Friday, October 20, 2023

7 Sebab Kenapa Saya Memilih Vitamin Shaklee?

 




Assalamualaikumusalam wbt sahabat setia fiezabard. Apa khabar semua? Kak Fieza doakan anda dalam lindungan Allah swt. Terima kasih kerana masih setia mengunjungi blog Kak Fieza yang tak seberapanya ini.

Setiap yang berlaku pasti ada pemulanya. Kak Fieza kenal Shaklee ni asalnya sebab Sakit Belakang yang ditanggung sejak pregnant anak pertama lagi.

Tapi anda tahu tak, Allah bagi jawapan solusinya hanya selepas kelahiran anak Kak Fieza yang ke-5. Lamakan Kak Fieza tanggung sakit belakang Kak Fieza tu. Allah saja yang tahu macam mana menanggung sakit belakang macam kena siat-siat dan ditarik-tarik otot Kak Fieza terutamanya bila hamil.

Bila tanya orang tua, mereka kata biasalah tu pregnant memang macam tu. Aduhai..macam tak ada solusi dah. Mereka sarankan pergi berurut. Ye, memang tiap kali pregnant Kak Fieza pergi berurut tapi ini tidak melegakan kesakitan belakang Kak Fieza. Masih lagi sakit bagai ditarik-tarik dan disiat-siat. Rasa sangat tidak selesa.

Masa dalam pantang anak ke-5 Kak Fieza bagai digerakkan Allah untuk contact kawan opis Kak Fieza yang buat bisnes Shaklee. Masa tu actually nak tanya macam mana nak join bisnes macam dia. Tapi tah macam mana terceritalah kisah syadis sakit belakang Kak Fieza ni. Kawan Kak Fieza sarankan ambil Set Bersalin Shaklee. Dalam set tu ada Ostenutrix.

Anda nak tahu lepas Kak Fieza makan 4 biji pada malamnya, esoknya sakit-sakit belakang Kak Fieza hilang terus 100%. Sikit pun tak rasa sakit lagi.

Ya Allah, masa tu kan...rasa macam nak lompat bintang je. Syukur sangat sangat. Sakit yang Kak Fieza tanggung selama ni dah hilang.💃💃💃💃 Bestnyaaaa... Syukur Ya Allah.

Macam tak percaya je tau. Selama ni Kak Fieza tercari-cari macam mana hilangkan kesakitan Kak Fieza ni akhirnya Allah dah selesaikan atas asbab produk Shaklee.

Ya Allah, terima kasih Allah.

Terima kasih Shaklee.

Kat sini bila anda dah rasa effect positifnya, akan timbul rasa love, rasa sangat best, rasa percaya.

Tu yang sayang sangat dengan Shaklee tu. Syukur Alhamdulillah 😁😁

Setiap kali bila orang bertanyakan Kak Fieza apa bestnya Shaklee. Story inilah yang Kak Fieza ceritakan.



Berkobar-kobar Kak Fieza cerita Shaklee Effect kepada audience.

Jemput tonton perkongsian Kak Fieza di bawah ye



Dalam banyak-banyak Vitamin di pasaran Malaysia ni, kenapa Shaklee jadi pilihan Kak Fieza? Mari kita selongkar.

7 Sebab Kenapa Saya Memilih Vitamin Shaklee?

1 - Shaklee adalah dari bahan semulajadi yang asli dan organik

Ramuan vitamin Shaklee adalah dari bahan semula jadi dan organik malah beyond organik. Tiada bahan pengawet,perisa tambahan, atau pun bahan-bahan kimia. Malah Shaklee akan menjalani lebih dari 100,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun terhadap produknya untuk memastikan kualiti dan potensi produk terbaik dan selamat.


2 - Shaklee Sentiasa SELAMAT

Shaklee terjamin selamat untuk manusia sejagat bukan sahaja kepada diri tetapi kepada alam sekitar. Setiap tahun Shaklee menjalani 350 kajian terhadap produknya untuk memastikan produknya bebas dari bahan beracun seperti paraben, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), tiada bahan diharamkan, tiada pewarna tambahan, tiada pemanis tambahan dan perisa tiruan.


3 - Shaklee Terbukti BERKESAN

Shaklee telah menjalani lebih daripada 135 kajian klinikal, saintifik jurnal dan pembentangan. Antara yang terkenal adalah Kajian Landmark Study dan Kajian Telomere. Kajian-kajian ini telah diterbitkan di dalam majalah-majalah dan hasil kajian bersifat transparent. Ini membuktikan Shaklee terbukti berkesan terhadap kesihatan sejagat.


4 - Shaklee menjalani pelbagai Kajian Klinikal

Shaklee bukan calang-calang produk. Walaupun Shaklee dikategorikan sebagai makanan tambahan yang tidak memerlukan kajian klinikal terhadap produk makanan tambahan pada amnya, tetapi Shaklee tetap melaksanakan 135 kajian klinikal, saintifik jurnal dan pembentangan untuk memastikan ianya betul-betul SELAMAT, SEMULAJADI dan TERBUKTI BERKESAN.

5 - Shaklee Trusted Brand Reader Digest 3 tahun berturut-turut


Shaklee adalah pemegang Trusted Brand Award 3 tahun berturut-turut pada tahun 2021, 2022 dan 2023 oleh Ridest Digest

Award ini di vote oleh para pengguna Malaysia. Ini bermakna Pengguna Malaysia mempercayai brand Shaklee adalah Vitamin yang dipercayai diyakini oleh pengguna keberkesanannya, ketulenannya dan selamat digunakan.

6 - Shaklee Suplimen tertua di dunia iaitu Multivitamin Vitalize yang berusia lebih 100 tahun

Saya sangat beruntung kerana diperkenalkan dengan vitamin yang pertama di dunia. Malah perkataan vita-min yang digunapakai selama ini adalah berasal dari perkataan 'VITALIZED-MINERALS' yang dicipta oleh Dr. Forrest C. Shaklee iaitu individu yang bertanggungjawab memperkenalkan kepada dunia vitamin semulajadi ini.

Sejak 1951 ciptaan pertama Dr. Forrest telah menemui "VITALIZED MINERALS" ini dalam bentuk cecair kemudiannya diubah ke bentuk tablet yang dikenali sebagai VITALEA. Kini tahun 2023 , Vitalea telah dijenamakan menjadi Vita-Lize dengan inovasi lebih mantap.

1915

Dulu

Kini

rupa paras yang telah diubahsuai dan ditambahbaik kandungan nutrientnya kini dan di jamin HALAL pula tu.

Ye, produk Shaklee bukan produk timbang kati. Produk shaklee bukan setahun jagung diciptakan. Lebih 100 tahun supplimet Shaklee membantu ramai manusia menjalani hidup lebih harmoni dan sihat.


7 - Harga Murah Berbanding Kualitinya

Shaklee menawarkan produk yang boleh dikatakan harga yang murah berbanding kualiti premium yang ditawarkan.

Bayangkan sebiji Vitamin C Sustained Release Shaklee dijual dengan harga hanya 50 sen sebiji. Mahal lagi harga coklat di kedai runcit.

Dengan harga 50 sen itu anda dapat harga kesihatan yang tidak ada galang gantinya.

 

Anda yang masih tercari-cari suppliment terbaik pastikan dapatkan suppliment yang betul-betul SEMULAJADI, SELAMAT untuk diri anda dan persekitaran anda juga dan TERBUKTI BERKESAN.

Kak Fieza sebagai pengguna tegar Shaklee selama 10 tahun yakin Suppliment Shaklee Terbaik di dunia setakat ini.

Di sini Kak Fieza share kisah-kisah selama 10 tahun Kak Fieza bersama Shaklee.















Jemput Juga baca kisah-kisah menarik ruangan blog Kak Fieza






Sekiranya anda ingin dapatkan VITAMIN SHAKLEE anda hari ini. Jemput klik ye. Insya Allah Kak Fieza akan berikan konsultansi percuma.

DAPATKAN VITAMIN SHAKLEE ANDA SEKARANG

KLIK


Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.


#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeSeriKembangan


-----------------------------------------------------------------------------------------


Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya

 HAFIZAH : 019-2118757




Wednesday, October 4, 2023

7 Fakta Eksklusif Kenapa Anda Perlu Pilih Vitamin C Shaklee

 




Hai Assalamualaikum sahabat fiezabard yang dikasihi. Apa khabar semua? Saya doakan anda dikurniakan keberlimpahan kesihatan oleh Allah.

Kalau anda perasan sekarang ni di tahun 2023 ramai sangat individu yang mudah kena penyakit.

Hari ini kita lihat rakan kita elok sihat je, Tup tup esok dia masuk ICU akibat strok. Hari ini kita nampak saudara kita sihat boleh ke hulu ke hilir sihat. Tup tup esok kita dengar berita kematiannya. Allahuakhbar.

Ye, Allah kata ajal dan maut itu ditangannya. 

Namun begitu, Allah berkehendakkan kita makhluknya yang paling unik untuk menjaga amanah yang diberikannya. Antara amanah yang perlu kita jaga adalah KESIHATAN DIRI SENDIRI.

Tahukah anda?

Fakta Kepentingan Vitamin C Yang Ramai Orang Tak Tahu.

Jemput tonton video ini kita bongkar apa yang anda perlu tahu.


Tahukah anda?

Lembu mampu menghasilkan 1,200 mg Vitamin C dalam sehari.

Kucing mampu menghasilkan 2,800 mg Vitamin C dalam sehari.

Kambing mampu menghasilkan 13,000 mg Vitamin C dalam sehari.

Arnab mampu menghasilkan 18,000 mg Vitamin C dalam sehari.

Tapi 

Tapi

Manusia tidak mampu menghasilkan Vitamin C di dalam badan sendiri.

Oleh itu, kita sebagai manusia perlu mencari sumber Vitamin C dari luar.

Namun begitu bukan semua Vitamin C di pasaran SELAMAT dan BERKESAN lebih-lebih lagi terdapat lambakan jenama Vitamin C sama ada yang natural atau sintetik.

Cuba tonton Video ini

Kenapa Vitamin C Shaklee Sangat Istimewa


1) 1 tablet Vita-C Plus menyamai 7.5 buah oren
    1 tablet Chewable C bersamaan 3 buah oren

2) Dihasilkan dari Jagung yang sesuai untuk perut sensitif. Sesuai juga kepada yang mengidap gastrik.

3) Tiada bahan pengawet, tiada pewarna tiruan, tiada bahan pewarna dan juga tiada bahan aditif.

4) Dihasilkan dari bahan SEMULAJADI 100% SELAMAT dan BERKESAN.

5) 1 botol Vita-C Plus hanya RM115 (180 tablets)
    Kos sehari hanya 64 sen
    
    1 botol Chewable C hanya RM56 (90 tablets)
    Kos sehari hanya 62 sen

6) Sesuai untuk seisi keluarga.


7 FAKTA Eksklusif Kenapa Anda Perlu Pilih Vitamin C Shaklee

Jemput tonton video ni ye.



1) Menggunakan teknologi 'Sustained Release' yang melepaskan 100mg Vitamin C ke dalam badan setiap jam. Badan kita hanya mampu menyerap 100 ke 200mg sahaja dalam satu masa. Jadi tidak lah terjadi pembaziran Vitamin C dibuang dalam air kencing.

2) Diperkayakan dengan 120mg BIOFLAVONOID SITRUS (terdapat pada kulit putih dalam buah oren) untuk meningkatkan keberkesanannya.


3) Nutrisi 1 TABLET bersamaan 7.5 buah OREN ATAU 6 cawan BROKOLI ATAU 119 biji LOBAK MERAH. Anda mampu ke makan sebanyak itu untuk sehari?

4) Dihasilkan dari ekstrak JAGUNG yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif. 




5) Dihasilkan pada tahun 1981 dengan teknologi 'SUSTAINED RELEASE' yang pertama di dunia oleh Dr Forrest C Shaklee.

6) Diperbuat dari bahan SEMULAJADI yang SELAMAT untuk diambil dalam jangkamasa panjang dan terbukti melalui KAJIAN SAINTIFIK.

7) 1 tablet mengandungi 500mg Vitamin C.


Siapa Yang Perlu Ambil Vitamin C?




Ramai dah maklum Vitamin C untuk meningkatkan sistem imun. Ia juga sesuai untuk meredakan selsema dan batuk terutamanya.

Tapi ramai yang tak tahu Vitamin C Shaklee lebih dari sekadar untuk PERTAHANAN BADAN. Jom kita selongkar.

1. Vitamin C Shaklee untuk mereka yang inginkan Kulit Mulus dan Berseri.

Baca >> 

5 Fungsi Luar Biasa Vitamin C Untuk Kekalkan Kesihatan Dan Kecantikan



2. Vitamin C Shaklee untuk mereka yang ingin meningkatkan tenaga lebih baik.

3. Vitamin C Shaklee merupakan antioksidan dan meningkat sistem pertahanan badan.

4. Vitamin C Shaklee untuk mereka yang ingin Gusi yang sihat.

5. Vitamin C untuk mereka yang ingin kesihatan sendi.



Kak Fieza sendiri telah merasai Kepentingan Vitamin C Shaklee dan kebaikannya. Bukan Kak Fieza sahaja yang dapat kesannya malah seisi keluarga dapat merasai kebaikannya.



Bukan itu sahaja, ramai lagi yang dapat kesan yang baik dari pengambilan Vitamin C Shaklee.

Di sini Kak Fieza kongsikan beberapa testimoni pengguna Vitamin C Shaklee.






Ada ramai lagi yang merasai keistimewaan Vitamin C Shaklee ini. 





DAPATKAN VITAMIN C SHAKLEE ANDA SEKARANG

KLIK


Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.


#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeSeriKembangan


-----------------------------------------------------------------------------------------


Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya

 HAFIZAH : 019-2118757