Saturday, July 22, 2023

Percutian Percuma Shaklee Trip Mewah 5 Bintang Yang Menakjubkan


Hai Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua para pembaca setia fiezabard yang dikasihi. Kak Fieza doakan anda dalam lindungan Allah swt.

Apa yang bestnya join Shaklee ni, Shaklee menawarkan banyak keistimewaan Reward kepada ahlinya yang layak. Shaklee tidak gagal untuk menawarkan 3C Rewards kepada ahlinya yang layak iaitu:

CASH REWARD

CAR REWARD

CONVENTION TRIP REWARD

Baca : 9 SEBAB KENAPA BUSINESS SHAKLEE TERBAIK

Kali ini Kak Fieza nak story salah satu REWARD yang Shaklee berikan bila anda join ahli Shaklee yang ramai belum tahu.


PERCUTIAN PERCUMA SHAKLEE TRIP MEWAH 5 BINTANG!

Setiap tahun Shaklee akan menganjurkan Trip bertaraf 5 Star Regional dan International.

Dengan bisnes online Shaklee anda berpeluang dapat reward percutian yang sangat menyeronokkan. Dari pengalaman mentor-mentor kami, Shaklee berikan layanan paling istimewa sepanjang percutian. Segala-galanya di sponsor. Anda hanya perlu bawa badan saja. Beg travel pun Shaklee beri FREE.

Istimewanya Percutian Mewah Shaklee:

1) Layanan istimewa bagaikan VVIP dan sangat EKSKLUSIF

2) Jurukamera akan ikut ke mana saja kita. Jadi macam retis-retis pulak.

3) Makanan yang mewah disediakan FREE sahaja.

4) Duit Meal pun disediakan sekiranya ada hari yang bebas.

5) Kemudahan tempat penginapan bertaraf 5 bintang disediakan sepanjang percutian secara PERCUMA.

6) Melawat tempat-tempat yang menarik kadang-kadang memerlukan kos yang besar.

Setiap tahun Shaklee sediakan FREE TRIP untuk Leaders yang berjaya capai target sales dan TRAVEL POINT yang ditetapkan. Kena kumpul points ni selama SETAHUN.

Trip Shaklee ini sangat EKSKLUSIF kerana kelayakan FREE TRIP ini hanya yang betul-betul layak. Hanya ahli Shaklee yang cukup TRAVEL INCENTIVE POINT yang ditawarkan reward PERCUTIAN PERCUMA SHAKLEE ini.

Tambahan lagi sekiranya anda layak sekalipun tapi anda tak dapat join, tiket tidak boleh digantikan kepada orang lain selain suami, isteri atau ibu bapa anda sahaja. Best kan? Sangat eksklusif.

Ye, PERCUTIAN PERCUMA SHAKLEE ini bukan anda saja yang layak diberi reward. Suami , isteri atau ibu bapa anda juga boleh anda bawa sekiranya Travel Incentive Point anda mencukupi. UNLIMITED ye Tiket Percutian Percuma Shaklee ini.

Ada orang kata, saya dah biasa pergi luar negara. Tempat-tempat ini semua saya dah pergi.

Tapi percayalah, Percutian bersama Shaklee tak sama dengan percutian sendiri.

Sekiranya percutian sendiri anda perlu keluarkan budget sendiri dan sentiasa berkira-kira takut terlebih budget.

Tetapi dengan Percutian Shaklee anda tak perlu fikir anda terover budget atau tidak. Shaklee telah siap-siagakan percutian anda yang sangat menyeronokkan.

Malah Shaklee berikan hotel yang bertaraf lebih dari 5 bintang untuk anda nikmati keseronokkannya dan kemewahannya.

Sekiranya anda bercuti sendiri sudah pasti anda terpaksa plan itinerari anda sendiri. Perlu buat survey tempat mana yang anda nak pergi. Perlu juga tahu bayaran entri tempat yang bakal anda kunjungi supaya tidak terlebih budget.

Anda juga perlu fikir tempat tersebut selamat atau tidak untuk dikunjungi. Kadang-kadang persiapan sebelum pergi bercuti dah memenatkan.

Baca : Tips Travel : Apa Yang Perlu Dilakukan Sebelum Pergi Bercuti?

Tetapi dengan percutian Shaklee anda tidak perlu fikir semua itu. Shaklee yang fikirkan keselamatan dan juga kebajikan anda di sana. Shaklee akan pastikan kebajikan anda terjaga tiptop.

Dari segi makanan pula, biasanya sekiranya pergi luar negara anda pasti risau mencari makanan yang halal bukan? Sukar bagi anda untuk mencari makanan halal di luar negara. Terpaksalah anda bawa mee segera atau makanan ready made. Paling tidak anda hanya boleh makan roti mereka. Tambahan lagi ada yang harga melampau-lampau mahal.

Namun dengan Percutian Shaklee anda akan disediakan dengan makanan halal dan anda tidak perlu tahu pun berapa harganya sebab semuanya FREE.

Mari Kak Fieza kongsikan PERCUTIAN SHAKLEE yang pernah Master Maria Firdaus dapat

SHAKLEE FREE INCENTIVE TRIP MASTERS MARIA & FIRDAUS


1. 2014 - USA (LOS ANGELES & SAN FRANCISCO)

2. 2015 - ITALY 

3. 2016 - USA (LONG BEACH, FLORIDA)

4. 2017 - JAPAN

5. 2017 - STAR LIBRA CRUISE (PORT KLANG - PHUKET - LANGKAWI)

6. 2018 - WESTERN MEDITERRANEAN CRUISE (SPAIN - FRANCE - ITALY)

7. 2018 - BANGKOK, THAILAND

8. 2019 - USA (LAS VEGAS & SAN FRANCISCO)

9. 2020 - SWITZERLAND (Ganti Cash Rewards)

10. 2020 - SEOUL, KOREA (Ganti Cash Rewards)

11. 2021 - USA (LOS ANGELES) (Ganti Cash Rewards)

12. 2021 - BALI, INDONESIA (Ganti Cash Rewards)

13. 2022 - SWITZERLAND

14. 2023 - SEOUL, KOREA


Wow banyakkan? Masya Allah. Setiap tahun dapat honey moon free.

Mari Kak Fieza kongsikan photo-photo PERCUTIAN SHAKLEE FREE mereka.


















Tidak dinafikan Kak Fieza suka melancong. Tetapi bila memikirkan melancong memerlukan budget yang besar, jadi hasrat itu sering dilupakan.

Kak Fieza impikan suatu hari nanti Kak Fieza juga layak menyertai Percutian Shaklee yang berprestij dan mewah ini. Tambahan lagi ianya ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Anda hanya bawa badan saja.

Tahun 2024, Shaklee akan tawarkan PERCUTIAN MEWAH yang lebih hebat.


7H6M OSAKA, NARA, KYOTO



4H3M ROYAL CARIBBEAN CRUISE SINGAPURA, PULAU PINANG, PHUKET




Anda yang suka melancong ke luar negara tapi budget-budget, inilah peluang keemasan untuk bercuti bersama kami tanpa keluarkan sesen pun.

Jom bercuti mewah dengan PERCUTIAN PERCUMA SHAKLEE!

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.


#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeSeriKembangan


-----------------------------------------------------------------------------------------


Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 

 HAFIZAH : 019-2118757



Wednesday, July 19, 2023

Tips Travel : Apa Yang Perlu Dilakukan Sebelum Pergi Bercuti?

 

Assalamualaikum wbt sahabat fiezabard yang dikasihi. Apa Khabar? Kak Fieza doakan anda dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

Bila cuti sekolah tiba ramai yang ambil peluang untuk bercuti-cuti sama ada dalam negara atau luar negara.

Bercuti adalah perkara yang menyeronokkan. Sapa yang tak suka bercuti. Namun persiapan sebelum memulakan percutian perlu disediakan dengan rapi supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini berlaku. Ini akan mengganggu keseronokkan percutian anda. Mari Kak Fieza kongsikan TIPS TRAVEL yang wajib sebelum anda memulakan percutian.

Apa Nak Buat Sebelum Pergi Bercuti?

Beberapa perkara perlu dititik-beratkan sebelum bercuti.

1) Buat Research Tempat Yang Anda Ingin Kunjungi

2) Rancang Itinerary Percutian Anda

3) Buat Checklist barang yang anda nak bawa

4) Tukar wang

5) Muat turun aplikasi penting

6) Semak cuaca

7) Dapatkan insurans perjalanan

8) Persediaan Mental dan Fizikal


#1 Buat Research Tempat Yang Anda Ingin Kunjungi

Perkara ini adalah langkah pertama perlu anda lakukan. Sebelum bercuti sama ada anda bercuti dalam atau luar negara anda perlu melakukan carian tempat yang anda ingin kunjungi.

Selain untuk memastikan percutian anda berjalan dengan lancar, perkara ini juga penting agar anda tahu anda berada di tempat yang selamat.

Langkah ini juga perlu dilakukan agar anda dapat mengenalpasti budaya mereka, bajet berada di sana dan peraturan-peraturan yang perlu anda ikuti sepanjang berada di sana.

#2 Rancang Itinerary Percutian Anda

Langkah yang paling penting juga anda perlu merancang Itinerary percutian anda sebagai panduan laluan (route) perjalanan anda sepanjang percutian.

Langkah ini menentukan sama ada percutian anda akan berjalan dengan lancar mahupun tidak. 

IF YOU FAIL TO PLAN, YOU PLAN TO FAIL 

Jangan hancurkan kemanisan percutian anda hanya dengan anda gagal merancang perjalanan percutian anda.

Sila kenalpasti selok-belok negara yang anda ingin kunjungi supaya anda tidak tersesat. Selain itu anda juga perlu menetapkan tempat penginapan anda. Lebih baik sekiranya telah menempah dahulu penginapan anda sebelum tiba di sana.

Begitu juga dengan kemudahan awam yang ada di sana contohnya sekiranya di tempat itu kebanyakkan perjalanan menggunakan kenderaan awam seperti keretapi anda perlu menempah tiket keretapi sebelum memulakan percutian untuk pastikan perjalanan anda lancar nanti.

Tidak dilupakan juga anda perlu senaraikan tempat-tempat yang menarik yang bakal anda kunjungi. Adakah tempat yang bakal anda kunjungi perlu ditempah dulu tiketnya. Perkara ini perlu disiapsiagakan.

#3 Buat Checklist Barang Yang Anda Nak Bawa


Persiapan awal sebelum memulakan percutian sangat digalakkan untuk mengelakkan ada barang yang tertinggal.

Terlebih dahulu, anda disarankan membuat senarai barang-barang (checklist) yang perlu di bawa travel. Tips Travel ini untuk memastikan anda membawa barang yang perlu sahaja dan tidak terbawa barang yang tak perlu. Tak adalah beg anda nanti terlebih berat. Disamping itu , langkah ini juga untuk melancarkan perjalanan percutian anda. Bila semua barang dah ready anda tidak perlu bersusah-susah untuk mencari atau membelinya di sana nanti yang tak tahu kemungkinan harganya lebih mahal.

#4 Tukar Wang

Sebelum memulakan percutian luar negara anda, pastikan wang anda sudah mencukupi. Anda tidak digalakkan bergantung kepada kaedah pembayaran tanpa tunai semata-mata. Wang tunai perlu disediakan untuk sebarang kecemasan berlaku.

Pastikan juga kad bank anda boleh melakukan transaksi untuk luar negara. Anda boleh aktifkan di bank jika anda belum melakukannya.

#5 Muat Turun Aplikasi Penting

Anda sudah pasti ada telefon pintar bukan? Anda boleh muat turun aplikasi penting yang boleh digunakan semasa percutian anda.

Sekurang-kurangnya anda ada aplikasi menunjuk lokasi contohnya Google Map supaya anda mudah untuk menuju ke satu-satu destinasi percutian anda.

Anda juga disarankan muat turun aplikasi tempahan hotel , tempahan kenderaan awam atau tempahan makanan dan sebagaikan yang relevan dengan negara percutian anda.

#6  Semak Cuaca

Jika anda ingin melancong ke negara yang miliki 4 musim, tentukan musim mana yang anda ingin pergi bercuti. Contohnya jika badan anda tidak tahan sejuk, eloklah elakkan pergi bercuti ketika musim sejuk ya. Bukan apa, risau percutian anda itu jadi tidak menyeronokkan nanti.

Cek juga suhu negara tersebut. Ia bagi memastikan anda tahu apa pakaian yang perlu dibawa dan dipakai nanti. Mungkin nampak remeh, tapi anda akan tahu kepentingannya nanti bagaimana. 

#7 Dapatkan Insurans Perjalanan

Sekiranya anda ingin ke luar negara, anda perlu membeli pelan insurans perjalanan buat diri anda supaya anda boleh dilindungi sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika sedang bercuti nanti.

#8 Persedian Mental dan Fizikal

Harus diingat anda nak bercuti nak happy happy. Jadi, untuk pastikan anda happy anda perlu siap siagakan diri anda dengan MENTAL dan FIZIKAL dalam keadaan baik. Sekiranya anda sakit sama ada sebelum bercuti atau semasa bercuti , sedikit sebanyak akan mengganggu keseronokkan percutian anda.

Oleh itu anda perlu pastikan kesihatan anda dalam keadaan baik dari segi kesihatan fizikal mahupun mental.

Macam Kak Fieza akan pastikan sebelum bercuti Kak Fieza amalkan Set Essential Shaklee untuk memastikan kesihatan Kak Fieza dalam keadaan tip top.

Lagipun percutian memerlukan tenaga yang tinggi. Anda akan terpaksa berjalan banyak dan mungkin tak cukup tidur untuk menggunakan sepenuhnya masa untuk percutian anda.

Perjalanan yang panjang juga agak meletihkan.Jadi, anda memerlukan suppliment tambahan untuk maintain energy anda. Kadang kala , bila anda banyak berjalan kaki senang dilanda lenguh-lenguh. Ini juga memerlukan suppliment tambahan khas untuk kesihatan sendi dan tulang seperti Ostenutrix Shaklee dan ResV-Vix Shaklee yang baik untuk kesihatan sendi dan tulang.

Perubahan cuaca di negara lain juga tak sama dengan negara sendiri. Kadangkala tubuh kita tak berupaya untuk melawan perubahan cuaca tersebut dan mudah diserang penyakit seperti batuk dan selsema. Jadi, anda disarankan ambik Extra Vitamin C dan disarankan ambil Vita-C Sustained Release Shaklee yang terbukti berkesan melawan jangkitan penyakit.

Semoga TIPS TRAVEL ini dapat memberi manfaat kepada anda untuk anda memulakan percutian anda penuh keseronokan tanpa halangan.

Jemput baca percutian yang pernah Kak Fieza terokai:

👉👉 Percutian Lebih Hebat Dari Maldives

👉👉 3H2M En Badrul ke Ho Chi Min

👉👉 Rock Climbing Di Gua Damai

👉👉Percutian Percuma Shaklee Trip Mewah 5 Bintang Yang Menakjubkan

Ada banyak lagi percutian Kak Fieza dan family yang tak sempat digrabkan dalam nukilan blog ini. Insya Allah Kak Fieza akan terus menulis dan menulis dalam eksplorasi fiezabard travel dan berkongsikan banyak tips travel nanti.


Semoga tips yang diberikan untuk anda memulakan percutain anda ini memberi manfaat. Kak Fieza doakan anda kaya dan berjaya.

Anda berminat join bisnes Online Shaklee bersama kami klik 


Living With Harmony With Nature

~falsafah Dr Forrest C Shaklee.

 

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.


#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeSeriKembangan


-----------------------------------------------------------------------------------------


Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 

 HAFIZAH : 019-2118757


Sunday, July 16, 2023

5 Tips Mulakan Bisnes Online Dari Rumah

 


Pada era serba maju ini, ramai orang sudah mula berjinak dengan kemudahan internet dan media sosial untuk mendapat sumber maklumat di hujung jari. Bukan hanya untuk mendapat maklumat, antara kemudahan yang media sosial dan internet sediakan adalah pembelian atas talian atau ‘online shopping’. 

Jadi, rugi sekiranya anda tidak menggunakan kemudahan platform internet untuk menjadikannya sebagai sumber mendapatkan pendapatan tambahan. Ramai rakyat Malaysia juga sudah sedar bahawa kemudahan untuk berniaga di ruang laman sosial seperti Facebook dan Instagram amat mudah. Lebih-lebih lagi pada waktu pandemik Covid-19, lebih sukar untuk memulakan perniagaan fizikal atau di premis. 

Pengalaman Kak Fieza sendiri yang telah terjebak dengan BISNES ONLINE ini sejak 10 tahun lalu merasakan ia adalah cabang Bisnes yang mudah dan cepat dapat ramai crowd berbanding dengan bisnes konvensional.

Tambahan lagi BISNES ONLINE ini sangat sesuai kepada mereka yang baru pertama kali nak bisnes dan malu-malu nak promote kepada orang. Kak Fieza faham kondusi anda kerana Kak Fieza juga sejenis INTROVET.

Justeru itu, BISNES ONLINE inilah platform yang sesuai kepada anda yang ingin berbisnes tapi INTROVET. Apatah lagi yang EXTROVET bertambah lagi sesuai dengan BISNES ONLINE ini.

Mari Kak Fieza kongsikan TIPS BISNES ONLINE dari rumah yang berkesan dan Kak Fieza telah mencubanya sendiri.


5 Tips Mulakan Bisnes Online Dari Rumah

#1 Mulakan Bisnes Dengan Sesuatu Yang Dah Ada Depan Mata

Sebagai permulaan, anda tak perlu bersusah payah untuk mencipta produk anda sendiri. Cukup dengan menjual produk yang sudah mempunyai pengikutnya sendiri seperti sistem ‘dropship’ dimana anda menjual produk sedia ada, tetapi pada platform anda sendiri dan keuntungan anda merupakan daripada komisen. Kebanyakan sistem ‘dropship’ ini tidak memerlukan modal untuk mulakan perniagaan, kerana anda hanya perlu mencari pelanggan yang berminat untuk membeli produk yang anda jual.

Pelanggan lebih cenderung untuk membeli produk yang sudah mempunyai jenama yang kukuh ataupun sudah dipercayai. Jadi, tidak salah untuk anda menjual barangan perniagaan lain jika perniagaan itu menyediakan servis ‘dropship’ .

#2 Elakkan Fikir Untung Besar Dalam Masa Yang Singkat

Dalam Bisnes Online ini anda elakkan untuk dapat keuntungan yang besar dalam masa yang singkat. Kalau itu yang bermain difikiran anda, lupakan saja untuk berbisnes Online.

Berbisnes Online anda perlukan masa dan proses untuk dapat pulangan yang besar.

Tanamkan Niat Bisnes anda untuk MEMBERI MANFAAT kepada orang lain. Insya Allah. Allah permudahkan satu-persatu jalan anda.

Ada sesetengah individu perpandangan sekiranya kita keluarkan modal yang besar, kita akan dapat pulangan yang besar. Ye tidak dinafikan idealogi begitu. Tapi kita ni baru nak mulakan bisnes. Bisnes Online pula tu. Kita bukan buat Bisnes Megah Holding.

#3 Mulakan Dengan Modal Yang Rendah

Anda sebagai usahawan yang baru nak bermula bisnes perlu bijak untuk memulakan satu-satu perniagaan. Cuba cari bisnes online yang hanya memerlukan modal yang rendah untuk memulakan bisnes.

Anda tidak perlu bergolok bergadai hanya untuk memulakan bisnes.

Anda tidak perlu meminjam bank atau yang lebih parah meminjam Ah Long untuk memulakan bisnes.

Anda tidak perlu meminjam saudara mara untuk melaburkan bisnes anda.

Untuk memulakan Bisnes Online kali pertama, anda hanya perlukan Handphone dan Internet saja.

Anda kukuhkan Page Media Social Anda (Facebook, Instagram, YouTube, Tiktok dan Blog) Insya Allah anda akan menjadi Jutawan Senyap suatu hari nanti.

Sekiranya anda lahir pada tahun 70-an, anda pasti sukar nak memulakan bisnes. Dahulu memang sekiranya nak bisnes agak canggung dikalangan usia muda. 

Waktu tu nak bisnes perlu modal yang besar, perlu ada kedai, perlu pelaburan besar.

Sedangkan, dalam era kemajuan sekarang, banyak perubahan teknologi yang bangkit drastik. Media tanpa sempadan. Maklumat dihujung jari anda. Anda boleh buat bisnes dengan mudah secara ONLINE.

Syukur sangat, sekarang nak bisnes jauh lebih mudah berbanding masa zaman Kak Fieza muda-muda dulu. 

Walaupun anda masih di kolej atau di Universiti malah pelajar sekolah juga boleh mulakan bisnes dengan modal yang rendah atau tanpa modal.

Jadi, sekiranya anda adalah generasi muda, apa alasan lagi yang anda berikan untuk tidak memulakan bisnes anda sendiri SEKARANG.


#4 Mulakan Bisnes Yang Berisiko Rendah

Anda yang baru nak berbisnes online disarankan pilih bisnes yang berisiko rendah. 

Kak Fieza perasan ramai yang ajak Kak Fieza join bisnes hartanah. Tak kurang juga yang memujuk untuk join saham.

Tak salah bisnes seperti ini. Malah memang tak dinafikan pulangannya lumayan. Tapi untuk anda yang baru nak berjinak dengan Bisnes Online ini disarankan pilih bisnes yang berisiko rendah.

Anda juga disarankan pilih company produk yang kukuh. Elakkan pilih company produk yang wujud bermusim.

Anda juga disarankan memilih produk jualan anda yang HIGH DEMAND. High Demand ini maksudnya pelanggan anda akan sentiasa berulang-ulang order produk anda dan konsisten menggunakannya sebagai contoh produk makanan dan produk suppliment.

#5 Belajar Strategi Perniagaan dan Pemasaran

Walaupun berniaga di atas talian nampak mudah, tetapi ia menjadi sukar apabila banyak saingan kerana sudah ramai yang mula untuk berniaga di atas talian dan perniagaan anda mungkin sukar untuk diketahui pelanggan. 

Keberkesanan anda boleh diukur dengan kemudahan yang disediakan oleh platform Facebook dan Instagram melalui data yang disediakan. Untuk menjadi lebih dikenali dalam pasaran, teknik pemasaran anda haruslah kukuh dengan ‘design’ produk atau poster promosi perniagaan anda yang sedap mata memandang supaya pelanggan tertarik untuk membeli produk yang anda jual. Pastikan cara pemasaran anda lain dari yang lain supaya dikenali ramai pelanggan.

Untuk mendapatkan teknik yang berkesan ini anda perlu sentiasa menambah ilmu perniagaan daripada mereka yang telah berjaya dan berpengalaman.

Sekiranya anda masih tercari-cari bisnes ONLINE apa yang patut anda lakukan anda baca link di bawah ini sebagai panduan.

Baca : 9 Sebab Kenapa Bisnes Online Shaklee Terbaik Di Malaysia


Shaklee adalah antara syarikat yang kukuh yang boleh bayar komisen kepada usahawannya UNLIMITED. Selama 3 tahun Shaklee telah membayar komisen sebanyak RM 372,000,000 kepada para usahawannya. Kenapa tidak anda juga bersama antara usahawan yang menerima komisen tersebut.


Semoga tips yang diberikan untuk anda memulakan Bisnes Online anda dari rumah ini memberi manfaat. Kak Fieza doakan anda kaya dan berjaya.

Anda berminat join bisnes Online Shaklee bersama kami klik 


Living With Harmony With Nature

~falsafah Dr Forrest C Shaklee.

 

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.


#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeSeriKembangan


-----------------------------------------------------------------------------------------


Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 

 HAFIZAH : 019-2118757


Kerja Dari Rumah, Best Atau Sebaliknya?

 


Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda dikurniakan kesihatan dan berbahagia selalu.

Kalau anda perasan, 20 tahun yang lalu jarang sekali individu yang boleh bekerja dari rumah. Kalau namanya bekerja dan nak dapat income pasti kena keluar dari rumah dan berurusan secara bersemuka kebanyakkannya.

Segelintir saja yang mula menjinakkan diri bekerja dari rumah. Namun begitu hakikatnya tidaklah semudah bekerja dari rumah 20 tahun dahulu berbanding dengan sekarang.

Ini disebabkan oleh kekangan capaian internet yang masih terbatas. Bayangkan 20 tahun dulu anda nak capai access internet perlu Dail-up dahulu. Yang paling kelakar bunyi dail-up internet macam cengkerik. Belum lagi tiba-tiba terputus hubungan bila ada calling telefon sebab cable dail-up berkongsi dengan talian telefon. Begitulah teknologi dahulu jauh beza dengan sekarang.

Namun hari berganti hari, tahun berganti tahun, abad berganti abad. Teknologi juga telah mengalami transformasi yang drastik. Lebih-lebih lagi selepas peristiwa diserang Virus Covid 19 pada tahun 2019 satu dunia. 

Seluruh dunia telah mengubah gaya hidup terutamanya urusan seharian. Kebanyakkan dibuat secara ONLINE dari rumah.

Dulu Kak Fieza memang teringin sangat KERJA DARI RUMAH. Lebih-lebih lagi bila terpaksa berulang alik dari rumah 30KM pergi dan 30KM balik. Masa banyak dihabiskan di luar rumah.

Hinggakan pada tahun 2019 kita dikejutkan dengan Pandemik Covid 19. Waktu itulah seluruh dunia berpeluang bekerja dari rumah.

Pada pandangan Kak Fieza ada banyak kelebihan bekerja dari rumah. Namun begitu ada banyak cabaran bekerja dari rumah ini.

Mari Kak Fieza kongsikan kelebihan KERJA DARI RUMAH.

5 Kelebihan Bekerja Dari Rumah

#1 Banyak Masa Bersama Keluarga

Apabila bekerja dari rumah, masa berada di dalam rumah menjadi lebih panjang. Jika sebelum ini, waktu bersama keluarga hanya di hujung minggu, kini sudah pasti setiap masa anda dapat bersama dengan keluarga.

Jika sebelum ini tiada masa untuk makan bersama, waktu makanpagi, tengah hari, malam dapat dinikmati bersama keluarga. Bukankah itu waktu paling menyeronokkan kerana sudah lama kita tidak berpeluang melakukannya bersama-sama.

#2 Masa Beribadah Lebih Lama

Percaya atau tidak, sewaktu kerja di pejabat kita tiada masa untuk menunaikan solat dhuha, mengaji setiap kali lepas solat. Namun, apabila bekerja dari rumah kita boleh menambah amal ibadah kita dengan lebih lama. Inilah peluang yang wajib direbut oleh semua orang supaya kita dapat memperbaiki hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta dan Maha Memberi Rezeki iaitu Allah swt.

#3 Melihat Perkembangan Anak-Anak

Bekerja dari rumah dapat membantu melihat perkembangan anak-anak di depan mata. Jika sebelum ini banyak kenangan-kenangan pembesaran anak kita terlepas, Allah izinkan dengan hikmah covid, kita dapat melihat dengan mata sendiri apa yang anak lakukan didepan mata.

Melihat tumbesaran anak-anak dari kecil merupakan dambaan setiap ibu bapa, namun kekangan waktu bekerja menghalang kita dari melaluinya. Apabila ada masa kita dapat bekerja dari rumah dan dapat melihat perkembangan anak-anak, bukankah itu satu nikmat yang paling best?

#4 Meningkatkan Skill Masakan

Jika sebelum ini anda tidak sempat untuk masak, apabila bekerja dari rumah dapat memberi peluang kepada anda untuk meneroka pelbagai jenis masakan. Jika anda tidak pandai memasak, sudah pasti selepas ini menjadikan anda seorang chef yang berjaya untuk keluarga.

#5 Jana Extra Income

Bekerja dari rumah membuka peluang kepada anda untuk menceburi bidang baru iaitu dengan membuat bisnes dari rumah. Pelbagai peluang bisnes dari rumah boleh dilakukan seperti menjual produk makanan, kosmetik, tudung, perkhidmatan membuat blog, menjual suplemen dan pelbagai lagi. 

Ia membantu anda meningkatkan kewangan keluarga dan memberi perspektif baru menjadi seorang usahawan.

Baca >> Peluang Jana Extra Income Secara ONLINE


4 Cabaran Kerja Dari Rumah

Namun Hakikatnya anda menghadapi banyak cabaran apabila bekerja dari rumah.

1) Tidak boleh fokus dan kurang konsentrasi


Memang seronok bila kita dapat bekerja dari rumah. Namun, cabarannya bila konsentrasi bekerja kita sering terganggu bila ada saja hal peribadi yang hendak diuruskan.

Waktu nak mulakan kerja ternampak kain baju belum dilipat. Baru nak hadap komputer anak menangis minta susu. Begitulah hakikatnya.

2) Tidak Disiplin Masa 

Masa adalah cabaran yang paling getir kepada individu yang bekerja dari rumah. Kadang-kala kita akan mencuri masa bekerja kita untuk perkara peribadi kita. Tambahan lagi dengan persekitaran yang berbeza dengan persekitaran pejabat.

Justeru itu, kepada anda yang tegar ingin bekerja dari rumah perlu melatih diri anda dengan DISIPLIN MASA.



Setiap hari anda perlu merancang apa yang anda nak lakukan pada hari itu. Tulis TO-DO-LIST supaya anda tidak terlepas dengan tugasan harian anda yang sepatutnya.

Tandakan setiap kali anda telah selesai melakukan satu-satu senarai tugasan anda. Sekiranya ada yang belum selesai anda bawa ke hari esok.

Ingat! letakkan tugasan mengikut prioriti.

Kak Fieza sendiri walaupun bekerja di pejabat tetap melakukan rutin menulis TO-DO-LIST untuk tugasan harian untuk pastikan kita tidak terlepas pandang dengan tugasan yang diberikan.

3) Persekitaran Yang Kurang Selesa

Persekitaran rumah yang kurang selesa juga mengganggu tugasan kerja anda. Contohnya anda tiada ruangan kerja khas. Di situlah tempat makan, di situ lah tempat menonton televisyen dan di situ juga tempat anda bekerja. Ini akan mengganggu konsentrasi anda juga.

4) Komunikasi Yang Kurang Berkesan

Tidak dinafikan bekerja dari rumah menjimatkan masa. Tidak perlu kepejabatan menghabiskan waktu dijalanan. Kos pengangkutan juga berkurang. Namun begitu, ada ketikanya sesuatu maklumat itu tidak dapat disampaikan dengan baik bila dilakukan secara ONLINE. Kak Fieza sendiri lebih senang bila nak menyampai sesuatu maklumat secara bersemuka berbanding ONLINE.

Namun begitu sama ada anda bekerja dari rumah atau anda bekerja dari pejabat sekalipun yang penting NIAT anda. NIAT anda bekerja kerana apa? Andai NIAT anda adalah ke arah kebaikan dan kerana ALLAH, Insya Allah anda akan dipermudahkan urusan olehNya.

Kak Fieza doakan anda semua dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.


DUNIA UNTUK DIURUS, BUKAN UNTUK DIRUNSINGKAN.



Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.


#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeSeriKembangan


-----------------------------------------------------------------------------------------


Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 

 HAFIZAH : 019-2118757




Wednesday, July 12, 2023

9 Perbezaan Vivix dan ResV Yang Perlu Anda Tahu

 


ResV dan Vivix Shaklee ini bagaikan adik beradik kembar. ResV dan Vivix ini saling lengkap melengkapi. ResV sebagai agent MEMPERBAIKI SEL manakala Vivix berfungsi sebagai PERLINDUNGAN dan MEREMAJAKAN SEL.


9 PERBEZAAN RESV DAN VIVIX

Walaupun ResV dan Vivix ini dianggap seperti adik beradik namun ada banyak Beza ResV dan Vivix seperti yang Kak Fieza senaraikan di bawah.

9 Perbezaan ResV dan Vivix yang perlu anda tahu.



#1 Mula dipasarkan
ResV - sejak tahun 2020 inovasi dari Vivix
Vivix - sejak tahun 2010 setelah kajian saintifik dibuat selama 6 tahun.


#2 Ramuan
ResV - 7 ramuan dalam ResV iaitu:
  • Anggur Muscadine
  • Japanese Knotweed
  • Purple Carrot
  • Chebulic Myrobalan
  • Delima
  • Anggur Hitam (blackcurrant)
  • Pomas Anggur Merah

Vivix - 4 ramuan utama vivix iaitu 
  • Anggur Muscadine
  • Japanese Knotweed
  • Purple Carrot
  • European Elderberry


Info lengkap ramuan ResV dan Vivix klik link  👉👉👉 Kenapa Vivix Unik?

#3 Kekuatan Polifenol
Kedua-duanya mengandungi kandungan Polifenol yang tinggi, namun ResV 30% lebih berkuasa menghalang pembentukan AGE Protein dalam sel berbanding Vivix.

#4 Patent
Kedua-dua ResV dan Vivix adalah produk yang dipatenkan.
ResV - 6 Patent
Vivix - 3 Patent

#5 Bentuk
ResV - Liquigel (softgel)
Vivix - Cecair

#6 Penyimpanan
ResV - Tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk
Vivix - Perlu disimpan di dalam peti sejuk

#7 Jangka Hayat
ResV - 24 bulan
Vivix - 12 bulan

#8 Cara Pengambilan
ResV - Ambil 2 biji sebelum tidur pada waktu MALAM
Vivix - Ambil 1 sudu teh (ataupun 5mL) pada waktu PAGI

#9 Cara bertindak
ResV - Bertindak MEMPERBAIKI sel tubuh sepanjang waktu tidur
Vivix - Bertindak PERLINDUNGAN sel tubuh sepanjang waktu aktif





Vivix juga terkenal dengan Tagline ENERGY FOR LIFE, manakala ResV terkenal dengan Tagline LIVE VIBRANTLY.

PERSAMAAN RESV DAN VIVIX

Namun begitu adik beradik ResV dan Vivix ini juga ada banyak persamaannya.

1. Menyokong Kesihatan Dari Tahap Selular

Resveratrol dan Polifenol dalam kedua-dua Vivix dan ResV boleh melindungi dan membaiki DNA selular dari kerosakan. Polifenol membantu sel-sel di dalam badan boleh pulih dengan cepat apabila mereka berada di dalam kerosakan.

Sel badan kita diserang setiap hari oleh tiga perkara yang menyebabkan kerosakan kepada DNA mereka iaitu:

  • Pengoksidaan yang berlaku dengan tekanan yang berlebihan
  • Mutasi sel yang abnormal
  • Faktor persekitaran seperti radiasi tahap rendah atau pendedahan kepada toksin.

DNA terdapat pada setiap sel dan dilindungi di dalam sel. Apabila sel badan diserang, DNA turut sama terjejas dan berdepan dengan bahaya justeru boleh mengganggu fungsi sel tertentu dan menyebabkan sel mati secara necrosis.

Peredaran masa menyebabkan sel-sel terdedah kepada lebih banyak peluang kegagalan fungsi sel.

Penuaan pada tahap selular juga disebabkan oleh pengawal selia genetik. Pengawal selia genetik berfungsi mengawal keseimbangan yang dinamik di antara kerosakan dan pembaikan, termasuk samada sel-sel dapat dihidupkan semula atau terus mati.

Semakin kita menua, pertahanan semulajadi dan keupayaan membaiki diri akan berkurangan. Jadi meningkatkan fungsi pengawal selia genetik ini dapat mengurangkan proses menuaan sel.

Vivix dan ResV Shaklee dengan kuasa Resveratrol dan Polifenol dapat membantu:

  • Meningkatkan TENAGA SEL dengan menghasilkan MITOKONDRIA.
  • MELINDUNGI dan MEMBAIKI SEL
  • Meningkatkan FUNGSI SEL
  • Meningkatkan PERTAHANAN SEL

2. Mengandungi Khasiat Polifenol

Kedua-dua ResV dan Vivix mengandungi khasiat Polifenol. Polifenol ini didapati daripada khasiat Anggur Muscadine terutamanya. 



Anggur Muscadine mengandungi 12 Polifenol

3. Dihasilkan Secara Saintifik

Shaklee bukan produk timbang kati. Shaklee bukan produk tepi jalan. Kesemua produk Shaklee merupakan hasil kajian secara saintifik dengan kajian yang bertahun-tahun oleh para saintis Shaklee.

Hasil Kajian Produk Shaklee diterajui oleh para saintis dunia.


Nutriferon dihasilkan selepas kajian selama 45 tahun

Youth pula dihasilkan selepas kajian selama 8 tahun

Vivix dihasilkan selepas kajian selama 6 tahun

ResV pula dihasilkan adalah inovasi daripada Vivix.

4. Unik Dan Ekslusif (Dipatenkan)

Vivix dan ResV dipatenkan. Ini bermakna tiada syarikat lain yang boleh meniru produk Resv dan Vivix. 

Anda perasan, dimana-mana farmasi anda boleh dapat Vitamin C contohnya. Tapi pernah tak anda dapat mana-mana produk jenama lain yang serupa dengan khasiat Polifenol dalam ResV dan Vivix.


Shaklee telah mempatenkan teknologi pembuatan Vivix.


Syarikat lain menyediakan khasiat resveratrol tunggal sedangkan Vivix dan ResV adalah gabungan polifenol dan resveratrol yang tiada tandingan.

5. Mesra Alam

Berbakti pada tanah, akan mendapat pulangan yang berlipat ganda. Mesra Alam adalah keistimewaan Shaklee. Shaklee mempunyai 3 keistimewaan iaitu Sentiasa SELAMAT, Sentiasa BERKESAN dan Sentiasa MESRA ALAM.



Supplement Shaklee semua diperbuat dari alam semulajadi. Bahan- bahan diambil dari tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang tidak mempunyai bahan toksik. Contoh bahan ialah ekstrak Jagung untuk Vitamin C, Beri untuk VitaLea, Ikan dasar laut untuk Collagen dan ikan bilis untuk OmegaGuard.

Moto Shaklee

SENTIASA MESRA ALAM

Shaklee menjadi peneraju dan contoh dalam pemuliharaan alam sekitar.

Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral dimana Shaklee telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Shaklee benar-benar mahu melindungi BUMI dengan menghasilkan produk semulajadi. Malah Produk Shaklee boleh dikatakan BEYOND ORGANIC.

Siapa Perlukan Vivix Shaklee?






Nak tahu siapa lagi perlukan vivix Shaklee? boleh baca di sini 

👉👉👉 Siapa Perlukan Vivix Shaklee

Anda nak tahu apa kesan amalkan ResV dan Vivix, boleh baca di sini
👉👉👉 Koleksi Testimoni Pengamal ResV dan Vivix


Ingin merasai apa yang telah mereka rasa dengan amalkan Vivix Shaklee?

Anda yang masih tercari solusi untuk mengatasi isu kesihatan anda atau anda sihat tiada isu kesihatan tapi nak maintain kesihatan anda.







Jadi, tunggu apa lagi!

Dapatkan ResV-Vix anda hari ini sebelum HABIS STOK!

Sementara masih PROMO VIVIX dan RESV bulan JULAI 2023


Anda nak SIHAT ?

Pilihan di tangan anda.

Untuk konsultansi percuma anda klik di sini

 


 ATAU

Anda Nak JOIN AHLI SHAKLEE secara PERCUMA

KLIK 👇👇



 

 

Living With Harmony With Nature

~falsafah Dr Forrest C Shaklee.

 

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.



#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ResVShaklee
#VivixShaklee
#ShakleeSeriKembangan