Assalamualaikum wbt,
Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi. Saya doakan anda sihat dan ceria disamping keluarga tercinta.
Entri kali ini entri yang pertama saya tulis dalam bulan December kerana saya sibuk dengan urusan kerja dan sibuk untuk persiapan Family Gathering keluarga AMAHFOZ yang buat julung-julung kali diadakan.
AMAHFOZ adalah singkatan dari AMAH iaitu ibu kami dan MAHFOZ iaitu arwah bapa kami.
Alhamdulillah persediaan yang diadakan seawal sebulan yang lalu dapat diadakan dengan jayanya.
Kami memilih AFAMOSA RESORT sebagai tempat istimewa kami ber'gather-gather'.
Jom layan photo-photo sensasi kami.
Kami bergerak dari rumah Taman Lestari Putra, Seri Kembangan tepat jam 10 pagi.
Cun tak saya. Awina kata. Mood holiday.
Gembira mereka bila dikhabarkan nak bermalam di rumah yang ada swimming pool. Rumah idaman mereka. Dah tampal dalam visionboard.
Singgah di hentian R&R Nilai untuk makan tengah hari.Tak sah kalau ke Negeri Sembilan makan gulai daging salai masak lomak cili api. Sodap den koba kek ekau.
Memandangkan perjalanan kami pada hari Jumaat, kami singgah di salah sebuah masjid di salah sebuah kampung di Rembau. Cik Abang dan anak-anak bujangku solat Jumaat di sini.
FAMILY GATHERING - DAY 1
Alhamdulillah, kami sampai di A Famosa Resort lebih kurang pukul 3.00 petang. Kami rombongan yang kedua sampai selepas Abang Aling dan Kak Mar.
Check in villa diuruskan oleh Abang saya Abang Aling selaku orang yang pertama tiba.
Jalan masuk ke Villa, deretan lolipop Giant. Musim krismas katakan.
fiezabard dah tiba di Villa A Famosa d' Alagos Lot 1031
Merasa jugak duduk rumah banglow ada swimming pool walaupun hanya sekadar beberapa hari sebelum bina rumah sendiri ada swimming pool nanti.
Antara hadiah untuk games yang bakal diadakan. Hadiah disediakan oleh Kak Mar akak ipar saya (Isteri Abang Aling).
Tak sangka pulak Kak Mar sediakan begitu banyak hadiah dan perfecto.
Antara ahli keluarga yang sampai awal.
Tengok la anak-anak saya. Pantang nampak air terus nak terjun. Dari dalam kereta lagi mereka dah tak sabar nak terjun bila dapat tahu tempat penginapan mereka ada swimming pool.
Kedalaman pool ini separas dada orang dewasa. Agak sesuai untuk anak-anak sebesar anak saya dalam lingkungan 8-12 tahun. Tapi untuk anak-anak kecil macam Awina perlu ada pelampung dan diawasi oleh orang dewasa. Oklah...selamat untuk seisi keluarga.
Manakala saya dan anak sedara saya di dapur nak masak konon untuk minum petang. Bukan masak apa pun. Nak buat sandwich je pun. Potong bawang dan lada dulu, nanti ada chef istimewa yang akan buat sandwich tu.
Tu dia chef istimewa yang saya kata tadi.
En. Bard Jom Mari Bercuti specialist dalam membuat sandwich.
Mak pun boleh puji sandwich cik abang saya ni.
Saya masak pun mak tak pernah puji tau.
Sardin dilenyek dengan planta.
Diperahkan limau
Campurkan semua bahan yang dah saya potong-potong tadi.
Budak-budak seronok berendam dalam pool.
Tak ingat nak makan.
Abang Aling sebagai safety officer cum Bay watch bersungguh-sungguh mengepam pelampung.
Apalah yang ditarbiah oleh ayah kepada anak-anaknya dalam pool tu.
Awina pelampung dah bocor tu. Steady je dia ye..
2 orang cucu sedaraku. Yang sorang tu takut air.
Selfie dulu lah sebelum kita pun terjun.
AMAHFOZ FAMILY GATHERING - MALAM 1
Pada mulanya kami plan nak buat BBQ di villa saja. Tapi memandangkan ada halangan, so kami decide makan malam di Medan Ikan Bakar yang terdekat. Saya selaku AJK makanan (huhuhuuu...agen NECK jadi AJK makanan), memilih Kompleks Ikan Bakar Kuala Sungai Baru, Melaka. Lebih kurang 40 minit perjalanan dari villa melalui jalan kampung yang berliku-liku. Bagi yang nak uji skill pemanduan anda elok sangat melalui jalan nih.
Untuk anda yang tercari-cari Medan Ikan Bakar di Melaka ini, saya amat rekomen Medan Ikan Bakar Kuala Sungai Baru ini.
Route perjalanan:
Villa A famosa -> Simpang Ampat -> Kg Brisu -> Kg Lendu -> Kg Gaung Keladi -> Kg Jernih -> Kg Air Molek -> Kuala Sungai Baru -> Kompleks Ikan Bakar Kuala Sungai Baru
Klik Photo untuk ke Google Maps.
Singgah solat maghrib dulu di Masjid berhampiran. Masjid ni baru siap di bina dengan design baru. Saya suka rekabentuknya. sangat unik dan cantik.
Menariknya di sini ialah kerana restorennya yang berada di atas air, terapung di atas air. Di sini juga disediakan surau yang terapung atas air. Sejuk je kalau solat di sini menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Subhanallah...
Sampai di Kompleks ikan bakar, menu telah disediakan sebab AJK makanan dah booking awal-awal dengan pemilik restoren. Jadi tak perlulah tunggu lama. Sampai terus ngappp!!
Menu yang dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat tingkap. Udang masak butter, sotong goreng tepung, kerang bakar, ikan jenahak dan siakap bakar berlado, ikan bawal emas masak stim. Hmmmm...yummyyy!!! menangis punya makan. Lepas ni telan Omegaguard. Kasi bakar itu lemak pulak.
Apa tunggu lagi, makan daaaaa.....itulah kot yang dikatakan oleh Kak Izah.
Ketam masak lado...perghhh menggugat imannn.
Tomyam campur
Peace dulu sebelum makan.
Selfie selfa dulu sebelum makan. Bismillahhh..
Licin tu...tinggal rangka ketam je. rangka pun licin. pinggan sapa ek? bukan pinggan AJK makanan eh.
Apalah yang digelak besar Kak Long tu.
Ini keluarga Abang Ben. Sampai lewat sikit dari Muar.
AMAHFOZ FAMILY GATHERING - DAY 2
Aerobik time
Pagi selepas solat subuh berjemaah kami beramai-ramai jogging di sekitar A Famosa. Tak jogging la sangat, jalan-jalan keliling kampung A Famosa. Singgah kat padang buat senaman strecthing sikit.
Ini manja ibu Faris. Boyfriend I ni...berkepit je kemana-mana.
Ikut cakap coach. Coach kata tunduk, tunduk. Coach kata angkat kaki, angkat.
Kak Izah nak terbang ke?
Kak Na dan anaknya Kak Hidayah macam sama baya je. Kak Mar tengok apa kat langit?
Oh ya, baru teringat Cikgu Ben ada ajar senaman mata. Nak tau apa senaman mata?
Meh saya cerita, Cer pandang rumput di bawah.
Kemudian pandang pokok yang paling tinggi dan paling jauh kita dapat lihat.
Kemudian pandang rumput kat bawah balik.
Lepas tu pandai objek bergerak kat langit contoh seekor burung yang baru keluar sarang.
Mudahkan? Senaman mata ini melatih mata untuk fokus kepada sesuatu objek. Memang best la buat senaman ni. Cubalah.
Mak sedara dengan anak sedara, serupa tak rupa? Dari kiri : Kak Izah, saya, Adik Khad (anak sedara).
Pusing kanan
Pusing kiri, eh mamat kat belakang tu pusing mana tu?
Tengok la boyfriend saya tu, asyik nak berpeluk je. Nak pusing-pusing pun payah.
Jom balik villa
Games bermula
Games pertama dimulakan dengan tiup belon sampai pecah.
Dah beso belon tu tak pecah-pecah jugak. Ni belon tahan pecah ni.
Aiman la paling best. Boleh pulak dia tutup telinga sambil tiup belon.
Takut pecah.
Kategori tiup belon sampai pecah dewasa pun ada ye. Semput akak tiup belon. Paling tak suka tiup belon. Rasa macam membazir je oksigenku. Tengok la gelagat kami. Kanak-kanak dewasa.
Musical Chair Dewasa
Ada gaya tanggo pun adalah Abang Ben ni
Lambungan Asmara
Kepada anda yang tak tahu apa games lambungan asmara ni. Ahaaa...ini games yang paling romantik untuk pasangan suami isteri.
Belon yang berisi air perlu dilambungkan kepada pasangan secara bergilir-gilir. Pastikan pasangan dapat menyambut belon dengan selamat.
Kepada pasangan yang gagal menyambut belon, belonnya jatuh ke tanah atau belonnya pecah even tak jatuh ke tanah sekalipun dikira pasangan terkeluar dari games atau orang kampung panggil 'kau dah mati'.
Pasangan perlu melangkah setapak ke belakang setiap kali sessi lambungan.
Kepada pasangan yang berjaya mempertahankan belon mereka dan menjaganya dengan baik tanpa pecah dan jatuh dianggap pemenang.
Kali ini nasib menyebelahi Abang Aling dan Kak Mar. Belon diorang tak pecah. Tahniah Abang Aling dan Kak Mar.
Meh tengok gelagat romantik pasangan-pasangan AMAHFOZ
Bowling Padang
Bowling padang ni pun menarik jugak. Kelapa dijadikan bola bowling manakala botol berisi separuh air dijadikan mata pin.
Seorang peserta hanya boleh baling 2 kali percubaan untuk satu sessi. Kepada siapa yang dapat jatuhkan pin paling banyak dikira pemenang.
Nampak macam senangkan. Cer baling tengok.
kak izah dengan penuh gaya.
Perghhh...abang Din cari feel..
Kak Na, cayalah bola kelapa terapung. 1st time main bowling katanya. jatuh jugak 2 pin.
Abang Sayangku ada teknik tu nak baling. 4 pin dari 6 pin jatuh...ingatkan boleh menang. rupanyaaa...
Kak lik dengan penuh gaya pro
Aji baling relekssss je.
Tengok la gaya JUARA adik Khad
hai Kak Long, nak kupas ke kulit kelapa tu.
Ini lagi kelako, Abang Ben dengan gaya Chan Sao Lin nya.
Wah!!...Gaya seorang pegawai TUDM, ginilah caranya. Pro you..
Aku la juara, Kak Mar kata.
woit, Abang Aling nak baling dua-dua kelapa sekali ke?
Ala la laaa....anak dara sorang ni, baling dengan ayunya
Bowling Padang Kategori Kanak-kanak
Ni kira kanak-kanak lah. Anak sedara yang paling beso.
Malulah pulak
Bunyi binatang
Setiap orang buat bunyi binatang. Kucing ke, ayam ke, harimau ke, gajah ke. Jurinya ialah mak. Kalau mak suke bunyi tu dikira pemenang.
Jom layan video lucu kami
Ni yang paling kelakar. sila tonton.
Cari harta karun dalam air
En. Jom Mari Bercuti berjaya dapatkan harta karun dalam air ketegori kanak-kanak dewasa.
Ready nak terjun la tu
kebabommmm!!!
Lepaking tepi pool. Syok wooo!!!
Mak dan menantu dan cucu menantu mak
Apa di sebalik payung tu?
Ada baby fengsannn...
Awina fengsan lepas berendam
Games bersambung di sebelah petang.
Coloring Contest Dewasa dan Kanak-kanak
Cer tanya mana-mana event ada tak coloring contest untuk orang dewasa. Tetapi kat AMAHFOZ Gathering kanak-kanak dewasa pun boleh join coloring contest.
Cikgu Hanizah sedang edarkan kertas soalan kepada calon
Cikgu sedang terangkan rules contest kepada calon
Masing-masing tengah set strategik
Antara calon kanak-kanak dewasa
Meh kita tengok Dr Pais color pulak. Bukan calang-calang Doktor ni.
Berebut color
Nampak tak apa kat kaki burung tu
Jurinya Mak
Tak sangka mak pilih coloring saya yang tercantik.
You know me mak. Saya kan suke mewarna sejak kecik.
Pemenang coloring untuk kanak-kanak jatuh kepada E ah.
Lepas Contest terjun lagi. Syok betul rumah ada swimming pool. Pagi, petang, siang malam berendam sampai lebam.
Malam Terakhir - Tahlil dan Doa Selamat
Selepas maghrib berjemaah diimamkan oleh abang sulong kami Hj Fuad Mahfoz (Abang Bin), bacaan tahlil untuk Allahyarham bapa kami Mahfoz bin Hj Abu Bakar yang baru meninggalkan kami pada bulan September yang lalu dan doa selamat kepada birthday boy and girl pada bulan December.
Tak lupa juga kepada Allahyarhamah Kakak kami Eton binti Mafoz (Kak Anung) pada bulan Ramadhan yang lalu. Alfatihah kepada bapak dan Kak Anung.
Penyampaian Hadiah
Alhamdulillah, kek besar khas untuk Hari Keluarga yang buat julung-julung kalinya.
Rasanya ini first time mak potong kek. Sporting la mak.
Cenderamata khas untuk Abang sulong, Hj Fuad bin Hj Mahfoz (Abang Bin)
Cikgu Abd Jalal bin Hj Mahfoz (Abang Ben)
Cikgu Hanizah binti Hj Mahfoz ( Kak Izah )
Adik khad
Fatihah dan ayahnya Hj Razib
Ini atlit AMAHFOZ ni. Banyak hadiah games dia bolot Kak Siah nih.
Keluarga Pais
E ah sayang mak ( cucu mak semua pangil mak dengan panggilan 'mak' )
Fatimah yang ceria
Hai Awina, kemanalah diheretnya hadiah-hadiah tu.
Abang Long wakil ambik hadiah Fitri ni.
Atlit dapat hadiah lagi.
En. Bard Jom Mari Bercuti pun dapat hadiah.
Panggilan femes oleh keluarga saya ialah Cik Sham.
Abd Jalil bin Hj Mahfoz ( Abang Aling) dan Kak Marshita
Jomlah tengok dan layan photo-photo lain
Awina dikelilingi hadiah
Makan Time
Puas hatilah ambik Katerer Cikgu Nora ini. Selesai isu siapa nak masak untuk family gathering ni. Tak kuasa saya nak masak bila time bercuti macam ni.
DAY 3 - FINAL DAY
Jalan-jalan keliling Afamosa lagi pagi ni.
Faris ni bodyguard ibu.
Manakala kat villa anak-anak sedara saya main masak-masak.
Golf Time
Packing Time. Dah nak Check out dah
Birthday girl. Lahir pada tarikh yang sama, bulan yang sama dan tahun yang sama. 8 December.
Jom Layan photo-photo kami sebelum check-out. Layan!!!
Kaum IBU
Kaum BAPA
Adik beradik yang masih ada. Abang Bin tiada dalam gambar ini waktu ini kerana balik awal ada urusan. Salah sorang kakak kami iaitu Kak Anung telah kembali ke Rahmatullah pada bulan Ramadhan 2015 yang lalu. Al-fatihah untuk Allahyarhamah.
Dari kanan duduk : Abang Aling, Mak, Abang Ben
Dari kanan Berdiri : Ann (saya), Kak Izah, Kak Lik
Kalau anda perasan nama panggilan kami macam nama omputih gitu. Kelas mak kami bagi nama panggilan, International.
Cucu cicit mak
Anak dan menantu mak
Sebahagian keluarga kami yang dapat berkumpul, alhamdulillah. Ada sebahagian lagi yang tak dapat turut serta.
Alhamdulillah, akhirnya success juga AMAHFOZ FAMILY GATHERING yang buat julung kali diadakan.
Preparation dan perbincangan demi perbincangan sebulan sebelum even antara kami members of family AMAHFOZ group hanya dalam Whatsapp group sahaja.
Jarak antara kami menyukarkan kami bertemu. Ada yang duduk di Johor dan ada yang duduk di Kuala Lumpur. Dan ada juga yang masih belajar di Utara, Sarawak. Jadi hubungan semakin erat dengan berkomunikasi dengan Whatsapp group.
A wonderful and very happening family gathering yang pernah saya join. Memang happening lah.
Terima kasih kepada All family members yang sudi join family gathering ni, sehingga sanggup ambil cuti tahunan.
Terima kasih juga kepada family members yang rajin sponsor segala kelengkapan dan preparation sepanjang event. Insya Allah kita bertemu next year dengan lebih HAPPENING LAGI ok!
Cik Kiah nak balik dahhh..
Singgah Malacca Premium Outlet (MPO). Dekat je dengan Afamosa.
Macam kat Holand
Aduhai baby Awina, duta Carlo Rino ke?
Cenderahati dari AMAHFOZ FAMILY
Yummy cookies ni, sekejapan dah tinggal 4 dari satu bekas. Antara goodies yang dapat.
Hadiah dah goodies yang dirangkul sempena Family Day ini.
Hadiah Games yang kami rangkul ialah:
1. Tahan nafas dalam air kategori dewasa - ibu
2. Tahan nafas dalam air kategori kanak-kanak - Fitri
3. Cari harta karun dalam air - ayah
4. Bunyi binatang - Fitri
5. Mewarna kanak-kanak dewasa - ibu
Alhamdulillah semoga silaturahim antara kami sekeluarga semakin erat. Didoakan kami keluarga AMAHFOZ sentiasa dilindungi dan dilimpahi rahmat dunia akhirat.
Sweet Mama,
Hafizah (Ann)