Thursday, September 17, 2015

SUNGAI SENDAT TEMPAT BERKELAH YANG WAJIB DILAWATI

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi. Salam satu Malaysia.

Sempena cuti Hari Malaysia baru-baru ini, saya dan famili bercadang picnic ke Sungai Sendat.

Dah lama sebenarnya anak-anak mengecek picnic mandi manda di air terjun. Ayahnya asyik sibuk saja. Ke sana ke mari bawa orang bercuti, anak sendiri tak sempat nak bawa jejalan.

Bukan main seronok lagi mereka bila malamnya ayah ajak mereka mandi sungai. Horrayyy! la budak-budak nih.


Bunyi air menderu yang sangat mendamaikan. Inilah suasana Sungai Sendat bila ada public holiday.



Route nak ke Hutan Lipur Sungai Sendat dari Lestari Putra, Seri Kembangan (SILA KLIK PHOTO). Coordinate : N3.1037171,E101.700022

Kami bertolak dari rumah di Lestari Putra lebih kurang jam 9.00 pagi. Singgah dulu tepi jalan beli nasi lemak beratur dan sedikit kuih muih.

Hutan Lipur Sungai Sendat terletak di Jalan Ulu Yam nak ke Batang Kali. Sekiranya dari Seri Kembangan jaraknya lebih kurang 73.5 km dan memakan masa lebih kurang 1 jam 20 minit untuk traffic yang lancar.

Ada banyak laluan yang boleh dilalui untuk ke Sungai Sendat dari Seri Kembangan. Antaranya:

Route 1 : Jalan Ke Ulu Yam - Batu Caves melalui route Lebuhraya Damansara Puchong.
Route 2 : Jalan ke Ulu Yam - Batu Caves melalui Jalan Lingkaran Tengah 2.
Route 3 : Jalan ke Ulu Yam - Batu Caves melalui Jalan Kucing.

Boleh refer google maps (Sila Klik)



En Husband mengambil keputusan untuk melalui Jalan Lebuhraya Damansara Puchong untuk mengelakkan traffic jammed.

Almaklumlah hari cuti, kalau masuk area Lembah Kelang kebiasaannya mengalami kesesakan luar biasa.

Route ini diambil dari jarak rumah saya. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur jarak perjalanan hanya lebih kurang 43 km sahaja. Boleh refer google maps atau setkan GPS anda anda di Coordinate : N3.1037171,E101.700022

Perjalanan ke sana untuk normal traffic memakan masa selama 1 jam 20 minit lebih kurang.

Wajah-wajah ceria mereka dapat picnic


Arah ke Sungai Sendat dari Jalan Ulu Yam. Jangan salah arah pulak.


Sungai Sendat, here we come!


Sampai di sana dah jam 11.00 pagi. Dah ramai orang bermandi-manda di situ. Jam berapa agaknya mereka sampai ye?

Anak-anak lah yang paling seronok sebab dah lama tak berendam. Lagi pun kami nak lari dari keadaan jerebu di tempat kami.

Bila berada di dalam hutan dan dengan bunyi air menderu ini terasa sangat segar dan badan terasa fresh. Orang kata kalau kita berada dalam hutan cas-cas negatif dalam badan kita akan terhapus dan cas positif dari persekitaran akan pindah ke badan kita pula.

Betullah agaknya, sebab lepas berada beberapa jam di hutan ni rasa macam ringan je badan yang selama ni terbeban dengan suasana bandar yang agak tercemar. I love nature.

Oklah, jom jemput tatap saat-saat best dalam hutan lipur ni.

Sebelum terjun warmap dulu. Tengok orang terjun dulu ye.

One 
Two
GO!!




pergh ada berannn!!

Tengok versi terjun kanak-kanak pulak







ahaaa...amacam? selamat sikit untuk kategori kanak-kanak.



Tak konfiden terjun versi dewasa tu. Terjun yang versi kanak-kanak pun sakit punggung.


Suka sangat Awina kat celahan batu-batu sungai


Ini aktiviti wajib En. Badrul Hisham. Pergilah kemana-mana sungai atau air terjun pasti buat empangan jadian. Nak terjun tak konfiden katanya. Kalau masa mude dulu dia lah juara. Faktor usia kot.


Dah lencun, lapar pulak.






Lihat atas: apa gamaknya cik abang tu nak buat.
Lihat bawah: kreatif abang tu, buat susunan batu abstract tanpa jatuh.


Abang Long teringin nak terjun but No! No! No! dangerous for kids.




Awina demam sebenarnya, sampai sini terus baik demam. Betullah tu cas positif dah serap masuk dalam badan dia. Buang cas negatif jauh-jauh.




Kelaparan ke cik abang. 2 bungkus nasi lemak dibedalnya.


lapar jugak la tu. tenaga dah habis digunakan.




Scroll sampai bawah, anda akan lihat suatu yang ajaib!


Scroll lagi
.
.

Ready
.
.
.

One..
Two..
Go!


YEEEHAAAAA!!!

ORANG TERBANG!

Amcam best ke best!!


Dua beradik ni pulak bersantai-santai atas aliran air. Sejukkk je.



Masing-masing mulut dah biru. Sejuk sangat.



Ambil wudu' katanya. Imam mude Faris.


I like nature. Tenang je bila lihat percikan air. Dengar deruan air ciptaan Allah. Subhanallah.

Puas anak-anak saya bermandi-manda hingga jam 2.30 Petang. Masa dah time, selepas solat di surau yang disediakan. Kami bergegas pulang. Yang menariknya di sini ada kemudahan surau dah bilik air untuk salin pakaian. Cuma bila cuti umum seperti ini bilik air sangat penuh. beraturlah, apa lagi.

Usah risau, bagi sesiapa yang selesa salin pakaian tanpa bilas. Ada juga disediakan bilik persalinan.

Lupa nak snap gambar. Next time la ye.

On the way back home, kami singgah di Gua Damai Extreme Park Batu Caves.


Seronok jugak aktiviti keluarga di sini.


Hai cik abang, terjun sungai tadi tak konfiden, rock climbing pun gayat jugak ke? faktor usia nih...


Perempuan ke lelaki tu?


Wow! cayalah adik tu. Oklah, next family activities akak nak try rock climbing kat sini ok. Hari ini akak letih terjun sungai. Mata nak terkatup je nih.

Selepas solat asar, anak-anak pun dah keletihan dan kelaparan. Jom Jalan-Jalan Cari Makan. Makan mana mehhh??






Sini kita, Soto Berlada the best at Malaysia. Nak tau tak sapa pemilik asal warong Soto Berlada ni?

Kenal Ruminah sidek? pelakon veteran zaman P Ramlee tu atau dikenali sebagai Mak Mah. Beliau lah pemilik asal Warong Soto Berlada ni. Sekarang warong ini telah diambil alih oleh anaknya.

Warong ni terletak di Keramat. Sapa suka soto boleh singgah sini. Sotonya memang special.


Hmmm, yummy! jemput makan. My favorite SOTO BERLADA.


Mee kari pun ada. ni favorite my husband. sedap jugak.

Okla, cukuplah takat ni sharing photo-photo perkelahan dan aktiviti pada Hari Malaysia kami sekeluarga.

Saya sangat sarankan anda yang suka berkelah dan suka alam semula jadi, datang ke Sungai Sendat. Sangat menyeronokkan dan sungainya masih belum tercemar.

Bagi mereka yang suke aktiviti lasak, jom rock climbing di Gua Damai Extreme Part Batu Caves pulak. Pasti anda tak menyesal.

Next time pergi mana pulak ye, tunggu je lah perkongsian jalan-jalan santai saya bersama anak-anak ye.

Suka Nature,
Hafizah