Friday, November 17, 2023

Vertigo Menyerang Lagi, Setelah 7 Tahun Menyepi


Vertigo bukan penyakit yang merbahaya. Tetapi jika diserang sewaktu memandu akan mendatangkan bahaya kerana anda tidak dapat mengawal diri anda secara normal andai diserang Vertigo.

Hai Assalamualaikum sahabat fiezabard yang dikasihi. Kak Fieza doakan anda dalam lindungan Allah swt.

Entri kali ini Kak Fieza nak story kisah tetiba Kak Fieza diserang VERTIGO buat kali ke-2 setelah 7 tahun lamanya.

Jemput baca kisah Kak Fieza pertama kali diserang MILD VERTIGO pada tahun 2016. 

Baca : 

AWAS! PERTAMA KALI DISERANG VERTIGO! SIMPTOM, PUNCA DAN RAWATANNYA



Vertigo menyerang lagi

Last month ntah kenapa saya diserang Vertigo sekali lagi untuk kali ke-2.

Pertama kali saya diserang vertigo pada tahun 2016. Setelah 7 tahun vertigo menyerang kembali.

Yang kali ni lebih teruk dari sebelum ni. Sebelum ni hanya MILD Vertigo. Kali ni Heavy Vertigo.

Ntah macam mana sedang sujud solat tahajud rakaat pertama tetiba dalam sujud tu rasa macam keadaan sekitar rumah berpusing-pusing. Mula-mula perlahan pusingannya lepas tu bertambah laju.

Pejam mata pun tak hilang pusingannya. Sehingga saya tak dapat teruskan solat. Terjelepuk tepi sofa. Panggil encik suami mintak pertolongan. 

Kepala masih berpusing-pusing. Tak larat nak bangun. Solat subuh pun dalam keadaan yang tak berapa nak betul kepala.

Hari tu terpaksa ambil MC. Doktor beri 3 hari MC.

Sepanjang hari tak tahu berapa kali muntah air. Sebab tak selera makan. Apa yang keluar dari perut hanya air semata.

Dalam perjalanan nak ke klinik pun, termuntah tepi jalan. Depan klinik pun sedass muntah. Syukur en suami tak outstation. Dapatlah bantu bawa ke klinik.

Doktor bagi ubat tahan muntah, ubat tahan sakit. Tapi sebelum tu kena inject sedasss...huhuhuuu...walaupun jarumnya halus. Sakit woooo. 😱😱😱

Hari tu segala vitamin ku telan Vita-lize multivitamin, vitamin C, Performance Drink, B Complex, dan tak lupa juga Vivix.




Allah nak bagi rehat.

Dapat MC 3 hari. Dalam masa 3 hari tu kadangkala ada rasa 'weng' sikit. Macam mamai je keadaan masa tu.

Sebelum ni pernah kena vertigo tapi tak de la seteruk ini.

Tak tahu punca Vertigo kali ini berpunca dari apa?

Punca Vertigo

Mengikut pembacaan Kak Fieza vertigo ni berpunca dari gangguan keseimbangan dalam tubuh yang bergantung kepada sistem deria mata, saraf dan bahagian dalam telinga.

Gangguan pada dalam telinga membuatkan otak menerima isyarat yang tidak sesuai dengan apa yang diterima oleh mata dan saraf deria. Ini menjadikan otak mengalami kebingungan dan menjadikan anda merasa pening serta tidak seimbang.

2 jenis Vertigo

Terdapat dua jenis vertigo iaitu vertigo peripheral dan central.

1) Vertigo peripheral merupakan jenis yang sering dialami oleh kebanyakan orang. Ia adalah kerana gangguan pada telinga dalam yang berfungsi untuk mengatur keseimbangan tubuh.

Vertigo jenis ini disebabkan oleh beberapa perkara iaitu Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV), Labirintitis, Vestibular neuronitis dan Meniere.

Gejala yang sering terjadi adalah mual, muntah, hilang keseimbangan, sakit kepala, kurang jelas dalam pendengaran, sakit telinga serta demam.

Gejala ini yang Kak Fieza rasai semasa diserang vertigo tempohari tapi tak demam.

2) Vertigo central disebabkan oleh gangguan pada telinga dan organ keseimbangan. Ia terjadi akibat masalah pada bahagian otak iaitu cerebellum dan otak kecil.

Penyebab utama vertigo central ialah migrain, “multiple sclerosis”, neuroma akustik, tumor otak dan strok.

Punca Lain Vertigo

1) Peredaran darah yang lemah

Peredarab darah yang lemah membuatkan jantung anda tidak cukup mengepam darah sampai ke otak atau bahagian dalam telinga, sehingga anda berasa pening, ingin pengsan dan rasa tidak seimbang.

2) Tekanan darah rendah. 

Tekanan darah rendah menyebabkan aliran darah dari jantung ke otak dan bahagian dalam telinga tersekat, sehingga anda mengalami pening dan lemas. Biasanya, anda mengalami keadaan ini jika berdiri terlalu cepat dari duduk atau berbaring.

Semasa pertama kali Kak Fieza diserang mild vertigo 7 tahun lalu memang diakui tekanan darah ketika itu rendah, tapi serangan ke-2 Vertigo ini doktor memeriksa tekanan darah Kak Fieza NORMAL. Jadi tak tahu punca vertigo kali ni disebabkan apa.

3) Gula darah rendah. 

Gula dalam darah berkurangan mungkin disebabkan kerana tiada pengambilan makanan ke dalam badan. Ini membuatkan anda berasa lemas, letih, dan pening. Ia juga boleh menyebabkan vertigo anda berulang.

Siapa yang mudah terdedah kepada vertigo?

Kebarangkalian diserang Vertigo semakin meningkat bila umur kita semakin meningkat. Tambahan lagi vertigo lebih mudah menyerang wanita 2-3 kali lebih berbanding lelaki.

Ia melibatkan 2.5% daripada penduduk umum.

1 daripada 5 orang dewasa yang terlibat.

Gejala vertigo juga sering menyerang mereka yang melebihi 65 tahun (65%).

Apakah tanda-tanda anda diserang VERTIGO?

  • Rasa berpusing
  • Pening
  • Loya
  • Muntah
  • Ketidakseimbangan
  • Penglihatan kabur
  • Sukar berjalan
Cara Merawat Vertigo dan Mengelakkannya

  • Berehat
  • Melakukan senaman ringan.
  • Tidur dengan kepala sedikit terangkat atau tinggi.
  • Jangan terus bangun dari tidur. Duduk beberapa minit sebelum berdiri dari tempat tidur.
  • Menghindari garam, kafein, coklat, alcohol dan rokok.
  • Elak dari membongkok dan mendongak
  • Melakukan fisioterapi untuk mengatasi gangguan keseimbangan
  • Akupuntur
  • Terapi
  • Ambil Nutrisi lengkap dan seimbang.
Macam Kak Fieza, selain dari makan makanan menu yang seimbang suku-suku separuh dan lebihkan sayur dan buahan, Kak Fieza juga ambil 

Vita-lize multivitamin - mengandungi 28 khasiat vitamin dan mineral untuk menampung kelompongan nutrisi dalam badan kita. Zat besi (iron) menyokong penghasilan sel darah merah dan mengekalkan Hemoglobin(Hb) darah yang sihat.

Vitamin C - Menambahkan keupayaan sel imun. Meningkatkan penyerapan iron dengan lebih baik.

Performance Drink - Minuman elektrolit semulajadi untuk elakkan terhidrasi. Ianya mengawal keseimbangan air dalam badan dan memberi tenaga. Maklumlah dah muntah banyak kali, badan kurang bendalir.

B Complex - Mengandungi 8 jenis Vitamin B lengkap. Membantu dalam pembinaan set darah merah dengan lebih baik. Ia juga mengandungi vitamin B12 yang mengurangkan hormon stress.

Vivix - Polifenol yang terdapat dalam Vivix membantu sebagai antioksidan tinggi membaiki/membina/melindungi sel terutamanya sel darah merah.

Di sini Kak Fieza share kan beberapa testimoni yang pernah diserang Vertigo





Sekiranya anda ingin dapatkan VITAMIN SHAKLEE anda hari ini. Jemput klik ye. Insya Allah Kak Fieza akan berikan konsultansi percuma.


DAPATKAN VITAMIN SHAKLEE ANDA SEKARANG

KLIK


Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.


#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeSeriKembangan


-----------------------------------------------------------------------------------------


Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya

 HAFIZAH : 019-2118757