Assalamualaikum wbt,
Hai apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Fiza ucapkan anda dalam lindungan Allah swt.
Malam ni di area rumah Fiza hujan lebat sangat. Eloklah kiranya dalam suasana hujan ni kita panjatkan doa, sebarang doa yang kita mahukan, pohon kepada Allah. Sesungguhnya DOA HambaNya ketika hujan adalah DOA yang paling mustajab.
Ingat tak cerita Fiza mandi-manda di Air Terjun Serendah dalam entri sebelum ni?
Tak ingat?
Tak pernah baca?
Kepada anda yang belum pernah baca meh klik sini dulu.
Baru tahu sorotan cerita saya seharian outing bersama family sempena cuti Maal Hijrah baru-baru ni. Balas dendam sebab Cik Abang selalu out-station. Hari tersebut yang kebetulan jatuh pada hari Ahad dan esoknya Isnin cuti. makanya kami gunakan sepenuhnya Quality time bersama family.
Selepas puas mandi manda. Jam dah pukul 2.45 petang. Kami solat di Petrol Pam berdekatan dan makan tengah hari di sebuah gerai makan di simpang masuk ke Air Terjun Serendah. Kan saya kata picnic saya ni pelik. Saya tak bawa apa-apa bekalan makan pun semasa picnic. Kenapa? Jawapanya ada dalam entri atas tu. Baca dulu ye entri sebelum nih.
Ok, destinasi seterusnya Cik Abang #JomMariBercutiPrestige kata "siang masih muda, jom teruskan explorasi"
Mana pula lepas ni?
Main panjat-panjat?
Rock Climbing di Gua Damai Extreme Park
Perjalanan kami diteruskan dari Serendah ke Gua Damai Extreme Park sejauh 35 km jarak jangkaan memakan masa lebih kurang 44 minit dari Serendah.
Oklah tu, alang-alang dah ber'explorasi' biar sampai Gua Damai.
Kepada anda yang belum pernah mencuba sukan lasak seperti ini. Boleh cuba ke Rock Climbing Gua Damai Extreme Park ni. Sila Klik Photo untuk lokasi sebenar di Google Map. Lokasi Gua Damai Extreme Park ini di coordinate 3.256458, 101.687366
Jom layan photo family Fiza ber'explorasi' di sini. Pasti anda sukakan tempat ini sebagai salah satu aktiviti riadah sekeluarga yang menyihatkan.
Kebetulan anak sedara Fiza berada di sini. So, kita tumpang sekaki...hehehehe
Anak sedara Fiza sorang ni memang suka sukan lasak. Hutan mana yang belum diredahnya.
Alat yang dipasang kat celah kaki tu namanya harnes. Harnes ni berfungsi untuk pendaki merasa selesa dan mengurangkan rasa sakit semasa pendakian. Tali khas (apa tah nama tali ni) perlu dipasang dengan betul kepada Harnes supaya keselamatan pendaki semasa memanjat terjamin. Kalau tak de tali ni tak de ku biarkan anak-anakku panjat weeehhh!!!
Nak pasang tali tu kena ada kemahiran tau. Cik Abang teringat masa zaman pengakap sekolah dia dulu. Sekarang nak ikat tali rapia pun ke lauttt...
Ok, harnes dah pasang, tali dah ketat ikat...apa lagi Abang Long Eizz. Ready to climbing bebe...
Dengan Awal Bismillah Abang Long memulakan pendakian
Dengan gayanya tersendiri, pendakian tetap diteruskan.
Nak mendaki ni kena pakai kasut khas. Mana boleh pakai kasut jogging nak daki. Di Gua Damai Extreme Park ini disediakan semua kelengkapan untuk pendakian. Datang sini bawa diri je.
Dah nak sampai destinasi.
Yeh!!...Alhamdulillah, sampai juga akhirnya setelah bersusah payah berusaha mendaki. Boleh senyum tu, maknanya selamat lah tu.
Nak turun nampak senang kan? Tapi nak turun pun kena ada tekniknya. Salah teknik tercium batu. Nak turun kaki kena lurus 90 darjah dan tolakkan kaki dari dinding batu. Pastikan tangan sentiasa pegang tali. Ini yang agak sukar nak buat. Sebab bila dah berada di atas tu segala skill tak ingat. Gayat punya pasal. Tapi kalau dipraktikkan selalu Insya Allah make perfect.
Hahahaaa....sakit punggung ke Abang Long?
Sekarang Fitri pulak nak cuba. Check dulu kasut kena pada saiznya kaki. Tak longgar dan tak ketat. Longgar tertanggal pulak masa pendakian nanti. Ketat pula tak selasa pula masa mendaki.
Harnes wajib dipasang dengan rapi
Wah, Fitri lebih cekap memanjat.
Eh, tetiba dah sampai atas check point dah, hebat!
Dah nak sampai bawah. Cekap Fitri ni. Skill turun pun boleh tahan cekap.
Giliran ayahnya pula mencuba. Harnes pasang sendiri tu. Almaklum bekas pendaki Gunung Kinabalu.
Aiks! Tak sampai atas lagi tu bang...
Dada kena lebih dari Check Point. Bukan saya cakap. Instructor cakap.
Kalau namanya dah biasa mendaki. Gaya profesional tu...
Nak daki tanpa tali pulak. Ada Berannn...
Ini le gayanya kalau mereka yang dah kemaruk mendaki. Perasan tak porch kecik kat belakang pendaki tu. Itu ada bedak untuk mengelakkan tangan licin semasa pendakian.
Sementara ayah dan abang climbing makan aiskrim dulu.
ROLLER BLADE TIME
Di sini bukan saja aktiviti rock climbing saja tau, kanak-kanak boleh juga mencuba Roller Blade dengan kadar sewaan RM5 setengah jam.
Kanak-kanak riang saya yang tak kenal erti penat ni apa lagi, lepas turun dari rock climbing, ber 'roller' blade pula mereka.
Kakak Eizzatul belum mahir lagi menggunakan Roller Blade, jadi kakak perlu praktis dulu di permukaan yang kasar seperti di atas tanah dan rumput. Badan perlu sentiasa dibongkokkan (seperti dalam photo) mengelakkan dari terjatuh kebelakang. Kaedah ini juga adalah salah satu teknik untuk mengimbangkan badan.
Semua ini diberi tunjuk ajar oleh pakcik yang menyewakan Roller Blade tersebut.
Fitri bukak saja cekap mendaki, tapi cekap main Roller Blade juga, Siap pusing-pusing lagi. hebatlah Fitri.
Abang Long pulak buat style Ganam Style Yo!
Eh, Faris buat style apa pulak ni. Menari Ballet ke?
Oh,ya. Satu lagi teknik main Roller Blade ni pakcik tu kata. Kaki tu jangan tegak macam berjalan seperti biasa tu. Nak main Roller Blade kaki perlu dicapahkan ( macam gambar Fitri atas tu).
Cara Faris ni kurang tepat. Berdiri seperti ini akan memudahkan diri terjatuh sebab tak stabil kedudukan badan.
Layankan je la anak-anak nih.
Chop!....Awina nak jugak.
Macam-macam gaya anak-anakku. Ada pula interfrem ayahnya di belakang.
Bergambar dengan pakcik yang banyak beri skill main Roller Blade nih. Terima kasih pakcik, lain kali kita jumpa lagi.
Sebelum balik jom kita Zumba sikit dengan Roller Blade, Yeh!!!
Senyuman Awina yang mahal tu...
Best memang best ke Gua Damai Extreme Park ni. Pelbagai aktiviti keluarga boleh dilakukan di sini. Di sini juga ada playground, saya tak sempat nak ambil gambar.
Boleh juga bermain badminton bersama keluarga di sini. Ada juga anak-anak yang bermain skate board. Oleh kerana kawasan di sini sangat luas dah mendamaikan sesuai dengan namanya Gua Damai, amat sesuai untuk aktiviti riadah keluarga dihujung minggu. Saya sangat rekomen tempat ini.
Oh lupa pula nak share.
Di Gua Damai Extreme Park ini juga disediakan aktiviti lasak lain seperti menjejaki gua dan aktiviti abseiling serta Flying Fox. Ini memang aktiviti kegemaran saya zaman muda-muda dululaaa...
Di Gua Damai Extreme Park ini juga disediakan aktiviti lasak lain seperti menjejaki gua dan aktiviti abseiling serta Flying Fox. Ini memang aktiviti kegemaran saya zaman muda-muda dululaaa...
Aktiviti Abseiling
Menyusuri Gua
Cenggini lagi best, adventure dalam gua.
Flying Fox kegemaranku...yuhuuuu!!!
Jom bawa keluarga anda bersantai-santai dihujung minggu di Gua Damai Extreme Park ini ye.
Fiza pun nak repeat ke sini lain kali, lain masa sebab terkilan tak dapat buat Rock Climbing waktu ini disebabkan pakaian Fiza yang tak sesuai untuk aktiviti lasak ni. Tah kenapa hari ni, Fiza pakai skirt (terayu pulak). Cik Abang pulak tak pesan nak ke tempat extreme ni. Mana lah kita plan nak pakai pakaian yang sesuai.
Tak pe, next time Fiza akan tawan puncak Gua Damai, Check it out!
Dalam usia dah masuk 4 series tak jadi menghalang untuk Fiza bergiat cergas dalam aktiviti lasak sebegini. Syukur Alhamdulillah Fiza sangat bersyukur kehadrat Illahi kerana diberi rezeki kesihatan yang melimpah ruah. Dengan amalan pemakanan sihat menjadi asbab bertambahnya energy setiap hari.
Selain mengamalkan pemakanan yang seimbang, kami sekuarga mengamalkan makanan tambahan #Shaklee untuk kekal bertenaga dan cergas sepanjang hari.
Masih tak percaya?
Explorasi kami bukan sampai di sini saja ye, kami meneruskan explorasi menyusuri Lembah Klang dari pagi seawal jam 9 pagi di Air Terjun Serendah, sebelah petangnya di Gua Damai Extreme Park dengan aktiviti lasak Rock Climbing, dan apa pulak aktiviti malam kami...yeh! check it out dalam entri Fiza seterusnya.
Sila klik untuk explorasi kami seterusnya KLIK SINI.
Selain mengamalkan pemakanan yang seimbang, kami sekuarga mengamalkan makanan tambahan #Shaklee untuk kekal bertenaga dan cergas sepanjang hari.
Masih tak percaya?
Explorasi kami bukan sampai di sini saja ye, kami meneruskan explorasi menyusuri Lembah Klang dari pagi seawal jam 9 pagi di Air Terjun Serendah, sebelah petangnya di Gua Damai Extreme Park dengan aktiviti lasak Rock Climbing, dan apa pulak aktiviti malam kami...yeh! check it out dalam entri Fiza seterusnya.
Sila klik untuk explorasi kami seterusnya KLIK SINI.
Sekiranya anda suka dengan entri saya sila tekan button SHARE dan LIKE supaya ramai yang dapat manfaatnya.
Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian saya ini.
------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan Maria menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini Maria menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan Maria menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini Maria menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!
Love,
Hafizah
Shaklee ID : 961265
019-211 8757 (Telegram/Whatsapp)
FB: hafizahmahfoz
PAGES : Purplehomeshoppe
~Design Your life Not By Default~
No comments:
Post a Comment