Hai Assalamualaikum sahabat yang dikasihi. Kak Fieza doakan anda dikurniakan rahmat dan keberkatan.
Menurut statistik, sakit lutut dan sendi akan mudah dialami kepada individu yang berusia 40 tahun ke atas.
Kesakitan sendi dan otot boleh menyebabkan gangguan pergerakan dan kesukaran untuk menjalankan tugasan harian anda. Kesannya, kualiti kehidupan anda akan terganggu dan menghalang anda daripada melakukan perkara yang disukai.
Tambahan lagi kesakitan yang dialami akan mempengaruhi daya keyakinan diri. Bayangkan anda baru sahaja masuk umur awal 40-an tetapi dah mula sakit sendi kaki, sakit lutut. Sudah tentu menyukarkan anda nak beribadah. Sujud, rukuk pun tak boleh dilakukan dengan sempurna. Umur tak adalah nak tua sangat tapi dah solat atas kerusi. Hilang nikmat dapat sujud dengan sempurna bila dahi tak boleh nak cecah tempat sujud akibat dari sakit sendi dan lutut. Rugikan.
Bayangkan anda seorang CEO dalam sebuah syarikat, tetapi anda mengalami sakit sendi dan otot semasa anda bertugas. Secara tak langsung akan menurunkan rasa keyakinan diri sendiri.
Bayangkan juga andai anda seorang atok dan nenek, waktu ini anda nak bermain-main dengan cucu. Tak pun waktu ini anda ingin melancong atau mengerjakan umrah. Bayangkan andai anda diserang sakit sendi dan otot, sudah pasti menyukarkan aktiviti anda.
Siapa yang Biasanya Mengalami Sakit Sendi dan Otot
1) Individu Yang Berumur Lebih 40-an
Semakin meningkat usia, sendi anda mungkin akan menjadi lebih tegang dan kurang fleksibel. Tulang rawan akan semakin menipis dan cecair pelincir yang berada sekitar sendi akan menjadi sedikit. Akibatnya akan menjadikan keradangan dan kesakitan sendi. Sudah tentu akan mempengaruhi aktiviti harian mereka dan menghalang dari melakukan aktiviti yang digemari.
2) Individu Aktif Bersukan
Individu ini akan mudah mengalami otot yang haus dan sering mengalami ketegangan dan kesakitan otot. Akibatnya, mereka perlu berehat dari melakukan aktiviti dalam masa yang lama.3) Individu Dewasa Yang Bekerja di Pejabat
Golongan seterusnya, individu yang bekerja terutama bekerja di pejabat tidak kira apa pangkat sama ada CEO atau ekskutif. Mereka biasanya duduk berjam-jam sama ada berhadapan depan komputer dan bermesyuarat dan mempunyai posture yang lemah. Golongan seperti ini biasanya mengadu sakit pingang, sakit bahu dan sakit pinggul. Akibatnya, mereka tidak dapat fokus dan lebih membimbangkan sekiranya menyebabkan penyakit kronik seperti masalah tulang belakang (slip disc).
4) Individu Dewasa Yang Bekerja di Luar Pejabat
Kesakitan otot dan sendi bukan saja dialami oleh pekerja di pejabat. Ia juga berisiko kepada pekerja di luar pejabat seperti pemandu teksi, pekerja gudang, pemandu Grab Car, pemandu lori, courier service dan pekerja shopping mall. Aktiviti mereka yang memerlukan membongkok beberapa, berdiri lama dan duduk lama menyebabkan keletihan, kekejangan kaki dan sakit belakang. Ini juga mempengaruhi prestasi dan produktiviti anda.5) Ibu Yang Sibuk
Tahukah anda, lebih dari 1/3 wanita yang menderita sakit belakang walaupun sudah 1 tahun selepas melahirkan. Ini disebabkan para ibu terpaksa membongkok dan mengangkat bayi yang semakin besar dan semakin berat. Selain itu mereka juga perlu membuat kerja-kerja rumah, mengusung barang groceries, menolak troley dan stroller. Ini mengakibatkan para ibu begini akan mengalami tekanan emosi dan merasakan tidak dapat menjadi ibu yang terbaik.Adakah anda tergolong salah satu dari mereka?
Walaubagaimanapun anda jangan risau kerana ada jalan penyelesaiannya. Tak perlu suntik sana suntik sini. Anda boleh dapatkan solusinya secara alami.
Boswellia dan Safflower (Duo Pelega Kesakitan)
Boswella dan Safflower adalah ejen anti-radang SEMULAJADI yang sangat hebat.
Boswella adalah salah satu herba zaman dahulu dan paling bernilai dalam Ayurveda. Ia merupakan minyak pati (essential oil) yang biasa digunakan dalam aromaterapi.
Asid Boswella yang terdapat dalam resin getah adalah bahan utama yang memberi kesan kepada ciri anti-keradangan. Ia telah digunakan secara tradisional untuk merawat:
1) Artritis
2) Spondylitis
3) Sindrom Sakit Kronik
4) Penyakit Radang Usus.
Safflower pula adalah sejenis species bunga matahari merupakan salah satu tanaman tertua di dunia dan telah bertahan selama lebih 4000 tahun.
Ekstrak dari bunga Safflower dipercayai mempunyai kesan antibakteria, antivirus, dan anti-radang.
Dalam perubatan kuno Cina, ia digunakan untuk meningkatkan peredaran darah. Ia boleh merawat:
1) Sakit Senggugut
2) Sakit Perut selepas bersalin
3) Sakit Sendi
4) Osteoporosis
5) Migrain.
Wow, hebatkan kebaikan dua bahan alami ini?
Mari Kak Fieza story bagaimana Boswellia dan Safflower membantu dalam meningkatkan kesihatan sendi kita?
Mengapa Anda Rasa Sakit Sendi?
Anda pernah fikir bagaimana anda boleh merasai kesakitan sendi dan otot? Kesakitan adalah sensasi yang tidak menyenangkan yang sering disebabkan oleh rangsangan yang ekstrem atau kerosakkan. SAKIT adalah satu gejala keradangan. Keradangan ini berlaku disebabkan cecair yang terkumpul dan berlaku pembengkakan. Tisu yang membengkak ini menekan hujung saraf yang sensitif yang menyebabkan rasa SAKIT.
Contohnya kesakitan sendi. Penggunaan sendi yang berlebihan menyebabkan TULANG RAWAN atau KUSYEN LEMBUT di antara tulang semakin lama semakin haus. Akibatnya tulang akan bergeser antara satu sama lain ketika anda melakukan aktiviti seharian. Struktur tulang juga berubah sehingga merasakan sakit.
Apa yang sedang berlaku waktu ni? Bila penyempitan ruang sendi dan struktur tulang berubah menyebabkan kecederaan pada tisu sendi. Sel-sel yang tercedera akan mengeluarkan isyarat kimia seperti enzim kistemin dan juga CoX sejenis enzim kesakitan yang mencetuskan keradangan ke darah. Saat ini aliran darah ke tempat luka semakin meningkat. Saluran darah di bahagian tersebut akan bocor. Saat ini lebih banyak sel imun dari sel darah putih akan di bawa masuk ke salur darah berkenaan untuk pembaikan tisu. Saat ini juga tisu akan berlaku pembengkakan dan menekan reseptor kesakitan. Reseptor kesakitan ini akan dibawa ke saraf tunjang hingga ke otak. Kejadian ini akan menyebabkan rasa SAKIT.
Keradangan sendi ini berterusan berlaku hingga luka dapat disembuhkan. Biasanya kesembuhan memakan masa yang agak lama. Selama itulah anda akan menanggung kesakitan.
Biasanya kalau sakit anda kan makan ubat tahan sakit (painkiller). Apa yang painkiller lakukan ialah ia akan halang pembentukkan COX1. Akibatkanya anda akan mengalami itirasi lapiran perut.
Boswellia dan Safflower membantu mengurangkan keradangan.
Boswellia ibarat seperti ambulans. Membantu membawa mangsa yang tercedera menghalang aktiviti LOX dalam badan untuk mengurangkan kesakitan dan kerdangan.
Saffower pula bertindak seperti kereta tunda. Fungsinya mengalihkan kereta di tepi jalan dan kereta-kereta yang terbabit dalam kemalangan untuk melancarkan jalan. Ia membantu menghalang aktiviti COX-2 supaya merencatkan tindakbalas keradangan dan meredakan ketidak selesaan dan kesakitan. Pada masa yang sama kerja-kerja pembaikan jalan raya iaitu COX-1 dilakukan dari semasa ke semasa.
Ini menunjukkan bahawa Boswella dan Safflower dapat merencatkan keradangan tanpa menjejaskan lapisan perut.
Andai ada yang lebih selamat, natural dan lebih berkesan kenapa kita ambil yang PALSU.
Shaklee Difference
Pain Relief Caplet Melegakan Kesakitan Hanya Semudah 1 2 3
Siapa Yang Memerlukan Pain Relief Caplet
Feedback Mengamal Pain Relief Caplet
Sekiranya anda ingin dapatkan VITAMIN SHAKLEE anda hari ini. Jemput klik ye. Insya Allah Kak Fieza akan berikan konsultansi percuma.
DAPATKAN VITAMIN SHAKLEE ANDA SEKARANG
KLIK
Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeSeriKembangan
-----------------------------------------------------------------------------------------
Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya
HAFIZAH : 019-2118757