Tuesday, October 25, 2016

BERHIJRAH KE ARAH KEBAIKAN CERAMAH OLEH USTAZ DATUK ABU HASSAN DIN AL-HAFIZ

KULIAH BULANAN Surau AlMustaqim
"BERHIJRAHLAH KE ARAH KEBAIKAN"
Oleh : Ustaz Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda dalam lindungan Allah swt.

Baru-baru ini saya diberikan rezeki masa dan kelapangan untuk bersama-sama Jemaah surau Al-Mustaqim di Taman Lestari Putra Seksyen 7, Seri Kembangan untuk turut serta dalam Majlis Ilmu cum salah satu taman syurga. Syukur.

Di sini saya nak share sedikit sebanyak nota ilmu yang dapat saya ambil. Kekurangan harap dimaafi.



Mukadimah ceramah

Mukadimah yang biasa Ustaz beri amaran kepada jemaah masjid
⌚️sekiranya sedang berceramah tak perlu berhenti untuk melaungkan azan.
sebab azan tu sunat. menuntut ilmu tu wajib.

1⃣ Erti HIJRAH
  • Hijrah dari segi bahasa maksudnya tinggalkan.
  • Hijrah adalah jihad.
  • Jihad bukan pergi ke Syria konon nak memperjuangkan jihad. konon nak mati syahid tapi dapat mati katak.
  • Bekerja juga JIHAD. Rezeki yang dapat diinfakkan. Jihad harta namanya.
  • JIHAD yang paling BESAR adalah jihad MELAWAN NAFSU.
  • HIJRAH wanita dari membuka aurat kepada menutup aurat.
  • Ada wanita yang mendedah aurat, pakai seksi tapi pergi masjid solat. apa cerita.

Layaran TV di ruangan jemaah wanita. Baru nampak Ustaz dengan jelas.


2⃣ BILA HIJRAH?

Hijrah Rasulullah bukan pada bulan Muharram.
Tapi pada zaman pemerintahan Saidina Umar telah menetapkan Muharam sebagai Bulan pertama Islam dan ketika itulah penghijrahan Nabi diraikan.

Sebenarnya HIJRAH berlaku pada malam Nabi keluar dari rumah bersama Saidina Abu Bakar dari kepungan kaum musyrikin pada 28 Safar.

Nabi bina masjid  Quba masjid pertama dibina.
  • Nabi masuk ke Yathrib (Madinah) pada 12 Rabiul Awal (Hijrah ke Madinah).
  • Nabi wafat pun pada 12 Rabiul Awal.


3⃣ KENAPA BERLAKU HIJRAH
  • Nabi tak suka berhijrah. Tak suka tinggalkan negara kelahirannya Mekah.
  • Nabi terpaksa berhijrah kerana baginda diusir sehingga peringkat Nabi hendak dibunuh.
  • Rumah dikepung oleh orang kafir dengan arahan sekiranya nabi keluar dr rumah cincang lumat2.
  • Apa salah Nabi hingga nak dibunuh?
  • Malam Nabi lahir, orang musyrikin tahu akan datang Nabi dikalangan bangsanya.
  • Sebelum Nabi lahir Nur Muhammad (Cahaya kenabian) telah wujud. 


Fiza dapat snap photo ustaz dari jauh saja dari ruangan jemaah wanita.
Nur Muhammad yang wujud

1. Zaman Datoknya Abdul Muttalib.
Pada ketika itu Abdul Muttalib diperintahkan supaya menggali telaga zam-zam.

Abdul Muttalib diarahkan supaya menjaga telaga zam-zam dan beri minum kepada jemaah haji ketika itu.

Tugas ini agak berat utk dilakukan seorang diri. Abdul Muttalib bernazar sekiranya ia dikurniakan anak yang boleh membantunya, salah seorang akan dikorbankan.

Allah kurniakan Abdul Muttalib ramai anak dan bila satu hari dicabut undi, nama Abdullah dicalonkan sebagai korban.

Nur Muhammad wujud pada wajah Abdullah (bapa Nabi) bila ditelek oleh pendita zaman itu. Akhirnya Abdullah digantikan dengan 100 ekor unta untuk dikorbankan.

2. Waktu Nabi lahir di Kota Mekah seperti satu pesta. Ramai orang berkumpul di Mekah gegak gempita menyambut kelahiran Nabi (sorakan gembira).

3. Abu Lahab (bapa saudara Nabi) manusia yang paling kaya dan paling kedekut ketika itu, semasa kelahiran Nabi hilang rasa kedekutnya. Didermakan unta-untanya untuk dijamu kepada orang ramai.

Abu Lahab sangat sayang Nabi sehingga umur Nabi 40 tahun setelah dilantik menjadi rasul.

Sehingga turun ayat supaya orang mukmin tidak memakan harta secara batil. 
dan ayat yang mengharamkan zina.

kerana Abu Lahab ketika itu adalah orang yang rakus terhadap harta dan seorang bapa ayam. Terkena batang hidungnya.

Abu Lahab lantas memerintahkan Nabi dibunuh kerana menggugat cara hidup yang sebati dalam dirinya.

Semasa Nabi hendak dibunuh bila rumahnya dikepung, Ali volunteer untuk gantikan tempat Nabi (tidur ditempat tidur Nabi).

Kenapa Ali sanggup ganti tempat Nabi?
➡️ jawapan Saidina Ali, sekiranya aku dibunuh, aku sorang saja yang mati. Sekiranya Rasul dibunuh, seluruh umat akan mati.
Begitulah jiwa anak muda zaman Rasulullah. Kalau anak muda sekarang nak buat gitu?

Nabi berdoa semasa nak keluar dr rumah sehingga kaum musyrikin dihilangkan pandangannya dari melihat Rasulullah.

4⃣ MISI & VISI HIJRAH

  • Sekiranya Rasulullah hanya duduk di Mekah, Islam tak mungkin berkembang.
  • 13 tahun berdakwah, 600 orang beriman.
  • Nabi Nuh 950 tahun berdakwah, pengikutnya tak sampai 40 orang.
  • Kenapa Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah?
  • Kalau anda perasan ayat Quran ada: 
Ya Aiyuhanas - wahai manusia (ayat makiyah - turun di Mekah)
Ya Aiyuhal Insan - wahai Insan (ayat madani - turun di Madinah)

Apa beza manusia NAS & INSAN?

NAS - manusia yang diberi otak tapi tak nak berfikir (manusia tak mahu terima benda baik)

INSAN - manusia yang boleh berfikir.

Semasa peristiwa Hijrah, di Yathrib kaum yahudi ada puak Aus dan Khazraj. Puak Aus dan Khazraj ini sentiasa berperang. Datang Nabi, baginda jadi ketua dengan syarat 2 puak Aus dan Khazraj menjadi satu puak dinamakan ansar.
Orang Mekah (Muhajirin) bersatu dengan ansar.
Wujudnya slogan " Menjana Modal Insan" untuk mengubah 'Nas-nas' yang sangat ramai sekarang.

Wujudkan 'Modal' dulu barulah dapat 'Insan'.
Contoh sekiranya bapa (Modal) nak anaknya tidak merokok, makanya bapa itu sendiri yang tidak hisap rokok. Barulah lahir anak yang bersifat INSAN.

Reformasi - penambahbaikan
Transformasi - pengubahsuaian.

Kira Nas & Insan dalam famili??

sekiranya insan lebih banyak dr Nas, Insya Allah keluarga bahagia.
Sekiranya sebaliknya susah nak bahagia.


BAGAIMANA NAK MELAHIRKAN 'INSAN'

Bayi - Tahdidkan (foundation)
Kanak-kanak - tarbiah (tunjuk ajar)
Remaja - Ta'lim. jadikan anak-anak rakan. Bawa anak-anak ke masjid.

CARA DIDIKAN YANG BETUL YANG PATUT SEMUA PARENTS TAHU

💖 BABY

Tahdid (Foundation/Piling kukuh)
Proses Tahdid

1. PEMBERIAN NAMA
Nama Nabi diberi oleh Allah.
Jibrail datang kpd ibu Nabi Aminah supaya bila Nabi lahir dinamakan AHMAD bermaksud sangat sangat terpuji. Muhammad maksudnya terpuji.

Tanggungjawab bapa kepada anak ada 3:
1. Perelokkan nama anak sebaik anak dilahirkan.
2. Bagi pelajaran yang baik-baik/pelajaran agama.
3. Tentukan pasangan jodohnya.

2. PENYUSUAN
Ibu Nabi dapat menyusukan Nabi hanya 3 hari sahaja.Kenapa?
Allah sengaja mengeringkan susu Aminah supaya Aminah boleh cari ibu susuan.
Nak mengajar umat betapa penting carikan susu ibu bukan susu haiwan untuk anak-anak. Sekiranya diberikan susu haiwan itu yang perangai pun seperti haiwan.

3. AZAN dan IQAMAH kan

4. AQIQAH kan. Anak yang baru lahir tergadai dengan Aqiqahnya.

5. Cukur rambut baby
* bukan cukur jambul ye. Masyarakat sekarang lebih terikut dengan budaya cukur jambul yang tak harus menjadi ikutan.

kelebihan cukur rambut.
- 9 bulan dalam perut ibunya bersama-sama air ketuban. Tentunya terdapat kuman di mana air ketuban tersebut bercampur dengan segala bagai najisnya disitu.
-buangkan rambut yang telah dihinggapi kuman.
Fadilatnya: sekiranya kuman di atas kepala meresap ke dalam kepala kerana letaknya otak di dalam kepala makanya jadi penyakit otak (mental). Nauzubillah.

💖 KANAK-KANAK

Dalam usia kanak-kanak wajib ditarbiah. Diberi tunjuk ajar.

💖 REMAJA

Bila anak sudah remaja berikan ta'lim kepada mereka contohnya bawa anak-anak ke masjid.


Peristiwa SAIDINA UMAR AL-KHATAB masuk Islam
--------------------------------------------------------------

Peristiwa Saidina Umar yang sangat terkenal dengan bengis dan garang menjadi pengikut Rasulullah.

adiknya sedang belajar Al Quran baca surah toha.

waktu tu Umar nak bunuh nabi. tapi sahabatnya kata bagaimana kamu nak bunuh nabi sedangkan adikmu telah menjadi pengikut baginda. dengan marah umar datang ke rumah adiknya. ketika itu adiknya sedang belajar Alquran dengan seorg guru (tak ingat namanya).
umar menendang pintu rumah adiknya dan datang menampar pipi adiknya yang sedang membaca surah toha. Gurunya ketika itu bersembunyi. Ketika mana Umar merampas surah yang dibaca adiknya dan lantas umar membaca surah toha tersebut. Lalu dia berkata kpd adiknya
 "aku nak jumpa muhammad. 
Adiknya kata "buat apa? "
"Aku nak masuk Islam."

Lalu guru adiknya membawa Umar kpd Muhammad waktu itu sedang mengajar pengikutnya di rumah sahabat. Sahabat pada ketika itu yang gerun dgn Umar dah tidak tentu hala. Tapi Muhammad dgn tenang menjemput Umar masuk. dan saat itu Umar melafazkan Syahadah. disambut dengan gembira oleh para sahabat dan takbir Allahuakhbar.

Allahuakhbar, Penghijrahan Saidina Umar yang sangat besar ketika itu.

Terima kasih kerana anda sudi membaca nota ringkas saya Ilmu dari ulama yang tersohor ini.

Sekiranya anda suka dengan entri saya ini mohon SHARE dan LIKE dengan tekan button di bawah. Semoga dengan perkongsian anda ramai orang dapat manfaatnya dan anda juga mendapat ganjaran syurga kelak, Insya Allah.

Segala kekurangan harap dimaafi.

Dahaga Ilmu,
Hafizah.

No comments:

Post a Comment