Thursday, March 28, 2019

Pengalaman Menarik Bersalin di Andorra Women & Children Hospital Yang Tak Dapat Dilupakan

Assalamualaikum wbt,

Hai Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi. Kak Fieza doakan anda dilindungi Allah seisi keluarga.

Dah lama Kak Fieza nak citer kisah Kak Fieza pertama kali bersalin di Hospital Andorra Women & Children di Seri Kembangan.

Seminggu sebelum admitted Kak Fieza dah booking untuk bersalin secara ceasarean. Kalau nak ikutkan memang Kak Fieza tak nak bersalin czer.

Memandangkan Kak Fieza mengalami Placenta Previa Type II iaitu Uri di bawah sangat hampir dengan bukaan rahim, Doktor Khamsiah sangat sarankan pembedahan dilakukan kerana risiko Kak Fieza mengalami pendarahan selepas bersalin sekiranya bersalin normal amat tinggi.

So, Kak Fieza pun tak nak ambik risiko. Kak Fieza setuju saranan doktor. Bahaya tau sekiranya bleeding. Ada risiko membawa maut juga.

Doktor Khamsiah hanya melaksanakan ceaserian case pada setiap hari Jumaat. Hari Jumaat kat Hari yang berkat kata Doktor. Memandangkan kandungan Kak Fieza dah cukup matang pada minggu ke-37, Kak Fieza decide Jumaat minggu tu juga appointment untuk serah diri.





Posing dengan Doktor Khamsiah Muda my gynea sejak kelahiran anak ke-2 lagi.



Tengah panas terik Kak Fieza selfie depan hospital ala-ala english style nih



Front desk Hospital Andorra



Doktor Khamsiah selaku founder dan chairman di Hospital Andorra. Ramai yang suka refer dengan Doktor Khamsiah memandangkan 'service'nya yang terbaik.





Beberapa senarai yang perlu dibawa semasa warded. Kak Fieza dah prepare 2 minggu sebelum bersalin.



Ready untuk serah diri


Walaupun Kak Fieza masih mampu berjalan tapi staff nurse tetap minta Kak Fieza duduk kat wheel chair untuk disorong ke tingkat 2. Prosedur mereka katanya. Okla, lagipun bukan selalu dapat layanan istimewa ni. Rasa kekok pulak duduk wheel chair nih.


Check in bilik No 205



Kelengkapan yang disediakan di bilik ward Andorra ni. Kelengkapan mandi tu FREE boleh bawak balik. Tuala mandi ada tagging nama 'Andorra' pun boleh bawak balik sebagai cenderahati. Hanya ALQuran je tak boleh bawak balik. Khas untuk bacaan di dalam bilik saja.



Bilik ward satu katil Kak Fieza pilih. Beginilah keadaan suasana bilik ala-ala English decoration. Disediakan juga sofa yang boleh diubahsuai jadi katil single khas untuk penjaga pesakit terutamanya kepada para suami.

Katil ni canggih tau, ketinggian kedudukan kepala boleh diubah menggunakan alat kawalan di sisi katil. So, mudah untuk pesakit naik atau turunkan kedudukan katil sekiranya tiada bantuan. Picit je remote control macam remote tv.



Ruangan menonton di dalam bilik ward. Baju persalinan dah ready. Kak Fieza lum pakai lagi. Selfie-selfie dulu lah.




Ruangan bilik air yang luas. Apa yang menarik bilik air ni ada bangku kecil melekat di dinding. Amat sesuai kepada anda yang baru lepas bersalin. Maklumlah, biasanya kalau lepas bersalin nak bangun pun agak lemahkan. 

Ada shower air panas. Ada tong sampah khas untuk bahan buangan chemical dan ada juga tong sampah biasa.

Setiap satu bilik ward disediakan satu bilik air ( eksklusif untuk bilik single bedded )


Kak Fieza ready untuk dilapah...hahahhahaha (ganas sangat bunyinya)
Plan masuk bilik operation pada jam 10.30 pagi. Jadi Kak Fieza perlu check in masuk seawal 7.00 pagi lagi. Sebelum tu, sejak pukul 12 malam lagi Kak Fieza kena berpuasa dulu. Ini adalah prosedur biasa untuk melaksanakan pembedahan.

Nampak tak muka gabra Kak Fieza tu. Walaupun Kak Fieza pernah czer bersalinkan Faris sebelum ni, tapi pengalaman setiap kali bersalin berbeza-beza.


Kepada yang pernah bersalin confirm biasa dengan tool ni. Namanya CTG (Cardiotocography) . CTG ni berfungsi untuk mengesan dan merekodkan degupan jantung bayi dalam perut disamping mengesan kontraksi ibu.



Redho je la kena cucuk sana, kena cucuk sini. Dulu Kak Fieza paling takut jarum. Kena cucuk je pengsan. Kena ambik darah je pengsan. Sekarang ni dah lali dan imun. Redho je la apa yang nak dibuat.

Cuma kulit Kak Fieza ni alergik jarum kot. Kena cucuk sikit lebamnya macam kena tumbuk.

Sebelum ke bilik bedah, staff nurse tanya nak ubat buang air besar tak? (Prosedur biasa sekiranya nak bersalin. Sebelum bersalin semua isi dalam usus besar kena keluarkan ok...hehehehhe).

Dengan hormat Kak Fieza menolak sebab Kak Fieza baru saja membuang pagi tadi. Sejak amalkan suppliment OSTEMATRIX, proses pembuangan Kak Fieza sentiasa lawas dan habis terus. Smooth pulak tu. Alhamdulillah.

Tak perlulah staff nurse sumbat ubat buang air besar kat punggung...selamat mimpi ngeri Kak Fieza. Hahahahahaaa...




Jam 10.30 pagi Kak Fieza diusung ke Bilik Bedah (Operation Theatre). Dup dap dup dap...





En somi pun dah ready salin baju khas untuk sama-sama temankan kat bilik bedah.

Sebelum di bawa ke dewan bedah, Kak Fieza dibius separuh badan dahulu. Seram juga bila nak kena cucuk lagi. Alhamdulillah, cucuknya tak de la sakit pun tapi terasa ubat bius tu meresap dari pinggang hingga ke kaki. Panas tau masa ubat bius tu meresap terasa dari pinggang menyelinap ke hujung kaki.

Doktor pakar bius di Andorra ni sangat baik hati. Boleh sembang-sembang, borak-borak dengan Kak Fieza. Ringan sikit gemuruh Kak Fieza yang takut jarum nih. Sampai tak perasan tang bila lah doktor cucuk. Tahu-tahu dah siap cucuk doktor kata.

Yang menariknya di Andorra Hospital nih. Sebelum Kak Fieza dibawa ke dewan bedah. Kak Fieza diusung ke depan pintu dewan bedah, sementara itu doktor pakar O & G, doktor pakar bius, staff nurse seramai 4 orang mengelilingi Kak Fieza.

Mereka diperkenalkan seorang demi seorang nama dan tugasan mereka dalam dewan bedah nanti oleh seorang leader staff. Selepas itu staff leader tersebut akan mewakili bacaan doa dan diaminkan oleh semua yang mengelilingi Kak Fieza termasuk suami Kak Fieza mohon supaya dipermudahkan semasa proses pembedahan nanti.

Syukur Alhamdulillah, waktu ni Kak Fieza rasa tenang. Hilang segala gemuruh yang melanda. Inilah antara ciri-ciri hospital yang Kak Fieza impikan. Hospital patuh syariah. Berkonsepkan islamik.

Untuk makluman anda, kesemua staff di Andorra termasuk para doktor, staff nurse, cleaner terdiri dari kaum wanita. Tiada lelaki di hospital ini kecuali staff maintenance sahaja.

Tabik spring kepada para wanita di Malaysia terutamanya para nurse di hospital-hospital yang sanggup menjaga para pesakitnya dengan berhemah. Berat tau kerja nurse ni. Pesakit bukan ringan terutamanya macam Kak Fieza nih.




Semasa dalam dewan bedah, doktor Khamsiah sarankan suami Kak Fieza potong tali pusat. Tapi suami Kak Fieza tak cukup kuat jiwanya nak potong tali pusat anak sendiri. Rugi betul. Pengalaman tu.

Anyway, kehadiran suami di sisi semasa proses bersalin sedikit sebanyak meredakan debaran.





Alhamdulillah, pada tanggal 7 Disember 2018 (Jumaat) jam 11.32 AM selamat lahir seorang lagi putera Kak Fieza. 3 minggu awal dari jangkaan due dalam usia kandungan 37 minggu. Berat lahir baby tika ini 3.23 kg. Syukur sangat comel dan sihat baby.

Alololoooo.....keluar je baby terus melalak. comel je mulutnya melalak. hehehe..




Sempat lagi selfie dengan Doktor Khamsiah. peaceeeee....


Doktor Khamsiah juga sangat gembira kerana baby Kak Fieza dilahirkan dengan selamat, sihat dan comel.

Doktor cerita kat Kak Fieza, semasa saat keluarkan baby, doktor pun agak risau sekiranya baby yang lahir ada kecacatan atau down syndrom memandangkan usia Kak Fieza menjangkau 42 tahun hamil kali ni.

Biasanya, kandungan diusia 40-an sebegini kebarangkalian anak down syndrom agak tinggi berbanding kandungan diusia 20-an atau 30-an. 

Doktor kata, kecacatan seperti down syndrom tidak dapat dikesan semasa scan walaupun details scan dilakukan.

Sebab tu doktor sangat gembira dan bersyukur sangat baby Kak Fieza lahir dalam keadaan sempurna, comel dan sihat. Syukur Alhamdulillah.



Petang itu nurse bawa baby ke ward untuk disusukan. Hospital Andorra ni mengamalkan mesra susu ibu. Setiap ibu di sini akan diajar cara menyusukan baby dengan betul walaupun ibu dalam keadaan terlentang selepas czer.

Macam Kak Fieza, tak menjadi masalah nak menyusukan baby selepas czer sebab dah pernah ada pengalaman sebelum ni.

Serius, semua anak Kak Fieza sejak anak sulong lagi akak pastikan baby dapat susu awal dari Kak Fieza. No susu formula.

Alhamdulillah, sejak anak sulong hingga anak ke-6 ini dalam usia 43 tahun Kak Fieza masih berupaya menyusukan baby 100% susu ibu.

Jemput tatap photo-photo baby Kak Fieza ye.



Waktu ni baby belum diberi nama. Beratnya ketika lahir 3.23 kg. 

Ye anak-anak Kak Fieza semua lahir berat 3.0 kg and above.



Baby selepas di makeover oleh ayahnya (photo super impose)



Congratulations!! I'm a boy! Rambut baby tebal.



Awina dah jadi kakak, setiap kali jumpa orang atau staff nurse yang bertugas Awina akan canang "Awina dah jadi kakak"




Suka sangat Awina bila dapat usik-usik baby




Wajah Kak Fieza selepas operation. Masa ni tak boleh gerak lagi kaki tu. Bius belum betul-betul habis.

Plastik kuning sebelah Kak Fieza tu pulak disediakan prepare kot nanti Kak Fieza muntah kesan dari ubat bius.

Masa ni even Kak Fieza minum air pun Kak Fieza akan muntah. Apa makanan Kak Fieza makan akan muntahkan balik. Padahal masa ni tersangatlah laparnya memandangkan Kak Fieza belum jamah sebarang makanan pun sejak malam tu. Terasa lapar sangat.

Bila makan je keluar balik, minum pun keluar balik kesan dari ubat bius czer tadi. Sehinggalah bila staff nurse bagi makan ubat tahan muntah, barulah reda sikit rasa nak muntah tu.



Biasanya kalau seseorang duduk hospital nak balik cepatkan? Tapi anak-anak Kak Fieza suka pula berkampung kat Andorra Hospital nih. Maklumlah macam hotel. Layan pula movie. 

Bila tengok anak Kak Fieza ramai macam ni. Doktor Khamsiah upgrade bilik Kak Fieza ke bilik yang lebih besar sikit tanpa tambah kos. Jadi, anak-anak Kak Fieza lebih selesa lepak dalam bilik ward ni. Terima kasih Doktor, sangat memahami situasi Kak Fieza anak ramai nih.




Bila bersalin czer ni, procedurnya perlu ditahan ward 3 hari 2 malam at least sekiranya tiada sebarang komplikasi.

Dalam keadaan Kak Fieza tak berupaya nak bangun lagi, staff nurse la yang lap-lap kan badan Kak Fieza waktu ni (hari pertama) selepas czer. Belum boleh mandi lagi sebab saluran beg air kencing belum dikeluarkan.

Masa tu Kak Fieza rasa tak selesa sangat. Gatal-gatal badan sebab Kak Fieza memang tak tahan sekiranya sehari tak mandi.

Tambahan lagi kesan ubat bius jadikan badan Kak Fieza kepanasan. Aircond blow sampai 16 degree suhunya pun Kak Fieza masih rasa panas. Sedangkan anak-anak Kak Fieza yang tidur sekali di bilik ward mengigil kesejukkan.





Bergambar dengan Mak Yam selaku staff nurse yang sangat berpengalaman. Mak Yam ni siap minta save no phone sekiranya ada kesulitan semasa berpantang tanya je dia.

Mak Yam ada kongsikan teknik penyusuan yang efektif. Beliau juga ada sharekan doa-doa semasa hamil. share menu semasa berpantang.

Menu Chef Zubir di Hospital



Yang lebih menarik, semua menu di Andorra Hospital untuk pesakitnya disediakan oleh Chef Zubir yang glemer tu.
  

Pancake yang maveles by Chef Zubir menu sarapan pagi.





Meat Grill menu lunch di Andorra Hospital


Fisioterapi Selepas Bersalin Czer

Yang lagi best di Andorra Hospital juga menawarkan khidmat fisioterapi selepas bersalin czer.

Anda tahu kan bersalin czer ni sangat berbeza dengan bersalin normal. Bersalin normal anda berupaya bangun sendiri perlahan-lahan selepas proses bersalin. 

Namun begitu, kepada yang pernah bersalin czer seperti Kak Fieza ni, nak bangun dari perbaringan untuk pertama kalinya selepas ubat bius habis kesannya dan salur kencing dicabut amatlah azab. Tuhan saja yang tahu azabnya. Tak caya tanyalah mana-mana ibu yang pernah bersalin czer. Ubat bius czer akan tamat kesannya sehingga 6 jam lepas dicucuk.

Pengalaman menempuh azab bangun dari perbaringan selepas dicabut salur kencing pernah Kak Fieza alami semasa bersalin czer kali pertama 10 tahun lalu (bersalin Faris).

Nak kata, sampai menggigil dan menangislah nak bangun dari katil buat pertama kali tu bila anda tak tahu teknik yang betul bangun pertama kali lepas bersalin czer. Masa tu tak tahu teknik yang betul. Kak Fieza bangun secara paksa. Segala peluh jantan, urat tangan semua terkeluarlah masa tu.

Walaupun ada suami membantu nak bangun saat itu tapi ianya tidak membantu. Kesakitan dibahagian luka jahitan tersebut mengatasi segalanya. Kak Fieza tak tahu nak gambarkan dengan ayat di sini. Hanya individu yang pernah mengalaminya saja yang dapat merasai seksa dunia tu. Itu peristiwa 10 tahun lalu.

Kak Fieza dah terbayang dah, saat kejadian 10 tahun lalu akan berulang kembali. Dah terbayang dah horrornya.

Teknik Mudah Bangun Pertama Kali Selepas Bersalin Czer

Alhamdulillah di Andorra pesakitnya akan menjalani fisioterapi oleh pakar fisioterapi terlatih sebelum boleh bangun dan berjalan buat pertama kalinya selepas bersalin czer.

Bila kita tahu cara yang betul cara nak bangun dari perbaringan selepas czer tersebut, sikit pun tak terasa azab kesakitan yang sebelum ni Kak Fieza rasai.

Terima kasih kepada pakar fisioterapi yang ajar Kak Fieza cara bangun yang betul dari perbaringan dengan selesa.

Di sini Kak Fieza share sikit macam mana kaedah bangun dari katil lepas czer yang betul seperti pakar fisioterapi ajarkan.

1. Semasa masih dalam keadaan baring, Anda bengkukkan kaki kanan dan kemudian luruskan. Ulang steps ini sebanyak 10 X

2. Selepas itu, tukar pula bengkuk dan luruskan kaki kiri pula ulang sebanyak 10 X

3. Masih dalam keadaan melunjurkan kaki, gerakkan hujung kaki kanan ke depan dan ke belakang . Ulang sebanyak 10 X

4. Ulang step ke 3 untuk hujung kaki kiri pula. Ulang 10 X

5. Mengiring badan ke kiri dan ke kanan perlahan-lahan sebanyak 10 X jugak

6. Lepas tu, pilih iring badan yang mana satu yang kurang sakit.

7. Contoh macam Kak FIeza, iring ke kiri kurang sakit berbanding iring kanan. Jadi bangun perlahan dari sebelah kiri dibantu oleh staff nurse (pakar fisio)

8. Kaki kiri turun dulu, kemudian kaki kanan pula diturunkan sebelum kedua-duanya diturunkan ke sisi katil.

9. Bangun perlahan-lahan dari katil dan cuba berjalan perlahan-lahan.

Lepas tu Kak Fieza dipimpin oleh pakar fisio berjalan keliling tingkat 2 ni perlahan-lahan. Sebagai latihan meregangkan otot-otot yang dah lama berehat.

Ya Allah, syukur Alhamdulillah, sikit pun tak ada rasa sakit nak bangun untuk kali pertama selepas czer ni. Waktu ni, bersyukur sangat sebab Allah hantarkan kepada Kak Fieza satu lagi ilmu dan pengalaman yang mahal yang tak pernah Kak Fieza perolehi sebelum ni. 

Ye, bila kita ada ilmu, Bila kita ada teknik yang betul untuk membuat sesuatu perkara. Perkara yang sukar pun jadi mudah.

Tak nak dimandikan

Satu lagi kisah yang menggelikan hati di sini.

Hari pertama Kak Fieza boleh berjalan perlahan-lahan, Kak Fieza terus rasa nak mandi sebab badan dah rasa mengeyam sangat. 

Sebenarnya di Andorra ni ada SOP, staff nurse yang akan mandikan pesakitnya. Memang sebelum ni staff nurse dah pesan.

"Puan nak mandi nanti panggil saya ye, saya akan mandikan"

Dalam hati saya. Haaaa...mandikan. malunya ada orang nak mandikan.

Ahaaa...tanpa panggil staff nurse, Kak Fieza mandi masuk ke bilik air dan mandi sendiri.

Sekali kantoi dengan doktor Khamsiah masa tu datang visit patient. Doktor risau saya lama sangat dalam bilik air dan kenapa tak panggil staff nurse mandikan.

Maaf doktor. Saya bukan tak nak dimandikan. Tapi saya ni malu orang lain mandikan.

Lagipun, Alhamdulillah Kak Fieza berupaya mandi sendiri walaupun dalam keadaan yang sangat perlahan. Tu yang lama dalam bilik air tu.

SPA selepas mandi

Yang lebih istimewa, di hospital Andorra ini juga menyediakan khidmat urutan SPA kepada ibu-ibu lepas bersalin oleh staff nurse mereka yang terlatih.

Best sangat bila ada orang ulit, urut-urut badan kita sejurus lepas kita bersalin. Teringat Kak Fieza masa ikuti Kursus Postnatal anjuran The Walking Beauty baru-baru ini. Serupa je teknik urutan staff nurse Andorra lakukan terhadap Kak Fieza. Layanan macam tuan puterilah.

Cucuk Injection Cair Darah Sehingga 7 Hari

Kan Kak Fieza dah kata, Kak Fieza ni takut jarum. Sepanjang ditahan di wad ni, Kak Fieza perasan kena cucuk ubat cair darah sehari 1 kali. Aduhhhh....

Kulit Kak Fieza ni pula jenis alah cucuk. Kena gigit nyamuk pun bintat, inikan pula kena cucuk injection 1 kali sehari. Kesian tangan Kak Fieza lebam-lebam akibat kesan cucukkan. Bila tengok tangan dah lebam-lebam. Staff nurse cucuk pula kat peha. Peha lak lebam. Dah macam kena dera rupanya.

At last, Kak Fieza minta izin doktor cukuplah cucuk di hospital saja, tak sanggup nak cucuk kat rumah sendiri walaupun itu adalah procedure perubatan yang wajib di ambil.

Jadi Kak Fieza gantikan dengan mengambil OMEGAGUARD SHAKLEE setiap hari di mana fungsi mencairkan darah ada pada sebiji Omegaguard tu.

Tambahan lagi, Kak Fieza amalkan minum air yang banyak semasa berpantang. Ini dah melanggar pantang orang dulu-dulukan. Mak Kak Fieza selalu pesan jangan banyak minum air. Maaf mak, anak mak kena engkar pantang yang ni sebab anak mak ni terpaksa minum air banyak sebab nak banyakkan susu dan nak mudah cairkan darah.

Ikut kajian, Masyarakat Melayu ramai yang beku darahnya selepas bersalin dan mengakibatkan kematian selepas bersalin. Sebab itulah injection cairkan darah diwajibkan ambil.

Alhamdulillah, Kak Fieza sihat walafiat dengan izin Allah sepanjang berpantang. Disamping tu Kak Fieza memang tak miss SET BERPANTANG SHAKLEE dan SET MENYUSU SHAKLEE sepanjang proses berpantang.

Nak tahu khasiat SET BERPANTANG yang Kak Fieza amalkan jemput baca link di bawah.


Ianya sangat membantu mempertingkatkan kesihatan Kak Fieza semasa berpantang tambahan lagi Kak Fieza pantang sendirian. Tanpa bantuan. Even mandikan baby pun Kak Fieza buat sendiri tau dalam keadaan Kak Fieza berpantang Czer. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan Kak Fieza.

Mak Kak Fieza ajak borak

Ada satu lagi cerita, kebetulan mak Kak Fieza yang berusia 84 tahun datang menemankan Kak Fieza di wad. Mak Kak Fieza ni jenis peramah. Bila staff nurse datang check Kak Fieza, mak ajak borak. Tanya asal  mana, duduk kat mana. Doktor pun mak tanya.

Nak dijadikan cerita, malam terakhir Kak Fieza di wad, mak Kak Fieza keluar dari bilik sebab nak borak dengan staff nurse yang bertugas malam tu di kaunter.

Rajin pula staff nurse layan borak Mak Kak Fieza. Terima kasih staff nurse yang sudi layan mak Kak Fieza. Maaf tak ada pulak gambar mereka.


Hari ketiga baru Kak Fieza dan baby Affan dibenarkan check out. Di sini juga disediakan 'luggage trolley' untuk kemudahan mengangkat beg-beg. Ala-ala hotel gitu. Tak de la cik suami kena mengendong beg-beg dari bilik ke kereta.


Kenangan bersama Doktor kesayangan Kak Fieza, Dr Khamsiah Muda selaku doktor pakar O & G Kak Fieza sejak kelahiran anak ke-2 lagi.


Oklah, setakat ini dahulu celoteh Kak Fieza pengalaman indah bersalin di Hospital Andorra. Very...very recomended hospital.

Terima kasih kepada doktor Khamsiah yang mesra dan baik hati. Doktor pakar bius dan doktor pead yang mesra dan ramah. Para staff nurse yang mesra dan banyak membantu Kak Fieza sepanjang 3 hari 2 malam di ward. Pakar fisioterapi yang banyak beri ilmu baru kat Kak Fieza.

Layanan istimewa mereka sangat menyenangkan Kak Fieza sefamili. Kak Fieza pun rasa macam tuan puteri je di sini.

Kepada anda yang teringin nak bersalin atau teringin nak buat pre-natal checkup di Hospital Andorra ni boleh terus booking di Hospital tersebut. Jemput layari laman web Hospital Andorra.


#AndorraWomenChildrenHospital
#HospitalPatuhSyariah

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:


pages:


Purplehomeshoppe

6 comments:

  1. jemput baca ye pengalaman menarik bersalin di Andorra

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak fizah. bolehj saya tahu cost bersalin czer total kesemuanya berapa? saya minggu depan kena serah diri. kena czer di andorra sbb baby sizenya besar. dari segi kwangan saya dah sediakan cuma takut terkurang. terima kasih kak fizah.

      Delete
    2. maaf lambat reply. Pn dah bersalin di Andorra kan? best tak?

      Delete
  2. salam kak fizah..saya pun berhajat nak bersalin kt andorra..dan sya pn kena bersalin czer disebabkan da history komplikasi bersalin ank sblm nie..boleh tak sya tahu total semuanya cost akak bersalin czer kt andorra..due date sy bln 3 thun dpn..terima kasih kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Pn ilyani baca entri blog Kak Fieza. Kosnya berbeza2 ikut pakej Pn. Sebaiknya Pn boleh hubungi Andorra Hospital utk memilih pakej yang diminati

      Delete
  3. assalamualaikum kak fieza. saya x pernah bersalin czer lagi. alhamdulillah 6org anak bersalin normal. pregnant yg ke 7 ni saya checkup di anddora. dlm delima buntu sebab saya plan nak ikat. usia pun dah 40. nak minta czer ikat takut plak.. 😔

    ReplyDelete