Assalamualaikum wbt,
Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Fiza doakan anda dalam lindungan sihat walafiat disamping keluarga tercinta.
Cuti panjang Maal Hijrah baru-baru kemana anda?
Biasalah Fiza dan keluarga pada mulanya tak ada plan kemana-mana pun. Tetiba husband bisik kat Fiza malam Maal Hijrah tu " Yang, esok kita pergi picnic jom". Nak kemana pulak agent travel #JomMariBercutiPrestige nak bawa kita kali ni.
Husband Fiza suka buat surprise. Tak plan awal-awal, tup-tup terus diajaknya kami.
Kami memang suka berjalan-jalan. Terutamanya anak-anak kami yang 5 orang tu. Pantang dengar nak pergi picnic lagilah mereka suka.
Cadangan picnic kami Air Terjun Serendah. Cik abangla ni bayar nazar sebab lama tak bawa kami outing family. Dok asyik bawa pelancong saja kan dengan pakej #JomMariBercutiPrestige nya. Kali ni bawa pulak kami sekeluarga ronda-ronda.
Ok Jom ikuti pelayaran kami menyusuri sehari Awal Muharam bersama keluarga.
Ini le muka hero-hero Fiza yang tak sabar memulakan perjalanan. Yang 3 orang lagi menyorok disebalik photo. Nanti saya kongsi ahli keluarga yang lain ye
Perjalanan kami dimulakan dengan Awal Bismillah, dan doa menaiki kenderaan. Semoga perjalanan riadah kami sekeluarga diberkati Allah. Kami bertolak dari rumah di Seri Kembangan jam 9 pagi.
Siap-siap sarapan di gerai simpang tiga area taman perumahan kami di Lestari Putra. Isi perut kenyang-kenyang dulu ye. Biasanya orang nak picnic bawa bekalan makanan dengan lauk pauk bagaikan. Berbeza dengan Fiza, saya sengaja tak bawa bekalan makanan picnic sebab dah banyak kali pengalaman saya masak bagai bawa bekal ke picnic, sudahnya mereka tak makan pun bekalan yang saya bawa. Mereka berendam sampai tak ingat nak makan. Bila dah balik baru mereka rasa lapar. Jadi, moral of the story, kali ini picnic saya lenggang kangkung tanpa bekalan. Mandi berendamlah puas-puas sampai lebam.
Route to Air Terjun Serendah dari Taman Lestari Putra Seri Kembangan
Jauh juga perjalanan kami ke Serendah dari teratak comel kami. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam 15 minit mengikut jangkaan pakcik google map. Ini pun sekiranya traffic dalam keadaan baik. Demi air terjun yang kucintai, jauh pun tetap ku redah. Tak pe, kami ada driver cum pemandu pelancong yang cekap. (SILA KLIK PHOTO UNTUK KE GOOGLE MAP).
Serendah terletak hanya lebih kurang 11 km dari pekan Rawang. Ramai rakan-rakan saya yang tinggal berdekatan Air Terjun Serendah nih rupanya.
Jom ikut kami!!
Serendah terletak hanya lebih kurang 11 km dari pekan Rawang. Ramai rakan-rakan saya yang tinggal berdekatan Air Terjun Serendah nih rupanya.
Jom ikut kami!!
Dah masuk kawasan Serendah. Kawasan orang asli.
Jalannya agak mencabar. Walaupun landai tetapi bengkang bengkok. Mujur ada pemandu pelancong yang sangat cekap memandu 'baby greenku'. Ciluk menciluk tu dah jadi mainannya.
Menyusuri perkampungan orang asli moden di sini. Rumah sebegini pun pasang ASTRO tau.
Semakin masuk ke dalam perkampungan orang asli, jalan mulai sempit.
Anak-anak orang asli moden.
Yeh! dah sampai ke destinasi, Alhamdulillah. Terpaksa melalui jambatan yang muat-muat sebuah kereta.
Nampak tak pondok guard tu? Ada sorang pakcik jaga kawasan ni. Mereka hanya mengenakan bayaran RM 1 parking kereta di sini. Make sure datang awal untuk dapatkan parking yang selesa. Alhamdulillah kami dapat parking bawah pokok. Tak de la 'Baby Greenku' kepanasan. Kalau lambat alamatnya terpaksa parking di tepi-tepi jalan.
Dah sampai. Ada coordinate tertera di situ boleh Google Map je.
Sebelum terjun di air yang menderu jom wefie dulu anak-anakku. Tengok le muka masing-masing yang tak sabar nak terjun. Saya suka photo nih.
Muka Awina cuak, tengok abang-abang dah terjun.
Yehhh...barulah muke ceria lepas ibu cakap " jom kita turun "
Tenang rasa fikiran bila dengar deruan air terjun. Pernah saya dengar ustaz kata kalau nak hati tenang dengar deruan air sama ada air sungai atau ombak laut kerana air sentiasa berzikir kepada Allah. Subhanallah....
Bila ayahnya dah turun siap la korang...
Dalam usaha untuk memasukkan Awina ke dalam pelampung. Berat sangat ke Awina tu.
Mula-mula nangis.
Lepas tu sukanya diaaa...
Pengalaman yang tak boleh dilupakan bila Fiza dapat rasakan sendiri berada di bawah hempasan air terjun tu. Sakit tau macam kena tumbuk bertubi-tubi dengan air. Cuba anda bayangkan, air yang pada mulanya lembut, lemah...boleh bertindak ganas bila jadi air terjun.
Gara-gara cik suami bawa saya merasai sendiri berada di sebalik air terjun tu. Macam sesak nafas berada di situ. Memang tak lah lepas ni nak ke kawasan terjunan air ganas tu.
Walaubagaimanapun, ia suatu pengalaman yang menarik. Kalau saya yang pergi seorang ke situ, tak sampai-sampai, sebab tubuh saya yang kecil ni senang-senang je air deras tu nak menolak saya dari menghampiri terjunan air tu.
Aiks...santai nampak.
Untuk kanak-kanak disarankan diawasi oleh orang yang lebih dewasa di kawasan ini. Kawasan yang berhampiran dengan terjunan air agak dalam. Kalau Fiza yang berketinggian tak sampai 5 kaki ini boleh sampai paras dada.
Seronoklah Awina ada pelampong.
Di kawasan mereka mandi ini separas pinggang kanak-kanak sebesar anak sulong saya tu.
Haaa...nampak tak separas dada Fiza airnya. dan separas bawah ketiak untuk kanak-kanak umur 10-12 tahun. Yang sama saiz macam anak saya.
Dah berendam beberapa minit. Mulalah lapar.
Apalah yang dijenguk dik Awina tu..
Nah ibu punya...
Di kawasan sebelah kanan air terjun agak cetek. Separas betis orang dewasa. Sesuai untuk kanak-kanak. Tapi anak saya tak suka pulak berendam di situ.
Baby berdiri pun baru paras peha mereka di kawasan ini.
Untuk salin pakaian tak perlu risau, di sini telah disediakan bilik air dengan bayaran 30 sen seorang.
Yang lebih menarik terdapat 'playground' juga di sini. Bolehlah kepada anak-anak selepas mandi lepak-lepak di sini. Anak saya tak laku dah main playground ni. Tarikan air terjun lebih mengujakan mereka.
Pondok belah hujung pula ada jualan keropok dan makanan-makanan ringan. Kepada anda yang kelaparan tak perlu risau beli saja di sini.
Kemudahan lain disediakan seperti pondok-pondok untuk bersantai family. Semuanya tersedia PERCUMA. Tak payah bayar sewa. Ada 3 pondok batu disediakan betul-betul berhadapan air terjun. First Come First Serve.
Masa kami sampai pondok-pondok ini fully-booked. Jadi, kami bentang tikar sajalah dihujung pondok. Lagipun, Fiza rasa tak bermanfaat pun pondok tu untuk kami. Semuanya terjun dalam sungai. Tikar tu sebagai syarat untuk letakkan beg-beg baju mereka saja.
Pondok-pondok ini sangat sesuai untuk keluarga yang besar bersantai, makan-makan, BBQ, sementara anak-anak bermain air. Atok dan nenek boleh duduk santai di pondok ini.
Suatu hari nanti akan Fiza bawak ramai-ramai keluarga besar Fiza ke sini.
Ada juga yang lebih gemar mencari batu-batuan untuk tempat santai mereka seperti kumpulan anak muda di photo tu. BBQ di atas batu besar. Sempoi jugak tu.
Kakak Eizzatul ni cuba nak mengapungkan badan konon. Tapi pakai pelampung...
Betul-betul terapung kakak oi..
Sudah-sudahlah tu kak. Dah lebih 2 jam berendam tu. Kecut jari jemari. Bayangkan dari pukul 11.00 AM sampai pukul 2 PM mana tak kecut. Dah la airnya sejuk macam dalam peti ais. Gigil beb...
Sebelum memulakan perjalanan pulang, perut masing-masing dah lapar. Kan Fiza dah kata tadi mereka ni dah nak balik baru rasa laparkan. So, misi mencari makan pun bermula.
Ada nampak satu Signboard 'LAKSA UDANG' betul-betul di tepi jalan keluar Air Terjun. Nampak macam menarik. Tapi bila kami tuju tempat tu Pusat Anti dadah Negara. Aiks biar betul ...betullah tu. Laksa Udang tu ada dalam pagar Pusat Anti Dadah ni tapi dah tutup pun kedainya. Kecewa tak dapat rasa laksa udang. Jom lah kita cari makan tempat lain.
Sekali lagi melalui jalan sempit dan berliku-liku.
Nak berselisih pun terseksa. Kereta satu lagi kena mengalah untuk memberi ruang kereta bersebelahan melalui jalan yang sempit ni.
Adventure juga trip ni ye. Baby Green la selalu mengalah. Bagi can la kereta-kereta besar lain lalu dulu.
Dah petang ni ramai pula pengunjung yang baru tiba. Oklah, kami balik dulu, bagi can kat uols pulak menikmati keindahan alam SERENDAH WATERFALL.
PERIGI TUJUH
Explorasi Serendah kami bukan setakat ini mandi-manda saja ye.
Keluar saja dari simpang Air Terjun Serendah kami menuju ke Perigi Tujuh berhadapan simpang masuk Air Terjun Serendah dari jalan utama.
Fiza tak pernah tahu pulak di sini juga ada Perigi Tujuh. Setahu Fiza Perigi Tujuh hanya ada di Langkawi saja. Menarik ni.
Ni la gara-gara kalau outing dengan pemandu pelancong #JomMariBercutiPrestige. Betul-betul dibawanya kami meredah Serendah.
Tak caya, cer tengok kami dah sampai Perigi Tujuh Serendah.
Apa yang ada di sini jom ikut kami berexplorasi di Serendah.
Ada Tujuh Perigi rupanya disini. Anak-anak saya heran tempat apakah sebenarnya ni?
Cik Abang Bard selaku pemandu pelancong rasmi kami buat muka lucu.
Selfie sikit kat Perigi Tujuh nih. Awina muka mengantuk, dia baru je nak tidur lepas letih mandi-manda. Tetiba kena redah perigi pulak. Nasib la nak oiii...cam ni la kalau ikut melancong sambil belajar. No tido tido ye.
Air dari perigi tu ke sini agaknya mengalir. Binaan empangan yang sangat unik. Macam berada di bumi Rome pulak designnya. Ala..ala gitu.
Tengok muka Awina yang senyum simpul tu.
Faris pun sibuk nak shoot photo. Ala..ala 3D style gitu. Amacam? ibu boleh jadi 3D photographer hebat tak?
Explorasi Awal Muharam kami tidak tamat di sini saja.
Nantikan trip seterusnya dalam entri akan datang ye! check it out !
Sekiranya anda suka entri Fiza kali ini mohon tekan button SHARE dan LIKE supaya lebih ramai rakan-rakan yang dapat manfaatnya.
Suka jalan-jalan,
fiezabard family.
Terima kasih kerana sudi membaca.
-------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan Maria menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini Maria menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
DOWNLOAD EBOOK PERCUMA DI SINI!!
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!
Love,
Hafizah
Shaklee ID : 961265
019-211 8757 (Telegram/Whatsapp)
FB: hafizahmahfoz
PAGES : Purplehomeshoppe
~Design Your life Not By Default~
wow, menarik..
ReplyDelete