Tuesday, December 23, 2014

7 PETUA MENGELAKKAN BAYI RUAM MELECET DI PELIPAT

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat dan pembaca setia blog fiezabard. Hari ini saya nak share sikit pengalaman saya tentang penjagaan bayi yang tak boleh dianggap remeh. 

Baru-baru ini saya terbaca satu soalan dari group Kelab Ibu Hamil, Menyusu dan Berpantang.

"macam mana nak hilangkan ruam peluh kat baby ea...dah berdarah pun...kesian baby...risau sangat"

Photo yang dilampirkan


kredit to admin Kelab Ibu Hamil, Menyusu dan Pantang

Bila saya terpandang photo anak kecil ini saya teringatkan petua ibu saya yang diamalkan sejak turun temurun dalam penjagaan bayi terutamanya bayi yang baru lahir dan dalam pantang khususnya bagi menggelakkan ruam seperti sehingga seolah-olah ada kesan kelaran pada leher.

Yang lebih parah lagi bila ruam bertambah teruk hingga berdarah. Kesian kan kat bayi. Si kecil yang tak tahu mengadu hanya menangis saja la bila ia rasa tak selesa. Akibatnya mama yang tak boleh tidur malam kerana menghadap rengekan si kecil.

Tidak dinafikan saya banyak belajar dari ibu saya tentang penjagaan bayi dengan sempurna.

Semasa melahirkan anak sulong, saya berpantang di rumah ibu saya sehingga habis pantang. Sejak itulah saya belajar petua-petua orang lama tentang penjagaan rapi bayi.

Petua-petua yang ibu saya turunkan saya gunapakai hingga sekarang. Walaupun pelbagai sabun dan lotion yang keluar dipasaran, namun saya tetap menggunakan petua ibu saya. Petua yang baik apa salahnya kita ikutkan. Lagipun hasilnya sangat berkesan dan tak tinggalkan kesan sampingan pun

Apa petua dia, Jom baca sampai habis.


Punca Ruam Bayi
  1. Bekas lelehan susu yang terkena kulit
  2. Peluh
  3. Lelehan lebihan air bilasan mandi yang tidak dikeringkan betul-betul pada kulit
  4. Cuaca yang panas dan lembab
  5. Ellergic kulit yang teruk
Kenalpasti Ruam Bayi

Kepada mereka yang baru pertama kali menimang cahaya mata, sekiranya anda ingin mengenalpasti bagaimanakah rupa ruam bayi ini, biasanya bayi yang dijangkiti ruam akan mengalami tanda-tanda seperti berikut di bahagian pelipat lengan, kaki (terutama kaki yang berketak-ketak untuk bayi yang sihat), leher, bahagian atas dada, belakang kepala, punggung dan kawasan sulit serta belakang telinga, Tanda berikut akan jelas kelihatan:
  • Kemerah-merahan pada kulit. 
  • Bintik-bintik merah pada kulit.
  • Lebih kritikal hingga meninggalkan kesan seakan-akan berdarah
  • Kulit seolah-olah tersiat (aaarrhhh sian baby!!)

Mudah saja petuanya, semua orang boleh ikut.
Petua ibu mengelakkan bayi ruam 

1. Pastikan mandikan bayi dengan air suam
2. Semasa mandi, tidak perlu sabun atau sebarang antiseptik. Cukup sekadar  anda menyediakan sehelai tuala kecil seperti ini


Tapi biasanya saya gunakan lampin bayi kerana lampin lebih lembut berbanding tuala kecil. Almaklumlah bayi yang baru lahir sangat lembut kulitnya. Harus dibelai dengan berhati-hati.



Basahkan tuala kecil dengan air suam. Lap dan sapukan tuala basah tersebut dikawasan 'spot' ruam contoh dipelipat leher, ketiak, celahan lengan, celahan kaki, celahan kelengkang yang berketak-ketak, belakang telinga dan di bahagian pipi.

Bahagian pipi selalunya timbul kesan ruam kerana bekas lelehan susu. Kadang-kadang bukan sekadar ruam...pipi mereka boleh berkerak pula. Alaaa....dah tak comel nanti bayi sekiranya tidak dibersihkan segera.

3. Selepas mandi, pastikan bayi dilap sekering-keringnya dengan tuala yang kering sekali lagi di kawasan 'spot' yang disebutkan tadi. Kawasan 'spot' tersebut perlu lebih perhatian.

Peringatan : Belek betul-betul di kawasan spot sehingga betul-betul tiada lembapan atau air di situ. Selak-selak la sikit spot tu. Air lembapanlah yang akan menyumbangkan kepada ruam nanti. Sekiranya dibiarkan dalam jangkamasa yang lama akan mengakibatkan kulit mereka kemerahan seperti dihiris..(auchhh!!!)


Baby saya Eizzatul semasa usianya beberapa hari diurut oleh ibu saya selepas mandi.
4. Pastikan lampin sering ditukar terutamanya yang kulit sensitif. Ikut pengalaman saya, bayi yang menyusu badan sepenuhnya kerap kali buang air besar ketika dalam pantang. 

Boleh dikatakan setiap jam akan buang air. Kekadang tu lepas salin lampin dah membuang lagi. 

Saat ini, ibu perlu beri sepenuh perhatian memastikan bayi dalam keadaan bebas najis.

kalau dibiarkan walau seminit, punggung bayi akan mulai kemerah-merahan. Lebih parah sekiranya melecet. Bila dicuci dengan air tentu pedihkan. Bayi tak tahu nak cakap, menangis sajalah tahunya.

5. Elakkan guna bedak keterlaluan, atau tidak perlu guna bedak langsung.

6. Elakkan guna ubat sapu mengandungi paraben atau steroid. Kesian kulit bayi yang masih halus mulus dicemari dengan bahan kimia merbahaya.

7. Lebih elok gunakan sapuan semulajadi antaranya

Tepung ubi

Tepung ubi adalah bersifat lembut dan halus. Tidak melekit dan tidak merengsakan. Lembut untuk kulit bayi. Orang tua selalu syorkan guna tepung ubi untuk melegakan ruam pada bayi.

Kalau tanya saya, saya jawap 'YES' tepung ubi adalah remidi yang sangat awesome dan mustajab untuk mengurangkan ruam bayi. Untuk ruam bayi yang tidak begitu teruk, tepung ubi sangat efektif.



Herbablend

Remidi lain yang tak kurang hebat juga ialah herbablend. Herbablend ini adalah remidi semulajadi yang telah dimodenkan dan diekstrakkan didalam bentuk krim dan mudah digunakan.


uniknya herbablend
ingredients herbablend dari ekstrak semulajadi
Testimoni




Peringatan: sekiranya ruam bayi adalah jenis yang tidak boleh dikawal dan berdarah, tidak perlu disapukan sebarang krim even herbablend. Cukup sekadar ikut petua di atas. Dan dinasihatkan berjumpa doktor sekiranya ia berlanjutan dan ada tanda-tanda membahayakan.

Perlukan jumpa doktor?

Waktu bagaimana perlu anda rujuk kepada doktor?
  • Sekiranya bayi anda mempunyai suhu yang tinggi (lebih dari 39 degree) dan tidak menunjukkan tanda-tanda reda selepas diberi ubat.
  • Ruam tidak hilang lebih dari 3-4 hari.
  • Ruam bertambah teruk. 
Cukup sekadar ini dahulu petua untuk penjagaan bayi khas untuk mengelakkan ruam. Insya allah saya akan berkongsikan lebih banyak lagi petua yang ibu saya perturunkan kepada saya sepanjang menjaga bayi. Check it out!

Sekiranya anda suka entri saya kali ini mohon tekan button LIKE dan SHARE di bawah supaya ramai lagi ibu-ibu even bapa-bapa yang dapat manfaatnya dan dapat dikongsi-kongsikan bersama.
Terima kasih kerana sudi menjenguk perkongsian saya.

Ibu perihatin,
Hafizah Mahfoz.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

No comments:

Post a Comment