Wednesday, October 31, 2018

Rahsia Kekal Cergas Hamil Dalam Usia 40 tahun ke atas

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi.

Kak Fieza doakan anda semua dalam lindungan Allah swt hendaknya.

Entri kali ini Kak Fieza nak share Rahsia Kak Fieza kekal cergas hamil walaupun usia dah mencecah 42 tahun.

Kehamilan kali ini tidak dirancang. Tambahan lagi tahun 2017 yg lalu iaitu setahun yang lepas Kak Fieza mengalami keguguran buat pertama kalinya dalam usia kandungan Kak Fieza 2 bulan.

Terngiang-ngiang lagi kata-kata Gynea kesayangan Kak Fieza masa dapat rawatan selepas keguguran tempoh hari.

Dr Khamsiah kata 

"Lepas ni, rehat lah ye. You pun dah ada 5 kids, cukup-cukuplah ye. Lainlah kalau kamu baru anak sorang"



Inilah doktor Gynea kesayangan saya Dr Khamsiah. 4 dari 5 anak saya refer dengan Dr Khamsiah. Beliau dah masak sangat dengan ragam saya. Beliau merupakan pakar O & G dan juga pakar perbidanan di hospital Wanita dan Kanak-kanak Andorra. Beliau juga merupakan founder hospital Andorra.

Kalau ikutkan, Kak Fieza dah pencen pregnant dari tahun lepas lagi. Perancangan Allah adalah sebaik-baiknya. Alhamdulillah. Tahun ni 2018, Kak Fieza disahkan pregnant lagi buat kali ke-7 dan bakal menimang cahayamata ke-6 pula. Setiap anak itu ada lubuk rezekinya. Doakan Kak Fieza menjaga amanah besar dari Allah ini sebaiknya.

Sepanjang hamil kali ini, Alhamdulillah Kak Fieza tak de la mengalami morning sickness yang keterlaluan begitu juga kehamilan sebelum-sebelum nih.

Loya-loya seperti biasa je la. Mood malas je yang melanda semasa 3 bulan pertama (1st trimester) yang tak dapat dielakkan.

Risiko hamil usia 40-an

Memang tidak dinafikan dalam usia begini ada rasa bimbang memikirkan risiko-risiko yang bakal dihadapi hamil dalam usia 40-an. Walaupun kajian menunjukkan ramai wanita berusia lebih 35 tahun mengalami pelbagai komplikasi ketika hamil, namun nasihat saya jangan dengar omong-omong negatif dari orang sekeliling. Sebaiknya dapatkan nasihat doktor perbidanan yang terdekat untuk pemeriksaan kehamilan. Insya Allah doktor akan membantu sepanjang kehamilan dan kelahiran bayi anda.

Biasanya umur seperti saya yang dah masuk 40 series ni banyak risikonya, antaranya:

1. Risiko keguguran.
Jangkaan dari statistik bahawa 25% kehamilan diusia 40-an berakhir dengan keguguran sebelum janin berumur 3 bulan (seperti yang pernah Kak Fieza alami tahun lepas). Namun begitu 75% pula selamat melahirkan bayi mereka dengan selamat. Jadi kita ambil statistik 75% tu ye.

2. Risiko Down Syndrome kepada janin.

Ada kajian melaporkan bahawa 1 daripada 106 wanita yang hamil pada usia 40 tahun akan mendapat bayi yang mengalami Down Syndrome. Namun ini adalah dalam kes terpencil. Insya Allah, bayi yang bakal lahir akan sihat walafiat.

3. Risiko kencing manis dan darah tinggi ketika hamil lebih kerap menyerang wanita hamil usia 40-an.
Jika ini berlaku, anda tidak perlu panik kerana doktor akan memantau masalah ini. Wanita yang mengalami masalah ini serta bayi mereka selalunya akan selamat dan sihat, dengan syarat ikut nasihat doktor gynea anda ye.

4. Risiko kelahiran ceasarian (LSCS)
Kajian menunjukkan bahawa lebih ramai wanita hamil usia 40-an memerlukan pembedahan untuk melahirkan bayi mereka. namun begitu ramai juga berjaya melahirkan secara normal. Doakan Kak Fieza melahirkan secara normal ye.

Risiko di atas tu hasil dari kajian. Manakala pengalaman Kak Fieza pula sepanjang kehamilan kali ini sangat berbeza dengan kehamilan yang sebelum ini.

Symptom Kehamilan Yang Biasa Wanita Hamil Hadapi

Kak Fieza terimbau kembali saat kehamilan pertama Kak Fieza 15 tahun yang lalu.

Pelbagai symptom yang Kak Fieza hadapi antaranya:

😱 Low Blood Preasure
😱 Selalu letih
😱 Sakit pinggang yang teramat sangat
😱 Gigi rapuh, tetiba sebatang gigi Kak Fieza sumpik. Kesian gigi.
😱 Gusi berdarah, bila gosok gigi mesti ada kesan darah.
😱Sembelit yang keterlaluan (sehingga 3-4 jam dalam toilet, bayangkan)
😱 Krem kaki yang keterlaluan
😱 Sakit tulang belakang
😱 Hemoglobin rendah
😱 Kurang selera makan terutamanya trimester pertama ( boleh telan kurma je, air masak pun rasa tak sedap ketika hamil )
😱 Tak lena tidur
😱 Pedih hulu hati
😱 Stress

Bak kata, semua serba tak kena, layankan je la saat kehamilan itu.
Kepada yang sedang hamil pasti akan mengalami seperti Kak Fieza.

Waktu tu Kak Fieza kurang ilmu nutrisi, apa yang Kak Fieza fikir tika itu, semua symptom itu perkara biasa yang perlu dialami oleh setiap wanita hamil.

Bila tanya orang yang lebih berusia pun berkata begitu. Jawapan mereka " Alahhh, biasalah mengandung. Biasalah tu"

Dah tu, terpaksalah kita pun mengiyakan je la kata mereka tanpa sebarang solusi. Tanggunglah sendiri, hadaplah sendiri sehingga menangis tak berlagu.

Rupanya anggapan Kak Fieza tak betul. Semua symptom diatas dapat diatasi sekiranya kita mengamalkan pemakanan mengikut nutrisi yang lengkap ikut keperluan ibu dan bayi.

Kak Fieza fikir, cukuplah makan apa yang kita makan setiap hari dah cukup keperluan ibu dan bayi.

Kalau cukup kenapa masih ada symptom-symptom yang menjengkelkan tu kan?

Doktor pakar pun nasihatkan ambil suppliment semasa hamil


Siapa yang tak kenal Dr Hamid Arshat pakar sakit puan yang tersohor. Beliau amat sarankan para wanita ambil suppliment sepanjang hayat.


Ini adalah senarai suppliment yang disarankan wajib diambil oleh ibu hamil dan selepas bersalin seperti saranan Doktor Hamid Arshat pakar sakit puan.

Kekal Cergas dan Bertenaga Hamil diusia 40-an

Berbeza hamil kali ini, dalam usia 40-an. Kak Fieza rasa lebih bertenaga berbanding usia 20-an. Walau hakikatnya memang tak terlarat nak bawa perut terutamanya dalam usia kandungan trimester ke-3.

Pada awal-awal kehamilan Kak Fieza dalam trimester 1, Alhamdulillah Kak Fieza tidak mengalami alahan yang begitu teruk. Adalah loya-loya, tapi Alhamdulillah Kak Fieza masih boleh menjamah makanan yang dihidangkan. Sebab itu Kak Fieza rasa lebih cergas hamil kali ini. Rasa nak muntah tu ada, tapi tak la diluahkannya balik.

Berbanding hamil yang lalu, lepas makan je Kak Fieza akan terasa nak muntah dan keluar balik apa yang Kak Fieza makan. Mana tak letih.

Pada awal-awal trimester hamil kali ini, ramai rakan-rakan tak perasan yang Kak Fieza hamil memandangkan Kak Fieza cergas seperti biasa.

Bila perut dah memboyot baru la rakan-rakan perasan rupanya Kak Fieza Hamil. Masa tu pun usia kandungan dah 7 bulan baru mereka perasan.

Apa Yang Diamalkan Ketika Hamil Untuk Kekal Cergas

Sepanjang kehamilan kali ini Kak Fieza makan makanan yang rutin seperti biasa disamping ambil makanan tambahan.

Sebenarnya, sebelum hamil lagi Kak Fieza dah amalkan suppliment sejak 5 tahun lalu secara konsisten. 




Dah dekat setengah abad usia barulah Kak Fieza sedar pentingnya suppliment dalam nutrisi harian kita setiap hari terutamanya ibu hamil

Antara makanan tambahan yang Kak Fieza ambil adalah Set Lengkap Kehamilan Shaklee.



Nak tahu setiap kelebihan Set Lengkap Shaklee ni.

1) VITALEA WITH IRON (Multivitamin)

Mengandungi 28 jenis vitamin & minerals yg diperlukan badan. Mengurangkan keletihan, dan untuk kesihatan & kecergasan badan ibu sepanjang hamil, bersalin dan menyusu. Iron penting bagi menjaga tahap hemoglobin (hb) yang sihat untuk ibu. 

Vitalea ni wajib diambil oleh setiap wanita hamil untuk memastikan hemoglobin (hb) normal.

Macam Kak Fieza selalu mengalami tahap Hb yang rendah. Dengan konsisten pengambilan Vitalea, mudahan Hb Kak Fieza bertambah baik.

2) B-COMPLEX WITH FOLIC ACID

Folic acid melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan sistem sarafnya seperti spina bifida. BComplex adalah vitamin Anti-Stress, terutama bila ibu kurang tidur di akhir kehamilan dan semasa dalam pantang.

3) VITA-C

Tingkatkan sistem imunisasi ibu & bayi.

4) ESP PROTEIN POWDER

Protein membantu kecergasan badan ibu hamil & menyusu. Ia juga menggalakkan kecantikan kulit ibu & baby. Dalam susu ibu, komposisi terbesar juga adalah PROTEIN. Dengan ESP, dapat bantu pekatkan susu ibu & baby akan lebih cepat kenyang.


5) OSTEMATRIX (Calcium & Magnesium)

Kalsium berfungsi untuk pembinaan tulang dan gigi yang kuat. Ketika hamil & menyusu, semua kalsium dlm badan ibu akan disalurkan kepada bayi dalam kandungan dan ke dalam susu ibu yang diminum bayi. Komposisi terbesar dalam susu ibu selepas protein adalah KALSIUM.

Jadi, kalau ibu tidak cukup tambahan kalsium setiap hari, ibu akan mudah mendapat osteoporosis, sakit-sakit tulang & gigi luruh. Itu lah yang terjadi kepada Kak Fieza hamil sebelum ini. 

Ia juga membantu masalah susu merudum ketika haid dan membantu melegakan sakit-sakit badan, pinggang & belakang serta mengurangkan masalah sembelit bagi ibu hamil, berpantang & menyusu
6) OMEGAGUARD (DHA)

Mengandungi DHA yang penting untuk perkembangan sel-sel otak bayi dalam kandungan dan bayi yang menyusu. Omega juga membantu membakar lemak agar ibu cepat kurus semula selepas bersalin.




7) ZINC (Tambahan selepas bersalin)

Cepatkan penyembuhan luka bersalin (Paling penting bagi yang bersalin secara ceaserean). Juga membantu mengurangkan keguguran rambut selepas bersalin.

8) ALFAFA (Tambahan semasa menyusu)

Sebagai milk booster, herba utk bantu tambah penghasilan susu ibu.


Ok, Kak Fieza share dalam bentuk visual pulak. Nampak lebih jelas lagi.


"Apa yang kita makan, apa yang kita ambil dalam nutrisi harian seorang ibu hamil bukan untuk dirinya saja. Ingat ada mahkluk Allah lain dalam dirinya."


Kesan Pengambilan Nutrisi Lengkap SET HAMIL SHAKLEE

Alhamdulillah dengan izin Allah, Kak Fieza cergas dan bertenaga sepanjang kehamilan sambil melayan suami dan anak-anak yang 5 orang lagi tu.




Anak kucing pun akak kena layan tau. Si Cap yang Faris peluk tu bukan main manja lagi dengan Kak Fieza. Kalau Kak Fieza bangun malam solat, Si Cap la meneman di tikar sembahyang.

Apa yang Kak Fieza rasa sekarang, bila ada teman baik Suppliment Mesra wanita hamil ini bukan saja semasa hamil, lepas bersalin dan diusia mencecah setengah abad ini?

💕 Tenaga semakin bertambah
💕 Tiada lagi sakit belakang
💕 Kurang sakit pinggang
💕 Sembelit pun dah tak ada. Lawas sangat.
💕 Tiada lagi kekejangan (krem)
💕 Tidur yang sangat berkualiti bak sleeping beauty
💕 Tiada gusi berdarah
💕 Gigi semakin kuat dan sihat, tak rapuh
💕 Tahap Hemoglobin (Hb) bertambah baik
💕 Kurang rasa loya-loya
💕 Tak ada mengalami kurang selera makan ketika trimester 1
💕 Tiada pedih hulu hati
💕 Kurang rasa stress

Disamping itu Kak Fieza juga terpaksa berulang alik dari tempat kerja ke rumah sejauh 30 km balik dan 30 km pergi yang memakan masa 1-2 jam sekali perjalanan. Tambahan lagi keadaan jalan raya yang Kak Fieza lalui sentiasa mengalami kesesakan. Alhamdulillah dengan bekalan Set Lengkap Hamil Shaklee Kak Fieza dapat kawal tekanan yang dihadapi (BComplex Shaklee suppliment Anti-Stress). Mak Yong mana boleh stress-stress kan. Nanti akan menjejaskan emosi kandungan.

Syukur Alhamdulillah dipertemukan dengan SET HAMIL SHAKLEE yang selama ini saya cari sebagai solusi hebat symptom-symptom yang dialami semasa hamil.

Testimoni Set Hamil Shaklee

Di sini saya nak share beberapa testimoni yang pernah amalkan SET HAMIL SHAKLEE





Sekiranya anda seusia dengan Kak Fieza atau mengalami masalah seperti Kak Fieza suatu ketika dahulu boleh hubungi Kak Fieza untuk khidmat nasihat kekal cergas semasa hamil.

Mudahan Kak Fieza doakan anda juga dikurniakan kesihatan sepanjang kehamilan, melahirkan dan sepanjang berpantang.

Doakan Kak Fieza juga melalui proses kehamilan dan proses bersalin nanti dengan mudah dan bersalin normal ok!

Sekiranya anda suka dengan entri saya sila tekan button SHARE dan LIKE di bawah. Semoga dengan sekali tekan anda ramai yang akan dapat manfaat. Anda akan dapat pahala FREE je.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:


pages:


Purplehomeshoppe

Friday, October 12, 2018

TWB Success Story : Income Sejam Sekarang Sama Dengan Income Sehari Kerja Dulu


Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard sekalian?

Saya doakan anda ceria dan dilindungi Allah sentiasa.

Semalam Kak Fieza berpeluang ikuti perkongsian Fara, salah seorang Beautician TWB yang berjaya transform dirinya dari biasa-biasa ke luar biasa.




Jemput ikuti kisah beliau ye.

Nama saya Farah. Umur 29 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berumur 4 tahun.

Saya graduan dalam jurusan Diploma Architecture TAPI tak pernah bekerja dalam bidang ni sebab bile minta kerje saya fresh grad. Semua firm nak yang berpengalaman. Walaupon result saya memang okey sangat. Setiap semester dapat anugerah dekan,  tapi tula Allah atur baik perjalanan untuk saya.

Ayah saya orang yang paling KECEWA sebab saya tak keje tetap dalam bidang tu. 

Last-last saya dapat kerja kontrak government tapi sebagai kerani sahaja.  4 tahun kontrak sahaja dan terpaksa PJJ dengan suami sebab saya kerja kat Terengganu dan dia di Putrajaya.

Lepas bersalin, suami ajak saya balik Putrajaya sebab nak jaga anak bersama. Dia rasa sayang sebab tak boleh tengok anak membesar.

Masa ni saya duk fikir nak buat ape bile berhenti kerja. Sebab saya suka fesyen, saya pon belajar menjahit. Saya masuk giat mara 6 bulan pulun belajar menjahit. 

2 tahun saya menjahit tapi saya STRESS sangat. 

Tak boleh keluar, tak ada masa lebih-lebih lagi time puasa. Memang tak tido malam la jawabnya. Saya ingat lagi setiap kali puasa semua beli bungkus. Sebab tak sempat masak. 

And rumah?? 

Macam kapal pecah! Kain perca merata / pola sana sini.

Stressnya menjahit ni sampai tak ada masa nak urus diri sndiri.

Tu kalau dapat customerr yang cerewet lagi stress. Yang  lambat ambik baju lagi la stress.

Hujung bulan baru dapat duit sebab time gaji baru datang. Yang berbulan tak ambik baju pon ada

Stress ni memang musuh kita terutama wanita. Sebab teruk + penat saya dah tak sanggup nak menjahit. Saya nak bisness yang ada masa untuk diri sendiri.

Sebab stress saya tak sempat jaga diri sendiri. Muka saya habis naik berjerawat. Malu kepada diri sendiri. Malu kepada suami. Malu kepada kawan kawan. Malu kepada semua. Saya rasa rendah diri. Tapi itu dulu lah.

Saya start ambik customer 1 bulan lepas traning. Tu pon tak confident. Tapi saya pi jumpa customer pakai mask. Yerlah, nanti customer cakap aper pulak. Muka sendiri tak terjaga, nak jaga muka orang. Macam macam saya fikir masa ni.

Perlahan lahan, kulit wajah saya makin bersih dan cantik. Muka customer saya jaga, muka saya lagilah saya kena jaga.

Sekali dah join bisness cantik-cantik ni, confirm kita sendiri akan jadi nak cantik nak sihat dan nak lifestyle kelas. Syukur Alhamdulillah.

Kehidupan Semakin Berubah

Kenapa saya kata life saya berubah?

First, mentor dalam TWB selalu tekankan jaga 3 perkara.

Dhuha
Tahjud
Sedekah

Jarang ada group yang tekankan perkara-perkara macam ni untuk diamalkan.

Saya jadi insan yang betul betul minta apa-apa dengan Allah. Sebab tu semua yang join TWB memang akan jadi wanita yang sangat-sangat kuat.

Sejak join TWB saya sangat sangat bebas. Saya dapat instant CASH! Tak ada tunggu-tunggu dah orang lambat ambik kain.

Dan perubahan besar saya ialah saya bebas nak balik kampung bile-bile je. Mak saya kurang sihat. Jadi saya nekad tiap-tiap bulan nak balik jenguk dia.. 

YES! Dengan TWB saya boleh beli tiket flight balik Terengganu balikk hari. Pergi awal pagi, balik last flight.

Saya boleh belanja mak ayah makan sedap-sedap.

And balik kampung tak kosong taw. Kawan-kawan saya kat kampung memang tunggu saya balik nak facial. See mana-mana pun jadi wang. Betullah mentor saya cakap, di mana ada wanita di situ ada wang.

Memang enjoy sangat. Dan bayangkan hasil 1 jam FACIAL = 1hari jahit baju.

Dulu saya ambik baju kurung moden RM70 sepasang. Menjahit dari pagi. Pola-gunting-kelim-jahit-jahit tangan. 

Sehari sehelai baju kalau non stop. Kalau berhenti masak, layan anak-anak 2 hari la jadinya. Kerja keras dua hari untuk dapat RM70. Huhhh..

Tapi sekarang.. Dah berbeza. Kerja dua jam setengah dah leh dapat lebih RM200. And yang lagi best tak yah pening-pening nak bayar sewa atau pekerja. Income bersih! 

Cuma saya simpan. Contoh saya dapat RM100. Saya simpan 20% dari RM100 untuk 4 bahagian. ( Modal / Saving/ Sedekah/ Ibu abah )

20% dari RM100 = RM20

Dari RM100 saya asingkan RM20. RM80 lagi saya enjoooyy. Untuk kegunaan peribadi dan keluarga.

Dalam bisnes mobile spa ni, yang perit bila kita malas. Sebab kalau rajin mmg dapat cash. 

Saya pernah tak de customer seminggu. Tapi bile jumpa mentor, lepas coaching memang panas bontot laaa..

Sebab tu sangat-sangat penting bisness ada MENTOR!

Dulu menjahit saya sorang-sorang. Tak ada mentor. Memang ada group menjahit tapi masing-masing semua mengeluh penat. Stress dengan customer.  Dengan-dengan kita down. So nangis la bucu mesin sama sama. 

Sekarang bile stress 'Jom lepakk jumpa mentor' class sangat jahhh.

Geng-geng TWB yang dekat semua macam adik beradik. Boleh jumpa untuk sharing sebab kita dihaluan yang sama.

Kami geng-geng TWB sangat-sangat support antara satu sama lain. 

Enjoy sangat buat spa ni. 

Produk kita guna sangat-sangat powerfull. Tu yang membezakan kita dengan spa lain. Dan saya dah ada hampir 15 orang customerr regular. Dah repeat facial 3x setiap bulan. So saya tak yah marketing kaw-kaw sangat sebab customer memang akan ada.

Sebab tu saya cakap kenal TWB satu rahmat besar buat saya. 360 darjah hidup saya berubah!

Kalau rasa RM1999 tu besar, tapi time kita susah time kite nak cash dari pelaburan ni la yg boleh bantu kita. Insyaallah.

Saya tak rasa RM1999 ni mahal sebab bila join training ni, kita dah dapat semua barang siap. Bayar - Pergi Training One To One - Dapat Semua Barang - Terus Buat Servis.

Tarik beg, terus pergi buat duit berkepok kepok.

Terima kasih sebab sudi baca sharing saya. Saya sangat-sangat menanti korang dalam group ni jadi keluarga baru TWB.

Sekian sharing dari saya. 

Farah

#akuyangdulubukanakuyangsekarang
#thewalkingbeauty
#buatduitharihari

---------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah. Sekarang Dah Ramai Yang Berjaya

Jika ada sahabat yang nak tahu detail pasal bisnes mobile spa ni. Boleh PM Kak Fieza di 019-2118757.

ATAU

klik  👇👇👇

Saya Nak JOIN TWB

Nanti Kak Fieza kongsikan detail macam mana anda pun boleh jana pendapatan melalui Mobile Spa seperti Fara. Jangan risau, nak terang tu free jer. Nak join nanti baru bayar. Dah dengar penerangan, tak nak join tak per.

#silasharekegrouplain
#semogabermanfaat
#thewalkingbeauty
#FBEEmpire
#TWB
#fiezaDBeautyHomeSPA

Ini adalah peluang anda untuk mendapat income secara konsisten setiap bulan.

Perlu diingat, ini adalah BUSINES SPA ok! Bukan duduk goyang kaki duit tetiba datang bergolek. No...No...No....

Tiada istilah goyang kaki dapat duit. Sapa usaha dia dapat. Sapa tak buat melopongla dia.

Nak tahu lebih lanjut tentang TWB, jemput baca di sini ye. Klik LINK di bawah





Jangan tunggu lagi!

Trainers TWB berada di SELURUH MALAYSIA!
Jom sama-sama kita jana pendapatan dengan skill mobile spa dengan team TWB sekarang!

Sila hubungi saya untuk menjadi sebahagian daripada 
TWB BEAUTICIAN dalam team
FIEZABARD EMPIRE (FBE) !

Sila klik


Atau 

hubungi talian 019-211 8757

SEKARANG!

Sekiranya anda suka entri ini, sila Tekan Button LIKE dan SHARE supaya lebih ramai yang dapat manfaatnya.

Hafizah
019-211 8757
*Founder Fieza D'Beauty Home SPA*
*Certified TWB Beautician*

Anda mungkin berminat membaca perkongsian seterusnya







Tuesday, October 9, 2018

5 Fungsi Luar Biasa Vitamin C Untuk Kekalkan Kesihatan Dan Kecantikan

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi?

Saya doakan anda dalam lindungan Allah sepanjang hayat.

Entri kali ini saya nak share dengan anda betapa pentingnya vitamin C dalam badan kita.

Sebelum tu jom kita berkenalan dengan Vitamin C ni ye.



Apakah Vitamin C?

Vitamin C adalah vitamin larut air juga di kenali sebagai Ascorbic Acid.

Ia amat diperlukan oleh badan manusia kerana ia tidak boleh dibina secara semulajadi oleh badan manusia , oleh itu ia perlu diambil secara konsisten.

Vitamin C dari sumber semulajadi ( dari makanan ) ataupun yang di sintesis ( L – Ascorbic Acid) adalah sama secara kimianya dari segi fungsi didalam tubuh badan manusia untuk keperluan fungsi biokimia badan. 

Kekurangan vitamin C didalam badan akan menyebabkan penyakit yang dinamakan SCURVI yang banyak dihidapi oleh pelaut-pelaut pada masa dahulu kerana pemakanan mereka yang tidak mengandungi vitamin C.

Sejarah Vitamin C

Pada tahun 1747, Dr James Lind, seorang doktor telah membuat kajian bahawa pelaut yang diberi makan buah oren dan lemon tidak akan mendapat penyakit skurvi ini. 

Hasil kajian beliau ditulis di dalam bukunya ‘The Treatise of the Scurvy’ pada tahun 1753. Seperti biasa nasihat beliau tidak diperdulikan sehinggalah beliau meninggal dunia.

Hanya pada tahun 1795 barulah angkatan laut British mewajibkan pelaut-pelautnya memakan buah oren dan lemon untuk mencegah skurvi sehinggakan mereka di gelar ‘limey’. 

Mereka yang engkar boleh dikenakan hukuman yang berat.
Dalam tahun-tahun yang berikutnya vitamin C semakin menjadi tumpuan ahli sains kerana penonjolan yang dibuat oleh seorang saintis yang amat terkenal iaitu Professor Dr Linus Pauling.

Beliau telah memenangi hadiah nobel sebanyak dua kali (yang pertama dalam bidang biokimia dan keduanya untuk keamanan/peace). Oleh sebab itu beliau amat terkenal dalam dunia sains. Beliau telah menulis buku yang bertajuk ‘Vitamin C and the Common Cold’ .

Dalam dua dekad yang terkini fungsi vitamin C sebagai anti oksida lebih banyak dikaji dan hasil kajian menunjukkan kehebatan vitamin C sebagai antioksidan.

Selain dari itu vitamin C juga mempunyai lebih dari 200 fungsi-fungsi lain dalam proses biokimia tubuh manusia. Prof. Dr Linus Pauling yang telah meninggal dunia pada tahun 1994 pada usia 93 tahun.

Beliau juga telah menulis buku bertajuk ‘Cancer and Vitamin C’ berdasarkan kajian yang dilakukan bersama dengan Dr Ewan Cameron, ahli perubatan dari Scotland. 

Di dalam bukunya beliau menerangkan kaedah merawat pesakit kanser tahap akhir dengan megados vitamin C setelah terapi dengan cara lain gagal tetapi tidaklah menolak sepenuhnya kaedah rawatan kanser yang biasa dengan kaedah kimoterapi atau radioterapi.

Nampak tak, betapa penting nya vitamin C ni untuk melawan kanser.

Fungsi Vitamin C

1. Vitamin C diperlukan dalam penghasilan Kolagen ( Collagen ) semulajadi badan , di mana kolagen ini amat penting sebagai struktur utama komponen dalam saluran darah , tendon, ligaments , tulang , gigi ,rambut dan kulit.

2. Vitamin C penting untuk penghasilan bahan neurotransmitter & hormone norepinephrine , di mana bahan – bahan ini amat kritikal didalam fungsi otak & saraf manusia.

3. Vitamin C bertindak sebagai bahan ANTIOKSIDAN didalam tubuh yang berfungsi untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke , barah dsbgnya. 

Radikal bebas ini terhasil secara semulajadi didalam tubuh kerana proses-proses biokimia didalam badan dan juga disebabkan oleh faktor luaran seperti pencemaran ( air, udara , makanan) , stress, toxin , pancaran sinar ultra ungu ( UV light ) dari matahari dsbgnya

4.  Vitamin C membantu untuk mengaktifkan agen –agen antioksida yang lain didalam tubuh seperti Vitamin E , Glutathione dsbgnya

5. Fungsi lain

Diantara fungsi  lain Vitamin C (secara ringkasnya) : 

❤ Sebagai Anti Oksidan yang penting.❤ Pemulihan luka dan melecur.❤ Pembinaan collagen dalam badan.❤ Membantu tumbesaran tisu tubuh manusia.❤ Membantu penghasilan hormon.❤ Membantu penghasilan protin untuk sistem immuniti tubuh.❤ Membantu dalam pencegahan kanser, strok, sakit jantung koronari, jangkitan kuman yang teruk.Membantu mengurangkan kolestrol darah LDL dan menambahkan kolestrol HDL (kolestrol baik).Membantu mencegah atherosclerosis (mendapan kolesterol pada dinding saluran darah).❤ Mencegah lebam (bruises) dan pendarahan dari gusi atau hidung tanpa sebab.❤ Membantu memelihara kulit yang sihat dan cerah.❤ Mencegah penyakit katarak (cataract) mata.❤ Membantu mengawal tekanan darah tinggi.❤ Membantu mengawal dan mengurangkan selsema.

Banyak juga fungsi Vitamin C ni ye. Bukan hanya untuk imun sahaja malah mencegah dari sebarang penyakit kronik.

"Sistem badan kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C dengan sendirinya. Vitamin C perlu diambil dari sumber luar"

Siapa yang memerlukan Vitamin C?

1. Perokok dan mereka yang bergaul dengan perokok (vitamin C mudah musnah oleh pencemaran udara iaitu asap rokok, jadi orang yang disekelilingnya akan terkena tempiasnya.) Jika cuaca berjerebu juga sebab itu disarankan orang ramai meningkatkan pengambilan vitamin C.

2. Ibu mengandung, ibu menyusu atau ibu selepas bersalin. Mengapa? Sebab pada tahap ini imun ibu adalah kurang berbanding dengan ketika di luar waktu tersebut.

3. Individu dalam proses penyembuhan penyakit atau selepas pembedahan.

4. Kanak-kanak. Vita C chewable ada dan memang sedap.

5. Orang yang mudah selesema dan demam. Untuk tingkatkan imun badan.

6. Pesakit berkaitan kardiovaskular seperti jantung, stroke, kolestrol tinggi dan darah tinggi.

7. Pesakit anemik (gejala kurang darah)

8. Orang yang ingin kulit gebu, anjal dan awet muda

9. Orang yang ingin membaiki kesihatan seksualnya

10. Orang yang nak kurus

11. Orang yang selalu stress dan moody

Jadi, anda dalam kategori yang mana?

"Ramai yang tak tahu atau tak sedar atau buat-buat tak tahu mereka perlukan Vitamin untuk melengkapkan Nutrisi Harian mereka"

ye, ramai yang endah tak endah betapa perlunya pengambilan vitamin dalam diet harian mereka. Bila dah sakit. bila dah demam. bila dah kronik baru nak terhegeh-hegeh ambil vitamin.

Padahal, hakikatnya vitamin bukan ubat ye. Ia seperti makanan harian yang kita ambil setiap hari. Nama pun makanan tambahan. Bila nutrisi dalam badan mencukupi, badan kita sentiasa sihat.

Kesan Kekurangan Vitamin C

Kekurangan vitamin C merujuk kepada kekurangan jumlah vitamin C dalam diet pemakanan kita. 

Bila kekurangan ini tidak diendahkan, lama kelamaan akan menyebabkan kolagen baru tidak dapat dibentuk, seterusnya menyebabkan pelbagai tisu dalam badan mula pecah lalu proses pembaikan tisu badan boleh terjejas.

Jika keadaan di atas berterusan ditambah pula kekurangan vitamin C yang semakin kronik, ia boleh membawa kepada penyakit skurvi.

Disamping itu, anda juga mudah dijangkiti penyakit disebabkan sistem badan kita kurang daya ketahanan penyakit (kurang imun).



APA ITU PENYAKIT SKURVI?

Penyakit skurvi merupakan penyakit yang dikaitkan dengan kekurangan Vitamin C. Penghidap skurvi akan berasa lemah dan pucat, gusinya lembut dan giginya mudah goyang dan juga mudah mengalami pendarahan di bawah kulit dan pada sekitar sendi.

Pendarahan pada sendi akan menimbulkan rasa amat sakit yang kadangkala disangka sebagai penyakit reumatisme atau atrhtritis.

Gusi akan mudah berdarah dan menjadi ulser atau mudah juga terkena jangkitan (infeksi). Sebarang luka yang dialami juga akan lambat sembuh.

Ujian Kekurangan Vitamin C

Sebenarnya, mudah je nak kenal pasti anda cukup Vitamin C atau tidak.

Ujian ini boleh dilakukan sendiri terhadap diri anda.

Begini caranya,

“Cakarkan kulit anda dengan menggunakan kuku anda. Jika ada tanda garis berwarna putih, ini bermakna anda kekurangan vitamin C. Sekiranya tiada garis bermakna vitamin C anda mencukupi.”


Cuba anda buat sendiri. Cakarkan kulit anda dengan kuku seperti gambat di atas.

Apa terjadi?

Ada kesan putih?

Tandanya anda kekurangan Vitamin C. Tambahkan dos pengambilan vitamin C anda.

Sekiranya tiada kesan gores putih.

Tahniah anda cukup nutrisi Vitamin C.

Apakah tanda-tanda kekurangan Vitamin C?

Tanda-tanda kekurangan vitamin C:

- Gusi sentiasa berdarah (kekurangan pembentukan kolagen)
- Tanda lebam pada badan
- Luka lambat sembuh
- Sering letih dan lemah
- Anemia
- Rambut kerap kali gugur
- Sakit sendi
- Darah dalam mata
- Kulit kering dan gatal
- Mengalami depression
- Ekzema
- Kurang selera makan
- Masalah pencernaan
- Kekurangan berat badan

Apa istimewanya Vitamin C Shaklee?

Sustained Release Vita-C PlusTM adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

Hakikat sebenar, kita memang tak mampu nak makan satu biji stgh buah oren setiap jam. Jadi, short cut. Mkn lah vitamin C shaklee. Telan je.. hehe❤️

Vitamin C Shaklee mengandungi 120mg Bioflavonoid yang akan membantu meningkatkan keberkesanan vitamin C, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas. 

Ujian klinikal membuktikan pengambilan vitamin C dalam 2 tablet dalam jarak masa 5 jam mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam.

Shaklee design teknologi 'Sustained Release' atau Sains Pembebasan Berterusan Secara Semulajadi.



1 tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 7.5 biji buah oren.
Boleh byg x mcm mne shklee transfer 7.5 buah oren punye khasiat ke dlm sebiji tablet vitamin C tu tanpa mngurangkan khasiat nye?

Shaklee ada teknologi yang sangat canggih untuk transform khasiat buah ke dlm tablet tanpa menjejaskan kualitinya. 👍

Apa lagi keistimewaan Vita-C Shaklee? 😃 

1) Membentuk Kolagen
 - Vitamin C akan membantu merangsang pembentukan kolagen, sebab tu bile kita ambil suplemen kolagen, kita kene cek kandungan kolagen tu ada disertakan sekali tak Vitamin C dalam suplemen kolagen tu. Sebab kalau tiada maka kurang berkesanlah suplemen kolagen yang anda beli tu..huhu...untuk stay firm. kolagen need a lot of Vitamin C..

Tau tak ape tu kolagen?

Kolagen merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Kolagen penting kerana ianya mampu mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.

2) Mengurangkan Simptom Pendarahan 

- Bila badan kite kurang Vitamin C, gusi kite akan senang berdarah, kulit lebam, cedera pun lambat nak pulih. Kulit jadi kering, kasar dan ruam. Ni memang kena cpt2 ambil vitamin C

3) Meningkatkan Sistem Imun Badan 

- Vitamin C membantu sel darah merah yang sihat untuk menyerap zat besi dengan lebih baik. 
Ianya juga membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

4)  Mengurangkan asthma dan alergi hidung dan kulit. 

5)  Menyingkatkan waktu pemulihan ketika sakit. 

-Terdapat bukti yang menyatakan pengambilan Vitamin C untuk mengatasi masalah batuk dan selsema mampu mengurangkan simptom sakit yang lebih serius seperti pneumonia dan            jangkitan paru-paru 

6) Memerangi Kanser 

- Vitamin C merupakan satu-satunya antioksida yang berkuasa meningkatkan interferon semulajadi badan.  

7) Merangsang pengeluaran T-sel untuk melawan sel-sel kanser 

8)  Membuang bahan kimia berbahaya dari badan kita dengan berkesan.

9) Menghapuskan radikal bebas seperti sisa toksik bahan kimia  dan pencemaran asap rokok               sebelum ianya menyerang sel-sel kita.

10) Mencantikkan Kulit - Jika setiap hari kita mengambil Vitamin C secara konsisten, ia mampu menjadikan kulit kita lebih cerah.  

11) Melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen penyebab utama kejadian jeragat. So cara kawal jeragat ialah dengan mengambil Vitamin C setiap hari!

Terdapat satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition, kajian tersebut menguji kaitan antara pengambilan nutrien dengan proses penuaan pada 4025 wanita yang berusia dari 40-74 tahun.

Kajian tersebut menunjukkan pengambilan Vitamin C yang tinggi mampu mengurangkan kedutan dan kekeringan kulit. Kulit juga kelihatan lebih baik.







Amaran:

Vitamin C  sangat sensitif dengan tekanan, dan ia merupakan nutrient pertama yang mudah hilang pada perokok, peminum alkohol dan mereka yang obes. Mereka yang selalu tertekan memerlukan lebih Vitamin C setiap hari.

Sekiranya ada seorang perokok, atau pun perokok pasif (individu yang sentiasa terdedah dengan perokok), peminum alkohol dan individu obes dan individu yang mengalami tekanan amat disarankan pengambil Vitamin C lebih dari individu normal.

Sumber Asli Yang Boleh Membekalkan Vitamin C


Terdapat pelbagai sumber makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah-buahan sitrus, strawberri, tomato, brokoli, kentang dan ubi biru (sweet potato). Sumber lain pula seperti sayuran hijau tua, betik, mangga, tembikai, kobis bunga, kobis, cili merah, resberi, blueberi, nenas dan labu.

Permasalahan utama kita nak dapatkan khasiat drpd makanan ialah mslh DUIT..sebenarnya makanan yang tinggi vitamin adalah mahal. tak semua orang mampu beli makanan berkhasiat setiap hari, betul x?

Untuk mendapat kebaikan pelbagai jenis vitamin dan mineral kita perlu mengambil 5-7 hidangan buah dan sayur-sayuran. Atau dalam bahasa yang lebih senang dalam sehari kite perlu mengambil 3 mangkuk sayur dari 4 jenis warna.

Mampu ke nk consume semua tu?

Sehabis baik pun kite makan sayur dan buah ialah waktu lunch dan dinner. Breakfast adalah sikit itupun timun dalam nasi lemak, huhu... secara praktikal dan sukar kita tengok orang yang betul-betul dapat mengambil sayur dan buah-buahan mengikut kadar yang ditetapkan bagi mendapatkan nutrient penuh untuk tubuh kita.

Maka pengambilan suplemen adalah lebih praktikal untuk mengisi lompang-lompang nutrisi penting seperti Vitamin C. 

Jika kita ingin mencuba suplemen yang murah, penting dan berkesan, maka Vitamin C Shaklee adalah yang terbaik buat anda. Pastikan shaklee, baru beli

Zaman sekarang ni susah nak dapatkan makanan mentah mcm buah dan sayur yang 100% bebas dari bahan kimia berbahaya seperti pesticides. Kebanyakan peladang tidak terlepas menggunakan racun perosak untuk menjaga tanaman ladang mereka. Itu la yang kita ambil nanti sayur dan buahan yang kononnya segar.

Kalau ada pun sayur dan buah yang tidak terdedah dengan racun perosak adalah dari sayur dan buahan organik yang agak mahal harganya.

Sedangkan Vitamin C shaklee kalau kira-kira balik tak mahal pun sebenarnya. Sebiji RM 0.45 je harga ahli @ RM0.55 sebiji hrge bukan ahli

Dengan hanya 55 sen, dapat khasiat vitamin C yang bersamaan dgn 7 biji setengah buah oren. Wow! murah gilerrr..

Best ke best!

Testimoni pengguna Vitamin C










Sebenarnya banyak lagi testimoni Vita C Sustained Release ni. Tapi cukuplah setakat ni yang saya kongsikan. Next episod saya share lagi.

Vita-C Sustained Release disarankan diambil dalam set-set seperti berikut

👉👉👉👉 SET HAMIL
👉👉👉👉 SET LEPAS BERSALIN
👉👉👉👉 SET RESDUNG
👉👉👉👉 SET GASTRIK
👉👉👉👉 SET KECANTIKAN
👉👉👉👉 SET KESIHATAN OPTIMUM
👉👉👉👉 SET KESUBURAN
👉👉👉👉 SET MENYUSU
👉👉👉👉 SET KURUS
👉👉👉👉 SET ALZHEIMER
👉👉👉👉 SET EKZEMA
👉👉👉👉 SET ASMA

Untuk info lanjut berkenaan set-set di atas boleh hubungi saya ye.

Tawaran Hebat Vita C Sustained Release

Kebetulan sedang elok bulan Oktober 2018 ini adalah Bulan Vita C Sustained Release.

Kepada anda yang ingin mendapatkan Vita C Sustained Release dengan tawaran hebat hanya pada BULAN Oktober 2018 ini sahaja boleh hubungi saya seperti nombor tertera di bawah.

Tawaran hanya sah dari 1 October - 31 October 2018 Sahaja OK!

Contact Kak fieza segera supaya tidak terlepas dengan tawaran hebat nih.

KLIK 'Nak Vita C' DI BAWAH

👉👉👉👉 NAK Vita C
👉👉👉👉 NAK Vita C
👉👉👉👉 NAK Vita C




Jom amalkan Vita C Sustained Release untuk TAMBAHKAN KUALITI KESIHATAN anda

Hubungi Kak FIEZA (019-211 8757) segera untuk HARGA TERBAIK!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

hafizahmahfoz

pages:


Purplehomeshoppe