aktif. Ia penting dalam proses pembuatan ATP, iaitu sumber tenaga badan, dari sumber pemakanan. 

Proses pembuatan tenaga ini berlaku di dalam mitokondria. Oleh itu, Coenzyme Q10 sangat penting dalam kesihatan sel, tisu dan organ badan kita.

Apa itu Mitokondria?



SISTEM BADAN kita terdiri dari pelbagai ORGAN. ORGAN pula terdiri dari berjuta-juta TISU. TISU pula terdiri daripada berbillion-billion SEL. Dalam SEL ini ada MITOKONDRIA.

MITOKONDRIA merupakan penjana kuasa kepada sel untuk menghasilkan tenaga kepada sel.



Kedudukan Mitokondria dalam sel

Penghasilan tenaga dalam bentuk adenosina trifosfat (ATP) dibuat dengan kehadiran oksigen untuk menyokong kepelbagaian fungsi asas sel. Contoh fungsi sel adalah pembahagian sel, pengecutan otot, penghasilan dan pemecahan protein serta pengawal aturan keupayaan membran.

Tanpa mitokondria, SEL tidak dapat berfungsi dengan baik. Secara tak langsung sistem badan juga gagal berfungsi dengan baik juga.


Coenzym Q10 adalah Nutrien larut dalam lemak yang terdapat dalam hampir semua sel. Ia merupakan ANTIOKSIDAN semulajadi. 

Coenzym Q10 bertindak sebagai palam pencucuh (spark plug) untuk memulakan proses penghasilan tenaga untuk menukarkan makanan kepada tenaga (ATP).

Coenzyme diertikan sebagai bahan yang penting dalam fungsi enzyme yang besar dan kompleks. Ketiadaan coenzyme akan membuatkan enzyme tidak boleh menjalankan tugasnya dengan betul. Coenzyme bukanlah sejenis vitamin, mineral atau hormon.  

Dari Mana Boleh Kita Dapat Coenzym Q10?

Coenzym Q10 terbina dengan sendirinya dalam badan kita. Namun begitu semakin bertambah usia kita, penghasilan Coenzym Q10 semakin menyusut. Makanya, kita juga perlukan tambahan Coenzym Q10 dari sumber luar.

Antara Coenzym Q10 boleh didapati dari:

  • Daging
  • Ikan
  • Minyak sayuran
  • Sayuran segar
  • Buah-buahan
  • kekacang

Namun begitu Coenzym Q10 mudah rosak melalui proses memasak. Tambahan lagi bagaimana anda nak pastikan cukup sumber Coenzym Q10 yang diperlukan dalam tubuh anda.

Coenzyme Q10 didapati di seluruh selaput sel di dalam badan kita, terutamanya di selaput-selaput mitokondria. Ia paling banyak di bahagian jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, limpa, pankreas dan gland adrenal. Jumlah keseluruhan bahan ini di dalam badan kita ialah antara 500-1500mg

Apa keburukan sekiranya kekurangan Coenzym Q10?


Walaupun pada hakikatnya badan kita boleh menghasilkan Mitokondria dan Coenzym Q10 secara semulajadi, namun faktor-faktor berikut boleh menjejaskan penghasilannya.

Antara faktor-faktor merosotkan penghasilan Mitokondria dan Coenzym Q10:

  • Peningkatan usia
  • Pemakanan yang tinggi lemak dan gula
  • Tekanan (Stress)
  • Kurang bersenam
  • Pencemaran alam sekitar
  • Penggunaan Statin untuk menurunkan paras kolestrol

Kandungan Coenzyme Q10 berkurangan bila usia mencapai 30 tahun, di mana selepas itu ia akan terus menurun bila usia meningkat. Bila kandungan Coenzyme Q10 berkurangan kesihatan badan kita secara menyeluruh juga menurun. Dijangka, bila kandungannya menurun sehingga 25%, pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, angina, sistem imunisasi menurun, kurang bertenaga dan lain-lain mula dirasai.

Sebab itulah mengambilan suplemen juga amat penting untuk menampung kelompongan Coenzym Q10 dalam badan kita.

Suplemen Coenzym Q10 yang terbaik dan Natural yang boleh anda cuba adalah COQ-TROL PLUS SHAKLEE.

TADAAAA!!



Coq-Trol Plus Bukan Sekadar Coenzym Q10



Coq-Trol Plus Shaklee bukan hanya sekadar Coenzym Q10 malah ia membekalkan sebatian semula jadi dan proprietari dengan 100mg Coenzym Q10 bersama Resveratrol dan Tokoferol.

Disamping itu ramuannya juga dilengkapi dengan sistem penghantaran Minyak Zaitun untuk penyerapan optimum.

Lebih istimewa Coq-Trol Plus Shaklee ini adalah formulasi berpaten untuk meningkatkan penyerapan Coenzym Q10. Patennya telah didaftarkan dengan Paten No. MY-139379-A. Ini bermakna tiada syarikat lain yang boleh meniru formulasi Coq-Trol Plus Shaklee. Special kan?

Tambahan lagi Gabungan Coenzym Q10 dan Resveratrol adalah pelonjak tenaga yang mantap.

Resveratrol terbukti secara klinikal dapat meningkat jumlah bilangan mitokondria iaitu Penjana Kuasa bagi sel anda.

Manakala, Coenzym Q10 dimana Jumlah CoQ10 yang tinggi dalam setiap mitokondria dapat meningkatkan tahap tenaga dalam sel-sel anda dengan ketara dan optimum.

Sebab itu saya boleh katakan Coq-Trol Plus ini bukan sekadar Coenzym Q10 tetapi lebih dari itu di mana tiada produk lain yang boleh meniru patennya.

Tambahan lagi Coq-Trol Plus Shaklee telah memperbaharui formulasinya dengan lebih baik lagi. Jadi siapa yang consume akan dapat manfaat yang lebih optimum.





Bayangkan anda perlu makan 2kg daging merah, 100 cawan brokoli rebus, 3.3 kg kacang dan 100 sudu makan minyak kanola untuk mencukupkan keperluan harian Coenzym Q10 anda setiap hari. Sanggup ke?

Sedangkan Shaklee telah sediakan Coq-Trol Plus dengan khasiat 100mg Coenzym Q10 dalam 1 kapsul sahaja. Anda hanya perlu telan sebiji kapsul sehari anda dah dapat sama khasiat seperti di atas.

10 Manfaat Coq-Trol Plus



Siapa Perlukan Coq-Trol Plus?


Golongan yang perlu ambil Coq-Trol Plus:
  • Mereka yang inginkan Jantung yang sihat dan pengguna STATIN.
  • Mereka yang inginkan zuriat.
  • Mereka yang amalkan gaya hidup aktif.
  • Mereka yang ingin kekalkan kulit sihat berseri.
  • Mereka yang ingin kekalkan ketajaman minda.


Anda tergolong dalam senarai di atas. Jom apa lagi dapatkan Coq-Trol Plus anda hari ini.



Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.


#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeSeriKembangan


-----------------------------------------------------------------------------------------


Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya

 HAFIZAH : 019-2118757