Monday, October 17, 2016

7 TIPS MENGATASI MASALAH KULIT KUSAM PADA USIA UMUR 40-an

Assalamualaikum wbt.

Hai apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda sihat walafiat dan ceria selalu.

Baru-baru ni dalam group wassap kawan-kawan universiti Fiza (group ladies only) kerap membincangkan isu kecantikan. Almaklumlah usia kami masing-masing dah masuk 4 series. Life begins with 40 kan..

Tapi saya tengok kawan-kawan saya masih gojes-gojes belaka. Fiza ingat masa usia Fiza budak-budak lagi dalam umur 10 tahun, bila Fiza nampak makcik-makcik umur 40-an nampak sangat ketuaannya. Itu dululah, masa zaman 80-an 90-an.

Sekarang ni bila diri sendiri dah menjangkau 40-an, eh...tak adalah nampak tua sangat. Kawan-kawan pun still maintain mude belia lagi. Tak sedar diri tu...hahahhaha


Antara mak dara 40-an yang masih maintain. Tengok tu dalam usia 40-an masih ada anak kecil lagi. Fiza yang paling kanan berbaju hijau je yang ber'baby' besar. bagi can la kawan-kawan lain ber'baby'. Kami ni sebaya tau, baru masuk 40-an. Amacam???..

Antara chit chat sensasi dalam group. 'KULIT KUSAM'


Terkenang masa zaman remaja dolu-dolu.
Guna bedak sejuk thailand nak cantik punya pasal.

Cantik untuk suami

Bila kulit wajah anda kusam, apa yang anda rasa?

Sudah tentu keyakinan diri anda berkurang, betul ke betul? Malu nak berhadapan dengan orang ramai. Tambahan lagi, sekiranya wajah anda berminyak. Bertambah-tambah stress dengan keadaan wajah anda yang tak 'semengah' orang putih kata.

Ada pula sesetengah wanita beranggapan, buat apa nak berlawa-lawa. Bukan nak jumpa orang pun. 

Ye, kemungkinan tugasan anda tidak memerlukan berinteraksi dengan orang ramai tetapi anda juga ada suami bukan?

Lelaki normal suka yang cantik-cantik. Sudah tentu suami ingin melihat isterinya kelihatan cantik di mata mereka.

Wahai para isteri, hiasilah diri anda dengan niat untuk suami dan kebahagian rumahtangga.

Sebelum saya beri beberapa tips yang saya amalkan, jom kita tengok apa punca kulit menjadi kusam.

Punca kulit kusam

Antara punca kulit menjadi kusam ialah:
  • Stress
  • Kurang minum air
  • Tidak cukup tidur/pola tidur yang tidak teratur
  • Makanan yang tidak seimbang - banyak makan makanan yang mengandungi banyak kandungan gula, garam dan berminyak.
  • Berat badan yo-yo (mudah naik dan turun)
  • kesan dari sinar ultraviolet
  • merokok
  • kesan dari pemakaian produk kosmetik yang tidak sesuai
Tips Mengatasi Kulit Kusam

1. kurangkan/elakkan stress

Sejak kebelakangan ini, banyak sangat cerita dari group-group wassap kisah ramai sangat individu yang mengalami stress. 

Bagaimana anda mengawal stress adalah bergantung kepada diri anda sendiri. Antara amalan yang saya selalu buat nak kongsikan untuk kurang/elakkan stress antaranya:

  • Sentiasa latih minda untuk fikirkan perkara positif. Sekiranya anda sentiasa fikir yang baik-baik, buat yang baik-baik itulah yang anda akan dapat kerana semua itu adalah DOA anda untuk diri anda sendiri.
  • Latih diri untuk sentiasa mengingati Allah dengan beristighfar. Fiza selalu dengar ustaz berpesan, sekiranya sesuatu musibah terjadi kepada diri kita hendaklah kita sentiasa bertaubat. Istighfar adalah salah satu cara untuk bertaubat.
  • Sentiasa bersyukur.

2. Banyakkan minum air putih

Orang jawa cakap air putih tu 'air jarang'. Untuk dapatkan kulit yang shining-shining glory-glory anda perlu memastikan anda mengambil air sekurang-kurangnya 2 liter satu hari.

Badan kita ni sering terhidrasi. Ini disebabkan diri kita terdedah dengan matahari setiap hari. Bagi yang bekerja di tempat berhawa dingin juga tidak dapat mengelak dari terhidrasi.

Sebab tu lah, Air dalam badan yang telah terhidrasi perlu di 'top-up' supaya lembapan dalam badan sentiasa mencukupi.

3. Amalkan tidur yang mencukupi

Amalan tidur lewat juga boleh menyumbang kepada kulit kusam. Sel-sel kulit perlukan rehat.

Untuk orang dewasa tidur yang paling baik antara 5-8 jam. dan amalkan pola tidur yang sama setiap hari. Amalkan tidur awal supaya esok pagi boleh bangun lebih awal.

Sila baca sharing saya bagaimana Dato Sarimah seorang biduanita terkenal menjaga kecantikannya. Wajahnya tetap anggun walaupun telah berusia.

Jemput baca ye.

RAHSIA KEJELITAAN DATO' SARIMAH (SILA KLIK)



Kekal jelita walaupun telah lanjut usia. Gebus kan kulit Dato' Sarimah. Tak de kesan kusam langsung.

4. Menjaga berat badan

Sekiranya anda bam bam, potensi anda berkulit kusam lebih cerah. Nasihat saya turunkan berat badan anda sebelum kulit anda bertambah kusam.

Tambahan lagi sekiranya berat anda sekejap turun, sekejap naik (yo-yo). Bertambah cerahlah anda mendapat kulit wajah yang kusam.

Nak kekalkan berat badan ideal kena ada ilmu. Bagaimana nak kekalkan berat badan anda pada tahap ideal? Jom Join Now Everyone Can Kurus (NECK).

Program NECK ni adalah satu-satunya Program Kurus secara ONLINE yang pernah saya ikuti. Saya percaya sapa yang join Program NECK tak akan menyesal dengan Ilmu-ilmu yang dikongsikan oleh COACH dan KREW NECK.

Untuk maklumat lanjut sila klik PHOTO



5. Ambil Makanan yang seimbang


Kalau anda perasan, kebanyakkan makanan yang kita makan sekarang ni nak segera je kan? Gaya hidup yang semua nak cepat memaksa masyarakat mengambil makanan segera yang kononnya pantas.

Burger, Pizza, Nugget, Sosej.

itulah yang selalu ditelan. Tahukah anda makanan segera yang selalu kita ambil mengandungi bahan konservatif yang menyumbang kepada kulit kusam. Kesian sel-sel kulit kita yang sering disuap makan dengan makanan yang kurang berkualiti.

Adalah lebih elok sekiranya anda makan mengikut gizi yang seimbang. Lebihkan sayuran dan buahan dalam hidangan harian anda. Antara buah-buahan yang baik untuk mengelakkan kulit kusam adalah tomato.




Tomato merupakan sumber vitamin A, vitamin C dan asid folik yang baik. Ianya mengandungi banyak nutrisi dan antioksida, termasuklah alpha-lipoic acid, lycopene, choline, folic acid, beta-carotene dan lutein.


Satu bahagian kecil tomato (lebih kurang 123 gram) boleh memberikan anda 22 kalori, 0g lemak, 5g karbohidrat dan 1g protein – sumber yang baik jika dibandingkan dengan makanan yang lain.

6. Amalkan suppliment natural

Selain dari pengambilan pemakanan secara bijak dan seimbang, pengambilan supliment natural juga amat disarankan untuk mengatasi masalah kulit kusam.

Sebelum ini, serius saya nak bagitau anda. Kulit saya sentiasa berminyak. Kalau bangun tidur, rasa macam ada selapis minyak dipermukaan muka. Sangat tidak selesa.

Kulit yang berminyak inilah mengakibatkan kulit kita bertambah kusam dari hari kehari. Banyak produk yang saya ambil untuk mengatasi masalah ini. Berganti-ganti produk saya ambil. Semuanya untuk luaran saja.

Padahal sebenarnya untuk kecantikan luaran yang luar biasa terhasil dari kecantikan dalaman yang luar biasa juga.

Sel-sel badan kita perlu dibaik pulih dulu supaya lahir aura kecantikan luaran.

Setelah saya amalkan pemakanan suppliment yang betul, baru saya puas hati. Masalah kulit berminyak saya dah tak ada lagi. Tak perlulah nak buang masa tempek makeup berjam-jam lamanya untuk mengubah wajah kelihatan cantik tapi sekadar sementara.

Sekiranya anda ambil makanan yang betul dan suppliment yang betul secara tak langsung wajah anda juga ceria dan bertenaga. Badan sihat mewujudkan wajah yang 'flawless'.

Suppliment apa yang saya ambil?

Sejak 3 tahun lalu saya tak miss ambil 
  • Vivix
  • Vita C Sustained Release (SR)
  • ESP
  • B Complex
  • Callogen Powder
Vivix

Bertindak sebagai agen anti-penuaan yang sangat hebat. Ia bertindak sehingga keperingkat sel dalam badan. Vivix juga sebagai agen antioksidan yang tinggi berupaya menyah-toksin kesan radikal bebas.

Bayangkan gaya hidup kita seharian sering terdedah dengan kesan radikal bebas berpunca dari pencemaran persekitaran. Sebab tu wajah kita mudah sangat kusam seperti tak bermaya terutamanya bila pulang dari tempat kerja. Kenapa? Nak tahu kenapa klik link ni Vivix sebagai Agen anti-oksidan yang hebat! (Klik sini)

Nak tahu hebat sangat ke vivix ni sila klik link


(SILA KLIK PHOTO)

Vita C Sustained Release (SR)

Sebagai agen anti-oksidan yang baik. Mengandungi kalogen yang penting untuk kesihatan dan kecantikan. Menambahkan keanjalan kulit. Mempercepatkan penyembuhan luka.

Istimewanya Vita C SR ini adalah ia bertindak mengikut pelepasan masa (Sustained Release) di mana Vita C akan dilepaskan ke dalam darah setiap 1 jam 100mg. bermakna untuk 500mg kandungan Vitamin C dalam Vita C SR ini hanya akan dihabiskan mengambil masa selama 5 jam untuk dilepaskan ke dalam darah. Ini bermakna sistem badan sentiasa dikawal dengan imunasi Vita C sepanjang masa. Berbeza dengan produk Vitamin C yang lain sekali makan, masa itu juga vitamin C akan dilepaskan. Jadi, waktu selepas itu sistem badan tiada imunasi.


ESP (Non-GMO Energizing Soy Protein)

Saya penggemar susu soya. Dulu saya suka minum soya tak kira soya di pasar malam atau soya kotak. Masa tu saya tak tahu soya yang saya minum tu bukan ada khasiat sangat pun.

Setelah saya kenal ESP iaitu non-GMO susu soya, terus saya jatuh cinta dan makin suka la saya minum soya. Sebab saya tahu soya ESP ni sangat banyak khasiatnya.

Untuk kulit kusam, ESP berfungsi sebagai membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak kerana protein adalah makanan kepada sel. ESP pula adalah susu protein yang istimewa.


B Complex

B Complex pula sebagai agen penenang (anti stress). Ia juga bertindak untuk meningkatkan sistem pertahanan badan. Anda tahu kan antara punca kulit mudah kusam adalah stress kan? Jadi Insya Allah B Complex mengurangkan rasa stress anda.

Tak percaya tak pe, ambik je! Saya dah cuba memang berkesan. No more stress walau pelbagai tekanan saya hadapi.


Callogen Powder

Nak nampak lebih berseri-seri wajah anda, saya sarankan ambil Callogen Powder.  Callogen Powder terbukti berkesan memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan.

Nak tahu lebih lanjut sila ke klik sini Nak KULIT GEBUS dengan CALLOGEN


Perasan gebus la Fiza tu...


7. Menggunakan produk penjagaan muka yang natural

Selain penjagaan dalaman, saya tak abaikan penjagaan luaran juga. Sebelum ini saya tak kisah guna produk kosmetik. Asalkan serasi dengan saya. Saya guna, dan bertukar-tukar produk pula tu.

Ada satu ketika, saya tersilap pilih produk hingga kulit muka saya jadi nipis dan pedih. Masa tu saya kurang arif dengan produk yang baik untuk kulit muka, saya fikir mungkin ini satu proses pemulihan. Bila kulit saya bertambah teruk hingga kemerahan, terus saya berhenti menggunakan produk tersebut.

Tambahan lagi, sejak kebelakangan ini banyak sangat kisah ngeri bila menggunakan produk yang mengandungi bahan chemical terlarang.


Antara mangsa produk yang terlarang

Sekarang, saya amat berhati-hati memilih setiap produk yang nak diguna. Tak mahulah wajah kita terbakar nanti.

Sejak setahun yang lalu, saya dah beralih arah kepada produk yang lebih SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.


NutriWhite Penjagaan kecantikan yang dijamin SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI

Mulanya saya hanya menggunakan pencuci mukanya saja iaitu NutriWhite Gentle Deep Foaming Cleanser. Saya pakai 2 kali sehari saja, selepas bangun pagi dan selepas pulang dari kerja..

Lama kelamaan saya jatuh cinta pula dengan produk NutriWhite ni. Kulit saya bertambah selesa. Bangun pagi tak de la rasa macam minyak bertakung lagi. Kulit pun bertambah 'flawless' tanpa makeup pun nampak berseri.

Saya ni memang tak pandai ber'makeup'. Saya tahu guna bedak compact, lipstik dan celak saja. Blusher ke, maskara ke tiada dalam kamus makeup saya. Eye shadow pun jarang sekali.

Saya yakin sekiranya mengamalkan pemakanan yang sihat dan produk yang natural, anda tak perlu menggunakan makeup untuk menyembunyikan cela rona-rona di wajah anda. Kulit kusam pun tiada lagi.


Amacam?? Ni lah hasilnya dari pemakanan sihat, suppliment yang baik dan produk kecantikan yang dijamin SELAMAT. Tiada kulit kusam. Hanya pakai bedak compact nipis, lipstik secalit dan celak sebaris. Mana satu yang paling cun? kiri ke kanan?
(Photo di ambil menggunakan Kamera murah saya. No 360 apps)

Okla, nanti Fiza sambung lagi ye, cukuplah setakat ini dulu.

Sekiranya anda suka entri saya kali ini sila tekan button SHARE dan LIKE.

Terima kasih ye kerana sudi membaca.

Saya doakan anda sentiasa sihat dan ceria. Sama-sama kita amalkan gaya hidup sihat.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:


pages:

No comments:

Post a Comment