Monday, July 28, 2014

RAMADHAN YANG BELUM HILANG

Assalamualaikum wbt rakan-rakan bloggers.

Diam tak diam tinggal 2 hari saja kita berada dalam bulan ramadhan 2014. Pendek sangat rasanya jodoh dengan bulan yang sangat mulia ini.

Macam belum cukup saja amalan yang diraih pada bulan ini. Sikit sangat. Insha allah amalan-amalan yang saya sempat raih diterima Allah.

Doa untuk kekasih

Sisa-sisa hari ramadhan yang tinggal berbaki ini jangan sia-siakan. Insha allah masih sempat untuk kita mengejar KPI yang akan di'submit' kepada Allah.

Amalan Rasulullah pada Malam Terakhir Ramadhan

"Sesiapa yang beribadah pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredhaan Illahi (ketaqwaan) maka akan dihapuskan semua dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Abu Hurairah, Bukhari dan Muslim).
.

Antara amalan yang dilakukan Rasululah SAW dan para sahabat pada malam-malam terakhir Ramadhan ialah:

  • Mandi, berpakaian cantik dan berwangi-wangian.
  • Beriktikaf iaitu mendampingi masjid untuk mentaati Allah.
  • Mengejutkan keluarga agar bangun beribadah.
  • Uzlah (tidak mendekati) isteri.
  • Memperbanyakkan amal ibadat dan berqiamulail di masjid atau surau.
  • Menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji hadith, tafsir dan sirah nabi.
  • Memperbanyakkan bertasbih, tahmid, takbir, istighfar dan bersalawat.
  • Membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah.
  • Bersolat Tarawih, Witir, Tahajud, Taubat dan solat Hajat.
  • Bertaubat daripada segala kesalahan dan dosa selama ini.
  • Berdoa ke hadrat Ilahi. Baginda SAW sering membaca doa:  “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.” 
  • Berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu. 
 Di doakan Aidilfitri yang menjelang tidak bermakna Ramadhan akan hilang. Amalan-amalan yang diamalkan pada malam-malam ramadhan apalah salahnya diteruskan amalannya pada malam-malam lain selain malam ramadhan ini.

Sebagai contoh solat sunat tahajud, sunat taubat dan solat hajat adalah amat dituntut untuk diamalkan tidak mengira masa. Ini adalah salah satu cara menjemput rezeki. Begitu juga amalan zikrullah.
Serius, rakan-rakan saya yang dikasihi. Sebelum ini walaupun saya tahu kelebihan amalan-amalan ini kepada kehidupan kita, tetapi saya jarang mengamalkannya. Sehinggalah saya secara kebetulan, terjumpa dengan dengan satu group yang mendorong saya ke arah mengejar akhirat untuk mendapat ganjaran dunia juga.
Selama ini saya tidak merasai apa kesan sekiranya kita jaga hubungan kita dengan Allah. Rupa-rupanya selangkah kita mendekatkan diri kepada Allah, seribu langkah Allah dekat kepada kita dengan seribu satu nikmat di dunia dan di akhirat yang diberikan.
Saya telah rasai dan lalui semua itu. Tak perlu percaya anda buat saja.
Asbabnya ialah Group MFMS, Group Yang Paling Happening di Malaysia .
Group yang membawa kita ke arah kejayaan dan kekayaan dunia akhirat.
Susahlah saya nak cerita, meh lah baca ebook ni. 
www.ebookniaga.com/sorryboss/hafizah
ebook yang transform diri saya

 Salam Aidilfitri dan sayang,
~Hafizah dan famili.

Sekira anda suka entri ini sila LIKE dan SHARE.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!

Sunday, July 20, 2014

7 TIPS MENGHADAPI ANAK BERPUASA

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dihormati,

Dah pun masuk 10 malam terakhir bulan ramadhan, agak terlambat saya nak share kan TIPS yang saya rasa amat perlu dikongsikan diruangan blog saya ini.

Menghadapi anak-anak berpuasa saya akui sangat mencabar. Sudah hampir 5 tahun saya tercabar dengan karenah anak-anak yang mula dilatih untuk berpuasa.

Anak saya yang sulong berusia 10 tahun dan kedua berusia 9 tahun. Yang ketiga 7 tahun sedangkan yang ke empat 5 tahun. Yang baby tak payah ceritalah. Baby asyik bergayut saja.

Saya tidak menaruh KPI yang tinggi dengan anak-anak saya berpuasa. Seawal umur 7 tahun baru saya melatih anak-anak saya berpuasa. Tetapi tidaklah saya memaksa mereka supaya mereka merasa seronok puasa tanpa paksaan.

Apa yang perlu ditekankan terhadap anak-anak adalah solat mereka. Solat adalah tiang segala amalan. Sekiranya solat dah betul dan tertil secara tak langsung amalan yang lain pun senang kita nak latih.

Latihan solat saya cerita dalam slot lain ye. Kali ini saya nak tumpukan pada latihan anak-anak berpuasa.

Jom kita tengok apa tips yang saya nak kongsikan.

7 TIPS menghadapi anak berpuasa

1. Ikut peringkat usia

Saya mempunyai 4 anak yang mempunyai peringkat usia yang berbeza tidak termasuk baby. Jadi saya perlu melayan ke-empat-empat orang ini dengan pendekatan yang berbeza.

Sekiranya yang sudah besar seperti anak sulong saya yang berusia 10 tahun sudah tentu saya berkompromi sekiranya dia nak berbuka waktu petang.

Dengan berhemah saya akan meminta si abang meneruskan sedikit lagi waktu hingga sampai berbuka.

Saya percaya dia boleh tahan lagi berpuasa untuk beberapa jam lagi.

Berlainan untuk adik-adiknya yang masih kecil. Saya melonggarkan sedikit waktu berpuasa mereka sehingga tengah hari sekiranya mereka tidak tahan berpuasa.

2. Buat aktiviti yang melekakan

Tujuan melakukan aktiviti melekakan ini supaya mereka tidak terlalu mengingati kelaparan dan kehausan mereka.

Aktiviti melekakan bukan minta mereka main games atau tengok tv sepanjang hari. Maksud saya buat aktiviti yang berfaedah seperti membuat kuih muih untuk hari raya bersama-sama seperti yang saya lakukan semalam.

Saya yakin mereka tidak ingat pun mereka berpuasa hari itu. Awas! pastikan mereka tidak ngap cebisan kuih ke mulut mereka. Batal puasa.

anak-anak riang ria buat kuih conrflakes

3. Bangun sahur

Sebagai ibu jangan lalai walau sehari untuk bangun sahur dan mengejutkan anak-anak untuk turut bersahur.

Sahur sangat penting untuk memastikan anak-anak kita tidak kelesuan sepanjang berpuasa.

Di samping itu mak perlu menerangkan apa fadhilat sunat kita bangun bersahur dan dapat pahala.

Kesian kalau mak tak bangun sahur, automatik anak pun tak bersahur. akibatnya, keesokan harinya mereka tentu tak tertahan untuk menahan lapar dan dahaga.


kesian saya tak sahur hari ni
4. Pergi ke sekolah

Alhamdulillah anak-anak saya bersekolah sehari suntuk pagi dan petang. Sama ada sekolah agama atau sekolah kebangsaan.

Kebiasaannya, di kantin-kantin sekolah agama akan tutup sepanjang bulan ramadhan. Jadi ini tidak menjadi masalah untuk mereka melatih berpuasa.

Masalahnya di kantin-kantin sekolah kebangsaan masih di buka untuk pelajar-pelajar bukan islam. Saya tidak lah menyekat sangat-sangat mereka.

Kan saya kata, saya melatih anak-anak saya mengikut peringkat usia. Anak yang besar saya hanya bekalkan RM 1 sahaja ke sekolah berbanding adiknya yang masih berusia 7 tahun, belanja sekolah seperti biasa.

Aktiviti sekolah seharian ini yang melupakan mereka bahawa hari itu adalah hari puasa mereka kerana mereka balik pun betul-betul sehingga waktu berbuka.

5. Tekankan solat

Saya selalu tekankan kepada anak-anak. Puasa wajib tapi solat adalah yang paling wajib. Kalau puasa penuh sebulan tapi tak solat Allah tak terima puasa kita.



6. Melengah-lengahkan persiapan berbuka


Kebiasaannya, saya akan masak hanya awal 1 1/2 jam sebelum berpuasa. Ini untuk mengelakkan anak saya terliur kalau hidangan dihidangkan awal.

Itupun, baru saja saya goreng bawang yang harum terus minta nak buka puasa. Bahaya betul anak-anak ini.


lambat lagi ke nak buka ni???
7. Sediakan juadah kegemaran mereka

Haaa...inilah yang mengujakan mereka. Anak-anak suka kalau buat sesuatu sekiranya mereka diberi ganjaran. Oleh itu, sekiranya mereka dapat menamatkan puasa dengan jayanya hari itu, saya akan sediakan makanan kegemaran mereka.

Macam anak-anak saya suka makan makaroni cheese bakar. Jadi selalu jugak lah saya buat hidangan berbuka mereka dengan makanan kegemaran mereka ini.

Jom singgah link resepi makaroni cheese campak-campak saya di sini. Sila klik gambar.

 
http://fiezabard.blogspot.com/2014/05/makaroni-cheese-bakar-campak-campak.html
Makaroni Cheese



Saya juga tidak lupa anak-anak saya dengan SET RAMADHAN Shaklee untuk tenaga dan kecergasan sepanjang hari berpuasa mereka.


http://fiezabard.blogspot.com/2014/06/10-panduan-menghadapi-bulan-ramadhan.html
Set Ramadhan
Set Ramadhan di atas adalah untuk seisi keluarga. Khas untuk kanak-kanak hanya mengambil Mealshake bersama-sama dengan Milo sewaktu bersahur dan Performance drink campur dengan air kegemaran mereka contohnya air ribena untuk hidangan berbuka.

Insha allah mereka akan menggemari juadah sepanjang berpuasa pada tahun ini.


Salam ramadhan dan sayang,
~Hafizah dan famili.

Sekira anda suka entri ini sila LIKE dan SHARE.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!
 

Saturday, July 19, 2014

SHAKLEE SUMBANG KEPADA ISRAEL / ZIONIST ??

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat sekalian.

Entri kali ini saya ingin mengupas serba sedikit tentang Apa kaitan Shaklee dengan Rejim Zionist?

Ada kaitan ke?

Sejak kebelakangan ini sahabat-sahabat seperjuangan saya sering diajukan dongengan yang sangat-sangat kontroversi. Contohnya seperti di bawah.


Tindakan memboikot produk yang sah menyumbangkan kepada Rejim Zionist amat-amat dituntut. Tetapi haruslah dengan berILMU, bukan berEMOSI.

Kaji dulu kesahihannya sebelum Claim mem'cadbury' buta untuk menyatakan sesuatu produk itu menyumbang kepada Zionist jahanam.

Saya faham anda sangat marah dengan Zionist jahanam. Begitu juga saya. Saya akan rasa syahdu sekiranya melihat gambar-gambar anak-anak Gaza yang menjadi mangsa kekejaman Zionist.

Mulanya saya nak post gambar mangsa tapi saya tak sampai hati. Sebak kalau tengok gambar-gambar mereka.

Isu berbangkit

Kekeliruan ini mungkin disebabkan oleh satu laman Web dari sebuah komuniti Yahudi ( Keneseth Israel ) telah memaparkan Logo Shaklee dalam Senarai Sokongan mereka.

http://www.kenesethisrael.com/

Laman web ini telah menyebabkan segelintir masyarakat yang sangat perihatin dengan Yahudi melatah. Sehingga sanggup membuang vitamin-vitamin Shaklee yang telah mereka beli tanpa usul periksa. Itulah percaya sangat fitnah-fitnah yang tersebar pantas sama laju dengan peluru berpandu Rejim Zionist yang menghancurkan rumah-rumah masyarakat Gaza.

Allahuakbar! membazirnya...tak nak meh lah beri kepada saya atau kepada orang yang lebih memerlukan.

Untuk penjelasan di sini saya sertakan pencerahan yang boleh jadikan panduan kepada yang was-was dengan Shaklee.

Pengesahan dari Shaklee Corporation

Dapatkan penjelasan dari President Of International Shaklee di sini.

 
 
Kenyataan Rasmi dari Shaklee tentang isu ini


Inisiatif MFMS dalam mendapatkan penjelasan dari Shaklee

Reply from Shaklee:-

Q: Does Shaklee Corporation contribute in funding Israeli's Military exercise on Palestine?
A: No.

Q: What is your personal stand towards this issue?
A: Because this is a corporate question you and your customers and other distributors have raised now and in the past, we wanted to make it very clear that Shaklee is against violence of any kind anywhere in the world.

Shaklee is a neutral company and is not involved in any conflict, is not affiliated with any religion and is not aligned with any political party or cause.

Q: Is there any link of Shaklee and Israel / Zionist that we need to know?
A: There is none.

Sincerely
Bradford Richardson
President, Shaklee International

--------------------------------------------------------

Sumbangan GAZA
KI dalam isu ini adalah Shaklee Independet Distributor seperti saya juga, tidak ada kaitan dengan share Shaklee Corporation.

Shaklee akan memberi ganjaran kepada setiap Shaklee Independent Distributor mereka dalam bentuk BONUS. Bonus yang mereka dapat boleh digunakan untuk apa-apa tujuan sekali pun. Sebab itu dipanggil 'Independent'.

Seperti saya, saya insha allah akan menyumbangkan sebahagian BONUS Shaklee yang saya dapat untuk disedekahkan kepada masyarakat Islam yang memerlukan termasuk mangsa di GAZA.

Begitu juga KI, sudah tentu mereka melebihkan untuk kepentingan kaum mereka sendiri.

Gunakan tanpa was-was

Insha allah dengan penjelasan ini dapat mengubah rasa sangsi terhadap Shaklee.

Shaklee adalah produk No. 1 di Malaysia dan No. 2 terbaik di dunia. Rugi rasanya kalau kita lepaskan sesuatu yang terbaik untuk kesihatan dan kecergasan hidup kita.

Shaklee adalah dari sumber semulajadi dan dijamin HALAL oleh JAKIM. Tidak perlu berprasangka dengan sesuatu yang tak pasti.

Terima kasih kerana sudi membaca

Sudi kiranya anda SHARE dan LIKE sharing saya yang menjadi fardhu kifayah untuk disampaikan kepada mereka yang suka menaburkan fitnah.

MFMS EMPIRE, THE MOST HAPPENING SHAKLEE TEAM IN MALAYSIA!


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!
 
 


 

Thursday, July 17, 2014

DIA BAYAR RMXXX TAPI SAYA FREE JE!

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi,
2 minggu lepas saja sembang-sembang kat surau time nak solat. Almaklumlah...time tu pun kadang bersua muka walaupun satu opis.

Doklah sembang pasal bisness....chewahhh...mcm CEO je sembang pasal bisnes konon.

CEO la kannn...CEO bisnes sendirikan.

Kami dlm group bisnes yg berbeza tapi dengan satu matlamat iaitu nak bantu lebih ramai org berjaya.

Cerita punya cerita rupanya kawan beliau pernah bayar RM XXX semata-mata utk belajar ilmu MARKETING dengan SIFU saya.

Padahal kawan beliau berada di Johor sedangkan SIFU saya ni berada di Parit Buntar nunnn...Jauh tak jauh..... lebih dari 2 marhalah la jarak demi ilmu.

Rakan beliau yg buat bisnes sendiri sanggup belajar ...coaching ...berbayar pulak tu (sebab bisnes berbeza).

Ya ALLAH, bersyukurnya saya kerana saya telah pun berada di Group yg Hebat terkenal di seantero Malaysia, kemungkinan Dunia kot.

Ruginya saya kalau saya tak rebut dan sedut segala Ilmu SIFU saya ni FREE-FREE je.

SIFU saya tidak jemu-jemu berikan pelbagai tip-tip hebat untuk bantu org lain lebih berjaya dan dapat mengubah hidup mereka dari biasa-biasa ke luar biasa seperti beliau.

FREE je tau ...
kepada sesiapa yang di bawah naungan 'GROUP MFMS' Group Yang Paling Happening di Malaysia, segala ILMU MENTOR di kongsi dan di 'duplicate' hingga ke 'anak', 'cucu-cicit' TANPA sebarang BAYARAN.

Nasihat beliau
"Kalau kita nak berjaya kita kena bantu ramai org utk berjaya. Nanti kita terpaksa kaya dan berjaya. Kalau belum berjaya maknanya belum ramai lagi orang yang kita bantu"

Betul!....memang betul apa yg dikata. Sebab saya dah rasa.

Saya nak anda adalah salah sorang yg boleh saya bantu. Kalau tak nak saya tak paksa.
Cuma Tolong SHARE atau LIKE entry saya je pun tak per.

Sebelum tu sudi-sudikanlah jengah video SIFU saya ni.
Salah seorang TESTIMONI Program Dr Azizan kerana kejayaan beliau....Awesome My MENTOR Mr Firdaus!. 
Kalau suka LIKE dan SHARE kan yer...

Ops!! ada satu lagi saya nak SHARE juga ni. Saya terpaksa terjebak dalam GROUP HEBAT ini kerana ebook ini.
Hayati kisah benar kejayaan seorang Engineer Terpaksa Berhenti Kerja Selepas 6 bulan menjalankan Online Busines. Ikuti rahsia bagaimana beliau menghasilkan jualan RM1 Juta dalam tempoh 9 bulan At 'Zero Cost Marketing' selepas mengikuti Seminar Dr. Azizan Osman.

Kisah ini telah mendapat sambutan 15,000 orang pembaca. Cepat download sementara ia masih PERCUMA!!!!! Sila klik image ebook di bawah. 
www.ebookniaga.com/sorryboss/hafizah

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 

Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION 
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
 

Monday, July 7, 2014

7 PERKARA MEMBATALKAN WUDHU'

Bismillahirohmanirohim

Seperti biasa pada hari ahad 2 minggu sekali kami Muslimah Al-Mustaqim akan disajikan kuliah pagi oleh Ustazah Syarifah.

Alhamdulillah pagi ini, pagi 6 hb July 2014 kami sekali lagi berkumpul di Surau Al-Mustaqim untuk mengikuti Kuliah pagi. Tajuk kuliah pagi ini sambungan dari kuliah lepas sebelum bulan puasa itu hari iaitu WUDHU'.

Ingat lagi tak entri saya yang lalu. 5 TIPS ELAKKAN BERBORAK SEMASA MENGAMBIL WUDHU'. Sekiranya anda belum pernah baca entri saya sebelum ini sudi-sudikanlah ke link tersebut dengan klik di perkataan.

Kali ini ustazah mengupas dengan lebih mendalam lagi tentang wudhu'. Banyak lagi yang kita tak tahu rupanya tentang whudu' ini. Nampak saja ringkas wudhu' je kan.

Hal-hal yang makruh dalam wudhu'

1. Berwudhu di tempat yang mengandungi najis.

kalau ambil wudhu' di dalam bilik air boleh tak? persoalan.
Ustazah menjawab dibolehkan wudhu' sekiranya persekitaran bilik air itu bersih dan tiada najis yang bersepah.

Sekiranya jelas ada najis di keliling tempat mengambil wudhu' itu yang dimakruhkan. Ditakuti najis akan terpercik ke tubuh badan kita semasa mengambil wudhu'.

2. Membasuh dan mengusap anggota wudhu' lebih dari 3 kali.

3. Boros dalam menggunakan air. Diriwayatkan Rasulullah mengambil wudhu' hanya menggunakan 1 bekas air sahaja.

Ustazah pernah menyarankan perlahankan air pili semasa mengambil wudhu' kecuali semasa membasuh kaki. Kerana dibahagian kaki terdapat lebih kotoran berbanding anggota lain.


jangan boros dengan air semasa mengambil wudhu'
4. Lelaki tidak boleh menggunakan air baki whudu' wanita.

5. Makruh mendahulukan kaki kiri.

6. Mengelap air wudhu'. Mengambil wudhu' secara mengelap contohnya mengambil kain basah lap di anggota whudu' tanpa mengalirkan air. hukumnya makruh.

7. Mengambil wudhu' di muka secara memukul-mukul muka.

8. Meminta orang lain mengambilkan wudhu'. Aiks ngengada lah orang macam ini. Tapi dimaafkan sekira dalam keadaan uzur dan tidak berupaya untuk ambil wudhu' sendiri.

9. berkumur-kumurnya secara berlebihan terutamanya pada bulan puasa ini. Ditakuti tertelan pula air tu. batal puasa nanti.

Syarat Wajib Berwudhu'

1. Berakal.
Bagi kanak-kanak tidak wajib berwudhu'. Perlu ditekankan wajibnya solat. Namun begitu adalah lebih baik melatih mereka berwudhu'.  

2. Baligh.

3. Berada dalam keadaan berhadas.

4. Tidak berlaku perkara membatalkan wudhu' contohnya haid dan nifas.

5. Mampu menggunakan air untuk wudhu' contohnya sekira cedera parah yang menyukarkan untuk mengambil wudhu' tidak diwajibkan. Cukuplah sekadar bertayamum.

Selain itu sekiranya ada sedikit saja air hanya cukup-cukup untuk minum sahaja tidak diwajibkan wudhu'.

Syarat Sah Wudhu'

1. Mengalir air yang suci ke seluruh anggota wudhu' iaitu muka, kedua tangan hingga ke siku, sedikit bahagian kepala dan kedua kaki hingga buku lali.

2.  Menghilangkan apa-apa yang menghalang air sampai ke anggota wudhu' contohnya cat, minyak, gris dan lemak.

3. Tidak ada perkara yang menghalang perkara yang membatalkan wudhu' contohnya haid dan nifas.

Perkara Membatalkan Wudhu'

1. Keluar sesuatu daripada dubur dan qubul contohnya air kencing, mani.

2. Tidur

  • Tidur terlentang walau selelap sekalipun tetap batal wudhu'
  • Tidur bersandar. Sekiranya tidur bersandar yang sangat lama terbatal wudhu'nya.
Bagaimana tidur yang tidak membatalkan wudhu'
  • Tidur duduk yang dalam keadaan punggung tetap dan tidak beralih-alih punggungnya.
  • Tidur yang masih menjaga posisi kita untuk bersedia solat nanti.
3. Pengsan/ Pitam batal wudhu'nya

4. Tidur dalam solat.

Ada 3 pendapat yang berbeza mengikut mazhab:
  • Imam Al-Shafie - tidur dalam solat batal wudhu'nya.
  • Imam Hanafi - tidur dalam solat tidak batal wudhu'nya.
  • Imam Ahmad - tidur dalam solat batal wudhu'nya.
Kita di Malaysia berpegang kepada mazhab Imam Al-Shafie. Maka batal wudhu'nya sekiranya tertidur dalam solat. Jadi, automatik solatnya juga batal.

5. Murtad

Ustazah memberi contoh seseorang yang mempercayai sihir juga dikira tergolong dalam golongan yang tidak mempercayai Allah. Maka, terbatallah wudhu'nya sekiranya mereka melakukannya dalam keadaan berwudhu'.

6. Individu yang menyentuh kemaluan kecuali kemaluan haiwan, maka terbatallah wudhu'nya termasuk menyentuh kemaluan anak kecil yang ingin di bersihkan najisnya. 

Begitu juga terbatal wudhu'nya sekiranya menyentuh kemaluan ibu atau bapa yang dijagainya.

7. Menyentuh sama ada suami atau isteri.

Perkara Yang Tidak Membatalkan Wudhu'

1. Ada sesetengah mazhab menyentuh suami atau isteri tidak batal wudhu'nya berlandaskan hadis yang diriwayatkan.

" Nabi pernah mencium dahi Aishah isterinya lalu terus solat "

Dalam mazhab Shafie menyentuh suami dan isteri adalah terbatal wudhu'nya. Namun kalau nak diikutkan hadis lebih kuat berbanding mazhab-mazhab lain.


gambar hiasan

2. Was-was dalam wudhu'. Usah dilayan was-was itu kerana was-was adalah antara bisikan syaitan.

3. Keluarnya darah dari anggota yang lain selain darah haid dan nifas.

4. Muntah.

5. Menyentuh mahram yang tidak boleh dikahwini.
  • Ustazah beritahu tersentuh suami ibu saudara kita terbatal wudhu' kerana suami ibu saudara kita boleh dikahwini kecuali rambut, kuku dan gigi.
  • Tidak batal wudhu' bila menyentuh lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan.
  • Tidak batal wudhu' juga sekiranya menyentuh kanak-kanak belum baligh.
  • Bagi khunsa iaitu individu yang mempunyai dua 'alat' tidak batal wudhu' sekiranya tersentuh sama ada lelaki atau perempuan. Namun sekiranya nalurinya berat kepada kewanitaan maka batal sekiranya tersentuh lelaki begitu juga sebaliknya.
Special Kes

Dalam kuliah pagi tadi ustazah juga ada membincangkan perkara bunyi yang terkeluar dari qubul wanita adakah membatalkan wudhu'?

Soalan ini sering bermain-main diminda saya kerana saya pun kadang kala mengalami perkara yang sama. Kadang-kadang sedang solat pun ada bunyi melalui qubul tersebut.

Kes ini akan dibincangkan dalam entri saya yang seterusnya....tungguuu!!!


Sekian untuk sedikit perkongsian kuliah pagi ahad hari ini.

Terima kasih kerana membaca.

Sekiranya anda suka entri ini sila LIKE dan SHARE.

Saya doakan anda dapat manfaatnya.







Friday, July 4, 2014

10 KHASIAT KURMA YANG PERLU ANDA TAHU


Sekadar perkongsian ilmu.

1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?


4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?


5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?


6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?


7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?


8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?


9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?


10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

saya sendiri pun baru tahu...

Sekiranya anda suka perkongsian ini sila SHARE dan LIKE
Wallahua'lam...


Salam Sayang,

Hafizah Mahfoz

#sukakurma
#sukamadu

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook: