Sunday, March 22, 2015

11 TIPS MUDAH UNTUK KECILKAN PEHA DAN PERUT

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang saya kasihi. Saya doakan anda yang membaca entri saya "Anda Kurus dan Sihat".

Boleh! Boleh!

Dah lama saya nak share dengan anda apa yang saya pelajari dalam Now Everyone Can Kurus.

Sikit je tips ni. Ada banyak lagi tips yang dikongsikan sepanjang program Now Everyone Can Kurus.

Hari ini saya bermurah hati nak share dengan anda tips ini sebab saya dah berjaya mencapai 30% impian saya nak kecilkan peha dan perut dalam masa 2 minggu sejak saya join Now Everyone Can Kurus. Best ke Best!

Target lilit pinggang 28" dalam masa 100 hari. Syukur Alhamdulillah.
Testimoni saya sendiri hanya 2 minggu join NECk dah nampak kesannya
Dalam Now Everyone Can Kurus, ramai orang dah berjaya mengecilkan inci mereka contohnya Saudara Mus Daniel ni.


Banyak inci saudara Mus dapat buang dengan jayanya
Macam mana dia buat tu?

11 TIPS MUDAH UNTUK KECILKAN PEHA DAN PERUT

1. Lakukan 10 minit Senaman Kardio

Senaman kardio secara konsisten akan dapat membakar lemak betis,peha dan perut. Adalah lebih elok dilakukan setiap hari untuk mempercepatkan proses mengecilkan inci perut dan peha.

Antara senaman yang boleh dilakukan adalah
  • Berjogging
  • Berbasikal
  • Lompat tali (skipping)
  • Kickboxing
  • Berenang
Aktiviti santai yang menyihatkan

2. Lakukan senaman Lunges secara berterusan

Senaman ini adalah sasarannya untuk pembakaran lemak di bahagian kaki dan peha.

step 1-4 akan memberi impak di bahagian peha
3. Senaman Bebanan

Senaman beban dilakukan selepas senaman kardio untuk membina otot dan mempercepatkan lagi pembakaran lemak.

boleh juga bawa bebanan untuk impak lebih maksimum
4. Jumping Squat

Senaman Jumping Squat ini yang paling saya suka. Ia akan membantu mempercepatkan pembakaran lemak di peha dan perut.

salah satu contoh squat

3 steps mudah jumping squat yang boleh diikuti

Pastikan posisi badan tegak semasa buat squat. Sekiranya posisi tidak tegak, selain boleh mengakibatkan salah urat, ia juga tak beri kesan semaksima yang diingini.

gambar hiasan
5. Lakukan senaman earobik sekurang-kurangkan 2 kali seminggu

Aerobik adalah salah satu cara senaman yang saya suka. Selain dapat membakar lemak berlebihan dalam badan, aerobik juga memberikan rasa riang ria dan rasa fun sangat.

45-60 minit aerobik non-stop memberikan kesan terhadap kardio badan kita. Lencunlah satu badan dengan peluh sekiranya kita ikut step aerobik dengan betul.

Peluh lencun satu badan itu yang kita inginkan, menyingkiran toksin dalam badan melalui medium peluh.

Aerobik, aktiviti yang saya sangat suka...yeahhh!!!
6. Elakkan makanan berkalori tinggi

Senaman-senaman jugak, makanan perlu dijaga kerana setiap inci perut dan peha kita adalah bergantung kepada hanya 30% senaman dan 70% adalah dari sumber makanan.

Sangat wajib menjaga makanan anda untuk memastikan inci peha dan perut anda mengecil.

Serius, sebelum saya join Program Now Everyone Can Kurus, saya belasah saja makanan yang ada depan mata, kononnya kerana menyusukan baby. Dengan alasan, saya perlukan 500 kalori lebih dari orang biasa.

Hakikatnya, saya tak kira pun kalori sebenar yang saya makan. Saya ambil sebarang makanan tak kira ia makanan yang menyihatkan atau sebaliknya, semua saya telan. Nak lebih kalori konon sebagai tambahan kepada susu.

Pilih makanan sihat anda
Andaian saya untuk lebih kalori itu memang kurang tepat. Sebab itu selama ini inci saya tidak berkurang. Silap tafsiran rupanya.

Bila saya bersama program Now Everyone Can Kurus, barulah saya tahu untuk kurangkan inci peha dan perut saya perlu kira kalori keperluan saya dulu untuk MUDAH KURUS.

7. Memilih Makanan Sihat

Nak KURUS dengan mudah anda kena cerewet dengan pemilihan makanan. Sejak itu saya mula perihatin dengan pengambilan makanan saya.
  • NO MINYAK
  • NO GORENG
  • NO GULA
  • NO GARAM
  • NO SANTAN
5 kategori makanan ini yang wajib dielakkan kalau betul-betul nak kurus.

Banyakkan makanan bijirin dan buah-buahan. Jadikan buah-buahan sebagai kudapan harian anda menggantikan junk food atau kerepek yang confirm banyak kandungan gula dan garamnya.

Selain itu gantikan penggunaan lemak trans dalam masakan kita dengan lemak tak tepu yang sihat.

Saranan pilihan makanan secara sihat
8. Disiplin dengan senaman dan makanan

Tetapkan jadual harian anda untuk melakukan senaman dan bilakah waktu makan anda.

Disarankan anda disiplin mematuhi dan tegas dengan jadual tersebut.

Dalam Now Everyone Can Kurus kami diajar waktu makan yang betul, dan waktu senaman yang sesuai dilakukan.

Percayakah anda? Saya diwajibkan makan 5 kali sehari dengan menu harian (eksklusif DIET) untuk dapatkan berat ideal saya. 

9. Detoks

Perkara utama dalam pemakanan harian anda adalah detoks. Untuk pastikan badan anda boleh menerima sebarang makanan sihat yang anda telan, anda perlu pastikan badan anda bebas dari lemak yang akan membantutkan serapan nutrien secara maksimum.

Cuba anda bayangkan, contoh, sekiranya saluran paip sinki di dapur rumah kita penuh dengan sampah sarap, apa yang terjadi dengan sinki kita?

Ya, tersumbat bukan, aliran air pun tersekat-sekat bukan. Air sukar untuk mengalir laju bukan?

Begitu juga dengan saluran usus dan darah dalam sistem tubuh kita. Sekiranya tidak di cuci (detoks) sudah tentu aliran oksigen, darah tersekat-sekat. Tambahan Nutrien juga sukar untuk terserap secara efektif dalam tubuh.

Rugi je makan sayur, buahan dan makanan sihat tapi tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh tubuh.

10. Dapatkan suppliment yang baik

Kenapa perlu makanan tambahan (supliment) dalam diet harian kita?

Terutamanya dalam proses nak kurus dan mengecilkan peha dan perut anda. Makanan tambahan adalah perkara yang tidak boleh dipandang remeh.

Sebagai contoh, dalam proses untuk turunkan berat badan detoks adalah perkara utama. 

3 KONSEP Makanan Tambahan yang wajib diambil semasa proses nak kurus
1. Bakar
2. Buang
3. Bina

Pastikan cari supliment terbaik untuk kesihatan anda. Bukan ubat kurus ye!

Untuk dapatkan supliment yang terbaik untuk kurus dan sihat sila klik link SUPPLIMENT SIHAT DAN LANGSING.



11. Amalkan cara gaya hidup sihat

Selama ini dah berpuluh tahun kita menternak lemak dalam badan kita. Sudah tiba masanya kita mengamalkan gaya hidup sihat. Niat sebenar kita untuk kurus adalah "SLIM UNTUK SIHAT".




Ebook Now Everyone Can Kurus

Anda nak kurus? Tak tahu caranya?

Dah banyak kali cuba tapi tak berjaya?

Baca Ebook ini dahulu

DAPATKAN PERCUMA!!!
Nak ebook ni? Sila Whatsapp/Telegram saya Hafizah (019-211 8757).

1. Sila Taip " Saya Nak Kurus "
2. Tulis nama penuh
3. Beri Email

Saya berbesar hati nak beri PERCUMA ebook ini kepada ada. 

Saya doakan "Anda Sihat dan Kurus"

Terima kasih kerana sudi membaca 11 tips saya ini. Semoga anda dapat manfaatnya. 

Sekiranya anda suka entri ini sila tekan button LIKE dan SHARE supaya ramai lagi orang lain dapat manfaatnya.

Love, 
Hafizah

#design yourlife not by default

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Terbaik :) memang penat nak buat senaman kempiskan perut ni tetapi berbaloi :)

    ReplyDelete