Wednesday, November 27, 2013

Nutrisi Sihat Untuk Lebih Langsing

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini saya nak buka topik yang hangat dikalangan WANITA....iaitu KURUS...
Kalau tanya wanita, semua nak kurus....tak kiralah makcik jual nasi lemak ke, pegawai bank ke, kakak jual sayur ke....pasti tersenyum lebar bila kawan2 nya menegur "Eh! kau dah kurus la sekarang". Kembang punggung bila orang tegur kita cam tu kan...


Bila lah nak kecik pinggang ni

Dalam group watsapp pun topik kurus juga yang selalu diperbincangkan contohnya group saya ni:





 Antara perbualan hangat tentang kurus dalam group watsapp saya

sehinggakan mamat Kevin Zahri ni menjadi idola kepada para wanita malah lelaki yang ingin kelihatan sihat dan cantik lagi menawan.

Mula lah menjeling-jeling google mencari obat-obat kurus....AWAS dengan ubat kurus di pasaran yang berkemungkinan membahayakan kesihatan.Kalau kurus berbaloi jugak. Tapi kurus tidak tapi penyakit yang dapat.

Seelok-eloknya cari la nutrisi yang sihat untuk langsing.

Langsing Program = Fat Emulsifier + Detox + Protein

Kenapa Detox?

Detox penting untuk mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan. Mungkin ada yang pernah berdiet tapi tidak nampak kesannya. Puncanya mungkin masalah detox. Toksin terlampau banyak, badan akan sukar untuk serap nutrien yang diambil sama ada daripada supplimen atau diet harian.

Herbalax TIDAK DIGALAKKAN untuk IBU MENYUSU jika diambil harian. Jadi, cara pemakanan perlu diubahsuai untuk ibu menyusu kepada 2-3 kali seminggu.

Adalah sangat sesuai ibu menyusu menggantikan Herbalax kepada ALFAFA (fungsi alfafa juga sebagai detox)

Diet yang berjaya bukan bermakna " SAYA TURUN BERAT 10KG DALAM SEBULAN ". Ini sebenarnya diet yang tak berjaya kerana berat bdaan pasti akan naik semula secara mendadak. Terutamanya sekiranya kita tidak mengambil berterusan sesuatu produk pelangsingan tersebut.

Kenapa Lechitin perlukan Detox Produk?

Lechitin fungsinya semata-mata untuk memecahkan lemak berlebihan dalam badan dan perlukan medium pengangkutan untuk membawa keluar daripada badan. Oleh itu, kombinasi Lechitin dan kombinasi Alfafa atau Herbalax adalah diperlukan.
  
Kepentingan Protein?

Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan  menjaga otot bebas lemak.

Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sehingga 35%. Contohnya makanan yang kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu (susu, keju dan yogurt), kekacang, avokado dan ayam.
 

Protein penting untuk memelihara OTOT dalam badan. Perasan tak ada orang yang berat badan turun tapi badan flabby (menggeleber). Orang yang macam ini, yang turun tu bukan berat tapi dia kehilangan otot. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan untuk membakar lemak.

Cinch Shake adalah serbuk protein yang diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Cinch juga berfungsi sebagai 'meal replacement'.

Cinch Shake membakar kalori, di samping memberi rasa kenyang dan dalam masa yang sama memelihara otot tubuh

Jadi hanya lemak-lemak yang dibakar. Bukan memusnahkan otot-otot kita. Bila anda sudah kurus nanti, kulit dan otot tidak akan menggeleber sebab otot terpelihara.

Untuk Ibu menyusu, lebih baik ambil ESP (Energizing Soy Protein) berbanding Cinch Shake sebab kalori Cinch sangat rendah dan dikhuatiri membantutkan pertumbuhan anak-anak

Tips diet

1. Ambil ukuran badan seiring dengan timbang berat badan. Diet ini tidak semestinya akan menurunkan berat badan dahulu. Ada individu yang badan shape on dulu, berat turun kemudian.

2. Perlu konsisten dan jangan ingat boleh turun berat badan dalam sehari. Letak target jangka masa pendek 3 BULAN.

3. Stagnant period = normal untuk long term diet. Cuma continue diet seperti biasa sebab badan sedang shape on semasa stagnant period.

3.  WAJIB ambil SARAPAN. Kita tidur lebih kurang dalam 6-8 jam dan sepanjang tempoh tu perut jadi berasid. Paling kurang bangun pagi tu, alas perur dengan segelas air untuk neutralkan asid tu. SARAPAN ini adalah penanda aras untuk tenaga sepanjang hari.

5. JANGAN SKIP MEAL. Kalau jenis nak mengunyah , makan banyak kali tapi kuantiti sedikit-sedikit. Dinner kalau tak mahu makan berat, ambil light meal walaupun sekadar biskut atau buah-buahan. Ini untuk elakkan badan bertukat kepada "starving mood".

6. Ambil NASI sekurang-kurangnya sekali sehari. Saya tak setuju dengan diet tanpa nasi sebab badan kita perlukan kabohidrat. Nasi adalah lebih baik daripada roti , mee dan pasta.

7. AIR KOSONG. 25 kg bersamaan 1LITER. Sekurang-kurangnya 3 LITER satu hari.

8. Portion plate perlu dijaga : Separuh pinggan nasi + 1/4 Sayur + 1/4 Lauk. Sekiranya masih ada ruangan kosong dalam perut masih lapar lagi tambahkan dengan lauk dan sayuran. Bukan tambah nasi.

9. Snack between meal boleh sahaja tapi perlu ambil buah-buahan / dried fruits seperti kurma, badam, kismis. Ambil hanya yang berkhasiat sahaja.

10. Ambil buahan SEBELUM makan. bukan sebagai desert. Ia akan membantu kita cepat kenyang dan kurang pengambilan makanan. lagipun ia satu sunnah Nabi SAW.

Cara Pengambilan Shaklee Product Untuk Slimming dan Sihat.

1. Jika guna Herbalax, day 1 - 3 ambil Herbalax SAHAJA.
Lechitin mulakan day ke 4 onward. Weekend ( Jumaat, Sabtu, Ahad ) ambil herbalax bersama lechitin.

2. Jika ambil Alfafa untuk detox, boleh ambil terus Alfafa bersama Lechitin setiap hari.

5 biji selepas breakfast 
5 biji selepas dinner

Maximum pengambilan Alfafa sehari 10 biji.

3. Jika ambil Lechitin: 6 caps sehari.

Paling elok 2 caps after breakfast,
2 caps after lunch,
2 caps after dinner.

atau
3 caps after breakfast
3 caps after lunch.

4. jika ambil OmegaGuard : 3 caps sehari. Ambil serentak after dinner.

5. Protein (Cinch atau ESP) : 1 sudu besar setiap pagi, boleh buat fruit shake untuk menyedapkan rasa.

Maksimum pengambilan ESP sehari adalah 3 sudu besar.

Note : Sila minum dalam 500ml air kosong selepas mengambil Herbalax.

kredit kepada Kam sisters 

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!





Friday, November 22, 2013

BAHAYA! MAGNET PETI AIS

Belek-belek FB hari ini terjumpa satu fakta yang boleh dikongsi bersama tentang bahayanya Magnet Peti  Ais. Saya antara manusia yang obses dengan Magnet Peti Ais. Kalau pergi bercuti ke Cameron Highland ke, Melaka ke, Pulau-pulau peranginan ke, akan saya cari Magnet Peti Ais ini untuk kenang-kenangan atau ole-ole orang kata. Balik rumah saya aku lekatkan di Peti ais atau sebagai pelekat nota-nota penting di Peti Ais seperti notis-notis sekolah anak-anak, pamplet-pamplet pizza hut.Itulah kegunaan Magnet Peti Ais ni. Tetapi rupa-rupanya objek yang sekecil ini sangat BAHAYA.

 --------------------------------------------------------------------------------------------------------
Info Kesihatan.. Bahaya Magnet Hiasan Di Peti Sejuk Satu kajian dari Universiti Princeton telah membuat penemuan menakutkan akibat kesan magnet cantik berwarna-warni yang dilekatkan ke pintu peti ais sejuk. Makanan seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang disimpan di situ dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet. Orang yang memakannya mungkin mengidap kanser. Kanser sel terjadi apabila satu sel yang aktif mula merebak secara senyap tanpa disedari. Bagaikan bom jangka, ia hanya disedari setelah tiba ke peringkat 4 bilamana pesakit mula merasakan perubahan pada dirinya seperti demam berpanjangan, loya, tidak bermaya serta kurang selera makan. Pada peringkat ini sudah agak lewat untuk menerima rawatan. Yang ada hanya rawatan kemoterapi yang menyakitkan sehingga rambut pesakit habis gugur. Kadang-kadang rawatan kemoterapi ini pun belum tentu dapat menyembuhkan. Yang paling menyakitkan ialah apabila air tulang sumsum diambil. Pesakit kanser yang sering membuat rawatan kemoterapi akan sampai ke satu tahap bila dia berputus asa dan tidak sanggup menjalani sebarang rawatan lagi. Kita harus sering membuat pemeriksaan awal bagi mengesan sel kanser di klinik swasta atau Fomema. Pemeriksaan keseluruhan kesihatan dibuat menerusi ujian darah. Sel kanser yang baru mula aktif, insyaAllah dapat dikesan. Pada peringkat awal ini, rawatan dapat menghapuskan sel yang aktif ini. Jangan fikir penyakit ini sudah ditakdirkan oleh Allah SWT. Sebenarnya kita disuruh berusaha menjaga kesihatan yang merupakan satu ibadah. Jika umat Islam sihat, agama Islam turut kuat. Jika umat Islam lemah, musuh Islam akan menang. Kajian oleh Penyelidik Universiti Princeton Selama beberapa bulan, mereka memberi makan kepada dua kumpulan tikus. Kumpulan pertama diberikan makanan yang disimpan dalam peti sejuk tanpa magnet. Kumpulan kedua makan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk yang dihiasi beberapa magnet yang dilekatkan ke pintu peti sejuk itu. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana pancaran sinaran elektromagnet yang keluar dari magnet hiasan di pintu itu boleh mempengaruhi sumber makanan. 

Hasil kajian klinikal menunjukkan kumpulan tikus yang makan makanan dicemari sinaran electromagnet mempunyai kebarangkalian sebanyak 87% mengidap kanser berbanding kumpulan tikus yang lain. Kerajaan, persatuan dan institusi kesihatan tidak boleh memberi kenyataan berkaitan dengan hal ini kerana masih berada dalam peringkat kajian lagi. 

Namun hanya dalam kes ini adalah dinasihatkan supaya ditanggalkan magnet hiasan itu dari peti sejuk anda anda dan meletakkannya jauh dari makanan. Mencegah lebih baik dari merawat. Aqidah tentang kuasa magnet. Dalam hukum tauhid, semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah SWT. Hanya kelemahan datang dari diri kita. Magnet adalah zat yang bersifat nafsiah. Kuasa pancaran bersifat ma'niyah. Bukan kuasa magnet yang boleh menyebabkan kanser. Semua yang berlaku adalah di atas kehendak Allah SWT jua.

Monday, November 18, 2013

HALALAN TOIYIBA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Isu halal dalam sesuatu produk dan makanan perlu dititik beratkan kerana dia akan menjadi darah daging kita.
Soalan-soalan seperti ini selalu bermain di kepala kita;
halal ke SHAKLEE ni.....
Macam mana Halal Compliance nya...?
tak de kandungan BA** ke? 
Kan dari US kan....

Tak dinafikan produk SHAKLEE ini ada yang halal dan ada yang tidak halal. Tetapi tidak semua produk SHAKLEE yang di hasilkan di Shaklee Coporation dapat di pasarkan di Malaysia. Hanya produk yang benar-benar halal saja yang dapat memasuki pasaran Malaysia.Hanya produk yang telah disahkan oleh ISA kehalalannya sahaja dipasarkan di Malaysia. Malah untuk menjamin integriti HALAL dan kepercayaan setiap produk yang telah disahkan halal, tempat penghasilan / pembuatan produk ini turut diasingkan dengan produk-produk yang tidak halal bermakna kedua-dua produk halal dan tidak halal ini dihasilkan di tempat yang berasingan (Pemerhatian ini dibuat sendiri oleh ahli Shaklee beragama Islam yang dijemput sendiri untuk melihat kilang Shaklee di USA)



 Harus diingat hanya produk yang disenaraikan ini sahaja di jamin kehalalannya.

Apa itu ISA?

ISA adalah singkatan untuk Islamic Services of America merupakan sebuah badan Islam di United State Of America yang bertanggungjawab memeriksa dan mengeluarkan sijil HALAL bagi produk yang ingin di pasarkan kepada orang Islam di US.
Dengan erti kata lain ISA ini seperti pihak JAKIM di US.Memandangkan Kilang Shaklee di US bermakna ISA yang bertanggungjawab menentukan kehalalan produk-produk yang dikeluarkannya. Untuk maklumat lanjut berkenaan ISA sila klik di sini

Diiktirafkan sijil ISA ini oleh JAKIM?
Pihak JAKIM sentiasa memantau semua badan luar yang mengeluarkan sijil HALAL. Malah badan-badan ini harus memohon mengiktirafan JAKIM dari masa ke semasa. ISA adalah salah satu badan luar negara yang diiktiraf sijil HALALnya oleh JAKIM berdasarkan mengiktirafan terbaru pada 25 Februari 2012. Kerana itu produk SHAKLEE tiada cop HALAL JAKIM.


 
Antara kenyataan accreditation HALAL ISA. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini

tak cukup lagi, bukti telah jelas bila email respond dari pihak Shaklee dari USA yang mengesahkannya.



Oleh itu, yakinla dengan produk-produk SHAKLEE yang telah lebih 20 tahun bertapak di Malaysia. Kini tsunami SHAKLEE telah melanda Malaysia di mana rakyat Malaysia telah sedar betapa pentingnya menjaga kesihatan mereka. Disamping itu kehalalannya tidak perlu dipertikaikan.


kredit kepada Aimi Syairah

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!





Sunday, November 17, 2013

BODOHKAH IBUKU ANDAI TIADA IJAZAH,MASTER @ PHD


Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas.

Tiba giliran Naqiyudin, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.

Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!

"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."

Pendedahan Naqiyudin itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.

"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!"

Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin itu.

"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..."

Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin itu.

"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin di hadapan tu!"

Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.

"Takde apa cikgu. Maaf cikgu."

Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.

"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?"

Cikgu Yong mengangguk.

"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?"

Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin.

"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."

Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin sudah menyerang balas dahulu.

"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.

Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!

Kau ada...??"

Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.

Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.

***

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.

Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'

Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!....

MAK...engkaulah RATU hatiku...


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Perrnah tak terfikir apa agaknya anak2 kita buat sekarang sedangkan kita sibuk di office bekerja keluar gelap balik pun gelap. Bila sampai rumah dah malam kita dah penat. Sudahnya anak kena marah-marah. Arghhhh…..kesian anak kita.

Jangan berlengah lagi. Ubah hidup kita. Bagaimana caranya...mesti ada cara...senang je Download ebook ini dulu! dapatkan secara PERCUMA sekarang sebelum kehabisan stok.





saya doakan anda kaya dan Berjaya dan bertaqwa.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:-


FREE CONSULTATION
BEST PRICE 
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!

LIVING YOUR DREAM OR LEAVING YOUR DREAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 16hb November 2013 saya berpeluang untuk mengikuti Mini Workshop Magnet Kekayaan dan Kejayaan.Sudah lama saya mengidam hendak turut serta workshop ini bila terbaca melalui Facebook Alumni Dr Azizan dan Bakal Alumni Dr Azizan Osman.Disebabkan kekangan masa dan keluarga saya tunda tunda punya tunda akhirnya berjaya juga. Saya telah jatuh cinta dengan celoteh DAO ini sejak saya mengikuti Seminar Berani Berniaga pada bulan Mei yang lalu yg diadakan di Wisma PGRM Kuala Lumpur.

Kali ini saya bersama DAO sekali lagi di Bukit Gambang Resort Kuantan. Bukit Gambang Aku Datang!!!!!
kenapa jauh sangat ni. Demi ilmu lautan api sanggup ku redah....


Workshop selama 1/2 hari ni orang kata apa yang kau dapat. Tapi dengan DAO walaupun 1/2 jam sekalipun banyak yg saya dapat. Nak tau apa dia, baca sampai habis.



5 MAGNET






1. MAGNET KEBAHAGIAAN

kalau tak bahagian macam mana nak dapat magnet

2. MAGNET KESIHATAN

kalau tak sihat macam mana nak bahagia

3. MAGNET KEKAYAAN

Ada 3 kekayaan yang perlu ada dalam diri kita:
1. Kaya Jiwa    : Orang yang sakit hati dengan orang lain dan tidak boleh tengok orang lebih daripadanya adalah miskin jiwa.
2. Kaya Fikiran : Kaya dengan ilmu. Otak yang tidak diisi dengan ilmu akan berkarat dan akan masuk fikiran -ve. Apa yang kita fikir adalah doa.
3. Ucapan : Kata-kata yang baik adalah doa.

4. MAGNET KEJAYAAN

5. MAGNET KEBERKATAN
5 Magnet keberkatan yang perlu diamalkan :
1. Syukur   : kalau banyak sangat complain tidak bersyukur namanya
2. Sedekah : tak perlu tunggu kaya baru nak bersedekah
3. Sujud     : Bersujudlah selalu kepada Allah kerana doa yg paling didengari oleh Allah semasa kita bersujud. Amalkan solat dhuha, tahajud dan amalan2 sunat yang lain. 
4. Suci      :  Sucikan diri dengan bertaubat. buat solat taubat dan beristighfar at least 100X sehari. 
5. Selawat   : berselawatlah kepada Nabi junjunganNya Rasulullah saw at least 100X sehari.


LIVING OR LEAVING



 Kita ada pilihan sama ada ingin 'Living your Dream' or 'Leaving your Dream'. Perkataan ini menarik minat saya kerana sebutannya sama tapi maksud yang amattttt berbeza. Terpulang kepada diri kita sendiri memilih mana yang patut untuk arah tuju kejayaan kita.


MAGNET
Apa yang dimaksudkan dengan magnet? pada mulanya saya blur apa yang dimaksudkan dengan MAGNET ini. Besi berani kah? yela orang kampung punya sebutan, berani lah sangat.....

Sebenarnya MAGNET tu adalah bermula dari huruf 

M
MATLAMAT
Nak cerita pasal Matlamat ini bila kita tengok analogi bila kita nak order makanan di  Restoran. tentunya pelayan akan bertanya " Nak makan apa encik?". so kita akan jawab "Apa-apa je lah....." .Beberapa minit kemudian pelayan akan membawakan burger yang berintikan tahi....nak marah ke tak masa tu? tentulah marahkan tapi bolehkah kita marah sedangkan tadi kita jawab jawab "apa-apa je lah".

Begitu juga hidup kita ni, hidup kena ada matlamat...impian. Minta dengan Allah spesifik permohonan kita. DAO bagi contoh " Aku nak jadi millionare bila umur aku 35 tahun" ....see ...dreamingnya jadi kenyataan bila beliau telah menjadi jutawan dalam usianya 39 tahun beliau telah memiliki 27 Syarikat. DAO ada menyatakan kenapalah aku tak minta menjadi millionare umur 24 tahun...cepat sikit kaya.
 
MENTOR
Cari MENTOR yang telah berjaya untuk jadi inspirasi dalam bisnes dan hidup kita.
 
MELABUR
Jangan lokek untuk membuat pelaburan untuk ilmu. Kita boleh melabur dengan sebarang pelaburan sekalipun misalnya melabur kepada hartanah suatu hari nanti anda dapat pulangannya yang besar, begitu juga dengan property dan emas tetapi pelaburan berbentuk material ini akan hilang dan terhapus atau kita tak boleh dapat bawa ke kubur pun akhirnya. Hanya pelaburan Ilmu yang dimanfaatkan saja yang menjamin anda di SANA nanti.
  
'Willing to give first and you get back.' 
'The more you give, the more you get back.'

Bak kata DAO nak bahagia dunia akhirat hendaklah bersedekah. Sedekah bukan saja dari segi wang ringgit. Ilmu juga boleh disedekahkan dengan berkongsi apa yang kita tahu dengan orang lain.
 
A 
ATTITUDE

Bila sampai huruf A ini masa tu masih awal lagi dalam pukul 10.00 pagi DAO seperti tidak mahu meneruskan workshop ini bila mana dilihatnya orang Kuantan seperti tidak bersemangat. Tapi dihalang oleh para peserta hingga ada yang sanggup naik ke atas kerusi....saya pun sekali...heehheee....bukannya senang nak naik atas kerusi bila dah debab ni....hahahhahaaa...teringat masa sekolah-sekolah dulu kena diri atas kerusi. Semua peserta dengan sportingnya tersuntik semangat supaya DAO meneruskan workshopnya. Lama jugak la berdiri atas kerusi dalam 15-20 minit cam tu. Tujuannya nak menaikkan semangat orang Pahang yang semakin lemau. Saya pun rasa macam tu, berbanding Workshop Berani Berniaga yang saya ikuti di Wisma PGRM dulu aura orang Kuala Lumpur sangat berbeza.


Antara peserta Workshop yang hadir mendaftar

Excited sangat la tu nak jumpa DAO sekali lagi

Ok sambung, Attitude....DAO mengatakan sekiranya membuat sesuatu biar sampai ending. Don't warm-warm chicken shit. Orang yang gagal pandai mulakan tetapi tidak pandai menghabiskan. Jangan mensabotaj diri sendiri. Adakah sikap kita sikap orang berjaya atau sikap orang gagal.

G
GIGIH

Gigih ni diibaratkan seperiti kita naik Gunung Kinabalu, sekuat mana pun kegigihan pendaki tu tidak akan sampai ke kemuncaknya sekiranya pendaki mengundur.
Oleh kerana itu ilmu adalah penting. Orang sanggup buat apa saja tanpa alasan dan rungutan.
Cuba beritahu saya siapa yang suka berhutang?
Siapa yang suka langsaikan hutang dengan cepat?
Siapa yang suka tolong habiskan hutang saudara lain?

Kita perlu GO-GETTER no WAITER. Kita perlu kejar rezeki bukan menunggu rezeki.

N
NEKAD

Muktamad membuat keputusan untuk GO or Not GO.

E
EXCITEMENT

Berapa besar keterujaan (excited) kita untuk mengubah hidup kita. Kalau biasa-biasa sahaja baik tak payah. Passion kita perlu tinggi.
 
T
TINDAKAN

Tindakan kita juga perlu luar biasa. 

TAWAKAL
Segala apa yang telah kita lakukan, walau apa yang kita impikan hendaklah kembali kepada Allah. Kita mampu merancang, Allah jua yang menentukan.....TAPIIIII yakinlah


Apa yang kita FIKIR,
Apa yang kita RASA
Apa yang kita CAKAP
Apa yang kita LAKUKAN adalah DOA.
Yakinlah ALLAH sentiasa bersama kita.  

  
Mr hubby dan adik iparnya post maut...hehehehe
 
 Saya dan mr hubby selepas sessi workshop tamat.tak dapat bergambar dengan orangnya dapat gambar dengan poster dia je.


 Hadiah yang amat berharga kepada setiap peserta. Kalau beli kat MPH ni RM25 tu. Dah la workshop ni free...dapat free buku pulak. Kalau tak bersyukur jugak ni tak tau le....Alhamdulillah.


"Hidup ini seperti layang-layang. Semakin tinggi layang-layang ini semakin kuat angin yang bertiup. Semakin tinggi layang-layang itu terbang naik semakin kuat kita perlu pegang talinya. Kita perlu pandai mendayung tali layang-layang tersebut jangan sampai terputus talinya. Tidak terlalu tegang dan tidak terlalu kendur. Kalau tegang takut putus talinya. Kalau kendur takut jatuh pula layang-layang nanti." 

Ini saja yang dapat dikongsikan diruangan ini. Segala kekurangan harap dimaafi. Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

Sempat la meninjau-ninjau di Sekitar Bukit Gambang Resort selepas sessi Workshop.

Gift Shop at Bukit Gambang Resort
Malam ada Safari Night Jungle...wah boleh bawa anak-anak ni next time.
Terima kasih kerana membaca...........
 
  

Tuesday, November 5, 2013

Nutrisi sihat untuk Ibu Mengandung, Berpantang dan Menyusu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lazimnya bila seseorang wanita itu sering diajukan soalan:

1. Bila nak kahwin, sekiranya anak dara
2. Bila dah kahwin, tanya pula bila nak ada anak ni.
3. Bila dah ada anak, tanya lagi bila pula nak tambah lagi.

semua soalan ini akan memeningkan kepala para wanita. Tapi yang paling pening bila wanita ingin memilih set yang paling sesuai untuk dirinya sekiranya didapati dirinya mengandung. Demi kesihatan bayi dan ibu sendiri tentunya inginkan yang terbaik.

Saya sendiri mengalami keadaan yang sama sekiranya ingin memilih produk yang sesuai semasa mengandung, berpantang dan menyusu. Lumrah para ibu akan dibekalkan dengan segugus vitamin selepas sessi perjumpaan dengan doktor setiap bulan. Tapi tahap mana keberkesanan dan keasliannya. Betulkah ia betul-betul selamat untuk ibu dan bayi dalam kandungan.

Seriously, saya sendiri culas makan vitamin-vitamin yang dibekalkan.Doktor pun hairan bila ditanya saya masih ada bekalan vitamin bulan lepas. Sedangkan vitamin tersebut cukup untuk sebulan.

Saya hampir pitam disebabkan kurang nutrisi semasa dalam pantang. 5 hari selepas bersalin bayi saya didapati mengidap jaundis hingga ditahan di wad. Saya yang perihatin terhadap menyusuan bayi sanggup menyewa satu katil hospital selama 4 hari untuk memastikan bayi saya dapat susu ibu sepenuhnya. Akibatnya saya pula yang hampir pitam disebabkan bekalan vitamin tertinggal di rumah.Lagipun saya tak berapa gemar makan vitamin sintetik.

Hinggalah diakhir-akhir hari saya berpantang baru saya dipertemukan dengan vitamin yang cukup sempurna dan sangat natural iaitu Set Ibu Menyusu.

Jadi para ibu diluar sana sangat beruntung kerana anda tidak perlu pening kepala lagi memilih produk apa yang paling sesuai untuk kesihatan anda dan bayi. Dengan SHAKLEE anda akan rasa kepuasannya.


Fungsi setiap vitamin adalah:


Saya nak share ini sebagai tambahan khasiat vitamin set Pregnancy ini.

FUNGSI SET HAMIL, BERSALIN DAN MENYUSU

1)  Vitalea With Iron (Multivitamin)
Biasanya gejala kencing manis masa hamil ni bila badan gagal hasilkan insulin dlm badan. so, perlu cari alternatif menghasilkan insulin... vitalea one of the solution..
- Membantu dalam penghasilan insulin
- Mengandungi 19 Vitamin dan Mineral lengkap untuk menyokong tumbesaran dan kesihatan ibu hamil
-Mengurangkan keletihan, dan untuk kesihatan & kecergasan badan ibu sepanjang hamil, bersalin dan menyusu. Iron penting bagi menjaga tahap hemoglobin (hb) yang sihat untuk ibu.

2) Vit B Comp

Folic acid melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan sistem sarafnya seperti spina bifida. BComplex adalah vitamin Anti-Stress, terutama bila ibu kurang tidur di akhir kehamilan dan semasa dalam pantang.
- Membantu menukarkan gula kepada tenaga
- Membantu mengurangkan keletihan
- Lengkap dengan kesemua 8 jenis vitamin B

3) Ostematrix (Calsium & Magnesium)

Kalsium berfungsi untuk pembinaan tulang dan gigi yang kuat. Ketika hamil & menyusu, semua kalsium dlm badan ibu akan disalurkan kepada bayi dalam kandungan dan ke dalam susu ibu yang diminum bayi. Komposisi terbesar dalam susu ibu selepas protein adalah KALSIUM.

Jadi, kalau ibu tidak cukup tambahan kalsium setiap hari, ibu akan mudah mendapat osteoporosis, sakit-sakit tulang & gigi luruh. Ia juga membantu masalah susu merudum ketika haid dan membantu merawat sakit-sakit badan, pinggang & belakang serta mengurangkan masalah sembelit bagi ibu hamil, berpantang & menyusu.

- Membekalkan Magnesium kepada ibu hamil (kekurangan mangnesium antara punca kencing manis)
- Mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis
- Membekalkan kalsium magnesiam sepenuhnya bagi pembesaran bayi dan kesihatan ibu hamil

4)  VITA-C 

Tingkatkan sistem imunisasi ibu & bayi. 

5) ESP PROTEIN POWDER

Protein membantu kecergasan badan ibu hamil & menyusu. Ia juga menggalakkan kecantikan kulit ibu & baby. Dalam susu ibu, komposisi terbesar juga adalah PROTEIN. Dengan ESP, dapat bantu pekatkan susu ibu & baby akan lebih cepat kenyang.

6) OMEGAGUARD (DHA)

Mengandungi DHA yang penting untuk perkembangan sel-sel otak bayi dalam kandungan dan bayi yang menyusu. Omega juga membantu membakar lemak agar ibu cepat kurus semula selepas bersalin.

7) ZINC (Tambahan selepas bersalin)

Cepatkan penyembuhan luka bersalin (Paling penting bagi yang bersalin secara ceaserean). Juga membantu mengurangkan keguguran rambut selepas bersalin.

8) ALFAFA (Tambahan semasa menyusu)

Sebagai milk booster, herba utk bantu tambah penghasilan susu ibu.





















Untuk merasai apa yang saya rasa mari lah cuba sekali.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!